Upload
syed-ruslan
View
1.244
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
GRU 6014 KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKANGRU 6014
HUBUNGAN BURNOUT DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN
STAF JABATAN AGAMA JOHOR
PROFESOR MADYA ABD. LATIF BIN GAPOR
DISEDIAKANSYED AHMAD RUSLAN BIN SYED ABD AZIZ (NO. MATRIK : M20102000778)
SARJANA PSIKOLOGI PENDIDIKAN
PENGENALANMeninjau tahap burnout dengan tahap kepuasan kerja serta faktor-faktor kepuasan kerja yang manakah menyumbang kepada terjadinya burnout.
KEPENTINGAN KAJIANMengenalpasti kepuasan kerja , malahan dapat melihat tahap perbezaan kepuasan kerja dengan faktor-faktor yang telah dipilih seperti pekerjaan itu sendiri, gaji,peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan dan rakan sekerja.
Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan dari segi intensiti burnout di sub-skala ketandusan emosi , depersonalisasi dan pencapaian peribadi dengan kepuasan kerja di sub-skala yang dipilih.
Mengenal pasti tahap kepuasan kerja dan hubungannya dengan burnout di kalangan staf-stafnya. Di samping itu prestasi kualiti kerja dapat dipertingkatkan
PEMBOLEHUBAH BEBASTahap Kepuasan Kerja Dan Faktor Penentu Kepuasan Kerja :
Kepuasan Kerja terhadap Keadaan Pekerjaan
Kepuasan Kerja terhadap Gaji Kepuasan Kerja terhadap Kenaikan Pangkat
Kepuasan Kerja Terhadap Penyelia Dan Penyeliaan
Kepuasan Kerja Terhadap Rakan Sekerja
PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
Tahap burnout pada Sub Skala Ketandusan Emosi Depersonalisasi dan Pencapaian
PENYATAAN MASALAHApakah tahap burnout dan tahap
kepuasan kerja di kalangan staf Jabatan Agama Johor?
Apakah perbezaan burnout dari segi demografi di kalangan staf Jabatan Agama Johor?
Apakah hubungan antara burnout dengan tahap kepuasan kerja di kalangan staf Jabatan Agama Johor?
OBJEKTIF KAJIANMengenalpasti tahap burnout dan tahap kepuasan kerja di kalangan staf Jabatan Agama Johor.
Mengenalpasti perbezaan burnout dari segi demografi di kalangan staf Jabatan Agama Johor.
Mengenalpasti hubungan antara burnout dengan tahap kepuasan kerja di kalangan staf Jabatan Agama Johor.
HIPOTESIS KAJIANTidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap burnout (ketandusan emosi, depersonalisasi, pencapaian) dari segi demografi (jantina, pengalaman kerja, status perkahwinan, dan taraf pendidikan).
HIPOTESIS KAJIANTidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap burnout dengan kepuasan kerja (pekerjaan itu sendiri, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan dan cara penyeliaan dan rakan sekerja).
METODOLOGIPOPULASI DAN RESPONDEN
Staf Jabatan Agama Johor yang berkhidmat di 10 buah bahagian iaitu bahagian Pentadbiran, Dakwah, Undang-undang Syari’ah, penguatkuasaan,Pendakwaan, Penyelidikan, Pengurusan Masjid, Undang-undang Keluarga,Pendidikan dan Zakat & Baitul-mal.
INSTRUMEN KAJIANAlat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga iaitu :
Bahagian A : Demografi Responden Bahagian B : Job Descriptive Index Bahagian C : Maslach Burnout
Inventory
Soal Selidik Bahagian A Mengandungi maklumat
tentang latar belakang responden atau demografi subjek seperti :umur, jantina, taraf pendidikan, status perkahwinan, dan pengalaman bekerja.
