126
PENGGUNAAN 'TONES CARD' DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK NOMBOR HINGGA 50 DENGAN PENGUMPULAN SEMULA NOR IDZMA BINTI MOHAMAD Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR APRIL 2015

Penyelidikan Tindakan Izma Final

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu

Citation preview

PENGGUNAAN 'TONES CARD' DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK NOMBOR HINGGA 50 DENGAN PENGUMPULAN SEMULA

NOR IDZMA BINTI MOHAMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syaratpenganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian(Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR

APRIL 2015PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan inidan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segiskop dan kualiti untuk tujuan penganugerahanIjazah Sarjana Muda Perguruan(Matematik Pendidikan Rendah)

Tandatangan:......................................................

Nama Penyelia: ......................................................

Tarikh: ......................................................

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilandan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan: ................

Nama penulis: ......................................

Tarikh: ................

DEDIKASI

Dedikasi buat abah dan ibu tersayang

Allahyarham Mohamad bin Abd Rashid dan Norsiah binti Ilias

Iringan doa dan restu kalian memberi dorongan kepada anakanda

untuk meneruskan perjuangan ini.

Teristimewa buat

Suami tersayang, Sahriel bin Idris

dan putera-putera kesayanganku

Muhammad Adib Athari bin Sahriel dan Muhammad Ammar Rizqi bin Sahriel

Sokongan dan pengorbanan kalian akan ku kenang selamanya.PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya berjaya menyiapkan laporan penyelidikan tindakan ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah penyelia iaitu Puan Kharshiah binti Khalid yang telah sama-sama menyumbangkan masa dan idea-idea baru sepanjang merancang dan menyiapkan penyelidikan tindakan ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau tentunya penyelidikan tindakan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Selain itu, sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhinggakepada pihak sekolah, guru-guru dan murid-murid yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang proses penyelidikan tindakan ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga kepada keluarga saya yang selama ini banyak memberi sokongan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu dalam usaha melaksanakan penyelidikan tindakan ini. Segala sokongan, bantuan dan perkongsian idea dari kalian amatlah di hargai. Terima kasih Allah. Terima kasih semua.

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu tiga orang murid Tahun 1 dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak dengan pengumpulan semula menggunakan 'TOnes Card'. Kumpulan sasaran yang menjadi subjek kajian ini terdiri daripada 3 orang murid Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Segamat Johor. Subjek kajian dipilih berdasarkan pemerhatian awal dan ujian diagnostik yang dijalankan. Dalam kajian ini, ativiti-aktiviti yang dijalankan dalam 4 sesi rawatan disusun secara berperingkat dengan menggunakan bahan manipulatif 'TOnes Card'. Data kajian ini dikumpul dan dianalisis melalui ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, rekod kemajuan murid dan sesi temubual. Data dari ujian pra dan ujian pasca dianalisis secara kuantitatif deskriptif manakala pemerhatian dan temubual dianalisis secara kualitatif berdasarkan kandungan temubual, rakaman foto dan rakaman video untuk tujuan triangulasi data serta maklumat sokongan. Terdapat peningkatan skor bagi ketiga-tiga subjek kajian dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Subjek kajian 1 dan 2 menunjukkan peningkatan sebanyak 100% manakala subjek kajian 3 menunjukkan peningkatan sebanyak 90%. Ini membuktikan bahawa Penggunaan 'TOnes Card' sangat membantu subjek kajian dalam menyelesaikan soalan operasi tolak dengan pengumpulan semula dan seterusnya meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran tersebut. Subjek kajian juga menunjukkan peningkatan yang positif dalam pencapaian dan keyakinan dalam menjawab soalan operasi tolak dengan pengumpulan semula semasa dan selepas rawatan. Cadangan lanjutan juga dibincangkan dalam kajian ini.

Kata kunci: 'TOnes Card', operasi tolak, pengumpulan semula, bahan manipulatif.

