Mohd Amin Bin Othman Tugasan Ecg 222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tt

Text of Mohd Amin Bin Othman Tugasan Ecg 222 Pertumbuhan Perkembangan Kanak-kanak

TUGASANSEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUSECG 222

NAMA KURSUSPERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK

E30209121175

NAMA FASILITATORAKADEMIK

EN. PHILIP ANAK CHAYONG

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU ( UPM BINTULU)

BAHAGIAN A

Sejajar dengan perkembangan zaman dan masa di mana sistem pendidikan di Malaysia semakin hari semakin mencabar lebih-lebih lagi pada zaman lambakan ilmu ini, berbagai kemahiran dan pengetahuan telah diperkenalkan bagi memudahkan dan mensistematikkan kaedah pengajaran bagi setiap guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan lancar. Salah satu daripada pengetahuan yang perlu dimiliki oleh guru ialah pengetahuan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak. Justeru itu Setiap seorang guru yang berkesan haruslah memahirkan diri mereka dengan pengetahuan tersebut supaya objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Maka daripada pengetahuan tadi akan memberi banyak implikasi bukan sahaja terhadap pelajar malah juga kepada guru-guru. Pelbagai teori dan model telah menekankan tentang pentingnya proses pemikiran dalam pembelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman. Ahli-ahli psikologi terkenal iaitu Kohler, Piaget, Bruner, dan Ausebel yang berpendapat pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang akan berlaku dalam fikiran iaitu tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Ahli psikologi pendidikan mencadangkan supaya Teori Perkembangan Kognitif Piaget diaplikasikan bagi mendorong perkembangan kognitif kanak-kanak. Caranya adalah dengan mewujudkan keadaan ketidakseimbangan yang sewajarnya mendorong proses asimilasi dan akomodasi yang sentiasa membawa kepada pembentukan skema yang kompleks dan berperingkat tinggi. Teori ini penting dalam bidang perkembangan kognitif (Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya, 2005).Sementara bagi Saayah Abu (2007), perkembangan dan pertumbuhan saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain terutamanya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Jelas di sini, apabila merancang pengalaman pembelajaran, ia perlu mempunyai unsur-unsur yang dapat menggalakkan perkembangan murid secara optimum, hands-on, bermakna dan bersepadu. Pembelajaran pula berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku dan kesan daripada proses pembelajaran. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan kemahiran kognitif berdasarkan ciri-ciri penting teori-teori kognitif untuk menyenangkan guru berinteraksi di dalam bilik darjah.

Teori-teori pembelajaran kognitif telah mendapati perkembangan kognitif adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Peringkat kognitif menurut Piaget ialah : Peringkat Deria Motor (0 2 tahun) , Peringkat Praoperasi (2 -7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7- 12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun ). Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif selanjutnya. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka sebenarnya. Teori Pembelajaran Gagne dikenali sebagai teori pemprosesan data atau maklumat. Gagne mengasaskan satu hierarki pembelajaran berdasarkan peringkat-peringkat pembelajaran yang spesifik iaitu pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep dan penyelesaian masalah. Setiap individu menilai input dari persekitarannya, mengenkod dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu yang dinamakan sebagai proses pemikiran atau proses mental. Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci dengan menekankan kepentingan berfikir. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Selain itu, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti seperti menggalakkan penerokaan dan penemuan dan seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik-bilik darjah harus dipergiat dengan aktiviti-aktiviti yang merangsang untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna ( Abdullah Hassan & Ainon, 2000). Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental seperti mempelajari subjek Matematik di mana murid menggunakan idea untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dan darab. Murid menggunakan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi. .

Teori Pembelajaran Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental juga terdapat dalam manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baharu. Implikasi teori Kohler ini penting untuk guru bagi menggalakkan pemikiran celik akal dalam kalangan pelajar. Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Sebagai contoh, apabila guru mengajar sesuatu tajuk baharu kepada murid, guru terlebih dahulu menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai untuk merangsang celik akal murid untuk memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan. Melalui proses ini, murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka. Teori Piaget pula telah menekankan bahawa pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan. Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Semenetara penekanan Vygotsky pula ialah pada kebudayaan dan masyarakat di dalam perkembangan kognitif berbeza dengan gambaran Piaget tentang kanak-kanak sebagai ilmuwan kecil yang kesepian. Menurut Vygotsky, kanak-kanak lahir dengan fungsi mental yang relative dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tidak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah. Teori kognitif merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. Disebabkan psikologi kognitif semakin berkembang dalam bentuk yang lebih matang, ia mula memasukkan pengaruh sosial dalam perkembangan kognitif, perhubungan antara kognisi dan motivasi, kesedaran diri, strategi kognitif dan perkembangan kepakaran subjek dalam bidang matematik dan sains. Kesimpulannya, ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif individu. Sebagai seorang pendidik, kita seharusnya peka bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti baka, persekitaran, makanan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak amat penting untuk merancang serta melaksanakan pengajaran mengikut tahap pencapaian . Justeru, guru-guru yang berdedikasi juga perlu mempunyai pengetahuan teori pembelajaran ini supaya dapat mengadakan pelbagai rangsangan di dalam bilik darjah untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang positif.

