50
FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Kaedah penyelidikan sejarah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah penyelidikan sejarah

FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Page 2: Kaedah penyelidikan sejarah

Kaedah Penyelidikan

• Kaedah Penyelidikan merupakan cara penyelidik mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat penyelidikan pendidikan.

• Prinsip: Gunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat dengan kos yang minimum

Page 3: Kaedah penyelidikan sejarah

Kaedah-KaedahPenyelidikan Pendidikan

• Penyelidikan Sejarah• Penyelidikan Deskriptif• Penyelidikan Penerokaan• Penyelidikan Eksperimen• Penyelidikan Ex Post Facto• Penyelidikan Penilaian

Page 4: Kaedah penyelidikan sejarah

Penyelidikan Sejarah

Page 5: Kaedah penyelidikan sejarah

Kaedah Penyelidikan Sejarah

• Sejarah memberi kefahaman tentang asal usul sesuatu kejadian pendidikan dan memberi perspektif tentang situasi pendidikan masa ini.

• Sesuatu peristiwa sejarah berlaku hasil interaksi pelbagai faktor atau pemboleh ubah.

• Kajian terhadap peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan yang telah berlaku secara objektif dan sistematik dengan tujuan untuk memberi perspektif baru terhadap sesuatu peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan.

Page 6: Kaedah penyelidikan sejarah

• Penting bagi memberi perspektif terutama dalam keadaan krisis yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah lain.

• Penting bagi mengumpulkan serta menentukan fakta dan bukti secara sistematik dan objektif dan kesimpulan tentang peristiwa tertentu dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang dikumpulkan itu.

Kaedah Penyelidikan Sejarah..

Page 7: Kaedah penyelidikan sejarah

• Penyelidik tidak terlibat secara langsung dengan peristiwa, perkembangan atau pengalaman yang dikaji.

• Penyelidik hanya menentukan masalah, sumber bukti, dan membuat kesimpulan tentang peristiwa.

• Tidak ada masalah pengaruh di antara penyelidik dengan subjek yang dikaji.

Kaedah Penyelidikan Sejarah..

Page 8: Kaedah penyelidikan sejarah

Batasan Penyelidikan Sejarah

• Penyelidik tidak mempunyai kawalan ke atas perlakuan dan persampelan peristiwa, perkembangan atau pengalaman pendidikan.

• Peristiwa telah berlaku, objek dan individu yang terlibat adalah khusus dan telah ditentukan, dan penyelidik tidak mempunyai peluang mengulangi peristiwa yang telah berlaku.

Page 9: Kaedah penyelidikan sejarah

Langkah Penyelidikan Sejarah

1. Mengenalpasti masalah.2. Mengumpul bukti.3. Mengkritik bukti.4. Membentuk “hipotesis”.5. Mentafsir dan melapor.

Page 10: Kaedah penyelidikan sejarah

1. Mengenal Pasti Masalah

• Penyelidikan bermula apabila timbul persoalan tentang sesuatu peristiwa pendidikan yang telah terjadi.

• Justeru itu, pengenalpastian masalah mestilah mengambil kira faktor-faktor yang berkait dengan sesuatu peristiwa

• Perlu mengenal pasti dengan tepat masalah yang ingin dikaji.

Page 11: Kaedah penyelidikan sejarah

2. Mengumpul Bukti• Bahan rujukan sejarah: - Bahan bercetak: rekod, laporan, surat, buku,

minit mesyuarat, surat pekeliling, autobiografi, wasiat, akta, enakmen, rekod kedatangan, kontrak, dll.

- Objek/benda: artifak, bangunan, peralatan, pakaian, filem, gambar, duit syiling, dll.

- Manusia: individu tertentu seperti informan yang pernah mengalami kejadian itu.

- Mengetahui di mana sumber berada.

Page 12: Kaedah penyelidikan sejarah

Dua sumber utama bukti:1. Sumber Asli/Primer/Pertama• bukti yang berkait secara langsung dengan

peristiwa seperti kesan tinggalan, artifak, saksi dan pemerhati yang menjadi perantara antara peristiwa dengan penyelidik.

• Menghasilkan maklumat asal tentang sesuatu peristiwa yang dikaji.

Page 13: Kaedah penyelidikan sejarah

2. Sumber Kedua/Sekunder• merupakan bahan-bahan dan maklumat yang diperoleh

dari sumber asli seperti laporan akhbar, mesyuarat, makalah jurnal, dan buku.

• Sumber sekunder ini menjadi perantara antara sumber asli dengan penyelidik

• Sumber sekunder bertindak sebagai pihak ketiga antara peristiwa dengan penyelidik

• Matlamat sumber sekunder adalah mendapatkan maklumat daripada sumber asli.

• Kebanyakan penyelidikan sejarah menggunakan sumber sekunder.

Page 14: Kaedah penyelidikan sejarah

3. Kritikan Bukti• Bukti dari sumber pertama dan kedua

perlu diperiksa kesahihan dan kepentingannya dengan menilai maklumat dari sumber.

• Kritikan luaran - Dilakukan bagi memeriksa kesahihan dan

keaslian bukti. - Teknik: pengesahan tulisan, tanda tangan,

analisis kimia.

Page 15: Kaedah penyelidikan sejarah

600 manuskrip palsu (Berita Harian, 24 Jun 1997, p. 21)

LONDON, Isnin – Perpustakaan British mendapati lebih 600 daripada koleksi 15,000 manuskrip purba China miliknya adalah dokumen palsu yang dibuat pada abad ke-20, lapor Times, hari ini. Manuskrip palsu itu dikesan menggunakan kaedah baru untuk menguji keaslian, membolehkan pakar menganalisis kertas, dakwat dan pencelup tanpa merosakkan dokumen itu. Manuskrip asli mempunyai cat kuning – AFP.

Page 16: Kaedah penyelidikan sejarah

• Kritikan Dalaman dilakukan bagi menentukan tahap

kepentingan bukti yang asli sebagai penghurai atau pendokong “hipotesis” penyelidik.

Contoh: menilai sama ada sesuatu sumber itu merupakan sumber yang terbaik untuk dirujuk oleh penyelidik.

Page 17: Kaedah penyelidikan sejarah

4. Membentuk hipotesis

• Hipotesis dibuat selepas bukti dikumpul dan dikritik kesahihan dan kepentingannya.

• Berasaskan bukti, penyelidik menjelaskan peristiwa dengan merungkai kaitan-kaitan tersembunyi, menghurai hubung jalin yang wujud, mengupas prinsip yang ada dan menerangkan mengapa dan bagaimana peristiwa itu berlaku secara logik.

Page 18: Kaedah penyelidikan sejarah

• “Hipotesis” yang dibina dijadikan asas untuk mendapatkan lebih banyak bukti; hipotesis penyelidik mungkin berubah mengikut bukti yang dikumpul.

• Penyelidik harus memastikan hipotesis yang dibentuk mempunyai liputan yang menyeluruh tentang masalah kajian.

• Hipotesis biasanya berbentuk sebab-musabab.

Membentuk hipotesis….

Page 19: Kaedah penyelidikan sejarah

• Hipotesis juga bertujuan:

– Menjelaskan sesuatu peristiwa– Menyemak pelbagai aspek masalah

yang dikaji– Mengelaskan orang, benda, bidang,

kawasan, dan masa atau zaman.

Membentuk hipotesis…

Page 20: Kaedah penyelidikan sejarah

5. Mentafsir Dan Melapor

• Selepas pengumpulan bahan dan pembentukan hipotesis, penyelidik akan menafsir maklumat daripada bahan.

• Memerlukan kreativiti dan kebolehan untuk mengolah bahan.

• Penyelidik perlu memelihara ketepatan tafsiran berdasarkan bukti yang ada di samping menyampaikannya dalam bentuk yang menarik dan menyakinkan.

Page 21: Kaedah penyelidikan sejarah

• Laporan harus dibuat secara menyeluruh mengikut bentuk V (umum-khusus).

