30
PENDAHULUAN Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali. Dalam agama Islam, keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan. Amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang beriman dan berlandaskan aqidah yang benar. Hal yang demikian, mereka iaitu golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT ataupun orang yang

oum aqidah.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PENDAHULUAN

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.Dalam agama Islam, keimanan yang berlandaskan aqidah yang benar menjadi asas kepada sesuatu amalan. Amalan-amalan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang beriman dan berlandaskan aqidah yang benar. Hal yang demikian, mereka iaitu golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT ataupun orang yang kafir, tidak mahukan balasan pahala daripada Tuhan mereka. Golongan ini juga mengerjakan amalan-amalan dalam kehidupan mereka bukan untuk mencari keredhaan Allah SWT yang telah menjadikan mereka.Golongan yang tidak beriman ataupun orang-orang kafir kepada Allah SWT akan dihukum kelak di hari akhirat. Hal ini demikian disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka sendiri di dunia. Mereka tidak mahu menyelidik agama Allah SWT iaitu agama Islam yang hanya diredhai oleh Allah SWT seperti firman-Nya :

Terjemahan : Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah SWT hanyalah Islam.(Surah Ali-Imran 3 : 19)

Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan, 25 : 23,Terjemahan: Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debuyang berterbangan.

Ayat ini menegaskan segala amalan baik yang pernah dilakukan oleh orang-orang kafir di dunia dahulu akan terbuang sahaja ibarat debu yang berterbangan pada hari akhirat kelak. Dengan kata lain perbuatan-perbuatan baik mereka di dunia adalah sia-sia sahaja.Hal ini disebabkan segala amalan mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka kerana kekufuran mereka semase hidup di atas muka bumi.

Firman Allah SWT lagi,Terjemahan :Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan di dunia. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh. (Surah Ibrahim, 14 : 18)

Ayat ini menerangkan bahawa segala amalan yang mereka usahakan yang tidak berlandaskan keimanan dan aqidah yang benar dan tidak mengikut jalan yang betul lagi benar. Maka kebaikan itu tidak akan mendatangkan manfaat pun kepada mereka dan menjadi sia-sia. Allah SWT juga tidak akan memberi apa-apa balasan untuk amalan-amalan golongan ini.Aqidah bukan sahaja hanya menjadi satu kepentingan dalam agama Islam, tetapi juga merupakan suatu perkara yang terpenting dalam hidup dan kehidupan manusia dalam kehidupan seorang muslim di muka bumi ini. Golongan yang hidup di dunia ini tanpa aqidah diibaratkan jahil dalam aqidah dan adalah seperti orang buta yang tidak mengenali keadaan dan bentuk diri mereka sendiri.Dalam aqidah Islam, mereka yang mengenali Allah SWT yang mencipta alam dunia ini dan tidak mengetahui siapa yang telah menjadikan diri mereka sendiri di dunia adalah orang yang hidup tanpa tauhid dan aqidah. Golongan ini sentiasa hidup dalam kekufuran yang nyata serta hidupnya hanya untuk duniawi sahaja. Tempat bagi orang-orang di dalam golongan ini di akhirat kelak adalah di dalam neraka jahanam.

Firman Allah SWT dalam surah Muhammad, 47 : 12,Terjemahan : Sesungguhnya Allah SWT memasukkan orang-orang mukmin dan beramal soleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang kafir bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti makannya binatang. Dan neraka jahanam adalah tempat tinggal mereka.

Ciri-ciri Akidah

Percaya kepada Allah, malaikat, malaikat Nya, rasul-rasulNya, kitab-kitab Nya, hari akhirat, qadha dan qadar yang menjadi rukun iman.Aqidah yang berlandaskan dalil dalil syariah dari al Quran dan al Sunnah yang menjadi asas agama Islam.Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan terima Allah adalah ibadat yang terbit dan datang dari aqidah yang sahih.Amal ibadat yang bukan terbit dari aqidah yang sahih adalah sia-sia sahaja, iaitu tidak mendapat apa apa balasan daripada Allah.

Ciri-ciri aqidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah, iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap, Allah Taala itu Maha Esa dan tidak ada yang berhak disembah selain daripada Allah. Sesuatu amalan dan ibadat yang diterima Allah ialah amalan dan ibadat yang dikerjakan semata mata kerana Allah secara khudhu, rughbah,ruhbah,hunnulillah,tazallul, dan ikhlas. Ciri- ciri aqidah yang sahih juga tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah supaya orang orang yang beriman dan Islam tetap di atas dasar tauhid. Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan aqidah yang sahih merupakan suatu ketegasan dalam mempertahankan agama Islam dan aqidah sahih itu. Rasulullah SAW dengan kekuatan aqidahnya secara berterus terang dan berani menentang dan menolak cadangan kafir Quraisy dan kaum Musyrikin yang mengajak Baginda menyembah berhala mereka. Aqidah yang sahih adalah aqidah yang berlandaskan al Quran dan al Sunnah dan diistilahkanaqidah ahli al sunnah wal jamaah iaitu iktikad yang mengikut iktikad Nabi Muhammad SAW dan kumpulan orang ramai. Aqidah Islam mengandungi ciri-ciri atau rukun-rukunnya yang asas. Ciri-ciri tersebut dapat disimpulkan kepada tiga:1.Ma rifahtullah(Mengenali Allah)Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah s.w.t, nama-nama Nya yang mulia serta sifat-sifat Nya yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini.

2.Marifatur Rasul( Mengenali Kerasulan)Mengenali dan mempercayai rasul-rasul yang dipilih oleh Allah untuk menenima wahyu dan menyampaikan syariat Nya serta menjadi pembimbing dan memimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam.

