26
1. DEFINISI PENYELIDIKAN 2. PROSES PENYELIDIKAN Salah satu masalah yang dihadapi oleh penyelidikan (selain kekurangan kewangan untuk penyelidikan) berpunca daripada hakikat bahawa fenomena sosial tidak boleh dimasukkan dalam tabung uji untuk dikaji. 3. REPLIKASI Adalah dinasihatkan supaya kajian tersebut diulang sekali lagi yakni bagi menunjukkan bahawa penemuan-penemuan itu bukan hanya suatu kebetulan, sekiranya penyelidikan itu benar-benar diulang semula sepenuhnya terutamanya dengan menggunakan sampel yang belainan, pengesahan kali kedua penemuan-penemuan itu akan mempekuatkan lagi pendapat bahawa hipotesis itu tidak boleh disankal. Adalah penting bagi penyelidikan merangka bidang kajiannya supaya boleh direplikasikan oleh dirinya sendiri ataupun oleh penyelidik lain. 4. MEMILIH PERMASALAHAN PENYELIDIKAN Ramai pelajar mendapati bahawa pemilihan permasalahan penyelidikan merupakan suatu aspek yang paling rumit dalam proses penyelidikan. Sekiranya penyelidik memulakan denan membaca penyelikan-penyelidikan lain yang sama dengan lingkungan minatnya lazim beliua dapat melihat sesuatu yang baru yang perlu dilakukan untuk mempebaharui penyelidikan lama 1

kaedah penyelidikan pendidikan.doc

Embed Size (px)

Citation preview

PROSES PENYELIDIKAN

1.DEFINISI PENYELIDIKAN2.PROSES PENYELIDIKANSalah satu masalah yang dihadapi oleh penyelidikan (selain kekurangan kewangan untuk penyelidikan) berpunca daripada hakikat bahawa fenomena sosial tidak boleh dimasukkan dalam tabung uji untuk dikaji.3.REPLIKASI

Adalah dinasihatkan supaya kajian tersebut diulang sekali lagi yakni bagi menunjukkan bahawa penemuan-penemuan itu bukan hanya suatu kebetulan, sekiranya penyelidikan itu benar-benar diulang semula sepenuhnya terutamanya dengan menggunakan sampel yang belainan, pengesahan kali kedua penemuan-penemuan itu akan mempekuatkan lagi pendapat bahawa hipotesis itu tidak boleh disankal. Adalah penting bagi penyelidikan merangka bidang kajiannya supaya boleh direplikasikan oleh dirinya sendiri ataupun oleh penyelidik lain.4.MEMILIH PERMASALAHAN PENYELIDIKAN

Ramai pelajar mendapati bahawa pemilihan permasalahan penyelidikan merupakan suatu aspek yang paling rumit dalam proses penyelidikan. Sekiranya penyelidik memulakan denan membaca penyelikan-penyelidikan lain yang sama dengan lingkungan minatnya lazim beliua dapat melihat sesuatu yang baru yang perlu dilakukan untuk mempebaharui penyelidikan lama5.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEMASALAHANBeberapa faktor mempengaruhi akhir permasalahan penyelidikan termasuklah:

(1) Paadigma sosiologi (suatu model ataupun aliran pemikian yang dikenalpasti oleh penyelidikan

(2) Nilai-nilai penyelidikan

(3) Darjah reaktiviti

(4) Kaedah yang di gunakan oleh penyelidik

(5) Skop penyelidikan

(6) Bagaimana menggunakan masa, sama ada penyelidikan itu membicarakan penduduk secara silang lintang pada satu masa tertentu ataupun penyelidikan pada masa yang panjang dijalankan dalam tempoh waktu yang lama.6.PENYELIDIKAN TULEN LAWAN PENYELIDIKAN GUNAAN

6.1PENYELIDIKAN TULEN

Penyelidikan melibatkan pengembangan dan pengajian teori serta hipotesis yang menarik dari segi perkembangan intelek pada penyelidik dan ia dapat digunakan pada masa akan datang tetapi tidak dapat di aplikasikan kepada masalah sosial hari ini. Ia juga menumpukan perhatian kepada persoalan yang mencabar penyelidik dari segi intelek tetapi mungkin mempunyai nilai praktis buat masa sekarang ataupun pada masa hadapan. Maka penyelidikan seperti itu selalunya melibatkan pengujian hipotesis-hipotesis yang mempunyai konsep yang abstrak dan khusus. Seseorang yang bertujuan untuk menjalankan penyelidikan khusus atau bidang sosial umumnya mestilah telah mengkaji konsep-konsep dan andaian-andaian tentang pengkhususan itu secukupnya yakni bagi mengetahui apa yang telah dilakukan dan apa yang belum dilakukan.

6.2PENYELIDIKAN GUNAAN

Penyelidikan gunaan ialah penyelidikan yan penemuannya boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah sosial semasa.

6.2.1PARADIGMA PENYELIDIKAN Terdapat beberapa paradigma yang nyata wujud bersama di dalam sesuatu bidang pengkhususan yang sama. Websters New World Dictionary (1968, hal 1060) mentakrifkan paradigma sebagai pola, contoh atau model. Dalam sains sosial, istilah paradigma ini bermaksud suatu perseptif atau rangka rujukan untuk melihat dunia sains yang mengandungi suatu himpunan konsep dan andaian.

