of 55 /55
0 SEK MEN KEB BANDAR TASIK KESUMA 43700 BERANANG SELANGOR MODUL KOMSAS TINGKATAN 3 HARGA SEBUAH LUKISAN & MERENANG GELORA.

Modul Komsas t3 - Latihan

  • Upload
    liezza

  • View
    175

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM T3

Citation preview

Page 1: Modul Komsas t3 - Latihan

0

SEK MEN KEB BANDAR TASIK KESUMA43700 BERANANG SELANGOR

MODUL KOMSAS TINGKATAN 3

HARGA SEBUAH LUKISAN&

MERENANG GELORA.

Page 2: Modul Komsas t3 - Latihan

KANDUNGAN

ANTOGOLI TEKS KOMSAS --HARGA SEBUAH LUKISAN

Bil Jenis Genre TAJUK Ms CATATAN

1 Istilah GAYA BAHASA DALAM KOMSAS 2

2 Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Muafakat) Pantun Nasihat (Bersatu hati) Pantun Berkait (Bekerja) Syair Panduan Untuk Para Remaja Syair Berbuat Jasa Syair li-Attar Gaib

345678

3 Sajak

Fragmen Sebuah Kehidupan Kata-kata Keusangan Budaya Seorang Insan Istimewa Rumput Orang Tua

91011121314

4 Prosa Tradisional

Hikayat Seri Kelantan Hikayat Patani Hikayat Marakarma Hikayat Inderaputera

15161718

5 Cerpen

Mutiara Bonda Segala Yang Tercinta Ada Di Sana Harga Sebuah Lukisan Budi Semangkuk Daging Mencari Nafas Baru

1920212223

6 Drama Sebuah Perjuangan Cabaran

24 & 2526 & 27

Jumlah Karya 23

NOVEL - MERENANG GELORA

Bil TAJUK ms CATATAN

1 Sinopsis Novel Merenang Gelora

Bab 1 hingga 2228 & 29

2 Tema dan Persoalan 29

3 Teknik Penceritaan 30

4 Plot 30

5 Gaya Bahasa 30

6 Watak dan Perwatakan 31

7 Latar 32

8 Pengajaran 32

9 Nilai 33

10 Soalan latihan & jawapan 33 - 35

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS

Bil GAYA BAHASA

1

Page 3: Modul Komsas t3 - Latihan

1 AnaforaPengulangan kata pada awal baris

Terbang kenanga terbang pohonTerbang burung sering dipohon

2 ResponsiPengulangan kata pada tengah-tengah barisSayang indah pergi JohorDia yang kupinta pergi datang

3 EpiforaPengulangan kata pada akhir baris

Sayang Salmah hatinya pedihTeruja sakitnya hati pedih

4 Repitasi / RepitisiPengulangan kata pada baris yang sama

Pergilah sayang pergi jauhHati ini hati yang dilukai

5 SimplokPengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama

Sayang seribu kali sayangHanya aku yang kau kenali

6 Sinkof / SinkopePenggunaan singkatan kata

Ku, mu, mau, tak, nak, mak

7 Metafora

Perbandingan secara tidak langsung atau kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak.

Bukit-bukit harapan*Bukit ( unsur konkrit)*harapan ( unsur abstrak)Hatinya mengalir sungai duka*sungai (unsur konkrit)*duka (unsur abstrak)

8 Simile

Perbandingan atau kiasan secara langsung yang bersendi laksana, seperti, bak, umpama, bagaikan dan sebagainya

Seperti kolek terdampar di pasirBagai buih kecil di air

9 PersonifikasiPenggunaan unsur kemanusiaan terhadap unsur bukan manusia

Kebosanan menggigit pangkal rasa*kebosanan bukan manusia, kebosanan tidak boleh menggigit.

10 Hiperbola

Penggunaan unsur yang melampauCinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungaan*manusia tak mungkin dapat cinta akan berjuta-juta bungaSekarang Kumpulkan tenaga raksasa*manusia tak mungkin dapat mengumpulkan tenaga seperti raksasaSeribu tahun kembali juga*manusia tak mungkin berjumpa selepas seribu tahun

Bil GAYA BAHASA

11 Hybrid Penyatuan dua kata menjadi satu kataBertanggungjawab

*Tanggung + jawab

Ketidakpastian*Tidak + pasti

12 InversiSusunan perkataan yang terbalik di dalam ayat

Aduhai adinda berpesan adik*Sepatutnya ditulis Aduhai adinda adik berpesan

13 Paradoks

Penyataan yang kelihatan bertentangan - menggunakan unsur positif dan negatif dalam satu barisMenangis dalam kegembiraan*Menangis – unsur negatif*Kegembiraan – unsur positif

14 Asonansi -Pengulangan bunyi vocal

Aduhai malang Pak Kaduk*pengulangan huruf vokal "a"

15 Aliterasi-Pengulangan bunyi konsonan

Ayamnya menang kampung tergadai*Pengulangan huruf konsonan "m"

16 ImejanPenggunaan unsur alam

Sungai, laut, bukit, tasik

17 DiksiPemilihan dan penyusunan bahasa seperti penggunaan kata yang puitis, penggunaan bahasa istana, bahasa arab, bahasa klasik,dialek atau penggunaan peribahasa.

Nada dalam sajaki.    Melankolik -sedihii.   Patriotisme -Cinta akan negaraiii.  Sinis -Mengejek / menyindiriv.  Romantis/Romantik -Kegembiraan / kebahagiaanv.   Protes -Membangkangvi.  Ironi -Keadaan yang menunjukkan penentanganvii. Ode / Oda -Memuji atau menyanjung

Rima akhiri.  Sajak -Bebasii.  Syair -a,a,a,aiii. Pantun -a,b,a,b

PUISI TRADISIONAL : PANTUN

Bentuk dan Ciri-ciri Pantuni. Bentuknya terikat. - Terdiri daripada beberapa rangkap, contoh 4 atau 5 atau 6 rangkap.ii. Mempunyai dua atau empat baris setiap rangkap dan ada pembayang dan maksudnya.iii. Bilangan perkataannya tiga hingga empat patah perkataan sebaris.iv. Terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata sebaris.v. Rima akhir abab.

2

Page 4: Modul Komsas t3 - Latihan

Pantun Empat Kerat (Muafakat) Suaikan Rangkap pantun dengan maksudnya

Rangkap Maksud Pantun

1

Indah sungguh warna pelangi,Tidak luput hingga senja;Ke lurah sama diharungi,Usaha bersama membawa bahagia.

Kerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia.

2

Buah salak di dalam kantung,Kulitnya keras isinya kelat;Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat.

Sesuatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan.

3

Turun ke paya memetik kangkung,Hati-hati terkena getahnya;Bergotong-royong penduduk sekampung,Hidup muafakat hidup bahagia.

Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.

4

Beras segantang sudah disukat,Lalu disimpan di atas para;Andai seluruh masyarakat muafakat,Negara damai rakyat sejahtera

Perpaduan akan dapat diperkukuh sekiranya sikap toleransi dan saling menghormati diamalkan.

5

Sawah padi luas terbentang,Kuning keemasan indahnya maya;Percaya-mempercayai asas berpegang,Barulah muafakat kekal selamanya.

Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan.

6

Harum sungguh bunga melati,Hiasan sanggul amat memikat;Bertolak ansur, hormat-menghormati,Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Apabila masyarakat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera.

TemaAmalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.

Persoalani. Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah dan senang.ii. Kepentingan kesepakatan hidup bersama.iii. Pentingnya mempraktikkan amalan gotong-royong.iv. Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatan.v. Sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan.

Gaya Bahasa- suaikan contoh gaya bahasa bagi contoh yang diberi

Contoh ayat dalam baris pantun Gaya Bahasa1 usaha bersama membawa bahagia. Repitisi

2 kulitnya keras isinya kelat Asonansi

3 Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat. Responsi

4 Hidup muafakat hidup bahagia. Alitrasi

5 Alam: pelangi, senja, lurah, paya, mayaTumbuhan: kangkung, beras, sawah padi, bunga melati. Anafora

6 Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat. Inversi

7 Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat. Imejan

8bergotong-royong penduduk sekampungsepatutnyapenduduk sekampung bergotong-royong

Peribahasa

Nilai Murni

Nilai murni Contoh

Muafakat kesepakatan dalam kalangan masyarakat membawa kepada kehidupan yang sejahtera.

Bekerjasama Sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang kita lakukan bersama.

Bertolak ansur

Rakyat yang mengamalkan sikap bertolak ansur akan menjamin kedamaian seebuah negara.

Saling mempercayai

Persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.

Hormat-menghormati

Masyarakat yang berbilang kaum sentiasa diseru agar saling menghormati akan kesejahteraan bersama akan wujud dan berkekalan.

Perpaduan Semua ahli masyarakat haruslah bersatu hati demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Pengajaran1) Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan atau membuat keputusan.2) Kita hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat.3) Kita hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan).4) Kita hendaklah saling percaya dan hormat menghormati untuk membina muafakat.5) Kita jangan hanya mementingkan diri sendiri atau memencilkan diri dalam masyarakat.

Jawab soalan berikut:1. Nyatakan kepentingan hidup bermuafakat.2. Pada pendapat anda apakah kesan jika masyarakat tidak mengamalkan cara hidup

bermuafakat.PUISI TRADISIONAL: Pantun Nasihat (Bersatu hati)

Rangkap Maksud Pantun

1

Gunung Tahan sama didaki,Sungai Pahang sama direnang;Jikalau semua bersatu hati,Kerja yang payah menjadi senang.

Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika dillakukan secara bersama-sama.

3

Page 5: Modul Komsas t3 - Latihan

2

Melangir keris pusaka hikmat,Keris sejarah sejak bahari;Kalau gadis ingin selamat,Jangan murah menjual diri.

Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri demi menjamin keselamatan diri.

3

Menanam bunga di dalam pasu,Bunga melati, bunga pandan;Jangan ikut hawa nafsu,Kelak nanti binasa badan.

Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri

4

Nyiur muda dibuat pengat,Mari dimakan bulan puasa;Wahai pemuda hendaklah ingat,Kerana mulut badan binasa.

Pesanan kepada generasi muda agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi padah kepada diri.

5

Orang berkelah di Tanjung Rhu,Sambil memanggang si ikan sepat;Hendaklah banyak menghadap guru,Supaya terang jalan makrifat.

Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

6

Rendang sungguh pohon ara,Tumbuh subur tepi telaga;Tidak salah berkenal mesra,Tatasusila perlu dijaga.

Tatasusila perlu dijaga dalam pergaulan.

Tema Nasihat kepada golongan muda mudi tentang akhlak mulia dan adab pergaulan.

Persoalan1) Kesepakatan dan permuafakatan dalam kerja kegiatan

2) Jati diri dan ketegasan dalam menjaga maruah diri

3) Kesederhanaan dalam perbuatan, tindakan dan membuat keputusan

4) Berbudi bahasa, kesopanan, ketelitian dalam komunikasi

5) Kerajinan dan rendah diri dan beradap dalam menuntut ilmu

6) Persaudaraan yang ikhlas

Gaya Bahasa- Suaikan gaya bahasa bagi contoh yang diberi

Gaya Bahasa Contoh

1) Asonansi - Pengulangan vokal u nyiur muda

2) Aliterasi - Pengulangan konsonan g Nyiur muda dibuat pengat

3) Peribahasa Sungai Pahang sama direnang

4) Repitisi - Pengulangan perkataandalam baris yang sama kerana mulut badan binasa.

5) Unsur alam bunga melati bunga pandan.

Nilai Murni - Suaikan nilai murni yang berkaitan dengan baris pantun yang diberi

Nilai murni Contoh

1BekerjasamaSesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih mudah apabila wuj1udnya semangat kerjasama dalam masyarakat.

Jangan ikut hawa nafsu,Kelak nanti binasa badan.

2KebijaksanaanSeseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak terjebak dalam perkara yang tidak elok.

Tidak salah bergaul mesra,Tatasusila perlu dijaga.

3Berbudi pekertiSetiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan menjaga tutur kata agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata.

Jikalau semua bersatu hati,Kerja yang payah menjadi senang.

Pengajaran1) Kita hendaklah bermuafakat dalam sesuatu pekerjaan.

2) Kita perlu memiliki jati diri dan ketegasan dalam menjaga maruah diri.

3) Kita mesti bersifat sederhana dan mengamalkan kesederhanaan dalam perbuatan, tindakan dan membuat keputusan.

4) Kita hendaklah berbudi bahasa, sopan, dan teliti dalam berkomunikasi.

5) Kita hendaklah rajin dan merendah diri dalam menuntut ilmu.

6) Kita hendaklah menjaga keikhlasan dalam pergaulan.

Jawab soalan berikut:

1. Pada pendapat anda apakah punca masyarakat tidak bersatu padu

2. Pada pendapat anda mengapakah sesorang itu perlu menjaga tatasusila dan maruah diri.

PUISI TRADISIONAL: Pantun Berkait (Bekerja)Rangkap Maksud Pantun

1

Perahu layar mudik ke pangkalan,Sampai di pangkalan, memunggah barang;Wahai rakan, handai dan taulan,Bangkit segera kita berjuang.

Penulis menyeru sahabat agar segera bangun untuk menjalankan tugas.

2

Sampai di pangkalan memunggah barang,Barang habis dibawa ke rumah;Bangkit segera kita berjuang,Hapuskan semangat culas dan malas.

Penulis menyarankan supaya membuang semua sifat malas dan lemah dalam diri.

3 Barang habis dibawa ke rumah, Penulis menyatakan semua kerja dapat

4

Page 6: Modul Komsas t3 - Latihan

Tiada satu tinggal di perahu;Hapuskan semangat culas dan malas,Semua kerja mestilah tahu.

dilakukan apabila tiada sikap malas.

4

Tiada satu tinggal di perahu,Tidaklah bimbang barangkan hilang;Semua kerja mestilah tahu,Bajak, cangkul, tebas, dan tebang.