ABSTRACT

This action research was undertaken to assist the three pupils in Year 1 in improving the proficiency minus operating with regrouping using 'Tones Card'. The target group is the subject of this study comprises 3 Year 1 pupils in a primary school in Segamat, Johor. The subjects were selected based on preliminary observations and diagnostic tests performed. In this study, the activities carried out in the four treatment sessions are arranged in stages using manipulative materials 'Tones Card'. Data were collected and analyzed through a pre-test and post-test, observation, student progress records and interviews. Data from pre-test and post-test were analyzed by quantitative descriptive and observation and interviews were analyzed qualitatively by the content of interviews, photographs and video footage for the purpose of triangulation data and supporting information. There is an increase in scores for the three subjects in the study compared to pre-test and post-test. Subjects 1 and 2 showed an increase of 100%, while the three study subjects showed an increase of 90%. This proves that the use of 'Tones Card' very helpful subjects completed the study in question of subtraction and repackaging operation and thus increase their mastery of skills. The subjects also showed positive improvement in performance and confidence in answering questions subtractions with regrouping minus operating during and after treatment. Proposals were also discussed in this study.

KANDUNGAN

MUKA SURATPENGESAHAN PENYELIAiiPENGAKUANiiiDEDIKASIiiiPENGHARGAANvABSTRAKviABSTRACTviiKANDUNGANviiiSENARAI RAJAHxiSENARAI JADUALxiiSENARAI LAMPIRANxiii

1.0 PENDAHULUAN11.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran31.3 Refleksi Nilai Pendidikan5

2.0 FOKUS KAJIAN92.1 Isu Kajian92.2 Definisi Operasi122.3 Tinjauan Literatur13

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN273.1 Objektif Kajian273.2 Persoalan Kajian27

4.0 KUMPULAN SASARAN28

5.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN295.1 Merancang305.2 Bertindak305.3 Memerhati355.4 Mereflek36

6.0 CARA MENGUMPUL DATA376.1 Ujian pra dan Ujian pasca376.2 Pemerhatian.386.3 Temu bual murid396.4 Rekod Kemajuan Murid40

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI417.1 Soalan Kajian 1417.1.1 Analisis Ujian pradan Ujian pasca417.2 Soalan Kajian 2447.2.1 Analisis Rekod Kemajuan Murid447.2.2 Analisis Pemerhatian487.2.3 Analisis Temubual578.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN658.1 Rumusan658.2 Implikasi kajian698.3 Refleksi Kajian70

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA76

RUJUKAN78LAMPIRAN:82

SENARAI RAJAH

RAJAHMUKA SURAT

Rajah 1: Contoh kesilapan murid4Rajah 2: Contoh kesilapan murid10Rajah 3:Contoh hasil kerja murid10Rajah 4: Model Kemmis & Mc Taggart (1988)29Rajah 5 :Graf Perbandingan markah ujian pra 43dan ujian pasca Rajah 6 : Graf Rekod Kemajuan Murid45Rajah 7 : Contoh Ujian pra subjek kajian47Rajah 8 : Contoh Ujian pasca subjek kajian47Rajah 9: Sesi rawatan pertama48Rajah 10: Tingkah laku subjek kajian sepanjang sesi rawatan49Rajah 11: Tingkah laku subjek kajian semasa sesi rawatan kedua dan ketiga54

SENARAI JADUAL

MUKA SURATJADUAL

Jadual 1: Langkah Penggunaan 'TOnes Cards'32Jadual 2 : Markah Ujian pra dan Ujian pasca 42Jadual 3: Markah Subjek kajian dalam ujian pra, Lembaran sesi rawatan dan ujian pasca45Jadual 4 :Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 1.50Jadual 5 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 2.51Jadual 6 :Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 3.52Jadual 7 :Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 253Jadual 8 :Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 456

SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURATLAMPIRAN

Lampiran ASoalan Ujian Pra81Lampiran BSoalan Ujian Pasca83Lampiran CBorang Pemerhatian85Lampiran DTranskrip Temubual90

