ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    1/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1

    KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    Kulit Depan 1

    Prakata 3

    Soalan Tugasan 4

    Bahagian A

    - Pengenalan 5

    - Teori-teori perkembangan kognitif 6 - 10

    Bahagian B

    - Pengenalan 10

    - Teori PiagetTaha Praoperasi & Tahap Konkrit 1113

    - Pengumpulan Analisis Data 1425

    - Interpretasi 2527

    - Kesimpulan 2728

    Rujukan 29

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    2/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 2

    PRAKATA

    Assalamualaikum & Salam sejahtera.

    Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang

    diberi walaupun pada mulanya fikiran saya amat bercelaru dan tertekan. Walaupun tugasan ini

    hanya mengandungi dua bahagian, namun pecahan-pecahan soalannya agak sukar dan

    mencabar. Agak sukar untuk saya membahagi masa justeru kerja-kerja sekolah yang

    bertimbun-timbun dan aktiviti sekolah yang amat padat. Kekangan masa membuat saya rasa

    stress.

    Di samping itu juga, saya tidak memahami bagaimana untuk mengaitkan perbezaan pemikiran

    kanak-kanak pada tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan teori perkembangan kognitif

    Piaget. Penerimaan terhadap suatu perkara yang baru amat terbatas. Namun setelah berusaha

    dan membaca soalan berulang-ulang, saya mulai faham apakah kehendak tugasan ini.

    Terima kasih yang tiada terhingga buat Dr. Maria Mansur yang sentiasa memberi panduan dan

    bantuan yang sememangnya diperlukan dalam menyempurnakan tugasan ini.

    Rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus-lumus bersama-sama tanpa mengenal penat dan

    jemu member semangat dan dorongan serta komitmen yang tinggi untuk memperolehi ilmu

    pengetahuan yang patut dimiliki dan dihargai.

    Semoga tugasan ini dapat menepati kehendak soalan dan dapat memberi manafaat kepada

    semua.

    Sekian, terima kasih.

    TUGASAN

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    3/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 3

    PENGENALANTugasan ini terdiri daripada Bahagain A dan Bahagian B

    BAHAGIAN A: (10%)

    Tulis satu esei ringkas bertajuk:

    Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi

    Seorang Guru Sekolah Rendah: Bincangkan

    BAHAGIAN B: (30%)

    Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit

    Tujuan:Tugasan ini bertujuan untuk membolehkan anda membuktikan perbezaan pemikirankanak-kanak pada tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan menggunakan tiga jenis tugas

    konservasi.

    Kaedah:a) Kenal pasti DUA kanak-kanak

    seorang berumur kira-kira 5 tahun dan

    seorang lagi berumur 7 hingga 8 tahun.

    b) Dengan menggunakan tugas-tugas konservasi Piaget, tadbirkan TIGA tugas kepada

    setiap kanak-kanak yang dipilih.

    c)

    Bandingkian respon kanak-kanak berumur 5 tahun dengan respon kanak-kanak berumur

    7-8 tahun bagi setiap tiga tugas.

    d) Rekod setiap jawapan kanak-kanak (gunakan iPad anda untuk merekod audio)

    e)

    Anda boleh gunakan apa jua bahasa pun semasa menjalankan eskperimen tersebut

    (Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin atau Tamil)

    f)

    Pilih satu tempat yang senyap, meja dan kerusi untuk menyusun bahan-bahan dan

    menjalankan eksperimen anda. Ikut penyusunan meja seperti di Rajah 1.

    Format Laporan

    a) Pengenalan:

    b) Pengumpulan dan Analisis Data

    c) Interpretasi

    d) Kesimpulan

    BAHAGIAN A

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    4/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 4

    Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi

    Seorang Guru Sekolah Rendah

    Kaitan teori-teori kognitif yang dibincangkan dalam kursus ini dengan amalan

    dalam bilik darjah

    Berikan contoh-contoh relevan untuk menyokong jawapan anda.

    Format esei ditentukan oleh anda

    Panjang esei3 halaman [1.5 langkau Font saiz 12 Times Roman]

    Pengenalan

    Maksud perkembangan mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah perihal atau proses

    berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak. Dengan ertikata lain perkembangan

    adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif.

    Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran.

    Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi

    dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal. Santrock (2008)

    mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi

    individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

    Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008) dalan buku Perkembangan Kanak-kanak,

    kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,

    memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia

    melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan

    masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk

    kelangsungan hidup bagi seseorang individu.