3.Marifahtul Bathi( Mengenali Hari Kebangkitan)Mengetahui dan mempercayai tetang Hari Kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangunkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan dihisab segala amalan adanyasirat al-mustaqim, syurga dan neraka.

Kedudukan Akidah dalam Islam

-Islam adalah merangkumi akidah dan syariah. Akidah adalah sebahagian daripada islam, bahkan tanpa salah satu daripada keduanya akan pincanglah status seseorang itu dan tidak layak bergelar muslim yang sempurna-Akidah merangkumi segala amalan yang berbentuk kepercayaan yang bersemi di dalam hati dengan yakin dan benar tentang wujudnya Allah, para Rasul, Kitab, Malaikat, Hari Akhirat serta Qada dan Qadar.-Ciri yang paling penting dalam akidah ialah Iman. Iman mempunyai hubungan yang rapat dengan Islam dan kedua-duanya sering digandingkan bersama untuk memenuhi Islam seseorang.-Dalam ajaran Islam, aqidah memiliki kedudukan yang sangat penting. Ibarat suatu bangunan, aqidah adalah pasaknya, sedangkan ajaran Islam yang lain, seperti ibadah dan akhlak, adalah sesuatu yang dibangun di atasnya. Rumah yang dibangun tanpa pasak adalah suatu bangunan yang sangat rapuh.-aqidah yang benar merupakan landasan (asas) bagi tegak agama (din) dan diterimanya suatu amal. Allah swt berfirman, .Artinya:Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya (di akhirat), maka hendaklah ia beramal shalih dan tidak menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.(Q.S. al-Kahfi: 110)

Allah swt juga berfirman, .Artinya:Dan sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi sebelummu, bahwa jika engkau betul-betul melakukan kesyirikan, maka sungguh amalmu akan hancur, dan kamu benar-benar akan termasuk orang-orang yang merugi.(Q.S. az-Zumar: 65)

-Mengingat pentingnya kedudukan aqidah di atas, maka para Nabi dan Rasul mendahulukan dakwah dan pengajaran Islam dari aspek aqidah, sebelum aspek yang lainnya. Rasulullah saw berdakwah dan mengajarkan Islam pertama kali di kota Makkah dengan menanamkan nilai-nilai aqidah atau keimanan,

Hampir setiap manusia percaya bahwa kehidupan setelah kematian merupakan suatu hal yang nyata. Dalam kepercayaan agama yang ada di Indonesia juga mempercayai hal tersebut sebagai salah satu kejadian yang akan kita alami setelah kematian. Kepercayaan ini menjelaskan berbagai kehidupan yang akan terjadi setelah kematian yang dapat saja berbeda antara yang satu dengan yang lainnya.Dalam kepercayaan Islam, Kristen, Buddha, Katolik, Hindu, dan Konghucu memiliki perbezaan dalam membahas mengenai alam setelah kematian ini. Namun dari berbagai perbezaan ini kita dapat mengambil hikmah bahwa setelah kematian kita masih menjalani alam lain dan harus memupuk kebaikan selama hidup di dunia.Ilmu kebatinanyang dalam akan membuat kita lebih memahami mengenai hal ini.

Kehidupan Setelah KematianMisteri kehidupan setelah kematian sebenarnya memang menjadi pertanyaan besar bagi manusia, secara logika memang tidak boleh membuat sebuah pengalaman tertulis dari peristiwa ini. Namun ajaran agama merupakan salah satu tuntunan dalam menerjemahkan misteri ini.Kehidupan Setelah Kematian Menurut IslamDalam Islam ketika roh manusia terpisah dari dalam badannya maka orang tersebut akanmendiami badan mitsali di alam lain yang dinamakan barzakh. Barzakh dikenal juga dengan sebutan lain yaitu alam kubur atau alam arwah yang merupakan sebuah alam antara dunia dan akhirat. Roh akan berada pada alam tersebut sampai hari kiamat tiba.Tugas malaikattelah diatur untuk mengurusi berbagai urusan ini dan mencatat segala perbuatan kita.

Kehidupan Setelah Kematian Menurut IslamDalam keristian, hidup di percaya hanya satu kali saja, orang yang telah meninggal dipercaya akan berada di alam surga atau alam penghukuman neraka bagi mereka yang berbuat jahat. Keristian juga mengenal Neraka dan surga, neraka bukan sebuah ilusi melainkan sebuah tempat nyata yang menjadi penghukuman bagi orang yang berdosa dan akan mengalami siksaan baik fisik, emosi, ataupun mental.Kehidupan Setelah Kematian Menurut BuddhaDalam agama Buddha dikenal dengan istilah Karma, karma merupakan penentu kehidupan setelah kematian seseorang. Jika ia banyak memupuk karma baik maka ia akan memetik hasilnya pada kehidupan berikutnya. Sebaliknya, jika ia sering berbuat karma buruk maka ia akan terlahir di alam sengsara. Kelahiran ini sering kita dengan dengan istilah reinkarnasi, namun dalam agama Buddha, hal yang menentukan kelahiran kembali ini adalahhukum karmayang diperbuat dalam kehidupan masa lalunya. Karma ini boleh saja tidak berbuah pada kehidupan mendatang, dan baru berbuah pada kehidupan selanjutnya. Jika ia sering berbuat buruk maka ia boleh terlahir menjadi binatang, setan, atau manusia yang mengalami penderitaan pada masa yang akan datang. Sebaliknya jika ia berbuat baik, maka ia boleh terlahir di alam dewa, atau di alam manusia yang penuh dengan kebahagiaan.Kehidupan Setelah Kematian Menurut HinduHindu juga mempercayai bahwa kehidupan setelah kematian akan terjadi, hal ini dikenal dengan istilah reinkarnasi, Hindu juga mempercayai hukum karma. Mereka mempercayai bahwa ketika kematian hanya badan saja yang mati, namun tidak dengan jiwa atau roh. Roh akan hidup kembali dalam tubuh atau bentuk lain dalam proses reinkarnasi sesuai dengan alam perbuatan pada kehidupannya.Kehidupan Setelah Kematian MenurutKonghucuAgama Konghucu mempercayai bahwa roh orang yang telah meninggal akan tetap ada dan harus tetap dilayani. Oleh karena itu dalam agama konghucu dikenal dengan acara persembahan pada roh nenek moyang atau leluhur seperticheng beng, yang merupakan sembahyang pada kuburan leluhur yang telah mendahului. Roh yang telah meninggal dipercaya dapat menikmati sesajian tersebut dan masih tetap berhubungan dengan mereka.Makna Kehidupan Setelah KematianBerbagai ajaran di Dunia mengenai kehidupan setelah kematian baik Islam, Kristen, Katolik, Hindu, Buddha, dan Konghucu pada umumnya mengenal surga dan neraka atau karma.Arti hidupsesungguhnya adalah bagaimana kita berbuat baik, terlepas dari apapun agamanya. Makna dari hal ini adalah bagaimana kita memupuk kebaikan sebanyak mungkin dalam kehidupan ini untuk menjadi bekal pada saat kita meninggal. Seluruh ajaran agama mengajarkan perbuatan baik dan mulia, saat ini pengalaman ajaran tersebutlah yang menjadi pegangan kita dalam menghadapi kematian.

