Click here to load reader

Bab1. Pemerolehan Bahasa

  • View
    105

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bhasa

Text of Bab1. Pemerolehan Bahasa

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    1

    Bab 1: Pemerolehan Bahasa Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 1 Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 2 Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 3 Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 4 Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur

    Bab 1 : Pemerolehan Bahasa

    Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :

    a. Mempelajari teori-teori pemerolehan bahasa.

    b. Mengetahui kelemahan dan kelebihan teori-teori pemerolehan

    bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan

    pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

    c. Membuat penilaian dan memilih mana-mana teori pemerolehan

    bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan

    pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

    1.1 Pengenalan

    1.2 Teori Behavioris

    1.3 Teori Kognitif

    1.4 Teori Mentalis

    1.5 Teori Interaksionalisme

    RINGKASAN RUJUKAN

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    2

    Kebolehan untuk berfikir dan berbahasa merupakan ciri utama yang membezakan antara

    manusia dengan makhluk-makhluk yang lain. Dengan adanya bahasa, manusia boleh

    berkomunikasi untuk berhubung dan menyampaikan buah fikiran. Salah satu objek pemikiran

    manusia ialah tentang cara manusia bercakap. Pendapat para sarjana tentang pembelajaran

    bahasa adalah pelbagai. Dalam bab ini, teori-teori tentang pemerolehan bahasa akan

    dihuraikan. Antara teori-teori pemerolehan bahasa yang ada adalah teori behavioris, kognitif,

    mentalis dan interasionalis.

    Rajah 1.1 Beberapa Teori Pemerolehan Bahasa

    Teori behavioris adalah antara teori yang paling dominan dan banyak mempengaruhi aspek

    pembelajaran. Antara tokoh penting yang mempelopori serta banyak mengkaji teori

    behavioris ialah Skinner, Thorndike dan Pavlov. Mereka menganggap pembelajaran sebagai

    satu proses mekanisme untuk membentuk kebiasaan. Ahli-ahli behavioris berpendapat

    bahawa wujud hubungan yang dinamik wujud antara ransangan dengan gerak balas. Sesuatu

    gerak balas yang betul akan diulangi jika diberikan ganjaran. Gerak balas yang diikuti oleh

    peneguhan yang positif juga wajar diulangi. Gerak balas yang diulangi pula akan membentuk

    kebiasaan dalam diri.

    Skinner telah cuba melanjutkan teori behavioris untuk menghuraikan kepentingan pengaruh

    persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ahli-ahli behavioris menekankan

    kepentingan pengaruh persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu

    ujaran terbentuk kerana adanya ransangan dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Misalnya,

    seorang kanak-kanak boleh bertutur kerana ada orang yang bercakap dengannya ataupun

    kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan-keperluan asasinya seperti

    berkehendakkan makanan atau minuman dan sebagainya. Bentuk-bentuk bahasa yang betul

    dihasilkan oleh seorang kanak-kanak perlu diteguhkan supaya diulangi.

    Teori pemerolehan

    bahasa

    Teori behavioris Teori Kognitif Teori Mentalis Teori

    Interasionalis

    1.1 PENGENALAN

    1.2 TEORI BEHAVIORIS

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    3

    Antara ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan dalam teori behavioris atau mekanis adalah

    seperti berikut:

    i. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi akibat daripada wujudnya hubungan antara ransangan dengan tindak balas.

    ii. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti oleh ganjaran. iii. Sesuatu gerak balas yang diikuti oleh peneguhan positif akan sering diulangi. iv. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.

    B.F Skinner

    B.F Skinner merupakan sarjana behavioris yang mengajar di university

    Harvard. Beliau telah mengkaji dan melakukan beberapa pena mbahbaikan terhadap teori behavioris. Menurut beliau, pembelajaran akan

    berlaku jika ada ransangan dan tindak balas secara berulang-ulang.

