of 27 /27
Teori Pemerolehan Bahasa Terdapat 4 teori pemerolehan bahasa dalam BM iaitu:- 1) Teori Behaviorisme Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield. Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia. Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental . Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian. Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan. Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa

Teori Pemerolehan Bahasa

Embed Size (px)

Text of Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Pemerolehan BahasaTerdapat 4 teori pemerolehan bahasa dalam BM iaitu:-

1) Teori Behaviorisme Diasaskan olehIvan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), danLeonard Bloomfield. Dikembangkan olehWatson, SkinnerdanThorndike Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia. Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaanmental. Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian. Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan. Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna Teori behaviurismebersandarkan kepada perubahan tingkah laku(learning leads to a change inbehaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (18491936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkanairliur kerana makanan akan disajikan.Thorndike(18741949) pula mengemukakan Teori S-R atauStimulus-Response Theory(teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubunganneuralterbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (19041990) mengemukakan teoriContiguity of Feedback/Reinforcement,iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi Ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui prosesrote-learning.2) Teori Mentalis Teori dipelopori olehNoam Choamsky Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialahJean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel, Bruner, Gagne, dan lain-lain. Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam keadaan sedar. Teori kognitifmemfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema(the internal knowledge structure)berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria(sensory register)dalam ingatan aktif (working memory,WM), ingatan jangka pendek (short-term memory,STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory,LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.3) Teori Konstuktivisme Diasaskan olehLev Semenovich Vygotsky. Memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu. Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p. Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaran Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti sikap, kemahiran,idea dan sebagainya. Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi pembelajaran mereka. Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang dewasa mengenai unsur Diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah rakan/ guru. Cth: dalam pembinaan ayat. Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua minda untuk mencipta sesuatu yang baru. Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang perbezaan antara pandangan pelajar dengan orang dewasa. Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang penting dalam teorinya ialah: oZon perkembangan proksimal oPerancah oPerantaraan semiotik oPeraturan batin

4) Teori Intraksionalisme Pelopor :Halliday Mementingkan aktivitikomunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah. Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka. Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin. Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka. Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lainPosted bypj dinamikat00:05No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

TEORI HURAIAN BAHASAApakah maksud teori huraian bahasa? Teori bahasa ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh tentang huraianbahasa.

Terdapat empat aliran pemikiran teori huraian bahasa, iaitu;

(a) Teori Tradisional (Panini)Teori Tradisional oleh Panini (ahli tokoh fonetik India) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di samping itu, semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.

(b) Teori Struktural (Bloomfield)

Teori ini dipelopori olehBloomfield, Edward Sapir, de Saussure dan Otto Jespersen. Mereka berpendapatbahawa bahasa ialah sistematis, mempunyai tatabahasa yang tersendiri, hidup dan berubah. Mereka juga berpendapat bahawa perkaitan antara fonem sebagai unit bahasa yang terkecil, dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat. Dalam kajian nahu pula mereka berpendapat bahawa bahasa sebagai sistem yang mempunyai ciri peraturan, sistem, arbitari untuk perhubungan. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan struktural juga berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif. Mereka juga berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.

LeonardBloomfield

(c) Teori Transformasi Generatif (Chomsky)

Teori yang dipelopori oleh Noam Chomsky ini bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Penutur natif berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Daripada kebolehan ini, akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Binaan ayat biasanya mempunyai hubungan erat antara elemen dan menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu. Sesuatu binaan ayat dapat dihuraikan dengan memahami stuktur luaran dan stuktur dalaman.

Noam Chomsky

(d) Teori Fungsional (Halliday)

Halliday dan Wilkins mempelopori teori fungsional. Teori ini berkembang pada tahun 1960- an dan 1970-an. Penteori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan. Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan non-verbal. Aliran dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN

1.1KEMAHIRAN SET INDUKSIKemahiran Set Induksi adalah merupakankemahiranyangperlu dimilikiolehsetiap guru ketikainginmemulakan pengajaran. Harus diingat setinduksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya secara tidak langsung akanmewujudkan pelajaryang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walaupun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiranserta menimbulkan minatpelajar- pelajar supayamereka akanmenumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Bagaimanapun ,olehkeranatujuanset induksi hanya digunakanuntukmembinaaliranfikiranmuridsahajadanbukanmerupakansalah satu bahagianisi pelajaranyang hendak disampaikan, masaperuntukandalampelaksanaan set induksiiniharuslahringkasdan singkat, biasanyatidakmelebihi5minitdalamsesuatu pelajaran1.1.1KOMPONEN-KOMPONENKEMAHIRAN SET INDUKSII.MenarikPerhatianII.Mewujudkan MotivasiIII.Membuat PerkaitanIV.MenstrukturMENARIK PERHATIANDalam melaksanakan komponen ini, kita harus mewujudkan nada suara yang sesuai dan dibantu oleh alat ABMyang menarik minat para pelajar. Selain itu, guru harus menggunakan gerakan anggota tubuh badan .Sebagai contohnya ialah kontek mata ,isyarat pergerakan terhadap para pelajar. Ini kerana ianya dapat menarik perhatian para pelajar untuk belajar.MEWUJUDKAN MOTIVASIDalam mewujudkan motivasi ini ianya dapat membangkitkan rasa ingin tahu parap pelajar. Teknik ini boleh disampaikan dengan cara menyampaikan cerita atau menunjukkan aktiviti yang berguna. Bukan itu sahaja, guru juga dapat meningkatkan perasaan ingin tahu ini dengan cara membuat soalan-soalan yang mencabar. Dengan ini para pelajar dapat menumpukkan perhatiandalam menyelesaikan permasalahan.MEMBUAT PERKAITANMembuat perikatan ini merangkumi pengetahuan lepas murid.Dengan cara ini ianya dapat mengaitkan isi pelajaran baru tentang pengalaman sedia ada. Selain itu, guru harus mengaitkan peristiwa semasa dan mengaitkan minat dan pengalaman murid dalam menyampaikan set induksi ini agar set induksi yang hendak disampaikan itu dapat menarik minat para pelajar.MENSTRUKTURMensturtur pula merangkumi perkara yang menyatakan had tugasan yang akan dijalankan dengan cara menggunakan satu siri soalan yang berkaitan. Selain itu, menstruktur juga dapat menyatakan cara-cara melaksanakan tugasan, menyatakan aktiviti, tugasan atau projek dalam sesuatu set induksi itu.1.2KEMAHIRAN PENYOALANPenyoalan merupakan aktiviti intensif antara guru dengan murid bertujuan untuk memantau pemahaman murid terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penyoalan juga dapat mengujiaras pencapaian murid-murid untuk sepanjang sesi p&p.Penyoalan yang baik tidak berupaya memotivasikan murid-murid kearah tingkahlaku pembelajaranyang positif. Penyoalan yang baik seharusnya bermula daripadamudah kepada yang sukar, konkrit kepada abstrak, merangkumi semua aras penyoalan , teberan penyoalan yang menyeluruh dan menggunakan bahasa yang tepat dan mudih difahami.1.2.1JENIS PENYOALANBertumpu tertutupMenumpukan penyoalan terhadap seorang pelajar sahaja (penyoalan individu)Bercapah terbukaTidak menumpukan soalan terhadap seorang individu. Teknik ini memberi peluang kepada pelajar untuk cuba menjawab tanpa ada paksaan (penyoalan secara terbuka)1.2.2KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALANKemahiran penyoalan mempunyai lapan jenis komponen Kemahiran, iaitu:Pembentuk SoalanPembetukan soalan ini mestilah jelas dan menggunakan aras bahasa, frasadan sebagainya harus mempunyaipenjelasan.Fokus (Tunggal)Fokus yang diberi penekanan dalam kaedah penyoalan ini adalah melontar soalan. Soalan yang biasa dilontarkan adalah soalan khusus.Fokus (Pelbagai)jenis soalan yang disampaikan adalah bersifat terbuka ataupun umum.SebaranSebar kepada semua pelajar tentang soalan dan seterusnya meminta murid-muirid untuk memberi jawapan.HentianDalam penyoalan ini kita harus berhenti sejenak untuk memberi masa kepada murid-murid untuk berfikir dan mencari isi.Melayani Jawapankita harus beri perhatian kepada jawapan murid-murid dan beri pujian dan galakan selepas murid tersebut selesai menjawab.Memberi PetunjukMencungkil Fikiran1.3VARIASI RANSANGANVariasi rangsangan ini adalah merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian gurudengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.Ini keranadalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah danteknik mengajar.Pengenalan teknik ini,aktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam. Selain itu,ianya dapat menarik minat dan perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktivitipengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaranguru dengan lebih baik lagi.Oleh itu,naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkandiri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dansebagainya. Dengan ini ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.1.3.1KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGANKemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.Komponen Perubahan Pergerakan Langkah GuruPergerakan guru mengelilingi kelas semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.Komponen Perubahan Pergerakan Anggota GuruGuru menggunakan bahagian anggota badan sebagai contohnya ialah tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.Komponen Perubahan Nada Suara GuruPenggunan nada suara nyaring ataupun tinggi dalam p&p adalah penting bagi menjelaskan dan menegaskan sesuatu perkara mengikut kepentingan bahan pengajaran.Komponen Perubahan Fokus Deria PelajarPenggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengubah fokus deria pelajar untuk belajar dengan lebih minat lagi. Dengan cara ini murid akan bertambah minat untuk belajar dan tidak akan berasa bosan semasa sesi p&p berlaku.Komponen Perubahan Bentuk Lisan PelajarPenglibatan murid dalam sesi adalah penting agar sesi p&p lebih menarik dengan melibatkan diri secara lisan contohnya penggunaan bahasa.Komponen Perubahan Bentuk Fizikal PelajarPerubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.1.4PENGGUNAAN PAPAN TULISPapan tulis merupakan alat yang digunakan oleh guru untuk menulis penerengan atau maklumat lain. Penggunaan papan tulis seharusnya terancang dan berstruktur serta menggunakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca.Melalui penggunaan papan tulis ini, parapelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea degan lebih jelas dan tepat. Selain itu, para pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat.Dengan ini aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik dan perkara yang difokuskan sepertikonsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan1.4.1KOMPENAN-KOMPENAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULISKEJELASAN

Saiz tulisan yang sesuaiTulisan kemas dan tepatGambar rajah jelas dan ringkas

Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepatPermudahkan konsep atau idea yang susah.Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.Gunakan dalam masa yang sesuai.

Posted bypj dinamikat00:25No comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestTuesday, 10 July 2012

nota tambah BMM 3117a) Teknik latih tubi Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di sampimg menjamin kekekalannya. Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat, atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Sebutan - Menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa - Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum bahasa daripada semua aspek. Perbendaharaan kata - Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan - Menggunakan perkataan lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. Kefahaman latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah teknik ini mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.b) Teknik Simulasi Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu, atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.c) Teknik Permainan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah, atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Melalui teknik ini pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman, dan sebagainya.d) Teknik Sumbang Saran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti, dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea. Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbang saran adalah patut dan mencukupi. Digalakkan menggunakan prinsip 5WH (What? Why? Who? Where? When? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli yang pelbagai kebolehan.

e) Teknik Permainan Bahasa Permainan bahasa ialah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna, dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khasnya. Ia diintepretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar, menambah kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan, dan penggayaan.f) Teknik Soal Jawab Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang dikemukakann memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan utama teknik soal jawab ialah : Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik, dan kritis. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.g) Teknik Bercerita Merupakan salah satu teknik yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak, dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku, dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting yang harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, dan minat murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar, atau BBM lain. Sediakan kad perkataan, frasa, atau ayat yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan.h) Teknik Drama Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif, dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada, dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, dan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.i) Teknik Inkuiri Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.Pengendalian teknik inkuiri ialah : Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusan

4.5.10 Teknik Perbincangan Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajam minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli kumpulan. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arah perkara yang betul. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut apa yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

4.5.11 Teknik Forum Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk dan dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, yang membolehkan pelajar berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.4.5.12 Teknik Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.Antara manfaat teknik ini ialah : Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas dalam kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.4.5.13 Teknik Kuiz Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah Melayu.Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik tertentu. Pelajar dapat mengulang kaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.4.5.14 Teknik Permainan BahasaPermainan bahasa merupakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang mengandungi unsur bermain yang menggembirakan. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan tertentu dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronkkan, bersahaja dan bermakna.Jenis-jenis permainan bahasa digolongkan mengikut tumpuan kemahiran tertentu.KEMAHIRAN AKTIVITIMendengar Mengecam, meneka bunyi tertentu atau penyataan yang diberikan.Bertutur Menceritakan kembali cerita yang didengar, main teka teki, meneka tokoh, membisik pesanan atau nyayian-puisi.Membaca Membaca teks sastera, menyesuaikan gambar dengan cerita atau silang kata.Menulis Menulis dialog berdasarkan teks atau kartun, menulis sinopsis, membina ayat dll.Bentuk permainan bahasa: Permainan bahasa terdiri daripada dua bentuk. Bentuk pertandingan Bentuk penghayatan kendiri.Langkah pelaksanaan:Sebelum: Menentukan jenis permainan Cara permainan ( innndividu, pasangan, kumpulan ) Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas.Semasa: Peringkat awal, induksi set. Peringkat pertengahan langkah pengajaran. Peringkat akhir kemahiran pengukuhanSelepas: Menentukan semua bahan disimpan semula. Perbincangan guru-pelajar.4.6 RumusanKesimpulan daripada penerangan serta perbincangan kita di atas dapatlah dikatakan bahawa perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan akan terus berkembang pesat. Perkembangan pesat teknologi digital akan terus memberi suntikan kepada sektor pendidikan. Teknologi komputer akan menjadi pengupaya penting dalam proses pendidikan. Teknologi ini penting untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi menghadapi era maklumat.