    Proses perkembangan kognitif melihat kepada kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal

    budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah disamping memahami dan menganalisa

    masalah. Pada peringkat kanak-kanak biasanya mereka mula membentuk pengetahuan serta

    pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Justeru, perkembangan kognitif ini

    merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    5/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 5

    Teori-teori perkembangan kognitif

    Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima

    diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia adadalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil

    pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif

    menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif sebaliknya

    otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat

    kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan

    penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia

    yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan

    sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika

    kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif.

    Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak

    asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Piaget merupakan seorang ahli

    biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model

    biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda

    boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi

    dengan persekitaran.

    Penyelidikan Piaget bertumpu kepada pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran semula

    jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan tiga orang anaknya. Menurut Jean Piaget,

    kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang sama tetapi pada usia yang

    berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak,

    sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai

    proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Piaget telah

    memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan

    keseimbangan..

    Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan

    menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula, skema adalah seperti sebuah

    kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi

    dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    6/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 6

    semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema juga adalah proses mencipta,

    memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan,

    skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan mengenggam dan apa sahaja benda

    yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan,

    bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau

    sebaliknya. Hal ini kerana terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap. Namun, terdapat enam

    sub tahap pada peringkat ini dengan melihat kebolehan berdasarkan umur bayi. Dari lahir

    hingga satu bulan sub, dikenali sebagai refleks. Pada tahap ini bayi hanya mampu melakukan

    gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan,

    gerakan tangan iaitu genggaman dan sebagainya, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata

    dan seterusnya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada

    gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan

    sahaja. Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim (2003) dalam buku Panduan Pendidikan

    Prasekolah, asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-

    maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu

    penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Contohnya, seorang kanak-

    kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan

    menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya,kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal.

    Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan

    pengalaman.Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar

    apabila ditiupkan angin ke dalamnya.Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif

    atau bukan kualitatif.

    Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan

    skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada,

    maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka

    maklumat itu akan ditolak atau diubahsuai. Ini menyebabkan, proses penyesuaian diri berlaku

    apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau

    pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap

    skema sedia ada. Seterusnya, proses ini berlaku sehingga seseorang itu mencapai tahap

    pemahaman yang stabil dan mantap bagi sesuatu kemahiran tertentu. Hal ini berlaku secara

    berterusan. Misalnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet

    akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    7/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 7

    terhadap magnet itu. Akhirnya, keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak

    menyeimbangkan proses penyerapan dan penghubahsuaian. Sebagai contohnya, apabila

    seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam

    skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak

    dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau

    mencipta skema yang baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap

    keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga

    dewasa. Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka

    yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan

    sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan

    kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan

    berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan

    peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi

    asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

    Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang

    lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan

    dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak.

    Pembelajaran kognitif lebih menekankan kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi .

    Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap pembinaan persekitaran

    bilik darjah yang mesra budaya Orientasi sosial di dalam bilik darjah menentukan apa yang

    patut . Penerapan budaya dan nilai murni dari . menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan .

    pengurusan bilik darjah dinamik nota ilmu pendidikan bagi kursus Susunan meja dan kerusi

    dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada. kognitif, bagi mengembangkan

    minda murid serta penerapan nilai.

    Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan

    proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia

    juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara

    penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan

    bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses

    pembelajaran.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    8/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 8

    Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi-

    implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid.

    Teori pembelajaran kognitif merangsang ingatan semula kanak-kanak dalam proses

    pembelajaran murid-murid. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan

    pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Contohnya, setiap

    pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan

    yang sedia ada. Dengan pengetahuan yang ada ketika di prasekolah, tentu situasi ini tidak akan

    menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut untuk proses pembelajaran. Selain itu, implikasi teori

    pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid

    ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini

    menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari

    peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang

    aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka

    masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun

    tingkat umur mereka.

    Selain itu juga, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut

    memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak memperolehi pengetahuanmelalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Zaman persekolahan akan dapat

    membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama

    sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Di samping itu, isi-isi pelajaran

    hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean

    Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap

    perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor (sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi (2

    hingga 7 tahun), operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan operasi formal (11tahun hingga

    remaja).

    Justeru itu, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah

    mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak kerana pengetahuan dan kebolehan kanak-

    kanak adalah berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Oleh itu, guru haruslah

    menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.

    Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada

    pengetahuan asas tentang kemahiran 4M. Oleh yang demikian, guru hendaklah mengajar

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    9/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 9

    murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar

    mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

    BAHAGIAN B:

    LAPORAN

    Pemikiran Kanak-Kanak Praoperasi dan Konkrit

    Pengenalan

    Keterangan ringkas tentang kanank-kanak yang terlibat :

    Profil Subjek :

    Perkara Subjek 1 Subjek 2

    Nama Nurul Alia Nabila Clarissa Lola

    Jantina Perempuan Perempuan

    Tarikh Lahir 19.03.2007 09.08.2006

    Umur 6 Tahun 7 Tahun

    Kelas & Nama

    Sekolah

    Pra Sekolah Diligent,

    SK Pujut Corner

    Tahun 1 Amanah,

    SK Pujut Corner

    Nama Bapa Zamnee Bin Ismail Gary Tindi

    Pekerjaan Bapa Pegawai AADK Guru

    Pendidikan Tertinggi Universiti ( Sarjana Muda ) Universiti ( Sarjana Pendidikan )

    Nama Ibu Hilda Bt Matasin Rosita Mardan

    Pekerjaan Ibu Guru Guru

    Pendidikan Tertinggi Universiti ( Sarjana Muda ) Universiti ( Sarjana Muda )

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    10/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 10

    Teori Piagettahap praoperasi dan tahap konkrit

    Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses

    perkembangan yang dilalui. Menurut Piaget, perubahan daripada satu peringkat ke satu

    peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan

    yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman

    tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang

    tinggi.

    Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan

    umur.

    Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

    1.

    Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)

    2. Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)

    3. Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)

    4.

    Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

    TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

    Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Pada

    tahap ini, kanak-kanak akan mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya

    mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi

    kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang

    dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,

    keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

    Pada tahap ini proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna

    menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :

    - Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang

    ketara seperti kebolehan mengira.

    - Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan

    digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

    - Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu

    pengukuhan tingkah laku.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    11/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 11

    Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena

    mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.

    - Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian

    terhadap sesuatu yang dilihat.

    - Ingatan merupakan satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali

    memori mengenai peristiwa lalu.

    - Bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya

    pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

    Untuk tahap ini, Piaget telah membahagikannya kepada dua sub tahap iaitu :

    Tahap Pra-konseptual ( 2-4 tahun )

    Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )

    Pada tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua

    atau lebih dimensi pada masa yang sama kerana mereka belum dapat menyusun penerangan

    yang ada dalam pemikiran.

    Pada tahap ini kecerdasan adalah minima, tidak mampu membuat kesimpulan dan tidak

    menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empatkandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat',

    'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.

    Selain itu juga, berlaku kekurangan dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa

    kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-

    kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang

    sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

    TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)

    Tahap operasi konkrit berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini,

    kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.

    Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu

    yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Semangat inkuiri semakin

    meningkat menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    12/28

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    13/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 13

    Pengumpulan dan Analisis Data

    Tugas 1:Konservasi Jisim

    Bahan: Gunakan DUA ketul plastisin dan membentuknya supaya kedua-dua ketul itu

    mempunyai saiz (kuantiti) yang sama.

    Nama Subjek : Nurul Alia Nabila ( 6 Tahun )

    Penyelidik : Perhatikan dua ketul platisin ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

    Kanak-Kanak : Sama banyak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    14/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 14

    Penyelidik : Sekarang, adakah platisin ini sama banyak?

    Kanak-Kanak : Tidak.

    Penyelidik : Yang mana lebih banyak?

    Kanak-kanak : Yang ini banyak. (Menunjuk pada plastisin yang leper)

    Penyelidik : Boleh kamu beritahu mengapa?

    Kanak-kanak : Sebab yang ini besar.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    15/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 15

    Nama Subjek : Clarissa Lola ( 7 Tahun )

    Penyelidik : Perhatikan dua ketul platisin ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

    Kanak-Kanak : Sama banyak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    16/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 16

    Penyelidik : Sekarang, adakah platisin ini sama banyak?

    Kanak-Kanak : Yang ini sama banyak dengan yang itu.

    Penyelidik : Boleh kamu beritahu mengapa?

    Kanak-kanak : Sebab saya tekan yang sama banyak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    17/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 17

    Tugas 2 : Konservasi Cecair

    Bahan:

    Anda memerlukan 2 gelas yang sama saiz & bentuk dan 1 gelas yang bercorongpanjang.

    Nama Subjek : Nurul Alia Nabila ( 6 Tahun )

    Penyelidik : Perhatikan dua gelas air ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

    Kanak-Kanak : Sama banyak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    18/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 18

    Penyelidik : Sekarang, adakah air ini sama banyak?

