Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    1/21

    Sinopsis Bab 1 Keluarga

    Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu

    kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham

    antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat

    getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayatiiaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri

    Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya

    masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak

    menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu

    kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran

    dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah

    mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah

    ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.

    Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau

    bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah

    Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya.

    Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja

    dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama,

    perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    2/21

    Sinopsis Bab 2 Kuli

    Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah

    melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan

    mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran

    Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernahmenjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah

    apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana

    dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi

    amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga

    sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.

    Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar

    tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi

    itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa

    gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk

    mengusir Hilmi dari rumahnya.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    3/21

    Sinopsis Bab 3 Piano

    Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh

    kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak

    kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh

    Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati fahamkenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan

    tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang

    dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati

    belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan

    mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan

    ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan

    dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat

    mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati

    yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan

    rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum

    pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang.

    Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi

    menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya.

    Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang

    memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman sepertiterung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan

    menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan

    hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning

    coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke

    rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah

    gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    4/21

    Sinopsis Bab 4 Hukuman

    Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah

    ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi

    amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan

    piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada dirumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah

    keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan

    piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah.

    Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh

    Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah

    memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil

    bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana

    Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.

    Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik

    dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia

    meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya

    dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada fa

    nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan

    kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika

    dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmitelah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan

    dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari,

    Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi

    memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.

    Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan.

    Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta

    untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat

    kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilanganterhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-

    lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya

    bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    5/21

    Sinopsis Bab 5 Penunggu

    Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar

    negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar.

    Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula

    tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain.Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr.

    Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung.

    Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia

    menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas,

    Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti

    sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah

    perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk

    pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano.

    Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam

    dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya.

    Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam

    rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan

    ikan.

    Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan

    membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat

    kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah

    bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia

    mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur

    bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan

    Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi

    bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik

    Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar

    kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan

    bayaran kepadanya.

    Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi kerumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa

    bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau

    bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi

    terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga

    telah mengajarnya tentang not-not muzik.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    6/21

    Sinopsis Bab 6 Muzik

    Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar.

    Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas

    biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapatsokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah

    kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik

    ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan

    memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah

    kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano.

    Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia

    menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak

    menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa

    masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi

    dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya

    yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman

    kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube.

    Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah.

    Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi.

    Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernahsekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin

    sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang

    tidak kena pada Hayati.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    7/21

    Sinopsis Bab 7 Oleh-oleh

    Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal

    kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum

    ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi

    memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan

    Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukanpanggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan

    mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna,

    tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati

    juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya.

    Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat

    untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya

    sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah

    menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang

    aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati

    selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini.

    Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung

    di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya

    bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan

    dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya

    tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagiapabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil

    Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah

    menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan

    Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga

    sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya.

    Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah

    Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia

    membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pulamenghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat

    gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari

    tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    8/21

    Sinopsis Bab 8 Sengketa

    Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah,

    anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup

    pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi

    lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangkudengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila

    mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada

    sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru.

    Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.

    Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar

    kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi

    masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang

    memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi

    sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan

    rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah

    dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi.

    Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam

    biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.

    Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu

    kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supayamemberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang.

    Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok.

    Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai

    tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu

    Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya.

    Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan

    yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli

    muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkankepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti

    Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi.

    Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak

    mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila

    diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah

    memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    9/21

    kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati

    muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati

    bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan

    perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati.

    Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi

    akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi danmenasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya

    Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta

    pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk

    Johari.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    10/21

    Sinopsis Bab 9 Pertemuan

    Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari

    bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya

    Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang

    tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapatdatang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin

    Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk

    menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini

    tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia

    asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu

    setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk

    menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang

    akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila

    diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi

    Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka

    Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan

    menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga

    mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah

    mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk

    menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkanpelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran

    tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan

    Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut

    tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin.

    Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat

    gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada

    pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan

    Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik.Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama

    30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak dapat

    menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke

    Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios

    tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi

    pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    11/21

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    12/21

    Sinopsis Bab 10 Bebas

    Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman

    Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan

    Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-

    olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itumenyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung

    bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib

    ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah

    terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba

    salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat

    dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang

    sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik

    Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih

    memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik

    di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari

    bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya

    apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia

    dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah

    Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-

    buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung.Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut

    hairan melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita

    gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke

    London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan

    banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin

    Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin

    disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati

    kelihatan terlalu gembira.Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar

    Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan

    kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan

    tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke

    biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke

    England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    13/21

    Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia

    terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah

    menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun

    petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar

    dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik

    Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. Hilmimemberi judul lagu itu Sebuah Intermeso. Hilmi berasa gembira kerana

    dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai

    pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    14/21

    Sinopsis Bab 11 Intermeso

    Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota

    salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah

    mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan

    tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang.Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri

    sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar

    semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya Sebuah

    Intermeso. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah

    diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat

    khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di

    dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari

    juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan

    surat khabar bertajuk Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat

    Malaysia.

    Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan

    perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua

    berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada

    bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan

    perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar ituHayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah

    menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa.

    Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang

    Hilmi.

    Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya

    Sebuah Intermeso tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah

    Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik

    Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaanpersatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam

    hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik

    Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-

    pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling

    malang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini,

    tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    15/21

    mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang.

    Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam

    kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi

    dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai

    sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia

    berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam olehpersatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain

    seperti biasa.

    Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa

    Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan

    melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga

    jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan

    tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan.

    Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar keranamengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima

    keahlian Hilmi.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    16/21

    Sinopsis Bab 12 Krisis

    Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-

    pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam

    mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah

    menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akandiapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat.

    Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa

    dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama

    dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa

    Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan

    Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun

    meminta diri pulang ke rumah.

    Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang

    British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya

    Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat

    ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing.

    Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang

    ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada

    pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam

    pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapidia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin

    dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati

    juga menyatakan bahawa lagu Sebuah Intermeso itu menjadi ubat yang

    paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg

    ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan

    bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu.

    Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah

    kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telahmenjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan

    yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul

    12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat

    yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam

    perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari

    perpisahan dengan Hayati dan diberi judul Perpisahan. Encik Bakar juga

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    17/21

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    18/21

    Sinopsis Bab 13 Perpecahan

    Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat

    diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya

    tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka

    terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapipertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara

    mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil

    Hilmi dengan panggilan bapa jahat. Azizah cemburu kerana pada

    anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi

    adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah

    menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya

    dalam lagu Balada Kasih.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur.

    Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering

    menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus

    menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya

    bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia

    teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta

    sebuah lagu yang diberi tajuk Cinta dan Tangis. Lagu Cinta dan Tangis

    menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis

    sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itusebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun

    terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan

    tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau

    bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah

    sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari

    tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah

    lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod.

    Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah.Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan

    Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan

    yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam

    empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat

    tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke

    Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    19/21

    sebuah lagu yang diberi nama Seniman yang dicipta khas untuk Encik

    Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.

    Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta

    muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan

    untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh

    RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk

    membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama

    Hilmi Potpouri. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas.

    Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh

    negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad

    jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin

    Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak),

    dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya.

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    20/21

    Sinopsis Bab 14 Seniman

    Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa

    apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat,

    seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di

    rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekalilagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka

    mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan

    dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia

    mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan

    rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi

    terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua

    Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan

    kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh

    Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita

    yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin

    kelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi

    itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan

    berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah

    menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat

    dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpinOrkes Perdana tersebut.

    Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap

    Hilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan

    kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin

    pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi

    oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita

    di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai

    Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmahapabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah

    bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari

    kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah,

    ibunya serta Hakim, anak Hilmi.

    Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan

    Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak

  • 7/28/2019 Komsas Tingkatan 5 - Konserto Terakhir

    21/21

    ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar

    rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja

    menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga

    mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus

    dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi

    membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah DatukJohari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat

    membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di

    pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari

    hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan

    pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi

    buat selama-lamanya.