FAHAMAN PLURALISME AGAMAPluralisme agama ditakrifkan sebagai keadaan hidup bersama antara agama yang berbeza-beza dalam satu masyarakat dengan tetap mempertahankan ciri-ciri khusus atau ajaran masing-masing. John Hick, tokoh yang banyak mencanang faham ini menjelaskan maknanya sebagai satu kefahaman bahawa agama-agama besar dunia mempunyai pandangan dan gambaran yang berbeza tentang Yang Benar dan Yang Agung dalam tataran budaya manusiawi yang berbeza-beza. Walaupun penjelmaannya dalam bentuk falsafah atau aliran pemikiran datang dalam bentuk yang pelbagai merangkumi dimensi teologi, ruhaniah dan sosio-politik, intipati umum kepada faham pluralisme agama ini dapat diringkaskan seperti berikut:Semua agama secara asasnya adalah sama kerana terbit dari sumber yang sama iaitu dari Yang Mutlak (The Absolute, The Ultimate and the Real One). Tujuan akhir kewujudan agama-agama juga ialah untuk menuju dan menyerah diri kepada hakikat yang sama iaituthe Ultimate, the Truth walaupun diungkapkan oleh pelbagai agama yang berbeza dengan nama-nama yang berbeza. Justeru itu kewujudan agama yang pelbagai adalah bentuk-bentuk luahan keimanan dan ketundukan manusia terhadap Hakikat yang satu. Kepelbagaian agama adalah ibarat jari-jari roda yang banyak namun kesemuanya menuju kepada pusat roda yang melambangkan Hakikat yang Kekal. Kepelbagaian agama juga adalah ibarat lampu-lampu yang pelbagai namun hakikat cahayanya adalah sama The lamps are different, but the Light is the same. (Ungkapan yang diambil dari kata-kata Jalal al-Din al-Rumi dalam karya agungnya al-Mathnawi).Setiap agama bersifat nisbi (relative), terbatas dan tidak sempurna dan merupakan satu proses pencarian terhadap kebenaran yang berterusan. Justeru itu, di samping kekurangannya, semua agama adalah jalan yang sah menuju kebenaran. Maka tidak ada agama yang boleh mendakwa mempunyai kebenaran yang lebih benar dan tinggi dari agama lain. Pandangan manusia terhadap agama adalah ibarat sekumpulan buta yang memegang bahagian-bahagian seekor gajah yang berbeza dan menyimpulkan hakikat gajah dari sudut pandangan masing-masing. Objek pengalaman keagamaan manusia terutama yang berkaitan dengan ketuhanan secara dasarnya terbahagi dua; yang pertama adalah hakikat yang dipanggil yang Kekal (the Eternal One) dan tidak terbatas (infinite) di luar dari jangkauan pengalaman, pemikiran dan bahasa manusia yang terbatas. Yang kedua ialah Tuhan yang di alami oleh manusia berdasarkan pengalaman, pemikiran dan bahasa mereka yang terbatas. Tuhan dalam aspek kedua ini lebih personal dan merupakan penterjemahan hakikat yang pertama dalam bentuk yang berbeza-beza berdasarkan budaya, geografi, dan iklim berbeza yang melingkungi manusia. Dengan meminjam kata-kata ahli teologi Kristian terkenal, St. Thomas Aquinas bahawa the thing known is in the knower according to the mode of the knower, maka penganut agama yang berbeza-beza telah mengungkapkan pengetahuan mereka tentang ketuhanan berdasarkan pengalaman dan bentuk pengetahuan mereka yang subjektif. Justeru terdapat perbezaan di kalangan agama-agama dalam menzahirkan pengalaman keagamaan mereka terhadap Hakikat yang Kekal tersebut dengan nama-nama yang berbeza seperti Allah, Jesus, Yahweh, Krishna dan lain-lain. Dalam pentafsiran yang lebih menekankan dimensi ruhaniah dan transcendent, hakikat agama terbahagi kepada dua aspek iaitu aspekexotericdanesoteric, zahir dan batin,accidentdansubtance,formdanessence. Di peringkat pertama, hakikat agama adalah berbeza dan tidak mempunyai kebenaran yang mutlak, sementara di peringkat kedua iaitu peringkat ruhaniah dan metafizik, kesemua kefahaman agama lebih hampir dan akan bertemu di satu titik kesatuan yangmunazzahyang merujuk kepada Tuhan yang Mutlak. Kesatuan agama, dari sudut pandangan ini akan berlaku di peringkat ruhaniah yang tinggi melalui pengalaman kerohanian yang wujud dalam setiap agama.Pakar-pakar agama yang fundamental yang bersifat eksklusif dan hanya membenarkan satu agama sahaja haruslah dilihat dari sudut majazi (metaphorical) dan harus ditawil bersesuaian dengan sikap dan sifat pluralisme agama yang inklusif. Adalah tidak boleh diterima akal sekiranya Tuhan menciptakan begitu ramai manusia tetapi hanya sedikit sahaja yang benar dan yang dimasukkan ke dalam syurga. Ini sama sekali bertentangan dengan prinsip kasih sayang Tuhan.

