Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    1/53

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samada terdapat hubungan faktor-faktor

    demografik seperti jantina, jumlah pendapatan, jumlah jam belajar seminggu terhadap prestasi

    akademik pelajar. Selain itu faktor-faktor stail pembelajaran ((Dunn, Dunn dan Price, 1978), dan

    suasana persekitaran juga diuji samada mempunyai hubungan dengan prestasi akademik pelajar

    ijazah Universiti Utara Malaysia.

    Soal selidik yang dibentuk mengandungi item-item yang mengukur faktor demografi,

    pemilihan stail pembelajaran dan suasana persekitaran yang digunakan untuk menguji hubungan,

    perkaitan dan perbezaan di antara prestasi akademik pelajar ijazah Universiti Utara Malaysia

    berdasarkan sampel yang telah dipilih secara rawak.

    Teknik statistik peratusan, kekerapan, min skor, dan sisihan piawai digunakan bagi mengukur

    beberapa ciri demografi, pemilihan stail pembelajaran dan suasana persekitaran pembelajaran.

    Manakala Ujian Khi Kuasa Dua, Ujian t sampel bebas (Independent Sample t test), Analisis

    Varian sehala (ANOVA), Ujian Korelasi Pearson, dan Ujian Regresi digunakan untuk menguji

    hipotesis yang telah dibentuk.

    Dapatan analisis menggunakan Ujian Khi Kuasa Dua menunjukkan terdapat perbezaansekolah menengah berasrama dan tidak berasrama antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

    Pelajar perempuan lebih ramai belajar di sekolah menengah berasrama berbanding pelajar lelaki.

    Manakala bagi analisis menggunakan Ujian t sampel bebas menunjukkan terdapat perbezaan

    prestasi akademik pelajar antara pelajar lelaki dan perempuan. Min bagi pelajar perempuan yang

    lebih tinggi menunjukkan pelajar perempuan mempunyai prestasi akademik yang lebih tinggi

    berbanding pelajar lelaki. Bagi analisis menggunakan ANOVA pula menunjukkan terdapat

    perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar kolej perniagaan, undang-undang dan

    pengajian antarabangsa, dan kolej sains dan sastera. Analisis menggunakan Ujian Korelasi

    Pearson pula menunjukkan signifikan yang tinggi iaitu 0.839 di antara prestasi akademik pelajar

    dan pemilihan stail pembelajaran. Hubungannya adalah positif. Manakala bagi persoalan samada

    terdapat perkaitan antara prestasi akademik pelajar dengan suasana persekitaran pula

    menunjukkan signifikan yang tinggi dan hubungannya juga adalah positif. Bagi Ujian Regresi

    Page 1

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    2/53

    pula menunjukkan pemilihan stail pembelajaran secara signifikan mempengaruhi prestasi

    akademik pelajar.

    Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan telah dibuat untuk membantu

    pensyarah dalam pengajaran dengan menyesuaikan pemilihan rangsangan dan stail pembelajaran

    pelajar dengan pendekatan pengajaran mereka.

    Page 2

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    3/53

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kajian ini telah

    berjaya disiapkankan dengan baik. Dalam kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi-

    tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Abu Bakar Bin Hamed,

    selaku penyelia bagi kajian ini, atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran, dorongan, nasihat,

    dan motivasi yang amat bermakna bagi diri kami, bermula dari peringkat awal perancangan,

    sehinggalah ke peringkat akhir kajian ini dilaksanakan.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua responden yang terlibat

    dalam memberi kerjasama sepanjang soal selidik dijalankan. Ribuan terima kasih juga ditujukan

    buat semua ahli kumpulan yang tidak berputus asa dalam menjalankan penyelidikan ini. Begitu

    juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dari segi tunjuk ajar, berkongsi ilmu dan

    memberi dorongan untuk kami menyiapkan penyelidikan ini.

    Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat, sama ada secara

    langsung atau tidak langsung dalam membantu kami menyempurnakan kajian yang pertama

    kalinya kami jalankan.

    Page 3

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    4/53

    Kami akui bahawa karya ini adalah hasil kerja kami sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang

    setiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : ............... , ................. ,dan

    Nama Penulis : SAZLI BIN AZIZ [103736]

    SITI AZURA BINTI AHMAD [104004]

    JURIAH BINTI ISMAIL [104095]

    Tarikh : 04 APRIL 2009

    Page 4

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    5/53

    CONTENTS PAGEABSTRAK ....................................................................................................................................... 1

    PENGHARGAAN ...........................................................................................................................3

    CONTENTS PAGE ....................... 5

    BAB 1: PENGENALAN ................................................................................................................. 9

    1.1 PENGENALAN .................................................................................................................. 9

    1.2 PERMASALAHAN KAJIAN ..............................................................................................11

    Rajah 1.0: Kerangka Konseptual Pencapaian Akademik .............................................................. 12

    1.3 OBJEKTIF KAJIAN ...........................................................................................................13

    1.4 KEPENTINGAN KAJIAN ..................................................................................................14

    1.5 REKA BENTUK KAJIAN .................................................................................................. 14

    1.6 LIMITASI KAJIAN .............................................................................................................15

    1.7 RUMUSAN ..........................................................................................................................15

    BAB 2: SOROTAN KARYA ........................................................................................................15

    2.1 PENGENALAN ...................................................................................................................16

    2.2 KONSEP PEMBOLEHUBAH ........................................................................................... 16

    2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN DENGAN PEMBOLEHUBAH ..........16

    Rajah 2.0: Peringkat-Peringkat Kitaran Belajar Kolb ....................................................................17

    2.4 PEMBENTUKAN KERANGKA TEORI ........................................................................... 18

    Rajah 2.1: Kerangka Konseptual Prestasi Akademik ....................................................................18

    2.5 HIPOTESIS .........................................................................................................................19

    2.5.1 Pembentukan Hipotesis 1: Analisis menggunakan Khi Kuasa Dua ..............................19

    2.5.2 Pembentukan Hipotesis 2: Analisis menggunakan Ujian T ..........................................19

    2.5.3 Pembentukan Hipotesis 3: Analisis menggunakan Analisis Varian Sehala (ANOVA) 19

    2.5.4 Pembentukan Hipotesis 4: Analisis menggunakan Korelasi Pearson ........................... 19

    Page 5

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    6/53

    2.5.5 Pembentukan Hipotesis 5: Analisis menggunakan Korelasi Pearson ........................... 20

    2.5.6 Pembentukan Hipotesis 6: Analisis menggunakan Regresi.......................................... 20

    2.6 RUMUSAN ..........................................................................................................................20

    BAB 3: METODOLOGI KAJIAN ................................................................................................21

    3.1 PENGENALAN ...................................................................................................................21

    3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN ...................................................................................21

    3.3 TEKNIK PENGUTIPAN DATA ........................................................................................22

    3.4 SOAL SELIDIK ...................................................................................................................22

    3.5 UJIAN REALIBILITI ..........................................................................................................24

    3.6 ANALISIS DATA ................................................................................................................24

    3.7 RUMUSAN .........................................................................................................................26

    BAB 4: ANALISIS DATA ............................................................................................................27

    4.1 PENGENALAN ...................................................................................................................27

    4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN .................................................................................27

    Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur .......................................................28

    Jadual 4.2 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina .....................................................29

    Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kolej ....................................................... 29

    Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Program .................................................. 30

    Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Tempat Tinggal .......................................30

    Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Sekolah Terakhir .....................................31

    Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Sekolah Menengah .................................31

    Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa .................................32

    Jadual 4.9: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa ............................... 32

    Jadual 4.10: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pendidikan Ibu Bapa ..............................33

    Jadual 4.11: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jumlah Jam Belajar ................................34

    Page 6

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    7/53

    Jadual 4.12: Taburan Kekerapan Responden Mengikut PMK .......................................................34

    Jadual 4.13: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pemilihan Stail Pembelajaran ................35

    Jadual 4.14 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Suasana Persekitaran ............................ 38

    4.3 PENGUJIAN HIPOTESIS ...................................................................................................39

    4.3.1 Analisis menggunakan Ujian Khi Kuasa Dua ..............................................................39

    Jadual 4.15: Hubungan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama dengan jantina ....... .40

    4.3.2 Analisis menggunakan Ujian t sampel bebas (Independent Sample t test) ...................40

    Jadual 4.16: Perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar lelaki dan perempuan...............40

    4.3.3 Analisis menggunakan Analisis Varian Sehala (ANOVA) ..........................................41

    Jadual 4.17: Perbezaan Prestasi Akademik pelajar mengikut kolej ...............................................41

    4.3.4 Analisis menggunakan Ujian Korelasi Pearson .............................................................41

    Jadual 4.18: Korelasi antara prestasi akademik dan pemilihan stail pembelajaran pelajar .... .......42

    Jadual 4.19: Hubungan di antara Suasana Persekitaran dengan prestasi akademik ......................43

    4.3.5 Analisis menggunakan Ujian Regresi ............................................................................43

    Jadual 4.20: Pengaruh pemilihan stail pembelajaran terhadap prestasi akademik ........................43

    Jadual 4.21: Pengaruh Suasana persekitaran terhadap prestasi akademik ....................................44

    4.4 RUMUSAN ..........................................................................................................................45

    Jadual 4.22 Penerimaan dan Penolakkan Hipotesis .......................................................................46

    BAB 5: PERBINCANGAN DAN RUMUSAN ............................................................................47

    5.1 PENGENALAN ...................................................................................................................47

    5.2 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 1: ...................................................47

    5.3 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 2: ...................................................47

    5.4 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 3: ...................................................48

    5.5 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 4: ..................................................48

    5.6 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 5: ...................................................48

    Page 7

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    8/53

    5.7 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 6: ...................................................49

    5.8 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 7: ...................................................49

    6.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN ..................................................................................50

    6.1 RUMUSAN ..........................................................................................................................50

    BIBLIOGRAFI ..............................................................................................................................52

    LAMPIRAN ..................................................................................................................................53

    Page 8

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    9/53

    BAB 1: PENGENALAN

    1.1 PENGENALAN

    Kajian ini telah dijalankan diUniversiti Utara Malaysia (UUM) yang telah ditubuhkan pada

    16 Februari 1984 dan memulakan sesi pengajian pertamanya di Kampus Darul Aman, Jitra, Kedah.

    Pada 15 September 1990, UUM berpindah ke Kampus Sintok yang terletak kira-kira 48 km dari

    bandar Alor Setar, dengan keluasannya 1061 hektar. Objektif UUM adalah untuk menjadi sebuah

    pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan, menjadi sebuah pusat rujukan dalam semua aspek

    pengurusan dan menjadi pusat sumber terulung dalam bidang pengurusan dengan misi untuk

    menjadikan UUM sebagai sebuah universiti yang terulung dan bertaraf antarabangsa.

