29
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR ( BAHASA MELAYU ) NAMA PELAJAR : SITI AMINAH BINTI HAMZAH NO. KP : 690723026046 PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG) PENSYARAH : PUAN SITI NORMANISEH BT ZAKARIA PUSAT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN : PENGAJIAN MELAYU SUBJEK : BAHASA MELAYU – BMM3117 ( KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH) SEMESTER : SEMESTER 1 (JUN 2011)

Xsgment Teori Pemerolehan Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWAR ( BAHASA MELAYU )NAMA PELAJAR:SITI AMINAH BINTI HAMZAHNO. KP

:690723026046PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG)

PENSYARAH:PUAN SITI NORMANISEH BT ZAKARIA

PUSAT

:INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR

JABATAN

:PENGAJIAN MELAYU

SUBJEK

:BAHASA MELAYU BMM3117

( KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH)

SEMESTER:SEMESTER 1 (JUN 2011)

TARIKH HANTAR :2 OGOS 2011SEKAPUR SIRIH

BIODATA PELAJAR

NAMA : WAN KHAZANAH BINTI W HARUNNO KP:720202035056JANTINA: PEREMPUANAGAMA: ISLAMTARIKH LAHIR : 02 FEBRUARI 1972ALAMAT :NO 4 KEDIAMAN SERI DAMAI ,D/A SK KAMPUNG BARU SIRUSA 71050 PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

iiiPENGAKUAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat daripada hasil kerja individu lain,bahan cetak dan media elektronik yang lain.

Yang benar,

..

( WAN KHAZANAH BINTI W HARUN)

PPG/PM2 AMBILAN JUN 2011

ivISI KANDUNGAN

Sekapur sirih

i

Soalan tugasan

ii

Biodata pelajar

iii

Pengakuan pelajar

iv

Definisi Teori Tranformasi Generatif

1Pendekatan deduktif

2Strategi berpusatkan murid

3Kaedah Pengajaran dan pembelajaran

4 - 7Teknik Pengajaran dan pembelajaran

8 - 10Rancangan Pengajaran dan pembelajaran

11 - 12Langkah pengajaran dan pembelajaran

13 14Refleksi

15 - 16

Lampiran

17Bibliografi

18

vTeori Transformasi Generatif

Definisi Teori Transformasi Generatif

Transformasi Generatif ialah Teori huraian bahasa yang dipelopori oleh Noam Choamsky.Generatif bermaksud menerbitkan, iaitubermula dari unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu.Transformasi bermaksud mengubah atau menukar.Ini bermakna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.Menurut teori ini, manusia sebenarnya dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.Pengetahuan bahasa merupakan suatu fenomena mental.Penutur natif dikatakan berkebolehan membentuk dan memahami peraturan yang baru dalam sesuatu bahasa.Penutur jati boleh menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan. Penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi. Berdasarkan daripada kebolehan ini seterusnya akan membentuk rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap.Penguasaan bahasa juga adalah berdasarkan penguasaan bahasa pertama terlebih dahulu.Ayat pula mempunyai struktur dalaman dan luaran.Contohnya dalam ayat majmuk struktur dalamandihasilkan dari kombinasi rumus struktur frasa dan laksikon. Proses perubahan dari struktur dalaman menjadi struktur luaran melibatkan satu yang disebut rumus tranformasi. Rumus transformasi berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat.Menurut teori ini juga, bahasa dikatakan bersifat sejagat dan kreatif.Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol-simbol tertentu untuk menganalisis setiap nahu.Teori transformasi generatif terbina daripada teori kognitif.Aliran kognitif ini menerangkan ciri-ciri kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif pada setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia.Peranan kognitif pada otak manusia menjadikan penghasilan bahasa yang bersifat kreatif. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa seperti sintaksis,morfologi dan fonologi hanya terbatas pada yang dialami sahaja.Peranan kognitif amat penting dalam memproses bahasa.PENDEKATAN DEDUKTIF

Teori transformasi generatif ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan pengajaran deduktif.Pendekatan ini merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu.Pendekatan ini melihatkan aspek pembelajaran secara keseluruhan pada awalnya sebelum membuat kesimpulan yang spesifik tentang pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan deduktif melibatkan murid-murid mempelajari peraturan-peraturan dan di berikan maklumat-maklumat tertentu tentang bahasa yang hendak di pelajari. Pendekatan ini menyarankan supaya rumus-rumus tatabahasa diperkenalkan terlebih dahulu sebelum guru menunjukkan pengaplikasian rumus-rumus tersebut melalui contoh-contoh sesuai.Dalam konteks ini biasanya guru-guru dibenarkan memberikan definisi,menerangkan peraturan-peraturan,isi dan kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak di sampaikan.Ringkasnya pendekatan deduktif dimulakan dengan pengenalan rumus.Prinsip penggunaan pendekatan deduktif

1. Sesuatu masalah itu ditakrifkan.

2. Murid meniru dan menghafal contoh-contoh yang diberi oleh guru.

3. Generalisasi disampaikan pada permulaan dan awal pengajaran

4. Setelah murid memahami generalisasi yang disampaikan guru perlu mengaplikasikan pengetahuan untuk mengukuhkan pemahaman murid.5. Contoh-contoh yang dipilih mestilah sesuai dan mencukupi.

