21
CTU 151 PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM TAJUK: PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT DISEDIAKAN OLEH: NUR ATHIRAH HANIS BINTI ROZMAN (2012137391) NURUL SYAZWANIE BINTI MOHD AZMI (2012131581) SITI NOR SYAFIQAH BINTI MOHD ROZLAN (2012126773) EMELIA SHERMILA BINTI IDRIS (2012192111) NUR ADLEENA BINTI NAZLAN (2012915071) DISEMAK OLEH: USTAZAH RUZAINIM BINTI MOHD ZELANI

Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

CTU 151

PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM

TAJUK:

PERBEZAAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ATHIRAH HANIS BINTI ROZMAN (2012137391)

NURUL SYAZWANIE BINTI MOHD AZMI (2012131581)

SITI NOR SYAFIQAH BINTI MOHD ROZLAN (2012126773)

EMELIA SHERMILA BINTI IDRIS (2012192111)

NUR ADLEENA BINTI NAZLAN (2012915071)

DISEMAK OLEH:

USTAZAH RUZAINIM BINTI MOHD ZELANI

FAKULTI PERAKAUNAN

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

AC 110 – 2B

Page 2: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

2

KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 PELBAGAI ISTILAH TAMADUN 3

3.0 PERBEZAAN PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT 4

4.0 PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ISLAM DAN BARAT 5 - 6

5.0 PERBEZAAN MATLAMAT TAMADUN USLAM DAN BARAT 7 - 9

6.0 PERBEZAAN SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT 9

7.0 PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN TAMADUN

ISLAM DAN BARAT 10

8.0 PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ISLAM DAN BARAT 11

9.0 PERBEZAAN PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAN

BARAT 12

10.0 PERBEZAAN SUMBER TAMADUN ISLAM DAN BARAT 13

11.0 KESIMPULAN 14

RUJUKAN 15

Page 3: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

3

1.0 PENDAHULUAN

Sudut ‘dalaman’ Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan dan

peribadi Rasulullah SAW, tauhid, syariah, pendidikan Islam dan lain-lain, adalah sudut

terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun. Inilah sudut tamadun

yang lebih penting yang diketepikan atau yang kurang difahami sesetengah sarjana bukan

Islam bila mereka mengulas tentang tamadun Islam. Sesungguhnya peranan Islam dalam

mengasas dan membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak.

Sebagai perbandingan dengan peradaban barat, didapati identiti tamadun barat adalah

aspek pemikiran yang muncul jauh lebih awal daripada kemajuan fizikal. Konsep

sekularisme, modenisme, liberalisme, humanisme, rasionalisme, adalah dasar tamadun

barat dan menjadi pencetus kepada sains dan teknologi. Pemikiran dan falsafah barat juga

menentukan identiti halatuju dan destinasi peradaban barat.

2.0 PELBAGAI ISTILAH TAMADUN

UMRAN - Istilah terkenal pada abad ke 14-18. Diperkenalkan oleh Ibn

Khaldun (1322-1406M) dalam al-Muqaddimah, terbitan dari perkataan

‘Amara’ yang merujuk kepada pembangunan / kemajuan, kehidupan

Bandar / kota teratur dan stabil.

HADHARAH – Istilah ini juga diperkenalkan oleh Ibn Khaldun dan

popular pada abad ke 20, merujuk satu wilayah / daerah / kawasan atau

kampung. Berasal dari ‘hadara’ yang bererti “kehidupan menetap @

wilayah yang maju”.

Page 4: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

4

3.0 PERBEZAAN PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT

PERSPEKTIF ISLAM

i) Karya-karya : Seperti Tarikh al-tamaddun al-islami (jurji Zaidan), tarikh al-

hadharah al-islamiah fi al-sarq (jamal al-din al-surur).

ii) Negara : Pemerintahan yang teratur.

iii) Kota : Bandar.

iv) Ilmu : Pendidikan, sains, intelektual.

v) Seni : Senibina, khat, lukisan.

vi) Masyarakat : Kehidupan sosial yang teratur dan baik.

vii) Kehidupan ekonomi : Perdagangan dan perindustrian.