• Penafsiran dibuat secara sistematik, mengikut kronologi atau topik atau gabungan kronologi dan topik.

• Harus menjelaskan pendapat yang berbeza-beza tentang peristiwa yang sama.

Mentafsir Dan Melapor…

Page 22: Kaedah penyelidikan sejarah

• Keupayaan penyelidik memberi prespektif baru terhadap sesuatu peristiwa terserlah apabila beliau berupaya mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian-kajian lepas terhadap peristiwa yang sama.

• Dapatan perlu disebarkan bagi memperkukuhkan teori, pemahaman dan penghayatan terhadap sesuatu peristiwa.

Page 23: Kaedah penyelidikan sejarah

Bacaan tambahan 1

Bacaan tambahan 2Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Page 24: Kaedah penyelidikan sejarah

KAEDAH PENYELIDIKAN DESKRIPTIF

Page 25: Kaedah penyelidikan sejarah

Kaedah Deskriptif

• Bermatlamat menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

• Sesuai untuk kajian penerokaan.• Tiada olahan; penyelidik hanya mengandai

dan tidak menentukan faktor-faktor kajian terlebih dahulu.

• Tidak bermatlamat menguji hipotesis.

Page 26: Kaedah penyelidikan sejarah

Langkah-langkah Penyelidikan Deskriptif

1. Menyatakan masalah dengan tepat dan jelas.

2. Menentukan populasi dan pemboleh ubah yang berkaitan dengan tepat dan jelas.

3. Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah.

4. Membentuk atau memilih alat bagi mengumpul maklumat.

Page 27: Kaedah penyelidikan sejarah

5. Mereka bentuk kaedah pengumpulan maklumat yang paling berkesan bagi mencapai objektif penyelidikan.

6. Mengumpul data penyelidikan7. Menganalisis data dan maklumat serta

membuat pentadbiran atau inferens.8. Melaporkan dapatan dan hasil kajian.

Langkah-langkah…

Page 28: Kaedah penyelidikan sejarah

Bacaan tambahan 1

Bacaan tambahan 2

Bacaan tambahan 3

Bacaan tambahan 4

Bacaan tambahan 5

Page 29: Kaedah penyelidikan sejarah

Jenis-jenis Penyelidikan Deskriptif

1. Kajian Kes2. Kajian Tinjauan (survey)

3. Kajian Perkembangan4. Kajian Susulan5. Kajian Korelasi

6. Analisis Dokumen7. Analisis Kecenderungan

Page 30: Kaedah penyelidikan sejarah

1. Kajian Kes

• Kajian intensif terhadap unit kecil sosial.• Mengkaji pelbagai aspek berkaitan sesuatu

fenomena secara terperinci.• Tujuan untuk menyelesaikan masalah.• Penekanan: pemahaman tentang persoalan

mengapa unit sosial berkeadaan seperti sekarang, dan bagaimana perubahan tingkah laku disebabkan oleh pemboleh ubah berkaitan.

• Kelebihan: mendalamnya kajian.• Kelemahan: pentakbiran mungkin pincang dan tidak

boleh dibuat inferens terhadap populasi secara berkesan.

Page 31: Kaedah penyelidikan sejarah

2. Kajian Tinjauan

• Mendapatkan maklumat umum dan penerangan terperinci tentang fenomena yang berlaku dengan tujuan menggunakan data untuk membuktikan situasi dan amalan yang wujud atau membuat perancangan yang lebih baik.

• Bukan semata-mata untuk memastikan status semasa tetapi juga menentukan kepadanan status dengan membandingkan dengan status piawai terpilih atau terkenal.

Page 32: Kaedah penyelidikan sejarah

• Aspek Tinjauan:

Aspek tinjauan nyata (fizikal) Aspek tinjauan nyata (fizikal) contoh: bilangan pelajar, guru, contoh: bilangan pelajar, guru,

sekolah, pendapatan keluarga dll.sekolah, pendapatan keluarga dll.