Paradigma adalah pintu mental yang di gunakan oleh penyelidik untuk melihat dunia Pada umumnya, apa yang di lihat dalam dunia sosial ialah secara objektif berada di situ sebagaimana yang di taksifkan olehnya melalui paradigma dan konsepnya, kategori, andaian dan biasa. Oleh sebab itulah dua orang penyelidik yang menggambarkan perkara yang sama dari dua sudut paradigma yang berbeza boleh menghasilkan gambaran yang jauh berbeza.Kuhn (1962) mengatakan bahawa ahli-ahli sains secara tipikal berusaha dalam paradigma yang sedia ada dan mengumpul penemuan dalam lingkungan perseptif ini sehinggalah mencapai ke had paradigma itu. Di peringkat ini muncul penyimpangan ataupun penemuan-penemuan yang tidak dapat di terangkan dengan jelas menggunakan paradigma. Namun begitu mereka telah lama berpegang kepada suatu paradigma tidak akan mengenepikannya dengan mudah, sebaliknya paradigma lama tidak lagi dapat memikat hati ahli-ahli sains yang menganut paradigma baru.

Masalah berhubung dengan nilai-nilai yang kuat dipertahankan ialah bukan sahaja tidak dapat diuji tetapi boleh menimbulkan prasangka di kalangan penyelidik sehinggakan dia kehilangan semua objektiviti. Suatu pekara penting yang harus di ingat mengenai nilai dan pertimbangan ialah semua penyelidik mempunyainya dan ia berbeza bagi paradigma yang berbeza akan mempunyai nilai-nilai yang berbeza dan akan menafsirkan penemuan itu bebeza dengan lain. Setidak-tidaknya terdapat pilihan. Kita boleh cuba melenyapkan nilai dan menjalankan penyelidikan yang bebas daripada nilai. Pendokong lain yang tidak bersetuju dengan pendirian seperti itu mengatakan bahawa tidak mungkin untuk menekan nilai-nilai seseorang, dan lebih baik bagi seseorang penyelidik itu untuk menyatakan nilai-nilainya dengan jelas dan menggunakannya selaras dengan fakta iaitu dengan tidak menafikan bahawa dia mempunyai pendirian dari segi nilai. Ini boleh mengelakkannya daripada memasukkan nilainya tanpa di sedari secara diam-diam dan mungkin tidak jujur7.KESAN-KESAN NILAI DALAM PENYELIDIKAN SOSIAL

(1) Dalam sains sosial, wujud paradigma-paradigma yang berbeza iaitu yang mewakili beberapa himpunan nilai dan kepercayaan (secara tebuka mahupun berselindung) yang berbeza .(2) Bagi sesetengahsesetengah tajuk penyelidikan tertentu, ia mempunyai dua ataupun lebih paradigma yang berbeza. Sungguhpun begitu ia mungkin mempunyai persamaan dari segi kepercayaan dan nilai.

(3) Dalam bidang di mana kepercayaan itu tidak bersesuaian di antara satu sama lain, maka kemungkinan terdapat pertentangan yang hebat di antara paradigma-paradigma mengenai kesesuaian tajuk untuk penyelidikan, hipotesis yan sesuai dan penafsiran.7.1NILAI DAN PERSEPSI

Penemuan-penemuan objektif sekalipun mungkin dikritik oleh orang yang mendapatinya salah dari segi moral, sedangkan banyak penemuan yang tidak secara objektif berkecuali. Tambahan lagi persepsi seseorang terhadap sesuatu bukti bergantung kepada sesuatu nilai, kepercayaan dan pengalamannya seperti yang dikatakan oleh Mc Cain dan Segal (1969, hal. 70).Tedapat pebezaan yang besar di antara mereka yan mengatakan bahawa seseorang itu melihat fenomena dan kemudiannya menafsirkannya, dengan mereka yan mengatakan bahawa seseorang melihat fenomena dan kemudiannya mentafsirkannya, dengan mereka yang mengatakan bahawa seseorang melihat fenomena yang telah ditafsirkan.

7.2REAKTIVITI

Teknik pendekatan reaktif ialah suatu teknik yan penggunaannya membangkitkan reaksi kepada orang yang dikaji sebegitu rupa sehinggalah ia boleh mempengaruhi data. Teknik reaktif penyelidikan terhadap fenomena sosial yang hendak dikaji lazimnya dikenali sebagai kesan kesan Hawthorne. Nama ini diperolehi daripada penyelidikan mengenai Harwthorne Plant of the Western Electric Company in Chicago. Akhirnya mereka memutuskan bahawa itu adalah kerana kesan reaktif, iaitu semangat berkerja pekerja-pekerja itu meningkat kerana perhatian yang diberikan kepada mereka, dan kerana cadangan-cadangan mereka untuk mengatasi masalah-masalah yang di hadapi oleh kilang itu sendiri (seperti untuk meningkatkan daya pengeluaran). Perhatian daripada penyelidik-penyelidik. Masalah reaktiviti juga wujud dalam bidang penyelidikan lain (dan mungkin dalam semua bidang) tetapi dalam penyelidikan sosial ia merupakan suatu masalah yang besar. Sekiranya sekumpulan orang itu tahu bahawa mereka diperhatikan oleh penyelidik sosial, mereka akan mempunyai kesedaran diri dan menukar perlakuan mereka .8.METODOLOGI

Hakikat bahawa pada amnya ahli-ahli sains fizikal tidak menjadi peserta dalam fenomena yang diselidiki sedangkan ahli-ahli sosial boleh menjadi peserta. Hal ini menyebabkan sesetengah pengkaji mempersoalkan sama ada penyelidikan sains sosial boleh dilakukan oleh sains fizikal.

