Click here to load reader

184876508 Konsep Pemerolehan Bahasa

  • View
    153

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dfd

Text of 184876508 Konsep Pemerolehan Bahasa

  • Konsep Pemerolehan Bahasa. Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa ialah sistem

    undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna.

    Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.

    Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan

    mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat

    penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.

    1.4.1.1 Perolehan Bahasa.

    Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan

    orang lain secara berkesan. Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan

    yang didengar dan diikuti oleh kebolehan bertutur. Kebolehan bertutur dan menggunakan

    bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain,

    malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di

    persekitarannya. Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum

    tanda pertama bahasa muncul. Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat

    memahami maksud sesuatu perkataan(Dollaghan, 1985). Semasa membesar kanak-kanak

    mempelajari perkataan baru dengan membandingkan pekataan yang sudah diketahui oleh

    mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott & Schultz, 1995)

    1.4.2 Perkembangan Bahasa

    Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan

    pengalaman yang menggembirakan. Bagi mengalakkan perkembangan bahasanya kanak-

    kanak perlu berhubung. Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan

    menggunakan perkataan yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka,

    kemampuan mereka berfikir dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan

    mengatasi batasan masa dan ruang.

    Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik

    dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, objek dan perkataan. Adalah

    jelas, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan daya perhubungan mengikut

    peringkat umur serta daya kefahaman mereka. Kita tidak boleh mengharapkan kanak-kanak

    bertutur dengan berkesan jika mereka tidak memahami apa yang disebutkan. Pengalaman

    menggunakan bahasa secara lisan amat penting bagi mengembangkan bahasa kanak-

  • kanak. Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran

    linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanak-kanak

    dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.

    1.4.3 Pembelajaran Bahasa

    Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi

    yang pernah didengari. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya

    bercakap. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan meluahkannya dengan

    cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak

    pada peringkat prasekolah tertarik degan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini

    mula diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. Selepas menghafal dan

    menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan

    memanipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah,

    mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.

    1.4.4 Kaitan dengan teori-teori pemerolehan dan perkembangan bahasa: 1.4.4.1 Model Behavioris Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa

    melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fi zikal. Mereka

    yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir,

    Fries dan Brooks. Manakala, sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson,

    Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan

    sesuatu tingkah laku terjadi melalui ulangan perlakuan. Menurut teori ini, tidak ada struktur

    linguistik yang dibawa sejak lahir. Mereka berpendapat bahawa anak yang lahir tidak

    membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa. Bahkan Brown (1980) dalam

    Principles of Language Learning and Teaching menyatakan bahawa kanak-kanak lahir

    ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya

    yang akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan terhadap

    tingkah lakunya. Pengetahuan dan keterampilan berbahasa akan diperoleh melalui

    pengalaman dan proses pembelajaran.Dengan demikian, bahasa yang didengari akan

    dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar

    memandu kenderaan.

    Menurut model behavioris pembelajaran bahasa merupakan proses yang berdasarkan

    kepada peraturan pelaziman operan, iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak

  • balas. Dalam erti kata lain, kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru

    bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. Dengan erti kata

    lain, ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas

    seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus

    seperti mama atau papa dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan

    pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut.

    1.4.4.2 Model Nativis Chomsky (1969-1980) Beliau telah memperkenalkan Teori Nativisma. Chomsky mengatakan bahawa otak manusia

    telah diprogramkan secara semulajadi untuk membolehkan ia bertutur dan memahami

    bahasa sama seperti keupayaan berjalan. Beliau mengenalpasti sistem ini sebagai LAD (

    Language Acquisition Device ) yang bergantung kepada sel-sel dalam serebrum korteks.

    LAD inilah yang akan membolehkan kanak-kanak menganalisis bahasa yang mereka

    dengar dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul.

    Pandangan Nativis tentang teori pemerolehan bahasa adalah berdasarkan Model Innatis.

    Teori ini kerap dinyatakan dengan teori pemerolehan bahasa yang behavioristik. Contoh

    pandangan teori ini, anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi

    bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan

    digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang

    berada di persekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat di sekelilingnya. Ini

    bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan berbahasa

    kanak-kanak. Secara hipotesisnya, kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai

    struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam

    prasekolah. Berdasarkan pandangan ini, ianya mempercayai apabila dilahirkan, setiap

    manusia mula mengenali dan memahami peraturan berbahasa secara umum sahaja dari

    segi tatabahasa dan erti perkataan. Berdasarkan itu, kanak-kanak itu akan diajar cara

    berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal

    dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu, kanak-kanak ini perlulah menambah lagi

    perbendaharaan kata dan penguasaan tatabahasanya.

    S

    Pada pendapat anda, apakah perbezaan antara pandangan nativis dengan pandangan behavioris.

    EMAK KENDIRI 1.1

  • 1.4.4.3 Model Konstruktivis Mengikut pandangan ahli konstruktivis ianya terbahagi kepada enam teori pembelajaran

    penting yang perlu kita ketahui, iaitu:

    (i) Teori pembelajaran pembentukan kebiasaan.

    (ii) Teori pembelajaran kod kognitif.

    (iii) Teori pembelajaran interaksionalis.

    (iii) Teori pembelajaran fungsionalis.

    (iv) Teori pembelajaran situasionalis.

    (v) Teori pembelajaran anggapan.

    Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu

    sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Teori ini menganggap faktor persekitaran menjadi

    rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas. Ia juga

    menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas.

    Contoh: Dalam konteks pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi. Ini

    bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.

    Teori Pembelajaran Kod Kognitif Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran, iaitu

    satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semula jadi. Teori ini

    mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran

    dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititik beratkan kerana ini

    membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan.

    Teori ini juga mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan leksikal. Di

    samping itu, peraturan tatabahasa juga perlu dihafal dan ia menganggap bahasa adalah

    fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

    Teori Pembelajaran Interaksionalis

  • Menurut teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka

    boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat.

    Teori ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu

    proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu, kanak-kanak perlu memahami dan

    menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam

    masyarakat.

    Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai

    dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya

    dengan fasih dan lancar.

    Teori Pembelajaran Fungsionalis Teori ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi bahasa.

    Secara tidak langsung teori ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi.

    Menurut teori ini, bahasa mempunyai tiga fungsi, iaitu:

    a. Bahasa sebagai alat penyampai idea Bahasa digunakan untuk berhubung,

    berkongsi pendapat dan pandangan.

    b. Bahasa untuk menyampaikan maklumat Bahasa berkeupayaan untuk

    menyampaikan maklumat oleh penutur.

    c. Bahasa sebagai alat komunikasi Bahasa digunakan untuk tujuan berinteraksi.

    Untuk itu, teori pembelajaran ini mengutarakan beberapa ciri penting. Antaranya ialah:

    Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan terbuka. Perkara

    dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik. Bahasa ditutur mengikut

    keadaan dan sistem sosial. Bahasa merupakan alat untuk berhubung, melahirkan pendapat

    dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

    Teori Pembelajaran Situasionalis Teori ini menganggap bahasa adalah sebagai kod komunikasi. Bahasa digunakan untuk

    menyatakan aksi, untuk menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat

    dan sebagainya. Mengikut teori ini, bahasa dipelajari dengan cara menggalakkan

  • pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik harus dipelajari dan diamalkan

    penggunaannya.

    Untuk itu guru perlulah menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Bentuk-bentuk ayat yang

    gramatis perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak. Teori ini juga mementingkan

    pengalaman sedia ada murid menangani isi pelajaran. Teknik pembelajaran seperti main

    peranan, simulasi atau lakonan sesuai digunakan di dalam kelas.

    Teori Pembelajaran Anggapan Teori ini menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang

    bersistem. Teori ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna dan ia

    juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna.

    Selain itu, teori ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanak-kanak dan kemudian

    mempamerkan cara-cara setiap komunikasi itu dilakukan.

    Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas

    konsep asas perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut peringkat-

    peringkat umur bermula sejak lahir sehingga berumur 4 tahun.

  • Tajuk 2 Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Prasekolah

    2.1 Sinopsis

    Tajuk ini berfokus kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Ia merangkumi matlamat

    pembelajaran bahasa, perkembangan bahasa mengikut umur dan peringkat

    perkembangan bahasa kanak-kanak.

    2.2 Hasil Pembelajaran

    1. mengetahui matlamat pembelajaran bahasa.

    2. mengenal pasti ciri-ciri kebolehan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat

    umur

    3. merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memupuk kebolehan berbahasa.

    4. mengetahui peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak serta ciri-ciri

    berkenaan.

    2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

  • 2.4 Matlamat Pembelajaran Bahasa

    Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan

    mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa

    sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain.

    Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap

    individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pandangannya.

    Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan

    perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak

    membina konsep mengenai alam dan manusia di persekitarannya. Selain itu,

    pembelajaran bahasa juga membolehkan kanak-kanak mendengar dan menyatakan apa

    yang didengar dengan sebutan yang betul. Kanak- kanak juga dapat menggunakan

    bahasa yang bertatasusila.

    Melalui pembelajaran bahasa, kanak-kanak dapat membaca dan menceritakan isi

    bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan mereka. Kanak-kanak dapat menulis

    dan membina ayat atau perkataan dengan betul. Tambahan lagi, pembelajaran bahasa

    membantu kanak-kanak membentuk idea bahasa dan menjadi alat kepada

    perkembangan kendiri dan sosial.

    Amat mengkagumkan bahawa kanak-kanak dapat belajar berkomunikasi dengan orang

    lain dengan begitu pesat sekali seolah-olah seperti suatu keajaiban.

    Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah

    Subtajuk 1

    Matlamat Pembelajaran Bahasa

    Subtajuk 2

    Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

    Subtajuk 3

    Peringkat Perkembangan Bahasa

    Mengikut Sistem Bahasa

  • 2.4 Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

    Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,

    memahami dan melahirkan semula. Dengan perkembangan bahasa yang semakin

    meningkat ini, kanak-kanak lebih cekap dalam perbualan.

    Jadual 2.1: Perkembangan Bahasa Kanak-kanak Dari Umur Lahir Hingga Enam

    Tahun

    Umur Kebolehan Aktiviti

    Lahir Menangis atau senyum untuk menyatakan sesuatu.

    Bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding

    bunyi lain

    1 tahun Meniru bunyi antara umur 9 ke 18 bulan kanak-kanak

    mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.

    Tindak balas kepada beberapa perkataan yang biasa

    didengari

    boleh menyebut perkataan ( mengenal nama benda

    ataupun orang )

    Bertutur

    dengan

    kanak-kanak

    iaitu dengan

    memandang

    ke arah mata

    kanak-kanak

    (eye contact)

    2 tahun Mencantum beberapa perkataan mudah untuk menjadi

    ayat yang pendek.

    Boleh menyebut dan mengenal perkataan yang mudah

    dari objek atau gambar menguasai hampir 30

    perbendaharaan kata

    Perbualan

    dan bertutur

    dengan

    kanak-kanak

    3 tahun Menggunakan perkataan untuk mendapatkan sesuatu

    menggunakan perkataan nama dan perbuatan di dalam

    percakapan.

    Mengenal pasti perlakuan atau pergerakan di dalam

    gambar

    Perbualan

    bersama

    kanak-kanak

    4 tahun Gemar bercakap, boleh berbual dengan ayat yang lebih Perbualan

  • panjang.

    Boleh membaca pantun, rhymes dan bercerita

    menggunakan perkataan untuk menyebut warna, huruf

    dan bentuk.

    Suka menyebut perkataan-perkataan

    yang baru dan suka menyanyi

    dengan

    kanak-kanak

    5 tahun Mula bertanya berbagai soalan

    Boleh menjelaskan maksud sesuatu

    perkataan/ayat.

    Boleh membina ayat yang lebih panjang

    Mula membaca dengan sendiri

    Bercakap seperti dewasa

    Suka kepada perkataan baru

    Perbualan

    antara guru

    dengan

    kanak-kanak

    dan rakan-

    rakan

    sebaya.

    6 tahun Menghadapi masalah dalam mengelaskan tentang

    sesuatu hal atau keperluan

    Berbual menggunakan ayat yang lebih panjang

    Bercerita tentang pengalaman seharian

    Suka kepada perkataan yang pelik-pelik

    Perbualan

    pagi dan

    mengadakan

    aktiviti-aktiviti

    berinteraksi

    FIKIRKAN ???

    Cuba baca bahan-bahan mengenai cara kanak-kanak belajar

    berbahasa .

    2.5 Sistem Bahasa Untuk memperoleh kemahiran berbahasa yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan

    dengan pelbagai program pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu guru perlulah

    mengetahui sistem bahasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

  • Rajah 2.1: Sistem Bahasa Setiap jenis bahasa merupakan satu set sistem yang merangkumi fonologi, morfologi,

    sintaksis, semantik dan pragmatik.

    Cuba membaca bahan-bahan mengenai sistem bahasa.

    2.6 Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Sistem Bahasa Perkembangan bahasa mengikut suatu urutan. Perkembangan bahasa

    kebanyakan kanak-kanak bermula dari tangisan yang berbeza ( tangisan yang berbeza

    sebagai gerak balas terhadap rangsangan yang berbeza, contohnya berasa sejuk atau

    panas, dicucuk oleh benda yang tajam dan sebagainya ) kepada luahan perasaan

    dengan menggunakan satu perkataan. Nelson (1973) mengklasifikasikan bahasa

    kanak-kanak sebagai rujukan atau luahan perasaan. Nama umum adalah secara rujukan

    manakala bahasa sosial adalah secara luahan perasaan. Seterusnya kanak-kanak akan

    menggunakan ayat yang lebih panjang dan belajar membentuk ayat negatif dan soalan.

    Tambahan lagi, bahasa kanak-kanak merangkumi bentuk ayat yang matang dan kurang

    matang. Sehingga masa kanak-kanak berumur lapan hingga sepuluh tahun, kebanyakan

    bahasa yang digunakan oleh mereka adalah matang. Pada masa yang sama,

    kefahaman bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat. Perkembangan bahasa

    berterusan sepanjang hayat.

    Berikut adalah penyataan perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut sistem bahasa.

  • (a) Fonologi

    Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara rambang. Ini

    berlaku di peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan

    ketara perbezaan fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan

    berbeza fiturnya.

    Peringkat perkembangan fonologi adalah:

    Peringkat menangis

    Peringkat rengekan (cooing)

    Peringkat ajukkan satu suku kata yang bermakna (ma, cu, bum)

    Peringkat ajukkan dua suku kata (mama, baba, tata, dedi, susu)

    (b) Morfologi

    Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna tertentu,

    mereka mula mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Perbendaharaan kata

    kanak-kanak sudah menjangkau 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila menjangkau

    umur empat tahun, mereka boleh mengujarkan atau menguasai lebih 2000 patah

    perkataan. Ada juga yang telah boleh memahami konsep majmuk dan perkara lepas

    (past tense).

    (c) Sintaksis

    Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada

    satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika

    menjangkau umur dua tahun. Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna mengikut

    susunan kata atau konteks untuk menggambarkan penafian pertanyaan dan sebagainya.

    Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak menggunakan kata inti dan kurang atau tiada

    langsung menggunakan kata tugas.

    Setelah meningkat umur lima tahun, barulah bahasa kanak-kanak itu menyamai bahasa

    orang dewasa. Setelah umur lima tahun kanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat-

    ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan

    hubungannya dengan struktur luar.

    (i) Kanak-kanak berumur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan

    mudah seperti ambilkan selipar ayah, Mana botol sayang dan sebagainya.

    (ii) Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh menggunakan

    perkataan dengan intonasi yang berbeza.

    (iii) Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti :

  • Ayat Penyata: My toy, Daddys car, adik punya.

    Ayat negatif: Ayah belum balik, Adik tak buat.

    Ayat perintah seru: Jangan kacau adik.

    (d) Semantik

    Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa patah

    perkataan dan kemudian memperluaskan perbendaharaan katanya dengan agak cepat.

    Mula-mula sepatah mungkin merujuk beberapa benda atau makna. Ketika inilah kanak-

    kanak sering membuat kesalahan,terutama semasa memberi makna perkataan itu. Hasil

    daripada interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, kanak-kanak akan

    mempelajari konsep-konsep daripada yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula

    dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.

    Perkembangan semantik kanak-kanak berkait rapat dengan peringkat perkembangan

    intelek Piaget: Sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit:

    (i) Sensori motor

    Pada peringkat ini, kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan,

    contohnya:

    Jika ia sedang mencari ayahnya di sekeliling rumah ia akan sebut:

    Ayah? yang bermaksud Di manakah ayah?

    Jika ia tengok dalam bilik air dan gelengkan kepalanya sambil sebut:

    Ayah, ini bermaksud, Ayah tidak ada dalam bilik air.

    Jika ia pergi ke muka pintu dan memanggil Ayah sambil cekak pinggang, ini bermaksud,

    Ayah, mari sini.

    (ii) Praoperasi

    Di peringkat praoperasi, kanak-kanak yang berumur 2-7 tahun mula cuba memahami

    bahawa ada perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna. Walaubagaimana pun

    mereka masih pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami perkataan yang abstrak.

    (iii) Operasi konkrit

    Ini adalah peringkat umur kanak-kanak berfi kir dan membezakan.

    Antara umur 7 11 tahun, kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan

    membezakan makna. Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada

    dan pengalaman terus mereka.

  • Contohnya: Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah faham fungsi rumah, sebagai tempat

    untuk tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat kawan datang dan lain-lain.

    (e) Peringkat Pragmatik

    Peringkat pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka terhadap konteks

    iaitu bagaimana seseorang menyesuaikan bentuk ucapan/perkataan

    mengikut konteks sosial yang berbeza.

    Dalam peringkat pragmatik ini juga kanak-kanak belajar peraturan bercakap

    daripada komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza

    mengikut sosio-budaya dan bangsa.

    LATIHAN 1:

    LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh

    guru prasekolah untuk memupuk perkembangan bahasa kanak-

    kanak prasekolah.

    Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam

    folder anda.

    LATIHAN 2: Apakah yang dimaksudkan dengan

    (a) fonologi

    (b) morfologi

    (c) sintaksis

    (d) semantik

    (e) pragmatik

    Binalah satu jadual perkembangan bahasa mengikut sistem bahasa

    kanak-kanak dari sejak lahir sehingga umur enam tahun.

    Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam

    folder anda.

  • Tajuk 3 Kurikulum Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Prasekolah

    3.1 Sinopsis Unit ini akan membincangkan tentang faktor yang mempengaruhi pelaksanaan pengajaran

    Bahasa Melayu dan Pengajaran Bahasa Inggeris Prasekolah. Pemahaman tentang faktor-

    faktor yang dihuraikan diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung dapat mendorong

    anda menjadi seorang guru yang mempunyai peranan sebagai pelaksana kurikulum yang

    efektif.

    3.2 Hasil Pembelajaran

    1. mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di prasekolah.

  • 2. mengaplikasi peranan guru sebagai pelaksana kurikulum di dalam bilik darjah.

    3.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

    3.4 Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah

    Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid.

    Seseorang murid sudah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai

    kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan

    orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik meningkatkan keyakinan

    murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Ini akan menjadi asas kepada

    pembelajaran sepanjang hayat.

    Komponen bahasa dan komunikasi merangkumi bahasa Melayu sebagai bahasa

    Kebangsaan, bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina, bahasa Tamil

    sebagai bahasa pengantar di sekolah Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

    Prinsip utama pengajaran bahasa ialah menyepadukan empat kemahiran berbahasa iaitu

    mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa yang mereka pelajari.

    Kurikulum Perkembangan Bahasa

    dan Komunikasi Prasekolah

    Subtajuk 1

    Pengajaran Bahasa Melayu Prasekolah

    Subtajuk 2

    Pengajaran Bahasa Inggeris

  • Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami

    apa yang didengar.

    Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta

    dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.

    Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan

    memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.

    Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menulis

    huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah.

    OBJEKTIF KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI

    i. mendengar dan menyatakan apa yang didengar;

    ii. bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila;

    iii. membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat

    perkembangan murid;

    iv. menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.

    (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)

    Rajah 1: Aspek aspek dalam perkembangan bahasa dan komunikasi

    KANDUNGAN DAN HASIL PEMBELAJARAN DALAM KOMPONEN BAHASA

    DAN KOMUNIKASI

    1. Kemahiran mendengar

    KOMPONEN BAHASA DAN KOMUNIKASI

    KEMAHIRAN MENDENGAR

    KEMAHIRAN BERTUTUR

    KEMAHIRAN MEMBACA

    KEMAHIRAN MENULIS

  • 1.1 . Mendengar dengan penuh perhatian

    Mengenal pasti apa yang didengar

    Mengecam dan membeza pelbagai jenis bunyi

    Mengecam dan membeza intonasi suara

    Menceritakan apa yang didengar

    Mendengar dan memberi gerak balas terhadap:

    a. arahan

    b. cerita

    c. puisi, ritma atau rentak

    d. perbualan

    1.2 . Mendengar dan mengecam kesamaan bunyi perkataan

    Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama

    Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama

    1.3 . Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza

    Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza

    Mengecam perkataan dengan bunyi akhir yang berbeza

    2. Kemahiran Bertutur

    2.1 . Berinteraksi dengan mesra

    Berbual mengguna bahasa mudah dengan sebutan yang betul

    Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila:

    a. mengikut giliran

    b. mengikut situasi

    c. mengikut peringkat umur

    Menyatakan permintaan dan arahan secara bertatasusila

    2.2 . Merangsang pertuturan melalui soal jawab

    Mengemukakan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul

    Menjawab soalan dengan tepat

    Menjawab soalan secara kreatif

    Bersoal jawab secara spontan

  • 2.3 . Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul

    Melafazkan pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair

    Menceritakan semula pelbagai bentuk puisi dalam bahasa

    yang mudah

    2.4 . Melakonkan watak-watak mengikut situasi

    Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk

    menghidupkan watak tersebut

    3. Kemahiran Membaca

    3.1 . Mengecam dan memadankan gambar dengan perkataan

    Memadankan gambar suatu objek dengan lakarannya

    Memadankan gambar dengan perkataan

    3.2 . Mengenal bentuk huruf

    Menyebut huruf mengikut urutan dan

    secara rawak

    Mengaitkan huruf dengan bentuk

    objek di persekitaran

    Mengenal bentuk huruf kecil dan

    huruf besar

    3.3 . Mengenal huruf vokal

    Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan

    Membunyikan huruf vokal

    3.4 . Mengenal huruf konsonan

    Mengecam dan membunyikan huruf konsonan

    Mengecam bunyi huruf konsonan di awal dan di akhir perkataan yang

    diperdengarkan

    3.5 . Memperkenal dan menambah perbendaharaan kata

    Mengecam dan mengaitkan label pada pelbagai objek dan tempat

  • Bercerita tentang gambar yang dilihat atau hasil kerja

    Mengecam perkataan melalui nyanyian atau puisi

    3.6 . Membina suku kata dan perkataan

    Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal (kv)

    Mencantum dua suku kata konsonan dan vokal (kv+kv) dalam satu perkataan

    Membaca suku kata terbuka (vkv)

    Membaca suku kata tertutup (kvk)

    Membaca dua suku kata terdiri daripada (kv+kvk), (kvk+kv) dan (kvk+kvk)

    Membaca perkataan gabungan dua suku kata vokal berganding dan

    konsonan berganding (kv+vk)

    3.7 . Membaca perkataan dan rangkai kata

    Membaca perkataan dan rangkai kata yang bermakna

    3.8 . Membaca ayat dalam konteks

    Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata

    Membaca ayat dalam perenggan pendek dengan intonasi yang sesuai

    Mengenal tanda bacaan di dalam ayat atau perenggan

    3.9 . Memahami bahan yang dibaca

    Menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca

    Menceritakan semula bahan yang dibaca melalui lisan, tulisan atau lukisan

    3.10. Membimbing cara membaca

    Membaca nama pengarang, judul buku dan penerbit

    Membaca mengikut arah dan cara yang betul

    Memegang buku dengan cara dan jarak yang betul

    Menyatakan cara menjaga buku dengan betul

    3.11. Memupuk minat membaca

    Membaca pelbagai bahan bacaan

    Bercerita tentang bahan yang dibaca

    Menceritakan semula kandungan cerita yang dibaca Kemahiran Menulis

  • 4. Kemahiran Menulis

    . Membina kemahiran menulis

    Melakukan koordinasi mata tangan

    Melakukan pergerakan tangan dan jari untuk membentuk corak mengikut

    arah yang betul

    Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis

    Menulis huruf mengikut cara yang betul

    Menulis nombor mengikut cara yang betul

    . Menguasai kemahiran menulis

    Menulis perkataan

    Menulis rangkai kata dan ayat yang bermakna

    Menulis cerita