Bahagian B : Pemikiran Kanak-kanak Praoperasi dan KonkritPendahuluan.Kanak-kanak selalu dirujuk sebagai seseorang yang belum dewasa yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Merujuk kepada peringkat perkembangan manusia, peringkat awal kanak-kanak adalah dari lahir sehingga umur 8 tahun. Dalam tempoh ini perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan kepada proses pembinaan pemikiran kanak-kanak yang berkembang menikut tahap umurnya. Untuk tujuan kajian ini hanya dua teori kognitif yang dibincangkan iaitu yang dibawa oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygostky. Teori-teori mereka ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami proses pemikiran kanak-kanak yang kecerdasan mental yang berbeza. Berikutnya dijelaskan tentang profil kanak-kanak yang dijadikan subjek kajian ini.Kanak-kanak yang dipanggil subjek A perempuan yang bernama Steffinia Endang Berumur tujuh tahun tujuh bulan. Kanak-kanak ini tinggal bersama neneknya. Kelayakan tertinggi ayahnya adalah telah tamat tingkatan lima dan bekerja dengan syarikat swasta. Sementara ibunya hanya mendapat pendidikan sehingga tahun enam dan tidak bekerja, Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru apabila besar nanti. Ciri-ciri pertumbuhan fizikal kanak-kanak perempuan ini adalah seorang yang normal dan tidak mengalami kecacatan fizikal sejak dilahirkan. . Sesuai dengan tahap umurnya iaitu tujuh tahun tujuh bulan, subjek A nampak matang jika diukur dengan umurnya. Dari segi kognitif, subjek A menujukkan kematangan dari usianya yang sebenar dan menunjukkan sifat-sifat ingin tahun.Subjek B ialah seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Danny Harris Anak Parin. Subjek berumur enam tahun dua bulan. Kelayakan tertinggi ibu dan bapanya adalah lulus Diploma Perguruan Malaysia dan bekerja sebagai guru Subjek bercita-cita untuk menjadi doktor. Ciri-ciri perkembangan respondan dari segi fizikal bertubuh besar dan gempal dan tidak mengalami kecacatan sejak dilahirkan. Ketinggian yang lebih tinggi daripada rakan yang sebaya umurnya. Dari segi kognitif, respondan menampakkan kematangan yang agak rendah berbanding dengan usianya. Respondan didapati agak pemalu serta kurang berminat untuk meneroka pembelajaran dan dapat melakukan arahan imiginasi secara tidak langsung. Kajian ini mengambil kira dua tahap perkembangan kognitif yang dikembangkan oleh Jean Piaget mengikut tahap praoperasi ( 2 hingga 6 tahun) dan tahap konkrit (6 hingga 11 tahun). Tahap praoperasi, iaitu umur dalam lingkungan dua tahun hingga lebih kurang enam tahun, kanak-kanak mula membina repsentasi mental secara dalaman dengan aktif yang telah mula beroperasi pada tahap sensori motor. Dengan adanya pemikiran representasi maka muncul komunikasi verba namun, ianya bersifat egosentrik. Pada tahap ini, pandangan orang lain tidak dapat diterima tetapi pemikirannya terhad kepada satu aspek sahaja. Tahap operasi konkrit bermula pada umur tujuh tahun sehingga 12 tahun. Kanak-kanak dapat memanipulasi dan membentuk representasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabut dan sebagainya. Dalam eksperimen yang dijalankan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabdikan dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda lain. Kanak-kanak pada tahap ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengesan kuantiti yang terkandung di dalamnya.Matlamat Kajian.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan di antara pertumbuhan dan perkembangan kognitif seorang kanak-kanak yang berumur 6 tahun dengan kanak-kanak yang berumur 7 tahun berdasarkan uji kaji konversasi pengabadian jisim konversasi cecair. Skop Kajian.Kajian ini akan membincangkan mengenai dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berbeza umur. Kanak-kanak ini anak dikenali sebagai subjek sepanjang perbincangan dalam kajian ini berumur 5 tahun dan 8 tahun dan bersekolah di SK Nanga Tau, sebuah sekolah Pedalaman P3. Subjek B ini adalah berada di prasekolah dan subjek A berada di Tahun 1. Dalam kajian ini, ianya akan menyentuh tentang perbezaan pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal dan kognitif berdasarkan pemerhatian dan soal jawab dengan subjek sepanjang perbincangan ini.Pengumpulan dan Analisis Data.Kajian ini telah dilakukan terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur 5 tahun dan 8 tahun yang berlainan jantina. Penyelidik memilih tempat yang agak sunyi kerana faktor ini dirasakan dapat memberi kepuasan kepada subjek untuk berinteraksi dengan lebih baik dan selesa dengan penyelidik. Penyelidik telah mengenal pasti subjek terlebih dahulu untuk mengumpul maklumat subjek terlebih dahulu dengan guru kelas prasekolah dan juga guru kelas tahun dua. Pada permulaannya, didapati subjek yang berumur 6 tahun itu enggan memberi kerjasama tetapi setelah diberi kata-kata semangat, subjek bersetuju untuk mengikuti sesi penyelidikan ini. Hal yang demikian sebaliknya tidak berlaku terhadap subjek yang berumur 7 tahun yang menampakkan begitu berminat dengan penyelidikan ini.Memandangkan respondan yang dikenalpasti dalam kajian ini sebagai subjek A dan subjek B berbeza tahap kematangan dan juga jantina, penyelidik terlebih dahulu mengenalpasti dan menggunakan beberapa teknik soal jawab bagi mewujudkan komunikasi yang baik antara subjek dengan penyelidik. Oleh itu, pentingnya bagi penyelidik menggunakan bahasa yang jelas dan tepat yang mungkin menyebabkan subjek menjadi keliru. Menurut Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mond. Zohir Ahmad (2007), komunikasi boleh berlaku dalam banyak keadaan sama ada secara aktif dan pasif. Kemungkinan juga berlaku di mana satu pihak aktif manakala satu pihak lagi pasif, atau kedua-dua pihak aktif. Dalam menjalankan uji kaji terhadap subjek yang berbeza tahap kematangan dan jantina yang berlainan ini, faktor emosi juga perlu diambil kira. Penyelidik telah menjalankan uji kaji terhadap subjek A iaitu kanak-kanak yang berumur 7 tahun terlebih dahulu. Hal ini penting kerana mempunyai masa yang lebih banyak berada di sekolah. Seterusnya baharulah uji kaji dijalankan terhadap subjek B memandangkan subjek B kerana penyelidik bimbang emosi subjek ini cepat terganggu dan cepat merasa bosan apabila masa yang tidak sesuai dipilih.

