Upload
norafsah-awang-kati
View
12.753
Download
19
Embed Size (px)
DESCRIPTION
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Pendahuluan 2
Abstrak 3
1. BAB 1 : PENGENALAN 4
1.1 Penyataan Masalah Kajian 5
1.2 Soalan Penyelidikan atau Kajian 5
1.3 Objektif Penyelidikan atau Kajian 5
1.4 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian 6
1.5 Batasan Penyelidikan atau Kajian 7
1.6 Rumusan 7
2. Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR 8
2.1 Pendahuluan 8
2.2 Definisi Istilah 8
2.3 Literatur-literatur Berkaitan Peta Minda 9
2.4 Pengajaran Berbantukan Komputer 11
2.5 Teori-teori Berkaitan Peta Minda 12
2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda 13
2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran & Pembelajaran 15
Di Sekolah Oleh Guru-Guru Teknikal
2.8 Rumusan 17
3. Bab 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN 18
3.1 Pendahuluan 18
3.2 Rekabentuk Kajian 18
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 19
3.4 Instrumen Kajian 20
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 20
3.6 Analisis Data 21
3.7 Rumusan 21
RUJUKAN 22
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah (s.w.t) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (s.a.w), keluarga dan para sahabat baginda.
Saya amat bersyukur kepada Allah (s.w.t) di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi
kursus Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan (HBEF 2503) ini dapat disempurnakan
sepenuhnya. Cadangan penyelidikan ini adalah berkaitan dengan inovasi dalam P&P Bahasa
Melayu.
Tajuk penyelidikan untuk kertas cadangan ini ialah ‘Mempertingkatkan
Penguasaan Pelajar Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta Minda
Kata Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-ciri Inovasi’. Cadangan
penyelidikan ini dimulai dengan ‘Abstrak’ dan diikuti dengan tiga bab utama iaitu
Pengenalan, Tinjauan Literatur dan Metodologi Penyelidikan. Seterusnya diakhiri
dengan ‘Rumusan’.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pihak
pensyarah dan sebagai penyelia tugasan ini iaitu Pn Jauyah Binti Hj Amit, di atas tunjuk
ajar beliau sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-
rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi perbincangan.
Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap
agar ia dijadikan salah satu sumber rujukan penuntut lain. Sememangnya tugasan ini dapat
menambah pengetahuan serta memperkukuh kemahiran menghasilkan cadangan penyelidikan
berkaitan inovasi dalam P&P. Semoga Allah (s.w.t) memberkati usaha murni ini dalam
meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.
Disediakan oleh :
NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM
720402125160001
(Fakulti Pendidikan & Bahasa)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
CADANGAN PENYELIDIKAN
Tajuk :
MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR KE ATAS PENGGUNAAN
KATA SENDI MENGGUNAKAN PETA MINDA KATA SENDI NAMA
BERBANTUKAN KOMPUTER YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI INOVASI’
Penyelidik :
Norisah@Anisah Bt. Hj. Anam
No. Matrikulasi : 720402125160001
Fakulti Pendidikan Dan Bahasa
Abstrak
Cadangan penyelidikan bertajuk ‘Mempertingkatkan Penguasaan
Pelajar Ke Atas Penggunaan Kata Sendi Nama Menggunakan Peta
Minda Kata Sendi Berbantukan Komputer Yang Mempunyai Ciri-
Ciri Inovasi’ ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata
sendi dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai
penggunaan kata sendi dalam sesuatu ayat; memudahkan pelajar
menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang betul; akhir
sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering
dilakukan oleh pelajar. Kajian ini ini merupakan kajian tinjauan
yang melibatkan 75 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan
Pekan Tuaran, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan
murid yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama,
Kumpulan terebut terbahagi kepada pelajar aras lemah dan pelajar
aras sederhana. Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian ini,
Kumpulan aras lemah diajar dengan kaedah peta minda berbantukan
komputer sementara kumpulan pelajar aras sederhana pula diajar
secara konvensional. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set
ujian pencapaian yang mengandungi 30 soalan objektif aneka pilihan.
