komsas-cth

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KOM

Citation preview

Pengenalan

Objektif penulisan ini adalah untuk menghuraikan konsep, kepentingan, genre-genre yang terdapat di dalam KOMSAS, aplikasinya serta pemilihan strategi yang berkesan dengan menggunakan genre KOMSAS dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian dilakukan ke atas teks genre sastera bagi Tingkatan Satu seperti Puisi Tradisional (Pantun Dua Kerat, Pantun Empat Kerat, Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah dan Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman), Puisi Moden (Kian Kita Lupa, Lebah dan Madu, Hari Akhir Persekolahan, Jangan, Diari Lama dan Asap), Prosa Tradisional (Taju`l Muluk, Hikayat Marakarma, dan Budi Seorang Bapa Angkat), Cerpen (Kasut Kelopak Jantung, Tempang, Tukang Lama, Yuran, Trauma Embah, dan Sepucuk Surat daripada Kawan), Drama (Surat untuk Ina, Arah ke Mana, dan Mendung Hitam Beralih Jua) dan Novel (Istana Menanti, Sukar Membawa Tuah, Bukan Duniaku dan Hikmah). Kajian ini juga cuba membuktikan kurikulum Bahasa Melayu jelas memperlihatkan perkaitan yang rapat dengan penggunaan unsur sastera dalam pengajaran bahasa Melayu (Khairuddin Mohamad et al, 2014:2). Menurut Abdullah Tahir (1989:5), kehalusan dan kepekaan sebagai suatu reaksi daripada pencerminan masyarakat ditonjolkan melalui persoalan yang dihadapi manusia seperti penderitaan, kemiskinan, perjuangan, keruntuhan peribadi, harapan dan cita-cita.

Konsep KOMSAS

Menurut Zurainu Mat Jasin dan Abdull Sukor Shaari (2012) komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan Melayu. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pasca tahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu.

Berdasarkan kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa umumnya guru Bahasa Melayu kurang memahami falsafah pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu. Sememangnya, komsas yang juga lebih dikenali sebagai si kecil adalah amat berbeza dengan si besar yang mewakili konsep kesusasteraan sebagai mata pelajaran atau yang mewakili konsep pendidikan Kesusasteraan Melayu sebenar, khususnya daripada segi matlamat, objektif pengajaran dan pembelajaran serta penilaian atau peperiksaan yang menggunakan kaedah dan metodologi yang tersendiriNik Hassan Basri(2007),. Ada beberapa perkara yang mengelirukan mereka sehingga kajian yang dijalankan mendapati bahawa ada antara guru yang mengajar komsas dalam subjek Bahasa Melayu mengajarnya sama seperti mereka mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tulen. Malah, penyelidikan yang dijalankan mendapati mereka juga kurang yakin dan cekap dalam usaha mereka menjalankan tanggungjawab pengajaran komsas di sekolah.

Kepentingan Komsas

Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain.Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan tema kemiskinan hidup murid di kawasan pedalaman dalam menempuh alam persekolahan dan cabaran guru dalam mendidik anak murid daripada pelbagai latar belakang. Sebagai contoh cerpen Kasut Kelopak Jantung memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya, dan ia merupakan satu role model yang wajar bagi seorang murid yang berumur tiga tahun, yang lahir dalam keluarga yang miskin tetapi patuh dengan arahan guru, seorang yang lurus bendul dan sangat berdikari (Kasut Kelopak Jantung, 2014: 106).

Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan. Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya mereka didedahkan dengan pengajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak Diari Lama yang dinyatakan oleh penyair akan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan cintanya tak perlu disangsikan pada negara (Khairuddin et al, 2014: 62). Di bawah ini dipetik rangkap-rangkap sajak tersebut.

Di halaman diari ini aku amati selembar

Tulisan

Tentang perjuangan bertitis air mata

Mengalir

Namun tak sederas darah yang tumpah.