9.MEMBENTUK HURAIAN SOSIAL

Setelah memilih masalah penyelidikan, tugas selanjutnya ialah merumuskan persoalan penyelidikan yang khusus ataupun hipotesis. Kita mulakan perbincangan mengenai permasalah ini dengan membezakan antara kajian deskriptif yang hanya menerangkan hal yang berlaku dengan kajian huraian yang menjelaskan mengapa dan bagaimana ia berlaku.

10.TEORI Teori menyediakan huraian dan ramalan. Teori ini cuba menjawab soalan-soalan bagaimana dan mengapa. Teori boleh didefinisikan sebagai memberikan huraian dan ramalan tentang fenomena sosial. Pengertian yang akan digunakan di sini ialah percubaan pertama untuk menghuraikan fenomena tertentu. Suatu kenyataan yang tidak cuba untuk menghuraikan atau meramalkan sesuatu bukan merupakan teori. Kedua teori mestilah boleh diuji. Suatu kumpulan kenyataan yang tidak dapat diuji pada masa sekarang, mungkin kerana pengajian tersebut memerlukan perbelanjaan yang besar, masih dianggap sebagai teori selagi sifatnya jelas dan boleh diuji. Manakala suatu kenyataan yan betul dari segi definisi tetapi dari segi sifatnya bercanggah sesama sendiri atau terlalu kabur untuk difahami bukanlah merupakan teori yang lengkap. Sesuatu poposisi itu mungkin merupakan satu aksion, postulat, teorem, generalisasi yang empiris ataupun suatu hipotesis. Himpunan proposisi itu kemudiannya mungkin di hubungkaitkan untuk membentuk teori walaupun sesetengah-sesetengah teori itu mengandungi proposisi sah.

11.KONSEP DAN PEMBOLEHUBAH

Konsep hanyalah gambaran mental atau persepsi. Konsep tidak mungkin dapat diperhatikan secara langsung, misalnya keadilan atau cinta mahupun mempunyai petunjuk yang dapat di perhatikan dengan mudah, Sebaliknya konsep yang mengandungi beberapa kategori, nilai atau pecahan konsep yang selalunya tergolong ke dalam satu dimensi atau kontinum yang nyata. Misalnya, konsep umur merupakan suatu kontinum yang mengandungi berbagai jenis nilai atau kategori yang berbeza seperti berumur setahun, sepuluh tahun dan sebagainya. Konsep yang mempunyai hanya satu nilai yang tidak berubah dikenali sebagai pemalar, selalunya nilai ataupun kategori pembolehubah ditunjukkan secara kuantitatif (iaitu ditunjukkan oleh nombor seperti di dalam hal umur), tetapi sesetengah pembolehubah mempunyai kategori yan ditunjukkan melalui label kata-kata dan tidak oleh nombor. Misalnya, jantina merupakan pembolehubah yang kategorinya ditunjukkan melalui label lelaki, perempuan atau bukan lelaki dan perempuan.12.MENJELASKAN PROPOSISI

Biasanya suatu proposisi itu hanyalah suatu kenyataan mengenai konsep pembolehubah .Proposisi yang membincangkan satu pembolehubah dinamakan univariat. Proposisi yang mengaitkan dua pembolehubah manakala proposisi yang mengaitkan lebih daripada dua pembolehubah manakala proposisi yang mengaitkan lebih daripada dua pembolehubah dikenali sebagai multivariat.13.PERHUBUNGAN DI ANTARA PEMBOLEHUBAH

Apabila kita mengatakan bahawa pembolehubah X dan pembolehubah Y berkaitan, kita maksudkan pembolehubah-pembolehubah tersebut mengalami perubahan bersama iaitu bila X berubah Y turut berubah dan sebaliknya. Perbezaan seperti ini selalunya dikenali sebagai perbezaan iringin atau koleasi.14.HIPOTESIS

Hipotesis merupakan suatu proposisi yang dinyatakan dalam bentuk yang boleh diuji dan dapat meramalkan perhubungan tertentu di antara dua atau lebih pembolehubah. Webster (1968) mentakrifkan hipotesis sebagai suatu andaian sementara yang dibuat untuk menggaris dan menguji kesan-kesan empiris. Hipotesis membayangkan kekuanan bukti yang nyata pada masa itu, dan dengan ia merupakan huraian sementara. Hipotesis, seperti yang biasa digunakan ialah huraian sementara di mana bukti yan diperlukan untuk melakukan ujian setidak-tidaknya berkemungkinan akan diperolehi. Uji di sini bermaksud mengesahkannya mengikut mengikut ukuran kita atau membuktikan kesalahannya.Hipotesis semata-mata merupakan suatu kenyataan sementara di mana hakikat yang difikirkan oleh penyelidik masih belum dibuktikan. Untuk membuktikannya sesuatu kenyataan mesti diuji, oleh itu ia mesti dinyatakan secepat mungkin. Sekiranya kita mengandaikan bahawa sesetengah perhubungan itu wujud antara dua pembolehubah, kita boleh membuat spekulasi tentang bentuknya. Kenyataan spekulasi sedemikian lebih merupakan ramalan yang bijaksana iaitu hipotesis kita. Terbitan hipotesis adalah insprasi terhadap hipotesis yang lahir dari banyak sumber, selalunya penyelidik mendapat idea berdasarkan bukti-bukti yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari ataupun sewaktu menjalankan penyelidikan.Selalunya terdapat ciri-ciri yang menunjukkan bahawa sesetengah fenomena itu berkolerasi. Kolerasi yan dijangkakan itu boleh menyebabkan penyelidik membuat hipotesis tentang sesuatu perhubungan dan dia kemudiannya membuat kajian untuk melihat sama ada jangkaannya itu dapat disahkan ataupun tidak. Di sampan itu pembentukan sesuatu hipotesis juga berdasarkan kepada inspirasi penyelidikan-penyelidikan yang lalu ataupun kepercayaan umum.

