of 22 /22
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEMESTER JANUARI 2015 HDPS4303 PERKEMBANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA ISI KANDUNGAN 1

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kanak-kanak

Text of PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER JANUARI 2015

HDPS4303

PERKEMBANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA

ISI KANDUNGANBAB TAJUK MUKA SURAT1.0Pengenalan32.0 Faktor-faktor Mempengaruhi Kurikulum 42.1 Falsafah Pendidikan4-52.2 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia5-62.3 Faktor perubahan sosial62.4 Faktor perancang dan pelaksana kurikulum72.5 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat82.6 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya9 2.7 Pengaruh psikologi pendidikan9-103.0KSPK Dapat Membantu Melahirkan Modal Insan10-113.1 Peranan Pendidikan KPSK Melahirkan Modal Insan dari segi Individu11-123.1(i)Membentuk Modal Insan Ciri-Ciri Sosial Individu123.1(ii) Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu123.1(iii) Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang123.1(iv) Membentuk Individu Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi133.2 Peranan Pendidikan KPSK Terhadap Pembentukan Modal Insan Masyarakat133.2(i) Sumber Kemahiran dan Keterampilan143.2(ii) Sumber Kebudayaan dan Ilmu143.2(iii) Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai143.2(iv) Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan14-15

6.0KESIMPULAN15RUJUKAN16

1.0 PENGENALANKurikulum Pra Sekolah adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan - KPSK) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang.Pra sekolah Sk.Tudan, Tuaran mencapai kerberjayaan dalam pengelolaan KPSK terhadap murid-murid yang dahagakan pendidikan. Cikgu Moihin Manuel, yang mempunyai pengalaman 15 tahun mengajar murid Pra sekolah tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan KSPK terhadap murid-muridnya. Pengalaman cikgu Moihin Manuel ini membantu beliau melaksanakan tugas seorang pendidik dengan baik dibantu dengan pembantu nya yang merupakan ibu kepada 3 anak menyerapkan pengalaman seorang ibu terhadap murid-murid Pra sekolah.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KURIKULUM2.1 Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut :" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " ( PPK, 1988 )Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan. v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.2.2 Faktor pembangunan negara dan perkembangan duniaPerkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself "Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)2.3 Faktor perubahan sosialSelain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara.Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

2.4 Faktor perancang dan pelaksana kurikulumPerubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994).Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

2.5 Faktor murid, kehendak , dan keperluan masyarakatPelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperlun individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

2.6 Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannyaMasa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri.

2.7 Pengaruh psikologi pendidikanTeori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan mengaggap pembelajran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilakn tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilakn startegi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992).Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matetamati yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajran Matematik ditekankan kepada fahamanb binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

3.0 KSPK DAPAT MEMBANTU MELAHIRKAN MODAL INSANUsaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing dan berdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan mempunyai keperibadian sendiri.Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, dan dapat melahirkan modal insan yang bermutu dan berkualiti, masyarakat Malaysia memerlukan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan sepenuh perhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, doktor, arkitek, saintis, usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemua golongan ini secara bersepadu menggembleng fikiran, tenaga dan usaha untuk membangun Malaysia menjadi sebuah negara maju.Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkan menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya. Secara pronya, KPSK ini mencapai seperti yang dihuraikan dibawah iaitu;3.1 Peranan Pendidikan KPSK Melahirkan Modal Insan dari segi Individui. Membentuk Modal Insan Ciri-Ciri Sosial Individu Pendidikan KPSK memainkan berperanan penting untuk membentuk kesedaran individu pada masa akan datang berdasarkan Kekeluargaan bertanggungjawab terhadap keperluan keluarga. Komuniti dan masyarakat Memberikan sumbangan tenaga dari segi mental dan fizikal. Kebangsaan Semangat cintakan negara. Kejiranan Menghormati jiran sekeliling. Organisasi Menjadi pemimpin sesebuah organisasi serantau dan antarabangsa Bertindak sebagai duta untuk perpaduan negara serantauMenurut cikgu Moihin Manuel yang telah bertugas selama 15 tahun sebagai guru pra sekolah. Beliau mendapati murid pertamanya iaitu pada tahun 2000 yang kini berusia 15 tahun rata-ratanya masih bersekolah dan mempunyai kriteria murid yang baik dan menghormati guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat.ii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu Sistem pendidikan negara melalui KPSK adalah ilmu awal yang diterima oleh individu. Ini adalah juga berperanan membentuk rakyat yang sentiasa bermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya saing, dan daya juang dari segi aqidah dan ilmu.Daripada 15 orang bekas murid cikgu Moihin Manuel, 10 murid nya berjaya menempatkan diri ke sekolah berprestasi tinggi. Ini menunjukkan ilmu yang diterima oleh murid pertamanya ini telah dapat membentuk ciri-ciri positif dalam diri. iii. Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang Sistem pendidikan KPSK terbukti memainkan peranan untuk membentuk akhlak/etika berasaskan agama dan moral yang tinggi. Individu yang terdidik mestilah bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka juga menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaan kebangsaan. Ini secara tidak langsung merupakan modal insan yang diharap-harapkan.Menurut cikgu Moihin Manuel, setiap hari ahad beliau berkesempatan berjumpa bekas anak muridnya di tempat ibadat kerana cikgu Moihin berasal dari kampung Tagudon, Penampang berdekatan dengan kampung bekas anak-anak muridnya ini. Ini merupakan salah satu contoh nilai-nilai asasi individu cemerlang.iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik, sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dan kemahiran. 3.2 Peranan Pendidikan KPSK Terhadap Pembentukan Modal Insan Masyarakat i. Sumber Kemahiran dan Keterampilan Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi untuk sebuah masyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli masyarakat perlu mahir dan berketerampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.Ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Sk.Tudan Tuaran mengetahui bidang ilmu yang hendak dipelajari oleh anak-anak mereka.ii. Sumber Kebudayaan dan Ilmu Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmu sesuatu bangsa kepada generasi berikutnya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan serta memperluaskan budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah. Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh institusi keluarga. Dalam abad ini masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan kebanyakan ibu bapa telah terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup masa untuk memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.Kebanyakan ibu bapa tahu bahawa Pra sekolah merupakan tempat anak-anaknya menimba ilmu pengetahuan. Menurut cikgu Moihin Manuel, Ibu bapa seawal jam 6 pagi sudah menghantar anak-anak ke sekolah kerana faktor budaya semasa walaupun persekolahan murid Pra bermula jam 8 pagi. iii. Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas daripada sesuatu kepercayaan dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari jawapan bagi persoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia tersesat dalam memberikan jawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka. Dengan kesesatan itu mereka akan membinasakan diri dan masyarakat mereka. Di sinilah peranan pendidikan KPSK menjadi penting bagi memberi petunjuk dan panduan yang benar. iv. Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan Pada masa kini dan pada masa akan datang terdapat pelbagai jenis pekerjaan. Lebih maju sesuatu masyarakat maka lebih banyajk jenis pekerjaan yang wujud. Tenaga manusia pelbagai peringkat pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi jawatan pekerjaan yang sesuai. Dengan wujudnya kepelbagaian pelajaran individu akan terdorong untuk (kerap) bertukar pekerjaan.Ada dikalangan anak-anak murid cikgu Moihin sudah tahu tentang keperitan hidup tanpa pekerjaan yang tetap. Oleh yang demikian, cikgu Moihin Manuel akan menerapkan nilai-nilai murid setiap kali Pdp dilaksanakan.