PERSPEKTIF BARAT

i) Karya-karya : Wujudnya penempatan masyarakat manusia disesebuah

kawasan.

ii) Negara : Peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih positif dan sempurna.

iii) Kota : Wujudnya organisasi dan institusi sosial yang baik serta sistematik.

iv) Ilmu : Wujudnya bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan

tersendiri.

v) Seni : Wujudnya daya kekreatifan yang tinggi seperti seni, sastera dan

sebagainya.

Page 5: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

5

4.0 PERBEZAAN CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tamadun Islam : Berkembang selaras dengan acuan mengikut al-Quran dan al-Sunnah

dimana tamadun terhasil melalui bagaimana umat Islam menghasilkannya menurut

panduan ilahi. Namun, dalam hal ini acuan tersebut perlulah dikonkritkan dengan usaha

dan akal manusia bagi mencapai keseimbangan keharmonian manusia.

Bersifat menyeluruh (sempurna) - Islam yang dijadikan sebagai cara hidup adalah

meliputi seluruh keperluan dan kehendak manusia dari pelbagai segi sama ada

secara spiritual dan material. Ia juga bukan untuk umat Islam semata-mata,

bahkan untuk semua insan di alam ini. Tidak ada satu pun kecacatan yang boleh

ditimbulkan oleh mana-mana pihak.

Bersifat umum – Tamadun Islam bersifat sejagat dan terbuka. Maka tidak

hairanlah apabila ia sesuai diamalkan oleh semua orang pada setiap masa dan

tempat.

Bersifat tetap dan anjal – Tamadun Islam berperanan menetapkan hukum yang

disabitkan bersandarkan dalil-dalil yang qatie (tetap) dan zanni. Menutup aurat

misalnya adalah yang wajib dan ia bersifat qatie (pasti). Namun dalam hal-hal

tertentu (dharurah dan masyaqqah), kelonggaran turut dibenarkan oleh Islam

sebagai laluan keluar pada masa dan ketika itu sahaja seperti doktor membuka

aurat pesakit ketika membuat rawatan atau menghimpunkan waktu solat fardu

tertentu kerana bermusafir.

Bersifat ideal dan realistik – Tamadun Islam yang bersumberkan wahyu sentiasa

memenuhi kehendak dan keperluan manusia di seluruh pelosok alam ini. Ia sesuai

diamalkan tanpa mengira batasan masa, tempat, masyarakat, warna kulit atau taraf

kedudukan manusia. Keperluan manusia terhadapnya adalah amat besar, malah

tanpanya akan membuat manusia sentiasa memerlukannya.

Page 6: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

6

Tamadun Barat : Hidup menetap membawa kepada kelahiran Bandar dan seterusnya

Negara. Tamadun adalah jenis kebudayaan yang terdapat di Bandar-bandar. Bandar

menjadi pusat industri, pentadbiran, perdagangan dan perkhidmatan.

Sistem tulisan – Mula dicipta dalam memenuhi keperluan kehidupan seperti

untuk merekod sesuatu dengan menggunakan simbol-simbol tertentu.

Penggunaan sistem tulisan telah menggalakkan aktiviti keilmuan, ekonomi

dan pentadbiran.

Agama dan kepercayaan – Dalam tamadun awal agama berkaitan dengan

sistem pemerintahan iaitu raja dianggap mendapat mandat dan restu dari tuhan

atau dewa-dewa untuk memerintah. Jenis kepercayaan pada zaman tamadun

awal adalah berbentuk politeisme atau mempercayai banyak tuhan. Unsur-

unsur alam sekitar disembah untuk mengelakkan malapetaka.

Sains dan teknologi – Muncul dari penemuan-penemuan baru seperti

penciptaan kalendar, roda, alat menyukat, pembinaan bangunan, jalan raya,

terusan dan lain-lain. Kemajuan sains dan teknologi menjadi ukuran dalam

menentukan bangsa-bangsa yang bertamadun seperti tamadun Mesir yang

terkenal dalam teknologi pembinaan, tamadun Mesopotamia dalam bidang

astronomi dan pembinaan terusan dan lain-lain.