MengikutNik Hassan Basri (2007),semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid, sekiranya murid dengan bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malah, dengan demikian akan meningkatlah rasa cinta mereka kepada tanah air.Satu perkara lagi yang penting dan menariknya tentang kesusasteraan Melayu dalam pendidikan Bahasa Melayu yang dikenali sebagai si kecil yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah kerana kesusasteraan Melayu dapat membantu melahirkan manusia yang mempunyai sifat-sifat yang mulia. Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan estetik. Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana murid tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin.

Pertimbangan utama dalam kehidupan bermasyarakat ialah soal sejauh manakah seseorang itu dapat mengutamakan nilai-nilai murni dalam tindak-tanduk, perancangan, dan keputusan-keputusannya dalam kehidupan. Sebagai contoh seorang individu Muslim sentiasa dipandu oleh nilai-nilai yang sesuai dengan kepercayaan akidah dan akhlak Islam. Demikianlah halnya dengan yang lain yang sebahagian besar daripada mereka, terutama yang berpegang kepada agama akan melihat nilai-nilai yang positif, seperti menghormati hak-hak manusia lain dan menghargai sebarang hal yang secara universalnya diterima sebagai baik dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. Malahan, Islam memaparkan nilai-nilai murni yang diterima sebagai bersesuaian dengan semua agama di dunia.

Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kadang-kadang, proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya kepada murid. Hasil atau bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada kalanya bukannya hasil kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan murid, tetapi lebih berupa cerita semata-mata. Malah kajian yang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa buku-buku bacaan kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu sesetengah daripadanya kurang sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1997: 189). Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikan komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yang berminat dengan karya-karya yang bermutu.

Selain itu, penggunaan kesusasteraan Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu dan mempercepat proses itu, selari dengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping menanamkan bibit-bibit penghayatan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu.

Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaan perkembangan antara sains sosial dan sains kemanusiaan. Bahkan, guru Bahasa Melayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya perubahan yang radikal dan bersifat revolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam dunia era globalisasi atau dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila seseorang guru itu dapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains kemanusiaan yang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akan ketinggalan zaman. Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdik pandai dengan perkembangan kesusasteraan Melayu yang sentiasa menerima perubahan. Dengan memahami situasi ini, teks atau sumber kesusasteraan Melayu tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu membawa perubahan terhadap alam pendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa memahami segala hal, komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya. Oleh itu, guru Bahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajar bahasa, seni, falsafah, sejarah, peradaban, atau agama, bahkan mengajar erti atau nilai kehidupan itu sendiri.

Genre KOMSAS

Pembahagian genre di dalam Kesusasteran Melayu terbahagi kepada Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden.

Kesusasteraan Melayu Tradisional terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

i.Prosa

ii.Puisi

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama, iaitu:

i.Naratif

ii.Bukan Naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu:

i.Naratif Lisan

ii.Naratif Tulisan

Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre, iaitu:

i.Mitos

ii.Legenda

iii.Cerita Rakyat

Cerita Rakyat terbahagi kepada tiga subgenre, iaitu:

i.Cerita Jenaka

ii.Cerita Binatang

iii.Cerita Dongeng

Cerita Dongeng ialah:

i.Lipur Lara

ii.Cerita Teladan

Ada dua pengaruh di dalam Naratif Tulisan, iaitu:

i.Pengaruh Hindu

ii.Pengaruh Islam

Pengaruh Hindu terdapat di dalam genre:

i.Sastera Panji

Pengaruh Hindu-Islam terdapat di dalam genre:

i.Sastera Transisi

Pengaruh Islam mempengaruhi genre-genre yang berikut:

i.Sastera Hikayat

ii.Sastera Sejarah dan

iii.Sastera Epik.