Langkah Pertama.Pada peringkat permulaan, penyelidik telah menguji subjek yang berumur 5 tahun adalah seorang kanak-kanak perempuan dengan membawanya ke dalam satu bilik yang dikatakan amat selesa tanpa gangguan pihak luar. Penyelidik telah menggunakan beberapa teknik yang kreatif dan cerdik bagi mengkaji keupayaan mental kanak-kanak ini dalam sesi pemerhatian. Salah satu teknik yang digunakan dalam mengkaji egosentrik yang melibatkan ketulan plastisin tiga-dimensi ( lihat Gambar 1)

Gambar 1 : Ujian ketulan plastisinPenyelidik telah menunjukkan kepada subjek A kedua-dua ketulan plastisin dan menyuruh subjek memerhati kedua-dua ketul doh tersebut. Subjek A hanya memerhati tanpa bertanya kepada penyelidik apa yang hendak dikemukakan. Subjek A berupaya melakukan proses ini tanpa kesukaran. Pada tahap ini, kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk mental secara dalaman dan mengenal objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantiti-kuantinya. Selepas itu, untuk mencungkil kefahaman subjek A, penyelidik telah bertanya kepada subjek antara ketulan plastisin yang dilabel A dan B, adakah sama banyak. Subjek telah memilih dan menyatakan bahawa plastisin yang berlabel A adalah lebih banyak. Seterusnya, penyelidik cuba mengalihkan padangan terhadap objek yang berlabel A dengan harapan jawapan yang diberikan selepas itu adalah ketulan plastisin berlabel Mengikut teori Piaget, kanak-kanak pada tahap ini tidak membezakan antara angan-angan dengan kenyataan. Dalam uji kaji kedua, Penyelidik telah mengambil ketulan plastisin berlabel B dan membentuknya menjadi panjang di hadapan subjek A. Subjek A memerhatikan apa yang dilakukan oleh penyelidik dengan penuh minat. Penyelidik menyuruh Subjek A memberikan tumpuan terhadap plastisin yang dibentuk oleh penyelidik. Kemudian, penyelidik bertanyakan kepada subjek A plastisin yang manakah yang lebih banyak (lihat Gambar 2). Penyelidik menggunakan teknik yang sama untuk merangsang subjek A seperti rangsangan di bawah.

