21
PKB 3043 KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU TAJUK 2 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA SINOPSIS Tajuk ini memberi fokus terhadap tahap perkembangan bahasa kanak- kanak (mengikut umur dan kemahiran berbahasa), teori-teori pemerolehan bahasa (Teori Kognitif, Teori Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Interaksionis), jenis-jenis pendekatan (Induktif, Deduktif, Cerakinan, Eklektik / Gabungan) dan prinsip- prinsip intervensi bahasa (sedikit kepada banyak, mudah kepada sukar, konkrit kepada abstrak, pelbagai situasi dan pelbagai media). HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak normal dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 2. Menghuraikan mengenai teori-teori pemerolehan bahasa. 3. Membanding beza antara jenis-jenis pendekatan dalam pengajara dan pembelajaran bahasa. 4. Membincangkan prinsip-prinsip intervensi bahasa untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 1

TAJUK 1 · Web viewSetelah anda membaca mengenai teori-teori pemerolehan bahasa ini, cuba kaitkan dari segi pemerolehan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 2.2.1 Teori Behavioris

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUK 1

PKB 3043 KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU

TAJUK 2

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap tahap perkembangan bahasa kanak-kanak (mengikut umur dan kemahiran berbahasa), teori-teori pemerolehan bahasa (Teori Kognitif, Teori Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Interaksionis), jenis-jenis pendekatan (Induktif, Deduktif, Cerakinan, Eklektik / Gabungan) dan prinsip-prinsip intervensi bahasa (sedikit kepada banyak, mudah kepada sukar, konkrit kepada abstrak, pelbagai situasi dan pelbagai media).

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak normal dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

2. Menghuraikan mengenai teori-teori pemerolehan bahasa.

3. Membanding beza antara jenis-jenis pendekatan dalam pengajara dan

pembelajaran bahasa.

4. Membincangkan prinsip-prinsip intervensi bahasa untuk kanak-kanak

bermasalah pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

KANDUNGAN

2.0 Tahap Perkembangan Bahasa

Anda mungkin telah berbincang secara sepintas lalu tentang masalah berkaitan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam sesi interaksi anda dengan pensyarah sebelum ini. Dalam tajuk ini akan dijelaskan lagi berkaitan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran terutama dalam konteks mengikut umur mereka.

Di bawah ini akan digariskan beberapa peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak normal, dan anda disarankan agar membuat perbandingan dalam aspek perkembangan bahasa kanak-kanak normal dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Mari kita tinjau maklumat perkembanagan bahasa kanak-kanak normal di bawah;

2.1 Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur

Rajah 1. Tahap Perkembangan / Penguasaan Bahasa Kanak-kanak Normal

Umur

Ciri-ciri Penguasaan Bahasa

3 bulan

Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.

12 bulan ( 1 tahun )

Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini melambangkan keseluruhan

ayat yang hendak dikatakan.

18 bulan ( 11/2 tahun )

Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang kuasai lebih kurang 300 patah

perkataan.

24 bulan - 36 bulan

( 2 tahun - 3 tahun )

Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak- kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.

36 bulan - 48 bulan

( 3 tahun - 4 tahun )

Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

48 bulan - 60 bulan

( 4 tahun - 5 tahun )

Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.

5 tahun - 6 tahun

Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.

6 tahun – 7 tahun

Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.

8 tahun – 10 tahun

Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

10 tahun – 12 tahun

Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan.

(Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts)

AKTIVITI

Anda diharapkan telah dapat memahami tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Dapatkah anda membuat perbandingan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak normal dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran? Baiklah, anda kini dapat menggolongkan murid anda berdasarkan bahasa yang mereka kuasai. Sekarang mari kita pelajari tentang bagaimana kanak-kanak mempelajari atau memperoleh bahasa.

2.2 Teori-teori Pemerolehan Bahasa

Sebagai seorang guru, adalah penting bagi anda mengetahui bagaimana bahasa diperoleh. Di sini kita akan membincangkan tiga teori utama iaitu Teori Behavioris atau Mekanis, Teori Mentalis atau Innatis, dan Teori Kognitif. Setelah anda membaca mengenai teori-teori pemerolehan bahasa ini, cuba kaitkan dari segi pemerolehan bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

2.2.1 Teori Behavioris

Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu;

Rangsangan tindak balas

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

2.2.2 Teori Mentalis

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;

ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );

iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan

iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;

ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan

iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

2.2.3 Teori Kognitif

Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.