26

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik adalah matapelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-peraturan langkah kerja, algorithma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos1989). Matapelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru kepada murid (MacGregor & Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya murid akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap dan minat murid terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang guru ajar. Setiap murid secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga dan persekitaran. Guru berdepan dengan murid yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang bercanggah initidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan. Guru-guru yang bertindak sebagai pengamal yang reflektif dan kritikal akan dapat membantu murid mereka belajar dengan tenang dan mudah. Guru-guru yang reflektif sering mendalami segala isu dalam kelas, mereka juga cuba menyelesaikan masalah dalam kelas, sentiasa bertanggungjawab dan melakukan penilaian kendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Norlia, Mohd Kidin dan Jamil 2007). Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian matematik beberapa perkara perlu diselidiki. Tidak dapat dinafikan bahawa matematik itu sendiri merupakan satu mata pelajaran yang susah diterima oleh murid. Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat miskonsepsi murid yang dapat dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah antaranya adalah, membuat penilaian secara lisan, kerja kumpulan, menganalisis soalan ujian dan juga menyemak buku latihan murid. Penyemakan buku latihan murid dapat memberi gambaran yang jelas tentang berlaku miskonsepsi murid. Tujuan menganalisis soalan-soalan ini adalah sebagai satu tindakan refleksi untuk membekalkan maklumat kepada guru tentang pembelajaran yang murid terima daripada guru. Setiap pembelajaran akan mengubah tingkah laku dan sikap murid. Justeru itu antara langkah inovatif yang perlu di ambil oleh guru adalah dengan mengadakan penyelidikan atau kajian tindakan bagi mengesan kelemahan murid serta puncanya dan seterusnya mencari solusi kepada permasalahan atau miskonsepsi tersebut.Peranan utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru matematik adalah memastikan setiap murid menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar dan berusaha sedaya upaya untuk membantu murid yang tidak menguasai kemahiran tertentu untuk membetulkan setiap miskonsepsi yang berlaku. 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Bagi tahun 2014, buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun berkhidmat sebagai guru matematik di sekolah rendah, saya ditugaskan untuk mengajar murid Tahun 1. Selama ini saya hanya mengajar murid tahap 2 yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Sepanjang tempoh mengajar murid Tahun 1 ini saya mendapati subjek Matematik yang banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu abstrak untuk difahami oleh murid Tahun 1 di sekolah ini. Tidak seperti pengalaman mengajar tahap dua, kebanyakkan murid-murid telah menguasai kemahiran fakta asas dan penekanan lebih diberi kepada tajuk-tajuk yang menggunakan rumus. Setelah menjalankan sesi pembelajaran, saya mendapati wujudnya masalah dalam tajuk operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa. Hal ini dapat dikesan melalui pemerhatian, semakan hasil kerja murid dan sesi soal jawab di dalam kelas . Walaupun bukanlah kesemua murid menghadapi masalah ini namun timbul tanda tanya di hati saya mengapa hal ini boleh berlaku terhadap beberapa orang murid. Oleh kerana sudah agak lama mengajar murid tahap 2, pada mulanya saya beranggapan kesilapan yang berlaku akibat kecuaian semata-mata seperti yang biasa dilakukan oleh murid tahap 2, namun setelah diteliti kesilapan itu berpunca dari salah tanggapan konsep atau miskonsepsi. Antara miskonsepsi yang berlaku ialah terdapat murid tidak faham unsur pinjam atau ambil untuk dikumpulkan semula di dalam nilai tempat yang betul. Selain itu ada juga murid yang faham unsur pinjam atau ambil tetapi nombor yang dipinjam menjadi nilai baru untuk mengganti nombor yang diguna untuk tolak, murid tidak memahami bahawa nilai sa perlu dikumpul dengan 10 yang diambil dari rumah puluh terlebih dahulu sebelum melakukan operasi tolak. Mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid. Sebelum menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula, murid perlu menguasai beberapa kemahiran lain seperti kemahiran mengenal nilai tempat dan nilai digit, perubahan nilai yang berlaku apabila berlakunya pertukaran nilai tempat, kemahiran menambah dan kemahiran asas tolak dalam lingkungan 10. Walaupun kaedah tolak dengan mengumpul semula dimana nilai 10 yang dipinjam dan ditambah dengan nilai asal telah diajar di dalam kelas, namun masih terdapat segelintir murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut ketika menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula. Setelah diamati melalui pemerhatian di dalam bilik darjah didapati kesilapan yang telah dilakukan oleh beberapa orang murid ini ialah: 1. Menolak menggunakan bentuk lazim secara sembarangan. Hal ini kerana terdapat murid yang menolak secara terbalik berdasarkan konsep yang besar tolak yang kecil dengan mengabaikan konsep mengumpul semula. (Rujuk Rajah 1)

Murid menolak terbalik dimana 7 tolak 2 bersamaan 5 kerana beranggapan nombor besar mesti tolak nombor yang lebih kecil.