    Pada Semester Pertama Sesi 2005/2006, UUM mempunyai seramai 22,680 orang pelajar di

    peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut merangkumi 19,020

    pelajar penuh masa peringkat Ijazah Pertama, 1,372 pelajar Program Kerjasama, 604 pelajar secara

    Pengajian Jarak Jauh dan 1,684 pelajar Ijazah Lanjutan. UUM mempunyai seramai 1,107 orang

    staf akademik dan 1,107 orang staf pentadbiran dan sokongan yang sedang berkhidmat di

    Universiti ini. Dengan 36 program Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian yang ditawarkan.

    Ciri-ciri media pembelajaran adalah seperti penggunaan bagi sesuatu pengajaran itu

    dikhususkan atau ditetapkan akan kepentingannya. Selain itu, ianya juga merupakan alat untuk

    menjelaskan seperti apa yang ada di dalam sukatan buku pelajaran samada berupa perkataan,

    simbol ataupun angka-angka. Pemanfaatan media dam proses pembelajaran tidak terbatas kepada

    suatu ilmu yang tertentu tapi digunakan secara keseluruhan.

    Pembelajaran adalah satu proses reflektif di mana pelajar membangunkan tanggapan dan

    pemahaman baru atau menukarkan dan membentuk proses mentalnya. Dengan pembentukan ini,

    proses pembelajaran akan menggabungkan kedua-dua pemikiran induktif (spesifik kepada umum)

    dan pemikiran deduktif (umum kepada spesifik). Pembelajaran boleh dikatakan sebagai satu

    proses umum manakala pemikiran kritikal dan kreativiti lebih tertumpu kepada aspek-aspek

    spesifik dalam pembelajaran.

    Page 9

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    10/53

    Satu takrifan yang komprehensif mengenai stail pembelajaran telah dibuat oleh satu

    gerak kerja yang terdiri daripada teoris terkemuka dalam lapangan ini dan ditaja oleh Persatuan

    Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah. Kumpulan ini mentakrifkan stail

    pembelajaran sebagai gabungan ciri kognitif, afektif dan faktor-faktor fisiologi yang memberi

    penunjuk yang stabil secara relatif tentang bagaimana seorang pelajar melihat, berinteraksi

    dengan dan bergerak balas terhadap persekitaran pembelajaran. (Keefe, 1979, ms.4).

    Adalah amat penting untuk tenaga pengajar mengetahui perbezaan-perbezaan diantara

    individu dan bagaimana untuk mengajar pelajar untuk belajar dengan lebih produktif daripada

    pelbagai model pengajaran. Konsep belajar dan bagaimana untuk belajar adalah berbeza daripada

    pelajar yang hanya pasif, bertindak terhadap rangsangan dan menunggu penghargaan. Dalam

    konsep di atas, pelajar dianggap sebagai aktif dan boleh mengawasi dan mengawal aktiviti-

    aktiviti kognitif. Pelajar memproses maklumat baru melalui asimilasi dan integrasi dengan

    maklumat lama. Tanpa integrasi ini, maklumat baru akan hilang daripada ingatan dan pencapaian

    kerja yang bergantung kepada maklumat ini akan gagl, (Ausubel, Novak dan Hanesian, 1985 ;

    Flavell, 1985).

    Dalam pembelajaran secara aktif, pelajar lebih memerlukan praktikal daripada proses

    mendengar. Mereka perlu membaca, menulis, berbincang atau terlibat dalam menyelesaikan

    masalah. Apa lebih penting untuk terlibat secara aktif pelajar perlu terlibat dalam peringkat yang

    lebih tinggi dalam kerja berfikir seperti analisis, sentesis dan penilaian. Dalam konteks ini,

    dicadangkan strategi untuk mempromosikan proses pembelajaran pelajar dalam membuat

    sesuatu perkara dan memikirkan tentang apa yang mereka sedang buat. (Bonwell dan Eison,

    1991)

    1.1.1 Latar belakang kajian

    Kajian ini telah dijalankan terhadap pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara

    Malaysia, Sintok. Universiti ini mempunyai populasi pelajar hampir 22 000 orang bagi pelajar

    sepenuh masa dan separuh masa yang sebilangan besarnya adalah pelajar yang menyambung

    pelajaran mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian. Sebanyak 30 pelajar telah

    dipilih secara rawak daripada keseluruhan pelajar bagi menjawab soal selidik yang telah kami

    edarkan. Kajian ini juga dijalankan untuk mengkaji samada terdapat perhubungan dan perbezaan

    Page 10

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    11/53

    demografi dan pemboleh ubah yang telah digunakan terhadap prestasi akademik pelajar Ijazah

    Universiti Utara Malaysia.

    Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengkaji samada stail pembelajaran yang

    digunakan oleh pelajar ijazah di Universiti Utara Malaysia berkesan atau pun tidak. Kajian ini

    juga dapat diaplikasikan oleh pelajar untuk meningkatkan keberkesanan dalam meningkatkan

    prestasi akademik mereka. Dalam masa yang sama ianya juga dapat meningkatkan kualiti para

    graduan yang akan melangkah keluar daripada universiti ini ke alam pekerjaan dengan lebih

    mencabar.

    Masalah kajian ini ialah untuk mengenalpasti stail pembelajaran di antara pelajar yang

    mempunyai pencapaian akademik yang tinggi dan pelajar yang mempunyai pencapaian

    akademik yang rendah melalui program-program di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Kajian

    ini juga membandingkan stail pembelajaran di antara pelajar-pelajar ijazah dalam berbagai

    program yang ditawarkan oleh Universiti Utara Malaysia.

    Satu soal selidik telah diedarkan kepada responden. Bahagian A merupakan soal selidik

    mengenai demografik pelajar seperti umur, jantina, kolej, program pengajian, kawasan tempat

    tinggal, sekolah terakhir, pekerjaan ibu dan bapa, jumlah pendapatan ibu dan bapa, tahap

    pendidikan ibu dan bapa, jumlah jam belajar pelajar, dan PMK semester yang lepas. Bahagian

    B dan C adalah menggunakan dua instrumen iaitu stail pembelajaran (Dunn, Dunn dan Price,

    1978) yang diubahsuai dan suasana persekitaran untuk menentukan rangsangan yang terlibat

    dalam pembelajaran dan stail pembelajaran pelajar UUM, Sintok. Pelajar telah diajukan dengan

    pelbagai soalan untuk menentukan stail pembelajaran mereka yang paling digemari dan

    sebaliknya, suasana persekitaran yang bagaimana paling digemari pelajar untuk belajar.

    1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

    Universiti Utara Malaysia merupakan salah satu universiti pengurusan yang disegani di

    Malaysia yang telah menghasilkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang pengurusan.

    Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermatlamatkan penghasilan para graduan yang

    profesional dan efisien dalam bidang pengurusan bagi menghadapi globalisi dan cabaran di

    dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, pemantauan terhadap prestasi para pelajar

    sering dilakukan bagi mengekalkan tahap prestasi yang cemerlang bagi pelajar-pelajar ini.

    Page 11

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    12/53

    Selain itu, pelbagai strategi dilakukan bagi mengelakkan punca-punca yang akan

    menyebabkan prestasi pelajar UUM menghadapi kejatuhan. Namun sejak kebelakangan ini,

    kemerosotan prestasi ataupun keputusan mereka semakin menjadi-jadi dan didapati stail

    pembelajaran dan persekitaran yang dipilih pelajar itu sendiri ataupun yang telah disediakan

    oleh pihak universiti menjadi penyebab kepada berlakunya situasi ini. Situasi yang berlaku

    perlu diberi perhatian yang serius kerana ia akan meninggalkan impak yang negatif kepada

    prestasi pelajar itu sendiri sekaligus akan menjejaskan prestasi universiti.

    1.2.1 Persoalan Kajian

    Gambarajah dibawah menunjukkan perkaitan antara demografi, pemilihan stail

    pembelajaran dan suasana persekitaran terhadap prestasi akademik pelajar ijazah Universiti

    Utara Malaysia. Melalui kerangka teori ini terdapat beberapa persolan yang perlu di kaji,

    iaitu:

    IV DV

    Rajah 1.0: Kerangka Konseptual Pencapaian Akademik

    Page 12

    Rangsangan

    Pemilihan stail pembelajaran

    Suasana persekitaran

    Pencapaian

    Prestasi

    Akademik

    Demografi

    Jantina

    Sekolah menengah pelajar

    Kolej pelajar

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    13/53

    Soalan Kajian

    1. Adakah terdapat perkaitan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama antara

    pelajar lelaki dan perempuan?

    2. Adakah terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar lelaki dan perempuan?

    3. Adakah terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar yang berlainan kolej?

    4. Apakah terdapat perkaitan antara prestasi akademik pelajar dengan pemilihan stail

    pembelajaran?

    5. Apakah terdapat perkaitan antara prestasi akademik pelajar dengan suasana persekitaran?

    6. Apakah faktor pemilihan stail pembelajaran dapat mempengaruhi prestasi akademik

    pelajar?

    7. Adakah faktor suasana persekitaran dapat mempengaruhi prestasi akademik pelajar?

    1.3 OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif tertentu yang telah dikenalpasti

    seperti:

    1. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui samada terdapat perkaitan sekolah menengah

    berasrama dengan tidak berasrama di antara pelajar lelaki dan perempuan.

    2. Bagi mengenalpasti samaada terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar

    lelaki dan perempuan.

    3. Bagi mengenalpasti samada terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar yang

    berlainan kolej.

    4. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan samada terdapat perkaitan

    antara prestasi akademik pelajar dengan dengan pemilihan stail pembelajaran.

    Page 13

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    14/53

    5. Seterusnya kajian ini dibuat untuk mengetahui samada terdapat perkaitan antara

    prestasi akademik pelajar dengan suasana persekitaran.

    6. Kajian ini juga bermatlamat untuk mengenalpasti samada faktor pemilihan stail

    pembelajaran dapat mempengaruhi prestasi akademik pelajar.

    7. Akhir sekali, kajian ini dijalankan bagi menentukan samada faktor suasana

    persekitaran dapat mempengaruhi prestasi akademik pelajar.

    1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini adalah hasil daripada tindakbalas terhadap pencapaian prestasi akademik

    pelajar ijazah UUM, Sintok yang semakin mengalami kemerosotan sejak akhir-akhir ini. Oleh

    itu, kajian ini adalah amat penting bagi mengetahui faktor-faktor yang menjadi punca dan ingin

    mengenalpasti stail pembelajaran yang paling sesuai dan berkesan dalam meningkatkan kembali

    pencapaian prestasi akademik pelajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok.

    Selain itu, kajian ini juga dapat membantu pensyarah mengenalpasti dan mengetahui

    secara puratanya latar belakang pelajar, stail pembelajaran serta suasana pengajaran yang paling

    efektif dalam meningkatkan kembali pencapaian prestasi akademik pelajar. Dalam masa yang

    sama, pensyarah juga dapat mengetahui stail pembelajaran yang digemari oleh pelajar-pelajar.