PLURALISME AGAMA DARI SUDUT AKIDAH ISLAMSememangnya kalau dilihat dari sudut akidah dan tamadun Islam, faham pluralisme agama adalah amat asing sekali. Sepanjang sejarah, walaupun terdapat aliran-aliran yang dianggap liberal dalam tradisi falsafah dan teologi Islam seperti golongan ahli-ahli falsafah dan Mutazilah dalam Ilmu Kalam, mereka tidak pernah mengetengahkan pandangan pluralisme agama. Dr. Anis Thoha menyatakan bahawa dalam kajiannya istilahal-taaddudiyyahyang melambangkan pluralisme agama tidak dikenali secara popular dan tidak banyak dipakai di kalangan ilmuwan Islam kecuali sejak lebih kurang dua dekad terakhir abad ke 20 yang lalu. Ini tidak bermakna sepanjang sejarahnya Islam tidak mengiktiraf keperluan untuk umat Islam hidup dalam keadaan aman bersama dengan penganut agama-agama lain. Adalah penting untuk kita membezakan antara pluralisme agama sebagai satu faham falsafah (seperti yang sedang kita bicarakan) yang mengandaikan kebenaran nisbi semua agama dengan seperkara lain iaitu suasana kehidupan antara pelbagai agama (yang secara teknikal disebutreligious plurality) yang mengisbatkan kewujudan pelbagai agama yang penganutnya hidup secara bersama dalam daerah yang sama. Kekeliruan dalam membezakan antara kedua-dua perkara ini dan kadangkala menyebabkan seseorang mencampur adukkan dalam menghujahkan keperluan pluralisme agama. Islam sama sekali tidak pernah menolak aspek kedua iaitu hakikat kewujudan pelbagai agama dan hak untuk penganut agama-agama selain Islam untuk mempercayai agama mereka. Dalam banyak ayat al-Quran Islam mengiktiraf kewujudan agama-agama kepelbagaian agama seperti yang terakam dalamSurah al-Kafirundan ayat al-Quran al-Hujurat:13. Akan tetapi Islam sebaliknya tidak menerima kebenaran relatif semua agama seperti yang dianjurkan oleh aliran pluralisme agama atau anggapan bahawa Islam, seperti agama-agama lain hanya mempunyai separuh dari kebenaran (partial truth). Ini kerana faham kebenaran relatif atau spara-kebenaran ini mengandaikan bahawa agama-agama ini tidak sempurna dan masih dalam proses kemenjadian (becoming) atau kematangan (maturization) sebagaimana yang dianjurkan oleh sebahagian ahli teologi Kristian terhadap agama Kristian.

