Upload
lolita-riyah
View
108
Download
4
Embed Size (px)
Tema:Kegigihan dan ketabahan seorang anak muda dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan sehingga berjaya mengecapai kejayaan yang gemilang sebagai seorang seniman.
Persoalan:1. Kepentingan Ilmu pengetahuan dalam kehidupan.a) Hilmi tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan yang baik walaupun cuba dibantu oleh Datuk Johari kerana beliau tidak mempunyai pendidikan.
2. Kerajinan dan kegigihan dapat menjadikan diri seseorang berjaya.a) Walaupun tidak berpendidikan dan miskin, Hilmi akhirnya berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal kerana usaha gigih beliau mempelajari ilmu bermain alat muzik.
3. Sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan pangkat dan memandang rendah pada orang lain.a) Datin Salmah memandang hina kepada Hilmi kerana beliau anak kampung yang tidak berpendidikan dan miskin.b) Datin Salmah menganggap kehadiran Hilmi ke rumah beliau hanya menjejaskan status keluarganya. Hilmi juga dimarah apabila mengusik piano anaknya Hayati.
4. Keikhlasan dalam memberikan pertolongan tanpa mengharapakan balasan.a) Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan mencipta lagu sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal. Encik Bakar tidak mengenakan apa-apa bayaran semasa mengajar Hilmi.
5. Berkorban demi kebahagiaan orang lain.a) Hayati sanggup mengorbankan cintanya demi kebahagiaan ibu bapanya. Hayati mencintai Hilmi tetapi berkahwin dengan Mohsin kerana memenuhi kehendak Datuk Johari dan Datin Salmah.b) Pak Karim berkorban untuk kebahagiaan Datuk Johari dan Datin Salmah. Pak Karim sanggup merahsiakan Hilmi adalah anak Datuk Johari kerana takut mengancam kebahagiaan rumah tangga Datuk Johari dan Datin Salmah.
6. Sifat bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu pekerjaan.a) Hilmi menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai tukang kebun. Hilmi menanam pelbagai sayur seperti bayam, petola, terung, kacang dan mentimun. Hilmi menternak ayam dan hasilnya dapat dijadikan lauk pauk. Hilmi dapat menjaga pokok bunga sehingga halaman rumah Datuk Johari sangat cantik.b) Hilmi bekerja keras untuk menjayakan Pertunjukan Orkestra Perdana kerana tugas itu telah diamanahkan kepadanya oleh Ketua pengarah RTM.
7. Menyedari kesilapan yang pernah dilakukan.a) Datuk Johari insaf akan perbuatannya yang kejam terhadap isteri pertamanya.b) Datin Salmah menangis apabila mengetahui kisah sebenar Hilmi ketika Hilmi sedang sakit.c) Azizah menyesali kerana perbuatannya meninggalkan Helmi. Beliau datang ke hospital memohon maaf daripada Pak Karim kerana berbuat salah
NILAI1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.
2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama.
3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk “Hidup sesudah mati”.
4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian.
5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat.
6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin.
7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin.
PENGAJARAN:
1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.
2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya.
3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih.
4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin.
5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi.
6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal.
7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku “Hidup sesudah mati”.
WATAK DAN PERWATAKAN:
A. Hilmi
1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah.
2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat.
3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar.
4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik.
5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim.
6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar
muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang.
7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada.
8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.
B. Datin Salmah:
1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati.
2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.
3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di ‘Morning Coffee”.
4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya.
5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.
6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang.
7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi.
C. Hayati
1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin.
2. Seorang yang cantik.
3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap.
4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.
5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.
D. Datuk Johari
1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan “bapa saudara” kepada Hilmi.
2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya.
3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja.
4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah ‘mini bar’ di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman keras.
5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu.
6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. alah terhadap Hilmi.