Rajah 1: Contoh kesilapan muridMelalui hasil kerja murid ini, saya mendapati murid ini tidak memahami proses menolak dengan betul apabila melibatkan proses mengumpul semula. Kesilapan ini juga mungkin berlaku akibat amalan pengajaran saya yang mengajar murid tahun 1 dengan lebih banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi dan mengabaikan keperluan murid-murid untuk memahami konsep dengan lebih mendalam. Tindakan yang terlalu mengejar sukatan pelajaran juga mengakibatkan saya terlalu terburu-buru dalam mengajar dan hasilnya terdapat murid-murid yang tidak memahami apa yang telah diajar. Sekiranya hal ini di biarkan berlanjutan maka ia akan menjadi masalah kepada murid-murid ini untuk menguasai kemahiran menolak dengan pengumpulan semula yang melibatkan nombor yang lebih besar. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini saya telah mengaplikasikan kaedah 'TOnes Card' (TOC) , iaitu yang bermaksud kad jalur nilai tempat puluh dan kad nilai sa. Kad-kad ini digunakan untuk membantu murid yang bermasalah untuk melakukan proses menolak yang melibatkan pengumpulan semula dari rumah puluh ke rumah sa dengan betul.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia,(2009), matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Manakala dalam Dokumen Standard KSSR (2011) pula mengatakan bahawa Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Walaupun kedua-dua matlamat ini hampir sama namun pelaksanaan KSSR adalah lebih menjurus kearah persediaan mengharungi cabaran pendidikan abad ke 21 dan seterusnya menyediakan murid yang boleh bersaing di peringkat dunia.Pembelajaran matematik merupakan satu bidang pembelajaran yang penting kepada murid-murid kerana Matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Matematik digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang dari sekecil-kecil kemahiran seperti mengira masa, jual beli, geometri hinggalah dalam bidang yang lebih meluas seperti kejuruteraan, ketenteraan dan kedoktoran. Justeru itu amat penting bagi setiap murid untuk menguasai kemahiran matematik dari peringkat rendah lagi. Kefahaman konsep didalam Matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. (Azizi dan Elangovan, 2010). Antara kemahiran asas dalam matematik adalah operasi tolak. Sebagai seorang guru, kita mengharapkan semua murid-murid menguasai kemahiran asas ini, namun ia bukanlah satu kerja yang mudah disebabkan oleh tahap penguasaan murid-murid yang berbeza-beza. Bagi merealisasikan hasrat ini, maka guru haruslah kreatif dalam merancang seterusnya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membimbing murid untuk menguasai kemahiran asas matematik seperti operasi tolak. Seseorang guru memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat secara berkesan kepada murid agar murid dapat memahami konsep dan seterusnya dapat mengaplikasikan maklumat tersebut dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pemahaman tentang konsep tolak perlulah diterap dari peringkat rendah lagi iaitu seawal usia 6 tahun sebelum murid-murid ini bersedia untuk memahami kemahiran yang lebih abstrak dan kompleks seperti yang dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh Norlia dan Jamil (2008), bahawa guru perlu menjalankan pelbagai strategi untuk berdepan dengan kepelbagaian murid dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam matematik. Antara kaedah yang boleh digunakan bagi membantu murid-murid memahami konsep matematik seperti operasi tolak ini adalah penggunaan bahan bantu manipulatif adalah amat berkesan lebih lebih lagi dikalangan murid berusia 7 hingga 11 tahun berdasarkan Toeri pembelajaran kognitif Jean Piaget (1971). Bahan bantu manipulatif ini memberi peluang kepada murid untuk melihat, merasa dan mengerakkan bahan tersebut mengikut kemahiran yang dimuridi. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi dan keseronokkan belajar di kalangan murid. Selain penggunaan bahan konkrit, pemilihan strategi dan pendekatan kaedah pengajaran juga amat penting bagi memastikan murid menguasai sesuatu kemahiran dalam Matematik. Kaedah pengajaran yang baik ialah kaedah yang membolehkan guru memenuhi keperluan sukatan dan tingkah laku murid (Noraini Idris,2001). Menurut Robert Gagner, pembelajaran adalah berperingkat-peringkat kesukarannya, iaitu daripada yang mudah kepada yang susah dan pembelajaran bermula daripada apa yang diketahui oleh murid. Justeru itu menjadi tugas guru dalam menentukan sejauh mana pengetahuan sedia ada murid supaya pengajaran dapat didasarkan kepadanya. Selepas itu, rancangan pengajaran guru disusun mengikut urutan pengajaran, iaitu peringkat mudah dan asas didahulukan sebelum menempuh pembelajaran seterusnya.Sehubungan itu saya menjalankan kajian ini sebagai langkah untuk mengesan dan mengatasi kelemahan dan ketidakupayaan murid dalam menguasai operasi asas tolak yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan bahan manipulatif. Menurut Wong Khoon Yoong (1987) dalam Azizi dan Elangovan (2008) Kebolehan matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan pada aras yang rendah mengikut hiraki. Ramai murid tidak dapat menyelesaikan masalah kerana berlakunya kesalahfahaman sesuatu konsep. Sesungguhnya kegagalan murid untuk menguasai operasi asas akan menyebabkan kesukaran untuk menguasai matematik secara keseluruhannya disamping turut melemahkan minat, motivasi dan keyakinan diri mereka. Hal ini akan menyebabkan murid-murid melabelkan Matematik sebagai satu mata pelajaran yang sukar.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Operasi asas matematik terdiri daripada empat jenis operasi, iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi asas yang paling di sukai dan mudah difahami serta dimuridi oleh murid-murid adalah operasi tambah. Masalah mula timbul apabila murid mula mempelajari operasi tolak. Murid sering kali keliru dalam melaksanakan operasi tolak dan mencampuradukkannya dengan operasi tambah. Hal ini sering berlaku di peringkat awal pembelajaran kemahiran tolak. Fokus kajian ini adalah untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan 'TOnes Card' dalam membantu murid yang bermasalah untuk menguasai kemahiran menolak dua nombor yang melibatkan proses mengumpul semula. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada hasil pemerhatian dan soaljawab di dalam kelas didapati bahawa murid-murid sering menganggap bahawa Matematik merupakan matapelajaran yang susah. Oleh sebab itu murid-murid menjadi kurang berminat terhadap mata pelajaran Matematik.Melalui semakan terhadap hasil kerja murid didapati bahawa terdapat segelintir murid yang menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi tolak terutama yang melibatkan proses pengumpulan semula. Untuk mengenalpasti dengan lebih jelas masalah yang dihadapi oleh murid dalam kemahiran tolak ini, saya turut mengadakan ujian diagnostik. Kesalahan ketara yang dibuat oleh murid ketika menolak menggunakan bentuk lazim ini ialah menggunakan nombor yang besar untuk menolak nombor yang kecil tanpa mengambil kira proses pengumpulan semula. Murid dilihat mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan soalan walaupun cara tersebut salah. Hal ini berlaku adalah kerana murid-murid ini terikat dengan konsep asas tolak iaitu nombor yang besar tolak nombor yang kecil dengan mengabaikan soalan. Rajah 2 menunjukkan kesilapan murid dalam lembaran kerja.