Aspek tinjauan tidak nyata (gagasan)Aspek tinjauan tidak nyata (gagasan) contoh: minat, sikap, kecerdasan, contoh: minat, sikap, kecerdasan,

konsep P&P, dll.konsep P&P, dll.

Page 33: Kaedah penyelidikan sejarah

Bancian: maklumat dari seluruh ahli populasi.(i) Bancian yang nyata:

maklumat yang dihasilkan tepat dan boleh dipercayai. (ii) Bancian tidak nyata:

maklumat tentang gagasan atau konsep daripada seluruh populasi

lebih sukar dijalankan berbanding dengan bancian nyata kerana: sukar untuk mengkaji semua populasi, pengukuran gagasan atau konsep tidak boleh dilakukan secara langsung.

Kajian bancian tidak nyata bergantung kepada sejauh mana alat kajian sebenarnya mengukur pemboleh ubah atau gagasan yang dikaji.

• Teknik tinjauan

Page 34: Kaedah penyelidikan sejarah

Tinjauan Sampel Tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian

populasi yang dikaji. Menggunakan teknik persampelan

contoh: sampel rawak untuk mendapatkan sampel tentang pemboleh ubah nyata seperti bilangan murid dll.

Nilai maklumat bergantung kepada persampelan. Jika persampelan rawak digunakan dengan berkesan, maklumat dapat digunakan untuk membuat inferens kepada populasi.

Lebih bermasalah untuk mengukur pemboleh ubah tidak nyata.

Page 35: Kaedah penyelidikan sejarah

Bacaan tambahan 1

Bacaan tambahan 2

Bacaan tambahan 3

Bacaan tambahan 4

Page 36: Kaedah penyelidikan sejarah

3. Kajian Perkembangan

• Dua jenis kajian perkembangan iaitu longitudinal dan silang.

• Bertujuan mencerap dan mentafsir perkembangan unit sosial (perkembangan proses & sistem pendidikan).

• Faktor penting ialah masa (semakin lama semakin sahih bukti) dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam kajian.

Page 37: Kaedah penyelidikan sejarah

• Mengkaji unit yang sama untuk satu tempoh yang lama

– contoh: kaji Tahun 1 hingga Tahun 6

• Kumpul data dan maklumat (tingkah laku) subjek yang sama dari semasa ke semasa

• Oleh kerana subjek yang sama dikaji, faktor asal semua subjek adalah serupa, oleh itu perubahan yang berlaku adalah disebabkan oleh pemboleh ubah yang dikaji

• Masalah utama: kerjasama dan mortaliti subjek

i. Kaedah Longitudinal

Page 38: Kaedah penyelidikan sejarah

• Mengkaji pelbagai tahap unit sosial pada masa yang sama dan menilai bagaimana proses / sistem itu berkembang (KBSR: kaji Tahun 1 hingga Tahun 6 pada masa yang sama).

• Masalah pemboleh ubah luaran antara tahap (wujud perbezaan yang disebabkan oleh faktor asal yang ada pada subjek).

• Ciri yang tidak kekal dalam populasi atau sampel.

• Pengaruh pemboleh ubah ekstranus.

ii. Kaedah Silang

Page 39: Kaedah penyelidikan sejarah

4. Kajian Susulan

• Kaji susulan dilakukan terhadap perkembangan unit sosial selepas sesuatu olahan dikenakan ke atas subjek selepas sesuatu olahan diberi untuk tempoh tertentu.

• Bertujuan menilai keberkesanan program atau olahan – contoh: menilai keberkesanan KBSR selepas

lima tahun dilaksanakan

Page 40: Kaedah penyelidikan sejarah

• Berbeza dengan kaedah longitudinal dari segi masa menjalankan penyelidikan

• Mirip kajian perkembangan• Menggunakan kaedah longitudinal atau

silang• Mempunyai kelemahan seperti kajian

longitudinal

Kajian Susulan…

Page 41: Kaedah penyelidikan sejarah

5. Analisis Dokumen

• Menjelaskan sesuatu fenomena yang sedang berlaku berasaskan maklumat di dokumen yang berkaitan.– Contoh: analisis keperluan kewangan, kedatangan.