Gambar 2: Ujian terhadap bentuk yang berbeza. Penyelidik telah bertanya kepada subjek A yang manakah ketulan plastisin yang lebih banyak. Perkataan yang ditekankan di sini ialah lebih banyak. Subjek A telah menyatakan bahawa ketulan plastisin berlabel B adalah sama banyak dengan plastisin berlabel A. Penyelidik bertanya kepada subjek A, mengapa dia menyatakan demikian. Subjek A menyatakan bahawa plastisin A pada asalnya adalah sama banyak Penyelidik cuba untuk mengalihkan pemikiran subjek A. Dia tetap menyatakan bahawa itu sama banyak.

Ujikaji yang ketiga ialah melibatkan pemahaman subjek A tentang konservasi (pengabadian). Dalam satu uji kaji pengabadian, cecair yang sama banyak dituangkan ke dalam dua bikar yang sama saiz (lihat Gambar 3). Penyelidik telah menggunakan kaedah dan teknik perbualan bertujuan untuk mencungkil kefahaman subjek A. Di bawah ini adalah perbualan antara penyelidik dengan subjek A.

Gambar 3 : Konservasi Cecair yang sama banyak

Penyelidik: Cuba perhatikan bekas ini dan beritahu yang mana airnya banyak. Subjek A: Air dalam bikar A banyak. Penyelidik: Mengapa awak kata demikian? Subjek A: Sebab ia nampak banyak.. Penyelidik: Perhatikan betul-betul. Sama banyak kan? Subjek A: Bikar A lebih banyak.Dalam uji kaji konservasi cecair yang sama banyak, subjek hanya dapat menyatakan bahawa air yang merah adalah lebih banyak. Penyelidik cuba merangsang pemikiran subjek dengan menggunakan pelbagai kaedah supaya subjek bersetuju dengan pendapat penyelidik. Subjek tetap menyatakan air yang berwarna merah adalah lebih banyak. Penyelidik terpaksa akur dengan keputusan subjek dan menghormati pandangan subjek kerana penyelidik tahu bahawa pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini belum dapat membezakan kedua-dua objek itu. Subjek A seolah-olah berbohong kerana kanak-kanak pada peringkat ini belum mampu memisahkan kejadian sebenar dengan imaginasi mereka.Seterusnya uji kaji yang seterusnya dengan menggunakan cecair yang sama tetapi telah dimasukkan ke dalam silinder bertapak cembung sambil diperhatikan oleh subjek A (lihat Gambarajah 4.1). Penyelidik kemudiannya mengemukan beberapa soalan untuk mencungkil kreativiti subjek seperti perbualan di bawah: Penyelidik: Air yang mana nampak banyak? Subjek A: Yang dalam bekas C. Penyelidik: Mengapa kamu katakana demikian? Subjek A: Sebab banyak penuh. Penyelidik: Tadi awak kata yang bikar A banyak. Subjek A: C lebih banyak sebab dalam bekas besar.

Gambar 4 : Cecair yang dimasukkan ke dalam silinderlebih banyak pada padangan kanak-kanak ini.

Berdasarkan pemerhatian, subjek A lebih tertarik kepada uji kaji cecair ini walaupun pada tahap ini, pemikiran kanak-kanak masih belum dapat memecahkan masalah-masalah yang membuntukan pemikirannya. Walau bagaimanapun, subjek sudah dapat memberikan alasannya mengapa dia berkata bahawa air yang berwarna kuning yang diisi di dalam silinder lebih banyak berdasarkan pemerhatiannya.Subjek A telah menyatakan air yang di dalam bekas silinder mempunyai kuatiti yang lebih banyak berbanding air yang ada di dalam bikar. Penyelidik cuba mengalihkan pandangan atau persepsi subjek A dengan menyatakan bahawa kedua-dua air ini adalah lebih sama banyak tetapi subjek A tetap mempertahankan jawapannya dengan menyatakan bahawa air yang kuning itu kuantitinya adalah banyak berbanding air yang berwarna merah.