Kedua-dua kumpulan murid akan menduduki ujian pra dan ujian
pasca..
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
BAB 1 : PENGENALAN
Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua
bidang iaitu Morfologi dan Sintaksis. Morfologi merupakan kajian tentang kata dan
pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan, manakala Sintaksis pula merupakan kajian
tentang pembentukan ayat. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu antara topik yang terkandung
dalam bidang Morfologi ialah Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.
Manakala topic yang terkandung dalam bidang Sintaksis pula ialah Ayat Penyata, Ayat
Tanya, Ayat Perintah, Ayat Seruan, Ayat Dasar, Ayat Tunggal, Ayat Majmuk, Ragam Ayat
dan Susunan Ayat.
Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat
dengan menggunakan formula atau peraturan tertentu. Manakala tujuan pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa antaranya ialah membolehkan pelajar bertutur dengan lancar,
terang dan mudah untuk difahami oleh orang lain, membolehkan pelajar memahami makna
sesuatu perkataan atau ayat dan menganalisa kedudukkannya, membolehkan pelajar
menentukan sesuatu ayat sama ada betul atau salah mengikut kaedah Bahasa Melayu sebenar.
Pendek kata, guru Bahasa Melayu perlu mengambil sikap terbuka. Mereka perlu
memperbaiki pengajaran mereka agar ia dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu
pelajar bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan berbahasa (sama ada lisan mahupun tulisan)
bukan sahaja di dalam kelas, malahan juga dalam konteks lingkungan yang lebih luas.
Kata sendi adalah salah satu unit yang terkandung dalam bidang tatabahasa mata
pelajaran Bahasa Melayu. Ia terkandung dalam bidang Morfologi di bawah bab Kata Tugas.
Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau
frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama, contohnya: di, ke, dari,
daripada, ke, kepada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap,
akan, oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, dan sampai.
Penguasaan pelajar terhadap penggunaan kata sendi nama yang tepat perlulah diberi
penekanan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Peta minda berbantukan computer
boleh memainkan peranan sebagai nota rujukan yang sarat dengan maklumat kata
sendi nama. Ia merupakan satu nota tatabahasa yang moden dan unik.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Saiznya yang praktikal tidak tebal seperti sebuah buku menjadikannya mudah dibawa ke
mana-mana di samping fleksibiliti mengkategorikan kumpulan-kumpulan tertentu
memudahkan pelajar untuk mengingat setiap formula atau rumus kata sendi nama tersebut.
Peta minda kata sendi nama berbantukan komputer ini menyamai sebuah buku tatabahasa
bertajuk ‘Kata Sendi Nama’ yang lengkap. Ia berkeupayaan membantu pelajar menghafal,
mengingati dan rumus kata sendi nama apabila berada dalam sesuatu ayat.
1.1 Pernyataan Masalah Kajian
Penguasaan pelajar Tahap II SK Pekan Tuaran ke atas penggunaan kata sendi yang
betul dalam sesuatu ayat bahasa Melayu masih belum memuaskan kerana pelajar sering
melakukan kesalahan dalam membina ayat berpunca daripada pemilihan kata sendi yang
salah.
1.2 Soalan Penyelidikan atau Kajian
i. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata sendi
nama yang betul di dalam sesuatu ayat, antara kumpulan pelajar menggunakan kaedah peta
minda berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri inovasi dengan kumpulan yang
belajar secara konvensional?
ii. Adakah wujud jurang perbezaan tahap penguasaan ke atas kemahiran menggunakan kata
sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat, antara kumpulan pelajar yang menggunakan
kaedah peta minda berbantukan komputer dengan kumpulan pelajar yang belajar secara
konvensional?