Hipotesis juga boleh dibentuk semata-mata melalui analisis data di kawasan kajian secara deduksi daripada teori yang formal. Satu lagi kesilapan umum dalam menulis hipotesis ialah membentuk yang dua laras ataupun menggabungkan dua atau hipotesis menjadi satu. Selain itu masalah utama dalam hal ini ialah kemungkinan ia boleh diuji dan salah satu hipotesis tersebut akan ditolak. Sekiranya kedua-dua hipotesis itu digabungkan ia akan menyulitkan pentafsiran.15.PENGITLAKAN EMPIRIS

Berbeza dengan hipotesis, pengitlakan empiris merupakan suatu perhubungan yang menggambarkan suatu latihan induksi, ia merupakan suatu kenyataan mengenai perhubungan yang dibentuk, pertamanya melalui pemerhatian tentang kewujudan sesuatu perhubungan itu dalam satu ataupun beberapa keadaan, kemudian membuat pengitlakan yang menyatakan bahawa perhubungan yang diperhatikan itu benar bagi semua keadaan.16.KOMPONEN TEORI YANG BERAKSIOM: POSTULAT, AKSIOM, TEOREM

Sungguhpun suatu proposisi seperti hipotesis ataupun generalisasi empiris layak dikatakan sebagai kenyataan teori atau teori mini, ramai penyelidik lebih suka menggunakan istilah teori bagi satu atau lebih himpunan proposisi yan saling berkaitan (Zetterberg 1965). Bentuk yan paling umum bagi himpunan proposisi yang paling bekaitan seperti itu ialah teori beraksiom. Teori beraksiom atau deduktif pada asalnya berbentuk silogisme deduktif. Proposisi 1: Kalau A kemudian B

Proposisi 2: Kalau B kemudian C

Oleh itu:

Proposisi 3 :Kalau A kemudian C

Dalam teori seperti itu kalau proposisi 1 dan 2 itu merupakan kenyataan betul, maka secara deduksinya proposisi 3 juga betul. Kenyataan yang benar seperti itu membolehkan deduksi dibuat iaitu untuk mendapatkan kenyataan-kenyataan lain yang benar yang dikenali aksiom ataupun postulat. Oleh itu, poposisi 1 dan 2 adalah aksiom ataupun postulat. Boleh dikatakan kedua-dua istilah itu digunakan secara betukar ganti. Pebezaan utama ialah istilah aksiom itu membawa konatasi matematik dan sering digunakan bagi kenyataan yang benar dari segi definisi, selain bagi proposisi yang melibatkan konsep-konsep yang terlalu abstrak. Istilah postulat sering digunakan bagi kenyataan yang kebenarannya telah terbukti secara empiris . Rajah 3.1 Jenis-jenis ProposisiNama Proposisi Cara dihasilkan Boleh diuji secara langsung

Langsung atau tidak ataupun tidak

Hipotesis Sama ada secara deduksi Ya

ataupun melalui data terkumpul

Pengitlakan empiris Dihasilkan daripada data Ya

Aksiom Benar berdasarkan definisi TidakPostulat Dianggap benar Tidak

Teorem didedukasikan daripada aksiom Ya

atau postulat

Penjenisan proposisi seperti yang di ringkaskan dalam rajah 3.1

17.PEHUBUNGAN POSITIF LAWAN NEGATIF Sekiranya pertambahan nilai sesuatu pembolehubah itu diikuti denan pertambahan nilai bagi pembehubah kedua, maka pehubungan itu dikatakan positif. Begitu juga sekiranya pengurangan nilai sesuatu pembolehubah itu diikuti oleh pengurangan pembolehubah itu diikuti oleh pengurangan pembolehubah yang lain, maka perhubungan itu dikatakan positif ataupun langsung. Jadi perhubungan positif ialah pehubunan di mana kedua-kedua pembolehubah berubah mengikut arah yang sama. Walaubagaimanapun, sekiranya petambahan nilai bagi pembolehubah yang lain, maka perhubungan itu dikatakan negative atau terbalik.18.KEKUATAN PERHUBUNGAN

Perangkaan yang lazim digunakan untuk mengukur kekuatan perhubunagan itu dinamakan pekali kolerasi ataupun secara lebih formal sebagai Pearsons Product Moment Correclation Coeffient (lihat Blalock 1972).

19.PERHUBUNGAN BERSIMETRIS LAWAN PEHUBUNGAN ASIMETRIS

Dalam pehubungan asimetris perubahan yang berlaku pada pembolehubah A diikuti dengan perubahan pada pembolehubah B tetapi tidak sebaliknya. Misalnya, kita boleh mengendalikan bahawa perhubungan antara menghisap rokok dengan barah paru-paru adalah bercorak asimetris kerana menghisap rokok mengakibatkan barah paru-paru, tetapi barah paru-paru tidak boleh menyebabkan penghisapan rokok.