Langkah keduaPada langkah kedua, penyelidik telah memanggil subjek B yang merupakan pelajar lelaki untuk uji kaji sebagaimana langkah pertama. Penyelidik juga telah menggunakan beberapa teknik bagi mengkaji keupayaan mental kanak-kanak ini dalam sesi pemerhatian. Pada peringkat ini, gaya pemikiran kanak-kanak masih lagi berunsurkan pemikiran egosentrik. Salah satu teknik yang digunakan dalam mengkaji keegosentrikan yang melibatkan ketulan plastisin tiga-dimensi mengikut langkah-langkah sebagaimana proses di bawah ( lihat Gambar 5)

Gambar 5 : Membanding ketulan plastisin

Penyelidik telah menunjukkan kepada subjek B kedua-dua ketulan plastisin dan menyuruh subjek memerhati kedua-dua ketul plastisin tersebut. Subjek B hanya memerhati apa yang dibuat oleh penyelidik . Subjek B berupaya melakukan proses ini tetapi dengan kesukaran. Selepas itu, untuk mencungkil kefahaman subjek B, penyelidik telah bertanya kepada subjek antara ketulan plastisin berlabel A dan B, adakah sama banyak. Subjek B memberitahu bahawa ketulan plastisin A itu adalah banyak. Seterusnya soalan yang beikutnya memberi peneguhan bahawa sememangnya antara ketulan plastisin adalah sama banyak. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak dapat memanipulasikan dan membentuk mental secara dalaman dan mengenal objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantiti-kuantinya. Peringkat akhir penyelidik bertanya untuk mendapat muktamad daripada subjek B. Didapati subjek B tetap dengan keputusannya yang menyatakan bahawa ketulan plastisin berlabel A lebih banyak . Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini belum dapat memberikan keputusan secara logikal. Hal ini ialah peringkat akhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada yang lebih abstrak. Dalam uji kaji kedua, Penyelidik telah mengambil ketulan plastisin berlabel B dan membentuknya menjadi panjang di hadapan subjek B sambil diperhatikan oleh Subjek B. Kemudian, penyelidik bertanyakan kepada subjek B ketulan plastisin yang manakah yang lebih banyak (lihat Gambar 6). Pada tahap ini, subjek belum dapat menguasai konsep psikomoto halus dengan baik. Kanak-kanak belum dapat berfikir secara bersistematik untuk memberi dan memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun bukan realiti. Penyelidik menggunakan teknik yang sama untuk merangsang subjek A seperti rangsangan di bawah. Penyelidik telah bertanya kepada subjek B yang manakah ketulan plastisin yang lebih banyak. Perkataan yang ditekankan di sini ialah lebih banyak. Subjek B telah menyatakan bahawa ketulan plastisin B adalah lebih banyak berbanding dengan ketulan plastisin A. Penyelidik bertanya kepada subjek B mengapa dia menyatakan demikian. Subjek B menyatakan bahawa plastisin B itu lebih banyak kerana ia lebih panjang Penyelidik cuba untuk mengalihkan pemikiran subjek B. Dia tetap menyatakan bahawa objek yang panjang itu lebih banyak.

Gambarajah 6: Ujian terhadap bentuk yang berbeza.Uji kaji yang ketiga ialah melibatkan pemahaman subjek B tentang KONSERVASI (pengabadian). Dalam satu ujikaji pengabadian, cecair yang sama banyak dituangkan ke dalam dua bekas serupa (lihat Gambar 7). Penyelidik telah menggunakan kaedah dan teknik perbualan bertujuan untuk mencungkil kefahaman subjek B. Berikut ini adalah perbualan antara penyelidik dengan subjek B.

Gambar 7 : Konservasi Cecair yang sama banyak

Penyelidik: Cuba perhatikan bekas ini dan beritahu yang mana airnya banyak. Subjek B: Ini ( memerhatikan bikar A). Penyelidik: Mengapa awak kata demikian? Subjek B: Sebab tidak sama banyak. Penyelidik: Perhatikan betul-betul mana yang lebih banyak. Subjek B: Bikar A.Seterusnya ujikaji yang seterusnya dengan menggunakan cecair yang sama tetapi telah dituang ke dalam silinder yang lain sambil diperhatikan oleh subjek B (lihat Gambar 8 ). Penyelidik kemudiannya mengemukan beberapa soalan untuk mencungkil kreativiti subjek seperti perbualan di bawah:

Gambar 8 : Air dituang ke dalam silinder Penyelidik: Air yang mana nampak banyak? Subjek A: Yang ini ( sambil menunjuk ke silinder tapak cembung). Penyelidik: Mengapa kamu katakan demikian? Subjek A: Lebih besar. Penyelidik: Tadi awak kata sama banyak. Subjek: Ini lebih banyak. Penyelidik: Sebenarnya kedua-dua bekas ini mempunyai air yang sama banyak Cuma diletakkan dalam bekas yang berbeza..