1.3 Objektif Penyelidikan atau Kajian
Objektif penyelidikan ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kata sendi
dan fungsinya yang sebenar; membantu pelajar menguasai penggunaan kata sendi dalam
sesuatu ayat; memudahkan pelajar menghafal dan mengingati penggunaan kata sendi yang
betul; akhir sekali membantu mengingati bentuk kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh
pelajar.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
1.4 Kepentingan Penyelidikan atau Kajian
Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu
guru membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik
pengajaran agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pengajaran
‘Kata Sendi Nama’ ini, guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran berinovasi yang
boleh meransang pembelajaran murid. Kaedah peta minda dengan berbantukan komputer
serta mempunyai ciri ciri inovasi akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian murid
kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian.
Hasil kajian ini juga penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas
penggunaan kata sendi nama yang betul dalam sesuatu ayat. Kemungkinan faktor ini
disebabkan oleh kaedah pengajaran guru secara tradisional dan membosankan.
Dengan penggunaan kaedah peta minda yang mempunyai ciri-ciri inovasi seperti
memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa serta garisan anak panah yang
sangat menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar seterusnya boleh menarik
minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata sendi di dalam sesuatu ayat.
Rasa bosan pelajar juga dapat dihindarkan semasa pembelajaran. Murid-murid akan lebih
mudah mengingati isi pelajaran kerana tidak perlu membaca ayat yang panjang serta sukar
difahami. Imej, warna, frasa, dan sebagainya itu tidak terlalu abstrak berbanding dengan
syarahan guru.
Tony Buzan (2006) berpendapat, secara nyata peta minda merupakan penggunaan
grafik. Kata kunci dalam peta minda selalunya dihasilkan dalam bentuk gambaran atau pola
kerana otak manusia lebih mudah menerima ransangan yang berbentuk pola. Selanjutnya
kajian ini juga dapat meransang guru-guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia, kreatif dan
sentiasa peka dengan tugas mendidik di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda dengan
berbantukan komputer menuntut seseorang guru itu membuat persediaan yang rapi sebelum
memulakan pengajaran. Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk menghasilkan peta minda
yang menarik, padat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.
Peta minda tersebut bolehlah dijadikan bahan ‘hard copy’ untuk rujukan atau nota
ekspress pelajar. Dengan ini, pelajar akan cepat menghafal dan mengingati setiap rumus atau
formula berkesan tentang kata sendi nama dengan cepat dan berpanjangan.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Selain itu, hasil kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak pentadbiran
sekolah, yakni guru besar bolehlah menyarankan kepada semua guru bukan sahaja untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi kepada semua mata pelajaran lain bagi di samping dapat
memperkukuh kemahiran asas menggunakan komputer.
1.5 Batasan Penyelidikan atau Kajian
Kajian ini melibatkan 75 orang pelajar daripada dua buah kelas Tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana-
mana kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan empat buah petikan yang terkandung
dalam Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4. Petikan tersebut akan diajar untuk tempoh masa
empat minggu. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua
kumpulan pelajar aras lemah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Langkah ini mungkin
akan memberi kesan ke atas keputusan kajian.
1.6 Rumusan
Bab ini telah menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang
hendak dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi komponen penting
dalam penyelidikan ini. Pengkaji ingin membuat kajian mengenai keberkesanan penggunaan
peta minda berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tentang
penggunaan‘Kata Sendi Nama’ dalam sesuatu ayat.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang
sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran
menggunakan kata sendi nama yang betul di dalam sesuatu ayat.
Pengkaji menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer untuk mengajarkan
tatabahasa bertajuk ‘Kata Sendi Nama’ yang terdapat dalam sukatan pelajaran Tahun 4.
Dalam bab ini juga pengkaji mengutarakan beberapa definisi istilah, literatur-literatur
berkaitan mengenai peta minda, teori-teori yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan
yang telah dijalankan mengenai peta minda dan pembelajaran berbantukan komputer.
