29
HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK 1 1.0 Pengenalan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dilaksanakan secara berfikrah, terancang dan disesuaikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, dan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, dengan penggunaan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer, pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer. Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer serta perisiannya. Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam program tersebut seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun, penerapan terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu sesuai mengikut kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan keperluan guru dan murid itu sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web dari internet dalam sesi

Perkembangan Seni Kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni

Citation preview

Page 1: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

1

1.0 Pengenalan

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dilaksanakan secara

berfikrah, terancang dan disesuaikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, dan

pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk

disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang

berkesan, aktif dan bermutu.

Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, dengan penggunaan pelbagai bahan

pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer,

pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang

diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang

sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer.

Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer

serta perisiannya. Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam

program tersebut seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan

peluang tersebut untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun,

penerapan terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini

perlu sesuai mengikut kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan

keperluan guru dan murid itu sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web

dari internet dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu

bersesuaian.

Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh dimuat

turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras

dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan murid-murid serta

guru-guru. Justeru, penggunaan buku kerja, lembaran kerja dan buku teks bukan lagi antara

pilihan sepenuhnya. Apa yang paling penting, prinsip-prinsip reka bentuk visual yang

digunakan itu perlu sesuai dan bertepatan dari segi simplisiti, dominan, pola, seimbang,

variasi dan keharmonian. Dengan merujuk prinsip-prinsip reka bentuk visual tersebut

samaada bersesuaian atau tidak dan menarik atau tidak, maka bahan tersebut akan mampu

mempengaruhi sejauh mana murid-murid dapat memberikan fokus sepenuhnya di dalam

kelas untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Page 2: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

2

2.0 Definisi

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah pengajaran atau

pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk

disampaikan melalui komputer.

Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video,

audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti

pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

Senn (1998), mengatakan Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai

teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat

dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-

alat elektronik.

Manakala Abd. Razak et al., (2000) pula menjelaskan Teknologi maklumat merangkumi apa

jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses,

mencipta dan menyampaikan maklumat.

3.0 Mod Tutorial

Lazimnya digunakan untuk memindahkan maklumat dari sesuatu sumber kepada pelajar.

Maklumat disampaikan secara multimedia diikuti oleh tugasan dalam pelbagai bentuk. Mod

ini sangat sesuai digunakan untuk membina dan memperkukuhkan kemahirankemahiran asas.

Bagi mengukuhkan ilmu yang diperolehi melalui konsep mod ini maka guru boleh memberi

aktiviti pengukuhan seperti latihan menjawab soalan, kuiz, tugasan yang berkaitan dengan

tajuk dan kerja projek.

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk

berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang

melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

Page 3: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

3

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada

suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif.

Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid.

Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan

bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

Pembelajaran penerokaan berlaku dalam mod tutorial ini. Pembelajaran penerokaan berlaku

apabila TMK digunakan sebagai medium untuk:

mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, gerbang maklumat

dan lain-lain.

mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi melihat

demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial:

i. Perkakasan TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan

perisian pendidikan (CourseWare) sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, harddisk

ataupun laman web intranet.

ii. lstilah Computer Assisted Instruction (CAl) digunakan untuk menggambarkan

penggunaan komputer dalam P&P.

iii. Istilah Intelligent Computer Assisted Instruction (ICAI) atau Intelligent Tutoring

System (ITS) pula digunakan bersama. lstilah Computer Assisted Instruction (CAl) digunakan

untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P.

iii. Ciri Pembelajaran Tutorial ini melahirkan pelbagai perisian pendidikan yang

berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan

keperluan murid.

iv. Perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berbentuk multimedia.

Page 4: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

4

Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan.

Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan pengayaan

untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan

pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi

murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan

guru yang minimum.

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan

kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini

merangkumi:

i. Pembelajaran ekspositori (merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru

menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif)

ii. Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh

sistem.

iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.