Dalam uji kaji yang dilakukan oleh penyelidik, subjek B juga telah mengemukakan jawapan yang sama itu, apabila air itu dituangkan di dalam bekas silinder pada pengamatan subjek B adalah lebih banyak. Apabila ditanya bekas yang mana mempunyai kuantiti yang banyak, kanak-kanak sentiasa memberi jawapan silinder mempunyai kuantiti air yang banyak. Walaupun pada peringkat operasi konkrit iaitu kanak-kanak berupaya berfikir dengan baik, namun mereka juga menunjukkan sifat egosentrik remaja pada peringkat operasi formal. Hal ini bermaksud, mereka menganggap pandangan dan perasaan orang lain sama sahaja dengan pandangan dan perasaan sendiri (Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya, 2005)Interpretasi.Hasil uji kaji yang dibuat ternyata terdapat perbezaan antara subjek A dan subjek B. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iatu sensori motor (sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi ( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit ( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal ( 11 hingga remaja). Dalam uji kaji yang telah dibuat, ternyata terdapat berbezaan pendapat antara subjek A dan subjek B. Hal yang demikian disebabkan pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur ataupun tahap pemikiran masing-masing. Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu pentingnya seseorang guru itu memahami dan berkmunikasi dengan baik untuk mewujudkan komunikasi berkesan. Menurut Mohd Nasir b Markom (2006), seorang komunikator yang cekap komunikasinya serta mempunyai harga diri dan emosi yang seimbang wajib mengambil berat berkenaan apa yang dituturkannya, bagaimana ia dituturkan, untuk siapa, adakah ia diterima dengan baik oleh penerima, apakah ada maklum balas, serta apakah gangguan yang mungkin menghalang kelicinan proses itu.Terdapat perbezaan antara jawapan dan pemerhatian antara subjek A dan subjek B. Pada ujikaji yang pertama yang melibatkan konservasi jisim, jawapan yang diberikan subjek A berbeza di mana menyatakan bahawa jisim itu sama banyak tetapi subjek B menyatakan bahawa jisim itu adalah tidak sama banyak. Ternyata jawapan yang diberikan amatlah berbeza pada uji kaji yang pertama dan kedua. Hal ini demikian kerana perbezaan umur atau kematangan seseorang kanak-kanak menyebabkan jawapan yang diberikan adalah berbeza. pilihan kerana menarik dan subjek lebih cenderung memilih objek itu.

Pada peringkat praoperasi ( 2 hingga 7 tahun), subjek A mampu melihat dua aspek dari satu objek atau situasi dalam satu masa. Subjek A juga belum membezakan antara fakta dengan fantasi. Menurut Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi dan Fawziah Yahya (2005), perkembangan bahasa berlaku secara beransur-ansur dan pemikiran secara simbolik bermula. Kanak-kanak sudah dapat berfikir dalam logik satu hala. Bagaimanapun, mereka mampu berfikir secara terbalik. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata di mana mereka berupaya berfikir secara logik dan rasional. Hal ini menyebabkan pada uji kaji yang pertama, didapati subjek A dapat menjawab dengan tepat walaupun objek yang dipamerkan itu sebenarnya sama banyak kuantitinya. Pada peringkat operasi konkrikt ( 7 hingga 11 tahun), pemikiran kanak-kanak telah dapat berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit. Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan , pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan pelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik. Walau bagaimanapun, sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulasi dalam situasi yang berbentuk konkrit. Selain daripada itu, pemikiran kanak-kanak juga boleh mengabdikan dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda lain. Kanak-kanak pada peringkat ini dapat memanipulasi repsentasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengesan dan mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Dapatan kajian pemerhatian profil terhadap kedua-dua responden yang disebut subjek A dan subjek B, jelas menunjukkan perbezaan fizikal dan kognitif kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki dapat mempengaruhi pemahaman mereka. Masalah fizikal dan kognitif yang dihadapi oleh kedua-dua kanak-kanak ini memerlukan penyesuaian dari aspek psikologi. Keadaan ini disebabkan sifat atau ciri-ciri individu murid pintar berbakat dan kreatif seperti mementingkan kesempurnaan, perihal mudah terangsang, perihal kepekaan dan sensitiviti, ketekunan dan kegigihan dalam menguasai sesuatu perkara dan keinginan mendapatkan penghargaan. Justeru, sebagai pendidik, seharusnya prihatin terhadap ganjaran seperti ganjaran sosial. Antara contoh ganjaran sosial adalah pujian lisan, pujian bukan lisan, pengiktirafan, jamuan dan sebagainya.(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2009).

