13
BBM 5401 1 Faktor –faktor yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa

Faktor Pemerolehan Bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

l;,,.,.,

Citation preview

  • BBM 5401*

    Faktor faktor yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa

  • BBM 5401*Faktor faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa *Faktor faktor yang mempengaruhi pemerolehan bahasa dapat dibahagikan kepada dua faktor utama:

    Faktor perseorangan Faktor alam sekelilingFaktor perseoranganKecerdasanKesihatan Jantina

    Faktor alam sekelilingKedudukan sosio ekonomiPerhubungan dalam keluargaKehidupan dalam rumahtanggaPengalaman amKawasan tempat tinggalRakan sebayaMedia massaPendedahan dan rangsangan

  • BBM 5401* KecerdasanKonsep kecerdasan kita sangat rapat hubungannya dengan ujian yang dibuat untuk mengukur kecerdasan.

    Hasil daripada penyelidikan , didapati hasil ujian kecerdasan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan berbahasa.

    Kemungkinan besar kecerdasan merupakan satu faktor yang penting dalam perkembangan penguasaan bahasa.

  • BBM 5401* 2. KesihatanKesihatan adalah amat penting bagi peringkat perkembangan penguasaan bahasa. Kalau seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit yang berlanjutan dalam masa dua tahun yang pertama, penguasaan berbahasa akan terganggu atau kebolehannya akan mundur daripada peringkat yang telah dicapai.

    Contoh: (Tempoh Pemerolehan Bahasa) (2 tahun 6 tahun)

  • BBM 5401*3. JantinaMcCarthy (1954) telah merumuskan penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak Amerika yang berkulit putih menunjukkan kanak-kanak perempuan mempunyai sedikit kelebihan dalam penguasaan bahasa.

    Satu penyelidikan yang dibuat oleh Atan Long (1972) di kalangan kanak-kanak Melayu juga menyokong penemuan ini.

    Kanak-kanak perempuan didapati lebih dahulu bercakap berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Ini mungkin disebabkan oleh kecepatan perkembangan mereka di dalam aspek lain.

    Perkembangan jasmani yang lebih cepat bagi kanak-kanak perempuan menghasilkan salutan myeline yang lebih cepat kepada urat saraf pertuturan mereka.

    Maka, alat pertuturan mereka lebih cepat berfungsi.

  • BBM 5401*

    4.Sosio-Ekonomi

    Peringkat pekerjaan dan kedudukan ibu bapa mempunyai pertalian yang rapat dengan semua peringkat perkembangan penguasaan bahasa. Kanak-kanak dalam kelas atas dan pertengahan didapati bercakap lebih awal.Mereka lebih cepat berkebolehan untuk membentuk ayat dan mempunyai struktur ayat yang lebih matang berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya daripada kelas rendah.Pada segala peringkat umur dalam masa sekolah, didapati semakin tinggi kelas sosio-ekonomi kanak-kanak itu ,semakin banyak perbendaharaan kata yang mereka kuasai.Pertuturan mereka juga adalah lebih baik dan keadaan ini terus bertambah baik apabila kanak-kanak itu bertambah umurnya.

  • BBM 5401*

    5. Perhubungan Keluarga

    Kanak-kanak dalam keluarga kelas atas dan menengah mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada orang dewasa.Perbualan antara kanak-kanak dengan orang dewasa lebih kerap berlaku baik ketika makan, mahupun pada masa lain seperti lepas sekolah dan lain-lain. Dalam kelas rendah pula keadaan agak berlawanan, iaitu masa makan terdapat pengasingan di antara kanak-kanak dengan orang dewasa, kurang perbualan dan kalau adapun hanya daripada pihak orang dewasa kepada kanak-kanak.Selain itu perasaan kasih sayang tidak diperlihatkan.Umur orang yang banyak berhubung dengan kanak-kanak mempunyai kesan tentang perkembangan penguasaan bahasanya.Semakin banyak kanak-kanak berhubungan dengan orang dewasa semakin baik perkembangan bahasanya.

  • BBM 5401*

    6. Kehidupan Rumahtangga

    Permulaan pertuturan berbeza antara kanak-kanak yang dipelihara di rumah anak yatim dengan kanak-kanak yang dipelihara secara biasa. Biasanya kanak-kanak yang dipelihara di rumah anak yatim itu lebih lambat bercakap.Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang terhad jumlahnya dan kemahiran berbahasa yang kurang.Keadaan ini nampaknya disebabkan oleh keadaan yang menjemukan dan kekurangan rangsangan yang terdapat di dalam rumah anak yatim itu.

  • BBM 5401*

    7. Pengalaman

    Pengalaman am baik dari segi kuantiti mahupun kualiti adalah amat penting dalam perkembangan penguasaan bahasa. Perjalanan dan lawatan mempunyai kesan yang merangsangkan terhadap pembinaan perbendaharaan kata.

  • BBM 5401*Kawasan tempat tinggal dapat mempengaruhi proses berbahasa kanak-kanak.Faktor ini meliputi kawasan tempat tinggal, iaitu sama ada kawasan bandar, pinggir bandar, desa atau pedalaman.Kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar, mengetahui lebih banyak kata nama yang berkaitan dengan alat elektronik, jenis kenderaan, pakaian dan sebagainya. Kanak-kanak di kawasan lain pula, mengalami perkembangan leksikal bergantung kepada lokasi tempat tinggalnya.Contohnya kanak-kanak yang tinggal di kampung akan lebih mengetahui jenis-jenis binatang, tumbuhan, serangga, peralatan bekerja seperti tajak, tanggala, cangkul, sabit dan sebagainya.8.Kawasan Tempat Tinggal

  • BBM 5401*9. Rakan Sebaya

    Perhubungan dengan rakan sebaya boleh berlaku secara formal seperti di tadika atau secara tidak formal semasa kanak-kanak bermain sesama mereka.Komunikasi yang berlaku sewaktu bermain menyebabkan berlaku proses pengambilan perkataan sesama rakan sebaya.

  • BBM 5401*

    10. Media Massa

    Media massa atau alat sebaran am banyak mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Antara yang paling ketara ialah televisyen.Menonton televisyen memang digemari oleh kanak-kanak kerana sifat alat itu sendiri yang merangsang dua pancaindera, iaitu pendengaran dan penglihatan yang berlaku serentak.

  • BBM 5401*

    11. Pendedahan dan Rangsangan

    Kanak-kanak yang aktif bahasanya biasanya menerima rangsangan dan pendedahan melalui pergaulannya.Kanak-kanak yang banyak memperoleh bahasa mempunyai dorongan untuk berbahasa dan bersedia bekerjasama untuk menjayakan sesuatu komunikasi.Sekiranya tidak mendapat pendedahan, sukar bagi seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu bahasa.Kalau tidak ada pendedahan, maka penguasaan bahasa tidak akan berlaku (Abdullah Hassan, 1980:261).Lebih banyak pertuturan yang didengar, adalah lebih baik kerana pendedahan merupakan satu serangan kepada proses berbahasa.Kanak-kanak perlu diserang dan didedahkan sebanyak mungkin kepada pengaruh dan rangsangan linguistik dari persekitaran melalui pelbagai konteks seperti penglihatan, dan pendengaran dan perasa (Awang Mohd. Amin, 1979: 37).

    BBM 5401BBM 5401Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa*BBM 5401BBM 5401Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa*BBM 5401BBM 5401Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa*