11
KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI SCCA2013

Kaedah penyelidikan komunikasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kaedah penyelidikan komunikasi

KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASISCCA2013

Page 2: Kaedah penyelidikan komunikasi

Menurut Oxford Dictionary (1994), penyelidikan ialah suatu penyiasatan dan kajian yang sistematik terhadap bahan-bahan, sumber-sumber dan sebagainya untuk memperkukuh sesuatu fakta dan mencari dapatan-dapatan baharu.Menurut Roy Preece (1994), penyelidikan merupakan satu aktiviti intelek yang menarik kerana ia dilakukan berdasarkan satu sistem idea yang kemudiannya diuji secara sistematik dengan tujuan mempertingkat ilmu serta mencari penjelasan kepada sesuatu persoalan.

Definisi Penyelidikan

Page 3: Kaedah penyelidikan komunikasi

Proses mencari jawapan kepada soalan-soalan

Melalui penggunaan prosedur saintifik dan sistematik

Mempunyai ciri-ciri saintifik kerana ia menggabungkan unsur rasional dan emperikal.

Penyelidikan ialah :

Page 4: Kaedah penyelidikan komunikasi

Logik kerana ia menggabungkan rasional dan emprikal.

Emperikal kerana sesuatu yang dikaji itu boleh diperhatikan sama ada secara langsung atau tidak.

Berorientasikan masalah kerana setiap penyelidikan itu bermula dengan masalah dan kemudiannya diikuti dengan langkah-langkah penyelidikan.

Ciri-ciri Saintifik

Page 5: Kaedah penyelidikan komunikasi

Berasaskan kumpulan tertentu sama ada kumpulan ini ialah sekumpulan sarjana yang menjalankan penyelidikan kesarjanaan mahupun untuk keuntungan ekonomi.

Ia boleh direplikasikan untuk membolehkan penyelidik-penyelidik lain menggunakan hasil kajian sebagai penyelesaian, contoh atau panduan untuk penyelidikan seterusnya.

Boleh dikritik sama ada oleh penyelidik asala mahupun penyelidik-penyelidik lain.

Ia terus berkembang dengan adanya informasi baharu dan pemantapan yang dibuat pada tatacara dan logik.

Ia sesuatu yang kreatif. Kebanyakan penemuan-penemuan baharu lahir dari minda kreatif yang sering mencari kelainan daripada yang sedia ada.

Page 6: Kaedah penyelidikan komunikasi

Fenomenologi

Positivisme

FALSAFAH PENYELIDIKAN

Page 7: Kaedah penyelidikan komunikasi

Positivisme• Falsafah ini berpegang kepada pendapat bahawa setiap sesuatu

itu termasuk perlakuan, boleh dijelaskan dengan satu set teori tertentu. Oleh itu, mereka yang berpegang kepada falsafah ini akan berusaha mencari dan memahami cara teori digunakan.

• Teori akan menjadi teori umum yang boleh digunakan dalam semua keadaan.

• Penyelidik menggunakan metodologi kajian kuantitatif atau gabungan kuantitatif dan kualitatif (mixed methods).

Fenominologi• Falsafah ini berasaskan disiplin sosiologi, antropologi dan falsafah.• Menjurus kepada penyelidikan yang lebih khusus.• Penyelidik menggunakan metodologi kualitatif yang mampu

memberikan penerangan yang lebih terperinci dan mendalam.

Page 8: Kaedah penyelidikan komunikasi

.Menggunakan pengetahuan bagi tujuan memperbaiki kualiti hidup manusiaMengkaji cara manusia menyalurkan maklumat dan membentuk jalinan hubungan untuk mempengaruhi antara satu sama lain.

Mematuhi peraturan-peraturan yang diperihalkan, mematuhi etika mutlak penyelidikan seperti menyatakan sumber rujukan, kerahsiaan maklumat atau sumber maklumat, menggelakkan plagiarisme dan lain-lain

Pengumpulan dan analisis data yang sistematik serta berprosedur tanpa berat sebelah, prasangka, saintifik, tidak menggunakan paksaan atau tekanan dalam pengumpulan data dan menghormati hak-hak asasi responden.

KEPENTINGAN PENYELIDIKANPenyelidikan komunikasi secara umumnya boleh membantu penyelidik :

Page 9: Kaedah penyelidikan komunikasi

Penyelidikan Asas - dilakukan untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan teori. - penyelidik membuat kajian menggunakan langkah-langkah saintifik untuk menjelaskan sesuatu fenomena. - ia mungkin menghasilkan satu pembaharuan kepada teori yang ada ataupun menghasilkan teori baharu bagi menerangkan fenomena tertentu. Penyelidikan Gunaan - bertujuan mengenal pasti faktor atau punca kepada sesuatu masalah dan mencari penyelesaiannya. - ia lebih berbentuk praktikal kerana hasil kajian bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah tertentu.

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

Page 10: Kaedah penyelidikan komunikasi

Etika dalam penyelidikan dilihat dari segi matlamat penyelidik dalam membangunkan hasil kesarjanaan yang jujur dan boleh dipercayai dan diterima serta berintegriti.

Dua tanggungjawab penyelidik iaitu (a) kepada profesion dan disiplin.

- motivasi penyelidik dan tanggungjawab kepada pembangunan ilmu pengetahuan. - sumber-sumber intelek. - sumber-sumber material (dana). - kualiti produk. (b) hubungan antara penyelidik dengan mereka yang terlibat dengan penyelidikan. - komunikasi yang jelas. - penghargaan kepada sumbangan sarjana-sarjana lain yang terlibat sama.

ETIKA PENYELIDIKAN

Page 11: Kaedah penyelidikan komunikasi

Definisi Teori: suatu penerangan ringkas sebab dan bagaimana sesuatu isu berlaku.

Menurut Keyton (2006), penyelidikan yang baik ialah penyelidikan yang didorong oleh teori, mengesahkan teori, menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu teori, mencabar sesuatu teori dan membantu membentuk suatu teori baharu.

Dalam penyelidikan komunikasi, teori ialah pernyataan tentang corak manusia berkomunikasi membolehkan seseorang komunikator memikirkan cara komunikasi yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

PERANAN TEORI DALAM PENYELIDIKAN