Perbezaan umur dan tahap pemikiran konkrit menyebabkan jawapan pada ketiga-tiga uji kaji tersebut mendapat reaksi yang berbeza-beza. Pada uji kaji pertama iaitu pemerhatian terhadap jisim, didapati subjek A telah menyatakan bahawa ketulan plastisin A adalah sama banyak tetapi subjek B menyatakan bahawa ketulan plastisin B adalah lebih banyak. Mengikut teori perkembangan Piaget, kanak-kanak pada tahap ini hanya boleh memikirkan tentang objek yang sebenar, dan tidak dapat menangani pemikiran abstrak. Berbanding dengan subjek A yang boleh memikirkan perkara-perkara yang abstrak. Pada tahap ini juga, kanak-kanak dikatakan sudah pandai menggunakan logik induktif. Mereka juga mempunyai keupayaan untuk menstruktur objek secara hierarki iaitu memikirkan pengkelasan. Contohnya dalam uji kaji tersebut, subjek A dapat menjawab dengan tepat ketulan plastisin A adalah sama banyak. Pada tahap ini juga, keupayaan kebolehbalikan iaitu merujuk kepada keupayaan untuk menjejak ke belakang secara mental. Kebolehbalikan ini sangat membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan dari segi pengetahuan, kanak-kanak boleh menjejak mental seterusnya dapat membantu dalam mencapai tahap refleksi yang baharu. Perubahan tersebut adalah anjakan kuantitif yang tulen, sejajar dengan pemerolehan keupayaan baharu dan semestinya kanak-kanak tersebut memberikan justifikasi kepada jawapan yang diberikan. Dalam uji kaji yang kedua, didapati subjek A dan subjek B bersependapat. Mereka menyatakan bahawa ketulan plastisin yang berbentuk panjang lebih banyak. Alasan yang diberikan oleh mereka juga sama. Begitu juga dengan uji kaji konservasi cecair yang diletakkan ke dalam bekas silinder mempunyai kuantiti air yang lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah seperti bikar. Hal ini mungkin disebabkan kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan 7 tahun mempunyai ciri-ciri iaitu dapat menghubungkait pengalaman dengan pandangan sendiri mengikut keadaan persekitaran seterusnya cuba menyelesaikan masalah sendiri. Penekanan konsep konstruktivisme juga memungkinkan kanak-kanak yang aktif dapat membina pemahaman yang canggih sesuai dengan tahap umur mereka.Terdapat perbezaan jawapan pada uji kaji yang melibatkan konservasi cecair iatu kuantiti air yang sama banyak. Subjek A telah menyatakan bahawa air dalam bikar A sama banyak dengan air dalam bikar B . Manakala, subjek B pula menyatakan bahawa air dalam bikar A itu adalah lebih banyak. Hal ini disebabkan oleh, kanak-kanak pada peringkat ini sudah dapat memahami persepsi sendiri. Kanak-kanak lebih yakin untuk menjawab berdasarkan fakta sedangkan kanak-kanak yang berumur 6 tahun itu hanya mementingkan keegoan sendiri dengan yakin dengan jawapan yang diberikan. Walau bagaimanapun, menurut Vygotsky, dengan memberikan masa yang lebih, kanak-kanak berupaya menyelesaikan masalahnya sendiri mengikut perkembangan proksimal. Vygotsky juga percaya bahawa apabila seseorang pelajar berada dalam zon perkembangan proksimal bagi suatu tugasan, sokongan ataupun perencah akan memberikan lonjakan bagi mencapai tugasan tersebut. Dalam perkembangan kognitif menurut Vygotsky, peranan bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif. Justeru, guru memainkan peranan penting untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat kepada kanak-kanak. Melalui bahasa, pemikiran dan perkembangan kognitif dapat dikembangkan melalui interaksi sosial. Seterusnya galakan dan bimbingan daripada guru amat penting bagi membentuk pemikiran perkembangan kognitif kanak-kanak. Jelas di sini, antara teori kognitif Piaget dan teori perkembangan Vygotsky ada sedikit persamaan iaitu pengaruh persekitaran. Hal ini menyokong kanak-kanak supaya lebih berkenyakinan dan dapat menjalankan uji kaji dengan jayanya.Berdasarkan pemerhatian, didapati subjek A dapat menyatakan kuantiti jisim dan kuantiti cecair kedua-dua objek itu adalah sama banyak. Begitu juga dengan kuantiti air yang dimasukkan dalam bekas yang sama besar dan mempunyai kuantiti yang sama banyak. Subjek A tetap menyatakan bahawa ianya sama banyak pada pandangannya. Hal ini disebabkan oleh tahap pemikiran pada tahap ini masih sudah dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan. Penyelidik merasakan uji kaji yang telah dijalankan adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Tiada masalah yang dihadapi semasa menjalankan uji kaji ini. Bahan-bahan yang digunakan juga dapat menarik perhatian subjek A dan subjek B malah dapat menambahkan interaksi dua hala yang begitu baik. Wujudnya perbezaan pendapat antara kedua-dua subjek ini adalah mungkin disebabkan tahap perkembangan mereka tetapi jawapan yang diberikan ada juga yang mempunyai persamaan. Contohnya pada uji kaji jisim yang berubah bentuk, didapati kedua-dua subjek menyatakan bahawa bentuk yang panjang adalah lebih banyak. Begitu juga dengan uji kaji yang melibatkan cecair yang dimasukkan ke dalam bekas silinder pada pandangan mereka adalah lebih banyak berbanding dengan bekas bikar yang pendek dan luas itu. Di sini, pentingnya penyelidik sebagai guru, meransang pemikiran mereka walaupun penyelidik tahu bahawa, pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai egosentrik yang mana pendapat mereka adalah pendapat yang muktamad. Justeru, guru sebagai pendidik hendaklah menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan ransangan bagi membantu subjek dalah menyelesaikan masalah. Kesimpulan.Setelah uji kaji dibuat, dapatlah kita simpulkan bahawa teori perkembangan kognitif perlu difahami oleh guru kerana sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kofnitif dan fizikalnya yang berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan kecerdasan dan sebagainya. Di samping itu, faktor yang lain mungkin disebabkan oleh emosi seseorang. Menurut (Mohd. Azhar Abd Hamid, 2006), emosi menjadi subjek tumpuan dalam disiplin psikologi kognitif dan tingkah laku. Hal yang demikian, sebagai seorang guru, guru perlu tahu bahawa untuk menjalankan uji kaji atau sesuatu eksperimen, kesediaan kanak-kanak mesti diambil kira.Selain itu, guru juga perlu mengetahui tahap pemikiran kanak-kanak adalah berbeza mengikut umur masing-masing. Di sampai itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu. Antaranya ialah :1. Pengalaman sosial.Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang persekitaran, ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru. Dengan adanya hubungan ini, mereka berjaya mewujudkan peluang-peluang melalui pengaruh persekitaran. 2. Interaksi individu dengan persekitaran.Invidu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka juga akan meneroka, menguji memerhati dan menyusun maklumat yang mereka dapati. Kanak-kanak menggunakan peluang-peluang pembelajaran yang sedia ada di persekitaran kehidupan mereka untuk meningkatkan kemahiran, pengalaman dan pembelajaran melalui hasil interaksinya.3. Kematangan biologi.Proses pemikiran juga dipengaruhi oleh faktor genatik iaitu baka. Jika ibu bapa mereka bijak, berkemungkinan kanak-kanak ini akan bijak.