2.2 Definisi Istilah
Definisi Istilah
Tujuan adalah untuk menghuraikan istilah-istilah yang spesifik berkaitan dengan
kajian dan penyelidikan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang
berbeza sesuai dengan kehendak kajian. Beberapa definisi akan dihuraikan di bawah ini,
antaranya ialah :
Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan.
Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan.
Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak
terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.
Kumpulan pelajar aras rendah ialah kumpulan murid yang diajarkan dengan
menggunakan kaedah peta minda.
Kumpulan murid aras sederhana ialah kumpulan murid yang diajar dengan kaedah
konvensional.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea
penting diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan
di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan
sebagainya. Dalam kajian ini, peta minda yang digunakan dipaparkan melalui skrin,
berbantukan komputer dan Liquid Crystal Display (LCD).
Berbantukan komputer ialah penggunaan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau
kemahiran.
Inovasi menurut Nichols (1983:4) “ Idea, subject or practice as new by an individual or
individuals, which is intended to bring about improvement in relation to desired objectives,
which is fundamental in nature and which is planned and deliberate.” Inovasi lebih kepada
idea, objek atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau sekelompok orang yang
bermaksud untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan.
Perubahan Nichols (1983:4), perubahan merujuk kepada “continuous reapraisal and
improvement of existing practice which can be regarded as part of the normal activity….”
Bermaksud perubahan mengacu kepada kelangsungan penilaian, penafsiran dan pengharapan
kembali dalam perbaikan pelaksanaan pendidikan yang ada yang diangap sebagai bagian
aktivitas yang biasa.
2.3 Literatur Berkaitan Peta Minda
Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah
yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut
Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran
mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur.
Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda
membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa,
merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya
pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.
Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua
maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.
Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat
pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan
sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau
idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan
dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah
geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya. Peta minda juga boleh
menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu
mata pelajaran. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi
agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip
Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat learn more, remember more, use
less paper, invest less effort yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat
memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa
merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.
Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan
dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang
kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda
lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006)
berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan
pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap,
bermakna dan senang diingati.
Penggunaan peta minda boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab
Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada
pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan
pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan
mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor
tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006,
Nadia Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul
Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran
yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007)
melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta
minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Sasterawan terkenal tanah air, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah
Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut
Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak
Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus
dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat.
Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun cakaran liar,
turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan
serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak
Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea
sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif.
2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-murid untuk
mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu
kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid ialah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang dibantu oleh komputer
dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta
oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar (1997) pula berpendapat, pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-
murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran
terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
ialah satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu
kemahiran. Selain itu beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer, adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih
dan menilai prestasi murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga
dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran
dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut Kanagambal lagi, antara
matlamat yang dicapai oleh pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer ialah mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
mengingati kembali bahan yang dipelajari, merperoleh sikap positif terhadap alat komputer,
dapat berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran,
iaitu pelajar menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer.
Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah :
(i) Komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif dan secara
tidak langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar,
(ii) Kecanggihan bahan grafik pada program komputer boleh menambahkan lagi daya
kreativiti pelajar dan memperbaiki kemahiran penulisan murid,
(iii) Terdapat beberapa program komputer yang mencabar, yang mendorong kepada
kemahiran berfikir di kalangan murid,
(iv) Guru-guru dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid sepenuhnya
dari segi isi pelajaran,
(v) Pelajar boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang tertekan, dan (f)
komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua maklumat, menyalin
maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan maklumat untuk perbincangan atau
persembahan.
Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer pula, Zorain
Wati Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di dalam kurikulum
sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh dianggap sebagai
alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau kemahiran.
Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara untuk
menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Perhatian yang diberikan semasa proses
pembelajaran sangat penting, kerana melalui perhatian tersebut akan menatijahkan sesuatu
yang diharapkan.