Secara kontranya pula, proses pembelajaran murid pra sekolah adalah sangat kompleks. Pertama sekali, ia melibatkan hubungan antara guru dan pelajar yang mengikuti kurikulum dan pengajaran diberi amalan, ia juga berlaku dalam konteks sosial yang lebih luas. Perhubungan dan pencapaian kurikulum KPSK ini tidak terjalin dengan baik sekiranya sumber yang ada di sekolah-sekolah, kerjasama guru-guru, dan struktur insentif yang dihadapi tidak seperti yang dijangkakan.Ia biasanya dianggap bahawa persekolahan formal adalah salah satu daripada beberapa penyumbang penting kepada kemahiran individu dan modal insan. Ia bukan satu-satunya faktor. Ibu bapa, kebolehan individu dan rakan-rakan sudah pasti menyumbang. Sekolah masih mempunyai tempat yang istimewa, bukan sahaja kerana pendidikan dan 'penciptaan kemahiran' adalah antara objektif utama yang jelas mereka, tetapi juga kerana mereka adalah faktor yang memberi kesan paling langsung dengan dasar awam. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa pengagihan pendapatan peribadi dalam masyarakat adalah sangat berkaitan dengan pendidikan yang diterima.

4.0 KESIMPULANSebagai kesimpulannya, Pendidikan awal kanak-kanak KPSK dapat meningkatkan hasil pembelajaran pra di sekolah-sekolah di seluruh dunia bukan sahaja perkara yangmelaksanakan satu set langkah-langkah teknikal direka secukupnya. Eksperimenpenilaian KSPK menjadi alat standard dalam rekabentuk dasar kurikulum Pra sekolah ini merupakan satu pembangunan modal insan murid, Sekolah merupakan institusi sosial di mana pendidikan diterima murid setiap hari melalui proses berinteraksi dengan pembentukan hasil pendidikan secara kognitif dan non-cognitive.Hasil dari proses ini kadang-kadang boleh menjadi konflik sekiranya tidak ada tindakan bijak daripada guru mahupun pembantu guru pra. Sebahagian besar daripada kanak-kanak disosialisasikan untuk bahagian yang semakin panjang zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa awal, soalan kandungan kurikulum dan kontras antara latar belakang pelajar dan aspirasi sekarang baru. cabaran untuk kualiti persekolahan yang tidak boleh ditangani hanya dengan cara teknikal.

RUJUKAN1. 100 Panduan Membina Amalan yang Baik, Pendidikan Awal Kanak-kanak. Wendy Bowkett.2. Early Childhood Curriculum, PETERSEN.3. Excellence in Early Childhood Education, CHIAM.4. Belajar Melalui Bermain, Prinsip Utama Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali.5. Penilaian dalam Pendidikan PRASEKOLAH, Ayah Zaidon & Haslinda Md.Ali

1