Kesempurnaan Islam Sejak Asal Tanzilan Faham bahawa kesemua agama adalah tidak sempurna dan masih dalam proses pencarian, kemenjadian dan kematangan adalah sama sekali tidak selari dengan hakikat agama Islam. Islam, seperti yang dihujahkan oleh prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, memang sejak awal merupakan agama yang sempurna sejak mula tanzilannya dan tidak memerlukan usaha pembangunan, kematangan atau evolusi di pentas sejarah sebagaimana yang terjadi dalam tradisi agama lain.[14]Hakikat kesempurnaan ini tergambar jelas dalam ayat al-Quran Surah al-Maidah: 3, bahawa pada hari telah Kusempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Kuredai Islam itu menjadi agama bagimu. Segala-galanya dari aspek sistem kepercayaan, amalan dan peribadatan dan sistem nilai dan akhlak telah disempurnakan sejak awal dalam bentuk yang mutlak tanpa memerlukanrevisionatau tambahan. Malah nama agama Islam sendiri telah sempurna diberikan sejak awal oleh Tuhan melalui tanzilannya dan tidak memerlukan pertukaran sebagaimana yang cuba dipaksakan oleh sebahagian Orientalis.[15]Kebenaran yang terdapat dalam agama yang bernama al-Islam ini juga merupakan pengisbatan melalui kata-kata Tuhan sendiri melalui tanzilannya dan bukan diungkap dan direka oleh ahli-ahli teologi Islam.Agama, dalam Islam menayangkan hakikat kebenaran secara menyeluruh dan mutlak, meliputi semua aspek kehidupan samaada ruhaniah dan jasmaniah, akli dan amali, alam ghaib dan alam shahadah, justeru ia bukan sisi pandang dari pengalaman subjektif manusiawi. Berasaskan wahyu yang mutlak, kebenaran agama juga bersifat mutlak secara hakiki dan tetap tanpa menerima perubahan. Ia datang dari sumber yang mutlak, dari Tuhan yang Kekal, maka ia nilai-nilai yang dibawa juga kekal tanpa perubahan.Tauhid sebagai Asas kebenaran IslamIslam melalui akidahnya meletakkan asas tauhid sebagai dasar kebenaran agama. Ini jelas melalui ketegasan al-Quran menentang keshirikan orang-orang kafir dan penetapan al-Quran tentang besarnya dosa shirik berbanding dengan dosa-dosa yang lain. Ayat-ayat mengenai tauhid dalam al-Quran juga merupakan ayat-ayat yangmuhkamat, menggunakan nas yang jelas maknanya dan tidak terbuka kepadatawildan pentafsiran yang subjektif. Hakikat tauhid, menurut penjelasan al-Quran, bukan sekadar menekankan keesaan Allah tanpa berbilang, tetapi juga penegasan bahawa Allah adalah Zat yang tidak menyerupai segala sesuatu, di luar jangkauan inderawi insani dan Zat penuh dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kekuasaan. Faham tauhid sebeginilah yang menjadi asas kepada kebenaran agama Islam. Oleh kerana itulah keseluruhan para Rasul dihantar dengan risalah yang sama iaitu untuk mengisbatkan tentang keesaan Allah dan mengajak manusia semua untuk tunduk menghambakan diri kepada Allah dengan tulus. (al-Anbiya:25). Maka, seluruh kelompok manusia yang menyahut seruan tauhid dan mengikuti saranan yang di bawa oleh para pesuruh Allah semenjak dari permulaan kejadian manusia adalah termasuk dalam kelompok agama yang benar. Dari segi itu, konsep kebenaran agama dalam Islam juga bersifat inklusif namun mempunyai asas dan hadnya yang jelas iaitu sejauh mana ia menuruti risalah tauhid yang perintahkan sendiri oleh Allah.Oleh yang demikian, adalah amat sukar sekali, berdasarkan prinsip ini untuk kita menerima kebenaran agama-agama lain terutama yang secara jelas bertentangan dengan neraca tauhid yang telah diberikan oleh Islam secara jelas. Bukan juga termasuk dalam hak orang-orang Islam untuk merubah prinsip dan had yang telah ditetapkan ini walaupun atas alasan-alasan yang sosio-politik yang praktikal dan pragmatik. Segala keperluan kemasyarakatan dan siyasah mestilah diselesaikan di dalam lingkungan prinsip dan had tauhid. Islam tidak memerlukanCopernican Revolutiondalam akidah seperti yang dianjur oleh John Hick untuk menyelesaikan persoalan umat kerana prinsip-prinsip yang mendasari agama ini adalah prinsip yang mutlak dan tidak berubah.Pluralisme Agama Satu Bentuk Kekeliruan Ilmu (Sufastaiyyah)Disebabkan Islam merupakan agama yang berasaskan kepercayaan dan ilmu yang yakin sebagaimana yang dihuraikan dalam disiplin akidah, faham pluralisme agama yang menganjurkan kebenaran yang nisbi adalah sesuatu yang bertentangan dengan akidah Islam. Ia termasuk bentuk kekeliruan ilmu atausufastaiyyah(sophism) yang ditolak oleh akidah Islam. Para mutakallimun sejak awal telah mengenalpasti bahaya faham kenisbian ini yang bakal menghancurkan kebenaran ilmu pengetahuan dengan menamakan mereka sebagai golonganal-indiyyah[16]iaitu golongan yang menerima kebenaran yang pelbagai berdasarkan sudut pandangan yang berbeza dan kadangkala bertentangan.[17]Pendekatan epistemologi ini akan menafikan wujudnya kebenaran yang objektif dan mutlak yang boleh diterima oleh semua sepertimana yang dibawa oleh akidah Islam. Berlawanan dengan pendekatan ini, akidah Islam, seperti yang dihuraikan oleh Imam al-Nasafi mengisbatkan kemampuan manusia untuk mencapai ilmu dan hakikat yang benar bertentangan dengan pandangan nisbi golongan sufastaiyyah.[18]Dalam menghuraikan penegasan Imam al-Nasafi ini, Prof. al-Attas menjelaskan bahawa penyangkalan terhadap kemungkinan dan objektiviti ilmu pengetahuan akan mengakibatkan hancurnya dasar yang tidak hanya menjadi akar bagi agama, tetapi juga bagi semua jenis sains.