2.5 Teori-Teori Berkaitan Peta Minda
Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dan kelebihan-kelebihan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terdapat juga beberapa teori serta
pandangan yang sesuai atau yang menyokong penggunaan peta minda dapat memberi
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
manfaat kepada proses pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori
Ausubel, dan Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif
berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam
ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia
akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.
Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang berpendapat
bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun,
menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk
membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan
masalah dihadapi.
David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan
maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006),
maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding
dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia,
telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang kritis dan
kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya beliau
berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah
memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Gardner
yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa kecerdasan adalah
kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily
Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapat pelbagai cara bukan hanya
tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner telah mengenalpasti sembilan jenis
kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam proses pembelajaran menggunakan peta
minda adalah amat sesuai terutamanya bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual
dan ruang, kecerdasan bahasa dan kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan
pembelajaran yang dibentuk mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan.
Perbezaan tersebut dapat membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang
kreatif dan asli.
2.6 Kajian Berkaitan Peta Minda
Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma
binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga
terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
berbantukan komputer oleh Kam Foo Kong (2006).
Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda
dalam mengingati konsep atau fakta Sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah
Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang
berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya
6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-
pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan
struktur Kertas 2.
Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4
Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat
meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku
peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian
pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca
berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan
peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.
Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang
penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan.
Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi.
Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat
gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang
mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian
pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding
10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta
minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.
Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan
konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141
orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan
bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian
menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan
pembelajaran berbantukan komputer.
Kam Foo Kong (2006), menjalankan kajian ke atas 42 orang pelajar tingkatan 1L di
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keledang. Kajian beliau tentang meningkatkan minat
pelajar kepada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan melalui kaedah
pembelajaran berbantukan komputer. Hasil dapatan kajian beliau menunjukkan pelajar yang
memperolehi skor 40% ke atas (lulus) dalam ujian pasca meningkat kepada 86% berbanding
47.6% dalam ujian pra. Pelajar yang memperolehi skor 40% ke bawah (gagal) pula menurun
kepada 14% dalam ujian pasca berbanding 52.4% dalam ujian pra. Dengan demikian Kam
Foo Kong merumuskan bahawa kaedah pengajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
menggunakan komputer telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang ketara.
2.7 Kajian Tentang Amalan Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah
Oleh Guru-Guru Teknikal
Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan
pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada
bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah.
Sebagaimana yang ditulis dalam buku Panduan KBSR sama ada perubahan yang
dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh setiap guru dan guru besar dalam sesebuah sekolah. Abd. Aziz (2000) pernah
menyebut bahawa guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada
seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang
tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran. Selain itu, mereka perlu
peka dalam hal perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya kaedah-
kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung
dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan di bilik darjah.
Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini
telah mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih
seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai
kemahiran komputer dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point,
flash, movie maker dan lain-lain lagi.
Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada
seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini,
guru adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan
tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan
sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang
sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan
budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al.
(1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada
para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran,
malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan
teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah
bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan
pendorong pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan
digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi
kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah
menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang
tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan
pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya
setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar.
Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat
lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis
maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai
konteks.
Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejuruteraan, perubatan, sains
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
komputer dan undang-undang. Masalah dunia sebenar akan dikemukakan kepada
pelajar dimana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses
pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini menunjukkan hasil penyelidikan yang
memberangsangkan mengikut para penyelidik yang telah menggunakannya. Proses ini juga
telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer sebagai satu wadah untuk menjadikan
proses pembelajaran lebih menarik. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBL sebagai
the learning which result from the process of working towards the understanding of, or
resolution of, a problem. Margetson (1991) pula menganggap PBL sebagai konsep
pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan
konsep yang terletak dibawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran. Dengan
menggunakan pendekatan PBL ini, pelajar akan bekerja secara koperatif dalam kumpulan
untuk menyelesaikan masalah sebenar dan yang paling penting membina kemahiran untuk
menjadi pelajar yang boleh belajar secara kendiri (Hamizer et al. 2003). Pelajar akan
membina kebolehan berfikir secara kritis dan berterusan berkaitan dengan idea yang
dihasilkan serta apa yang akan dilakukan dengan maklumat yang diterima (Gallagher, 1997).