    Hal ini, membolehkan pensyarah boleh mempraktikkan sekaligus dapat menarik minat pelajar

    untuk meminati pelajaran yang di ajar dan ianya secara tidak langsung akan meningkatkan

    prestasi pelajar.

    Dapatan kajian juga dapat memberikan maklumat dan panduan kepada Bahagian Hal

    Ehwal Pelajar khususnya Unit Kerjaya dan Kaunseling tentang bagaimana hendak membantu

    pelajar mengenal pasti ciri-ciri stail pembelajaran peribadi mereka dan dengan itu Kursus

    Kemahiran Belajar dengan pemilihan stail pembelajaran pelajar dapat dilaksanakan.

    1.5 REKA BENTUK KAJIAN

    Secara keseluruhannya, kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dan inferensi. Kajian

    ini cuba mengenal pasti perkaitan di antara prestasi akademik pelajar dengan pemilihan stail

    pembelajaran, perkaitan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama antara pelajar lelaki

    dan perempuan, dan perkaitan prestasi akademik dengan suasana persekitaran. Kajian ini juga

    Page 14

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    15/53

    cuba melihat perbezaan prestasi akademik antara pelajar lelaki dan perempuan dan juga

    perbezaan prestasi akademik antara pelajar yang berlainan kolej. Selain itu, kajian ini juga

    mengkaji faktor pemilihan stail pembelajaran yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar dan

    faktor suasana persekitaran yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Dalam hal ini, ujian

    T-test, analisis varian sehala (ANOVA), korelasi dan regresi akan digunakan.

    1.6 LIMITASI KAJIAN

    Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok menawarkan program di peringkat ijazah dan

    master untuk pengajian sepenuh masa dan separuh masa. Kajian ini, terhad kepada 30 orang

    pelajar ijazah sahaja dipilih secara rawak daripada lebih kurang 22,000 jumlah pelajar sebenar

    dan majoritinya dari program pengajian sepenuh masa. Pemilihan bagi kajian ini dihadkan

    kerana untuk mengambil ke semua program yang ditawarkan, sepenuh dan separuh masa, serta

    dari peringkat ijazah sarjana muda juga ijazah sarjana (master) dengan sejumlah pelajar yang

    lebih ramai, akan menyebabkan peruntukan lebih masa dan penggunaan tenaga kerja serta kos

    yang lebih tinggi untuk menjalankan kajian ini. Pelajar-pelajar ijazah semester pertama tidak

    dipilih dalam kajian ini kerana mereka belum lagi memperolehi purata nilai gred (PMK). Hanya

    semester dua dan ke atas dipilih dalam mendapatkan PMK mereka yang lepas. Dengan itu, kajian

    ini dijalankan terhadap pelajar-pelajar ijazah semester kedua dan ke atas sahaja dipilih bagi

    menjawab soal selidik yang telah kami edarkan.

    1.7 RUMUSAN

    Secara keseluruhannya bab ini memberikan pengenalan yang jelas bagi kajian Stail

    Pembelajaran Pelajar Terhadap Prestasi Akademik Pelajar UUM. Dalam bab ini

    dibincangkan secara mendalam masalah yang memfokuskan kepada objektif bagi kajian ini. Bab

    ini juga merupakan langkah pertama bagi menyelesaikan persoalan kajian yang timbul dan

    menjejaskan prestasi akademik pelajar UUM. Ini kerana setelah mengenalpasti masalah yang

    dihadapi dan juga persoalan-persoalan yang timbul, rekabentuk kajian akan dihasilkan dan akan

    dijalankan berdasarkan limitasi kajian yang telah pun dikenalpasti.

    BAB 2: SOROTAN KARYA

    Page 15

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    16/53

    2.1 PENGENALAN

    Dalam halaman sorotan karya ini kami cuba mendedahkan kepada anda mengenai teori-

    teori atau kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan tajuk kajian Stail Pembelajaran Pelajar

    Terhadap Prestasi Akademik Di Universiti Utara Malaysia. Selain itu, ulasan-ulasan karya ini

    jugalah yang dijadikan rujukan utama dalam semasa proses penyelidikan ini dijalankan.

    2.2 KONSEP PEMBOLEHUBAH

    2.2.1 Stail Pembelajaran

    Istilah Stail Pembelajaran mula wujud sekitar tahun 1970-an dalam sorotan karya dan

    sekaligus menggantikan istilah stail kognitif yang merupakan salah satu daripada stail

    pembelajaran individu (Ridding dan Cheema 1991). Menurut Tumerah Rosmin (1998), gaya

    ataupun stail pembelajaran merupakan ekspresi personaliti dalam konteks persekitaran yang

    mencerminkan strategi pembelajaran yang digemari pelajar yang meliputi elemen-elemen

    motivasi, sikap, dan gaya kognitif seseorang individu. Menurut Keefe (1979) pula mengatakan

    dalam bukunya, stail pembelajaran merupakan tingkahlaku fisiologi, kognitif dan afektif yang

    menjadi petunjuk yang stabil secara relatif tentang bagaimana pelajar melihat, berinteraksi, dan

    bergerakbalas terhadap persekitaran pembelajaran. Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh

    Hamidah Binti Jaafar Sidek telah menyatakan stail pembelajaran ialah mengambil satu cara(mode) yang menjadi tingkah laku yang jelas untuk memperoleh pengetahuan.

    2.2.2 Suasana Persekitaran

    Persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang kondusif merupakan salah satu elemen

    yang mempengaruhi keberkesanan ilmu yang disampaikan dan juga ilmu yang diterima.

    Persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai kesan penting terhadap prestasi, oleh itu

    ia harus berlangsung dalam suasana yang kondusif bagi mengelak sebarang gangguan (Ruzita

    Selamat, 2004).

    2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG BERKAITAN DENGAN PEMBOLEHUBAH

    2.3.1 Stail Pembelajaran

    Page 16

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    17/53

    Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Hamidah Binti Jaafar Sidek pada tahun 2002

    menunjukkan pemilihan stail pembelajaran mempengaruhi prestasi seseorang pelajar itu. Dalam

    kajiannya juga dinyatakan terdapat dua jenis stail pembelajaran yang dipraktikkan oleh para

    pelajar seperti Field-independence dan Field-dependence (Witkin et al, 1997), pembelajaran

    bermakna dan pembelajaran menghafal (Ausubel et al, 1968 ), pembentukan logik dan konkrit

    mnemonic (Goldman & Warren, 1972), proses penjanaan dan proses pengeluaran semula

    (Wittrock, 1986) dan pembelajaran transformatif dan pembelajaran pengeluaran semula (Biggs,

    1978) serta banyak lagi stail pembelajaran yang didapati dalam kajian ini. Namun terdapat juga

    teori-teori stail pembelajaran yang dinyatakan dalam kajian ini seperti Kitaran Belajar Kolb

    (Kolb, 1984). Kemudian teori ini diubahsuai menjadi empat stail yang dikenali sebagai activist,

    reflector, theorist, danpragmatistoleh Honey dan Mumford, 1992.

    Rajah

    2.0:

    Peringkat-Peringkat Kitaran Belajar Kolb

    Selain itu, terdapat juga model stimulasi yang mengandungi lima kategori seperti

    persekitaran, emosi, sosial, fizikal, dan juga psikologi (Dunn, Dunn dan Price, 1979, 1980,

    1990). Terdapat juga banyak lagi teori dan model stail pembelajaran yang lain yang boleh

    dirujuk dalam kajian ini. Terdapat lebih dari 30 instrumen yang dibangunkan dalam kajian ini

    bagi mengkaji stail pembelajaran. Pelbagai stail pembelajaran yang boleh diamalkan oleh para

    pelajar bergantung kepada keadaan dan waktu pada masa tersebut. Namun setiap stail ini

    Page 17

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    18/53

    mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tertentu dan bergantung kepada pelajar tersebut untuk

    mengaplikasikannya dalam stail pembelajaran mereka.

    2.4 PEMBENTUKAN KERANGKA TEORI

    Berdasarkan kajian yang dijalankan dengan bantuan daripada hasil kajian-kajian lepas,

    satu kerangka teori telah dihasilkan bagi menunjukkan perkaitan antara demografi, pemilihan

    stail pembelajaran dan suasana persekitaran terhadap prestasi akademik di kalangan pelajar

    ijazah Universiti Utara Malaysia, Sintok. Demografi ( jantina, sekolah menengah, kolej) dan

    rangsangan (pemilihan stail pembelajaran, suasana persekitaran) merupakan pembolehubah

    bebas yang tidak bergantungan (independent variable - IV), manakala prestasi akademik adalah

    pembolehubah yang bergantungan (dependent variable - DV) dan ianya dipengaruhi oleh semua

    pembolehubah bebas tersebut.

    IV DV

    Rajah 2.1: Kerangka Konseptual Prestasi Akademik

    Page 18

    Rangsangan

    Pemilihan stail

    pembelajaran

    Suasana persekitaran

    Prestasi Akademik

    Demografi

    Jantina

    Sekolah menengah

    pelajar

    Kolej pelajar

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    19/53

    2.5 HIPOTESIS

    2.5.1 Pembentukan Hipotesis 1: Analisis menggunakan Khi Kuasa Dua

    Ho: Tidak terdapat perbezaan sekolah menengah pelajar antara pelajar lelaki dan

    pelajar perempuan

    H1: Terdapat perbezaan sekolah menengah pelajar antara pelajar lelaki dan pelajar

    perempuan

    2.5.2 Pembentukan Hipotesis 2: Analisis menggunakan Ujian T

    Ho: Tidak terdapat perbezaan di antara prestasi akademik antara pelajar lelaki dan

    perempuan.

    H2: Terdapat perbezaan di antara Prestasi akademik antara pelajar lelaki dan

    perempuan.

    2.5.3 Pembentukan Hipotesis 3: Analisis menggunakan Analisis Varian Sehala

    (ANOVA)

    Ho: Tidak terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar Kolej Perniagaan,

    Kolej Undang-undang dan Pengajian Antarabangsa dan Kolej Sains dan Sastera.

    H3: Terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar Kolej Perniagaan, Kolej

    Undang-undang dan Pengajian Antarabangsa dan Kolej Sains dan Sastera.

    2.5.4 Pembentukan Hipotesis 4: Analisis menggunakan Korelasi Pearson

    Ho: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara prestasi akademik dengan

    pemilihan stail pembelajaran

    H4: Terdapat perkaitan yang signifikan antara prestasi akademik dengan pemilihan

    stail pembelajaran

    Page 19

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    20/53

    2.5.5 Pembentukan Hipotesis 5: Analisis menggunakan Korelasi Pearson

    H0: Tidak terdapat perkaitan antara prestasi akademik pelajar dengan suasana

    persekitaran.