[19]Sekiranya kita menerima faham pluralisme agama, ia bukan sahaja bertentangan dengan prinsip akidah Islam, malah juga bertentangan dengan prinsip akal yang sihat. Ini kerana akal tidak boleh menerima dua hakikat yang sama-sama benar akan tetapi saling bertentangan untuk wujud di satu masa. Ini bertentangan dengan prinsip asas dalam logik iaituthe principle of non-contradiction. Mana mungkin kefahaman tentang Tuhan yang Maha Esa sama benar dengan faham ketuhanan yang pelbagai? Mana mungkin kepercayaan bahawa Nabi Isa tidak disalib sama benar dengan kepercayaan Nabi Isa wafat di pengsaliban, bangun semula dan menjadi sebahagian dari ketuhanan? Mana mungkin kepercayaan Tuhan yang tidak menyamai segala sesuatu adalah sama benar dengan kepercayaan bahawa Tuhan yang bersatu dengan makhluk dan menyerupai sebahagian besar makhluk yang diciptanya sendiri? Kefahaman begini hanya dipegang sama ada oleh seseorang yang menerima kenisbian hakikat (relative truth) yang menolak kebenaran yang mutlak, satu faham yang ditolak oleh Islam, atau mereka yang mempercayai bahawa faham keagamaan hanyalah khayalan manusia yang serba subjektif dan tidak benar, atau oleh mereka yang atheist yang langsung tidak menerima kewujudan Tuhan, lantaran itu melihat kepelbagai agama sebagai manifestasi rasa takut manusia kepada alam ghaib ciptaan akal mereka. Atau mereka yang percaya kepadatwofold truthuntuk menjustifikasi fahaman gereja yang banyak bertentangan dengan pandangan akal dan pengalaman inderawi manusia. Kesemua ini ternyata bertentangan dengan ajaran Islam yang menegaskan kebenaran mutlak yang satu dan tiada pertentangan antara kebenaran akal dan wahyu. Ironisnya, bagaimana faham yang tidak serasi dengan prinsip akal yang sihat dipelopori oleh ilmuwan dan intelektual dari tamadun yang amat mengagungkan akal?Seperkara yang menarik untuk diketengahkan ialah dalam Akidah Islam dan juga penjelmaannya dalam sejarah dan tamadun Islam, berbanding dalam tradisi agama lain, tidak berlaku pertentangan antara prinsip-prinsip yang diketengahkan oleh akidah Islam dengan prinsip-prinsip akal. Al-Quran sendiri banyak menegaskan kepentingan akal melalui ayat-ayat yang mencela mereka yang tidak menggunakan akal. Al-Quran juga menggunakan dalil-dalil akli dalam berhujah dengan kafir dan juga mencabar orang-orang kafir dengan meminta dalil (burhan) bagi membuktikan kebenaran pegangan mereka.[20]Justeru itu ulama-ulama akidah tidak teragak-agak untuk menyokong prinsip-prinsip akidah yang datang dalam al-Quran dengan hujah-hujah akliyah.Islam dan Hubungan Antara AgamaKepercayaan mutlak terhadap kebenaran umat Islam bukan bermakna Islam tidak memberi ruang kepada toleransi terhadap agama lain.Surah al-Kafirunmerupakan antara surah yang definitif meletakkan sikap dan cara masyarakat Islam untuk berinteraksi dengan penganut agama lain. Ayat-ayat dalam surah tersebut di samping mengiktiraf kewujudan agama lain (lakum dinukum wa liya din) juga dengan tegas dan berulang menggariskan secara definitif perbezaan antara apa yang disembah oleh Rasulullah dan orang Islam dan apa yang disembah oleh orang-orang Kafir. Maka dalam persoalan akidah, prinsip yang harus melandasi hubungan antara agama islam dan agama lain ialah prinsip perbezaan dan bukannya persamaan. Justeru itu, bagi mengelakkan permasalahan dalam hubungan tersebut ialah pengiktirafan dan berlapang dada kepada perbezaan-perbezaan yang wujud dan bekerjasama pada perkara-perkara yang ada persamaan. Inilah bentuk kebebasan beragama yang dianjurkan oleh Islam dan sikap tasamuh yang ditanamkan kepada umat Islam terhadap masyarakat lain.Di samping bersikap tegas dengan kebenaran dan perbezaan teologis antara agama Islam dengan agama lain, Islam juga sama sekali tidak memaksa kebenarannya kepada penganut agama lain. Pendekatan yang dianjurkan oleh Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah melalui dakwah dan bukan paksaan. Dalam ruanglingkup tersebut, al-Quran menyarankan tiga bentuk dakwah iaitu dengan kebijaksanaan (al-hikmah), nasihat yang baik (mawizah hasanah) dan perdebatan yang baik (mujadalah hasanah).Zahir dan Batin AgamaMengenai dakwaan golongan pluralisme agama bahawa perbezaan agama hanya berlaku di peringkat zahir (exoteric) sahaja perlu ditegaskan bahawa Islam merupakan agama yang menggabungkan antara dimensi zahir dan batin agama. Oleh kerana itulah aspek ibadat yang menekankan amalan, walaupun dari segi keutamaan, berada selepas aspek akidah yang mewakili keimanan, namun ia tetap penting dan menjadi sebahagian dari rukun agama. Islam juga menekankan tentang amalan yang benar sebagai pembuktian keimanan kepada Tuhan. Aspek amalan adalah sebahagian dari agama dan menjadi prasyarat kebenaran agama. Aspek amalan ini juga dijelaskan oleh agama dengan lengkap melalui pengutusan Rasul.Adalah satu yang ganjil sekiranya kesatuan dan kebenaran agama yang mutlak hanya berlaku di peringkat ruhaniah dan metafizik sahaja sedangkan tujuan agama ialah untuk dilaksanakan di dalam kehidupan dunia yang meliputi zahir dan batin. Pandangan begini hanya akan menafikan kebenaran aspek lahiriyah agama Islam seperti peribadatan dan shariah sedangkan kesemua ini merupakan sebahagian dari tanzilan dari Tuhan dan merupakan bahagian utama dari struktur agama itu sendiri. Sehubungan dengan ini, perlu ditegaskan bahawa istilah Islam walaupun secara harfi bermaksud penyerahan diri namun bentuk penyerahan itu juga dijelaskan oleh agama melalui sistem peribadatan yang diturunkan oleh wahyu dan dijelaskan oleh para Rasul, bukan dengan cara-cara yang mengikut pemikiran subjektif manusia dan yang lebih buruk, mengikuti hawa nafsu manusia semata-mata.PENUTUPTanpa menafikan bahawa terdapat keperluan untuk penganut setiap agama mengurangkan ketegangan yang berlaku disebabkan salah faham dan sikap ekstrem sekelompok kecil masyarakat, pendekatan dialog antara agama terutamanya yang diwarnai dengan faham pluralisme agama harus ditanggap secara berhati-hati oleh umat Islam. Yang paling penting dalam memahami faham pluralisme agama ialah persoalan dimana kita bermula. Dalam Islam, kita perlu bermula dari kebenaran agama kemudiannya barulah disesuaikan dengan keperluan sosial dan siyasah. Kita juga tidak harus terlalu cepat untuk mengambil pengalaman sejarah agama lain untuk disesuaikan dengan agama Islam apabila kita tidak berkongsi sejarah yang sama dan dan agama Islam sendiri mempunyai perbezaan yang mendasar dengan agama tersebut.