    Skinner membahagikan tingkah laku kepada dua bahagian utama iaitu

    tingkah laku pantulan dan operan. Hasil kajian yang dilakukan oleh

    Skinner, didapati bahawa apa-apa juga tingkah laku yang diikuti oleh

    pengukuhan atau keadaan menyenangkan, maka tingkah laku tersebut

    akan menjadi kelaziman.

    Dalam kajian percubaannya, Skinner telah cuba memasukkan tikus dan

    merpati. Tikus telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Pada dinding

    kotak tersebut terdapat sebuah alat yang boleh mengeluarkan makanan. Dalam percubaan

    awalnya, didapati tikus bertingkah laku rawak sahaja. Walaubagaimanapun, setelah beberapa

    lama,tikus berkenaan dengan secara tidak sengaja telah tertekan alat yang boleh

    mengeluarkan makanan itu. Kemudiannya, tikus tersebut tidak berhenti-henti menekan alat

    tersebut untuk memperoleh makanan. Dengan demikian tikus tersebut telah mempelajari cara

    untuk mendapatkan makanan.

    Rajah 1.2 Kotak Eksperimen Skinner

    Dalam kajian lain, Skinner telah menggunakan prinsip yang sama terhadap dua ekor merpati

    untuk bermain ping pong. Setiap kali burung merpati dapat melepaskan bola ping pong ke

    Grid Elektrik Mangkok

    Pembesar suara

    Lampu

    B.F. Skinner

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    4

    sebelah jarring di tengah-tengah meja antara kedua-dua ekor burung merpati tersebut, sebiji

    kacang hijau akan keluar. Tingkah laku tersebut telah dilakukan secara berulang-ulang.

    Kacang hijau yang keluar merupakan pengukuhan.

    Berdasarkan kajian Skinner, pengukuhan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian.

    E.L Thorndike (1874-1949)

    Edward L.Thorndike telah mengemukakan beberapa hukum

    pembelajaran. Menurut Thorndike, hukum-hukum pembelajaran yang

    dikaitkan dengan ransangan dan gerak balas akan segera diikuti oleh

    rasa kesenangan atau kepuasan. Rasa kesenangan atau kepuasan akan

    wujud jika murid memperoleh sesuatu pujian atau ganjaran yang

    pelbagai. Dalam hal ini, bentuk ransangan yang diberikan hendaklah

    berupa peneguhan. Jika murid berhasil melaksanakan tugasannya

    dengan betul dan pantas, akan muncul keselesaan dalam diri atas

    kejayaan yan dicapai.

    Teori yang dibangunkan oleh Thorndike juga menghuraikan bahawa

    pembelajaran sebagai proses pembentukan hubungan antara ransangan dengan tindak balas.

    Dalamnya pula terdapat hukum kesediaan atau law or readiness, hukum latihan atau law of

    exercise dan hukum akibat atau law of effect.

    PENGUKUHAN

    Pengukuhan Positif

    Pengukuhan Positif Berterusan

    Pengukuhan Positif Berkala

    Pengukuhan Negatif

    - ransangan yang menyakitkan akibat

    daripada sesuati tingkahlaku. peninggalan

    tingkah laku tersebut akan menghasilkan suatu

    keadaan yang menyenangkan atau

    tidak menerima kesakitan.

    Tiada Pengukuhan

    - jika tiada pengukuhan, sama ada positif or negatif, tingkah

    laku berkaitan tidak akan mendapat perhatian, selain

    tidak terccapainya pelaziman

    E.L. Thorndike

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    5

    Hukum Kesediaan Atau Law Or Readiness

    Cara seseorang murid yang bersedia untuk melakukan sesuatu aktiviti. Sesorang

    murid mempunyai kecenderungan untuk bertindak atau melakukan aktiviti tertentu

    dengan sebenar-benarnya. Justeru, tindakkannya akan menimbulkan kepuasan pada

    dirinya. Jika seseorang murid mempunyai kecenderungan untuk bertindak, sedangkan

    tindakannya tidak mendatangkan kepuasan, maka murid tersebut akan menghindari

    dari melakukan tindakan yang aktif.