Sastera Epik ada dua subgenre, iaitu:

i.Epik Kebangsaan

ii.Epik Melayu-Islam

Genre-genre yang tergolong di dalam kategori Prosa Tulisan Bukan Naratif ialah:

i.Sastera Kitab

ii.Sastera Ketatanegaraan

iii.Sastera Undang-Undang

iv.Sastera Sufi

Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

i.Puisi Naratif

ii.Puisi Bukan Naratif

Di samping itu, genre-genre Puisi Melayu Tradisional dapat pula dikategorikan kepada tiga kumpulan yang berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya, iaitu:

i.Puisi Tradisional Warisan Melayu

ii.Puisi Tradisional Warisan Islam

iii.Puisi Tumpangan

Puisi Tumpangan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu:

i.Puisi Tumpangan Warisan Melayu

ii.Puisi Tumpangan Warisan Islam

Puisi tumpangan

Teka-teki dan rejang menumpang pada bentuk syair dan pantun. Endoi pula menumpang pada bentuk syair, nazam dan pantun. Puisi Tumpangan Warisan Islam semuanya menumpang pada bentuk syair atau nazam yang biasanya berbahasa Arab.

Satu lagi genre puisi di dalam bahasa Melayu ialah puisi sufi. Puisi jenis ini memaparkan idea-idea tasauf. Salah seorang penulis puisi jenis ini yang paling terkenal ialah Hamzah Fansuri.

2. Kesusasteraan Melayu ModenKesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini kita akan berbicara tentang novel, cerpen, drama, sajak, biografi dan esei atau kritikan sahaja.

Kesusasteraan Melayu modenMengikut Abdullah Tahir (1989: 1) novelditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas:

i.Plot yang kompleks;

ii.Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya;

iii.Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai; dan suasana serta latar ceritanya beraneka.

Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen. Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris. Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satu benda kecil yang baru.

Cerpenjuga dipanggil cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang. Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif.

Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek.

Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup. Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting, dan dapat mengubah sikap, pemikiran watak-watak yang difokuskan.

Hal itu dapat dilihat pada watak Amri di dalam novel Hikmah karya Mohd Faris Ikmal. Amri merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia sangat menyayangi ibunya sehingga sanggup berbasikal sejauh sepuluh kilometre untuk memberli ubat emaknya. Lahir dalam serba kesusahan. Amri anak yang baik dan taat tetapi berubah menjadi degil dank eras kepala apabila berada di sekolah. Dia memeras ugut murid-murid lain. Hidupnya berubah apabila dia insaf apabila melalui kejadian ngeri dalam hidupnya.

Menurut Fadzri Aris et al (2014:154) drama ialah sejenis sastera yang tergolong dalam jenis cereka. Ciri-ciri utama drama ialah:

i.Aksi;

ii.Konflik; dan

iii.Persembahannya sekali jalan sahaja.

Jenis-jenisnya ialah:

i.Tragedi;

ii.Komedi;

iii.Tragi-komedi;

iv.Opera;

v.Pantomin; dan

vi.Bangsawan.

Kemiskinan hidup dalam kalangan segolongan masyarakat kerana tidak merebut peluang yang ada. Pak Jusuh mahu terus bekerja sebagai nelayan dan enggan menyertai tanah rancangan kerajaan. Sebagai akibatnya, keluarga Pak Jusuh terus dihimpit kemiskinan. ContohnyaMendung Hitam Beralih Juaoleh Aripin Said. Drama berbentuk kemasyarakatan mengisahkan watak utamanya Pak Jusuh dan watak sampingannya Mak Limah, Jamilah dan Mutusami di dalamnya. Tujuannya untuk menunjukkan kerajinan. Contohnya Mak Limah rajin melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah dan mengemas rumah.

StrategiBerdasarkan beberapa kajian lepas seperti kajian Subadrah Nair dan Malar Muthiah (2005) dalam mata pelajaran Sejarah dan kajian Noor Azliza dan Lilia (2002), didapati kajian yang menggunakan model konstruktivisme dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam pembelajaran Komsas masih kurang. Maka dalam kajian ini, Model Konstruktivisme Lima asa Neeedham (1987) digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran Komsas dalam kalangan murid bukan Melayu.

Dalam kajian ini guru menggunakan kaedah pembelajaran model konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham, 1987) kepada kumpulan sasaran yang merangkumi lima fasa berikut:

1. Orientasi: Guru menyediakan suasana pembelajaran untuk merangsang dan menimbulkan inat murid terhadap pelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan perhatian murid. antaranya ialah dengan menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, teka-teki, lakonan dan simulasi.