4. Keseimbangan.Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baik.Mengikut teori pengajaran kognitif Piaget, perkembangan kognitif ini mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseoang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat itu diproses oleh minda dan pengalamman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. Pada tahap praoperasi, kanak-kanak mula membina representasi mental secara dalaman dengan aktif dan seterusnya menghasilkan komunikasi verba. Namun demikian, komunikasi tersebut lebih kepada egosentrik. Hal ini disokong oleh ( Mahzan Arshad, 2012) yang menyatakan pada tahap ini, komunikasi amat penting bagi perkembangan bahasa kanak-kanak. Pada tahap ini kanak-kanak akan bercakap mengikut minda dengan tidak mempedulikan apa pendapat orang lain atau apa yang diperkatakan oleh orang lain. Pada tahap ini juga, keupayaan kanak-kanak untuk memanipulasikan konsep terhad. Kanak-kanak memberi tumpuan pada satu aspek yang dapat dilihat daripada objek atau situasi yang disebut centration. Seterusnya pada tahap ini banyak perubahan perkembangan berlaku. Kanak-kanak semakin aktif dan mengalami pelbagai ujian, bereksperimen dengan menggunakan bahasa dan objek atau benda di persekitarannya,.Pada tahap operasi konkrit pula, kanak-kanak dapat memanipulasi dan membentuk representasi mental secara mendalam. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabot dan sebagainya. Dalam eksperimen konservasi kualiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabdikan benda-benda lain. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperti rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-perlahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Seterusnya, mereka menggunakan skema dalaman tentang penakulannya daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak pada tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengesan dan menganal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya.

Rujukan:

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). Komunikasi untuk guru. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2009), Guru sebagai pendorong dalam darjah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya (2005). Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Bukit Tinggi : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azlena Zainal dan Dr. Munir Shuib (2007). Meningkatkan potensi minda. Batu Cave : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mahzan Arshad (2012). Pendidikan literasi awa kanak-kanak, teori dan amali. Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris : Smart Print & Stationer Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Abd. Hamid (2006) Berkenalan dengan EQ. Dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid (Eds), Panduan meningkatkan kecerdasan emosi . Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 1-22.

Mohd Nasir b Markom (2006). EQ penting dalam komunikasi. Dalam Mohd Azhar Abd. Hamid (Eds). Panduan meningkatkan kecerdasan emosi.Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 169-191

Saayah Abu (2007). Menjadi guru tadika. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

23