AKTIVITI

Terdapat satu lagi teori pemerolehan bahasa yang utama iaitu Teori Interaksionalis yang telah dikemukakan oleh Halliday. Anda diminta membuat rujukan di perpustakaan dan hasilkan satu nota ringkas mengenainya. Kumpul nota tersebut dan bincangkan dalam sesi kuliah hari berikutnya. Setelah itu masukkan nota tersebut ke dalam portfolio anda.

2.3 Jenis-jenis Pendekatan

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat jenis pendekatgan iaitu:

i. pendekatan induktif

ii. pendekatan deduktif

iii. pendekatan eklektik, dan

iv. pendekatan komunikatif

Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.

2.3.1 Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.

2.3.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.

Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:

Perbezaan antara Pendekatan Deduktif dengan Pendekatan Induktif.

Aspek

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

1. Andaian

2. Cara

3. Peranan

Guru

4. Peranan

pelajar

Satu penyusunan awal (advanced organiser) amat berguna kepada pelajar

Generalisasi Contoh

Sebagai pembentang dan penghurai jawapan

Sebagai penerima jawapan yang agak pasif

Pelajar memperolehi manfaat jika menemui jawapan sendiri

Contoh Generalisasi

Sebagai pendorong dan pengarah dalam pencarian jawapan

Sebagai pencari jawapan yang aktif

2.3.3 Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini berdasarkan prinsip ’analisis; yang mendahulukan unsur-unsur besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil. Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkin dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itu dicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :

Langkah 1 : Mengenalkan ayat : ’Ali ada baju baru’

Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada

baju baru

Langkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]

Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]

Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]

2.3.4 Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

Kesimpulan Contoh Generalisasi

2.4 Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi

Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru

Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya

Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

AKTIVITI

Dalam usaha melaksanakan program intervensi bahasa terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran, beberapa prinsip intervensi bahasa perlu diambil kira. Jelaskan prinsip-prinsip intervensi bahasa berikut dalam bentuk perbincangan bersama dengan tutur anda:

Prinsip-prinsip intervensi bahasa:

i. Sedikit kepada banyak

ii. Mudah kepada sukar

iii. Konkrit kepada abstrak

iv. Pelbagai situasi

v. Pelbagai media

Rumusan

Sebagai seorang guru pendidikan khas yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran, anda terpaksa berhadapan dengan sebilangan besar kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan. Sebelum anda menjalankan program intervensi bahasa terhadap murid-murid khas ini, anda perlu menjalankan satu proses pendiagnosisan untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Setelah itu barulah beberapa strategi dan pendekatan untuk intervensi bahasa dirancang. Pihak yang terlibat dalam intervensi bahasa kanak-kanak berkeperluan khas perlu merancang strategi yang lebih berkesan. Setelah itu dilaksanakan setiap perancangan yang telah dibuat dan diikuti dengan proses penilaian.

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

TAMAT

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah & menengah:

Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. 1993. Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. 1990. Pedagogi bahasa. Petaling Jaya: Longman.

Kuder, S. J. 2003. Teaching students with language and communication disabilities. Boston: Allyn & Bacon.

Lerner, J. 1993. Learning disabilities: Theories, diagnosis and teaching strategies. (6th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.

Martin, D. 2000. Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub.

Mercer, C.D. & Mercer, A.R. 1985. Teaching student with learning problems. Columbus: Chales & Merrill.

Owens, R. 2001. Language development : An introduction. (5th ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Polloway, E.A., Patton, J.R. 1993. Strategy for teaching learners with special needs. New York: Maxwell Macmillan International.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. 1987. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Reed, V. A. 2005. An introduction to children with language disorders (3rd ed.) Boston: Allyn & Bacon.

Syed Abu Bakar Syed Akil. 1997. Bimbingan khas perkhidmatan pendidikan pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Universiti Terbuka Malaysia. 2007. Kaedah pembelajaran khas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

BAHASA

Jenis-jenis Pendekatan

Teori-Teori Pemerolehan Bahasa

Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa

Tahap Perkembangan Bahasa jenijenis pendekatan

- Induktif

- Deduktif

- Cerakinan

- Eklektik /

Gabungan

Teori Kognitif

Teori Behavioris

Teori Mentalis

Teori Interaksionis

Fonologi

Morfologi

Sintaksis

Semantik

Pragmatik

- Sedikit kepada banyak

- Mudah kepada sukar

- Konkrit kepada abstrak

- Pelbagai situasi

- Pelbagai media

� EMBED Unknown ���

PAGE

10