2. Pencetusan idea: Guru merancang pelbagai bentuk aktiviti seperti perbincangan kumpulan, menggunakan kaedah peta konsep serta membuat laporan dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baharu yang akan mereka pelajari. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama serta interaksi yang rapat sesama mereka. Guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan membekalkan bahan pembelajaran dan membimbing murid untuk membuat pembelajaran inkuri atau pembelajaran berasaskan masalah yang diberi.

3. Penstrukturan semula idea: Guru menyediakan aktiviti atau memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan murid mencabar idea asal mereka atau idea rakan, dan membina struktur pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam fasa ini, kemahiran berbahasa akan membantu murid membuat pengubahsuaian atau penyusunan semula idea mengikut turutan dan setiap satu idea mempunyai kesinambungan idea yang kelihatan tersusun dan terancang. Peranan guru pula ialah mengukuhkan konsep atau idea yang tepat kepada muridnya.

4. Aplikasi idea: Murid akan mengaplikasikan pengetahuan baru dengan menyelesaikan masalah dalam situasi baharu. Situasi ini dapat mewujudkan pemahaman yang baharu dan menggalakkan proses inkuiri di dalam diri murid.

5. Refleksi: Murid membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka. Murid juga boleh membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. Guru boleh menggunakan kaedah penulisan kendiri, perbincangan kumpulan dan catatan peribadi murid untuk meneliti atau memantau tahap pemahaman murid-muridnya.

Selain itu strategi seperti kebanyakan dapatan kajian seperti kajian Davis et al. (1997), menunjukkan pembelajaran berkualiti berlaku dengan penuh bermakna apabila mengintegrasikan ICT dengan pengajaran kolaboratif. Tujuan utama pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer (Computer-Supported Collaborative Learning (CSCL)) adalah untuk menyediakan persekitaran yang menyokong kerjasama antara pelajar-pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran mereka (Kreijns, Kirschner, & Jochems, 2003), memudahkan pembelajaran kolaboratif (Pea, 1994), atau kerjasama kumpulan (Stahl, 2006). Dengan itu, penggunaan ICT boleh memberi banyak sumbangan untuk memperbaiki sistem persekolahan sekiranya persekitaran pembelajaran yang interaktif dan bertenaga bertapak seiring dengan konteks pedagogi, kurikulum dan organisasi sekolah yang bersesuaian (Deetya 1996:14).

PenutupApabila diteliti daripada sudut bahasa karya-karya kesusasteraanlah sumber yang paling ideal kerana keluasan dan kepelbagaian gaya yang sering dilenturkan untuk menyatakan emosi yang bermacam-macam. Pengarang yang kreatif akan cuba menggunakan bahasa seluas mungkin meliputi pemilihan ayat, gaya bahasa, ungkapan-ungkapan khusus, dan meluaskan penggunaan bahasa-bahasa kiasan untuk mencapai kesan yang mendalam. Oleh itu, pemilihan karya-karya kesusasteraan yang baik adalah perlu. Karya yang baik untuk murid ialah karya yang mempunyai unsur pengajaran dan panduan yang boleh dicontohi. Melalui karya kesusasteraan, masyarakat dapat menjadikannya sebagai panduan dan pengajaran hidup dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar.

Sharmini (2004) mengemukakan pengajaran dan pembelajaran sastera amat berguna dalam masyarakat Malaysia kerana dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran bahasa dan menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu sastera boleh merentasi kurikulum dan pelajar dapat mempelajari dengan lebih bermakna. Beliau mencadangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diubahsuaikan dengan mengintegrasikan teknik atau pendekatan kontemporari yang mesra pelajar. Kajian ini disokong oleh kajian yang dibuat Wheatley (1992) menunjukkan bahawa pembelajaran aktif dapat mempertingkatkan pemikiran dan tindak balas pelajar. Pelajar seharusnya diberikan peluang untuk membuat refleksi terhadap aktiviti yang dijalankan untuk pembentukan yang berma