3.1 Model Ekspositori

 

Model ini menekankan aspek penerangan. Ia juga dikenali sebagai pengajaran langsung atau

pengajaran eksplisit. Di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, ada kalanya murid perlu

ditunjukkan bagaimana melakukan sesuatu. Proses demonstrasi oleh guru ini kemudiannya

akan diikuti oleh murid selepas mereka faham akan apa yang perlu dilakukan dan kenapa ia

perlu dilakukan. Sebelum demonstrasi dilakukan, guru perlu menerangkan dengan jelas apa

yang perlu murid lakukan dan kemudiannya, dengan bantuan alat bantu mengajar, guru akan

melakukan demonstrasi dan murid memerhatikannya dengan teliti. Kemudian, murid akan

berlatih melakukan apa yang telah dilihat tadi dan guru akan membimbing mereka. Aktiviti

seperti drama pendek adalah salah satu contoh bagi model ekspositori yang boleh digunakan

dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Drama pendek yang dimaksudkan boleh diadaptasikan

daripada cerita pendek mahupun novel yang perlu murid pelajari menerusi kesusasteraan. Ini

Page 5: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

5

akan meningkatkan lagi kefahaman murid dalam elemen tersebut. Proses demonstrasi bagi

drama pendek akan dilakukan oleh guru dengan menunjukkan cara ekspresi muka yang betul

serta intonasi suara yang diperlukan bagi menjiwai setiap watak.

3.2 Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya

Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif

dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran. 

Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:· Dalam

kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan

pembelajaran yang sangat ketara, guru boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajarnya

menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada

kumpulan yang lain.· Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, dia boleh merancang

pelajaran pelajar- pelajarnya menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam

makmal. Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti.· Pemulihan pelajar-pelajar

yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai.

Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai

pengetahuan yang dikehendaki.· Kepada pelajar-pelajar yang cerdik, guru boleh

menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka. Dengan ini mengelakkan

mereka daripada berasa bosan.

3.3 Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

Dalam kaedah ini, ICT diguna bagi membantu murid melaksanakan tugasan

pembelajaran seperti ;Menghasilkan karanganMembina graf/jadualMelakar gambar dan

sebagainya.

Dalam kaedah ini ICT diguna untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi

daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang

pelbagai bentuk seperti ;Teks, Grafik, Audio, Video dan Kombinasi pelbagai mod Melalui

kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti berikut ; Pembelajaran

kolaboratif, Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, Melibatkan pakar

di dalam dan luar negara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 6: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

6

4.0 CD Toturial Pendidikan Seni Visual Tahun Tiga

Di sini juga saya telah menyertakan satu CD Toturial bagi mata pelajaran Pendidikan

seni Visual bagi Tahun Tiga. Saya telah menggunakan Perisian Power Point untuk

menerangkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ketua kelas diminta

untuk memasangkan CD Toturial yang telah dibekalkan oleh guru. Pelajar itu memasang CD

Toturial dengan berpandukan manual yang telah dibekalkan bersama-sama dengan CD

tersebut.

Slaid 1

Slaid 2

Slaid dua menunjukkan gambar-gambar bunga sebagai permulaan pengajaran untuk

menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.Boleh juga diperbanyakkan

Page 7: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

7

lagi gambar-gambar berkenaan dengan bunga-bungaan tetapi di sini saya hanya

mempamirkan satu sahaja sebagai contoh.

Slaid 3

Slaid yang ketiga ialah memperkenalkan bidang pelajaran seni pada hari itu iaitu

bidang ‘Membuat Corak dan Rekaan’.

Slaid 4

Slaid yang keempat ialah corak dan rekaan yang mempunyai dua jenis iaitu Corak

Terancang dan Corak Tidak Terancang.Ketua kelas akan menerangkan serba sedikit nota di

dalam slaid tersebut untuk pengetahuan murid-murid yang lain.

Page 8: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

8

Slaid 5

Slaid yang kelima ini pula menerangkan tentang Teknik Lipat dan Gunting.Sedikit nota

sebagai penerangan kepada murid-murid tentang teknik lipat dan gunting.

Slaid 6

Slaid yang keenam pula menunjukkan contoh-contoh corak lipatan dan guntingan yang

telah siap .Murid-murid contoh ini sebagai panduan dan juga sebagai pembangkit idea untuk

murid melakukan lipatan dan guntingan selepas ini.

