19
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Disediakan oleh SITI HARIJAH BINTI AMAN ANNUR ATHIRAH BINTI LAJIMIN ANIS BINTI ABDUL KARIM

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

chill

Citation preview

2-3 tahun

PERKEMBANGAN KANAK-KANAKDisediakan oleh

SITI HARIJAH BINTI AMANANNUR ATHIRAH BINTI LAJIMINANIS BINTI ABDUL KARIMKUMPULAN 7

Jelaskan dengan contoh 5 aktiviti untuk perkembangan fizikal kanak-kanak (0 sehingga 3 tahun)

0-3 bulanPerkembangan daripada pergerakan otot yang dilakukan seperti melentur tegangkan tangan dan kakinya.

Bayi mampu menahan lengan sambil mengangkat dada dalam kedudukan meniarap dan mengiring dan akan memalingkan muka ke arah yang disukai.

Aktiviti

Membuat senaman kaki yang lembut dengan membengkok dan meluruskan kakinya. Senaman ini bertujuan memberi kekuatan pada otot-otot bayi.

Menggerakkan jari, mainan atau objek lain dalam jarak penglihatannya untuk menggalakkan bayi mengangkat kepalanya.

Aktiviti ini dapat membantu penglihatan mata bayi melalui pergerakan mata dan kepalanya mengikut gerakan yang dirangsang dan membantu bayi mengangkat kepalanya untuk melihat objek tersebut.

4-6 bulanBayi sudah mampu duduk dan gemar memandang sekitarnya. Namun, dia memerlukan bantuan dan pengawasan dari orang dewasa.

Kepalanya akan terlentok sekali-sekala apabila didudukkan. Jika bayi berada dalam keadaan berbaring, dia boleh memandang tepat ke arah kita.

AktivitiUntuk membantu menguatkan otot-otot bayi, mainkan permainan yang membuatkan dia memusing dan memalingkan badannya. Sebagai contoh, permainan Ba Cak.

Panggil namanya dari arah sisinya supaya dia akan memusingkan badannya untuk memberi tindak balas.

Aktiviti ini dapat membantu mengukuhkan dan menggalakkan keseimbangan badan bayi ketika duduk dan baring

7-9 bulanPergerakan psikomotor bayi pada tahap ini semakin berkembang.

Kebolehan bayi pada tahap ini mula merangkak dan akan mula berdiri dengan bantuan objek.

Kekuatan otot bayi masih lemah dan tidak dapat mengimbangi badan.

AktivitiHulurkan jari anda supaya dia boleh memeganggnya dan menarik badannya naik, serta duduk dan berdiri.Kemudian, bengkokkan lututnya semasa dia berdiri dan angkatkan sebelah kakinya. Selitkan dengan kata-kata pujian seperti Good girl, Pandai anak mak dan sebagainya. Dengan cara ini, bayi akan berasa seronok dan gembira dengan kebolehannya. Secara tidak langsung, ia dapat menaiikan keyakinan dan kebolehan bayi untuk terus berjalan.

10-12 bulanPerkembangan motor kasar bayi sudah mula banyak berkembang.

Bayi sudah mula berjalan kalau sebelah tangannya dipegang. Apabila dia merangkak, dia akan bangun berjalan dengan tangan dan kakinya seperti mana yang dilakukan oleh seekor beruang.

AktivitiUntuk menggalakkan bayi melangkah dengan sendirinya, bermainlah kejar mengejar dengannya di dalam rumah.

Sambil itu, sahut dan panggil namanya dan suruh dia datang ke arah anda. Bagi membuatkan dia bertambah berani, letakkan perabot agak jauh sedikit antara satu sama lain.

Melalui aktiviti ini. Ia dapat membantu menguatkan otot-otot badan bayi dan membina koordinasi mata dan kaki bayi.

1 tahun

Mereka mungkin kurang makan tetapi lebih kerap. Mereka mula lebih pandai makan sendiri walaupun selalu tertumpah atau comot.

Kadar tumbesan mereka akan lebih perlahan berbanding semasa bayi.

Kebanyakan akan boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan.

Kebanyakannya boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan.

Mereka boleh minum dari cawan dengan sedikit bantuan. Mereka juga boleh menconteng dan menyusun blok.

AktivitiGalakkan kanak-kanak makan sendiriBimbing kanak-kanak berjalan sendiriBiarkan kanak-kanak minum mengunakan cawan yang tidak membahayakan dengan sendiriGalakkan kanak-kanak menyertai pertandingan melukis, mewarna dsb.

2-3 tahunSangat aktif, suka berlari dan melompat.

Ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Aktiviti Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fizikal di bawah pengawasan ibubapa.

2-3 tahunAnak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangka masa yang terlalu lama.

Biarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi merekaKanak-kanak 3 tahun menunggang basikal roda tiga, menangkap bola, serta membina menara blok setinggi 6-9 tingkat.

Mereka juga boleh berjalan menjengket dan melompat ke depan.

Mereka sudah pandai bermain objek-objek kecil seperti puzzles dan guli serta suka bermain finger painting. Mereka membesar sehingga 3 inci setahun.AktivitiIbu bapa boleh meluang masa dengan membawa kanak-kanak bermain basikal dan awasi mereka.Dedahkan mereka dengan permainan yang menyeronokkan seperti puzzle, guli dan finger painting.