    Kanak-Kanak : Tidak.

    Penyelidik : Yang mana lebih banyak?

    Kanak-kanak : Yang ini banyak. (Menunjuk pada silinder)

    Penyelidik : Boleh kamu beritahu mengapa?

    Kanak-kanak : Sebab yang ini lebih tinggi.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    19/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 19

    Nama Subjek : Clarissa Lola ( 7 Tahun )

    Penyelidik : Perhatikan dua gelas air ini dan beritahu sama ada ianya sama banyak?

    Kanak-Kanak : Sama banyak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    20/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 20

    Penyelidik : Sekarang, adakah air ini sama banyak?

    Kanak-Kanak : Air ini sama banyak dengan air itu.

    Penyelidik : Boleh kamu beritahu mengapa?

    Kanak-kanak : Saya masukkan air yang sama banyak ke dalam ini.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    21/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 21

    Tugas 3 : Konservasi Nombor

    Bahan:

    Anda memerlukan 12 keping biskut yang sama saiz & bentuk.

    Nama Subjek : Nurul Alia Nabila ( 6 Tahun )

    Penyelidik : Perhatikan dua baris biskut ini. Adakah bilangannya sama banyak?

    Kanak-Kanak : Sama banyak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    22/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 22

    Penyelidik : Sekarang, adakah bilangan biskut ini sama banyak?

    Kanak-Kanak : Tidak.

    Penyelidik : Yang mana lebih banyak?

    Kanak-kanak : Yang ini banyak.

    Penyelidik : Boleh kamu beritahu mengapa?

    Kanak-kanak : Sebab yang ini lebih panjang.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    23/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 23

    Nama Subjek : Clarissa Lola ( 7 Tahun )

    Penyelidik : Perhatikan dua baris biskut ini. Adakah bilangannya sama banyak?

    Kanak-Kanak : Sama banyak.

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    24/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 24

    Penyelidik : Sekarang, adakah bilangan biskut ini sama banyak?

    Kanak-Kanak : Sama.

    Penyelidik : Boleh kamu beritahu mengapa?

    Kanak-kanak : Sama 6. ( Sambil menghitung )

    Interpretasi

    Terdapat perbezaan pendapat dan jawapan di antara pelajar 5 tahun dan pelajar 7 tahun.

    Merujuk kepada kajian konservarsi yang saya lakukan terhadap kanak-kanak 5 tahun dan 7

    tahun, terdapat perbezaan jawapan dan pendapat. Berbanding kanak-kanak berumur 5 tahun,

    ,kanak-kanak yang berumur 7 tahun telah mengalami peringkat perubahan yang mana mereka

    mengalami lebih banyak pengalaman. Berdasarkan ujikaji konservasi yang dilakukan, saya

    dapat melihat dan menilai bahawa pemikiran kanak-kanak berumur 5 tahun dan 7 tahun adalah

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    25/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 25

    berbeza. Jelaslah bahawa kanak-kanak mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza-beza

    mengikut tahap umur mereka. Kanak-kanak berumur 5 tahun tidak mampu berfikir seperti

    kanak-kanak yang berumur 7 tahun.

    Ternyata kanak berumur 5 tahun ( Tahap praoperasi 2 hingga 7 tahun) ini tidak boleh memberi

    jawapan yang betul berbanding kanak-kanak berumur 7 tahun kerana mengalami beberapa

    kekurangan seperti ketiadaankeupayaan untuk menggambarkan proses transformasi. Pada tahap

    ini, kanak-kanak berumur 5 tahun ini hanya dapat melihat sesuatu yang konkrit tetapi belum

    menguasai dan memahami konsep dan sesuatu yang abstrak. Mereka juga tiada keupayaan

    mengamati operasi songsang atau pembalikan. Kanak-kanak diperingkat ini tidak mempunyai

    kebolehan untuk membuat perbandingan diantara proses yang telah diubah dengan keadaan

    asal. Keadaan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat membentuk konsep paduan 1-1

    antara kedua-dua set tetapi tidak dapat mengekalkannya sebaik sahaja bentuk atau keadaan

    ujikaji diubah.

    Operasi songsang atau pembalikan ini tidak dapat diamati atau difahami oleh kanak-kanak.