    H5: Terdapat perkaitan antara prestasi akademik pelajar dengan suasana persekitaran.

    2.5.6 Pembentukan Hipotesis 6: Analisis menggunakan Regresi.

    Ho: Pemilihan Stail pembelajaran tidak secara signifikan mempengaruhi prestasi

    akademik pelajar.

    H6: Pemilihan Stail pembelajaran secara signifikan mempengaruhi prestasi akademik

    pelajar.

    2.5.7 Pembentukan Hipotesis 7: Analisis menggunakan Regresi.

    Ho: Suasana Persekitaran Pembelajaran tidak secara signifikan mempengaruhi prestasi

    akademik pelajar

    H7: Suasana Persekitaran Pembelajaran secara signifikan mempengaruhi prestasi

    akademik pelajar

    2.6 RUMUSAN

    Secara keseluruhannya, bab ini telah mengupas kajian-kajian yang lepas mengenai stail

    pembelajaran terhadap prestasi akademik pelajar dan menjadi sumber rujukan utama bagi kajian

    yang sedang dilaksanakan. Sorotan karya ini telah menjadi panduan untuk mengenalpasti stail-

    stail yang menjadi pilihan pelajar dan juga persekitaran pembelajaran yang kondusif yang

    mempunyai perkaitan dengan prestasi. Berdasarkan teori-teori yang telah dibangunkan, kajian-

    kajian yang telahpun dijalankan, model-model dari penulis-penulis dan pemikir-pemikir yang

    profesional, kajian yang sedang dijalankan akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan

    seterusnya dapat menentukan pembolehubah bebas dan pembolehubah bergantungan yang harus

    dikaji. Selain itu, hipotesis kajian juga dapat dibangunkan bagi menjawab permasalahan yang

    dihadapi.

    Page 20

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    21/53

    BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

    3.1 PENGENALAN

    Metodologi kajian dalam penyelidikan ini menghuraikan tentang kaedah-kaedah yang

    akan diguna pakai untuk aktiviti-aktiviti penyelidikan yang mengaitkan stail pembelajaran dan

    suasana persekitaran dengan prestasi akademik pelajar ijazah Universiti Utara Malaysia.

    Berdasarkan kajian-kajian yang lepas pelbagai jenis metodologi yang telah dipraktikkan bagi

    menguji pembolehubah-pembolehubah sesuai yang telah dipilih. Dalam bab ini juga akan

    dinyatakan tentang teknik yang digunapakai bagi mengumpul data dan juga huraian serba sedikit

    tentang jenis data yang telah dkumpul.

    3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN

    Populasi merupakan jumlah keseluruhan sesuatu subjek ataupun manusia di dalam sesuatukawasan setempat. Berdasarkan kepada huraian daripada buku Statistik Gunaan:

    Perkataan populasi yang digunakan dalam buku ini merujuk kepada

    himpunan keseluruhan subjek kajian yang tidak terhad kepada kumpulan

    manusia sahaja tetapi merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yang menjadi

    tumpuan kajian

    (Bidin Yatim & Sharipah Soaad Syed Yahaya, 2002)

    Manakala sampel pula merupakan sejumlah bilangan daripada populasi sesuatu subjek ataupun

    manusia. Sampel adalah subset kepada populasi dan kaedah yang digunakan bagi memilih

    sampel daripada populasi disebut pensampelan (Bidin Yatim & Sharipah Soaad Syed Yahaya,

    2002). Sampel adalah mewakili sesuatu populasi.

    Dalam kajian yang mengkaji perkaitan stail pembelajaran dan suasana persekitaran terhadap

    prestasi akademik pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil 30 responden sebagai

    sampel bagi mewakili keseluruhan populasi pelajar UUM. Pelajar yang dipilih terdiri daripada

    pelbagai kategori umur tetapi majoriti sampel responden yang terpilih adalah berumur antara 18

    hingga 26 tahun tanpa mengira bangsa dan agama. Jantina juga tidak secara spesifik dan dipilih

    secara rawak sahaja, namun begitu majoriti responden yang terpilih adalah lelaki.

    Page 21

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    22/53

    3.2.1 TEKNIK PENSAMPELAN

    Terdapat pelbagai jenis teknik dalam kaedah pensampelan yang boleh digunakan seperti

    pensampelan rawak mudah, bersistem, berstrata, berkelompok, dan juga berganda. Namun dalam

    kajian yang menguji kolerasi antara stail pembelajaran dan suasana persekitaran terhadap prestasi akademik pelajar UUM, pensampelan rawak mudah telah digunakan kerana ia

    merupakan kaedah yang paling ringkas dan paling asas untuk menghadapi teknik lain yang lebih

    sukar. Pensampelan rawak merupakan kaedah yang memilih responden secara rawak tanpa

    menetapkan mana-mana unsur bagi memilih responden seperti umur, jantina, bangsa dan

    sebagainya. Setiap responden mempunyai peluang yang sama untuk dipilih ke dalam sampel

    apabila menggunakan kaedah pensampelan jenis ini.

    Namun sebelum kaedah ini dilaksanakan populasi kajian terlebih dahulu haruslahdikenalpasti dan ditakrifkan. Kemudian pembinaan rangka pensampelan yang sesuai mesti di

    hasilkan bagi memastikan keberkesanan kaedah pensampelan rawak mudah ini. Seterusnya

    kaedah ini dilaksanakan berdasarkan rangka pensampelan yang dibina.

    3.3 TEKNIK PENGUTIPAN DATA

    Selain teknik pensampelan, pengutipan data juga mempunyai teknik atau kaedah yang

    tertentu. Kajian yang menguji korelasi antara pemilihan stail pembelajaran, suasana persekitaran

    terhadap prestasi akademik pelajar UUM merupakan suatu kajian deskriptif statistik oleh itu ia

    menggunakan kaedah deskriptif dalam teknik pengumpulan data. Alat yang digunakan bagi

    kaedah ini dalam kajian ini ialah soal selidik yang telah diedarkan kepada kumpulan pelajar

    semester kedua sesi 2008/2009 pada minggu keempat tempoh pengajian.

    3.4 SOAL SELIDIK

    Instrumen ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

    Bahagian A: Maklumat demografi responden

    Bahagian B: Pemilihan stail pembelajaran

    Bahagian C: Suasana persekitaran pembelajaran

    3.4.1 Bahagian A: Maklumat Demografi

    Page 22

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    23/53

    Bahagian ini adalah untuk mengetahui maklumat-maklumat peribadi responden yang

    menjawab soal selidik. Diantaranya termasuklah umur, jantina, kolej, program pengajian, tempat

    tinggal, sekolah terakhir, sekolah berasrama atau tidak berasrama, pekerjaan ibu bapa, jumlah

    pendapatan ibu bapa sebulan, tahap pendidikan ibu bapa, jumlah jam belajar selama seminggu

    dan juga pmk semester lepas.

    3.4.2 Bahagian B: Pemilihan Stail Pembelajaran

    Bahagian ini mempunyai 15 soalan yang berkaitan dengan stail pembelajaran yang

    menjadi pilihan pelajar UUM yang mempengaruhi prestasi akademik mereka. Antara faktor-

    faktor yang diselitkan dalam soalan-soalan bahagian ini ialah belajar dalam kumpulan, faktor

    pensyarah itu sendiri, suasana kelas, belajar secara individu, dan belajar antara teori dan

    praktikal. Responden mempunyai empat pilihan dalam menjawab soalan-soalan ini yang di

    kategorikan dalam bentuk number, iaitu 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Setuju, dan 4-

    Sangat Setuju.

    3.4.3 Bahagian C: Suasana Persekitaran Pembelajaran

    Bahagian terakhir dalam instrumen ini adalah berkaitan dengan dengan suasana

    persekitaran yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar UUM. Soalan-soalan dlam bahagian

    ini diselitkan dengan keadaan ataupun waktu pembelajaran yang menjadi pilihan responden

    seperti persekitaran yang sunyi, persekitaran yang bising, waktu yang sesuai seperti waktu pagi,

    petang dan malam, dan juga perpustakaan. Setiap soalan mempunyai empat pilihan item

    seperti1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Setuju, dan 4-Sangat Setuju.

    Skala Likert

    Respon Kod

    Page 23

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    24/53

    Sangat Tidak setuju 1

    Tidak Setuju 2

    Setuju 3

    Sangat Setuju 4

    3.4.4 Instrumen Kajian

    Instrumen merupakan suatu alat yang digunakan untuk menentukan jenis data yang

    diperolehi, dan ini akan mempengaruhi jenis analisis data yang akan diimplimentasikan (Mohd

    Najib, 1998). Sehubungan dengan itu, kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat

    instrumen untuk mengumpul data yang berkait rapat dengan tajuk kajian Stail Pembelajaran

    Pelajar Terhadap Prestasi Akademik Pelajar UUM. Soal selidik ini dikategorikan kepada tiga

    bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Soalan mengenai pembolehubah

    bersandar dan bebas terdapat di bahagian B dan C. Pembolehubah bebas adalah pemilihan stail

    pembelajaran dan suasana persekitaran yang dicipta oleh Hamidah Binti Jaafar Sidek. di dalam

    kajiannya Stail Pembelajaran Terhadap Prestasi Akademik Di UiTM Kampus Arau pada

    September, 2002.

    3.5 UJIAN REALIBILITI

    Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Hamidah Binti Jaafar Sidek Alat statistik yang

    digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan terhadap kesamaan item dan menggambarkan

    konstruk yang sama yang digunakan dalam Perceptual Learning StylePreference Survey ialah

    alfa Cronbach. Nilai alfa Cronbach bagi pembolehubah-pembolehubah yang didapati dalam

    kajian ini ialah:

    a. Pemilihan Stail : r = 0.805

    b. Suasana Persekitaran : r = 0.619

    3.6 ANALISIS DATA

    Data yang telah di kumpul melalui instrumen soal selidik di analisis kemudiannya

    menggunakan perisian Statiscal Package for Social Science (SPSS 12.0 For Windows). Jenis

    Page 24

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    25/53

    analisis yang diguna pakai dalam kajian ini ialah analisis deskriptif dan juga analisis inferensi

    dengan tujuan untuk menguji hipotesis.

    3.6.1 Analisis Deskriptif

    Analisis ini dipraktikkan bagi menentukan ciri-ciri sesuatu populasi dengan menggunakan

    statistik deskriptif iaitu seperti kekerapan (frequency), peratusan (Percentage), dan Min Skor

    (score mean). Setiap yang telah di analisis akan dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai,

    histogram dan sebagainya dalam bab seterusnya. Bahagian A, B, dan C mempunyai maklumat

    demografi yang perlu dianalisis secara deskriptif seperti jantina, umur, tempat tinggal dan

    sebagainya.

    3.6.2 Analisis Inferensi

    Analisis inferensi digunakan untuk menganalisis hipotesis-hipotesis seperti yang terdapat

    di dalam kajian ini. Hipotesis pertama dalam kajian ini menggunakan Ujian Khi Kuasa Dua,

    manakala hipotesis yang kedua pula menggunakan Ujian T Bebas. Hipotesis ketiga

    menggunakan Analisis Varian Sehala (ANOVA), manakala hipotesis kempat dan kelima

    menggunakan Ujian Korelasi Pearson seterusnya hipotesis keenam dan terakhir menggunakan

    ujian Regresi. Paras alfa ialah 0.05.

    Page 25

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    26/53

    3.7 RUMUSAN

    Secara keseluruhannya bab ini membicarakan tentang instrumen dan kaedah-kaedah yang

    digunakan dalam membuat penialaian terhadap pembolehubah yang telah dipilih. Berdasarkan

    hipotesis yang telah dibentuk pelbagai ujikaji telah dilakukan dengan menggunakan ujian-ujian

    yang berkenaan seterusnya menjawab persoalan bagi kajian ini. Hasilnya terdapat dua jenis

    analisis yang utama yang diaplikasikan dalam kajian ini iaitu Analisis Deskriptif dan juga

    Analisis Inferens. Selain itu terdapat juga ujian bagi memastikan kesahan (Validity) dan

    kebolehpercayaan (Realibility).

    Page 26

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    27/53

    BAB 4: ANALISIS DATA

    4.1 PENGENALAN

    Kajian ini bertujuan mengenalpasti sama ada rangsangan pemilihan stail pembelajaran dan

    suasana persekitaran mempunyai perkaitan, perbezaan dan hubungan dengan prestasi akademik

    pelajar. Kajian ini juga bertujuan menentukan pemboleh ubah-pemboleh ubah (pemilihan stail

    pembelajaran dan suasana persekitaran) yang dapat mempengaruhi prestasi akademik pelajar

    ijazah yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia, Sintok. Sebanyak tujuh soalan kajian telah

    dikemukakan dalam kajian ini. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:-

    Soalan Kajian

    1. Adakah terdapat perkaitan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama antara

    pelajar lelaki dan perempuan?

    2. Adakah terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar lelaki dan perempuan?

    3. Adakah terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar yang berlainan kolej?

    4. Apakah terdapat perkaitan antara prestasi akademik pelajar dengan pemilihan stail

    pembelajaran?

    5. Apakah terdapat perkaitan antara prestasi akademik pelajar dengan suasana persekitaran?

    6. Apakah faktor pemilihan stail pembelajaran dapat mempengaruhi prestasi akademik

    pelajar?

    7. Adakah faktor suasana persekitaran dapat mempengaruhi prestasi akademik pelajar?

    Bab ini mengandungi statistik deskriptif dan inferensi bagi menjawab soalan-soalan kajian

    yang telah disenaraikan.

    4.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

    Berdasarkan kepada sampel yang telah dipilih, berikut adalah latar belakang responden

    berdasarkan faktor umur, jantina, kolej, program kajian, tempat tinggal dan sekolah terakhir iaitu

    sama ada di Bandar atau luar Bandar, sekolah berasrama atau tidak, pekerjaan ibu dan bapa,

    Page 27

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    28/53

    jumlah pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan mereka, jumlah jam belajar seminggu, dan

    pencapaian akademik berdasarkan PMK pelajar.

    4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur

    UMUR KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    18 - 20 3 10.0

    21 - 23 24 80.0

    24 - 26 3 10.0

    Total 30 100.0

    Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur

    Jadual di atas menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah berusia dalam

    lingkungan 21 tahun hingga 23 tahun, iaitu sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan sampel,

    manakala golongan yang dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 20 tahun dan golongan umur

    24 tahun hingga 26 tahun hanyalah masing-masing sebanyak 10%.

    4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina

    Page 28

    JANTINA KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    LELAKI 20 66.7

    PEREMPUAN 10 33.3

    Total 30 100.0

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    29/53

    Jadual 4.2 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina

    Jadual di atas menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

    jantina. Berdasarkan kepada jadual berkenaan, 66.7% daripada sampel kajian adalah lelaki (20

    orang daripada 30 orang responden), dan selebihnya sebanyak 33.3% adalah perempuan.

    4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kolej

    KOLEJ KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    COB 13 43.3

    COLGIS 11 36.7

    CAS 6 20.0

    Total 30 100.0

    Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kolej

    Jadual di atas menunjukkan pelajar COB merupakan bilangan responden yang paling

    ramai iaitu sebanyak 43.3% daripada keseluruhan responden, diikuti oleh COLGIS sebanyak

    36.7% dan akhir sekali CAS iaitu sebanyak 20% daripada keseluruhan responden.

    Page 29

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    30/53

    4.2.4 Taburan Responden Mengikut Program

    PROGRAM KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    PERNIAGAAN 14 46.7

    UNDANG-UNDANG

    DAN PENGAJIAN

    ANTARABANGSA

    11 36.7

    SAINS DAN SASTERA 5 16.7

    Total 30 100.0

    Jadual 4.4 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Program

    Berdasarkan jadual program perniagaan adalah sebanyak 46%, diikuti program undang-

    undang dan pengajian antarabangsa sebanyak 36.7% dan yang paling sedikit adalah sains dan

    sastera iaitu sebanyak 16.7% sahaja daripada keseluruhan responden yang terlibat.

    4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

    TEMPAT TINGGAL KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    BANDAR 12 40.0

    LUAR BANDAR 18 60.0

    Total 30 100.0

    Jadual 4.5 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Tempat Tinggal

    Jadual menunjukkan tempat tinggal responden adalah di luar Bandar yang paling tinggi

    iaitu sebanyak 60%. Manakala responden yang tinggal di bandar adalah sebanyak 40% sahaja.

    4.2.6 Taburan Responden Mengikut Sekolah Terakhir

    Page 30

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    31/53

    SEKOLAH TERAKHIR KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    BANDAR 17 56.7

    LUAR BANDAR 13 43.3

    Total 30 100.0

    Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Sekolah Terakhir

    Berdasarkan jadual yang diperolehi, responden yang bersekolah di sekolah Bandar lebih

    tinggi iaitu sebanyak 56.7% berbanding sekolah di luar Bandar iaitu sebanyak 43.3%.

    4.2.7 Taburan Responden Mengikut Sekolah Menengah

    SEKOLAH

    MENENGAH KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    TIDAK

    ASRAMA15 50.0

    ASRAMA 15 50.0

    Total 30 100.0

    Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Sekolah Menengah

    Jadual menunjukkan responden yang bersekolah di sekolah menengah tidak asrama dan

    berasrama adalah sama iaitu masing-masing 50%.

    4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa

    PEKERJAAN IBU

    BAPA KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    Page 31

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    32/53

    KERAJAAN 16 53.3

    SWASTA 1 3.3

    SENDIRI 13 43.3

    Total 30 100.0

    Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa

    Berdasarkan jadual pekerjaan ibu bapa responden yang paling tinggi adalah di sektor

    kerajaan iaitu sebanyak 53%, manakala sebanyak 43.3% bekerja sendiri dan yang paling sedikit

    adalah bekerja di sektor swasta iaitu 3.3%.

    4.2.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa

    PENDAPATAN(RM) KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    1001-2000 14 46.7

    2001-3000 5 16.7

    3001-4000 5 16.7

    > 4000 6 20.0

    Total 30 100.0

    Jadual 4.9: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa

    Pendapatan ibu bapa responden yang paling tinggi adalah dalam lingkungan RM1001

    hingga RM2000 iaitu sebanyak 46.7%, manakala pendapatan dalam lingkungan RM2001 hingga

    3000 dan RM3001 hingga RM4000 ialah sebanyak 16.7%. Akhir sekali, pendapatan ibu bapa

    yang lebih daripada RM4000 adalah sebanyak 20%.

    4.2.10 Taburan Responden Mengikut Pendidikan Ibu Bapa

    PENDIDIKAN KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    DARJAH 6 DAN KE

    BAWAH4 13.3

    SRP 3 10.0

    Page 32

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    33/53

    SPM 14 46.7

    STPM 1 3.3

    DIPLOMA 4 13.3

    IJAZAH DAN KE

    ATAS4 13.3

    Total 30 100.0

    Jadual 4.10: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pendidikan Ibu Bapa

    Jadual menunjukkan pendidikan ibu bapa dalam lingkungan darjah enam kebawah adalah

    sebanyak 13.3% iaitu sebanyak empat orang. Manakala SRP adalah sebanyak 10% dan SPM

    sebanyak 46.7%. Pada peringkat STPM pula adalah sebanyak 3.3%, diploma sebanyak 13.3%

    dan ijazah keatas sebanyak 13.3% juga.

    4.2.11 Taburan Responden Mengikut Jumlah Jam Belajar

    JUMLAH JAM KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    1-10 11 36.7

    11-20 3 10.0

    21-30 4 13.3

    31-40 2 6.7

    41 DAN KE ATAS 10 33.3

    Total 30 100.0

    Page 33

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    34/53

    Jadual 4.11: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jumlah Jam Belajar

    Jadual di atas menunjukkan kekerapan dan peratusan bagi jumlah jam belajar responden

    yang terlibat iaitu bagi lingkungan 1jam hingga 10jam adalah sebanyak 36.7%, bagi lingkungan

    11jam hingga 20jam adalah sebanyak 10%, manakala bagi lingkungan 21jam hingga 30jam

    adalah sebanyak 13.3%, 31 jam hingga 40jam adalah sebanyak 6.7% dan akhir sekali 41jam dan

    keatas adalah sebanyak 33.3%.

    4.2.12 Taburan Responden Mengikut PMK

    PMK KEKERAPAN PERATUSAN (%)

    2.00-2.50 1 3.3

    2.51-3.00 15 50.0

    3.01-3.50 12 40.0

    3.51-4.00 2 6.7

    Total 30 100.0

    Jadual 4.12: Taburan Kekerapan Responden Mengikut PMK

    Jadual menunjukkan hanya seorang yang mempunyai PMK dalam lingkungan PMK 2.00

    hingaa 2.50 iaitu sebanyak 3.3%, sebanyak 50% bagi lingkungan PMK 2.51 hingga 3.00. Bagi

    Page 34

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    35/53

    lingkungan PMK 3.01 hingga 3.5 pula adalah seramai 40%. Akhir sekali bagi lingkungan PMK

    3.51 hingga 4.00 adalah sebanyak 6.7%.

    4.2.13 Taburan Responden Mengikut Pemilihan Stail Pembelajaran

    Jadual 4.13: Taburan Kekerapan Responden Mengikut Pemilihan Stail Pembelajaran

    ITEM PENYATAAN

    KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

    MIN SPSTS TS S SS

    1. Saya lebih memahami

    sesuatu apabila

    pensyarah memberikan

    arahan.