    Hukum Latihan Atau Law Of Exercise

    Hukum latihan menyatakan bahawa jika hubungan stimulus-respons (ransangan-

    tindak balas) sering wujud, akibatnya hubungan akan menjadi semakin teguh. Jika

    semakin kurang berlakunya hubungan stimulus-respons, maka semakin lemahlah

    hubungan tersebut. Hukum latihan yang pada dasarnya menggunakan stimulus

    respons, maka semakin lemahlah hubungan tersebut. Hukum latihan yang pada

    dasarnya menggunakan stimulus respons memiliki hubungan yang teguh antra satu

    sama lain. Jika proses pengulangan sering dilakukan, maka semakin banyak aktiviti

    terlaksana. Oleh itu, hubungan yang terjadi akan bersifat automatik. Jika seorang

    murid dikemukakan soalan yang sering ditemukannya, maka murid tersebut akan

    segera melakukan tanggapan secara pantas yang sesuai dengan pengalaman pada

    waktu sebelumnya. Kenyataan menunjukkan bahawa pengulangan akan memberikan

    kesan positif jika disusun secara sempurna. Bentuk pengulangan tersebut hendaklah

    dalam suasana tidak membosankan, selain aktiviti yang disajikan hendaklah dengan

    cara yang menarik.

    Hukum Akibat Atau Law Of Effect

    Dalam hukum akibat, dapat dirumuskan bahawa kepuasan yang wujud daripada

    ganjaran guru akan menerbitkan kejayaan kepada murid. Murid cenderung untuk

    berusaha meningkatkan kepada apa yang telah dicapai. Guru yang memberikan

    senyuman terhadap jawapan murid akan semakin menguatkan konsep tindak balas.

    Kata-kata bagus, hebat, kamu sangat teliti dan sebagainya merupakan ganjaran

    kepada murid untuk meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran. Jika kekeliruan

    wujud dalam diri murid tanpa penjelasan yang wajar daripada guru, ada kemungkinan

    murid akan menganggap itulah yang benar dan akan mengulanginya. Jika murid

    menyelesaikan tugasan sekolah di rumah, namun hasil kerjanya tidak diperiksan oleh

    guru, kemungkinan juga jawapan yang diberi dianggap benar. Daripada hukum

    akibat, dapat disimpulkan bahawa jika terdapat hubungan yang kuat antara soalan dan

    jawapan maka bahan yang disampaikan boleh diingati dengan lebih lama.

    Pengulangan yang kerap akan menentukan berapa lama konsep tersebut akan diingati

    oleh murid.

    Di samping itu, Thorndike berpendapat bahawa kualiti dan kuantiti hasil pelajaran

    bergantung pada kualiti dan kualiti stimulus-respons (S-R). Implikasi daripada aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori ini menunjukkan bahawa:

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    6

    Dalam penjelasan sesuatu konsep, guru perlu memberikan contoh yang sesuai yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid, khususnya penghayatan kepada

    alam sekeliling.

    Cara pemberian tugas hendaklah padan dengan unsur penyerapan stimulus-res[ons supaya wujud kelangsungan dalam pembelajaran.

    Dalam kurikulum, bahan pembelajaran perlu disusun daripada yang mudah dan selari dengan tahap murid. Penguasaan bahan yang lebih mudah adalah sebagai ransangan

    untuk menguasai bahan yang lebih sukar. Dengan kata lain, topik asas haruslah

    dikuasai lebih dahulu sebelum memahami topik yang seterusnya.

    Ciri Behaviorisme dan Aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Teori Behaviorisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang

    berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut

    Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang

    lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap

    kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi

    adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh

    kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman,

    ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

    Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan

    Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan

    pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks

    pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori

    ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

    Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-

    ahli psikologi dan linguistik Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa, bahasa

    yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua

    penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah

    didahulukan bahasa lisan.

    Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk

    membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada

    pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat

    menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini

    sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk kebiasaan ini latihan

    dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran

    dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih

    susah.

    Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia

    merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam

    situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan,

    pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak

    balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang

    disebutkan di atas. Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    7

    merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan

    latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan

    pelajaran tersebut dari berasa bosan.

    Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.

    Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks

    pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh

    pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama

    dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu. Dan keenam,

    mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah

    hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika

    kedua-dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan

    tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan

    meningkatkan minat serta motivasi.

    Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi

    rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah

    dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan

    pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan,

    kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

    Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran

    dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah

    memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan

    kemudian baharulah diterangkan.

    KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME

    Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.

    Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah

    mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di

    sekelilingnya.

    Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat

    belajar dalam diri mereka.

    Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.

    Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.

    Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

    KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME

    Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    8

    Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.

    Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.

    Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut

    lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada

    rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.

    Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki guru.

    Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.

    Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka.

    Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik.

    Teori ini mengutarakan penyingkiran kesedaran atau fikiran yang dilakukan oleh ahli-ahli

    behavioris sebagai satu kesilapan besar. Sebaliknya, mereka menganggap teori pembelajaran

    menjadi sangat bermakna jika fikiran dimasukkan dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak

    dapat dipisahkan. Antara tokoh-tokoh yang mengutarakan teori ini ialah Jean Piaget, Max

    Werthrimer, Wolfgang Kohler, Kurt Koffka, Jarome Brunner, Robert M.Gagne dan Ausubel.

    Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget

    Piaget ialah seorang ahli biologi yang mempunyai sumbangan besar dalam pemahaman

    terhadap perkembangan intelektual berbahasa murid. Dalam rangka memahami proses dan

    peringkat perkembangan intelektual berbahasa murid, bertahun-tahun lamanya Piaget

    melakukan pemerhatian terhadap perkembangan intelektual seorang murid. Melalui

    1.3 TEORI KOGNITIF

    a. Apakah yang diperkatakan oleh Skinner tentang teori behaviorisme.

    b. Apakah kelebihan dan kelemahan teori behaviorsme? c. Tonton video di bawah untuk melihat pengaplikasian teori

    behaviorisme dalam bilik darjah. http://www.youtube.com/watch?v=KYDYzR-ZWRQ

    http://www.youtube.com/watch?v=KYDYzR-ZWRQ

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    9

    pemerhatian yang mendalam, akhirnya Piaget dapat menggambarkan teori proses

    perkembangan intelektual berbahasa murid.

    Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah mengikut

    empat peringkat iaitu peringkat deria motor(0-2 tahun), pra operasi(2-7 tahun), operasi

    konkrit(7-12 tahun) dan operasi formal(selepas 12 tahun).

    Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

    Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan seria motornya untuk memahami dan

    berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah

    boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu

    kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila

    berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1

    hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur

    menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula

    boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-

    kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba

    mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam

    persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan bulan tidak akan mencari objek

    yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi

    melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya

    berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan

    melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk

    meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational

    learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam

    sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur

    yang tertentu.

    a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

    Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir

    melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan

    sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini

    belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan

    ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

    b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

    Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula

    mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman

    memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

    Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah

    laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab

    yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula

    diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi,

    bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya,

    sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat

    menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    10

    c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

    Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian

    yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem

    belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u

    barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang

    objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke

    dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

    d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

    Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya

    disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah

    dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan

    kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan

    berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

    e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

    Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku

    secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian

    tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi

    memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan

    telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses

    cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba

    pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

    f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

    Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk

    memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat

    mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku

    peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina

    dan fungsi individu dalam rumahtangga.

    Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)

    Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol untuk

    mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanaktelah boleh

    bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian

    menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka

    menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka

    percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-

    angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada

    contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh

    memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif

    (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya

    member sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek

    mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    11

    Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun)

    Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun.

    Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara

    dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang

    konkrit seperti computer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi

    kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam

    minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda.

    Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperi rupa bentuk objek

    secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman

    tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema

    dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-

    kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek

    untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya,

    implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh.

    Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan

    mengaplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

    Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun)

    Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi

    mental pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk

    fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang

    mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka

    dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang

    dihadapinya dengan logic. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap

    demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak.

    Setiap tahap memasuki tahap baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang

    dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja

    telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih

    kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya

    untuk membuktikan teori atau hukum matematik.

    Lima Konsep Asas Menurut Piaget

    a) Skema

    Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.

    Contohnya: Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,

    memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan

    kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi

    bertindakbalas dengan

    persekitarannya.

    b) Adaptasi

    Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    12

    Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan

    terdedah kepada pengalaman yang relevan.

    Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau

    telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut

    turutan umur.

    c) Ekuilibirium

    Ekuilibirium ialah kesinambungan dalam pengaturan diri yang memungkinkan bahasa seseorang berkembang serta berubah sementara untuk menjadi lebih

    mantap dan seimbang.

    Ekuilibirium bukanlah keseimbangan dalam hal kekuatan berbahasa, tetapi merupakan proses dinamik yang secara terus menerusmengatur tingkah laku.

    Proses ekuilibirium juga disebut sebagai penyeimbangan antara dunia luar dan

    dunia dalam. Tanpa perkembangan intelektual berbahasa, maka akan wujud

    ketidakseimbangan dalam proses berfikir.

    d) Asimilasi

    Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.

    Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

    Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.

    e) Akomodasi

    Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.

    Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.

    Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian

    konsep terhadap magnet itu.

    Aplikasi teori Kognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Teori belajar kognitif merupakan perubahan persepsi dan pemahaman, yang tidak selalunya

    berbentuk tingkah laku yang dapat diamati dan dapat diukur. Penglibatan murid sangat

    dipentingkan dalam proses pembelajaran.

    Dengan membuat pemerhatian terhadap proses belajar seseorang murid, pendidik dapat

    mengetahui kemampuan murid dan cara mereka berfikir. Murid pada usia muda akan belajar

    dengan baik jika pengajar menggunakan benda-benda konkrit atau objek-objek untuk

    menarik minat seseorang murid untuk belajar. Belajar untuk memahami sesuatu pembelajaran

    adalah lebih bermakna daripada belajar dengan menghafal. Agar lebih mudah untuk murid

    mengingat benda yang dipelajarinya, informasi dan isi pembelajaran haruslah dikaitkan dan

    dihubungkan degan pengetahuan dan pengalaman seorang murid.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    13

    Mengingat adalah penting dalam suatu proses pembelajaran. Pendidik harus tahu dan bijak

    memilih teori yang tepat untuk diterapkan dalam pengajaran. Teori yang dipilih haruslah

    bersesuaian dengan kemampuan pendidik dalam mengembangkan teori tersebut dan

    menggunakannya dengan kreatif. Teori kognitif digunakan untuk mengimbangkan daya

    berfikir atau kekuatan mental kanak-kanak yang berbeza usia.

    Menurut teori ini, belajar adalah perubahan persepsi dan pemahaman. Perubahan persepsi dan

    pemahaman tidak selalunya berbentuk perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan.

    Teori ini merumuskan bahawa setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam

    dirinya. Proses belajar akan berjalan dengan baik apabila pembelajaran yang dijalankan

    berasimilasi dengan baik dengan struktur kognitif yang dimiliki oleh seorang murid.

    Teori kognitif banyak digunakan dalam dunia pendidikan khususnya dalam perancangan

    suatu sistem instruksional, prinsip-prinsip tersebut antara lainnya ialah:

    1. Seseorang yang belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logika tertentu

    2. Penyusunan isi pelajaran haruslah dari sederhana ke kompleks 3. Belajar dengan memahami akan jauh lebih baik daripada dengan hanya menghafal

    tanpa memahami pelajaran yang dihafal.