Setiap orang perlulah menguasai bidang tugas masing-masing.

5

Tidaklah bimbang barangkan hilang,Semuanya ada dalam selamat;Bajak, cangkul, tebas, dan tebang,Semuanya dikerja dengan cermat.

Setiap pekerjaan perlulah dilakukan dengan teliti.

6

Semuanya ada dalam selamat,Boleh disimpan turun-temurun;Dapat dikerjakan dengan cermat,Kerja yang berat tidaklah gerun.

Apabila pekerjaan dilakukan dengan teliti, kerja yang berat akan menjadi mudah.

7

Boleh disimpan turun-temurun,Itulah tanda barang yang berharga;Kerja yang berat tidaklah gerun,Semuanya siap hati pun lega.

Hati menjadi senang setelah pekerjaan yang berat dapat diselesaikan.

8

Itulah tanda barang yang berharga,Payah dicari susah mendapat;Semuanya siap hati pun lega,Tiadalah tinggal terbuang penat.

Penat tidak akan terasa sekiranya pekerjaan dapat disiapkan.

TemaSemangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.

Persoalan - Tuliskan baris pantun yang berkaitan dengan persoalan yang diberi.

Persoalan Baris Pantun

Ketekunan dan ketelitian dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam sesuatu kerja.

Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Asonansi - Pengulangan vokal ‘a’ Wahai rakan handai dan taulan

Aliterasi - Pengulangan konsonan ‘t ‘ Tiadalah tinggal terbuang penatSinkope - Pemendekan kata ‘akan’ Tidaklah bimbang barangkan hilang

Inversi – susunan perkataan yang terbalik di dalam ayat

Kerja yang berat tidaklah gerun,sepatutnya tidaklah gerun kerja yang berat.

Responsi - Pengulangan perkataan ditengah baris

Perahu layar mudik ke pangkalan,Sampai di pangkalan memunggah barang.

Nilai Murni – Tuliskan baris pantun yang berkaitan dengan nilai murni yang diberi

Nilai murni

1. Kerajinan- Sikap malas perlu dihapuskan apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

2. Ketekunan - Sentiasa tekun melakukan pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

3. Kegigihan - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan mendatangkan hasil.

Pengajaran – Suaikan pengajaran dengan baris pantun.

Pengajaran Baris pantun1. Kita haruslah bersikap rajin dalam melakukan

sesuatu pekerjaan tanpa ada perasaan malas dan lemah.

Dapat dikerjakan dengan cermat,Kerja yang berat tidaklah gerun

2. Kita hendaklah bersikap tekun agar setiap pekerjaan yang dilakukan dapat disempurnakan.

Kerja yang berat tidaklah gerun,Semuanya siap hatipun lega..

3. Kita perlulah bersikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan akan tercapai.

Bangkit segera kita berjuang,Hapuskan semangat culas dan lemah.

Jawab soalan1. Apakah perkara yang disarankan dalam pantun di atas.

2. Pada pendapat anda mengapa masyarakat perlu melaksanakan tugas yang dipertangungjawabkan dengan penuh dedikasi.

PUISI TRADISIONAL: Syair Panduan Untuk Para Remaja

Rangkap Syair Maksud

1

Ingat pesanku wahai belia,Jangan berdusta jangan perdaya,Jangan fikir kasihkan kaya,Jangan boros yang sia-sia.

Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang. Generasi muda juga diingatkan agar tidak bersikap materialistik dan membazir.

2

Jangan mengata jangan mengeji,Jangan aniaya bengis dan benci,Jangan takbur diri dipuji,Jangan sekali mungkir janji.

Generasi muda diingatkan supaya mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, mencaci, menganiaya, sombong dan memungkiri janji.

3

Judi dan arak jangan biasa,Lucah dan cabul jangan selesa,Usah bertemu ular yang bisa,Lambat bangatnya dapat binasa.

Generasi muda diingatkan agar menjauhi judi dan arak serta tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak baik atau negatif kerana kelak akan menerima padahnya

5

Page 7: Modul Komsas t3 - Latihan

4

Jangan meminjam jangan berhutang,Jangan meminta bantu sementang,Bergantung pada orang hendaklah pantang,Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Penyair berpesan agar para belia tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya.

5

Meminta jangan meminjam pun jangan,Barang dipinjam kerap kehilangan,Sahabat peminjam renggang di tangan,Hutang merosakkan mut'ah pandangan.

Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini menyebabkan hubungan dengan sahabat menjadi renggang akibat hilang perasaan hormat-menghormati..

6

Jangan biasakan meminta tolong,Ke sini tersembah, ke sana terlolong,Ikhtiar sendiri bantut bergulung,Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.

Penyair mengingatkan agar generasi muda tidak mengharapkan bantuan dan bersikap meminta-minta. Orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan malas berusaha dan menyebabkan kemampuan diri akan hilang.

7

Latihlah diri sifat merdeka,Daya sendiri segenap seketika,Jangan sombongkan asal dan baka,Atau kelebihan adik dan kakak.

Remaja juga diingatkan agar bersikap patriotik dan berdikari dalam melakukan sesuatu. Generasi muda juga diingatkan tidak lupa asal dan usul mereka serta tidak memandang rendah akan kelebihan yang ada pada orang lain.

8

Padalah itu aku khabari,Ingatlah semua, muda jauhari,Kiranya kabul allah memberi,Dirimu jadi pemulih negeri.

Penyair menegaskan pesanan di atas dititipkan khas untuk generasi muda. Semoga dengan izin Allah pasti belia hari ini akan menjadi pemimpin berkaliber pada masa akan datang.

TemaPanduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran.

Persoalan –Tuliskan rangkap syair bagi persoalan yang diberi

Persoalan Rangkap Syair

Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain.

Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri.

Menunaikan janji kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.

Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang disebabkan hutang.

Gaya bahasa- suaikan Gaya bahasa Contoh

1) Asonansi – pengulangan vokal ‘a’ Barang dipinjam kerap kehilangan.

2) Aliterasi - pengulangan konsonan ‘n’ jangan mengata jangan mengeji

3) Anafora – pengulangan kata pada awal baris. jangan biasakan meminta tolong.

4) Inversi – susunan perkataan yang terbalik di dalam ayat

Jangan fikir kasihkan kaya.Jangan boros yang sia-sia.

5) Repitisi – pengulangan perkataan dalam baris yang sama Judi dan arak jangan biasa.

Nilai murni - Tuliskan rangkap syair bagi nilai murni yang diberiNilai murni Rangkap Syair

Berdikari.Amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu bergantung harap kepada orang lain.

Merendah diri.Penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila menerima pujian.

Bertanggungjawab.Harus ada dalam diri setiap insan agar kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan contohnya seperti menepati janji.

Jawab soalan

1. Nyatakan pesanan-pesanan yang ingin disampaikan oleh penyair dalam syair di atas.

2. Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan budaya negatif

PUISI TRADISIONAL: Syair: Berbuat JasaRangkap Syair Maksud

1Buatlah jasa wahai teruna,Hidupmu biar memberi guna,Kamu yang mati jasa tak fana,Asalkan buahnya elok sempurna.

Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap dikenang walaupun sudah tiada.

2Banyakkan khidmat besar dan seni,Serahkan kepada tuhan rabbani,Jasa yang kekal berfaedah murni,Umur yang kedua bagi insani.

Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.

3Hidup manusia jangan percuma,Buatlah bakti budi utama,Selagi baiknya kekal menjelma,Si mati hidup selama-lama.

Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.

6

Page 8: Modul Komsas t3 - Latihan

4Buatlah baik sedaya upaya,Hidup berbakti memberi cahaya,Sumbu pelita tidak sia-sia,Terbakar dirinya menerangi raya,

Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

5Jangan menilik balas dan puji,Atau pahalanya dikaji-kaji,Rasa demikian tamak dan keji,Padalah baiknya tinting dan uji.

Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.

6Pahala dan balas jangan dihitung,Ataupun bintang di dada beruntung,Asalkan jasamu padat berdentung,Cukuplah di situ mulai tergantung.

Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.

7Buatlah baik ayuhai rakan,Ke dalam laut kamu campakkan,Jikalau tidak dikenal ikan,Tuhan tahu iakah bukan.

Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.

TemaKepentingan berbuat jasa.

Persoalan i.Keikhlasan dalam pengorbanan.

Contoh:    Rangkap 4

ii. Berhati-hati ketika menerima pujian.Contoh:    Rangkap 5

iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang.

Contoh: Rangkap 3

Gaya bahasa - Suaikan gaya bahasa dengan contoh yang diberi

Gaya bahasa ContohAsonansipengulangan vokal ‘a’ Tuhan rabbani

Aliterasipengulangan konsonan Buatlah jasa wahai teruna

SinkopePemendekan kata ‘akan’ Buatlah bakti budi utama

Inversisusunan perkataan yang terbalik di dalam ayat

Kamu yang mati jasa tak fana,Asalkan jasamu padat berdentung.

DiksiPenggunaan bahasa arab

Hidup manusia jangan percuma, sepatutnya jangan percuma hidup manusia

Nilai Murni - Tuliskan rangkap syair bagi Nilai Murni yang diberi

Nilai murni Rangkap Syair.

KeikhlasanIkhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan.

Mengenang jasaBudi yang baik akan dikenang.

RasionalBerfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian.

Pengajaran1. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.2. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita agar hubungan yang terjalin

akan berkekalan.3. Kita hendaklah bersikap rasional dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara

sebelum mengambil sebarang tindakan.

Jawab soalan1. Apakah faedah-faedah jika seseorang itu sentiasa membuat jasa dan berbuat baik.

2. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk kita membalas jasa orang-orang yang telah berbuat baik kepada kita.

PUISI TRADISIONAL: Syair Li-Attar Ghib

Rangkap Syair Maksud

1

Wahai sayangnya akan saudara,Sebab bersama-sama mengembara,Tiada pernah muafakatnya cedera,Segala pekerjaan segala perkara.

Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.

2

Dengan kehendak tuhan yang mulia,Dua orang saudara meninggalkan dunia,Hendak disusahkan tiada berdaya,Kerana perbuatan tuhan yang tersedia.

Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.

3

Melainkan hamba berbanyak sabar,Akan perintah wahid al-khahar,Ialah tuhan bersifat jabbar,Akan hambanya kecil dan besar.

Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun sukar untuk dihadapi.

4

Kita pun kelak demikian itu,Meninggalkan dunia juga yang tentu,Tidak memilih raja dan ratu,Semuanya itu pergi ke situ.

Setiap insan di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.

5 Hendaklah kita tunduk tengadah, Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada

7

Page 9: Modul Komsas t3 - Latihan

Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah,Adil dan insaf jua berfaedah,Menaikkan kita pangkat saadah.

generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.

6

Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara,Kesenangan hidupnya dikira-kira,Istimewa pula sanak saudara,Jangan sekali diberi cedera.

Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan

7

Ilmu yang benar hendaklah dimulia,kerana ilmu mulia anbia,tuntut ilmu jangan sia-sia,Yang lain itu tinggal di dunia.

Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia

8

Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, serta pandang amat-amatkan,kematian datuk nenek teladankan,Kita sepertinya akan didatangkan.

Penyair mengingatkan khalayak mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

Tema Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya.

Persoalan1) Kasih sayang sesama keluarga2) Permuafakatan dalam menjalankan tugas.3) Kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi musibah dan cabaran hidup. 4) Keinsafan tentang kesudahan hidup di dunia.5) Kepekaan dan keprihatinan terhadap amanah kepimpinan.6) Kecekalan, kegigihan, kerajinan dan kesungguhan dalam pembelajaran

Gaya bahasaGaya bahasa Contoh

1 Asonansi - pengulangan vokal ‘a’ Sebab bersama-sama mengembara

2 Aliterasi - pengulangan konsonan‘d’ Hendaklah kita tunduk tengadah

3 Repitisi – pengulangan perkataan ‘segala’ dalam baris yang sama Segala pekerjaan segala perkara

4 Inversi – susunan perkataan yang terbalik di dalam ayat

Kita sepertinya akan didatangkan sepatutnya kita akan didatangkan sepertinya.

5 Diksi - penggunaan bahasa arab Wahid al-khahar, anbia, jabbar, saadah.

6 Diksi - penggunaan bahasa arkaik Ayuhai.

7 Kata ganda Sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama.

Nilai murni – Suaikan baris syair yang berkaitan dengan nilai murni yang diberiNilai murni Rangkap Syair

Keinsafan. -Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat kematian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan merasainya.

Melainkan hamba berbanyak sabar,Akan perintah wahid al-khahar,Ialah tuhan bersifat jabbar,Akan hambanya kecil dan besar.

Kerajinan -Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para nabi.

Hendaklah kita tunduk tengadah,Lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah,Adil dan insaf jua berfaedah,Menaikkan kita pangkat saadah.

Kesabaran.-Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi musibah atau kesusahan kerana sebagai hamba kita wajib pasrah pada ketentuan-nya.

Ilmu yang benar hendaklah dimulia,kerana ilmu mulia anbia,tuntut ilmu jangan sia-sia,Yang lain itu tinggal di dunia.

Pengajaran1) Kita hendaklah mengasihi dan menyayangi keluarga2) Kita hendaklah bermuafakat dan bekerjasama dalam sesuatu pekerjaan, usaha , urusan atau tugas.3) Kita hendaklah insaf tentang kesudahan hidup di dunia iaitu kematian.4) Kita hendaklah peka dan prihatin terhadap amanah kepimpinan5) Kita hendaklah cekal, gigih, dan rajin bersungguh-sungguh dalam pembelajaran.

Jawab soalan1. Mengapakah kita perlu mengambil ikktibar daripada peristiwa kematian yang kita saksikan?

2. Pada pendapat anda apakah kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia.

SAJAK: Fragmen Sebuah KehidupanSuaikan rangkap sajak dengan maksud

Rangkap Sajak Maksud1 Maka seorang pujangga pun berkata,

"adalah dadah itu musuh utama negaraadalah dadah itu perosak jiwaadalah dadah itu pembunuh semata-mata."

Penyajak menyeru agar generasi kini memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah. Hal ini kerana masih banyak perkara yang perlu kita lakukan.

2 Hari ini,angkara dadah telah mati seorang negarawanangkara dadah telah mati seorang senimanangkara dadah telah mati seorang olahragawanangkara dadah telah mati seorang jutawanangkara dadah telah mati seorang sasterawanangkara dadah telah mati seorang ilmuwanangkara dadah telah mati seorang wirawan.

Penyair berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara.

3 Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusiakau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluargakau racun dalam khayal yang tidak terdugaseperti tercatat dalam sejarahjatuh kota Melaka dan musnah kota merdekaoleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamukaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.

Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun tanpa diduga. Dadah telah meracuni manusia. Sejarah, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

4 Tuhan,bekalkan aku kudrat iman yang tulus

Akibat penyalahgunaan dadah ramai telah gagal dalam bidang masing-

8

Page 10: Modul Komsas t3 - Latihan

untuk melewati lorong hidupyang penuh onak dan durijuga gelombang di laut masa depandewasa mengejar cita-citategar memburu negara jaya.

masing. Antaranya, negarawan, seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang.

5 Sahabat segenerasiku,rimba di depan kita masih luas terbentangmari kita pilih jalan lurus ke syurgabukan lorong hitam ke neraka.

Dadah ialah musuh utama negara. Hal ini kerana dadah merosakkan jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa.

TemaDadah musuh negara.Dadah memberi kesan yang buruk kepada individu, masyarakat dan negara.

Persoalan – Nyatakan Rangkap sajak bagi persoalan berikut:i.Kemusnahan negara bangsa akibat dadah. Kemajuan sesesuah negara tidak akan tercapai akibat

penyalahgunaan dadah. Rangkap_________________________ii. Kesedaran bahawa penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan. Dadah menyebabkan

penderitaan kepada individu yang menyalahgunakannya. Rangkap_________________________iii. Impak penyalahgunaan dadah. Banyak impak yang menimpa diri penagih disebabkan penyalahgunaan

dadah. Rangkap_________________________iv. Kepentingan membangunkan negara. Masyarakat yang bebas daripada dadah dapat membangunkan

negara. Rangkap_________________________v. Kekuatan iman dalam menangkis cabaran. Iman yang kukuh mampu mengelakkan diri seseorang daripada

pengaruh dadah. Rangkap_________________________ Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh1) Anafora- pengulangan kata pada

awal baris secara berturutan untuk melewati lorong hidup

2) Kata Ganda untuk melewati lorong hidup

3) Sinkope – singkatan perkataan bertahun-tahun.

4) Metafora – perbandingan secara langsung antara dua objek kau racun dalam khayal yang tidak terduga

5) Inversi – susunan perkataan yang terbalik di dalam ayat jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka

6) Aliterasi – pengulangan konsonan ‘g’ angkara dadah telah mati seorang angkasawan.

7) Asonansi – pengulangan vokal ‘e’ maka seorang pujangga pun berkata.

8) Repitisi – pengulangan perkataan ‘kota’ dalam baris yang sama seperti tercatat dalam sejarah.

Nilai MurniNilai murni Contoh

1) Kegigihan Gigih mengejar cita-cita untuk memajukan negara.2) Rasional Jauhi dadah yang menjadi musuh negara.3) Keimanan Menjalani kehidupan dengan berbekalkan keimanan.

4) Cinta akan tanah air Tidak mahu negara hancur kerana dadah.

5) Bertanggungjawab Menentukan arah kehidupan yang dipilih ialah jalan yang benar.

Pengajaran1) Kita hendaklah bijak memilih jalan hidup2) Kita hendaklah peka dan prihatin terhadap bahaya dadah3) Kita hendaklah sentiasa berdoa, istiqamah dan tetap pendirian dalam amalan4) Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan5) kita hendaklah berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan6) Kita hendaklah menyedari tentang bahaya dan kesan buruk dadah7) Kita hendaklah memilih jalan hidup yang sejahtera8) Kita janganlah memilih jalan hidup yang gelap,salah dan songsang9) Kita hendaklah bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan

Jawab soalan1. Nyatakan kesan-kesan penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat dan negara.

2. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan penyalagunaan dadah.

SAJAK: Kata-Kata (Hashim Yaacob)

Suaikan rangkap sajak dengan maksudRangkap Sajak Maksud

1Kalau kita dicerca dengan katakita diam tak terkata.Pertahankanlah maruah kitalawan kata dengan kata.

Jika kita ditengking atau dicerca, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri.

2Kalau mereka mengherdik dengan katacarilah daya kata.Kalah kitajangan kerana putus kata.

Negara kita mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran kata-kata di meja rundingan.

3Ini martabat bangsa kitaini kedaulatan negara kitakita peliharadengan kepantasan kata daripada kepala.

Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan diri dengan membalas balik kata-kata tersebut.

4 Kita merdeka bukan kerana senjata.Kita merdeka kerana bijak kata.

Penyajak menyeru semua anak muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka terbela.

5Aduhai anakandaKalau hidup mahu terbelapandailah mengucap kata.

Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan. Kita berpidato atau berhujah dengan spontan.

TemaKebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain.

NadaPatriotik

9

Page 11: Modul Komsas t3 - Latihan

Persoalani. Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan. Kemahiran berhujah membolehkan

seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah.

ii. Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri bangsa dan menjulang nama negara.

iii. Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa membolehkan kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara.

iv. Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka menerusi rundingan bukannya melalui peperangan.

Gaya Bahasa - Tuliskan Gaya bahasa yang berkaitan dengan baris sajak yang diberi

Gaya Bahasa Contoh

1) Asonansi kita diam tak terkata.

2) Bahasa istana Pertahankanlah maruah kita.

3) Anafora Kita merdeka bukan kerana senjata.Kita merdeka kerana bijak kata.

4) Aliterasi Aduhai anakanda

5) Epifora Janganlah kita diam tak terkata.

6) Sinkope Ini martabat bangsa kitaini kedaulatan negara kita

Nilai Murni – Suaikan nilai Murni bagi contoh ayat dalam sajak

Nilai murni Contoh ayat dalam sajak

1) Keberanian Bijak dalam berkata-kata dan berhujah.

2) Tanggungjawab Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata.

3) Rasional Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca.

4) kebijaksanaan Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

Pengajaran1) Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.

2) Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

3) Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina.

4) Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita.

Jawab soalan1. Apakah kepentingan berkomunikasi dengan cara yang bijak dan bahasa yang baik .

2. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dengan bahasa yang baik.

SAJAK: Keusangan Budaya (Roshilawati Razlan)

Sajak Maksud

1Ketika dulukelihatan sang dara bersimpuh ayubersalut songket tenunan Melayumengayam segar

Penyajak menggambarkan ketika zaman dahulu masih terdapat gadis Melayu begitu bersopan santun dengan pakaian tradisional.

2

Kelihatansang teruna menebang araberbaju Melayu warisan bangsameniup seruling bamboomerdu dan sayu

Pemuda pada zaman dahulu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan.

3

Ketika initiada lagi sang dara ayutiada juga teruna gagahkini yang ada cumatubuh-tubuh lesutubuh-tubuh kaku

Kini, keadaan telah berubah. pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya kemelayuan sejati. Anak-anak Melayu sudah hilang jati diri. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak bersemangat.

4Kedengaranirama gamat menodai kedamaianseruling bambu diam keusangansongket dan batik muram disisihkan

Kini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional turut dipinggirkan.

5Ayahanda bonda di pondokMemaku nobat di sisiMelihat sayu Sang Sita DewiYang using tidak bermaya lagi

Hanya golongan tua sahaja yang masih menjulang budaya lama. Kini mereka hanya mampu mengenang sejarah kegemilangan budaya Melayu yang sudah ditinggalkan oleh golongan muda.

TemaAdab dan budaya bangsa Melayu yang perlu dipertahankan. Golongan muda perlu menjaga warisan dan budaya bangsa.

10

Page 12: Modul Komsas t3 - Latihan

Persoalani. Amalan budaya Melayu dalam kalangan golongan muda yang dipinggirkan. Generasi hari ini lebih suka

terikut-ikut dengan budaya asing.

ii. Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian. Gadis-gadis Melayu dahulu digambarkan bersopan santun dan pemuda-pemudanya pula mengamalkan budaya Melayu.

iii. Pengaruh budaya asing yang kini telah mengambil alih budaya kemelayuan. Anak-anak muda kini lebih tertarik dengan budaya asing.

iv. Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula. Golongan tua yang masih menjulang budaya lama berharap agar sejarah kegemilangan budaya Melayu dapat dikembalikan.

v. Masyarakat kini yang kurang mempertahankan budaya tradisi. Anak-anak muda lebih gemar alunan muzik dari barat berbanding alunan muzik tradisional.

Gaya Bahasa - Tuliskan gaya bahasa yang berkaitan dengan baris sajak yang diberi

Gaya Bahasa maklumat Contoh

1 memberi sifat manusia kepada sesuatu yang tidak bernyawa

irama gamat menodai kedamaian,seruling bambu diam keusangan.

2 pengulangan kata ‘tiada’pada awal baris secara berturutan

tiada lagi sang dara ayutiada juga teruna gagah

3 ayahanda.

4 pengulangan vokal ‘u’ bersalut songket tenunan Melayu.

5 pengulangan konsonan ‘m’ irama gamat menodai kedamaian.

6 susunan perkataan yang terbalik di dalam ayat melihat sayu Sang Sita Dewi.

Nilai Murni – Tuliskan nilai murni bagi contoh baris sajak yang diberi.

Baris dan rangkap Nilai murni Pengajaran Contoh

kelihatan sang dara bersimpuh ayu(Rangkap 1 baris 2)

Gadis remaja hendaklah bersopan santun dalam pertuturan seharian.

Gadis duduk dengan tertib dan sopan.

kini yang ada cumatubuh-tubuh lesutubuh-tubuh kaku(Rangkap 3 baris 3, 4, 5)

Pemuda-pemudi haruslah rajin bekerja dalam kelangsungan hidup.

Pemuda rajin bekerja.

berbaju Melayu warisan bangsa(Rangkap 1 baris 2)

Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.

Bangga dan menghargai pakaian tradisi dan irama Melayu.

Memaku nobat di sisi( Rangkap 5 baris 2)

Janganlah kita tergamak membiarkan generasi lama bersedih melihat budaya lama dilupakan.

Bertanggungjawab menjaga warisan dan budaya bangsa.

Pengajaran1. Golongan muda hendaklah mengekalkan warisan pakaian tradisional kita.2. Golongan muda janganlah mudah terpengaruh dengan budaya asing.3. Kta mestilah mempunyai jati diri yang kuat.4. Golongan muda perlulah rajin berusaha.5. Kita perlulah menjaga perasaan golongan tua.6. Generasi muda perlulah memperlajari seni warisan lama.7. Untuk menjadi bangsa yang disegani, kita perlulah mencintai warisan budaya bangsa.

Jawab soalanPada pendapat anda apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menggalakkan rakyat malaysia memakai pakaian tradisional

SAJAK: Seorang Insan Istimewa (Natasya Puteri)

Suaikan rangkap sajak dengan maksud

Rangkap Sajak Maksud

1

Dia tidak pernah memintauntuk lahir sebegitu rupanamun kecilnya dirimenyanggah takdir Yang Maha Esasebuah suratan tertulis sudahsebuah kehidupan tetap harus diteruskan.

Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.

2

Seorang insan istimewamenapak dalam redamenggalas payah dalam senyum paksabetapa pun simpati mata memandangpasti tiada bandingandengan derita dirimenempuh cabaran.

Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.

3

Seorang insan istimewaanugerah suatu ujianamanah suatu tuntutanbiar sukar mesti disempurnakanluas buanamereka tetap punya ruangmeneruskan kehidupanselagi Tuhan mengizinkan.

Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

4

Bantulah, bimbinglahseikhlas hati setulus budiTuhan pasti merestui.

Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

TemaDugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Persoalan

11

Page 13: Modul Komsas t3 - Latihan

i. Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan.

ii. Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan sempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya.

iii. Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.

iv. Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri insan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.

v. Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa. Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkan oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Gaya Bahasa - Tuliskan gaya bahasa yang berkaitan dengan baris sajak yang diberi

Gaya Bahasa maklumat Contoh

1Pengulangan kata pada awal baris secara berturutan

sebuah suratan tertulis sudahsebuah kehidupan tetap harus diteruskan.

2 Pengulangan kata di tengah baris anugerah suatu ujianamanah suatu tuntutan

3 Pengulangan vokal ‘e’ meneruskan kehidupan.

4 Pengulangan konsonan ‘b’ bantulah, bimbinglah.

5 Susunan perkataan yang terbalik di dalam ayat biar sukar mesti disempurnakan.

Nilai Murni

Nilai murni Contoh

Keredaan Reda menerima takdir diri yang cacat.

Ketabahan Tabah menerima takdir diri yang cacat.

Simpati Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

Bantu-membantu Bersedia membantu orang yang kurang upaya.

Keikhlasan Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.

Amanah Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

Bertanggungjawab Semua insan yang sempurna bertanggungjawab menolong golongan kurang upaya.

Pengajaran1) kita hendaklah pasrah dalam menerima takdir Ilahi

2) kita hendaklah tabah dalam menghadapi cabaran hidup

3) kita hendaklah tolong-menolong sesama anggota masyarakat

4) kita hendaklah ikhlas / tulus dalam menolong orang lain

Jawab soalan1. Apakah sifat-sifat terpuji yang perlu ada pada seorang insan yang kurang upaya?

2. Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang harus dilakukan untuk membantu golongan kurang upaya.

SAJAK: Rumput (Khadijah Hashim)

Rangkap Sajak Maksud

1

Baru saja hendak mendongakaku sudah dipijakbaru saja hendak berbedakdiserbu debu menutup mukacuaca panas angin keringditambah lagi bau busuk asap lorisesak nafas bagai menunggu matimujur embun pagi membersih diri.

Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat untuk bangun dia sudah ditindas oleh seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.

2

Baru saja tangan hendak menaridatang pemotong rumputlalu dipotongnya jari doasi pemotong rumputcepat panjangcepat dapat wang!

Sebelum sampai hajatnya menunjuk bakat, ada pula yang memperkecil bakatnya tanpa menghiraukan nasib golongan susah demi keuntungan mereka semata-mata.

3 Nasib rumput di tepi jalantak sehijau rumput di padang.

Penyajak menyatakan keluhan orang susah yang tiada apa-apa lebih malang berbanding orang susah yang masih ada tempat berlindung.

TemaRintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah. Golongan miskin selalunya dipandang rendah oleh orang lain.

Persoalani. Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin

ii. Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin.

iii. Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan.

iv. Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Nilai Murni

12

Page 14: Modul Komsas t3 - Latihan

Nilai murni Contoh

1) Ketabahan Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

2) Kegigihan Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

Gaya Bahasa- Suaikan gaya bahasa yang berkaitan dengan baris sajak yang diberi

Gaya Bahasa Contoh

1) Sinkope – Singkatan perkataan diserbu debu menutup muka.

2) Personifikasi – member sifat manusia kepada sesuatu yang tidak bernyawa tak sehijau rumput di padang.

3) Anafora- pengulangan kata pada awal baris secara berturutan

Baru saja hendak mendongakbaru saja hendak berbedaksesak nafas bagai menunggu matilalu dipotongnya jari doa

4) Asonansi – pengulangan vokal ‘u’ cepat panjangcepat dapat wang!

5) Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’ bagai menunggu mati.6) Simile – Perbandingan setara yang

menggunakan perkataan seperti, bagai, bak dan ibarat

ditambah lagi bau busuk asap lori.

Pengajaran1) Kita janganlah menghina orang susah atau miskin.

Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah.

2) Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin.

3) Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang.

4) Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau miskin.

Jawab soalan1. Apakah sikap yang perlu diamalkan oleh sesorang dalam berhadapan dengan golongan miskin.

2. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk meningkatkan taraf hidup supaya tidak dipandang hina oleh orang lain.

SAJAK: Orang Tua : Puspa Rani a/p Munusamy

Suaikan rangkap sajak dengan maksud

Rangkap Sajak Maksud

1

Nampakkah kauwanita tua di tepi jalanmukanya comot rambutnya kusutmembawa bersamanya beg usangberjalan ke sana ke maritanpa suatu destinasi.

Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib orang tua yag terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih memilukan apabila mayatnya tidak dihiraukan dan tiadawaris yang menuntut mayatnya di bilik mayat.

2

Nampakkah kaulelaki tua di hujung jalankemejanya kotor seluarnya rabakduduk di sudut tanggamenunggu sisa makanan di restoran mamakuntuk mengalas perut yang kosong.

Penyajak menjelaskan bahawa kita adalah serupa kerana kita semua ialah makhlukciptaan Tuhan. Yang berbeza antara kita dengan orang tua itu ialah orang tua itu tidak dipedulikan oleh anak-anaknya. Hal ini disebabkan rendahnya moral dan hati budianak-anaknya

3

Nampakkah kaudarah berlumuran di jalan rayamayat si tua dibiarkan di situdandi bilik mayat pulatiada siapa datang menuntutnya.

Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap seorang lelaki tua yang begitu daif hidupnya. Lelaki tua itu tiada tempat kediaman. Dia hanya duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan daripada restoran mamak.

4

Nampakkah ia sepertimumereka juga dicipta oleh-Nyatetapi bezanya mereka diabaikanditinggalkanoleh anak-anak jahil yang tidak berbudinampakkah kau?

Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib seorang wanita tua yangmerempat di tepi jalan dalam keadaan yang tidak terurus. Wanita tua itu berjalan tanpahaluan sambil membawa begnya yang buruk.

TemaTema sajak ini ialah kesengsaraan yang dialami oleh wanita tua akibat diabaikan.

Persoalani. Penderitaan hidup warga tua.ii. Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi.i. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Nilai murniNilai contoh

i. Kasih sayang. kasih sayang terhadap kedua ibu bapa perlu disemai agarperasaan tersebut kekal berpanjangan.

ii. Mengenang budi. membalas segala jasa yang telah dicurahkan olehkedua ibu bapa.

13

Page 15: Modul Komsas t3 - Latihan

iii. Keprihatinan mengambil berat terhadap ibu bapa.

Nada - Sinis

Gaya Bahasa- Tuliskan contoh bagi gaya bahasa yang di beri

Gaya Bahasa Contoh

Sinkope mengalas perut.

Peribahasa Kau, mu.

Bahasa puitis tiada siapa datang menuntutnya.

Asonansi - pengulangan vokal ‘a’

Membawa bersamanya beg usang.

Aliterasi - pengulangan konsonan ‘m’

mukanya comot rambutnya kusut.

Pengajaran1. Kita hendaklah memberikan kasih sayang terhadap golongan warga emas terutamanya ibu bapa.2. Kita hendaklah membalas budi kedua-dua ibu bapa kita. 3. Kita janganlah mementingkan diri.4. Kita janganlah lupa akan jasa ibu bapa kita.

Isikan tempat kosong dengan perkataan-perkataan yang sesuai bagi menggambarkan maksud sajak yang ingin disampaikan.

Sajak ini menggambarkan penyajak yang mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib seorang

_______________ yang merempat di tepi jalan dalam keadaan yang tidak _______________. Wanita itu

berjalan tanpa haluan sambil membawa begnya yang buruk. Penyajak juga mempersoalkan

_______________kita terhadap seorang lelaki tua yang begitu daif hidupnya. Lelaki tua itu tiada

_______________. Dia hanya duduk di sudut tangga menunggu _______________ dari restoran mamak.

Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib orang tua yang dibiarkan akibat _______________

jalan raya. Lebih memilukan apabila tiada _______________yang menuntut mayatnya di bilik mayat. Penyajak

menjelaskan bahawa sebenarnya kita serupa kerana kita semua ialah _______________ciptaan Tuhan. Yang

berbeza antara kita dengan orang tua itu ialah orang tua itu tidak _______________ oleh anak-anaknya. Hal

ini disebabkan oleh rendahnya moral dan _______________ anak-anaknya.

Jawab soalan1. Bagaimanakah keadaan orang tua yang digambarkan dalam sajak?2. Pada pendapat anda bagaimanakah cara generasi muda untuk menghargai dan membalas jasa golongan

warga emas.

PROSA TRADISIONAL: Hikayat Seri KelantanSinopsis

Raja perempuan Tanah Serendah Kebun Kunga Cerangtegayung, iaitu _____________________ tidak mempunyaui suami dan anak. Encik Siti mengambil anak perempuan Raja jembal, bernama _______________________ sebagai anak angkatnya. Encik Siti mengahwinikan Raja Abdullah (anak raja Jembal) dengan Tuan Puteri Sa’adung. Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan ditabalkan sebagai raja negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan Kota Jelasin dan menjadi perintah di Kota Jelasin. Manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.

Raja Siam memerintahkan raja dan hulubalangnya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda terlalu ingin memiliki _____________________. Raja Siam menitahkan ahli nujum bernama _______________ menghadap Sultan Abdullah dan menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Sultan Abdullah marah lalu menghalau utusan Raja Siam. Ini meyebabkan tentera Siam menyerang Kota Jelasin. Tentera Siam telah tewas kerana kesaktian Tuan Puteri Sa’dung.

Takdir Tuhan, negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ditimpa kebuluran dan rakyatnya melarikan diri. Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam. Tuan Puteri Sa’dung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, supaya terangkat kota dan mahligainya jatuh di dalam hutan. Seluruh kota dan istana ____________lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana dan negerinya dinamakan Mahligai. Ahli nujum Tuk Ca mengetahui Tuan Puteri Sa’dung berada di dalam Cerang Bahana.

Rombongan Raja Siam mengepung mahligai Tuan Puteri Sa’dung. Tuan Puteri Sa’dung tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyatnya berpecah-belah. Tuk Ca memberitahu bahawa Raja Siam tidak mahu menakluk negeri baginda tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isteri kesayangannya menurut kehendak Raja Siam kerana tidak mampu menentang Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sa’dung tiada pilihan lain akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca ke Siam.

Tema Kecantikan dan keistimewaan seorang puteri yang mempunyai kelebihan luar biasa.

Persoalan1. Mengambil hak orang lain – Raja Siam sanggup menggunakan kekerasan untuk mengambil hak orang lain

iaitu Puteri Sa’dung walaupun Tuan Puteri sudah bersuami.2. Kasih sayang antara suami dan isteri – Sultan Abdullah dan Puteri Sa’dung sayang antara satu sama lain

dan berasa sangat sedih ketika hendak berpisah.3. Taat setia kepada raja – Rakyat Siam sangat taat kepada rajanya dengan menyerang negeri Tanah

Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung walaupun hanya untuk merampas Tuan Puteri Sa’dung daripada Sultan Abdullah.

Nyatakan Watak dan Perwatakan Watak : Tuan Puteri Sa'dung Watak : Sultan Abdullah

Perwatakan1

2

3

4

5

PerwatakanNama asalnya Raja Abdullah.Memerintah negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.Suami Tuan Puteri Sa'dung.Berpendirian tegas dan beraniSayang akan isterinya.Sanggup berkorban.

Latar

Masa Pada zaman dahulu.40 hari 40 malam

Tempat Di negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.Di Kota Jelasin.

14

Page 16: Modul Komsas t3 - Latihan

Di Cerang Bahana.Di Gunung Ayam.Di Mahligai.Di benua Siam.

Masyarakat

Masyarakat berketurunan raja.Masyarakat yang menunjukkan kekuasaan.Masyarakat yang akur terhadap perintah.Masyarakat yang memiliki ilmu sakti.Masyarakat yang bertolak ansur.Masyarakat yang bersabar apabila ditimpa bencana.

Gaya BahasaGaya Bahasa Contoh

a) Bahasa istana. bertitah; menghadap; murka.b) Bahasa Arab. takdir Allah subhanahu wataa/a.c) Bahasa klasik. tuha-tuha; suak; dilekung; ceterakan.d) Peribahasa. buah hati cahaya mota.

NilaiNilai Contoh

Nilai Kasih sayang. Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila baginda berdua terpaksa berpisah

Nilai taat setia Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung.

Nilai cinta akan tanah air Sultan  Abdullah   sanggup  berpisah  dengan  Tuan  Puteri  Sa’dung  demi menyelamatkan tanah air  baginda daripada serangan tentera Siam.

Pengajaran1. Kita hendaklah taat setia kepada raja. 2. Kita hendaklah bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 3. Kita hendaklah bersatu padu dalam menjaga kedaulatan negara. 4. Janganlah kita mengambil hak orang lain. 5. Kita hendaklah berunding secara damai untuk mendapatkan sesuatu.

Jawab soalan1. Apakah tindakan anda jika anda menghadapi dilema seperti Puteri Sa’adung.

PROSA TRADISIONAL: Hikayat Patani Sinopsis

Hikayat ini mengisahkan asal-usul raja _______________________. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Putera baginda bernama Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Semasa berburu anjingnya mengejar pelanduk putih tetapi

pelanduk itu _________. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri, bernama Encik _________. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa bercadang membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang. Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Orang Pasai Syeikh Said dari Pasai bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama ________ sekiranya baginda sembuh. Setelah sembuh baginda _______ _______. Selepas dua tahun baginda kembali sakit dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ________. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubatinya lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan ___________. Baginda merasa aib kerana negerinya tidak mempunyai meriam. Baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama _______________ bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak menyuruh muridnya Abdul Mukmin menjual tembaga kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap dan sultan mengarahkan Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Tuk Besar izin sultan untuk mengebumikan mayat tersebut. Semasa pengebumian kedua-dua mayat itu _____________. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Setelah siap meriam tersebut tidak boleh digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

TemaPeristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar Al-Salam.

Persoalan(a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan kota.(b) Kebolehan luar biasa dalam menyembuhkan penyakit.(c) Keberanian dan ketegasan dalam menegakkan kebenaran.(d) Mengotakan janji yang telah dibuat.(e) Peristiwa pengislaman raja, pembesar, dan rakyatnya.

Watak dan PerwatakanWatak Perwatakan

Phaya Tu Naqpa

Nama asal ialah Phaya Tu Antara.Nama lslamnya Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam.Raja di Kota Mahligai.Gemar berburu binatang.Berusaha membuka kota.Tidak menepati janji.Mempunyai tiga orang anak.

15

Page 17: Modul Komsas t3 - Latihan

Syeikh SaidBerasal dari Pasai.Tabib dan pendakwah yang penyabar.Tegas membuat keputusan.Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Latarlatar Masa Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa sebelum dan selepas memeluk Islam.

latar Tempat

Di negeri Patani Dar ai-Salam.Di Kota Mahligai.Di Ayuthia.Di Lancang.Di Pintu Gajah.Di Jambatan Kedi.

latar Masyarakat

Masyarakat feudal.Masyarakat yang taat kepada raja.Masyarakat pendakwah.Masyarakat yang menepati janji.Masyarakat yang kegemarannya suka berburu binatang.Masyarakat yang sanggup melanggar undang-undang untuk mencari keuntungan.

Gaya Bahasa – Tuliskan Gaya Bahasa yang digunakan dalam Hikayat patani berdasarkan contoh yang diberiGaya bahasa Contoh

1. tuanku; berangkat; bersemayam; menitahkan; murka.2. syafaat; takdir.3. kararlah; tabib; wangkang.

Nilai(a) Menepati janji.(b) Ketegasan.(c) Baik hati.

Pengajarana) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. b) Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran. c) Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan. d) Kita hendaklah menepati janji yang dibuate) Kita perlulah tegas menguatkuasakan undang-undang.f) Kita hendaklah bersabar terhadap tingkah laku seseorang.g) Kita perlulah bersiap sedia menyediakan kelengkapan untuk mempertahankan negara.h) Kita perlulah taat kepada pemimpin.

PROSA TRADISIONAL: Hikayat MarakarmaBab 14Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan

Maharaja Indera Dewa marah apabila Maharaja Marakarma menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari meminta izin ayahanda dan bonda mereka untuk berperang. Ramai yang tewas dalam peperangan, mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerak di tengah padang. Hanya Maharaja Indera Dewa sahaja terselamat.

Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa. Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa berpesan supaya Maharaja Marakarma menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.

Setelah mendengar berita kemangkatan ayahandanya, Puteri Nila Cahaya berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Bondanya juga mangkat terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Sebelum pulang ke negeri Puspa Sari, Maharaja Marakarma telah mengarahkan Raja Rum Syah Ke negeri Anta Beranta yang telah kematian maharajanya. Kemudiannya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari bertemu pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam peperangan dan kemudiannya mereka pulang ke negeri Puspa Sari.

Maharaja Marakarma bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya dan ingin ditabalkan menjadi raja di negeri Anta Beranta. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta.

Bab 15Maharaja Negeri Mercu Indera

Seluruh rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa itu, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara membaca surat tersebut. Surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah surat dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda menyambut & meraikan rombongan tersebut.

Genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera.

TemaHubungan yang erat antara kerabat diraja.

Persoalan(a) Keberanian untuk menempuh segala rintangan.(b) Tanggungjawab bapa terhadap puterinya.(c) Kebijaksanaan raja dalam meluaskan jajahannya.(d) Penderitaan yang diakhiri dengan kebahagiaan.

Watak dan PerwatakanWatak Perwatakan

Maharaja Marakarma

Putera kepada Maharaja lndera Angkasa.Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.

16

Page 18: Modul Komsas t3 - Latihan

Ditabalkan sebagai maharaja negeri Mereu lndera.Taat & menurut perintah ayahanda baginda agar berperang dengan Maharaja lndera Dewa.Mahir memanah & dapat menandingi kemahiran memanah & kesaktian Maharaja lndera DewaBerani dan tidak gentar untuk menentang Maharaja lndera Dewa.Memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Tuan Puteri Nila Cahaya dengan baik.

Raja Mengindera Sari

Putera kepada Maharaja lndera Angkasa.Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Mara karma.Raja negeri Pelanggam Cahaya.Taat dan menurut perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja lndera Dewa.Berani.

Latar

latar Masa Pagi.Empat puluh hari empat puluh malam.

latar Tempat Di negeri Puspa Sari.Di negeri Anta Beranta.Di negeri Mereu lndera.

latar MasyarakatMasyarakat feudal.Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.Masyarakat yang bertanggungjawab.Masyarakat yang penyayang.Masyarakat yang taat setia..

Nilai(a) Keberanian. (b) Kerjasama.(c) Amanah. (d) Kasih sayang.(e) Bertanggungjawab.

Pengajaran(a) Kita hendatdc:- Jerani ketika menentang musuh.(b) Kita hendakian beKe~asama dalam melaksanakan sesuatu tugas.(c) Kita hendakiah amanah ketika mengendalikan tugas yang diberikan.(d) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.(e) Kita hendaklah mematuhi perintah ibu bapa.PROSA TRADISIONAL: Hikayat Inderaputera Kuda Janggi GerdanaSinopsis

Seorang putera raja -Inderaputera ingin mengembara. Setelah diizinkan oleh bondanya, Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram, Inderaputera mengembara sehingga ke sebuah gua, tempat perbendaharaan Raja Baharum Tabiq yang terbina daripada batu berwarna ________ dan pintunya dibuat daripada tembaga suasa. Di pintu gua itu, terdapat seekor _______ yang terlalu panjang dan besar. Ular itu menyerang Inderaputera tetapi baginda berjaya memarang kepala ular itu hingga mati.

Gua itu terlalu luas dan banyak bilik yang penuh dengan barangan berharga. seperti emas, perak, pakaian yang indah-indah, alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian raja-raja dahulu kala.Tidak satu pun barang tersebut diambil oleh___________. Apabila Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor _______ hijau menyerangnya. Kuda itu dijinakkan oleh Inderaputera menggunakan bahasa ______ dan mereka bersahabat. Inderaputera menjumpai pelana bertatahkan batu permata dan tertulis “Janggi Gerdana” lalu diletakkan di atas kuda itu. Kuda itu diberi nama “_______ ________”. Janggi Gerdana memberitahu terdapat cembul kaca putih di kepala ular Mamdud dan di dalamnya terdapat suatu “Bedi Zahar” berhikmat yang boleh ____________ orang mati. Inderaputera terus mendapatkan “Bedi Zahar” tersebut.

Di negeri Zainun, pemerintahnya ialah Raja Puspa Pandai berketurunan jin Islam manakala isteri baginda bernama Tuan Puteri Puspa Seri Gading berketurunan manusia. Puteranya bernama Dinar Puspa manakala puterinya bernama _____________________________. Rakyatnya berupa pelbagai jenis beruk pada siang hari dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam. Untuk mengelakkan bencana dan fitnah terhadap puterinya, baginda membina sebuah mahligai indah di Padang Anta Berahi, dilengkapi pelbagai ciri keselamatan dengan agar puterinya terhindar daripada segala bencana. Seekor tiung dan bayan disuruh menjaga dan menghiburkan puterinya setiap hari. Setelah Puteri dewasa, bayan keluar mencarikan calon suami untuk baginda. Malangnya semua putera raja gagal mendekati tuan puteri kerana tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu mati. Berpuluh-puluh orang anak raja cuba mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela telah mati. Janggi Gerdana membawa Inderaputera terbang sehingga ke mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Inderaputera memperkenalkan diri dan asal usulnya. Mendengar penjelasan itu, Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela terus menceritakan asal-usulnya serta peristiwa yang melibatkan anak-anak raja yang telah mati. Inderaputera terus menggunakan _____ ______ untuk menghidupkan semua anak raja yang telah mati tergelincir. Dengan izin Tuhan, semua anak raja tersebut hidup kembali dan bersyukur kepada Tuhan serta mendoakan kesejahteraan Inderaputera kerana membantu menghidupkan mereka. Kesaktian Inderaputera menarik hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Lalu dibawanya bertemu ayahandanya, Raja Puspa Pandai dan disuruh duduk di sebuah kerusi emas. Apabila malam tiba Inderaputera berasa sangat pelik melihat semua keluarga beruk menjadi manusia dan seterusnya Inderaputera dihidangkan dengan makanan dan hiburan yang menarik. Begitulah Inderaputera dilayan setiap hari sepanjang dirinya berada di sana.

TemaKeberanian dan kesaktian putera raja. Kehebatan Kuda Janggi Gerhana menggambarkan kesaktian pada Inderaputera mendapat “Bedi Zahar” sehingga berkahwin dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

Persoalan(a) Bersikap berani ketika menentang musuh.(b) Kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban.(c) Percakapan yang bersopan dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya.(d) Sikap tidak mengambil hak orang lain merupakan budi pekerti yang mulia.(e) Sikap merendah diri dalam kehidupan.(f) Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Watak dan PerwatakanWatak Perwatakan

lnderaputera

Ayahandanya bernama Bikrama Buspa.Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya I ram.Tampan, berani, dan berbudi pekerti mulia.Memiliki kesaktian yang dimanfaatkan untuk membantu orang lain.

Kuda Janggi Gerdana

Kuda hijau yang ditemukan di dalam gua perbendaharaanRaja Baharum Tabiq.Pandai berkata-kata.Mudah tunduk pada puji-pujian dan kata-kata yang lembut.

Latar

latar Masa Pada zaman feudal.Pada waktu siang dan malam.

latar TempatDi gua perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.Di Padang Anta Berahi.Di mahligai.Di istana.Di negeri Zainun..

17

Page 19: Modul Komsas t3 - Latihan

latar Masyarakat Masyarakat yang mempunyai unsur kesaktian.Masyarakat yang patuh akan pemerintah.

Gaya Bahasa –tuliskan Gaya Bahasa berdasarkan contoh yang diberiGaya bahasa Contoh

1. hamba; banda; tuanku

2.hidungnya itu laksana kuntum melurtelinganya seperti telepok layuseekor kuda Hijau datangnya seperti kilat.

3. laut berahi4. pinggangnya bunga setangkai.

5.

Celuk kaca di atos pintu,Kayu cempedak dapat dirapat;Orang sukar sahaja begitu,Orang arif maka mendapat.

Nilai(a) Keberanian. (b) Bekerjasama.(c) Kesyukuran. (d) Kasih sayang.(e) Menghargai jasa.

Pengajaran(a) Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada pemerintah.(b) Kita hendaklah bersemangat kental dalam menghadapi sebarang cabaran.(c) Kita hendaklah berganding bahu dalam menjalankan tugas supaya dapat meringankan beban.(d) Kita hendaklah menggunakan kelebihan yang kita miliki untuk membantu orang lain.(e) Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.

CERPEN: Mutiara Bonda (Osman Ayob)SinopsisCerita ini mengisahkan seorang ibu yang telah membesarkan empat orang anaknya. Suaminya bernama Lebai Sidi telah meninggal dunia akibat sakit jantung semasa menjalani hukuman penjara kerana difitnah membawa dadah. Pada masa itu adik masih dua bulan dalam kandungan. Mohd, Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang , diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggal. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula, setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara, bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai

TemaKegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya dalam pelajaran.

Persoalan1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.2. Bertawakal dan berdoa kepada Tuhan.3. Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan.4. Keciciran pelajar luar bandar.5. Gejala sosial dalam kalangan remaja.6. Tekanan hidup anak bekas banduan.

7. Keinsafan dalam kehidupan.Plot

PermulaanBonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya . Ketika Mohd Harraz berusia 10 hingga 12 tahun dia sangat nakal dan degil.

PerkembanganGambaran kenakalan dan kedegilan Mohd Harraz sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya.

Konflik Konflik timbul apabila Mohd Harraz memberitahu bahawa dia mahu berhenti sekolah . Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu memberi muka kepada Mohd Harraz.

Klimaks Ketika adik hendak bertemu dengan kawannya dia terlibat dalam kemalangan jalan raya . Pondok dusun yang hendak dikunjungi adik telah diserbu oleh pihak polis. Adik bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut.

PeleraianAdik bersyukur kerana tidak berada dipondok itu, dia telah insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya ,Mohd Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan

Pengajaran1. Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.2. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.3. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.4. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.5. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.6. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan .Watak dan Perwatakan- tuliskan perwatakan

Watak Perwatakan

Watak utamaAdik

1. Nama penuhnya Mohd Harraz bin Lebai Sidi2. Anak lelaki _____________daripada empat orang adik-beradik.3. Seorang yang ________ dan keras hati.4. Malas bersekolah dan terlibat dalam __________________ .5. Seorang yang panas baran.6. ____________setelah terlibat dalam kemalangan.7. Melanjutkan pelajar di _____________________________

Watak SampinganBonda

Seorang ibu ___________________Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang ______________.Gigih membesarkan anak-anak.Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.Mendidik anak dengan _______________.Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

LatarLatar Masa Waktu pagi , Waktu senja, Waktu malam

Latar Tempat Rumah Bonda, Pondok Dusun, Hospital

Latar Masyarakat

Masyarakat yang gigih mendidik anak.Masyarakat yang terlibat dakam penagihan dadah.Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Gaya Bahasa

18

Page 20: Modul Komsas t3 - Latihan

Gaya bahasa ContohPersonifikasi Timbul rasa kagum akan kecekalan sang suria menghadapi bilah-bilah hari.

Hiperbola kata-kata berapi yang membakar kepala, berasap-asap bara meluat saya

Metafora Setem duka, album pengalaman, sampul kehidupan

Sinkope Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”

Simile bonda bagai tercampak ke pulau hana, ibarat mengumpul setem

Peribahasamengembalikan manikam ke dalam cembulnyabersengkang mata, bendera putih

Nilai - Tuliskan Nilai murni yang terdapat dalam drama Mutiara Bonda

Jawab soalan1. Berdasarkan cerpen, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.

2. Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.

3. Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka ponteng sekolah pada masa ini?     CERPEN: Segala yang Tercinta Ada di Sana

(Zainal Rashid Ahmad)SinopsisCerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

Tema Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung. Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka. Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian.

Persoalan

Persoalan Contoh

1Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.

Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.

2 Pendidikan agama dalam masyarakat.

Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat

3 Ketaatan kepada guru. Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat 

kepada guru mengaji dan imam kampung.

4 Kemiskinan masyarakat di kampung

Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.

Gaya Bahasa Gaya bahasa Contoh

1 Kata Gandatua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.

2 Simile Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

3 Pengaruh Bahasa Asing Kalau  dia kata jangan,  maka  segera kami  jauhi;  kalau  katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

4 Pengulangan kata Kalau  dia kata jangan,  maka  segera kami  jauhi;  kalau  katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

Nilai- Nyatakan Nilai Murni berdasarkan contoh yang diberiNilai Contoh

1. Nilai ketaatan Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut.

2. Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.

3. Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.

4. Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

5.Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.

6. Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

Pengajaran Pengajaran contoh

i. Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.

Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong

ii. Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.

Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.

iii. Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.

Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.

19

Page 21: Modul Komsas t3 - Latihan

iv. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.

Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

v. Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.

Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.

Jawab soalan

1. Pada pendapat anda mengapakah seorang murid perlu mentaati dan menghormati guru.

CERPEN: Harga Sebuah Lukisan(Baharudin A. Manan)

SinopsisKamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya. Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

PersoalanPersoalan Contoh

1Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis. Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.

2 Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

3 Baik hati dalam kalangan murid sekolah.

Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama.

4 Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.

Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

5 Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.

Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.

6 Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang. Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya

Gaya Bahasa

Gaya bahasa Contoh

1 Peribahasa Membulatkan hatinya

2 Hiperbola Menusuk rongga hidung

3 Pengaruh Bahasa Asing Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

4 Simile macam nenek kebayan

5 Kata ganda Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Nilai - Nyatakan Nilai Murni berdasarkan contoh yang diberi

NILAI Contoh

1Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

2Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya.

3 Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.

Pengajaran Pengajaran Contoh

Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Kamal   Hijaz   membelek-belek   buku   kumpulan   lukisan   untuk mencari   idea   yang   akan   dilukiskan       dalam   pertandingan melukis.

Kita hendaklah berbudi bahasa. Maryati  mengeluarkan bekas  makanan dan mengajak    Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

Kita hendaklah bersemangat tinggi.

Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya   yang   dikhianati,   Kamal   Hijaz   masih   mampu bertenang   dan   meneruskan   lukisannya   dengan   yakin   dan berjaya.

Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.

Maryati   berasa   bersalah   dan   insaf   akan   kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta   maaf.

Kita hendaklah berhati mulia. Kamal   Hijaz   memaafkan   kesalahan   Maryati   yang   telah mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

20

Page 22: Modul Komsas t3 - Latihan

CERPEN: Budi Semangkuk Daging (Amy Suzani Ainuddin)

SinopsisMengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

TemaKepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian. Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Persoalan Persoalan contoh

1. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.

2. Larangan dalam agama.Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana  agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

3. Dendam yang berpanjangan. Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.

4. Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.

Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung.

Teknik PenceritaanTeknik Penceritaan contoh

Pemerian Memerihalkan Puan Ainun mencuba resepi baharu, -daging masak Minang.

Dialog Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.

Imbas Kembali Puan Ainun mengingati  kembali  peristiwa  dia   tidak  membeli  produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

Saspens Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.

Monolog Dalaman Sewaktu   Puan  Ainun   tertanya-tanya   di   dalam   hati   sebab   Cik   Punita   tidak menerima pemberiannya.

Monolog Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya.

Gaya Bahasa - Nyatakan gaya bahasa untuk contoh yang diberiGaya bahasa Contoh

1 Penggunaan bahasa Inggeris - best.

2 Perlambangan hatinya berasa kembang.

3“ Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam,” jawab Puan Ainun.

4Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.

5Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

6 Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.

Nilai - Nyatakan Nilai Murni berdasarkan contoh yang diberiNilai Contoh

i. Puan Ainun  menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu.

ii. Puan Ainun  membantu menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu.

iii. Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya.

iv. Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.

v.Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia 

memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Pengajaran i. Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain.Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

ii. Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran.

21

Page 23: Modul Komsas t3 - Latihan

Contoh: Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga  dan Puan Cheng menawarkan diri  untuk menolong   Puan Ainun membeli    barang-barang   kerana dia hendak ke kedai.

iii. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang 

tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.

iv. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.Contoh: Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama

jiran.

CERPEN: Mencari Nafas Baru(Ayusari MJ)

SinopsisCerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.

Tema Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru. Ana sanggup mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum tulang kepada muridnya Milah yang menghidap leukemia. Malangnya, Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

PersoalanPersoalan Contoh

i. Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.

Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

ii. Pengorbanan guru terhadap murid.

Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.

iii. Kasih sayang guru terhadap murid.

Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri.

iv. Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.

Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya.

v. Kepentingan perubatan moden.

Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional.

Gaya Bahasa - Nyatakan gaya bahasa untuk contoh yang diberiGaya Bahasa contoh

1. Tambahan pula, dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah 

benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar.

2. “Belum Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya.” keluh emak Maisarah

3. Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan.

4. Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

5. hutan dara

Nilaii. Nilai kasih sayang.

Contoh: Ana sangat menyayangi  Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri.

ii. Nilai pengorbanan.Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

iii. Nilai kerajinan.Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung.

iv. Nilai simpati.Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.

v. Nilai kegigihan.Contoh: Ana   dan   guru-guru   yang   lain   gigih   berusaha   untuk  menaikkan   nama   sekolah   dalam   bidang 

akademik dan kokurikulum.

vi. Nilai keprihatinan.Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah.

Pengajaran i. Kita hendaklah mengasihi sesama insan .

Contoh : Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri.

ii. Kita hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang lain.Contoh : Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

iii. Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.Contoh: Ana  rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit.

iv. Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.Contoh : Ramai   yang  bersimpati   apabila  mengetahui   bahawa  Milah   disahkan  menghidap     penyakit 

leukemia.

22

Page 24: Modul Komsas t3 - Latihan

SEBUAH PERJUANGANSINOPSISBaba

kSinopsis

1 Pangeran Syahbandar berucapan agar penduduk Sungai Padas menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.

2Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris tentang Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Pegawai Inggeris marah kerana Sungai Padas telah dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggeris memberi hadiah penghargaan kepada Jahul.

3 Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran Syahbandar. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk kampung yang belot.

4 Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot.

5Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris.

6Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau bertegas tetap meneruskan perjuangan.

7 Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris. Mereka berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

8Di pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas. Pihak Inggeris mendapat kebenaran Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela - kubu kuat Pangeran Syahbandar.

9 Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran Syahbandar mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.

10Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar tetapi mereka tidak berputus asa dan akan menyerang kubu tersebut dengan bantuan polis Sikh yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.

11Keadaan kelam kabut - kerana tembakan meriam polis kompeni menyerang kubu Pangeran Syahbandar. Awang cemas kerana bilangan polis kompeni yang ramai (bantuan polis Sikh) manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.

12

Pertempuran berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan agar berunding. Akhirnya Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

PEMIKIRANDrama ini mengetengahkan pemikiran perjuangan anak watan menentang penjajahan. Pangeran Syahbandar bertegas - kawasan Sungai Padas merupakan hak milik Sultan Hashim Jalilul Alam - mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur dalam keadaan serba kekurangan.

PERSOALANPersoalan Contohi. Kepentingan mempertahankan hak

kebebasan memerintah di negara sendiri.Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh anak watan.

ii. Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri. Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh.

iii. Kepentingan bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.

Pangeran Syahbandar  dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris   walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap.

iv. Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh.

Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat.

PLOTDrama ini mengikut kronologi - cerita bermula dengan Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas dan diakhiri dengan Pangeran Syahbandar bersetuju menyerah kalah apabila melihat anak buahnya terkorban.

Pembinaan ploti. Permulaan

Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas. Beliau menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris kerana daerah ini ialah kawasan mereka.

ii. PerkembanganJahul melaporkan tentang Pangeran Syahbandar berkuasa di Sungai Padas. Pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap pembelot-pembelot. Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.Tuanku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Berlaku pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni. Ramai polis kompeni dibunuh dan senjata api dirampas.Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

iii.KlimaksKeadaan kelam kabut apabila kompeni Inggeris dibantu oleh polis sikh menyerang kali ke dua. Bilangan polis kompeni lebih ramai membuatkan Awang berasa cemas tetapi Pangeran Syahbandar memberi kata semangat supaya berjuang habis-habisan.

iv. Peleraian Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor supaya berunding dan menghentikan peperangan kerana ramai pengikutnya terkorban. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi mereka bukan menyerah kalah. Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah. Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya menyerah diri.

TEKNIK PENCERITAANi. Teknik Pemerian - babak pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan polis Kompeni.ii. Teknik dialog - Jahul: (sedikit gugup) Betul tuan. Saya tidak salah dengar,tuan.

23

Page 25: Modul Komsas t3 - Latihan

iii. Teknik kejutan - Kota Manggalela diserang secara tiba-tiba oleh pihak Inggeris dengan bantuan anggota polis Sikh dari Perak selepas Pangeran Syahbandar menyangka mereka telah berundur.

WATAK DAN PERWATAKANWatak Perwatakan

Watak Utama

1. Pangeran Syahbandar

i. Tokoh pejuang di Sungai Padas.ii. Pemimpin yang berani. - tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang ramai.

iii. Pemimpin yang tegas. - bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap Kompeni Inggeris.

iv. Pemimpin yang rasional. - sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni Inggeris setelah pengikut-pengikutnya semakin ramai terkorban.

v. Pemimpin yang berkaliber. - telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap pembelot.

vi. Pemimpin yang bijak. - membuat persediaan rapi dengan membina kubu sebagai pertahanan menentang musuh.

Watak Sampingan

1. Awang

i. Pembantu kepada Pangeran Syahbandar. -sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang Kompeni Inggeris.

ii. Pemuda yang cinta akan tanah air. - bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin menguasai kawasan Sungai Padas.

iii. Berfikiran jauh. - mencadangkan  supaya berunding dan menghentikan peperangan.

2. Jahul

i. Tali barut Inggeris. - sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya kepada Pegawai Inggeris.

ii. Pemuda yang mudah termakan pujukan. - bersetuju memberikan maklumat  apabila  Pegawai Inggeris memberi hadiah.

3. Pegawai Inggeris

i. Wakil kompeni Inggeris di Sungai Padas.ii. Bijak mengatur strategi. - pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan memberikan ganjaran kepada Jahul.

LATARLatar Peristiwa

Latar Masa

i. Berlaku hampir 4 bulanAwang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan.

ii. Waktu malam.Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut Pengeran Syahbandar di Kota Manggalela.

iii. Waktu pagi.Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di kawasan Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris.

Latar Tempat

i. Di kawasan Sungai Padas.     Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa Kompeni Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi mereka sendiri.

ii. Pejabat Pegawai Inggeris.     Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di kawasan Sungai Padas.

iii. Kubu Kota Manggalela.     Kompeni Inggeris membedil kota Manggalela sebagai serangan balas.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat kampung yang mudah dipengaruhi.    Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris dan menjadi pembelot.

ii. Masyarakat kampung yang mudah dipengaruhi.    Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris dan menjadi pembelot.

iii. Masyarakat penjajah.     Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai  kawasan Sungai Padas.

iv. Masyarakat pemimpin yang bertimbang rasa.     Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh penduduk.

GAYA BAHASAGaya Bahasa Contoh

Kata pinjaman(bahasa Inggeris) Kata pinjaman(bahasa Inggeris)

Peribahasa Biar berputih tulang, jangan berputih mata, alang-alang mandi biar basah, kepala batu, biar kita mati berkalang tanah

Kata ganda tercunggap-cungap, saudara-saudara dan polis-polisSinkof/sinkope tu, tak kan, tapi

NILAI – Nyatakan Nilai Murni

1. Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas.

2. Kesetiaan Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air daripada kekuasaan Kompeni Inggeris.

3. Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban.

4.Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka. Mereka juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai kelengkapan senjata yang sesuai.

5. Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak Kompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.

PENGAJARANi. Kita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan.

Cth: Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas.ii. Kita hendaklah bersatu padu menentang penjajah.

Contoh: Pengikut-pengikut   kampung  bersama-sama  Pangeran  Syahbandar   dan  Awang  bersatu   padu menentang Kompeni Inggeris.

iii. Kita hendaklah berani menentang penjajah. Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni Inggeris.

iv. Kita mestilah setia kepada ketua. Contoh: Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan tanah air.

24

Page 26: Modul Komsas t3 - Latihan

CABARANSinopsisBabak Sinopsis

1

Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain.

2

Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan mengumpul modal untuk berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu anak-anak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah mengadakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama.

3Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap pemuda yang tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal.

4 Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji ketika berkempen bagi meraih undi.

5

Yahya berpendapat orang Melayu mesti melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi sebagai bukti orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas . Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi Muhammad.

6 Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.

Pemikiran Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat.

Persoalan i. Penentangan arus perubahan. Zainal yang sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan.ii. Kepentingan berpegang pada janji. Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa

berkempen untuk pilihan raya.iii. Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan

syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup.iv. Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam

masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa.

Plot Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

Pembinaan ploti. PermulaanPerbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa.

ii. PerkembanganPerbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang berbual kosong. Yahya mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung pelajaran agar dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan.Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka menyokongnya. Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan.iii. KlimaksFirdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi. Baginya adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya masyarakat harus mencipta generasi yang dinamis dan progresif.iv. Peleraian Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.

Teknik Penceritaan - Nyatakan teknik penceritaan berdasarkan contoh di beriTeknik Contoh peristiwa

i. Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.

ii. Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau.Hani      : Ani tak mengaku salah, Ani.

iii.Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.

Watak dan Perwatakan WATAK PERWATAKAN

Watak Utama

1. Yahya

i. Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah.ii. Pemuda kampung bersemangat tinggi. Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi 

mencapai kemajuan.iii. Berpandangan jauh dan berpendirian tegas. Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca 

kemunduran masyarakat Melayu.iv. Gigih berusaha. Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan 

Pembela Rakyat Desa.Watak Perwatakan

Watak Sampingan

1. Firdaus

i. Berfikiran positif. Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus.ii. Pemuda yang tetap pendirian. Firdaus percaya masyarakat  Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh Zainal.

iii. Bijak berhujah.

25

Page 27: Modul Komsas t3 - Latihan

Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal.

2. Zainal

i. Berfikiran negatif.Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan.

ii. Mementingkan diri sendiri.Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri.

3. Osmani. Ahli parlimen.ii. Pandai berkata-kata. Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.

Latar Latar Peristiwa

Latar Masa

i. Malam     Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin berbual-bual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya.

ii. Petang    Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya

Latar Tempat

i. Rumah Yahya     Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran masyarakat yang tidak mahu menerima perubahan.

ii. Rumah Firdaus     Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan masa dengan duduk di tepi jalan.

iii.Balai raya    Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui ekonomi kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara

Latar Masyarakat

i. Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah.    Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung  hanya rajin menanam bunga, tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran.

ii. Masyarakat yang mahukan perubahan.Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh untuk mengubah kehidupan penduduk desa.

iii. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan.

iv. Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.

v. Masyarakat yang suka membazir masa.Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa.

vi. Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama.Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Gaya Bahasa i. Peribahasa

Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.

ii. Kata gandaContoh: Tuan-tuan, puan-puan

iii. Kata PinjamanContoh: Flasback, transistor

Nilai i. Nilai permuafakatan.

Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi membantu masyarakat Melayu kampung mereka.

ii. Nilai ketegasan. Contoh: Yahya   menegaskan   Parlimen   bertanggungjawab   mencari   punca-punca   kemunduran masyarakat Melayu.

iii. Nilai kegiigihan. Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa.

Pengajaran i. Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman.

Contoh: Yahya   ingin   mengubah   masyarakat   yang   tidak   maju   dalam   bidang   ekonomi   kepada masyarakat yang pandai berniaga.

ii. Kita mestilah menunaikan janji. Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat namun beliau hanya pandai berkata-kata.

iii. Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang. Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.

iv. Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang. Contoh: Hani tidak suka melihat remaja kampungnya yang suka melepak.

v. Kita hendaklah bijak memilih. Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur.

vi. Kita hendaklah berpandangan jauh. Contoh: Firdaus matang dalam memberi pendapat tentang sikap masyarakat.

NOVEL: MERENANG GELORA ( RUSLAN BIN NGAH)SINOPSIS

Bab 1 : Tugas Baharu- Hari itu buat pertama kali Badri akan bertugas sebagai pengawas sekolah.- Badri memulakan tugas dengan meronda di Blok C bangunan sekolah.- Jamil menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas.- Kelas Badri menerima murid perempuan baru yang bernama Siti Cahaya Nadira.

Bab 2: Api yang Mula Membara- Badri berasa hairan kerana banyak murid berjumpa dengan Meng Kong pada waktu rehat.- Semasa di tandas, pakaian Badri basah kerana disimbah air oleh seseorang yang tidak dapat dicam

identitinya.- Badri terkejut apabila melihat Nadira membonceng motosikal Shahrul.

26

Page 28: Modul Komsas t3 - Latihan

- Di rumah Pak Alang, Badri terkejut apabila melihat Nadira, iaitu anak buah Mak Alang ada di situ.

Bab 3: Bermain Api- Badri berjaya mengecamkan murid yang menyiramnya di dalam tandas berdasarkan tanda lahir yang

terdapat pada leher murid itu, iaitu Kumar.- Kumar didapati bersalah kerana membawa telefon bimbit ke sekolah.- Nadira meminta Badri tidak melaporkan perbuatannya kepada Mak Alang.- Ketika turun dari bas, Badri mendapati ada sekeping nota daripada Siew Mei di dalam saku seluarnya.- Siew Mei ingin berjumpa dengan Badri.

Bab 4: Duri dalam Daging- Kumar melahirkan rasa benci dan marahnya terhadap Badri yang menangkapnya sehingga menyebabkan

telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani.- Badri telah merosakkan rancangan mereka menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah.

Bab 5: Pertemuan- Badri mengetahui perbuatan Jamil yang bekerjasama dengan Meng Kong menjual kad prabayar.- Jamil semakin menjauhkan diri daripada Badri.- Siew Mei memberitahu Badri bahawa abangnya, Ah Meng bekerja di kedai telefon bapa Meng Kong.- Ah Meng cuba mengumpulkan maklumat mencari pencuri telefon dan kad prabayar di kedai tersebut.- Siew Mei ingin mendapatkan kerjasama daripada Badri bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja kerana

kehilangan peralatan telefon itu.- Badri sedaya upaya cuba menyelamatkan Nadira sebelum terlambat.

Bab 6: Kemuncak Dunia- Nadira ditegur oleh kakaknya, Nurul Ain kerana berpakaian kurang sopan.- Nadira keluar bersiar-siar dengan Shahrul.- Nadira marah kepada Badri serta menuduh Badri cuba mengambil tahu akan urusannya.- Nadira membonceng motosikal Shahrul bersama-sama dengan kumpulan mat rempit yang merupakan rakan-

rakan Shahrul.- Rakan Shahrul, Aziz berjaya meloloskan diri daripada ditangkap polis semasa Shahrul membeli air.- Nadira marah terhadap Shahrul kerana ditinggalkan keseorangan dan dihantar pulang ke rumahnya oleh

anggota polis.

Bab 7: Secarik Sinar- Jamil menceritakan kepada Badri tentang kisah Nadira.- Nadira memohon maaf daripada Badri kerana keengganannya mendengar nasihat Badri.

Bab 8: Mengharung Badai- Meng Kong menuduh Jamil mencuri telefon bimbit di kedainya.- Ayah Meng Kong tidak membuat laporan polis atau meminta sebarang ganti rugi.- Jamil insaf dan berhenti daripada menjual barangan milik Meng Kong.- Siew Mei meminta Badri menasihati Nadira.

Bab 9: Rahsia Hampir Terbongkar- Ketika sedang berjoging di tasik, Badri ternampak Shahrul, Kumar, dan Meng Kong sedang berbual-bual.- Badri mengintip untuk mengetahui topik perbualan mereka.- Kehadiran Badri menimbulkan rasa kurang senang Shahrul.- Shahrul menyerang Badri tetapi tewas kerana Badri mahir bersilat.

Bab 10: Semarak Api- Shahrul berasa sakit hati melihat kemesraan antara Badri dengan Nadira.- Amir menyatakan bahawa dia tidak mampu melangsaikan bayaran telefon bimbit yang dibelinya- Cikgu Jailani menangkap Amir kerana membawa telefon bimbit ke sekolah.- Meng Kong menganggap hutang Amir sudah langsai kerana tidak membocorkan rahsia kegiatan penjualan

telefon bimbit

Bab 11 : Tertangkap

- Meng Kong pergi ke stor di kedai ayahnya lalu mengambil empat buah telefon bimbit.- Ah Meng membuat perangkap dengan memasang CCTV tanpa disedari oleh Meng Kong.- Perbuatan Meng Kong terbongkar apabila Ah Meng menunjukkan rakaman CCTV kepada Encik Tan.- Encik Tan menghantar Meng Kong tinggal di asrama, supaya dapat memberikan tumpuan pada pelajaran.

Bab 12: Suasana Baharu- Meng Kong mengalami suasana baru tinggal di asrama.- Taufik dan Saiful banyak menghulurkan pertolongan kepada Meng Kong.- Meng Kong menyatakan bahawa dia tidak mahu terlibat dengan Shahrul menjual telefon di sekolah. Namun,

Shahrul berterusan mengugut Meng Kong.

Bab 13: Jiwa Remaja- Badri dan Nadira menyaksikan pementasan teater tetapi Nadira tidak dapat menumpukan perhatian

terhadap teater tersebut kerana memikirkan hubungan antara Badri dengan Siew Mei.- Jamil meninggalkan pesanan untuk bertemu dengan Badri kerana ada perkara penting untuk diberitahu. - Keluarga Jamil enggan memberitahu Badri tempat Jamil berada.- Semasa meronda di Tingkatan 5 Bestari, Badri melihat Kumar meletakkan sesuatu ke dalam beg sekolah

Meng Kong.- Setelah ditangkap, akhirnya Kumar menjelaskan bahawa Shahrul mengarahkannya berbuat demikian

supaya Meng Kong dibuang asrama.- Kumar akhirnya insaf dan tidak lagi mahu dipergunakan lagi oleh Shahrul.

Bab 14: Di Persimpangan- Kumar sedar bahawa kemewahan yang ditabur oleh Shahrul menyebabkan pelajarannya terganggu.- Shahrul tetap menagih sokongan daripada Kumar kerana Jamil dan Meng Kong sudah menjauhkan diri - Sharul mahu Kumar membantunya membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15: Kehilangan yang Misteri- Kehilangan Jamil masih menjadi misteri kerana Jamil merupakan rakan karib Badri.- Kumar pula semakin akrab dengan Badri.- Siew Mei memberitahu Badri bahawa Amran mati ditembak polis kerana mengedarkan dadah.- Badri gusar kerana Jamil pernah bersahabat dengan Amran dan khuatir Jamil turut terlibat dengan kes itu.

Bab 16: Tersayat Pedih- Nadira tekad mahu memutuskan hubungan dengan Shahrul.- Shahrul meminta Din memukul Badrul bagi melepaskan dendamnya terhadap Badri.- Motosikal Shahrul terbabas ke dalam longkang. Badrul dan kawan-kawannya menghantar Shahrul ke hospital.- Siew Mei tidak menyenangi persahabatan antara Kumar dengan Badri.- Nadira menyampaikan hasrat Shahrul untuk berubah dan meminta Sadri memaafkannya.

Bab 17: Mangsa Fitnah- Badri dan Kumar mengulang kaji pelajaran bersama-sama.- Semasa Cikgu Jailani sedang mengajar, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.- Cikgu Jailani menemukan telefon tersebut di dalam beg Badri.- Badri dipandang serong oleh rakan-rakan yang lain.- Siew Mei dan Taufik yakin bahawa Badri telah difitnah.

Bab 18: Pentas Sandiwara- Badri dan Taufik mendengar pertengkaran antara Shahrul dengan Kumar.- Kumar hilang kesabaran lalu mencekik kolar baju Shahrul.- Lokman, ketua pengawas memuji keberanian Badri menegakkan undang-undang di sekolah itu.

Bab 19: Cerita Baharu- Meng Kong menjelaskan bahawa Shahrul masih belum insaf. Namun, Badri menyangkal sangkaan Meng

Kong.- lbu bapa Shahrul kurang mengambil berat akan anak-anak mereka kerana sibuk dengan kerjaya masing-

masing.

27

Page 29: Modul Komsas t3 - Latihan

Bab 20: Hati yang Luka- Hubungan antara Shahrul dengan Nadira kembali terjalin.- Siew Mei terasa hati apabila Badri tersilap memanggilnya Nadira.- Taufik menasihati Badri agar meminta maaf daripada Siew Mei.- Badri bertemu dengan Nadira dan Shahrul di rumah Pak Alang. Badrul menyindir Badri tentang kes membawa

telefon bimbit ke sekolah.- Badri meminta Shahrul mengaku bahawa dialah orang yang bertanggungjawab menganiayai Badri.

Bab 21 : Harapan- Badri meminta maaf daripada Siew Mei tentang hal yang berlaku tempoh hari.- Badri, Taufik, dan Siew Mei berazam menjadi sahabat baik.- Taufik ingin mengikuti Badri bekerja di resort milik bapa saudara Badri.- Nadira memberitahu Badri bahawa Shahrul mengaku meletakkan telefon bimbit itu ke dalam beg Sadri.- Shahrul berharap agar Badri sudi memaafkannya.- Keputusan SPM diumumkan. Badri dan Siew Mei memperoleh 9A manakala Taufik memperoleh 7 A.

Bab 22: Senja Belum Berlabuh- Sadri melahirkan rasa bangganya kerana kawan-kawan sekolahnya telah berjaya dalam kerjaya masing-

masing.- Badri kini merupakan doktor perubatan lulusan Ireland.- Jamil menceritakan rahsia kehilangannya selama ini.- Jamil menjadi rakan kongsi Taufik membangunkan resort itu.- Shahrul dan Kumar berkongsi membuka bengkel kereta di Kuala Lumpur.- Nadira lulusan diploma UiTM membuka sebuah butik dan berkahwin dengan Shahrul.- Meng Kong mengambil alih perniagaan ayahnya.- Siew Mei menjadi doktor gigi.- Badri berpuas hati apabila rakan-rakannya berjaya menempuhi gelora kehidupan

MERENANG GELORA - TEMA DAN PERSOALANTEMA Novel ini bertemakan cabaran dan tangggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.Tema ini dijelmakan melalui watak utama, Badri yang merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

PERSOALAN

PERSOALAN CONTOH PERISTIWA

1Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial.

Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

2 Kasih sayang ibu. bapa terhadap anak-anak

Encik Tan memohon kepada pegetua supaya Meng Kong ditempatakan di asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan berjaya dalam peperiksaan.

3 Hasad dengki dalam persahabatan.Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong dibuang dari asrama.

4 Tanggungjawab terhadap tugas .Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil.

5Semangat kerjasama dalam menyelesainya masalah.

Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

6Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan

Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

7 Buruk sangka dalam kalangan pelajar.

Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah.

8 Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar.

Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir di tangkap oleh polis.

9 Berdiri untuk mendapatkan pengalaman.

Badri dan Taufik bekerja sambilandi resort bapak saudara Badri sementara menungu keputusan SPM.

10 Perpaduan kaum. Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-

sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

MERENANG GELORA- TEKNIK PENCERITAAN

TEKNIK PENCERITAAN

TEKNIK CONTOH PERISTIWA

Pemerian. Badri tidak mengendahkan usikan adiknya.Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan

Dialog “Kalau Badrul buat salah,abang jangab tangkap,” usik Badrul lagi.

Imbas kembali Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.

Imbas Muka Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.

Saspens Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil

Kejutan Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang mereka tentang penjualan telefon bimbit.

Monolog dalaman Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

MERENANG GELORA- PLOT

28

Page 30: Modul Komsas t3 - Latihan

I. PERMULAAN - Badri memikul tanggungjawab sebagai pengawas sekolah. Di sekolah, Jamil merupakan sahabat Badri. Shahrul pula murid yang banyak melakukan kesalahan disiplin, manakala Nadira murid perempuan yang mendapat perhatian murid lelaki.

II. PERKEMBANGAN - Ketegasan Badri tidak disenangi oleh segelintir murid yang bermasalah disiplin. Badri telah disiram ketika berada di dalam tandas. Jamil pula mula menjauhkan diri daripada Badri kerana dia juga terlibat dalam kegiatan menjual telefon bimbit secara haram di sekolah. Kegiatan Meng Kong yang mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya terbongkar hasil pemasangan CGV oleh Ah Meng. Ayah Meng Kong, Encik Tan menghantar Meng Kong tinggal di asrama agar dia dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Nadira pada awalnya terperdaya oleh kata-kata Shahrul, mula sedar bahawa Shahrul banyak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

III. KLIMAKS - Badri dianiayai - Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila Cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri ketika Cikgu Jailani sedang mengaJar. Sejak penstiwa itu, Badri disisihkan oleh rakanrakannya. Badri dituduh mengambil kesempatan memiliki telefon bimbit yang dirampas untuk kegunaan sendiri.

IV. PELERAIAN - Badri dan rakan-rakannya membawa haluan masing-masing setelah menamatkan persekolahan. Badri doktor lepasan Ireland. Jamil dan Taufik menjadi rakan kongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar pula membuka bengkel kereta. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Siew Mei menjadi doktor gigi. Harapan Badri ialah agar dia rakan-rakannya mampumerenangi gelora pada masa depan.

MERENANG GELORA – GAYA BAHASA

Gaya Bahasa ContohPersonifikasi Ombak memukul pantai

Peribahasa Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut,Menang jadi arang kalah jadi abu

Pengulangan kataDia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau.

Kata ganda mandi-manda

Simpulan bahasa Buah mulut

Sinkope SinkopeSimile Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar ,

Hiperbola Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri

Bahasa Asing (bahasa Inggeris) Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak,Race

MERENANG GELORA- WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama i. Badri Anak sulung kepada Mak Siti. Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.

Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas Pengawas sekolah. Seorang yang bertanggungjawab.

Contoh: Badri seorang yang bertanggungjawab kerana telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.

Seorang yang berdisiplin. Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar.

Seorang yang menepati masa. Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.

Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.

Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.

Seorang yang rajin mengulang kaji pelajaran. Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan belajar.

Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingani. Shahrul

Murid dari kelas 5 Cergas. Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong. Berasal daripada keluarga berada. Seorang yang ego. Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.

Seorang yang materialistik. Shahrul  telah  terlibat dalam kegiatan penjualan  telefon bimbit  yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.

Seorang yang tidak menepati masa. Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira.

Seorang yang suka berfoya-foya. Shahrul bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.

Seorang yang gemar makan makanan barat. Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.

Seorang yang buruk sangka. Shahrul menganggap Badri berlagak menjadi pengawas. Seorang yang panas baran. Shahrul  mencekak kolar  baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.

Seorang remaja yang mudah terpikat dengan gadis cantik. Shahrul   berani  membawa Nadira  keluar bersiar-siar menaiki motosikal.

ii. Nadira Seorang pelajar perempuan. Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya

bertugas di sana. Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari. Seorang yang tidak tegas pendirian. Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah disiplin seperti  membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya Badri  telah dianiayai oleh Shahrul.

Seorang yang mengalami kejutan budaya. Setelah  berada  di  Kuala   Lumpur   dan  berkawan  dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.

29

Page 31: Modul Komsas t3 - Latihan

Seorang yang tidak mendengar nasihat. Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan   Shahrul   yang   suka  menghabiskan  masa   dengan   aktiviti   yang   tidak   berfaedah   serta   boleh menjejaskan masa depannya.

Seorang yang suka membazirkan masa. Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.

Seorang yang tidak menghormati orang lain. Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah

dan mencolok mata.

iii. Meng Kong Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit. Sahabat kepada Badri. Seorang anak yang tidak jujur. Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.

Seorang yang mata duitan. Meng  Kong   sanggup  mencuri   telefon   bimbit   di   kedai   ayahnya   untuk  mendapatkan  wang   sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.

Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan. Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui  rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa. Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

iv. Cikgu Jailani Guru Matematik dan guru disiplin sekolah. Seorang yang tegas. Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin. Seorang yang adil. Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas dalam satu pasukan.

Seorang yang rasional. Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.

Seorang yang bertolak ansur. Walaupun   Kumar   kerap   melakukan   kesalahan   tetapi   setelah   Kumar memohon   maaf   dan   berjanji   tidak   akan   mengulangi   kesilapannya,   akhirnya   Cikgu   Jailani   tidak menggantung persekolahannya.

MERENANG GELORA –LATAR LATAR TEMPAT

Tempat Contoh peristiwa

i. Tepi tasik Badri berjoging pada waktu pagi.

ii Pondok kecil Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.

iii Rumah Badri Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan

iv Tempat menunggu bas Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah

v Blok C bangunan sekolah Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.

vi Tandas sekolah Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas.

vii Kelas 5 Bestari Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.

viii Kedai telefon bimbit Encik Tan Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.

ixStor dan kedai telefon bimbit Encik Tan

Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri.

xi Rumah Pak Alang Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.

xii Kompleks beli-belah Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.

xii Resort JamilTempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.

LATARLATAR MASA

Masa Contoh peristiwa

i Pagi Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.

ii Waktu selepas rehat Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.

iii Selepas waktu persekolahan

Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan

iv Hari Sabtu Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.

v Pukul 4.00 petang Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei.

vi Petang Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Contoh pertistiwa

i Masyarakat yang prihatin terhadap anak

Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan.

ii Masyarakat yang bijak menguruskan masa

Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.

iii Masyarakat pelajar yang rajin belajar

Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

ivMasyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas

Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan.

30

Page 32: Modul Komsas t3 - Latihan

v Masyarakat guru yang tegas dan adil

Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid supaya tidak ada murid yang teraniaya.

viMasyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial

Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur dengan budak-budak motor.

viiMasyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah

Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan di sekolah.

viii Masyarakat yang emosional Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya

untuk kembali ke pangkal jalan.PENGAJARAN

Pengajaran Contoh pristiwa

iKita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah

Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.

iiKita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan diri.

Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan kerana mempunyai ilmu persilatan.

iii Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan

Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

ivKita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.

Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri tidak bersalah.

vKita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah

Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.

vi Kita janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan.

Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.

vii Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.

viii

Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan.

Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.

ixKita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah

Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut disiplin anaknya.

NILAI

Nilai kasih sayangContoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan tidak terjebak lagi dengan gejala sosial. Nilai ketabahanContoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi olehnya. Nilai kegigihanContoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Nilai bertanggungjawabContoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan anak-anaknya. Nilai PrihatinContoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi saying akan masa depan Nadira. Nilai cinta akan seni warisan bangsaContoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada. Nilai keberanianContoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya. Nilai persahabatanContoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal di sanubari masing-masing.

31

Page 33: Modul Komsas t3 - Latihan

Soalan 1. Nyatakan tema novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah. Jawapan Tema novel Merenang Gelora ialah ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi cabaran hidup. Tema ini diserlahkan melalui watak utama, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas di sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.

2. Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel Merenang Gelora Karya Ruslan Ngah

JawapanTiga nilai dalam novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah ialah nilai ketabahan. Contohnya, Badri tetap tabah dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-bagai dugaan,cemuhan,ugutan dan tindakan dihadapi. Nilai prihatin contohnya, En Tan berusaha mendapatkan tempat di asrama untuk anaknya Meng Kong supaya anaknya berubah dan tidak terjebak dengan gejala sosial. Ketiga nilai sayang akan seni bangsa contohnya, Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.

Soalan 1

Persoalan- Tanggungjawab Terhadap TugasBerdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan di atas?

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan tanggungjawab terhadap tugas dalam novel ini. Peristiwa yang pertama ialah Badri bertanggungjawab terhadap tugasnya untuk membenteras salah laku disiplin pelajar di sekolahnya. Selain itu, peristiwa Siew Mei mencari Badri untuk meminta pertolongan Badri bagi menyiasat perbuatan Meng Kong bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja oleh bapa Meng Kong. Akhir sekali, peristiwa Cikgu Jailani bertanggungjawab sebagai seorang guru disiplin untuk memberi denda kepada pelajar yang melanggar disiplin sekolah.

Soalan 2:NILAI – KEGIGIHANBerdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini. Peristiwa yang pertama, Badri gigih menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas yang menghadapi banyak cabaran. Selain itu, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh yang demikian Badri meminta izin untuk pulang awal. Akhir sekali, peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga tersungkur. Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang pengawas.Soalan 3:

NILAI- KEBERANIANBerdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini. Peristiwa yang pertama ialah Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras. Selain itu, peristiwa Badri berhadapan dengan Shahrul yang menyerangnya. Namun kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan Shahrul sehingga mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri. Akhir sekali, peristiwa Badri membawa Kumar ke guru disiplin kerana Badri mengesyaki Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya.

32

Page 34: Modul Komsas t3 - Latihan

Soalan 4:

NILAI- KASIH SAYANGBerdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini. Peristiwa yang pertama Badri mahu membahagiakan kedua-dua ibu bapanya sebagai tanda kasih saying mereka membesarkannya. Selain itu, peristiwa Siew Mei saying akan abangnya, Siew Mei berjumpa Badri di sebuah restoran untuk meminta bantuan agar abangnya tidak dibuang kerja oleh bapa Meng Kong. Akhir sekali, peristiwa Jamil berpindah dan bersekolah di Sarawak kerana diminta berbuat demikian oleh ibu bapanya.

Soalan 5:

PERWATAKAN WATAK UTAMA – BADRI SEORANG YANG BERANIBerdasarkan novel :Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Watak utama dalam novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang berani. Peristiwa pertama ialah Badri berani membawa Kumar ke bilik guru disiplin kerana Badri mengesyaki Kumar yang menyimbah air mangkuk tandas terhadapnya. Selain itu, peristiwa Badri tidak takut untuk menyiasat aktiviti Shahrul dan kawan-kawannya demi memastikan salah laku pelajar berjaya dibanteras. Akhir sekali, peristiwa Badri berani berhadapan dengan Shahrul yang menyerangnya. Namun kehandalan Badri dalam ilmu silat berjaya menewaskan Shahrul sehingga mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Soalan 6:

PERWATAKAN WATAK UTAMA- BADRI SEORANG YANG GIGIHBerdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Watak utama dalam novel ini ialah Badri. Badri digambarkan seorang yang gigih. Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Badri dirempuh oleh seseorang sehingga tersungkur. Peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Badri sebagai seorang pengawas. Selain itu, peristiwa gigih menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang menghadapi banyak cabaran. Akhir sekali, peristiwa Badri telah disimbah dengan air mangkuk tandas. Oleh yang demikian, Badri meminta izin untuk pulang awal.

Soalan 7:

PERBANDINGAN WATAK- Watak utama- Badri Watak sampingan- ShahrulBerdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak perbandingan antara watak utama dan watak sampingan. Perbandingan yang pertama ialah Badri seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sekolah manakala Shahrul seorang yang tidak bertanggungjawab kerana dia telah meninggalkan Nadira ketika diserbu polis. Selain itu, Badri tidak suka berfoya-foya dan hidup bebas kerana tidak mendatangkan faedah kepadanya manakala Shahrul sentiasa berfoya-foya bersama rakan-rakannya dan sering terlibat dalam lumba haram. Akhir sekali, Badri seorang yang rajin kerana dia selalu mengulang kaji pelajaran ketika peperiksaan SPM semakin hampir manakala Shahrul menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak.

Soalan 8:

Berdasarkan novel “Merenang Gelora” jelaskan tiga latar tempat setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?

Jawapan: Novel yang saya pilih ialah “Merenag Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah di rumah Badri iaitu ibu Badri, Mak Siti menyediakan sarapan untuk keluarganya. Selain itu, di kompleks beli belah iaitu tempat Shahrul, Kumar, dan Meng Kong melepak selepas selesai sesi persekolahan dan pada hujung minggu. Akhir sekali, ialah di kedai Encik Tan, ayah Meng Kong iaitu peristiwa Meng Kong mencuri telefon bimbit di stor kedai ayahnya untuk dijual kepada pelajar-pelajar di sekolahnya. Meng Kong datang ke kedai ayahnya pada setiap hari Sabtu.

Soalan 9:

Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku.

Jawapan: Novel yang saya pilih ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan mengubah sikapnya. Selain itu, masyarakat yang bijak mengurus masa. Contohnya, Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas. Akhir sekali ialah masyarakat yang rajin belajar. Contohnya, Badri, Siew Mei, dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.

Soalan 10

33

LATAR

Page 35: Modul Komsas t3 - Latihan

MASA TEMPAT MASYARAKAT Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas?

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak latar yang digunakan oleh pengarang seperti latar masa, tempat dan masyarakat. Latar masa dapat di lihat pada waktu pagi iaitu Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan keluarganya. Selain itu, latar tempat pula berlaku di tempat menunggu bas iaitu Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah Akhir sekali, latar masyarakat iaitu masyarakat guru yang tegas dan adil iaitu, Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid.

Soalan 11:

KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU DALAM KEHIDUPAN.Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas daripada sebuah novel Tingkatan 3.

Jawapan: Novel yang saya kaji ialan “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak peristiwa yang memperlihatkan sikap saling membantu dalam kehidupan. Peristiwa yang pertama ialah Jamil kerap membantu ibunya menjual nasi lemak di gerai milik ibunya. Selain itu, peristiwa ketika Shahrul terbabas dan terjatuh ke dalam longkang. Badrul dan rakan-rakannay membantu Shahrul yang dihempap motosikal dan Badrul menahan teksi untuk membawa Shahrul ke hospital. Akhir sekali peristiwa yang dapat dilihat ialah Badri sudi menolong Siew Mei ketika abangnya mahu dipecat oleh Meng Kong.

Soalan 12:

Berdasarkan novel Tingkatan Tiga yang anda pelajari, berikan satu contoh peristiwa yang menggambarkan setiap pengajaran di atas.Jawapan: Novel yang saya kaji ialah “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah. Terdapat banyak pengajaran yang diutarakan oleh pengarang melalui novel ini. Antara pengajarannya ialah kita mestilah tabah menghadapi cabaran. Peristiwanya ialah Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas. Selain itu, kita mestilah prihatin atas kesusahan orang lain. Contohnya peristiwa yang dapat dilihat semasa Siew Mei meminta pertolongan daripada Badri untuk membantu abangnya agar tidak dibuang kerja. Akhir sekali, kita janganlah melanggar peraturan sekolah. Contohnya, Shahrul suka melanggar peraturan sekolah seperti menjual kad prabayar dan telefon bimbit kepada murid-murid sekolah.

DALAM PROSES

34

KITA JANGANLAH MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH

KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN KESUSAHAN ORANG

KITA MESTILAH TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP

PENGAJARAN

TATABAHASA