Interaksi Antara Tamadun

  • View
    102

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

interaksi

Text of Interaksi Antara Tamadun

- Interaksi antara tamadun

2.0 Pendahuluan

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Dalam konteks Malaysia, perbezaan tetap wujud walaupun etnik yang berbeza ini sama-sama berada dalam satu unit politik yang sama. Persamaan ini pula merujuk kepada persamaan persoalan pokok, iaitu mempunyai pegangan dan kepercayaan serta amalan-amalan dari sesuatu kepercayaan. Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masing-masing terhadap kuasa ghaib. Kuasa ghaib ini di katogerikan kepada dua tanggapan, iaitu kuasa ghaib yang terasing dan tidak sama dengan alam dan kuasa ghaib yang berada di alam. Dalam perbincangan teologi, hal ini dikenali dengan kuasa yang trancendent (tanzih). Tanggapan kedua terhadap kuasa ghaib ini adalah immanent (tashbih).

Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-tamadun ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S. Huntington sebagai Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya berteras kepada nilai keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan nilai yang ketara antara dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas didominasi oleh Tamadun Barat dengan Tamadun Timur yang berteras nilai tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas kedatangan penjajah Barat ke beberapa negara di Asia sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan rangkaian konflik hingga masa kini.

Kerencaman tamadun dan budaya di Asia walaupun pernah tercalar oleh beberapa konflik dalaman seperti konflik antara agama dan etnik di India, Sri Langka dan lain-lain wilayah, tidak bererti perbezaan lebih dominan berbanding persamaan yang wujud antara tamadun-tamadun ini. Sejarah ketamadunan Asia telah membuktikan wujud interaksi antara tamadun yang membawa kepada perkongsian ilmu dan teknologi, pertukaran nilai dan budaya serta perpaduan peringkat nasional.

Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan dan bukti utama wujudnya interaksi antara tamadun. Selain itu, kedudukan Malaysia di tengah-tengah laluan perdagangan dan kebudayaan Asia telah mendedahkan negara ini kepada pelbagai pengaruh yang tercerna hasil interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justru itu, pengaruh Tamadun Islam, China, India dan juga tamadun pribumi jelas ketara dan memberi kesan besar kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia, tanpa menafikan hak ketuanan Melayu sebagai bangsa peribumi dan bangsa yang menunjang ke arah pembinaan dan perkembanagn tamadun negara ini.

2.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

2.1.1 Kepimpinan

Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun di Asia. Ini kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran, maka interaksi akan berlaku dalam aman dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku seandainya pemimpin bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi kepada rakyat jelata. Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di kalangan para pemimpin seperti contoh di bawah:* Nabi Muhammad SAW: Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.* Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India: Bertoleransi kepada penganut Hindu malah pegawai dilantik dari kalangan mereka.

Terdapat juga contoh pemimpin yang tidak bertoleransi seperti yang dapat dilihat pada Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu. Demikian juga dengan Han Wu Ti dalam Dinasti Han telah melaksanakan dasar memihak kepada cendikiawan Konfusianisme berbanding sami Buddha.

2.1.2 Sikap Golongan AgamaFaktor ini menjadi tunggak kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat beragama tamadun Asia. Golongan agama dalam Tamadun Islam dimiliki oleh para ulama. Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu disandang oleh minoriti kasta Brahmin. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didokong oleh sami. Golongan agama dalam fahaman Krisitian pula dikuasai oleh paderi.

Kesemua golongan agama berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat keinsanan. Sebagai contohnya, sikap dan akhlak mulia yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi. Mereka telah berjaya memberi tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu. Mereka juga telah membentuk pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali dengan pelbagai nama seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Hasilnya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan lain-lain.

Walaupun ada sikap sesetengah golongan agama yang mencetuskan konflik namun tragedi ini tidak mengguris sedikit pun martabat agama dalam pemikiran masyarakat Asia. Agama dan golongan penguasanya tetap berada pada kedudukan yang tinggi. Antara contoh sikap golongan agama yang mencetuskan konflik seperti tindakan Paus Urban II sama ada mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M. Beliau menyeru penganut Kristian supaya memerangi orang Islam yang dikatakan bertindak zalim pada penganut Kristian. Demikian juga sikap seorang pemerintahan Dinasti Han yang menangkap dan memenjarakan segolongan sami dan penganut Buddha. Kedua-dua tindakan pemimpin ini telah mencetuskan konflik dalam masyarakat.

2.1.3 Kedudukan Geografi

Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi:

i. Cina: Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat 2 laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah menyebabkan Cina mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun 3 Masihi lagi. Laluan sutera darat ini telah menghubungkan Cina dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina. Laluan ini membolehkan kedua negara ini berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal Cina telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi.

ii. Pelabuhan Melaka Kedudukan geografi yang strategik dan terlindung dari angin monsun menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka.2.1.4 Perkahwinan

Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun Asia. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi dengan pedagang Arab sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

2.1.5 Perdagangan

Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun. Sebagai contohnya hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan telah terjalin sejak 3 Masihi lagi dan semakin rancak pada abad 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka juga telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah ini.

Contoh lain ialah interaksi yang terjalin antara tamadun Alam Melayu di Asia Tenggara dengan negara Arab. Jalinan ini berlaku secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang menuju ke Cina terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di rantau Alam Melayu. Hal yang lebih menguntungkan ialah berlakunya proses Islamisasi d