Soal Selidik Bahagian BJDI mengandungi lima aspek utama kepuasan kerja yang diukur. Item-item yang diukur ialah gaji, suasana kerja, kenaikan pangkat, teman sekerja dan penyeliaan. Bagi setiap aspek soal selidik JDI mengandungi 18 item kecuali aspek gaji dan kenaikan pangkat hanya sembilan item setiap satu. Mengandungi skala jawapan Setuju, Tidak Pasti dan Tidak Setuju
Soal Selidik Bahagian CMBI mengandungi tiga sub skala iatu
sub skala ketandusan emosi, subskala depersonalisasi dan sub skala pencapaian peribadi. Sub skala ketandusan emosi mengandungi 9 item, depersonalisasi mengandungi 5 item dan pencapaian peribadi mengandungi 8 item, jumlah keseluruhannya sebanyak 22 item. Tahap Burnout diukur dalam 7 skala (o-6) dan intensiti Burnout diukur dengan 8 skala (0-7)
DAPATAN KAJIANTahap Burnout Keseluruhan:
34.9% mengalami tahap burnout yang tinggi, 46.4 % mengalami tahap burnout sederhana dan 18.7 % mengalami tahap burnout yang rendah.
Tahap Kepuasan Kerja Keseluruhan:35.6% mengalami tahap kepuasan kerja tinggi, 53.0 % mengalami tahap kepuasan kerja sederhana dan 11.4 % mengalami tahap kepuasan kerja rendah.
ANALISA INFERENSIHipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan ketandusan emosi yang signifikan dari segi jantina diterima kerana nilai p ialah 0.82
Hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan ketandusan emosi yang signifikan dari segi pengalaman kerja diterima kerana nilai p ialah 0.61
ANALISA INFERENSIHipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan ketandusan emosi yang signifikan dari segi status perkahwinan ditolak kerana nilai p ialah 0.02.
Hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan ketandusan emosi yang signifikan dari segi taraf pendidikan diterima kerana nilai p ialah 0.49.
ANALISA INFERENSIHipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan depersonalisasi yang signifikan dari segi jantina diterima kerana nilai p ialah 0.10
Hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan depersonalisasi yang signifikan dari segi pengalaman kerja diterima kerana nilai f ialah 0.63
ANALISA INFERENSIHipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan depersonalisasi yang signifikan dari segi status perkahwinan diterima kerana nilai p ialah 0.14
Hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan depersonalisasi yang signifikan dari segi taraf pendidikan diterima kerana nilai p ialah 0.30
ANALISA INFERENSIHipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan pencapaian peribadi yang signifikan dari segi jantina diterima kerana nilai p ialah 0.62
Hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan pencapaian peribadi yang signifikan dari segi pengalaman kerja diterima kerana nilai p ialah 0.14
ANALISA INFERENSIHipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan pencapaian peribadi yang signifikan dari segi status perkahwinan diterima kerana nilai p ialah 0.98
Hipotesis yang menyatakan tidak terdapat perbezaan pencapaian peribadi yang signifikan dari segi taraf pendidkan diterima kerana nilai p ialah 0.20
Pembolehubah
Ketandusan
emosi
Depersonalisasi
PencapaianPeribadi
r p r p r p
Pekerjaan sekarang
0.26
0.01
0.37
0.00
0.17
0.00
Gaji sekarang 0.17
0.03
0.35
0.00
0.19
0.01
Peluang Kenaikan Pangkat
0.30
0.00
0.22
0.00
0.13
0.09
Penyelia dan Penyeliaan
0.31
0.00
0.19
0.01
0.28
0.01
Rakan Sekerja 0.04
0.57
0.33
0.00
0.24
0.00
ANALISIS HUBUNGAN
Terdapat hubungan yang signifikan di antara Pekerjaan Sekarang dengan Ketandusan emosi, Depersonalisasi dan Pencapaian Peribadi.
Terdapat hubungan yang signifikan di antara Gaji sekarang dengan Ketandusan emosi, Depersonalisasi dan Pencapaian Peribadi
Terdapat hubungan yang signifikan di antara Peluang Kenaikan Pangkat dengan Ketandusan emosi, Depersonalisasi walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan Pencapaian Peribadi
Terdapat juga hubungan yang signifikan di antara Penyelia dan Penyeliaan dengan Ketandusan emosi, Depersonalisasi dan Pencapaian Peribadi
Terdapat hubungan yang signifikan di antara Rakan Sekerja dengan Depersonalisasi dan Pencapaian Peribadi walau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan Ketandusan emosi