[1]Dibentangkan dalamWacana Fahaman Pluralisme Agama dan Implikasinya Terhadap Masyarakat Islam, anjuran Muafakat, Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dan JAIS pada 1 hb Mei 2010 bertempat Kuliyyah Ekonomi, UIAM.[2]Anis Malik Thoha,Trend Pluralisme Agama: Tinjauan Kritis(Jakarta:Gema Insani, 2005),14.[3]Ibid.,15.[4]Anis Thoha misalnya membahagikan bentuk aliran (trend) pluralisme agama kepada empat iaitu Humanisme Sekular, Teologi Global (Global Theology), Sinkretisme dan Hikmah Abadi (Perennial Philosophy), ibid.,51-121.[5]Adian Husaini,Pluralisme Agama: Musuh Agama-Agama(Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia: 2010), 4.[6]John Hick,God Has Many Names(Philadelphia: The Westminster Press, 1982), 24.[7]Ibid., 24-56.[8]Adian Husaini, 6.[9]Anis Thoha, 24-40.[10]Lihat huraian pengalaman beliau dan juga pandangan teologi beliau dalam karya-karyanya sepertiThe Rainbow of Faiths(London: SCM Press Ltd, 1995);God Has Many Names(Philadelphia: The Westminster Press, 1982);Problems of Religious Pluralism(London: Macmillan Press Ltd., 1985);Dialogues in the Philosophy of Religion(New York: Palgrave, 2001)[11]John Hick, 33.[12]Anis Thoha, 180.[13]Lihat huraian mendalam tentang kemelut sekularisasi dalam agama Kristian dalam Syed Muhammad naquib al-Attas,Islam and Secularism(Kuala Lumpur:ISTAC,1993), 1-49.[14]Ib