6. Contoh-contoh dari murid juga perlu selain contoh-contoh yang sedia ada.Pendekatan deduktif adalah seperti di bawah

Mengemukakan generalisasi

Memahami generalisasi

Meniru contoh dan mengenal pasti contoh-contoh lain2.

STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Strategi pembelajaran yang akan digunakan ialah strategi berpusatkan murid. Murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran .komunikasi dua hala antara murid dan guru iaituguru menyoal dan membimbing murid.Murid memberi respon kepada setiap soalan dan arahan. Guru menggalakkan perbincangan dan murid memberikan pendapat-pendapat mereka. Penyampaian guru adalah untuk pembelajaran bermakna, memahami dan membuat kesimpulan.Peluang berinteraksi antara murid adalah positif kerana mereka dapat bekerjasama, tolong menolong dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti.Murid-murid juga digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Kaedah kumpulan dan perbezaaan minat dapat melahirkan murid yang kreatif dan kritis serta berinisiatif.Kaedah ini menggalakkan penglibatan semua murid secara keseluruhan dari awal hingga tamat pengajaran guru.Ia juga memberi peluang kepada semua murid dan secara individu dan kumpulan untuk mencuba melaksanakan aktiviti.

Kaedah dan teknik yang sesuai digunakan melalui strategi in ialah projek, inkuiri penemuan,perbincangan, penyelesaian masalah,simulasi, main peranan,sumbangsaran dan perbahasan.Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.

Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

3.KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN

Antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori tranformasi generatif ialah pembelajaran masteri,pembelajaran kecergasan pelbagai, pembelajaran koperatif, pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran kontekstual.Kaedah Pembelajaran Masteri

Kaedah pembelajaran masteri ialah pembelajaran yang membantu murid mencapai atau menguasai hasil pembelajaran melaluipengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Pembelajaran masteri ialah pembelajaran yang membolehkan murid berupaya mencapai objektif pembelajaran jika diberikan situasi yang sesuai dan memberangsangkan serta masa yang mencukupi. Pembelajaran masteri mengikut tahap kemajuan murid,bahagian pembelajaran dibahagikan kepada beberapa segmen kecil dan hasil pembelajaran dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.Proses pengajaran dan pembelajaran setiap unit menggunakan pelbagai kaedah, bahan yang sesuai, menarik dan mencabar.Dalam pembelajaran pembelajaran masteri guru berperanan sebagai tenaga pengajar. Guru merancang dan mengenalpasti hasil pembelajaran setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai. Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi,kaedah,aktiviti dan bahan untuk melaksanakan pengajaran dan pengajaran.KaedahPembelajaran kecerdasan PelbagaiPembelajaran kecerdasan Pelbagaimengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.

4.

Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.

Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai

Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk.

Jenis-Jenis Kecerdasan

Jenis KecerdasanPenerangan

Musical/RhythmicDapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.

Logical-MathematicalBerupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.

InterpersonalBoleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri

NaturalisticPeka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.

Ethical/SpiritualSedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya

Bodily-KinestheticBerkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.

Visual/SpatialBoleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.

Verbal/LinguisticBoleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.

IntrapersonalBoleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri

5.

Pembelajaran Koperatif dan kolaboratifPembelajaran Koperatif dan kolaboratifialah pembelajaran dalam kumpulan kecil. Murid-murid bekerjasama , membantu sesama sendiri bagi memenuhi kehendak tugasan individu dan kumpulan.pembelajaran koperatif menggalakkan murid mempunyai pelbagai kebolehan berinteraksi dan bekerjasama untuk menguasai sesuatu konsep atau kemahiran bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk rakan-rakan.Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif. Contoh murid belajar mengikut kumpulan.Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif

Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif

Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.

Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid.

Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.

Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri.

Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.

Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.

Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.

Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar.

6.

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman harian murid.Pembelajaran ini menegaskan bahawa penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini guru harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran .Melalui kaedah ini murid dapat mengaplikasikan pengajaran dalam situasi lain.Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.Secara umum, kontekstual membawa pengertian:1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubunganyang diterima akal dan kelihatan bermakna.Ia menggalakkan pendidik memilih atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

7.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

DEFINISIMenurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TEKNIK SUMBANGSARANTeknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.Topik perbincangan dalam teknik ini mestilah sesuai dengan kebolehan dan minat murid.Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea.Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.

8.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupiDigalakkan menggunakan prinsip 5W 1H ( What? Why? Who? Where? When? How? ).Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.Setiap kumpulandimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK SOAL JAWAB Teknik yang paling lama dan popular digunakan dalam bidang pendidikan.Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Melalui teknik ini guru akan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid,untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.Teknik ini juga mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.TEKNIK PERBINCANGANTeknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk.Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

9.

Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut contohnya guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.10.