20.PEMBOLEHUBAH TAK BERSANDAR DAN PEMBOLEHUBAH BERSANDARPembolehubah tak bersandar ialah pembolehubh yang menyebabkan belakunya perubahan pada pembolehubah yang lain. Pembolehubah yang nilainya bergantung kepada pembolehubah yang lain dinamakan pembolehubah bersandar. Dalam pehubungan sebab musabab, sebabnya ialah pembolehubah tak bersandar dan kesannya ialah pembolehubah besandar.

21.MEMBEZAKAN PEMBOLEHUBAH BERSANDAR

Pembolehubah bersandar ialah pembolehubah yang hendak kita huraikan; pembolehubah tak bersandar ialah huraian yang telah dihipotesiskan.

22.PERHUBUNGAN LINEAR LAWAN BUKAN LINEAR

Dalam perhubungan linear atau lurus kedua-dua pembolehubah berbeza mengikut kadar yang sama tanpa mengira sama ada markah atau nilai pembolehubah itu tinggi, rendah ataupun sederhana. Dalam perhubungan bukan linear, kadar perubahan nilai bagi suatu pembolehubah mungkin berbeza dengan pembolehubah kedua.

23.PERHUBUNGAN LANCUNG DAN PERHUBUNGAN MENYELANG

Kadangkala seseorang itu mendapati adanya pehubungan yang jelas di antara dua pembolehubah itu sebenarnya tidak mempengaruhi di antara satu sama lain. Perhubungan di mana dua pembolehubah, yang kelihatan seolah-olah mempunyai kolerasi hanya kerana kedua-dua di sebabkan faktor ketiga di kenali sebagai perhubungan lancung. Seringkali perhubungan yang jelas di antara kedua-dua pembolehubah itu di sebabkan oleh pembolehubah menyelang, maksudnya pembolehubah A dan B mungkin mempunyai kolerasi yang rapat, dan hanya pembolehubah A yang boleh menyebabkan wujudnya pembolehubah C yang mana pembolehubah C kemudiannya menyebabkan wujudnya pembolehubah B. Dalam kes seperti ini pembolehubah C dikenali sebagai pembolehubah menyelang.24.PEMBOLEHUBAH MEMIUH DAN PEMBOLEHUBAH PELENYAP Rosenberg (1968) menyatakan kemungkinan terdapat perhubungan lancung sifar dalam keadaan dua pembolehubah sebenar mempunyai pertalian tetapi kelihatan seolah-olah tidak mempunyai kolerasi kerana masing-masing mempunyai kolerasi dengan pembolehubah yang ketiga iaitu yang dikatakana oleh Rosenberg sebagai pembolehubah pelenyap kerana ia melenyapkan pehubungan tersebut dengan cara mempunyai kolerasi yang positif dengan salah satu daripada pembolehubah itu, dan ia mempunyai kolerasi negatif dengan pembolehubah yang satu lagi. Pehubungan yang sebenar di antara kedua-dua pembolehubah itu akan muncul semula setelah pembolehubah pelenyap dikawal .Pembolehubah ketiga pula mungkin juga merupakan pembolehubah yang di namakan oleh Rosenberg sebagai pembolehubah memiuh, iaitu yang menunjukkan bahawa ia mengelirukan perhubungan di antara dua pembolehubah.25.STRATEGISTRATEGI LAIN BAGI PERUMUSAN DAN PENGESAHAN HIPOTESIS

Kesulitan yang timbul dalam menulis dan menguji hipotesis ialah ia merupakan proses yang melibatkan gabungan teori dan data. Walaupun penghuraian lebih merupakan proses mental ataupun poses konseptual, pengujian untuk menentukan sama ada penghuraian itu betul atau tidak (untuk mengesahkan teori) memerlukan pemerhatian dan analisis data. Walau bagaimanapun sesetengah-sesetengah konsep mungkin terlalu abstrak sehinggakan agar sukar untuk mengukurnya secara empiris. Perhatikanlah konsep-konsep seperti pengasingan, autoritariansme, kecerdasan, dan ego. Oleh kerana konsep-konsep ini tidak dapat diperhatikan secara langsung seperti kita memerhatikan kumpulan ramai, bagaimanakah seseorang itu dapat memastikan bahawa ukuran yan digunakannya itu bebas dari kesilapan. Kesulitan seumpama itu telah membawa kita kepada tiga pendekatan asas dalam pembentukan dan pengujian hipotesis; (1) Pendekatan klasik; (2) teori Grounded dan (3) Operasionolisme yang ketat.26.PENDEKATAN KLASIK

Pendekatan klasik mengandungi tiga peringkat yang berbeza. Peringkat pertama, yang keseluruhannya berlaku pada tahap konseptual, mengandungi penjelasan tentang konsep dan perkaitan poposisi yang menyatakan perhubungan di antaranya. Peringkat kedua menghubungkan jurang di antara tahap empiris dan tahap konseptual. Ia mengandungi cara-cara menukur konsep secara empiris. Peringkat ketiga iaitu peringkat terakhir, ialah peringkat mengumpul dan menganalisis data iaitu usaha mengesahkan hipotesis.