Teknik Plot berdasarkan novel Konserto Terakhir1. Teknik pemerian (teknik bercerita secara langsung dalam novel. pengarang berperanan sebagai tukang cerita atau tukang lapor secara menyeluruh tentang watak, perwatakan, latar tempat, latar masa, latar masyarakat dan lain-lain). Contohnya,Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal dunia. Hari bapanya meninggaldunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Hal. 12)2. Teknik imbas muka(bayangkan apa akan berlaku) Contohnya,semasa Hayati menyatakan bahawa dia boleh menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin orkestra3. Teknik imbas kembali ( flash back apa yang telah berlaku) Contohnya,Datuk Johari teringat saat-saat dia meninggalkan isterinya pada malam pengantin.4. Teknik monolog (bercakap seorang-seorang / bersungut bersendirian). Contohnya,Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selama Hayati tiada."Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?" katanya kepada bunga-bunga itu.5. Teknik monolog dalaman (dalam hati) pengucapan batin, fikiran. contohnya,Hati kecil HIlmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang mencerca, menghina setiap kali berjumpa. (hal. 68)
Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien terdapat penggunaan gaya bahasa yang menarik misalnya penggunaan peribahasa. Contohnya, "jauh panggang dari api", 'hangat-hangat tahi ayam" dan biang keladi. Seterusnya, pengarang turut menggunakan ayat yang pendek-pendek seperti "Dia tergamam", "itu sahaja", "Hilmi kecewa" dan "Berfikirsejenak". Penggunaan metafora pula digambarkan melalui kata-kata, "warna perlindungan" dan "tasik matanya".
A) LATAR TEMPAT
Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar negeri Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat dirumah Datuk Johari. Banyak peristiwa yang berlaku di rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Dia telah menjadikan halaman rumah lebih cantik. Helmi juga dimarahi oleh Datin Salmah kerana menyebabkan piano rosak. Dia hampir dihalau keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga Hilmi semakin rapat dengan Hayati sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati Datin Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin Salmah kerana meninggalkan rumah. Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah tersebut. Di rumah itu juga Datuk Johari menerima panggilan telefon yang memberitahu Hilmi meninggal dan dia juga jatuh dan meninggal.
Beberapa peristiwa berlaku di Rumah Encik Bakar. Antara peristiwa penting ialah kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa diamasih tinggal ri rumah Datuk Johari. Dia dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal. Di rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang kebun.
Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialah Dewan Tunku Canselor. Ia menjadi tempat diadakan Konsert Perdana yang dipimpin oleh Hilmi. Hilmi telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan keadaan. Dia yang pulang dari London untuk menyaksikan persembahan itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya diteruskan dengan jayanta.
Selain itu, peristiwa penting juga berlaku di hospital. Hilmi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya.
B) LATAR MASYARAKAT
Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan kehidupanmasyarakat Melayu melalui keluarga Datuk Johari selain daripada Hilmi sendiri, Encil Bakar, Mamat dan juga Pak Amat. Selain daripada keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain yang terdiri daripada orang India iaitu Dr. Nathan yang merupakan jiran kepada Datuk
Johari. Terdapat juga masyarakat Cina iaitu Tony Lim yang mejadi salah seorang daripada ahli Kugiran Dahlia.
Dari aspek cirri kemasyarakatan,pengarang menggambarkan masyarakat yang rajin
dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu
menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin
mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga
tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya
menjadi seorang pemuzik terkenal.
Penulis juga menggambarkan masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran agama.
Selain mengamalkan budaya hidup secara kebaratan, Datin Salmah juga digambarkan
tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula
bersembahyang. Demikian juga dengan Datuk Johari. Dia sudah lama benar
meninggalkan solat. Malah dia sering minum minuman keras. Hayati walau
bagaimanapun telah berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi.
Watak Datin Salmah dan Azizah menggambarkan masyarakat yang sombong dan
mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal
dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau
sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya.
Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima
Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.
Watak datin Salmah juga menggambarkan masyarakat yang percaya kepada
kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat
guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Sekali lagi Datin
Salmah percaya kepada ubat guna-guna apabila melihat perubahan sikap Hayati. Hayati
telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. Datin Salmah sangsi
dan terkejut dengan perubahan itu.
Datuk Johari dan Encik Bakar menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk
Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau
turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar
pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi
sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir. Pengarang novel Konserto Terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920, di Sungai Limau, Yan, Kedah. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah lima. Kemudian, beliau menyambung pelajaran beliau di Sekolah Inggeris St. Michael (1932-1933). Seterusnya, beliau bersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.
Dari segi pekerjaan, beliau pernah sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuah perusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939, Pengarang Akhbar Sahabat (1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan, pernah bekerja di Kem Tentera Sg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis cerpen, novel, biografi, autobiografi, esei, kritikan, drama, dan sebagainya. Hasil-hasil karya beliau yang lain adalah sepertiIssabela (terjemahan), Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi.
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kemenangan. Beliau pernah SEA Write Award, dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telah memenangi Sasterawan Negara ke-8.
Sinopsis Bab 1 – Keluarga
Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana
sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati
dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi
memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari
Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia
tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di
kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya.
Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik
berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah
mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan
selama tujuh belas tahun lalu.
Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun,
kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan
usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi
tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu.
Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati
dengan Mohsin.
Sinopsis Bab 2 – Kuli
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan
perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian
daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan
baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin,
Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang
kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang
kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari
juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.
Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang
Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara
Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah
dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.
Sinopsis Bab 3 – Piano
Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang.
Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu
dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia
seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan
kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut
bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari
Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari
tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah
berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya
terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan
kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari
Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan
rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi.
Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.
Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya
sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai
bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di
rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah
berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin
Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila
pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang
berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin
Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.
Sinopsis Bab 4 – Hukuman
Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan
oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati
menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi
keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum
pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya.
Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari
kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut
dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin
Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil
bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak
Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.
Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak
ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya
pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada
mata yang mengeluarkan nada “fa” nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah
menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang
mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa
memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin
mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas
kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah
juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.
Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak
Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk
menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian
sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana
sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati.
Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan
tanamannya sahaja.
Sinopsis Bab 5 – Penunggu
Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar
negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar.
Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula
tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain.
Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr.
Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung.
Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia
menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi
masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah
syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah
perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk
pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya
untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia
tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi
teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari
kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.
Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan
membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada
Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja
sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia
mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur
bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik
Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ
dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi
muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar
kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya.
Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah
Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah
kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun
kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa
melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah
mengajarnya tentang not-not muzik.
Sinopsis Bab 6 - Muzik
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik
sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti
menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang
kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana
berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana
terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan
keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi
bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak.
Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak
menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk
beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan
dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa
sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu
juga boleh mengeluarkan bunyi lagu “Blue Danube”. Hubungan mesra Hilmi dan
Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli
oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu,
tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama
Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang
tidak kena pada Hayati.
Sinopsis Bab 7 – Oleh-oleh
Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia
tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya
Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia
terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di
pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita
kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang
disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di
negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-
bunganya.
Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk
mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila
Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher
). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia
tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi
tidak sekarang ini.
Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di
dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa
perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada
anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya
dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak
penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan
daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin
Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi.
Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari
rumahnya.
Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin
Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-
oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah
jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia
teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula
ada oleh-oleh untuknya.
Sinopsis Bab 8 - Sengketa
Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik
Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba
menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak
terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan
badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang
kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang
kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.
Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana
terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari
pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin
Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang
terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah
bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan
berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke
dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.
Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi.
Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan
pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan
supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang
pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita
itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf
dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah
pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli
muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang,
habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan
berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi.
Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu
makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu
bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak
Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur mengambil
tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk
memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi
memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang
diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah
mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba
menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap
sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta
pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.
Sinopsis Bab 9 – Pertemuan
Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa
kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah
itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang
dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan.
Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan
Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang.
Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi.
Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu
setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton
permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak
Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan
helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah
kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi
selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada
Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia
bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh
melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung
pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan
Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya
itu kerana teringatkan Mohsin.
Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah.
Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu
ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak
mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung
Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah
kosong. Hilmi tidak dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi
dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia
menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat
menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah.
Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan
seorang penjaga malam.
Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan
datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak
dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya
membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di
bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar.
Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu
digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih
kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan
senang dahulu lagi.
Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap
dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah
jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi.
Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada
Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik
Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji
dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya
bekerja.
Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar
berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap
jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya
kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat.
Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra.
Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk
menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain
itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.
Sinopsis Bab 10 - Bebas
Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman
Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk
Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut
meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah
mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar
Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari
menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning
coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak
kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati
sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke
bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan
lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya.
Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon
suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui
anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak
sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika
suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku
agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung.
Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan
melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia
hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah
dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja
dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya
perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah
oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira.
Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu
dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita
perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar
muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa
Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan
berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di
rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi.
Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan
biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar
dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar
mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmi memberi judul
lagu itu “Sebuah Intermeso”. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui
bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga
sebagai penggubah lagu.
Sinopsis Bab 11 – Intermeso
Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah
sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi
bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya
yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi
berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut
tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan
lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun.
Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat
khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam
ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun
ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk
“Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia”.
Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan
perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar
kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik.
Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa
Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih
berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet
tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih
apabila ditanya tentang Hilmi.
Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya “Sebuah
Intermeso” tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah Hilmi mendapat
perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah
melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel
dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu
yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling
malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi
keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul
semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat
suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian
diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu.
Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang
parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar
diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka
bermain seperti biasa.
Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan
Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib
persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa
persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di
luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar
kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima
keahlian Hilmi.
Sinopsis Bab 12 - Krisis
Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain
Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut.
Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana
dia percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur
dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati
mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of
Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang.
Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan
Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta
diri pulang ke rumah.
Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British
Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke
lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam
orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di
pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia
barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi
berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat
mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa
berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi.
Hayati juga menyatakan bahawa lagu “Sebuah Intermeso” itu menjadi ubat yang
paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana
sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana
tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu.
Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan
Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik
profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah
diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut
berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang
meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah
sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul
“Perpisahan”. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara
menggubah lagu yang baik dan menasihati Hilmi supaya mengarang beberapa
buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan
sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod.
Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah
mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama
“Kugiran Dahlia” ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu.
“Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah
lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan
mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali
bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan
kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi
sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah
berdepan pula dengan masalah cetak rompak.
Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami
isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi
kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai
berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah.
Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir
dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar
lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada
Encik Bakar.
Sinopsis Bab 13 – Perpecahan
Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan
lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur
tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-
duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa
apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah
mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah
cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas
oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga
pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya
dalam lagu “Balada Kasih”.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini
hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan
kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang
yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap
menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya
menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”.
Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu
lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-
lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun
terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram.
Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia
belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah
memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi
akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya
tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini
berjumlah ratusan buah.
Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari
Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar
biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi
dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar.
Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan
tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama “Seniman”
yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.
Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik
tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk
memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan
itu sama tarafnya dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang
diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan)
semua lagunya dan diberi nama “Hilmi Potpouri”. Publisiti (berita) tentang
pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui
media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari
mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu
Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan
seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.
Sinopsis Bab 14 – Seniman
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila
Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang
pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua
Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya
pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang
pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah
berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah
dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa
Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua
Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali
ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan
Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton
pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagai-bagai
spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang
kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin
pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya
serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan
Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.
Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebih-
lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh
penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah
Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur
dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi.
Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari
dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk
Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai
dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya
serta Hakim, anak Hilmi.
Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin
Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu.
Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi
sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana
tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah
amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah
doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang
ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan
dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di
pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital.
Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang
sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.
Sinopsis KeseluruhanKonserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari.Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati.Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong gajinya.Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke luar negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah
berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran.Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung.Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”.Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri.Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”.Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan itu.Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di perkarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.