• Keberkesanan bergantung kepada kebolehan memilih dan menganalisis dokumen yang sahih dan sesuai.

• Mirip penyelidikan sejarah, oleh itu kelebihan dan kelemahan kajian sejarah.

Page 42: Kaedah penyelidikan sejarah

• Kajian sejarah: tumpu kepada peristiwa yang telah berlaku

• Analisis dokumen: analisis fenomena yang sedang berlakuContoh: analisis keperluan kewangan dan

perbelanjaan sekolah berdasarkan dokumen berkaitan.

Perbezaan dengan penyelidikan sejarah:

Analisis dokumen…

Page 43: Kaedah penyelidikan sejarah

6. Analisis Kecenderungan

• Bermatlamat menentukan kadar dan arah perubahan fenomena (proses atau sistem pendidikan) bagi menganggar dan menjangka tingkah laku atau perubahan yang akan berlaku pada masa hadapan.– Contoh; keperluan pendidikan tahun 2020.

• Semakin banyak data bagi tempoh yang lama, semakin sahih atau mantap jangkaan. Anggaran tentang fenomena (keperluan pendidikan).

• Proses mendapatkan data bagi tempoh yang berlainan boleh dilakukan dengan menggunakan analisis siri masa.

Page 44: Kaedah penyelidikan sejarah

7. Kajian Korelasi

• Mengenalpasti kaitan dan kekuatan antara P/U bagi menjelaskan sesuatu fenomena.

• Korelasi merujuk kepada sebarang jenis hubungan antara fenomena.

• Penekanan: penentuan sejauh mana atau darjah hubungan antara pemboleh ubah.

Page 45: Kaedah penyelidikan sejarah

• Membolehkan pengkaji menentukan variasi yang berlaku antara satu pemboleh ubah dan kaitannya dengan variasi yang berlaku pada satu pemboleh ubah lain.

• Data dianalisis menggunakan indeks korelasi (kaitan variasi antara pemboleh ubah ditentukan oleh pekali korelasi).

• Tidak boleh digunakan untuk kajian sebab-musabab.

Kajian Korelasi…

Page 46: Kaedah penyelidikan sejarah

• Dua unsur pekali korelasi: i. Pekali positif (r): +ve; -ve• Menjelaskan arah hubungan• +ve: perkadaran seiras atau selari antara variasi

dalam satu pemboleh ubah dengan satu lagi pemboleh ubah.

• Contoh: korelasi +ve antara jumlah masa belajar dengan markah ujian sejarah bermaksud sekiranya jumlah masa belajar bertambah, markah ujian sejarah juga meningkat dan sebaliknya.

Kajian Korelasi….

Page 47: Kaedah penyelidikan sejarah

ii. Pekali negatif (r = –ve) menunjukkan perkadaran songsang antara variasi pada kedua-dua pemboleh ubah yang berkait.

contoh: r = -ve adalah antara jumlah masa bermain dengan markah sejarah bermaksud jika masa main bertambah, markah sejarah mengurang.

Kajian Korelasi….

Page 48: Kaedah penyelidikan sejarah

Nilai atau Saiz Pekali

Melibatkan saiz/magnitud pekali. Menunjukkan keteguhan hubungan antara dua

pemboleh ubah.• Nilai: antara sifar (0) dengan 1 (+/- ve)• Nilai +1 : hubungan positif sempurna bagi variasi antara dua

P/U.• Nilai ‘0’ : tiada hubungan linear antara satu pemboleh ubah

dengan satu pemboleh ubah yang lain.• Hubungan dikatakan lemah apabila nilai pekali mendekati sifar

dan dikatakan teguh apabila nilai pekali mendekati 1.

Kajian Korelasi….

Page 49: Kaedah penyelidikan sejarah

• Rules of Thumb:

Cohen (1988)

0.5 1.00 (kecil / lemah)0.3 0.49 (sederhana)0.1 0.29 (teguh / kukuh)

Kajian Korelasi….

Page 50: Kaedah penyelidikan sejarah

SEKIANTERIMA KASIH