    Dalam mengaplikasikan teori belajar kognitif dalam pembelajaran, guru haruslah memahami

    bahawa kanak-kanak bukanlah seperti orang dewasa yang mempunyai proses berfikir yang

    mudah. Kanak-kanak pada pra sekolah dan awal sekolah belajar dengan menggunakan benda-

    benda konkrit sebagai asas memahami sesuatu, keaktifan kanak-kanak sangat dipentingkan.

    Guru haruslah menyusun bahan pembelajaran dengan menggunakan pola atau logika tertentu

    dari sederhana ke kompleks. Guru haruslah menciptakan suasana pembelajaran yang

    menarik, memerhatikan perbezaan setiap individu untuk mencapai hasil pembelajaran yang

    memuaskan.

    Ciri-ciri Teori Kognitif

    Teori kognitif mengungkap bahawa pembelaran bahasa berasaskan beberapa ciri. Antaranya

    yang penting:

    Bahasa dihasilkan melalui proses mental.

    Kanak-kanak boleh merumuskan bahasa berdasarkan keupayaan semulajadi yang berlaku secara biologi.

    Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut aspek-aspek yang dikuasai.

    Pembelajaran berlaku secara tidal formal.

    Penguasaan bahasa berdasarkan logik dan boleh difahami kerana mempunyai makna.

    Pembelajaran bahasa tidak melalui kebiasaan, ulangan dan latih tubi.

    Pembelajaran bahasa mempunyai struktur dalaman dan luaran.

    Ungkapan yang hendak diucapkan adalah difikirkan terlebih dahulu.

    Kelemahan Teori Kognitif

    Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    14

    Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya

    memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua

    masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

    Kekuatan Teori Kognitif

    Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan

    murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru

    dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

    Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap

    kognitif mereka sendiri.

    Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan

    bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk

    mengajar kemahiran berbahasa.

    Teori ini menekankan fungsi mental seseorang. Teori ini menjelaskan bahawa bahasa sebagai

    pengetahuan yang dihasilkan menerusi proses dalam otak. Menurut teori ini, bahasa yang

    tercetus daripada aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. Naomi

    Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama

    Peranti Pemerolehan Bahasa atau disebut Language Acquisition Device atau juga dikenali

    sebagai LAD. Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis dengan cara

    sejagat atau bebas budaya. Chomsky telah memperkenalkan beberapa perkara melalui teori

    kod kognitifnya.. Menurutnya, setiap manusia yang dilahirkan di dunia sudah ada kecekapan

    untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal,

    iaitu yang bersifat semula jadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan seseorang

    untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira. Chomsky juga berhujah bahawa

    1.4 TEORI MENTALIS

    a. Apakah ciri-ciri teori kognitif? b. Nyatakan lima konsep asas mengikut Jean Piaget? c. Tonton video di bawah untuk melihat pengaplikasian teori kognitif kepada

    kanak-kanak.

    http://www.youtube.com/watch?v=GLj0IZFLKvg&list=PL8648B2E5C69

    EF71F

    http://www.youtube.com/watch?v=GLj0IZFLKvg&list=PL8648B2E5C69EF71Fhttp://www.youtube.com/watch?v=GLj0IZFLKvg&list=PL8648B2E5C69EF71F

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    15

    peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan tindak balas,

    malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa peranan

    kognitif perkembangan bahasa terbatas pada hal yang dialami sahaja.

    Seterusnya, beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif. Penghasilan sesuatu bahasa

    itu tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap oleh

    perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa berkembang secara kreatif,

    mengimbau atau melangkau batasan pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas.

    Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap kalimat seseorang mendengar, bertutur, membaca

    dan menulis adalah sesuatu yang baharu. Chomsky berpendapat bahawa bahasa yang

    dipelajari melalui satu set rumus yang digunakan untuk menerbitkan kalimat baharu itu. Di

    sini beliau memperkenalkan dua istilah seperti berikut:

    i. Kompetens

    ii. Prestasi

    Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai kompetens dan

    prestasi. Kompetens dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan

    kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain, kompetens ialah pengetahuan penutur

    mengenai bahasanya. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara

    prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna

    dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbeza dengan kompetens ia terletak di bahagian

    luar otak.

    Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh

    penutur daripada otaknya sendiri. Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa

    sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia

    sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu

    akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya. Dengan menghubungkan tatabahasa

    sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat menghasilkan

    tatabahasa generatif pada taraf kompetens. Setelah kanak-kanak memperoleh kompetens, dia

    akan mempunyai prestasi.

    Kompetens seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini pula akan

    menghasilkan elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke

    dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.

    Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses mental

    yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai skema

    S-O-R (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang

    dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam bentuk

    perangsang daripada pancaindera. Sehubungan itu, Chomksy telah memperkenalkan teori

    linguistik yang disebut Nahu Transformasi Generatif (TG). Teori ini menerangkan bahawa

    kanak-kanak mempunyai LAD yang dibawa sejak lahir yang memungkinkan kanak-kanak itu

    memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat

    memilih bentuk-bentuk yang diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang

    bukan struktur bahasa berkenaan.

    Kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran, iaitu

    bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra operasi, operasi konkrit

    dan operasi formal seperti yang telah dibincangkan di atas. Sebagaii contoh, dalam

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    16

    pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum

    mereka belajar bertutur. Teori mentalis ini memberikan penekanan kepada tiga perkara

    utama. Ini melibatkan penekanan kepada:

    Proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu, pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat mengikut kematangan murid. Oleh itu, proses pembelajaran

    akan berlaku secara sistematik. Guru juga dapat mengawal kadar kemajuan

    pembelajaran murid secara berperingkat.

    Pembelajaran mengikut kadar kendiri, iaitu murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif sendiri.

    Strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Pengajaran berpusatkan murid bermaksud murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, termasuk

    menggunakan bahan-bahan pembelajaran. Oleh itu, strategi ini amat sesuai digunakan

    untuk mengajar sesuatu kemahiran berbahasa.

    Ciri-Ciri Teori Mentalis

    Kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.

    Seseorang mempunyai kecekapan dan prestasi. Kecekapan ialah rumus-rumus atau undang-undang bahasa yang ada dalam stok mental seseorang. Prestasi merupakan

    penggunaan atau penghasilan bahasa berdasarkan apa yang diketahui atau apa yang

    ada pada kecekapan.

    Bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti. Seseorang penutur mempunyai daya cipta menggunakan bahasa yang dimakluminya.

    Terdapat hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran. Penguasaan bahasa memerlukan proses mental.

    Murid-murid harus diajar ayat-ayat yang gramatis, iaitu ayat yang sempurna bentuknya dan makna dengan ketetapan pola-pola. Bentuk dan makna amat penting

    dalam proses pembentukan ayat.

    Dalam menghuraikan bahasa nahu transformasi generatif diterapkan.

    Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran.

    Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis.

    Pengajaran tatabahasa diajar secara formal.

    a. Apakah pendapat anda tentang Peranti Pemerolehan Bahasa atau LAD yang dikemukakan oleh Noam Chomsky?

    b. Apakah ciri-ciri yang ada dalam teori Mentalis? c. Teori mentalis ini memberikan penekanan kepada tiga perkara

    utama. Nyatakan.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    17

    Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Perkembangan teori ini telah berlaku

    sekitar tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Antara ahli-ahli bahasa yang turut menunjangi

    teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976) dan juga Grommer (1976).

    Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan

    penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan kemahiran kognitif

    kanak-kanak yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna tetapi tidak menjamin

    tafsiran tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk bahasa.

    Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi

    linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Mereka juga

    menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan harus berjalan

    seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan sistem bahasa dengan

    betul.Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses

    ini melibatkan mental dan liguistik.

    Teori ini turut menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-

    undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan

    struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi tatabahasa dan makna. Ini adalah

    penting bagi membolehkan mereka berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan

    berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid-murid.