Page 9: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

9

Slaid 7

Slaid yang ketujuh hanya memaparkan tajuk-tajuk kecil sahaja.

Slaid 8

Slaid kelapan pula juga menunjukkan contoh-contoh lipatan dan guntingan yang telah

siap.Ini juga sebagai panduan kepada murid dan sebagai penarik minat murid dengan tajuk

lipatan dan guntingan ini.

Page 10: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

10

Slaid 9

Slaid 9 pula memaparkan bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses membuat

aktiviti lipatan dan guntingan tersebut. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah gunting,

gam, kertas warna dan gam sebagai bahan asas yang wajib ada untuk melakukan aktiviti

lipatan dan guntingan ini.

Slaid 10

Slaid 10 hanya memaparkan tajuk untuk langkah kerja sahaja.

Page 11: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

11

Slaid 11

Slaid yang kesebelas memaparkan langkah-langkah untuk membuat aktiviti lipatan dan

guntingan. Murid-murid harus mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan mengikut turutan

anak panah di dalam slaid tersebut.

Slaid 12

Slaid yang ke dua belas pula juga tentang bahan-bahan yang akan digunakan. Ketua

kelas meminta murid menyediakan bahan di atas meja untuk memulakan aktiviti mengikut

langkah-langkah seperti di slaid yang sebeluamnya iaitu sebelas.

Page 12: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

12

Slaid 13

Slaid yang ke tiga belas ialah langkah dua yang menunjukkan cara melipat kertas

warna yang berbentuk empat segi sama dan meminta murid melipat dua kertas tersebut

seperti dalam gambar yang ditunjukkan dalam slaid ke tiga belas.

Slaid 14

Slaid ke empat belas pula memaparkan langkah yang seterusnya iaitu kertas warna

tersebut selepas dilipat dua harus dilipat lagi sekali menjadi lipatan yang lebih kecil.

Page 13: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

13

Slaid 15

Slaid yang ke lima belas pula memaparkan langkah yang seterusnya iaitu langkah ke

empat. Kertas yang telah dilipat tadi haruslah dilukis corak-corak yang disukai oleh murid

sendiri atau pun murid hanya mengikut sahaja corak yang telah dilukis seperti di dalam

gambar dalam slaid tersebut untuk memudahkan murid yang mungkin tidak mempunyai idea

lagi kerana baru pertama kali melakukan aktiviti ini.

Slaid 16

Slaid ke enam belas ini pula memaparkan cara melukis di atas kertas warna yang telah

dilipat tadi.

Page 14: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

14

Slaid 17

Slaid yang ke tujuh belas ialah tentang cara menggunting corak yang telah dilakar di

atas kertas warna .Murid harus menggunting dengan berhati-hati supaya tidak tergunting jari

sendiri dan hasil yang didapati adalah kemas dan tidak terputus.

Slaid 18

Slaid yang seterusnya iaitu slaid ke lapan belas ialah gambar hasil kertas warna yang

telah siap digunting.Murid diminta membuka lipatan dengan berhati-hati supaya tidak koyak

kertas warna tersebut.

Page 15: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

15

Slaid 19

Slaid yang seterusnya memaparkan hasil guntingan yang telah siap dan mestilah

ditampal ke atas kertas lukisan atau kertas yang berwarna lain.Murid harus mengikut setiap

langkah yang ditunjukkan untuk mendapat hasil yang betul dan memuaskan.

Slaid 20

Slaid yang ke dua puluh memaparkan hasil guntingan yang telah ditampal ke atas kertas

yang lain.Boleh juga dihias dengan guntingan lain sebagai hiasan di tepi kertas dan lain-lain

tempat.

Page 16: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

16

Slaid 21

Slaid yang seterusnya ialah hasil kerja yang telah siap sepenuhnya.

Slaid 22

Slaid ini memaparkan soalan untuk menguji minda murid dan kemahiran berfikir murid

setelah hasil seni telah siap dilakukan. Murid boleh menulis jawapan di atas kertas yang lain

dan hantar bersama-sama dengan hasil seni yang telah siap tersebut.