Rajah 3 .3 Pendekatan Klasik Bagi Pembentukan Dan Pengesahan Hipotesis

Tahap Konseptual X Y

r2 r3 X r 1 YTahap Empiris (Markah yang (Markah yang di peroleh

di peroleh dalam dalam skel kegembiraan )

ujian kercedasan)

28.TEORI GRONDED

Teori Grounded ialah teori yang di perolehi melalui data dan ia tidak berbentuk abstrak ataupun sementara. Cara membuat teori grounded ialah (1) melakukan kajian luar tanpa sebarang hipotesis; (2) menggambarkan apa yang berlaku; dan (3) merumuskan huraian-huraian tentang sesuatu kejadian bedasarkan pemerhatian. Kebanyakan pengikut pendekatan teori ini mengunakan pemerhatian sebagai kaedah asas untuk mengumpul data. Glaser dan Strauss mengatakan bahawa untuk membolehkan sesuatu teori itu sepatutnya menggunakan konsep-konsep yang dapat dipadankan dengan mudah dengan menggunakan data yang dikaji.

29.OPERASIONALISME

Istilah Operasionalisme adalah merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk mengukur konsep. Penyelidik-penyelidik yang memberi perhatian kepada operasionalisme umumnya berusaha mendapatkan ukuran kuantitatif bagi konsep-konsep yang mereka gunakan. Bagi pengikut operasionalime yang tegas, konsep yang tidak didefinisikan dengan jelas untuk membolehkan ia diukur tidak boleh digunakan dalam penyelidikan. Oleh itu ia hendaklah diketepikan. 30.TEKNIK PENULISAN BIBLIOGRAPHY DAN FOTENOTE Penulisan bibliografi dianggap lengkap jika menyebutkan nama lengkap penulis, judul lengkap buku/pustaka, nama penerbit, tempat dan tahun.

Detail cara penulisan seperti berikut,

Last name, koma, first name, koma, middle name, koma, judul lengkap buka buku/pustaka, kurung, nama tempat terbitan, titik dua, penerbit, tahun, tutup kurung dan titik.

Contoh penulisan

Buku dengan satu pengarang, dua pengarang dan lebih.

Jones, Howard Palfrey, Indonesia: The Possible Dream. Singapura: Ayu Mas Singapore Pte., Ltd., 1977.

Kertohoesodo, Soehardo, Pengantar Kardiologi. Jakarta: UI: Press,1983.

Cohen, J., et. all., Personal Authority: The Community and the Law. New Brunswick: Princeton University Press, 1958.

Buku Terjemahan

Gottschalk, Louis, Mengerti Sejarah, diterjemahkan oleh Nugroho Notosusanto. Jakarta: UI Press, 1975.

Isoji, Asoo, et.all., Sejarah Kesusasteraan Jepang, diterjemahkan oleh A.S. Abdurachman, et. all. Jakarta: UI Press, 1984.

Buku dengan satu editor atau lebih

Glassburner, Bruce (Ed.) The Economy of Indonesia, Selected Reading. Itchaca: Cornell University Press, 1971.

Madjid, Abdul dan Sri- Edi Swasono (Eds.) Wawasan Ekonomi Pancasila. Jakarta:UI Press, 1981.

Karangan dalam buku

Galanter, Marc, The Modernization of Law di dalam Myron Weiner (Ed.), Modernization: The Dynamics of Growth. Cambridge, Mass. Voice of America Forum Lectures, 1966.

Karangan dalam suratkabar atau majalah

Holmes, Jr., O.W., Law in science and Science in law , Harvard Law Review, No. 12, p. 99, 1899.

Karangan dalam encyclopedia

Snell, John L., World War II, di dalam Encyclopedia Americana. Vol. 29, p. 364-520 (New York: Americana Corp., 1969).

Teknik penulisan footnote

Perbezaan penulisan footnote dengan bibliografi hanya terletak pada susunan menulis nama pengarang dan format penulisan. Dalam penulisan footnote penulisan adalah seperti berikut,

Contoh Penulisan bibliography

Dernburg, Thomas F. dan Duncan M. Mcdougal, Macroeconomics, Sixth Edition, Asian Student Edition. Singapura: Singapore National Printers, 1983.

Contoh Penulisan footnote

1) Thomas F. Dernburg dan Duncan M. Mcdougal, Macroeconomics, Sixth Edition, Asian Student Edition (Singapura: Singapore National Printers, 1983) p. 100-108.

Singkatan dalam penulisan footnote

Tiga istilah singkatan yang biasa digunakan dalam penulisan footnote adalah Ibid, Op. cit. dan Loc. cit.Ibid., merupakan singkatan dari ibiem, yang ertinya di tempat yang sama. Jika satu kutipan belum di selang dengan kutipan yang lain cukup ditulis Ibid. pada footnote. Tetapi jika kutipan tersebut di kutip dari mukasurat yang lain dari buku yang sama ia perlu ditulis Ibid. p. 100, dengan pengertian mukasurat 100 adalah bukan mukasurat yang dikutip sebelumnya.

Loc. cit., merupakan singkatan dari loco citato, yang ertinya dikutip di tempat yang sama. Kutipan yang dibuat dari mukasurat yang sama dari kutipan sebelumnya serta belum di selang dengan kutipan dari buku yang lain.

Op. cit., merupakan singkatan dari opere citato, yang ertinya karya yang telah dikutip. Buku yang telah dibuat kutipan sebelumnya kemudian dibuat kutipan lagi. Op. cit., ditulis bersama mukasurat.