PENUTUP/REFLEKSI Setelah saya mengikuti pengajian dalam semester ini, barulah saya betul-betul memahami tentang pendekatan,strategi ,kaedah-kaedah, dan teknik yang sesuai untuk menjalankan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Pendekatan dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan- pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Pendekatan pembelajaran terdiri dari pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik,pendekatan komunikatif dan pendekatan oral.Pendekatan pembelajaran bahasa harus sesuai dengan gaya pembelajaran murid yang berbeza.Pendekatan yang digunakan meliputi pendekatan berpusatkan murid,berpusatkan bahan, berasaskan projek dan berasaskan masalah.

Teknik-teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik-teknik pengajaran seperti teknik drama, teknik permaianan bahasa, teknik perbincangan dan teknik bercerita. Jika seorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan tercapai. Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Kaedah-kaedah pengajaran seperti bercerita,perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan,kuiz,lakonan, projek,soalan dan lain-lain lagi.Jesteru itu saya sebagai seorang guru perlulah memilih keadah-kaedah yang sesuai bagi setiap pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar agar perubahan tingkahlaku yang agak kekal akan berlaku dalam diri seseorang pelajar.Saya berharap pada diri saya supaya dapat mengaplikasi pendekatan,kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan murid-murid memahami pelajaran yang diajar.Sekian. Terima Kasih

16.RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 5Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Tahun

: 5 Bestari

Masa

: 8.30-9.30 pagi

Bilangan murid: 30 orang

Tema

: Kekeluargaan

Tajuk

: Berkelah

Fokus utama

: 1.1- Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan harian dengan menggunakan kata,

ungkapan, ayat,,sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1

: Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang di baca.

Fokus sampingan: 8.1-Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk.

Aras 1

: Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk

Objektif

:

Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :

i. Berbual tentang perkelahan dengan menggunakan ayat yang betul dan nada yang bersesuaian serta gramatis

ii. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk .

11. Sistem Bahasa:

Kosa kata : keluarga, berkelah, bermain, berehat, membuang sampah

Tatabahasa : Ayat tunggal dan ayat majmuk

Kemahiran Bahasa :Mendengar dan bertutur , membaca dan menulis.

Pengisian kurikulum :

Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan sivik dan Pendidikan Moral

Nilai : bekerjasama, tolong menolong , kebersihan

Kemahiran bernilai tambah (KBT) :

i. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

ii. Kemahiran belajar.

iii. Kecerdasan pelbagai- bahasa

iv. Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar :i. Gambar tunggal

ii. Lembaran kerja

iii. Kad ayat

Pengetahuan sedia ada :

Murid-murid pernah berkelah bersama keluarga masing-masing.

12.Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5Langkah/masaIsi pelajaranAktivitiCatatan

Set induksi

( 5 Minit )Wakil murid bercerita tentang pengalaman sedia ada mereka berkelah bersama keluarga

- Guru menunjukkan gambar tunggal tentang suasana perkelahan sebuah keluarga

-Murid diminta bercerita pengalaman mereka berkelah bersama keluarga

Gambar

tunggal

Langkah 1

(10 minit )-Menyebut kosakata-Murid diminta menyebut seberapa banyak kosa kata

Berpandukan gambar tunggal

-Murid menyebut kosa kata yang telah disenaraikan

Kad perkataanKosa kata

Berkelah

Keluarga

Pantai

Bermain

berenang

Langkah 2

(10 minit )-membina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan kosa kata yang ada-Murid membina ayat menggunakan kosa kata yang di senaraikan(ayat tunggal dan ayat majmuk)-Murid diminta oleh guru untuk membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk

-Guru memberi penerangan tentang definisi ayat tunggal dan ayat majmuk.

13.Ayat tunggal

Ayat majmuk

Kad ayat

Langkah 3

(10 minit )-membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal yang diberi-Murid di bahagikan kepada 4 kumpulan

-Guru mengedarkan gambar tunggal kepada setiap kumpulan.

-setiap kumpulan diminta membina dua ayat tunggal dan dua ayat majmuk berpandukan gambar.

Gambar tunggal

Langkah 4

(10 Minit )-membaca ayat tunggal dan ayat majmuk yang dibina dalam kumpulan masing masing

-.Pembentangan hasil perbincangan oleh wakil setiap kumpulan.

- Guru memberi komen dan penambahbaikan terhadap pembentangan kumpulan

Gambar tunggal

Ayat tunggal

Ayat majmuk

Langkah 5

( 13 minit )Membina 5 ayat lengkap berdasarkan gambar-Murid membuat latihan berpandukan lembaran kerja yang diberi oleh guru.Lembaran

Kerja

Penutup

( 2 minit )Membina ayat tunggal dan ayat majmuk secara lisan

Merumus nilai murni sepanjang p&p-Dua orang murid diminta memberi contoh ayat tunggal dan majmuk lain selain daripada contoh-contoh ayat yang telah dipelajari pada hari tersebut.(pengukuhan)-Guru merumus nilai murni yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pada hari tersebut.

Nilai

Bekerjasama

Tolong menolong

kebersihan

14.CD Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Berkelah