2.8 Rumusan
Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan
bahawa kaedah penggunaan peta minda serta peta minda dengan berbantukan komputer
dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif terhadap
pencapaian murid-murid. Peta minda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt /
Kognitif, Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
BAB 3 : KAEDAH KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan peta minda dengan berbantukan
komputer dalam bidang tatabahasa mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Kata Sendi
Nama”. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam
penyelidikan yang akan dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula
akan menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan,
tatacara pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data.
3.2 Reka Bentuk Penyelidikan
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan dua buah
kelas tahun empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana.
Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca
pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama
empat minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran bagi kedua-dua kumpulan, agar
dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul data-
data yang dikaji hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh
pengkaji.
Untuk menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah
pemerhatian iaitu dengan memilih dua buah kelas yang telah sedia ada, di mana kumpulan
pelajar aras rendah menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah peta minda
berbantukan komputer, sementara kumpulan pelajar aras rendah akan menerima
pembelajaran dengan menggunakan kaedah konvensional. Pengkaji sendiri yang akan
mengajar kedua-dua kumpulan pelajara tersebut. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi
ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca selepas kajian dijalankan. Walaupun
pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel
bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama
berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan oleh pengkaji.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan
tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat bagi kedua-dua
kumpulan, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Di dalam
kajian ini, terdapat dua pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar dan
pemboleh ubah tak bersandar (bebas). Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar ialah
tahap penguasaan ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang diperolehi
melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pemboleh ubah tak bersandar ialah kaedah
pengajaran dengan menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer dan kaedah
konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. al (2007), satu bahagian daripada persekitaran yang
dimanipulasikan adalah pemboleh ubah tak bersandar, manakala kesan tingkah laku
manipulasi adalah pemboleh ubah bersandar, iaitu apa yang diukur.
Selain pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar, terdapat
pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran atau pemboleh ubah ekstranus yang mungkin
mengganggu keputusan kajian, seperti kaedah pemilihan sampel, interaksi antara kumpulan,
jangka masa kajian dan penyediaan soalan. Bagi mengawal pemboleh ubah-pemboleh ubah
ekstranus tersebut, beberapa langkah wajar diberi perhatian. Antaranya, pemilihan sampel
yang terdiri daripada dua kumpulan pelajar mestilah berada pada tahap tahap penguasaan ke
atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat yang hampir sama.
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pekan
Tuaran, Sabah. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan
Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua buah kelas telah dipilih daripada empat buah kelas
Tahun 4 menjadi sampel penyelidikan ini iaitu terdiri daripada 75 orang pelajar yang hampir
sama pencapaian. Mereka ini dikelompokkan kepada dua kumpulan, 35 orang
dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras rendah, manakala 40 orang lagi
dikelompokkan ke dalam kumpulan pelajar aras sederhana.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
3.4 Instrumen Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set ujian pencapaian (ujian pra
dan ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada 30 soalan objektif aneka pilihan
jawapan yang berkaitan dengan penggunaan ‘Kata Sendi Nama’. Semua item ujian
pencapaian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu, Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KBSR
Tahun 4. Bagi menentukan kesahan kandungan, pengkaji telah membina item-item dalam alat
kajian ini berdasarkan jadual penentu ujian (JPU) mengikut aras Taksanomi Bloom. Bagi
meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa
orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka.
Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan
beberapa item yang kurang sesuai.
3.5 Proses Pengumpulan Data Kajian
Kajian akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah melibatkan 75
sampel yang dibahagikan kepada kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan aras sederhana.
Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji menguruskan sendiri ujian
pra tersebut dan pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua
kumpulan. Pengkaji melibatkan diri secara terus dengan mengajar kedua-dua kumpulan
tersebut. Kumpulan pelajar aras rendah diajar menggunakan kaedah konvensional sementara
kumpulan aras sederhana menggunakan kaedah peta minda dengan berbantukan komputer.
Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan dalam masa empat minggu. Pada hari
terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras
sederhana akan menduduki ujian pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan
ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 20
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
3.6 Analisis Data
Keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan
menggunakan sistem perisian Statistical Packages for Social Science, SPSS Windows
Release 14.0. Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan dapatan kajian hasil
daripada instrument berbentuk ujian pra dan juga ujian pasca.
3.8 Rumusan
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan dua kumpulan pelajar sebagai
sampel kajian iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana.
Sampel kajian terdiri daripada 75 orang pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Pekan
Tuaran, Sabah. Kedua-dua kumpulan tersebut akan menduduki ujian pra sebelum kajian
dijalankan dan ujian pasca pula di akhir kajian. Data-data dari kedua-dua ujian tersebut
dikumpulkan dan kemudian akan dianalisis. Hasil daripada penganalisaan statistik ke atas
data yang diperolehi, pengkaji akan mendapati keputusan samada proses pengajaran dan
pembelajaran menggunakan peta minda dengan berbantukan komputer yang mempunyai ciri-
ciri inovasi tersebut berkesan atau sebaliknya dalam meningkatkan tahap penguasaan pelajar
ke atas penggunaan kata sendi nama dalam sesuatu ayat.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 21
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
RUJUKAN
Abdullah Hassan (1993). Tatabahasa Pedagogi , Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Mahmood (1992). Ayat Pasif Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Awang Sariyan (1986). Kunci Bahasa Malaysia , Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.
Ab. Fatah Hassan (1994). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran,
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Nizar (1997). Sejauh manakah Keberkesanan Kaedah Pengajaran Dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Dalam Operasi Asas
Matematik Murid-Murid Tahun 5 Sek. Keb. Jabi Dari Aspek Minat Dan Pencapaian.
Altablig Ali (2006). Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Konsep Atau Fakta
Sejarah, Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan
Pendidikan Perak. Hlm, 87 – 99.
Asma Ishak (2005). Meningkatkan Kemahiran Mencatat Isi-Isi Penting Di Kalangan Murid
Tahun 4 Dengan Menggunakan Peta Minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut
Perguruan Perlis : 133-145.
Azizi Yahaya Et. Al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan – Teori, Analisis &
Interpretasi Data. Kuala Lumpur : PTS Professional.
Ismail Zain (2005). ‘Belajar Berkesan Dengan Peta Minda’. Kuala Lumpur : Utusan
Malaysia.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 22
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Kam Foo Kong (2006). Meningkatkan Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan 1L Kepada
Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Melalui Kaedah Pembelajaran
Berbantukan Komputer. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan
Pendidikan Perak. Hlm,110 – 125.
Kanagambal (1997). Keberkesanan PPBK Dalam Matematik. Kertas Projek KSPK Institut
Perguruan Darulaman.
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Kamarudin Husin (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2007). Psikologi Pendidikan.
Kuala Lumpur : PTS Professional.
Sim Ah Hock, Dr. Et. Al. (1997). Kesan Strategi Pemetaan Konsep Terhadap Pemprosesan
Maklumat Sains Dalam Tutorial Pembelajaran Berbantukan Komputer. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. Hlm, 124 –
141.
Subadrah Madhawa Nair (2001). Penggunaan Peta Minda Sebagai Satu Strategi Dalam
Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 23
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (HBEF 2503)
Fakulti Pendidikan UKM.
Tetty Henny dan Nik Zafri (2006). Inovasi Dalam Pedagogi, Kurikulum dan Pendidikan
Malaysia.
Tony Buzan (2006). Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity And Tranform Your Life.
England : BBC Active
Zoraini Wati Abas (1992). Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 24