    0

    0%

    1

    3.3%

    17

    56.7%

    11

    36.7%

    3.47 0.86

    2. Di dalam kelas, saya

    lebih banyak belajar

    apabila pensyarah

    menulis di papan putih.

    2

    6.7%

    4

    13.3%

    14

    46.7%

    9

    30%

    3.17 1.12

    Page 35

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    36/53

    3. Saya dapat

    menyempurnakan lebih

    banyak kerja apabila

    bekerja dengan orang

    lain.

    1

    3.3%

    3

    10%

    18

    60%

    7

    23.3%

    3.2 0.997

    4. Saya belajar dengan lebih

    baik apabila saya

    membuat sesuatu di

    dalam kelas.

    2

    6.7%

    8

    26.7%

    13

    43.3%

    6

    20%

    2.93 1.14

    5. Di dalam kelas, saya

    dapat belajar dengan

    amat baik apabila saya

    bekerja dengan orang

    lain.

    1

    3.3%

    6

    20%

    18

    60%

    4

    13.3%

    3.0 1.017

    6. Saya lebih mengingati

    sesuatu yang saya dengar

    di dalam kelas daripada

    membaca.

    1

    3.3%

    11

    36.7%

    13

    43.3%

    4

    13.3%

    2.83 1.09

    7. Saya belajar dengan lebih

    baik apabila seseorang

    memberitahu bagaimana

    melaksanakan sesuatu di

    dalam kelas.

    0

    0%

    2

    6.7%

    21

    70%

    6

    20%

    3.27 0.87

    8. Saya lebih mengingati

    sesuatu perkara apabila

    belajar bersendirian.

    4

    13.3%

    19

    63.3%

    6

    20%

    1

    3.3%

    2.13 0.68

    9. Saya belajar dengan lebih

    baik apabila saya

    membuat sesuatu dalam

    0

    0%

    8

    26.7%

    15

    50%

    7

    23.3%

    2.97 0.718

    Page 36

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    37/53

    projek kelas.

    10. Saya lebih suka belajar

    dengan rakan lain.

    0

    0%

    7

    23.3%

    20

    66.7%

    3

    10%

    2.87 0.57

    11. Saya tidak suka kerja

    bersama orang.

    9

    30%

    13

    43.3%

    6

    20%

    2

    6.7%

    2.0 0.89

    12. Saya seronok belajar di

    dalam kelas apabila

    membuat eksperimen.

    0

    0%

    6

    20%

    13

    43.3%

    11

    36.7%

    3.2 0.75

    13. Apabila saya belajar

    sendiri, saya lebih

    mempelajari sesuatu.

    0

    0%

    5

    16.7%

    20

    66.7%

    5

    16.7%

    3.0 0.59

    14. Saya belajar dengan lebih

    baik dengan membaca

    daripada mendengar dari

    orang lain.

    2

    6.7%

    12

    40%

    11

    36.7%

    5

    16.7%

    2.6 0.85

    15. Saya belajar paling baik

    di dalam kelas apabila

    saya boleh sertai dalam

    aktiviti-aktiviti yang

    berkaitan.

    1

    3.3%

    4

    13.3%

    17

    56.7%

    8

    26.7%

    3.1 0.74

    Jadual menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut pemilihan stail pembelajaran,

    dan secara keseluruhannya didapati bahawa responden menunjukkan maklumbalas yang baik

    terhadap kesemua item dengan aras persetujuan yang tinggi, iaitu melebihi 50%, kecuali bagi

    item 8 dan 11. Berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat, nilai min bagi setiap penyataan

    adalah di antara 2.00 hingga 3.40, dan secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa stail

    Page 37

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    38/53

    pembelajaran pelajar ijazah Universiti Utara Malaysia adalah pada tahap yang lebih kurang sama

    bagi kebanyakkan individu.

    4.2.14 Taburan Responden Mengikut Suasana Persekitaran

    Jadual 4.14 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Suasana Persekitaran

    ITEM PENYATAAN

    KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

    MIN SPSTS TS S SS

    1. Saya sangat suka belajar

    dalam persekitaran yang

    sunyi.

    1

    3.3%

    3

    10%

    14

    46.7%

    12

    40%

    3.23 0.78

    2. Saya suka belajar dalam

    persekitaran yang sejuk.

    1

    3.3%

    11

    36.7%

    15

    50%

    3

    10%

    2.67 0.71

    3. Saya suka belajar dalam

    cahaya yang terang.

    0

    0%

    3

    10%

    20

    66.7%

    7

    23.3%

    3.13 0.58

    4. Saya sungguh segar dan

    produktif pada awal pagi.

    1

    3.3%

    7

    23.3%

    15

    50%

    7

    23.3%

    2.93 0.78

    Page 38

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    39/53

    5. Saya sungguh segar dan

    produktif pada waktu

    malam.

    0

    0%

    7

    23.3%

    15

    50%

    8

    26.7%

    3.03 0.71

    6. Saya amat produktif pada

    waktu lebih kurang 2

    petang.

    1

    3.3%

    7

    23.3%

    19

    63.3%

    3

    10%

    2.80 0.67

    7. Saya tidak memilih kelas

    di awal pagi kerana sukar

    untuk bangun.

    6

    20%

    7

    23.3%

    8

    26.7%

    9

    30%

    2.66 1.12

    8. Saya suka belajar di

    perpustakaan.

    3

    10%

    6

    20%

    16

    53.3%

    5

    16.7%

    2.76 0.85

    9. Saya menjadi lebih fokus

    apabila belajar sambil

    mendengar muzik

    1

    3.3%

    8

    26.7%

    19

    63.3%

    2

    6.7%

    2.73 0.63

    4.3 PENGUJIAN HIPOTESIS

    4.3.1 Analisis menggunakan Ujian Khi Kuasa Dua

    Hipotesis 1:

    Ho: Tidak terdapat perbezaan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama antara pelajar

    lelaki dan pelajar perempuan.

    H: terdapat perbezaan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama antara pelajar lelaki

    dan pelajar perempuan.

    JANTINA

    MENENGAH (Bilangan)

    JUMLAH

    TIDAK

    ASRAMA ASRAMA

    LELAKI 13 7 20

    PEREMPUAN 2 8 10

    Page 39

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    40/53

    JUMLAH 15 15 30

    Nilai Pearson Khi kuasa dua = 5.40, signifikan 0.02

    Jadual 4.15: Hubungan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama dengan

    jantina

    Hipotesis ini adalah untuk mengkaji samada terdapat perkaitan sekolah menengah berasrama dan

    tidak berasrama antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Ujian khi kuasa dua digunakan untuk

    menguji hipotesis ini dan hasil menunjukkan signifikan adalah 0.02 iaitu lebih kecil daripada alpha 0.05.

    oleh itu, Ho dapat di tolak dan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sekolah menengah berasrama

    dan tidak berasrama antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hal ini juga menunjukkan bahawa

    pelajar perempuan lebih ramai bersekolah di sekolah menengah berasrama.

    4.3.2 Analisis menggunakan Ujian t sampel bebas (Independent Sample t test)

    Hipotesis 2:

    Ho: Tidak terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar lelaki dan pelajarperempuan.

    H2: Terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar lelaki dan pelajar perempuanpelajar.

    JANTINA Min Sisihan piawai Nilai t Signifikan

    LELAKI 2.7944 .26428-2.671 0.012

    PEREMPUAN 3.1122 .38223

    Jadual 4.16: Perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar lelaki dan perempuan.

    Hipotesis ini adalah untuk mengkaji samada terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar

    antara pelajar lelaki dan perempuan. Ujian t sampel bebas digunakan bagi menguji hipotesis ini

    dan hasil diperolehi menunjukkan signifikan 0.012 iaitu lebih kecil daripada 0.05 yang

    menunjukkan terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar lelaki dan pelajar

    perempuan. Oleh itu, Ho dapat di tolak dan min yang lebih tinggi bagi pelajar perempuan juga

    menunjukkan bahawa prestasi akademik pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki.

    Page 40

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    41/53

    4.3.3 Analisis menggunakan Analisis Varian Sehala (ANOVA)

    Hipotesis 3:

    Ho:Tidak terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar kolej perniagaan, kolej

    undang-undang dan pengajian antarabangsa, dan kolej sains dan sastera.

    H3: Terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar kolej perniagaan, kolej undang-

    undang dan pengajian antarabangsa, dan kolej sains dan sastera.

    KOLEJMin

    Sisihan

    piawai Nilai F Signifikan

    KOLEJPERNIAGAAN

    2.8376 .30824

    KOLEJ UNDANG2 &PENGAJIANANTARABANGSA

    2.9747 .42345 0.472 0.629

    KOLEJ SAINS &

    SASTERA2.9000 .23233

    JUMLAH 2.9004 .33811

    Jadual 4.17: Perbezaan Prestasi Akademik pelajar mengikut kolej

    Hipotesis ini adalah untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan prestasi akademik

    pelajar antara pelajar berlainan kolej. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan Analisis Varian

    Sehala (ANOVA). Hasil menunjukkan terdapat signifikan 0.629 iaitu lebih besar daripada 0.05.

    Ini bermakna, Ho tidak dapat di tolak dan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan prestasi

    akademik pelajar antara pelajar kolej perniagaan, kolej undang-undang dan pengajian

    antarabangsa, dan kolej sains dan sastera.

    4.3.4 Analisis menggunakan Ujian Korelasi Pearson

    Hipotesis 4:

    Ho: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara prestasi akademik pelajar dengan pemilihan

    stail pembelajaran pelajar.

    Page 41

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    42/53

    H4: Terdapat perkaitan yang signifikan antara prestasi akademik pelajar dengan pemilihan stail

    pembelajaran pelajar.

    PEMBOLEHUBAH PRESTASI

    STAIL.839(**)

    ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

    Jadual 4.18: Korelasi antara prestasi akademik dan pemilihan stail pembelajaran pelajar

    Hipotesis ini adalah untuk mengkaji samada terdapat perkaitan antara prestasi akademik

    pelajar dengan pemilihan stail pembelajaran pelajar. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan

    korelasi Pearson dan hasil daripada ujian ini menunjukkan perhubungan signifikan yang tinggi

    (0.839) di antara prestasi akademik pelajar dan pemilihan stail pembelajaran pelajar. Hubungan

    antara prestasi akademik dan pemilihan stail pembelajaran adalah positif iaitu apabila pemilihanstail pembelajaran adalah betul dan berkesan, ianya akan meningkatkan prestasi akademik

    pelajar.

    Hipotesis 5:

    Ho: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara prestasi akademik pelajar dan suasana

    persekitan pembelajaran.

    H5: Terdapat perkaitan yang signifikan antara prestasi akademik pelajar dan suasana persekitanpembelajaran.