Ramai umat Islam terikut-ikut dengan pandangan sedemikian kerana mereka yakin bahawa semua agama itu sama taraf dan kedudukannya. Mereka jahil bahawa agama selain Islam adalah agama ciptaan manusia, walhal agama Islam adalah agama ciptaan Allah (a.w). Mungkinkah sama manusia dengan Tuhan? Mereka yang berpandangan bahawa semua agama itu sama, telah jatuh kafir, malah jatuh syirik. Kerana mereka menyamalkan Allah (a.w) dengan manusia!Allah (a.w) memberitahu kita, seperti yang telah kita rujuk beberapa firman Allah (a.w) sebelum ini bahawa:Pertama,agama yang diridai (yakni, yang diterima) Allah (a.w) hanyalah agama Islam[Ayat 19, Surah ali-Imran];Kedua,mereka yang memilih agama lain tidak akan diterima sebarang amalan dan ibadah mereka walau baik bagaimana sekalipun; segala amalan dan ibadah mereka seumpama debu di atas batu, yang akan bertaburan apakala ditiup angina tau dilanda banjir;Ketiga, orang yang kafir (dan termasuk yang Islam tetapi kufur) yang mati dalam kekafiran (atau kekufuran)mereka itulah orang yang dilaknat oleh Allah (a.w) dan oleh para malaikat dan manusia (yang Islam dan iman)[Ayat 161, Surah al-Baqarah];Keempat,hanya orang Islam dan iman sahaja yang akan mendapat syurga, orang yang tidak Islam, dan orang Islam tetapi tidak beriman, pasti masuk neraka;Kelima,orang munafiq, yakni orang yang mengakui dirinya Islam tetapi hatinya tidak Islam dan beriman, tidak akan masuk syurga; malah diletakkan di dasar neraka terkebawah dari tempat orang-orang kafir[Ayat 145, Surah an-Nisa];Keenam,taubat mereka (yang syirik) dan hanya taubat orang yang kafir yang masuk Islam, maka segala kebaikan yang dilakukannya semasa kafir akan dikira dan diberi pahala, manakala dosa-dosanya ketika kafir dahulu dihapus kikis apabila masuk Islam;Ketujuh,mentaati Rasulallah (s.a.w) berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) (dan hanya kerahmatan Allah (a.w) membolehkan kita mendapat syurga)[Ayat 132, Surah ali-Imran];Kedelapan,jika orang kafir memiliki harta berupa emas dan perak sebanyak dunia dan segala isinya untuk menebus dosanya supaya dikeluarkan dari neraka di akhirat kelak, tidak akan diterima Allah (a.w)[Ayat 91 & Ayat 116, Surah ali-Imran]; danKesembilan,jika kita tolak Rasulallah (s.a.w) (yakni, tolak atau tidak terima as-Sunnah) setelah jelas padanya petunjuk ari as-Sunnah dan dia tidak mau terima ajakan orang yang beriman (i.e. orang yang ikuti as-Sunnah), maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka[Ayat 115, Surah an-Nisa];Kesepuluh,sesiapa yang taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) dia pasti mendapat hidayah (atau petunjuk)[Ayat 54, Surah an-Nur].Adalah suatu dosa yang besar bagi seseorang yang Islam mengakui bahawa Islam itu setaraf dengan agama-agama ciptaan manusia.Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan manusia bahawa Islam adalah agama yang tidak boleh disamakan dengan lain-lain agama. Islam tetapiterkeatas kedudukannya, masakan manusia, terutama mereka yang mengakui diri mereka Islam, sanggup menjatuhkan mertabat Islam kerana kesenangan dunia yang sedikit?Firman Allah (a.w): 'Hual-lazi arsala rasulahu bil-huda, wadinil haqqi liyuzhirahu alad-dini kulihi walau karihal kafiruna)[Maksud: Dialah (Allah (a.w)) yang mengutus RasulNya membawa hidayah (i.e. petunjuk) dan agama yang haq (i.e yang benar) (iaitu agama Islam), supaya memenangkannya (yakni, meletakkannya) di atas segala agama di bumi ini meskipun orang-orang musyrik (i.e. orang yang tidak mahu akui Allah (a.w) itu tuhan mereka, yakni kafir) tidak menyukainya][Ayat 9, Surah as-Sof]Malangnya di akhr zaman ini manusia tidak lagi yakin dengan Islam kerana dipengaruhi oleh pelbagai factor. Antaranya, pengajaran agama Islam itu tidak diutamakan oleh alim ulama dan para ilmuan Islam. Alim ulama hanya bersedia menyampaikan ilmu mereka dengan bayaran lumayan. Alim ulama mengutamakan kedudukan dan sanjungan serta kesenangan dunia. Maka dengan itu mereka tidak mahu melawan arus. Alim ulama sendiri jahil dengan agamanya, atau mereka kurang yakin dengan agama Islam kerana materialism dan kesenagan keduniaan.Sejak akhir-akhir ini, ramai di kalangan kita umat Islam dalam menzahirkan sikap toleransi terhadap kehidupan yang berlainan agama, sering mengungkapkan kata-kata bahawa semua agama adalah sama. Semua agama mempunyai Tuhan. Semuanya mengajak kepada kebaikan dan semuanya mahukan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat seolah-olah mengiktiraf bahawa agama-agama lain adalah setaraf dengan Islam..Sebenarnya fahaman yang menganggap bahawa semua agama (Kristian, Yahudi, Buddha dan sebagainya) termasuk Islam adalah sama dikenali sebagai Pluralisma agama, adalah suatu yang merbahaya, boleh menjejaskan aqidah umat Islam dan tidak menepati nas al-Quran.Firman Allah swt yang bermaksud;" Sesunguhnya Al-Deen yang diredhai di sisi Allah adalah Islam."(Ali Imran 3 : 19)Di dalam ayat lain Allah swt berfirman yang maksudnya;" Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Al Deen maka tidak diterima daripadanya dan dia termasuk golongan orang-orang yang rugi di akhirat nanti."(Ali Imran 3 : 85)Sebenarnya fahaman Pluralisma agama ini sudah pun wujud sejak zaman Nabi saw dalam misi awal dakwahnya di Mekah. Antara tawaran yang diajukan kepada Nabi saw ialah tawaran supaya beribadat mengikut giliran. Mungkin hari ini menyembah Allah, esok pula menyembah berhala dan seterusnya. Atau boleh beribadat secara mingguan atau bulanan iaitu semingu atau sebulan untuk berhala dan seminggu atau sebulan menyembah Allah.Imam Ibnu Hajar ketika mentafsirkan surah Al Kafirun menyebut bahawa golongan Quraisy mengajak Nabi saw agar menyembah tuhan mereka selama setahun dan mereka pula menyembah Tuhan Muhammad saw selama setahun. Tawaran ini dijawab secara langsung melalui Firman Allah swt bermaksud;"Katakanlah hai orang-orang yang kafir aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku."(Kafirun 1-6)Dalam Islam, tuhan dipanggil Allah. Dalam Kristian ada konsep trinity, tetapi masih merujuk kepada keesaan dan kekuasaan Tuhan. Dalam Islam Allah mestilah disifatkan sepertimana yang termaktub dalam nas. Oleh sebab itu Islam menolak trinity yang membawa maksud Tuhan mempunyai isteri dan anak.Oleh itu berhati-hatilah terhadap fahaman pluralisma agama kerana ianya boleh menjejaskan aqidah kita sebagai seorang Muslim. Kita menyakini bahawa Islam sahajalah agama yang diredhai Allah swt. Namun ini tidak bererti bahawa kita memusuhi agama lain bahkan kita ingin supaya rahmat Islam tersebar ke seluruh alam dan hati setiap insan.Firman Allah swt bermaksud;"Sesungguhnya orang yang beriman, golongan Yahudi, golongan Nasrani dan golongan Shabiin (iaitu golongan bukan Yahudi, Nasrani atau majusi), siapa sahaja antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari akhirat dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan mereka"(Albaqarah 2 : 62)Ibnu Kathir mengulas mengenai ayat ini bahawa Salman Al Farisi berkata kepada Rasulullah saw bahawa sahabat-sahabat Salman melakukan solat, puasa dan beriman kepada Nabi saw. Ketika Salman selesai memuji sahabat-sahabatnya, Rasulullah saw berkata kepada Salman bahawa mereka adalah ahli neraka.Salman terkejut mendengan penjelasan Nabi saw lalu Allah swt menurunkan ayat tersebut yang menjelaskan bahawa Iman Yahudi adalah orang yang berpegang kepada Taurat dan sunnah Musa as sampai datangnya Isa as. Ketika datangnya Isa as sesiapa yang yang masih beriman dan berpegang kepada Taurat dan sunah Musa as, tidak meninggalkannya dan tidak mengikut ajaran Isa as, maka dia adalah orang yang celaka. Dan Iman Nasrani ialah sesiapa yang berpegang kepada Injil dan Syariat Isa as, maka dia menjadi seorang yang beriman dan diterima imannya sehingga Muhammad saw diutuskan. Maka barangsiapa yang tidak mengikut Muhammad saw dan meninggalkan sunah Isa dan Injil maka dia tergolong dalam golongan yang Celaka (ahli neraka). Wallahu A'lam