    Kanak-kanak ini juga belum menguasai konsep keabadian. Mereka mudah dipengaruhi oleh

    bentuk, saiz, panjang dan tinggi perkara/objek yang diperhatikannya. Contohnya dalam ujikaji

    konservasi cecair, kanak-kanak ini ditunjukkan dengan dua gelas yang sama besar denganisipadu air yang sama, setelah segelas air tersebut dimasukkan dalam silinder, kanak-kanak ini

    memberitahu bahawa air yang di dalam silinder itu adalah lebih banyak daripada yang ada di

    dalam gelas. Ini membuktikan kanak-kanak diperingkat ini percaya dan berpegang pada

    pendapatnya berdasarkan apa yang dilihatnya. Mereka menggangap orang lain juga sependapat

    dengannya.

    Tahap kesukaran tugas-tugas yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah ketika ditahap pra-operasi

    yang berumur dari 2 hingga 7 tahun . Kanak-kanak yang berada di tahap ini belum lagi faham

    akan prinsip pengekalan (conservation). Contohnya jika 12 keping biskut disusun dalam dua

    barisan. Setiap barisan mengandungi 6 keping biskut yang sama, mereka akan katakan kedua-

    dua kumpulan duit syiling itu adalah sama. Tetapi jika satu daripada barisan biskut disusun

    dengan menjarakkannya dalam bentuk garisan lurus dan lebih panjang, mereka akan

    mengatakan yang panjang itu adalah lebih banyak. Mereka hanya mengetahui perbezaan dari

    segi persepsi kuantitatif. Kanak-kanak akan dapat membina konsep pengekalan di mana

    mereka memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau

    sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair, berat bahan pepejal seperti

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    26/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 26

    platisin dan nombor. Kanak-kanak berumur 7 tahun, menguasai konsep tidak memusat

    (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Secara mental mereka dapat

    melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam gelas. 2 gelas yang sama besar

    diisi kandungan air. Air dalam salah satu dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas

    yang lebih tinggi iaitu silinder

    Kesimpulan

    Pada permulaan peringkat praoperasi ( 2 7 tahun ), kanak-kanak menghadapi kesukaran

    mengoperasi konsep, walaupun mereka boleh mengira secara urutan satu hingga sepuluh,

    mereka tidak memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain

    kanak kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri

    yang sempurna kerana kurangnya fleksibiliti dalam susunan pemikiran mereka. Selain itu juga,

    kanak-kanak ini mempunyai penakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan

    yang tepat serta tidak boleh memahami perubahan yang dinamik. Mereka juga lemah dan

    kurang kemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu secara hieraki.

    Manakala kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit dapat menguasai konsep kebalikan,

    pengekalan, isipadu, pencambahan, perkaitan logik kuantitatif dan klasifikasi. Proses

    pembalikan (reversibility) ialah dimana kanak-kanak berupaya berfikir tentang bentuk asal

    sesuatu objek. Sebagai contoh, sekiranya salah satu plastisin yang sama saiz dileperkan, kanak-

    kanak boleh mengingat semula bentuk asal sebagai imej mentalnya. Pengekalan isipadu ialah

    (conservation of volume) ialah kanak-kanak berupaya berfikir bahawa isipadu tidak berubah

    walaupun bekas mempunyai saiz yang berlainan. Percambahan (decentration) di mana kanak-

    kanak boleh berfikir tentang beberapa dimensi masalah dan perkaitan antaranya secaraserentak .Contohnya, kanak-kanak dapat berfikir tentang tinggi bekas dan juga isipadunya.

    Kanak-kanak pada tahap ini berupaya membuat perkaitan logik kuantitatif (quantitative logical

    relationship) dengan berfikir secara logik apabila diberi syarat berbentuk kuantitatif.

    Klasifikasi (classification) merupakan keupayaan kanak-kanak berfikir untuk mengkelaskan

    objek. Contohnya, kanak-kanak boleh mengkelaskan rajah-rajah yang diberikan mengikut

    bentuk dan warnanya.

    Menurut Piaget, pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses

    operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    27/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 27

    orang yang telah mereka lihat. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-

    kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat,

    mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational

    logic).

  • 8/10/2019 ECG222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

    28/28

    ECG222

    PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 28

    Rujukan

    Modul AEU, EEG222 CHILD GROWTH & DEVELOPMENT

    BAB 3, Perkembangan KognitifPiaget & Vygotsky

    http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jean-piaget.html

    http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.html

    http://teoripiaget.blogspot.com/

    http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jean-piaget.htmlhttp://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.htmlhttp://teoripiaget.blogspot.com/http://teoripiaget.blogspot.com/http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.htmlhttp://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jean-piaget.html