    PEMBOLEHUBAH PRESTASI

    Page 42

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    43/53

    SUASANA .768(**)

    ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

    Jadual 4.19: Hubungan di antara Suasana Persekitaran dengan prestasi akademik

    Hipotesis ini adalah untuk mengenalpasti samada terdapat perkaitan antara prestasi

    akademik pelajar dan suasana persekitaran pembelajaran. Hipotesis ini diuji dengan

    menggunakan korelasi pearson. Hasil ujian menunjukkan terdapat perhubungan signifikan yang

    tinggi (0.768) antara suasana persekitaran dengan prestasi akademik pelajar. Hubungan antara

    prestasi akademik pelajar dan suasana persekitaran pembelajaran adalah positif iaitu apabila

    suasana persekitan yang sesuai dan lebih berkesan prestasi akademik pelajar akan meningkat.

    4.3.5 Analisis menggunakan Ujian Regresi

    Hipotesis 6:

    Ho: Pemilihan Stail Pembelajaran tidak secara signifikan mempengaruhi prestasi akademik

    pelajar

    H6: Pemilihan Stail pembelajaran secara signifikan mempengaruhi prestasi akademik pelajar.

    Model

    Unstandardized

    Coefficients

    Standardized

    Coefficients

    t Sig.

    B Std. Error Beta

    (Constant) 1.077 .226 4.760 .000

    STAIL .625 .077 .839 8.148 .000

    a Dependent Variable: PRESTASI Rsquare = 0.703 Nilai F 66.387, signifikan 0.000

    Jadual 4.20: Pengaruh pemilihan stail pembelajaran terhadap prestasi akademik

    Hipotesis ini adalah untuk mengenalpasti samada pemilihan stail pembelajaran

    mempengaruhi prestasi akademik pelajar ataupun tidak. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan

    Page 43

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    44/53

    ujian regresi. Jadual hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa signifikan 0.000 iaitu lebih kecil

    daripada 0.05 yang membolehkan Ho ditolak. Hasil menunjukkan bahawa pemilihan stail

    pembelajaran secara signifikan mempengaruhi prestasi akademik.

    Y = a + bX

    Prestasi akademik = 1.077 + 0.625 Pemilihan Stail Pembelajaran**

    Ini menunjukkan bahawa apabila satu unit Pemilihan Stail Pembelajaran meningkat,

    maka Prestasi akademik akan meningkat sebanyak 0.625. Manakala Rsquare yang menunjukkan

    0.703 atau 70% itu menunjukkan faktor pemilihan stail pembelajaran mempengaruhi prestasi

    akademik sebanyak 70% dan selebihnya iaitu sebanyak 30% adalah dipengaruhi oleh faktor-

    faktor lain.

    Hipotesis 7:

    Ho: Suasana Persekitaran Pembelajaran tidak secara signifikan mempengaruhi prestasi akademik

    pelajar

    H7: Suasana Persekitaran Pembelajaran secara signifikan mempengaruhi prestasi akademik

    pelajar.

    Model

    Unstandardized Coefficients

    Standardized

    Coefficients

    t Sig.

    B Std. Error Beta

    (Constant) .957 .309 3.097 .004

    SUASANA .673 .106 .768 6.339 .000

    a Dependent Variable: PRESTASI Rsquare = 0.589 Nilai F 40.184, signifikan 0.000

    Jadual 4.21: Pengaruh Suasana persekitaran terhadap prestasi akademik

    Hipotesis ini adalah untuk mengkaji sama ada suasana persekitaran pembelajaran

    mempengaruhi prestasi akademik pelajar ataupun tidak. Hipotesis ini diuji dengan menggunakan

    ujian regresi dan hasil menunjukkan signifikan 0.000 iaitu lebih kecil daripada 0.05. Ini

    Page 44

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    45/53

    menunjukkan Ho dapat ditolak dan suasana persekitaran pembelajaran secara signifikan

    mempengaruhi prestasi akademik pelajar.

    Y =a + bX

    Prestasi akademik = 0.957 + 0.673 Suasana Persekitaran pembelajaran**

    Ini menunjukkan bahawa satu unit Suasana Persekitaran pembelajaran meningkat akan

    menyebabkan prestasi akademik meningkat sebanyak 0.673. Manakala Rsquare yang

    menunjukkan 0.589 atau 59% menunjukkan bahawa faktor suasana persekitaran mempengaruhi

    prestasi akademik sebanyak 59% dan selebihnya adalah daripada faktor-faktor lain.

    4.4 RUMUSAN

    Dapatan hasil kajian yang diperolehi telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian

    yang telah dibentuk dan diuji mengikut ujian yang sesuai bagi setiap hipotesis yang telah dibuat.

    Dapatan yang diperolehi dijelaskan melalui jadual dan huraian yang menerangkan dengan lebih

    jelas tentang jadual yang telah di masukkan.

    Secara ringkasnya, pelajar yang mempunyai stail pembelajaran yang berkesan

    (McCaulley dan Nater, 1980, Miller, Always dan McKinley, 1987) merupakan pelajar yang

    mempunyai tahap prestasi akademik yang baik berbanding pelajar yang tidak membuat pilihan

    yang tepat. Selain pemilihan stail pembelajaran, terdapat beberapa faktor atau pembolehubah

    yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar seperti suasana persekitaran pembelajaran dan

    faktor demografi yang pada masa yang sama mempunyai pengaruh yang menyebabkan prestasi

    akademik berubah mengikut pilihan pelajar itu sendiri. Jadual 4.22 akan menunjukkan

    penerimaan dan penolakan hipotesis yang telah dibentuk berdasarkan hasil kajian yang telah

    dibuat.

    Kesimpulannya, bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar, para pelajar dan juga

    tenaga pengajar atau pensyarah perlu mengenalpasti ciri-ciri, faktor-faktor demografik,

    pemilihan stail pembelajaran, dan suasana persekitaran pembelajaran yang sesuai dan yang

    terbaik bagi membantu dan memperbaiki sistem pengajaran supaya menjadi lebih berkesan.

    Page 45

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    46/53

    Jadual 4.22 Penerimaan dan Penolakkan Hipotesis

    HIPOTESIS (Ho) DITERIMA/DITOLAK

    HIPOTESIS 1

    Ho: Tidak terdapat perbezaan sekolah menengah

    berasrama dan tidak berasrama antara pelajar

    lelaki dan pelajar perempuan.

    Ditolak

    HIPOTESIS 2

    Ho: Tidak terdapat perbezaan prestasi akademik

    pelajar antara pelajar lelaki dan pelajarperempuan.

    Ditolak

    HIPOTESIS 3

    Ho: Tidak terdapat perbezaan prestasi akademik

    pelajar antara pelajar kolej perniagaan, kolejundang-undang dan pengajian antarabangsa, dan

    kolej sains dan sastera.

    Diterima

    HIPOTESIS 4

    Ho: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan

    antara prestasi akademik pelajar dengan

    pemilihan stail pembelajaran pelajar.

    Ditolak

    HIPOTESIS 5

    Ho: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan

    antara prestasi akademik pelajar dan suasana

    persekitan pembelajaran.

    Ditolak

    HIPOTESIS 6

    Ho: Pemilihan Stail Pembelajaran tidak secara

    signifikan mempengaruhi prestasi akademikpelajar.

    Ditolak

    Page 46

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    47/53

    HIPOTESIS 7

    Ho: Suasana Persekitaran Pembelajaran tidak

    secara signifikan mempengaruhi prestasi

    akademik pelajar.

    Ditolak

    BAB 5: PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

    5.1 PENGENALAN

    Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti samada terdapat perubahan dalam kajian yang

    telah dibuat terhadap perkaitan, hubungan dan perbezaan demografi, pemilihan stail

    pembelajaran dan suasana persekitaran pembelajaran terhadap prestasi akademik pelajar. Oleh

    itu, kajian yang dijalankan ini telah dibuat terhadap pelajar ijazah di Universiti Utara Malaysia.

    Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis dengan

    menggunakan dua cara iaitu analisis diskriptif dan analisis infrensi. Hasil yang di perolehi telah

    dibincangkan dalam bab sebelum ini dan secara rumusannya akan dibincangkan dalam bab ini.

    5.2 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 1:

    Hasil daripada penemuan yang diperolehi menunjukkan signifikan 0.02 iaitu lebih kecil

    daripada alpha 0.05 yang menunjukkan terdapat perbezaan sekolah menengah pelajar antara

    pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Hal ini adalah disebabkan oleh pelajar lelaki mempunyai

    prestasi akademik yang kurang berbanding pelajar perempuan yang lebih rajin dalam

    mengulangkaji pelajaran dan tumpuan dalam pelajaran juga lebih baik berbanding lelaki. Pelajar

    perempuan juga lebih suka memasuki sekolah berasrama berbanding lelaki yang lebih suka

    memasuki aliran kemahiran yang tidak memerlukan tumpuan yang lebih terhadap pembelajaran

    formal.

    5.3 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 2:

    Hasil daripada penemuan yang diperolehi menunjukkan signifikan 0.012 iaitu lebih kecil

    daripada 0.05 yang menunjukkan terdapat perbezaan prestasi akademik antara pelajar lelaki dan

    pelajar perempuan. Hal ini adalah disebabkan oleh pelajar lelaki yang lebih kuat dipengaruhi

    oleh rakan-rakan dan pelajar lelaki juga lebih banyak tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya

    Page 47

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    48/53

    terhadap pembelajaran di dalam kuliah. Selain itu, pelajar lelaki juga sering tidak hadir ke kuliah

    kerana mereka lebih suka tinggal di bilik dan tidur atau keluar mencari hiburan.

    5.4 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 3:

    Hasil daripada penemuan yang diperolehi menunjukkan signifikan 0.629 iaitu lebih besar

    daripada 0.05 yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar antara

    pelajar kolej perniagaan, kolej undang-undang dan pengajian antarabangsa, dan kolej sains dan

    sastera. Ini disebabkan oleh perbezaan kedudukan pelajar mengikut kolej tidak mempunyai apa-

    apa perbezaan terhadap prestasi akademik pelajar.

    5.5 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 4:

    Hasil daripada penemuan yang diperolehi menunjukkan signifikan yang tinggi iaitu 0.839

    di antara prestasi akademik dan pemilihan stail pembelajaran. Hal ini adalah disebabkan

    pemilihan stail pembelajaran adalah amat penting dalam memastikan prestasi akademik pelajar

    semakin meningkat atau pun dapat mengekalkan prestasi akademik pada tahap yang baik.

    Pemilihan stail pembelajaran yang tidak sesuai akan menyebabkan prestasi akademik pelajar

    akan merosot. Hubungan antara pemilihan stail pembelajaran dan prestasi akademik adalah

    hubungan positif. Oleh itu, apabila pemilihan stail pembelajaran tidak sesuai akan menyebabkan

    prestasi akademik pelajar juga akan merosot.