Contoh Penulisan Singkatan

1) Richard Nixon, The Real War (New York: Warner Books Inc.,1980) 22.

2) Ibid. ,14.

3) Sritua Arief, The Petroleum Industry and Indonesian Economy: An Impact Study. East Balmain: Rescons, 1982. 15.

4) Loc. cit.5) Richard Nixon, op. cit., 100.

-Footnote 2) ditulis ibid., 49, ertinya merujuk buku sebelumnya tulisan Richard Nixon (tanpa selang) pada footnote tetapi merujuk mukasurat 14.

-Footnote 4) ditulis loc. cit. , ertinya merujuk buku yang sama dan mukasurat yang sama tulisan Sritua arief pada footnote.

-Footnote 5) ditulis Richard Nixon, op. cit. 100, ertinya mengutip kembali buku yang sama tulisan Richard Nixon yang telah di selang dengan kutipan dari buku Sritua Arief. Kutipan tersebut merujuk pada mukasurat 100.

KAEDAH PENYELIDIKAN1. Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan

Penyelidikan yang selalunya dilakukan oleh guru, pentadbir atau lain-lain profesional dalam bidang pendidikan.

Tujuan melakukan penyelidikan tindakan

Untuk menyelesaikan satu masalah yang spesifik atau untuk menyediakan maklumat untuk membuat keputusan di peringkat tempatan.

Sebagai satu kajian gunaan yang memberi penekanan kepada peyelesaian masalah harian di peringkat tempatan dan ianya tidak berhasrat untuk membuat generalisasi keputusan kajian kepada lain-lain kawasan.

Kajian tindakan kerap kali menggunakan populasi yang kecil termampu oleh si penyelidik ataupun kumpulan penyelidik untuk tujuan penyelidikannya atau kerap kali menggunakan kumpulan intact.

2. Kajian KesKajian kes merupakan satu kajian yang terperinci terhadap sesuatu perkara yang spesifik, satu organisasi satu sistem atau satu perkara yang perlu dibuat pengkajian terhadapnya.

Sebagai contoh bagi kajian kes: bagi satu kajian tentang sistem pentadbiran sekolah, ianya akan melibatkan satu pemerhatian tentang satu pejabat di sekolah, bilik-bilik guru atau satu perjumpaan antara guru-guru atau mensyuarat antara guru dan ibuu bapa yang diadakan.

Kajian kes boleh merupakan satu kajian penerokaan yang cuba meneroka satu perkara baru atau satu badan penyelidikan yang baru untuk meninjau tentang pengurusannya atau kejayaan yang telah dilakukannya selama ini.

Kajian kes juga boleh merupakan sebagai satu kajian huraian yang cuba menghuraikan ciri-ciri atau fenomena bagi satu perkara yang menjadi satu tarikan atau sesuatu tarikan dari orang ramai.

Kajian kes juga boleh melupakan satu ujian hipotesis yang digunakan untuk mengkaji satu pertalian yang wujud itu telah dibuktikan atau telah disahkan dengan sebarang kajian empirikal yang boleh menerangkan kewujudannya. Ia juga boleh merupakan satu jawapan kepada persoalan kajian yang telah didapati.

Satu pemerhatian tentang kajian-kajian yang telah dibuat ke atas organisasi yang hampir sama kedudukan atau keadaannya.

Boleh juga merupakan satu kaedah dalam penyelesaian masalah atau untuk memahami fenomena yang wujud.

Ia juga boleh merupakan satu yang boleh menjana ilmu dalam sesuatu bidang yang tertentu demi untuk mencari penyelesaian atau maklumat darinya.

3. Kajian Tinjauan maklumat dikumpulkan daripada sekumpulan individu dengan tujuan untuk menghuraikan aspek-aspek atau ciri-ciri populasi bagi individu berkenaan. Ini bermakna individu berkenaan yang terpilih secara rawak itu adalah wakil bagi populasi berkenaan. Individu berkenaan adalah juga merupakan sebahagian daripada populasi berkenaan.

Cara utama mendapatkan maklumat adalah melalui menanyakan beberapa soalan jawapan-jawapan kepada soalan yang ditanya oleh ahli-ahli kumpulan ini merupakan data dalam sesuatu kajian. Jawapan yang diberikan memberikan jawapan tentang kumpulan yang dikaji sama ada dari segi ciri-ciri atau dari segu zatnya.

Maklumat yang dikumpulkan melalui proses persampelan dari mendapatkannya daripada setiap individu dalam populasi berkenaan. Proses mendapatkan maklumat dari setiap individu dalam suatu populasi untuk menentukan ciri-ciri populasi berkenaan dipanggil sebagai banci.

Tujuan Kajian Tinjauan(Ary, Jacob and Razavieh, 1990. ms 67)

a. Untuk mendapatkan sempadan kajian yang perlu dibuat. Ini mendapat menentukan skop kajian yang dibuat dan had-had yang wujud dalam kajiaannya.

b. Untuk menetapkan persoalan dalam satu perspektif yang mudah diselidiki dan dapat membuat kaitan dengan satu bidang ilmu yang lain.

c. dapat meletakkan batasan persoalan dan menjelaskan serta memberi definisi terhadap konsep yang dikaji.

d. Dapat memberi gambaran dan rasional tentang keputusan yangbertentangan dalam kajian yang telah dibuat.

e. Dapat menentukan kaedah atau pendekatan yang manakah lebih sesuai atau secocok yang perlu dilakukan. Dengan itu, pendidik dapat menyesuai pendekatan yang harus diambil supaya kajian yang dibuat akan berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang.f. Dapat mengelakkan penyelidik dari membuat kajian yang serupa seperti yang pernah dilakukan.

g. Dapat meletakkan si penyelidik pada satu aras yang dapat menterjemahkan hasil penyelidikannya sendiri ke dalam bidang ilmu yang dikaji.