Page 7: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

7

5.0 PERBEZAAN MATLAMAT TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tamadun Islam : Dalam mana-mana kelahiran tamadun , keperluan menetapkan matlamat

perlu wujud dan berlaku. Tamadun Islam turut sama menetapkan matlamat agar tidak

melampaui garis sempadan yang ditetapkan. Dalam melahirkan matlamat adalah perlu

diperhatikan fokus sesebuah tamadun. Tamadun Islam menetapkan sasaran menjadikan

agama sebagai satu cara hidup. Maka matlamat tamadun Islam adalah mencapai konsep

al-Falah (kejayaan) dari sudut material dan spiritual. Konsep al-Falah boleh dilihat dari

tiga sudut iaitu :

i) Huquq Allah (Hak Allah) – Islam menjelaskan bahawa pemikiran manusia

adalah terbatas kepada perkara yang mampu dilihat, didengari, disentuh

sehinggalah perkara yang boleh dibuktikan melalui eksperimen sahaja. Allah

SWT juga menetapkan garis panduan dan undang-undang tersendiri. Ia

dibahagikan kepada dua iaitu :

Sunnatullah (hukum alam)

Wahyu

Hukum yang diperkenalkan melalui pesuruh-Nya yang menjadi garis panduan

manusia meneruskan hidup. Ia diperjelaskan menerusi wahyu yang menjadi

doktrin kepada pembentukan tamadun dan kejadian alam tidak boleh

dipisahkan dari hukum di atas.

Page 8: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

8

ii) Huquq al-‘Ibad (hak manusia) – Kesedaran terhadap mengenali diri dan

pencipta adalah teras utama. Manusia merupakan salah satu kejadian Allah

teristimewa di mana mereka dikurniakan akal yang berbeza dari makhluk-

makhluk lain yang terbentuk dari roh dan jasad. Manusia perlu bekerjasama

dengan beberapa sektor lain bagi meneruskan kelangsungan kehidupannya

antaranya :

Manusia memerlukan pengaruh untuk meneruskan kehidupan yang

tanpanya akan menjadikan manusia bersendirian. Berbeza dengan

binatang yang masih mampu meneruskan kehidupan.

Manusia juga memerlukan usaha dan perhatian yang berterusan di

mana tanpanya kehidupan manusia tidak berguna. Oleh itu, manusia

memerlukan makanan dan mencari nafkah.

Manusia memerlukan suatu organisasi sosial bagi keselesaan. Ini

sesuai dengan naluri dan sifat semulajadi manusia yang perlu bantu-

membantu demi mencapai sesuatu taraf.

iii) Huquq al-Alam (hak alam) – Alam secara fitrah ada permulaan dan pasti ada

penamatnya yang bersifat baru dan ia tidak kekal bertahan lama. Selain itu,

alam adalah amat penting terhadap kelangsungan kehidupan manusia dan

seterusnya menjadi tugas manusia memeliharanya. Apabila alam berperanan

terhadap kelangsungan kehidupan manusia, maka adalah manusia berusaha

gigih. Mempertahankan bahkan memanjangkan jangka hayat alam menerusi

pelbagai daya usaha. Kejadian dan keunikan alam adalah manifestasi

kebesaran tuhan. Keunikan tersebut tidak mampu difikir dan dihuraikan oleh

pemikiran manusia secara logik akal semata-mata.

Page 9: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

9

Tamadun Barat : Matlamat tamadun Barat khusus kepada kepuasan diri semata-mata.

Antaranya ialah seperti berikut ;

Materialism

Kolonialism

Pragmatism

Kapitalism

Liberalism

Rasionalism

Modenisme

Sekularism

6.0 PERBEZAAN SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tamadun Islam : Sumbangan yang paling besar dan penting yang diberikan oleh Islam

kepada masyarakat dunia ialah akidah. Iaitu kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa.

Melalui akidah, manusia hidup bebas tanda rasa takut kecuali kepada tuhan. Akidah

menjadikan manusia hidup dan bekerja secara jujur dan ikhlas. Islam bersifat universal

membolehkannya diterima oleh semua kaum tanpa mengira keturunan, bangsa, giografi

dan sebagainya. Oleh itu, Islam telah membentuk manusia yang sempurna yang

merangkumi roh, akal dan jasad.