Rajah 2: Contoh kesilapan murid

Kesalahan dan ketidakupayaan menguasai kemahiran ini sedikit sebanyak juga berpunca daripada sikap murid yang tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Hal ini turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh murid. Perkara ini dapat dikesan hasil penyemakan buku latihan murid. Rujuk Rajah 3.

Rajah 3: Contoh hasil kerja muridKemahiran menolak adalah antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini dari peringkat asas, maka mereka akan menghadapi masalah apabila kemahiran operasi asas seperti tolak ini semakin berkembang dengan menggunakan nombor yang lebih besar. Selain itu sekiranya murid tidak menguasai kemahiran ini, murid ini akan menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran seterusnya seperti operasi bahagi dan operasi bergabung. Hal ini akan menjadikan murid hilang keyakinan diri dan memberi impak kepada keputusan keseluruhan penguasaan matematik di sekolah.Daripada kajian-kajian lepas yang dirujuk, saya mendapati bahawa terdapat banyak kaedah yang sesuai yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam menyelesaikan soalan berkaitan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula ini. Sehubungan itu saya telah memilih untuk menggunakan bahan 'TOnes Card' atau TOC untuk merawat miskonsepsi subjek kajian. Saya menumpukan perhatian pada penggunaan TOnes Card' iaitu kaedah yang menggunakan kad-kad jalur rumah puluh dan rumah sa. Idea ini diambil daripada penggunaan blok asas sepuluh dan 'Dienes Block' yang di ubahsuai mengikut kreativiti saya. Kaedah ini juga di inspirasikan daripada kaedah penggunaan Set PANT yang dijalankan oleh Susie anak John yang dijalankan pada tahun 2012. Walaupun perlu meyediakan bahan bantu manipulatif ini, saya merasakan ianya perlu untuk membantu subjek kajian menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Penggunaan bahan manipulatif ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melihat dan merasai sendiri konsep asas menolak dengan mengumpul semula. Dengan itu pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan bermakna.