    Terdapat tiga prinsip dalam teori interaksionalis. Prinsip Pertama, makna adalah lebih

    diutamakan dalam setiap komunikasi bahasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    bahasa, sama ada pembelajaran penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya secara

    strukturalnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk berinteraksi.

    Dalam prinsip kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam

    pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan

    mempunyai hubungan yang rapat. Teori Interaksionalis ini mementingkan kedua-dua unsur

    iaitu makna dan juga struktur bahasa.

    Seterusnya, prinsip ketiga menyatakan bahawa teori ini menekankan penumpuan terhadap

    aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk-

    bentuk aktiviti yang bermakna, maka para pelajar akan dapat menggunakan bahasa itu

    dengan lancar dan fasih.

    Ciri-Ciri Teori Interaksionalis

    Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dengan masyarakat.

    Selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran bahasa, mereka akan menguasai pula fungsi informatif bahasa.

    Sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi seperti makan, lapar dan sebagainya.

    1.5 TEORI INTERAKSIONALIS

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    18

    Kanak-kanak dibantu dalam menguasai peraturan-peraturan bahasa. Kanak-kanak menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa.

    Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

    Kelebihan Teori Interaksionalis

    Merupakan interaksi sosial harian.

    Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.

    Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.

    Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.

    Kelemahan Teori Interaksionalis

    Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.

    Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial.

    Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas.

    Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat.

    a) Apakah tiga prinsip yang terdapat dalam teori Interaksionalis? b) Bagaimana teori ini boleh menjelaskan tentang kemahiran

    penguasaan kanak-kanak?

    c) Sebagai seorang guru, apakah pendapat anda tentang teori ini dan boleh kah anda mengaplikasikan teori ini di dalam bilik darjah

    untuk mengajar bahasa Melayu? Terangkan.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    19

    Teori

    Pemerolehan

    Bahasa

    Wujud akibat adanya kepelbagaian pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa.

    Fungsinya ada tiga iaitu: -mendeskripsi, menerang dan menjelaskan fakta.

    -meramalkan kejadian-kejadian yang akan terjadi.

    -mengendali serta mencegah sesuatu supaya berlaku atau tidak

    berlaku.

    Teori Behavioris Tokoh penting-Skinner, Thorndike dan Pavlov

    Pembelajaran sebagai proses mekanis untuk membentuk kebiasaan.

    Wujud hubungan antara ransangan dengan gerak balas.

    Teori Kognitif Tokoh penting-Jean Piaget dan Sinclair

    Pembelajaran ialah proses mental dan bukannya proses mekanis.

    Teori pembelajaran jadi sangat bermakna jika fikiran dimasukkan dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat

    dipisahkan.

    Teori Mentalis Tokoh penting-Noam Chomsky

    Teori ini menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak.

    Oleh itu, menurut teori ini bahasa aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.

    Manusia itu dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa( Language Acquisition Device) atau dikenali LAD.

    Alat ini akan menyebabkan manusia mempunyai kenolehan secara semula jadi untuk menguasai bahasa.

    Teori

    Interaksionalisme Tokoh penting-Bloom, Bowennan, Cromer dan Halliday.

    Kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya

    melengkapkan seseorang kanak-kanak dengan kebolehan

    mentafsir makna tetapi pentafsiran ini tidak boleh dilahirkan

    dalam bentuk bahasa.

    Mereka berkompromi dengan mengambil jalan tengah antara teori behaviorisme dengan teori mentalis.

    Berpendapat persekitaran luaran dan faktor bawaan semulajadi memainkan peranan penting dalam pemerolehan bahasa

    kanak-kanak.

    Kanak-kanak yang berkenaan perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-

    cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-

    bentuk bahasa yang tepat.

  • BAB 1 : Pemerolehan Bahasa

    20

    Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.

    Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Oxford Fajar.

    Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu (Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd

    Kamarudin Hj. Husin (1998). Pedagogi Bahasa Melayu (edisi ke-8). Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.