Tamadun Barat : Sumbangan tamadun Rom kepada kehidupan hari ini ialah mereka

menggunakan sistem berbentuk Republik dan mereka juga mengamalkan Undang-undang

Justinian. Seperti mana yang kita ketahui, mereka telah membina bangunan Colloseum

dan juga membina saliran air bersih iaitu Aquaduct. Selain itu, kalendar yang digunakan

pada hari ini adalah berasaskan kalendar Rom. Malah, sumbangan yang paling besar pada

zaman dahulu adalah penyatuan wilayah yang ditakluki oleh Julius Caesar telah menjadi

empayar. Undang-undang Rom turut diguna pakai seperti undang-undang sivil dan sevara

tidak langsung dapat mengembangkan agama Kristian.

Page 10: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

10

7.0 PERBEZAAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN TAMADUN ISLAM DAN

BARAT

Tamadun Islam : Agama menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia adalah sistem yang

mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa

serta tata kaedah yang berhubungan dengan pergaulan manusia dan manusia serta

lingkungannya. Kata “agama” berasal dari bahasa Sanskerta, agama yang bererti

“tradisi”. Kepercayaan pula adalah kemahuan seseorang untuk bertumpu pada orang lain

dimana kita memiliki keyakinan padanya. Kepercayaan merupakan kondisi mental yang

didasarkan oleh situasi seseorang dan konteks sosialnya.

Tamadun Barat : Masyarakat Rom mempunyai kuasa luar biasa mempengaruhi

kehidupan mereka. Perayaan orang Rom pula mengikut setiap bulan dalam calendar.

Orang Rom percaya kepada banyak Tuhan dan menghubungkan tuhan-tuhan tersebut

dengan alam semulajadi. Agama orang Rom tidak menitikberatkan tentang kehidupan

masa hadapan. Ia disebaliknya berhubung rapat dengan pertanian iaitu pengeluaran yang

banyak dan tentang kebajikan rumah tangga dan keluarga. Perayaan orang Rom yang

memuja Tuhan yang dikaitkan dengan bulan-bulan tertentu adalah:

i) Februari – Bertemu di sempadan Termini untuk memperingati semangat

Termini.

ii) April – Memperingati Canes kerana menyuburkan jagung.

iii) Julai – Upacaraca flora, lelaki dan wanita dikalungkan bunga. Ia juga adalah

musim menuai.

Page 11: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

11

8.0 PERBEZAAN KONSEP TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tamadun Islam : Syed Naquib Al Attas menyatakan bahawa keadaan kehidupan insan

bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur

bagi seluruh masyarakatnya yang di dukung oleh konsep tauhid dan kesatuan ummah.

Perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran, kemajuan sesuatu

bangsa. Perbincangan mengenai pemerintahan yang berilmu, beradab, kemajuan industri

dan pembangunan ekonomi. Islam menjadi cara hidup yang mencakupi keseluruhan

kehidupan manusia, samada keduniaan atau keagamaan. Pembaharuan dalam Islam

adalah mengikut agama bukan agama mengikut pembaharuan. Segala bentuk

pembangunan kebendaan berkait rapat dengan kerohanian. Segala urusan tidak terlepas

daripada mengikut prinsip-prinsip akidah, syariah dan akhlak. Selain itu, mengambil kira

aspek kemajuan dan perubahan tetapi dengan menegaskan bagaimana cara ia dicapai dan

apakah matlamatnya. Islam menolak konsep ‘matlamat menghalalkan cara’.

Ia menekankan kedua-dua aspek kebendaan dan kerohanian dalam mencapai kemajuan.

Tamadun Barat : Sebuah tamadun yang diasaskan kepada Faham Sekular (sekularisme).

Ia adalah moral yang bersandarkan semata-mata kepada kepentingan manusia di dunia

dan menafikan sama sekali pertimbangan kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat

(Oxford English Dictionary) serta kepercayaan bahawa agama tidak patut dilibatkan

dalam aktiviti-aktiviti social dan politik dalam sesebuah negara. (Cambridge international

Dictionary Of English). Istilah sekular berasal dari bahasa latin, ‘saeculum’ bermaksud

tempat – di sini, masa-masa kini. Yang hakiki, benar dan mutlak hanyalah dunia ini

sahaja. Dengan erti kata lain, pemikiran dan keinginan nafsu manusia menjadi sumber

dan rujukan utama dalam pembangunan dan pembinaan tamadun mereka. Melihat

perkara-perkara keduniaan hanya untuk kehidupan dunia semata-mata. Segala urusan

tidak ada kaitan dengan agama dan agama adalah sebahagian daripada kebudayaan.

Agama dicorak oleh perubahan budaya. Kemajuan berdasarkan keuntungan dan

mengamalkan konsep matlamat meghalalkan cara.

Page 12: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

12

9.0 PERBEZAAN PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tamadun Islam :

Memelihara agama

Memelihara nyawa

Memelihara harta benda

Memelihara maruah dan keturunan

Memelihara akal fikiran

Tamadun Barat :

Dibina atas ideologi materialistik

Aspek kerohanian tidak penting

Mementingkan harta benda

Lahir daripada khayalan, imaginasi, ideologi dan hasrat manusia

Dikuasai oleh hawa nafsu

Page 13: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

13

10.0 PERBEZAAN SUMBER TAMADUN ISLAM DAN BARAT

Tamadun Islam : Sumber tamadun Islam terbahagi kepada tiga iaitu;

Sumber Am:

a) Al-Ijtihad

i- Ijma’

ii- Qiyas

iii- Istilah

iv- Istihsan

Sumber Khusus

a) Al-Quran

b) As-Sunnah

Tamadun-tamadun lain

Tamadun Barat : Sumber tamadun barat terbahagi kepada tiga iaitu;

Logik akal

Percaya kepada yang dapat dilihat oleh pancaindera

Kebendaan (keinginan nafsu)

Page 14: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

14

11.0 KESIMPULAN

Tamadun Islam dan barat boleh wujud bersama, jika barat berusaha memahami Islam dan

umat Islam. Namun hakikatnya, ini sangat sukar dicapai kerana dari kajian yang dibuat,

barat tidak pernah ikhlas untuk melakukannya. Fenomena ini terjadi akibat dari persepsi

barat bahawa Islam telah menjadi ancaman kepada mereka. Oleh itu mereka sentiasa

mengkritik dan mencemuh tamadun Islam dengan desakan supaya Islam akan tunduk

kepada dasar dan cara berfikir barat. Malah kemunculan kelompok Islam liberal yang

banyak dipengaruhi oleh kelompok orienstalis yang menanggap Islam sebagai kolot,

dogmatik dan literal telah membantu secara tidak langsung pihak barat menjayakan

agenda mensekularisasikan fahaman umat Islam.

Yang paling membimbangkan sekiranya sekularisasi menjadi satu proses sejarah yang

mungkin tidak mampu berpatah balik! Hakikatnya, Allah SWT telah menegaskan bahawa

agama Islam adalah jalan yang terbaik untuk diikuti sekalian umatNya, seperti di dalam

firmanNya:

“Dan bahawasa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus,

maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan

(yang lain dari Islam) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan

Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu

bertakwa”. (al-an’am:153).

Page 15: Uitm~ctu 151 perbezaan tamadun islam dan tamadun barat

15

RUJUKAN

Nadiah bt Abdul Rahman. 2008. Tamadun Islam dan Asia. Perpustakaan Negara

Malaysia.

Mahayudin Hj. Yahaya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya. Kuala

Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) SDN. BHD.

Samuel P. Huntington. 2008. Pertembungan Tamadun dan Pembentukan Semula Orde

Dunia. Selangor Darul Ehsan: Pencetakan Dawama Sdn. Bhd.

Sivachandralingam Sundara Raja. 2008. Tamadun Rom. Shah Alam: Karisma

Publications SDN. BHD.

Sazelin Arif. 2007. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Perpustakaan Negara Malaysia.