2.2 Definisi Operasi

2.2.1 'TOnes Card'

''TOnes Card' adalah merupakan bahan atau alat yang dibina berinspirasikan daripada Kaedah PANT yang dilaksanakan dalam kajian Suzie Anak John. 'TOnes Card' terdiri daripada kad lajur puluh dan kad nilai sa. Penggunaan 'TOnes Card' ini saya gabungkan bersama bentuk lazim. Oleh sebab itu, 'TOnes Card' ini didatangkan bersama set tapak bentuk lazim yang diperbuat daripada kad manila dan plastik jernih. Bahan ini digunakan bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas tentang proses pengumpulan semula. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk operasi tolak malah boleh juga digunakan untuk kemahiran nilai tempat dan operasi tambah.

2.2.2 Penguasaan Menurut kamus dewan edisi keempat (2005) penguasaan membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan yang mana menguasai menjurus kepada maksud mengetahui secara mendalam, menjadikan diri mahir atau berpengetahuan tentang sesuatu. Justeru itu penguasaan mengikut konteks kajian ini adalah menjadikan diri subjek kajian mahir atau berpengetahuan dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.

2.2.4 Operasi Tolak

Operasi tolak dalam matematik bermaksud anda mengambil sesuatu atau sebilangan daripada sekumpulan benda atau nilai dan sekumpulan benda itu berkuang apabila anda telah mengambil sebilangan daripadanya (Bundly 2014). Manakala tolak dengan mengumpul semula yang juga digelar sebagai peminjaman bermaksud apabila satu 'puluh' bertukar nilai tempat dari satu 'puluh' kepada sepuluh 'sa' . (Miller,2014)

2.3 Tinjauan Literatur

Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua murid yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis 1997). Tetapi matematik sering di anggap salah satu mata pelajaran yang sukar bagi murid-murid. Matematik bukanlah sama dengan matapelajaran yang lain kerana ia berkaitan dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu di fahami sebelum dapat di gunakan oleh murid. Bagi menarik minat murid dan membentuk cara mereka berfikir secara Matematik penguasaan kemahiran fakta asas adalah penting untuk mereka kuasai sebelum menguasai kemahiran yang lebih kompleks. Oleh kerana Matematik adalah suatu matapelajaran yang isi pengetahuannya mempunyai hierarki tertentu, pembinaan asas yang kukuh dan mencukupi sangatlah penting dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. (Sukri dan Victor 2006) . Ketidakfahaman sesuatu konsep melibatkan operasi asas menyebabkan timbul perasaan negatif murid terhadap subjek Matematik. Post (1992) dalam Susie anak John (2012) mengatakan bahawa penambahan dan penolakan merupakan dua operasi yang pertama sekali dikemukan kepada murid dalam pembelajaran Matematik mereka secara formal. Operasi tolak merupakan salah satu kemahiran asas yang menimbulkan masalah terhadap murid sekolah rendah terutamanya kemahiran yang melibatkan penolakan dengan mengumpul semula. Adalah penting untuk memperbetulkan miskonsepsi murid dalam operasi tolak ini. Ketidakupayaan menguasai kemahiran menolak merupakan satu gangguan bagi murid untuk menguasai kemahiran atau topik seterusnya yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh mereka sebelum dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.3.1 Isu Dan Miskonsepsi dalam operasi tolak.

Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila murid mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick1983). Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar sesuatu perkara secara tidak betul tanpa disedari oleh guru. Contohnya, guru mengajar murid jalan pintas untuk kira darab sesuatu nombor dengan angka 10, maka jawapannya adalah dengan menambahkan sifar pada nombor itu. Seterusnya murid akan mengingati dan mengikuti ajaran guru tersebut, tetapi bagaimana pula sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan suatu nombor perpuluhan, adakah caranya sama?Menurut Hiebert & Carpenter (1992) Elif Yetkin (2003) dalam Sukri dan Victor (2006) murid sering membina kefahaman dengan mengaitkan simbol dengan persembahan yang lain contohnya bahan konkrit , gambar ataupun bahasa ibunda. Sebagai contohnya + hanya akan mempunyai maksud jikalau kita membuat satu cerita mengenainya untuk memberikan maksud kepada simbol tersebut. Kebanyakan murid mendapati pembelajaran matematik susah disebabkan konsep-konsep matematik yang berbentuk abstrak. Jadi, untuk mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan, murid-murid mestilah mendapatkan pengalaman konkrit dahulu sebelum dibawa kepada konsep matematik yang abstrak dan peringkat aplikasi.Sering berlaku kesilapan dalam memahami konsep operasi asas ini kerana guru selalu beranggapan bahawa muid dapat menguasai sesuatu konsep itu dengan mudah melalui penerangan semata-mata. Hal ini menyebabkan berlakunya salah faham atau miskonsep di kalangan murid-murid. Salah satu kelemahan dalam operasi asas ini yang dikenalpasti ialah operasi tolak dengan mengumpul semula. Ia bersifat abstrak dan sukar difahami oleh murid terutama murid tahun satu. Operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang melibatkan beberapa konsep matematik termasuk pertukaran nilai tempat, mengumpul semula dan operasi tolak. Seseorang murid perlu menguasai ketiga-tiga konsep tersebut sebelum menguasai operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar (Azizi Yahaya & Elanggovan, tiada tarikh). Antara punca kepada kesilapan tafsiran konsep tersebut disebabkan murid jarang didedahkan dengan konsep asas matematik kerana latih tubi lebih ditekankan di sekolah. Justeru, minat murid terhadap pembelajaran matematik kurang kerana murid tidak memahami konsep matematik dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk memberikan perhatian yang serius serta memberi penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul di peringkat awal lagi. Kesukaran murid dalam menyelesaikan operasi tolak mungkin disebabkan oleh ketidakupayaan murid-murid dalam menguasai pemahaman terhadap nilai tempat. Fuson (1992) dalam Helen L. Chick , Thuy Pham dan Monica K. Baker (Tiada Tarikh). Murid sering melakukan kesilapan semasa proses meminjam dari rumah puluh ke sa atau rumah ratus ke puluh. Murid yang dipilih sebagai subjek kajian ini melakukan kesilapan pada proses menolak dalam bentuk lazim yang melibatkan mengumpul semula. Murid ini melakukan kesilapan menolak secara sembarangan (terbalik) iaitu nombor besar tolak nombor kecil tanpa mengikut soalan walaupun cara tersebut salah. Ini menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep mengumpul semula dengan betul. Penguasaan konsep nilai tempat sebenarnya memainkan peranan yang penting terutamanya dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Ini disebabkan oleh proses mengumpul semula melibatkan proses pertukaran antara nilai tempat. Walaupun murid telah menguasai operasi tolak yang melibatkan dua digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula, mereka masih menghadapi masalah tidak memahami nilai pertukaran antara nilai tempat semasa proses mengumpul semula (Cauley,1987). Ia merupakan cabaran yang paling besar untuk diatasi iaitu membantu murid memahami konsep pertukaran antara nilai tempat dan kemahiran mengumpul semula semasa menyelesaikan operasi tolak. Apabila murid tidak memahami konsep pertukaran nilai tempat, murid tidak dapat menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula dengan baik.