    5.6 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 5:

    Penemuan yang diperolehi menunjukkan signifikan yang tinggi iaitu 0.768 di antara

    suasana persekitaran pembelajaran dan prestasi akademik pelajar. Hal ini adalah disebabkan

    suasana persekitaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pembelajaran

    menjadi lebih baik dan pelajaran yang dipelajari lebih memuaskan. Suasana persekitaran yang

    sesuai dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan tahap ingatan yang lebih kuat.

    Contohnya dalam persekitaran yang sunyi bagi sesetengah pelajar yang menggemari suasana

    sebegini proses mengingat sesuatu perkara akan lebih baik berbanding dalam persekitaran yang

    agak bising. Begitu juga bagi pelajar yang menggemari suasana yang agak bising, contohnya

    dengan mendengar mizik, pelajar tersebut akan lebih mengingati suatu perkara dengan lebih

    Page 48

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    49/53

    baik. Hubungan antara suasana persekitaran dan presatsi akademik adalah positif iaitu apabila

    suasana persekitaran adalah baik, prestasi akademik juga akan bertambah baik.

    5.7 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 6:

    Penemuan daripada ujian hipotesis yang telah dibuat menunjukkan signifikan 0.000 iaitu

    lebih kecil daripada alpha 0.05 yang menunjukkan bahawa pemilihan stail pembelajaran secara

    signifikan mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Rsquare pula menunjukkan bahawa

    pemilihan stail pembelajaran mempengaruhi prestasi akademik sebanyak 70% dan 30%

    selebihnya dipengaruhi oleh faktor-faktor lain contohnya seperti pengaruh rakan yang lain, faktor

    peribadi, malas dan lain-lain. Hasil ujian hipotesis ini juga menunjukkan bahawa setiap unit

    peningkatan dalam kesesuaian pemilihan stail pembelajaran akan meningkatkan prestasi

    akademik pelajar sebanyak 0.625.

    5.8 PERBINCANGAN PENEMUAN DARI HIPOTESIS 7:

    Hasil yang diperolehi menunjukkan signifikan 0.000 iaitu lebih kecil daripada 0.05 dan

    menyebabkan Ho dapat ditolak dan menunjukkan bahawa faktor suasana persekitaran secara

    signifikan mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Rsquare pula menunjukkan bahawa faktor

    suasana persekitaran pembelajaran mempengaruhi prestasi akademik sebanyak 59%. Selebihnya

    sebanyak 41% adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain. Hubungannya adalah positif dan ini

    menunjukkan apabila setiap unit kesesuaian dalam suasana persekitaran pembelajaran

    meningkat, ianya akan menyebabkan prestasi akademik pelajar meningkat sebanyak 0.673.

    Page 49

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    50/53

    6.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

    Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti samada pemilihan stail pembelajaran pelajar

    dan suasana persekitaran pembelajaran mempunyai hubungan dengan prestasi akademik pelajar.

    Selain itu, faktor demografik juga dikaji samada terlibat sama dalam mempengaruhi prestasi

    akademik pelajar ijazah Universiti Utara Malaysia, sintok.

    Skop kajian yang dijalankan adalah terhad kepada 30 orang pelajar ijazah Universiti

    Utara Malaysia yang dipilih secara rawak daripada pelbagai program yang di tawarkan oleh

    universiti ini. Kajian yang sama juga boleh dijalankan di institusi-institusi pengajian lain dan

    dengan jumlah responden yang lebih ramai dan menyeluruh bagi mendapatkan hasil kajian yang

    lebih tepat.

    Kajian lanjutan yang boleh dijalankan dengan memasukkan faktor-faktor lain yang

    mungkin lebih banyak mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Selain itu, kajian ini juga boleh

    di buat bagi melihat perbezaan antara stail pembelajaran di universiti Negara ini dengan

    universiti luar Negara. Begitu juga dengan universiti-universiti di dalam Negara.

    6.1 RUMUSAN

    Setiap pelajar seharusnya mempunyai stail yang tersendiri mengikut kegemaran dan

    seharusnya memikirkan keberkesanan stail pembelajaran yang dipilih. Setiap pelajar mempunyai

    kelainan atau perbezaan keberkesanan pilihan stail pembelajarn. Oleh itu, pelajar perlu

    mempunyai keupayaan tersendiri dalam membuat pilihan tersebut tetapi dalam masa yang sama

    pelajar juga perlu mempunyai pengetahuan dalam membuat pilihan yang tepat.

    Sampel terdiri daripada 30 pelajar ijazah Universiti Utara Malaysia yang dipilih secara

    persampelan rawak daripada pelbagai program yang ditawarkan oleh universiti ini. Responden

    yang dipilih adalah daripada semester dua keatas kerana semester satu tidak mempunyai Purata

    Matagred keseluruhan (PMK).

    Page 50

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    51/53

    Dua intrumen telah dipilih iaitu Pemilihan Stail Pembelajaran dan Suasana Persekitaran

    Pembelajaran yang telah dibentuk persoalan dalam bentuk soal selidik yang akan dijawab oleh

    setiap responden yang telah dipilih.

    Data yang dikumpul dari soal selidik diproses dan dianalisa dengan menggunakan

    perisisan SPSS 12.0. statistic inferensi digunakan untuk menguji setiap hipotesis yang dibentuk

    dan signifikan kurang atau sama 0.05 digunakan. Dalam hal ini, Ujian Khi Kuasa Dua digunakan

    untuk menguji perkaitan sekolah menengah berasrama dan tidak berasrama antara pelajar lelaki

    dan perempuan, Ujian t sampel bebas digunakan untuk menguji samada terdapat perbezaan

    prestasi akademikantara pelajar lelaki dan perempuan, bagi Ujian Analisis Varian Sehala pula

    digunakan untuk menguji samada terdapat perbezaan prestasi akademik pelajar antara pelajar

    yang berlainan kolej. Manakala Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji perkaitan

    antara prestasi akademik pelajar dengan pemilihan stail pembelajaran dan suasana persekitaran

    pembelajaran. Akhir sekali, Ujian Regresi digunakan untuk menguji samada faktor pemilihan

    stail pembelajaran dan suasana persekitaran pembelajaran mempengaruhi prestasi akademik

    pelajar.

    Dapatan kajian dibincangkan dalam bentuk jadual yang diperolehi daripada output SPSS

    yang diperolehi dan telah diterangkan bagi setiap hipotesis yang dibentuk dan diuji dengan

    menggunakan ujian-ujian yang sesuai.

    Page 51

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    52/53

    BIBLIOGRAFI

    Hamidah Binti Jaafar Sidek. (2002). Stail Pembelajaran Pelajar terhadap Prestasi Akademik,

    Universiti Utara Malaysia.

    Tumerah bt Rosmin. (1998). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Gaya Pembelajaran dan

    Kesannya Terhadap Pencapaian Akademik. Universiti Utara Malaysia.

    Chalid Muhamad Zein. (2005). Hubungan Faktor Persekitaran dengan Prestasi Jabatan

    Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi Indonesia. Universiti Utara Malaysia.

    Faziha binti Abd. Malik. (2004). Kajian Mengenai Stail Kognitif Pelajar Dengan PrestasiAkademik Jurusan Teknologi Maklumat. Fakulti Pengurusan Perniagaan : Universiti

    Utara Malaysia.

    Ruzita Selamat, Ungku Norulkamar Ungku Ahmad, Dr. Noor Zainab Abd Razak & Lokman Ali

    et. al. (2004). Kajian Ke atas Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran FakultiPengurusan dan Pembangunan sumber Manusia: Ke arah Pembentukan PersekitaranYang Optimum Dalam Mencapai Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran, Vot

    Penyelidikan : 75012. Jabatan Pengurusan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan

    Sumber Manusia : Universiti Teknologi Malaysia.

    Zaleha Binti Sulaiman. (1995). Pengurusan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Di

    Luar Bandar: Kes Empat Buah Sekolah Menengah Di Negeri Kedah Darul Aman.

    Universiti Utara Malaysia.

    Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, & Yusof Boon et. al. Hubungan Kecerdasan Emosi Dengan

    Prestasi Pencapaian Akademik. Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia.

    Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap

    Motivasi Pembelajaran. Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan,Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya. Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 1.

    Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah Ab. Rahman & Aminah Hj Ahmad Khalid.

    (2005). Punca Prestasi Pembelajaran Yang Lemah Di Kalangan Pelajar FakultiPengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia.

    Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005: 2944.

    Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). Kajian Prestasi Akademik Pelajar

    Lepasan Matrikulasi Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

    Page 52

  • 8/9/2019 Asgnment Kaedah Penyelidikan Siap

    53/53

    Hulya Julie Yazici. (2005). A Study of Collaborative Learning Style and Team Learning

    Performance. Management Department, College of Business, University of Wisconsin-

    La Crosse (UW-L), La Crosse, Wisconsin, USA. Education & Training Vol. 47 No. 3,2005 pp. 216-229.

    Martin Graff. (2006). Constructing and Maintaining an Effective Hypertext-Based LearningEnvironment: Web-Based Learning and Cognitive Style. Department of Psychology

    and Education, University of Glamorgan, Pontypridd, UK. Education & Training Vol.

    48 No. 2/3, 2006 pp. 143-155.

    Dawn G. Gregg. (2007). E-learning Agents. University of Colorado and Health Sciences Centre,

    Denver, Colorado, USA. The Learning Organization Vol. 14 No. 4, 2007 pp. 300-312.

    Silvia Rita Viola, Sabine Graf, Kinshuk & Tommaso Leo. (2007). Investigating Relationships

    Within The Index of Learning Styles: A Data Driven Approach. Interactive Technology

    & Smart Education (2007) 7-18.

    Simon Cassidy. (2006). Learning Style and Student Self - Assessment Skill. Directorate of

    Psychology, University of Salford, Salford, UK. Education & Training Vol. 48, No.2/3, 2006 pp. 170-177.

    Eugene Sadler - Smith. (1996). Learning Styles: A Holistic Approach. Human Resources Studies

    Group, Plymouth Business School, Plymouth, UK. Journal of European IndustrialTraining 20/7 [1996] 2936.

    S.M. Syed-Khuzzan and J.S. Goulding. (2009). Personalised Learning Environments (part2): AConceptual Model For Construction. University of Salford, Salford, UK. Industrial and

    Commercial Training, Vol. 41 No. 1 2009, pp. 47-56.

    David P. Spicer. (2004). The Impact of Approaches to Learning and Cognition on AcademicPerformance in Business and Management. Bradford University School of

    Management, Bradford, UK. Education & Training, Volume. 46, Number. 4, 2004 pp.194-205.

    James Poon Teng Fatt. (2000). Understanding the Learning Styles of Students: Implications for

    Educators. Nanyang Business School, Nanyang Avenue, Singapore. Volume 20Number 11/12 2000.

    Bidin Yatim & Sharipah Soaad Syed Yahaya. (2002). Statistik Gunaan (2 nd ed). Universiti UtaraMalaysia, Sintok.