Upload
universiti-sains-malaysia
View
49.442
Download
11
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Konsep dan kaedah penyelidikan untuk Sarjana (Master) dan Ijazah Kedoktoran (PhD)
1
KONSEP DAN KAEDAH PENYELIDIKAN
Sr Dr. Md Azree Othuman Mydin
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan
Univerisiti Sains Malaysia
2
KONSEP PENYELIDIKAN
Apakah yang anda faham dengan Penyelidikan?
3
KONSEP PENYELIDIKAN
Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?
[1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian
[2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran
[3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain
4
KONSEP PENYELIDIKAN
• Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!
MENGAPA ?Anda akan tahu apabila anda faham
konsep “penyelidikan”
5
Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan:
• Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan.
• Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut.
• Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis).
• Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta
• Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulan
KONSEP PENYELIDIKAN
6
KONSEP PENYELIDIKAN
• Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu susunan langkah yang teratur dan sistematik.
• Kedua, penyelidik tidak terus membuat kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian atau explorasi yang saintifik sebelum membuat kesimpulan
• Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah explorasi yang saintifik
7
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Tuckman (1999) Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan
8
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Kelinger (1964) Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena
9
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Ahmad Mahdzan (1992)Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan
10
DEFINISI PENYELIDIKAN
• Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara.
• Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah dan menguji hipotesis
• Membina atau merekacipta produk yang baru
11
APAKAH PENYELIDIKAN?
Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah:
1. Memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan
2. Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain mendekati atau menguruskan masalah tersebut
3. Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya dapat mencapai keputusan yang sah
4. Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji 5. Membuat kesimpulan dan generalisasi
12
Kenapa kita melakukan penyelidikan?
Mendapatkan ijazah Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah
yang tidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks) Mendapatkan kepuasan intelektual Mendapatkan produk yang baru Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat Mendapat pengiktirafan (kehormatan) Untuk memperbaiki kehidupan sejagat TERPAKSA!!!!
13
PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI
• Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain
• Ia boleh direplikasi (duplicated)• Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain• Ia berasaskan kepada sedikit rasional
yang logik dan terikat dengan teori • Ia mampu untuk dilaksanakan!!!• Ia menjana soalan baru
14
PENYELIDIKAN YANG BURUK
• Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai.
• Plagiat kerja orang lain • Memalsukan data untuk membuktikan
sesuatu.• Maklumat disalahkan dan membawa
pembaca kepada maklumat yang disalahertikan.
15
Soalan yang perlu ditanya (5w)
What APA penyelidikan anda? Why KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?
Who SIAPAKAH yang terlibat? Where DIMANA anda akan melaksanakan penyelidikan?
When BILA anda akan melaksankan penyelidikan?
16
PROSES PENYELIDIKAN
Mengenalpasti masalah Sorotan/ Kajian literatur Pembentukan masalah Merekabentuk kajian Pengumpulan data Pemprosesan data Interpretasi data Penulisan laporan
17
STRUKTUR TESIS/DISERTASIABSTRAK
PENGENALAN
KAJIAN LITERATUR
TEORI / METODOLOGI
ANALISIS DATA
DISKUSI / PERBINCANGAN
KESIMPULAN / PENUTUP
RUJUKAN / APPENDIK
18
ABSTRAK
Abstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel.
Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan memasukkan idea utama penyelidikan
19
ABSTRAK
Abstrak Tujuan penyelidikan Bagaimana penyelidik mengkaji
fenomena Apakah keputusan utama yang
diperolehi
20
SOROTAN LITERATUR
Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu
Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan
Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya.
21
SOROTAN LITERATUR
Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kita
Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus diberikan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan, dalam negara yang sama.
Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri
22
PERANAN KAJIAN LITERATUR
Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang beli diketahui berkenaan topik yang dipilih
Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji
Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian
Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercangkah
Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuai
Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan
23
CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK
1. Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda.
2. Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama
3. Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang.
24
samb. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR
YANG BAIK
4. Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadi
5. Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan dengan topik anda.
25
MASALAH PENYELIDIKAN
Situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikannya.
Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan kajian
Masalah yang hendak dikaji saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka
26
SUMBER-SUMBER MASALAH
Media cetak dan elektronik Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk
penyelidikan Pemerhatian terhadap persekitaran yang
penyelidik lalui Melalui konsep, teori, elemen yang ingin
dikaji Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik
berdasarkan pengalamannya Pengalaman individu lain Perbincangan antara individu atau kumpulan
27
Pertimbangan dalam memilih masalah kajian
Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk diselesaikan?
Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut?
Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?
Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain?
Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan-bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperolehi?
28
Kriteria Pembentukan Masalah Penyelidikan
Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan
Penyelidikan mampu membentuk/mengembangkan kpd masalah baru dan penyelesaian
Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji Sesuai dengan seorang penyelidik Berkaitan dengan masalah terkini Dilakukan dengan etika yg sempurna
29
Makna Pernyataan Masalah
Hubungan yang jelas dengan pemboleh ubah
Menerangkan dengan jelas perkara yg kurang jelas, kabur atau abstrak
Boleh diuji setiap pemboleh ubah
30
HIPOTESIS
Satu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan
Dibentuk selepas objektif wujud
31
Ciri-ciri hipotesis
Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah
Dinyatakan secara logik, jelas dan terang Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau
disahkan Bersifat khusus bukan umum Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika Secara konsepsi sahaja Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji Spesifik
32
JENIS-JENIS PENYELIDIKAN
33
1. Penyelidikan Asas (basic research)
Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan kajian yang selanjutnya
Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut keadaan semasa.
Mempunyai orientasi yang lebih umum Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada
dalam disiplin tersebut
34
Contoh penyelidikan asas
Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam persekitaran makmal
Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlaku
Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan
35
2. Penyelidikan Gunaan (applied research)
Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini
Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif.
Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan
Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu isu
Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi
36
Contoh penyelidikan gunaan
Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang ada.
Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli.
Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut.
37
3. Penyelidikan Penilaian(Assessment Research)
Merancang program
Menguruskan pelaksanaan dan
kesannya.
PROSES
38
Penyelidikan Penilaian
Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan penilaian. Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk
mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai bagaimana program itu boleh dibaiki, ia dipanggil penilaian formatif.
Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu efektif dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.
39
4. Penyelidikan Tindakan(Action Research)
40
Penyelidikan Tindakan difokuskan kepada penyelesaian masalah yang spesifik dihadapi oleh pengamal lokal (local practitioners)
Ini adalah jenis penyelidikan gunaan
Penyelidikan Tindakan
41
METODOLOGI PENYELIDIKAN
42
PENYELIDIKAN KUANTITATIF
43
PENYELIDIKAN KUANTITATIF
44
CONTOH REKABENTUK PENYELIDIKAN KUANTITATIF
45
i. Kajian Eksperimen
46
ii. Kajian Kuasi-Eksperimen
47
iii. Kajian Tinjauan (Survey)
48
iv. Kajian Korelasi
Kajian korelasi menerangkan hubungkait atau hubungan sedia ada antara pembolehubah
Penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan sesuatu fenomena
MAKSUDpenyelidikan yang cuba mencari hubungkait atau perhubungan antara pembolehubah dengan menggunakan kaedah statistik kolerasi tanpa mencari sebab dan penyebabnya
Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau kaitan antara pembolehubah yang diselidik
49
DEFINISI:Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam
PENGENALAN: dijalankan dalam satu kawasan yang kecil,
melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja
Contoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah
PENYELIDIKAN KUALITATIF
50
PENYELIDIKAN KUALITITATIF
Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen
Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan bagaimana”.
Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif
51
PENYELIDIKAN KUALITITATIF
Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen
Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan bagaimana”.
Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.
Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif
52
CONTOH REKABENTUK PENYELIDIKAN KUALITATIF
53
i. Kajian Etnografi
Merupakan kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi dan antropologi dalam sesuatu masyarakat / komuniti
Kajian deskriptif untuk mengenal pasti aspek :
Budaya Tingkah laku Corak interaksi sosial pemikiran Cara hidup masyarakat
54
i. Kajian Etnografi (samb.)
Dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang
Cara pengumpulan data : Pemerhatian Temu bual Kajian dilakukan sehingga pola kehidupan dapat ditentukan dengan jelas
55
ii. Kajian Kes
Kajian ini tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sesebuah sekolah, 2 buah sekolah atau 3 buah sekolah yang terletak dalam sesebuah kawasan
Tujuan : Menjawab persoalan kajian “bila”,
“bagaimana” dan “mengapa” Fokus penghuraian yang holistik dan
menyeluruh
56
ii. Kajian Kes (samb.)
Dapatan kajian kes memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku secara mendalam (Yin, 1994)
2 jenis kajian kes : penerokaan (exploratory) deskriptif (descriptive) Contoh kajian kes: kajian terhadap seorang pelajar yang
bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran
57
iii. Kajian Sejarah
Maklumat utama :diperolehi daripada orang yang mengalami situasi atau peristiwa tersebut
Maklumat sekunder :diperolehi daripada kajian literatur
dan orang yang terdekat dengan orang yang mengalami sendiri dan yang berada di tempat kejadian
58
iii. Kajian Sejarah (samb.)
Dokumen-dokumen berkaitan : surat artikel minit mesyuarat teks dalam majalah rakaman video kaset foto tayangan gambar dsb
59
Kualitatif vs Kuantitatif
1. Tujuan/ Matlamat
Kuali: Untuk memahami & mentafsir interaksi sosial .
Kuanti: Untuk menguji hipotesis, melihat kesan dan akibat dan
membuat ramalan
60
Kualitatif vs Kuantitatif
2. Pendekatan
Kuali: Pendekatan yang subjektif kerana ia bertujuan untuk memahami tingkah laku manusia dan sebab-sebab yang mengawal tingkah laku itu
Kuanti: cenderung untuk mengekalkan objektif kajian yang diasingkan daripada subjek atau
perkara
61
Kualitatif vs Kuantitatif
3. Kumpulan yang dikaji
Kuali: kecil dan tidak dipilih secara rawak
Kuanti: besar dan dipilih secara rawak
62
Kualitatif vs Kuantitatif
4. Pembolehubah (variables)
Kuali: kajian secara menyeluruh dan bukannya pembolehubah
Kuanti: pembolehubah spefisik sahaja dikaji
63
Kualitatif vs Kuantitatif
5. Instrumen Pengumpulan Data
Kuali: temubual berstruktur dan tidak berstruktur, kumpulan fokus, kandungan atau analisis dokumentari
& peserta pemerhatian
Kuanti: penggunaan medium seperti borang soal selidik, kaji selidik dan medium lain untuk mengumpul data
numerik atau data yang boleh diukur
64
Kualitatif vs Kuantitatif
6. Jenis Data
Kuali: perkataan, imej dan objek
Kuanti: nombor dan statistik
65
Kualitatif vs Kuantitatif
7. Hasil
Kuali: Penemuan tertentu atau khusus yang kurang generalisasi
Kuanti: Hasil penemuan yang boleh diaplikasi
66
Kualitatif vs Kuantitatif
8. Soalan yang ditanya
Kuali: Kenapa? Bagaimana? Dengan cara yang bagaimana?
Kuanti: Berapa banyak? Berapa ramai? Seberapa kerap? Sejauh manakah?
67
Terima kasih…