5.0 Manual penggunaan CD Toturial

Bersama dengan CD Toturial juga disertakan sekali manual penggunaan untuk

menjadi panduan kepada ketua kelas yang akan membuka komputer dan seterusnya

Page 17: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

17

memasangkan CD Toturial ini ke dalam komputer. Ketua kelas akan menjadikan manual ini

sebagai panduan untuk meneruskan pembelajaran di dalam kelas semasa ketiadaan guru.

Manual Penggunaan CD Toturial yang dibekalkan sekali ini amat bersesuaian dengan tahap

murid iaitu untuk murid tahun tiga yang mana telah menggunakan tulisan berbentuk ‘Comic

Saint’ supaya murid yang membacanya akan lebih cepat faham. Begitu juga size tulisan yang

digunakan juga agak besar sedikit daripada biasa iaitu bersize ‘14’ untuk memudahkan lagi

murid yang akan menggunakannya.

LANGKAH 1: ‘On Komputer’Skrin seperti berikut akan keluar.

LANGKAH 2 :Masukkan CD Toturial yang telah diberikan ke dalam tempat meletakkan CD ( di unit system seperti dalam gambar )

Page 18: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

18

LANGKAH 3 :

Skrin akan memaparkan gambar seperti di atas. Klik sekali pada ‘ Open folder to view files’

LANGKAH 4 :

Seterusnya skrin akan memaparkan gambar seperti di atas. Klik kanan pada tetikus.

LANGKAH 5 :

Page 19: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

19

Apabila keluar seperti di skrin begini, halakan anak panah ke ‘open with’ dan seterusnya klik pada ‘microsoft power point’

LANGKAH 6 :

Tunggu sehingga keluar gambar seperti diatas.Seterusnya akan keluarlah slaid 1 sehingga 24.

LANGKAH 7 :

Page 20: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

20

Seterusnya untuk menjalankan slaid,klik pada ‘slide show’ yang berada di bawah skrin.

LANGKAH 8 :

Untuk melihat slaid yang seterusnya tekan ‘next’ dan jika ingin melihat slaid yang sebelumnya tekan ‘prev’.

LANGKAH 9 :

Setelah habis semua slaid dilihat tekan ‘esc’ yang terdapat pada papan kekunci komputer.

LANGKAH 10 :

Untuk menutup program ini klik pada skrin komputer dan klik ‘exit Microsoft Power Point’.

6.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa dalam mencapai matlamat

Pendidikan Seni Visual, objektifnya dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

peranan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini amat penting sekali

dalam memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini adalah kerana kekuatan Pendidikan

Page 21: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

21

Seni Visual di sekolah rendah bergantung kepada kebijaksanaan guru tersebut dalam

mengendalikan aktiviti dan memperkembangkan domain kognitif, psikomotor, afektif,

kreativiti dan sosial murid- muridnya dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Jelas terbukti melalui tugasan ini, empat organisasi kurikulum yang dijelaskan oleh Laura

Chapman (1986) iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi dan lanjutan

mempunyai persamaan dengan organisasi pendidikan seni visual sekolah rendah di Malaysia

iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan,

apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik semua aspek.

Keberkesanaan dan kepentingan pendidikan seni visual di sekolah rendah di Malaysia

sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ia bukanlah mata pelajaran teras

sepenting mata pelajaran UPSR namun, keberkesanannya dalam membantu kemenjadian

murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial adalah sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Bibliografi

 

Abdul Razak Hamdan et al. (2000). Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

EE Ah Meng (2002) Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor : Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (2002) Pedagogi IV, Edisi Kedua (Semester IV). Selangor : Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang (2006) Kemahiran Berfikir. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik

mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008 (27-57).Batu Caves. PTS Pub. &

Distributors Sdn. Bhd.

Senn, J. (1998, Winter). The challenge of relating IS research to practice. Information

Resources Management Journal, 11 (1), 23-28.

Page 22: Perkembangan Seni Kanak

HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

22