Jenis-jenis TinjauanTinjauan rentas

Pengumpulan maklumat yang dibuat daripada sampel yang diambil daripada populasi yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Maklumat dikumpulkan pada satu masa yang telah ditetapkan sahaja.

Tinjauan memanjang

Pengumpulan maklumat yang dibuat pada beberapa masa yang telah ditetapkan bertujuan untuk mengkaji perubahan yang berlaku pada satu tempoh masa.

i) Kajian trenda sampel yang berbeza daripada populasi yang sama dikaji pada beberapa masa yang berlainan.

ii) Kajian Kohot Kajian dibuat untuk beberapa tempoh waktu bagi sesuatu populasi untuk mengetahui perkembangannya. Pengkaji akan mengikuti populasi berkenaan dan mengambil maklumat dengan rapi.

iii) Kajian Panel Pengkaji memilih sampel pada awal kajian. Pengkaji kemudiannya akan membuat tinjauan pada partisipan yang sama pada masa yang berlainan di sepanjang masa kajian tinjauan itu dibuat.

Langkah-langkah dalam Penyelidikan Tinjauan:

a)Perancangan

b)Persampelan

c)Pembinaan Instrumen

d)Menjalankan tinjauan

e)Pemprosesan Data:

i)Mengkod data

ii)Analisis statistik

iii)Interpretasi keputusan

iv)Melaporkan dapatan

4. Penyelidikan Eksperimen

Sesuatu yang dicuba untuk menentukan kesannya. Sesuatu itu merupakan satu atau lebih variable yang dimanipulasikan oleh si penyelidik untuk menentukan kesan manipulasi ke atas variable lain. Variable yang dimanipulasikan itu dipanggil sebagai pembolehubah tak bersandar (IV) Satu IV yang dimanipulasikan dalam eksperimen dipanggil sebagai pembolehubah eksperimen. Eksperimen ialah satu situasi penyelidikan dimana sekurang-kurangnya satu IV yang dipanggil pembolehubah eksperimen tadi dimanipulasi atau diubah-ubah oleh si penyelidik.Ciri-ciri Eksperimen

IV dimanipulasi Semua variable lain adalah tetap (held constant) kecuali DV Kesan manipulasi IV ke atas DV dicerap.IV - dimanipulasi oleh si penyelidik

DV - merupakan variable dimana kesan perubahannya dicerap tetapi tidak dimanipulasi oleh si penyelidik. Nilainya dihipotesiskan bergantung atau berubah mengikut IV.

Apakah perbezaan utama antara PE, dengan lain-lain penyelidikan?

Dalam PE, penyelidik memanipulasi variable tak bersandar (IV) maknanya mereka menentukan bentuk rawatan (apa yang akan berlaku kepada partisipan responden) kepada partisipan dan setakat mana rawatan itu harus diberikan. Contoh-contoh IV yang dimanipulasi:- Kaedah pengajaran

- Jenis tugasan

- Bahan pembelajaran

- Reward yang diberikan kepada pelajar

- Jenis soalan yang disoal oleh guru

Conto-contoh variable bersandar (DV)- Pencapaian

- Minat dalam mata pelajaran

- Tempoh memberi perhatian

- Motivasi

- Sikap terhadap sekolah

Apabila si penyelidik mentadbirkan sesuatu rawatan kepada dua kumpulan untuk satu tempoh, penyelidik kemudiannya memerhatikan atau mengukur apa yang berlaku melihat jika terdapat perbezaan antara kedua-dua kumpulan berkenaan mungkin disebabkan rawatan yang diberikan tadi. Seandainya min skor bagi kedua-dua kumpulan itu berbeza, dan si penyelidik pula tidak dapat mencari alasan lain sebab berlakunya perbezaan itu, maka beliau bolehlah membuat rumusan bahawa rawatan tadi berkemungkinan besarlah yang menyebabkan perbezaan berkenaan berlaku. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa PE membantu penyelidik untuk pergi selangkah lagi ke hadapan daripada hanya memberikan huraian atau ramalan, tetapi telah melebihi dalam memberikan pengenalan pertalian kepada sekurang-kurangnya penentuan separa tentang apa yang menyebabkan berlakunya sedemikian.Ciri-ciri Penyelidik Eksperimena) Merupakan satu kaedah yang amat berkesan untuk menyelidik pertalian antara variable.

b) Mengandungi dua syarat utama :

i)sekurang-kurangnya dua keadaan atau lebih dibandingkan untuk menentukan atau menaksir kesan bagi sesuatu keadaan atau rawatan (pemboleh ubah tak bersandar)

ii)pembolehubah tak bersandar dimanipulasi oleh si penyelidik

Sebarang perubahan adalah dirancangkan atau sengaja dimanipulasi untuk melihat kesan kepada hasilannya (outcome) pembolehubah bersandar.

PAGE 8