2.3.2 Penggunaan Bahan Manipulatif dalam meningkatkan penguasaan operasi tolak dengan pengumpulan semula.

Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak membantu untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981) Konsep nombor boleh dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat pertama ialah peringkat konkrit diikuti oleh peringkat semi konkrit atau gambar kemudian peringkat separa konkrit dan barulah peringkat abstrak (Mok Soon Sang, 2005)Dalam kajian ini saya memilih untuk menggunakan bahan manipulatif iaitu penggunaan kad mengikut nilai tempat (TOnes Cards) bagi membantu murid menguasai kemahiran penukaran nilai tempat sebelum menguasai kemahiran menolak dengan mengumpul semula ini. Bahan manipulatif ini dipilih oleh saya kerana ia merupakan bahan yang boleh diaplikasikan kepada deria manusia terutama kepada kenak-kanak. Kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang diperkenalkan oleh Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing murid supaya dapat mencapai sesuatu tahap. Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan kognitif murid kerana murid dapat merasai sendiri pengalaman terhadap apa yang dipelajari. Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat seperti mana teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget (1970) iaitu dalam proses pemeringkatan pembelajaran. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan dan kefahaman murid. Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut dan mudah memahami perkara yang abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi murid yang berada dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun. Hal ini kerana di dalam peringkat ini , kebanyakan aktiviti pembelajaran yang berkesan masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung bagi mengukuhkan kefahaman mereka. (Noriati,Boon dan Sharifah 2009). Sebelum mengaplikasikan kaedah ini kepada murid yang dipilih sebagai subjek kajian, saya perlulah memastikan subjek kajian telah menguasai kemahiran sebelumnya iaitu kemahiran menambah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat teori Jerome Bruner iaitu, murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang di murid. Menurut Bruner lagi perkembangan kognitif seseorang individu juga perlu melalui peringkat-peringkat tertentu. Terdapat tiga peringkat kognitif yang dilalui iaitu peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun ) dan peringkat simbolik (5-7 tahun) (Ismail bin Saiman, dan rakan-rakan 2014). Bruner juga menyatakan bahawa pembelajaran Matematik lebih berkesan dan mudah dengan penggunaan simbol untuk mewakili konsep-konsep abstrak seperti tambah dan lain-lain. Berdasarkan teori ini, jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu manipulatif amat sesuai dengan peringkat usia murid-murid Tahun 1. Menurut beliau lagi pembelajaran matematik dapat dimudahkan dengan mengaitkan antara satu sama lain contohnya pengajaran tambah di ajar sebelum tolak dan pengajaran bahagi di ajar selepas darab (Mok Soon Sang, Siew Fong Cheong,1986)Bahan manipulatif juga membolehkan murid-murid menyentuh, merasa, melihat dan menggerakkan bahan-bahan tersebut (Heddens, 2008; Rust, 1999). Hal ini dapat menarik perhatian murid terutama murid yang pasif di dalam bilik darjah untuk melibatkan diri dalam sesi pembelajaran. Penggunaan bahan manipulatif ini juga dapat meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid. Sesungguhnya motivasi penting untuk meningkatkan minat murid terhadap sesuatu pembelajaran. Ahli-ahli psikologi mazhab Behavioris seperti Ivan Pavlov (1849-1936) berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai (Mok Song Sang, 2005). Berdasarkan pendapat ini, penggunaan bahan bantu yang jelas dan menarik akan menjadi satu bentuk ransangan kepada murid-murid ini untuk menguasai kemahiran yang dipelajari.Penggunaan bahan manipulatif juga dapat mengaplikasikan teori konstruktivisme dalam sesi pengajaran di mana beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Nik Azis Nik Pa ( 1997 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar. Penggunaan bahan bantu manipulatif ini secara tidak langsung dapat membimbing murid membina pengetahuan yang bermakna. Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa:a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.

c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.d)pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.Selain itu, penggunaan bahan bantu ini juga dapat menyediakan salah satu keperluan yang diperlukan oleh murid untuk menguasai sesuatu konsep. Menurut Teori Keperluan Maslow (1970) dalam Azlina (2002) beliau mengkelaskan keperluan asas manusia kepada lima keperluan mengikut hiraki iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan sendiri. Berdasarkan teori tersebut, kebiasaannya individu cenderung untuk membuat penilaian terhadap dirinya berdasarkan kepada tanggapan dan layanan orang-orang disekeliling terhadap dirinya. Individu akan lebih berkeyakinan pada dirinya sekiranya tanggapan dan layanan yang positif diberikan (Azizi Yahya,2005). Oleh itu penggunaan bahan bantu manipulatif dan proses pembelajaran yang dijalankan dalam kumpulan kecil ini dapat memenuhi keperluan serta menggalakkan hubungan dan interaksi yang lebih positif dan bertumpu diantara guru dan murid. Perkara ini dapat meningkatkan tahap keyakinan murid dalam proses mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamat yang dikehendaki.Menurut teori pembelajaran Gagne (1970), pembelajaran merupakan proses yang bergerak daripada peringkat yang paling mudah kepada peringkat yang paling rumit. Pembelajaran aras tinggi bergantung kepada pembelajaran aras rendah. Gagne mengenalpasti lapan jenis pembelajaran antaranya ialah Pembelajaran ransangan gerak balas dan pembelajaran konsep (Ismail dan rakan-rakan 2014). Pembelajaran jenis ini turut diaplikasikan dalam kajian yang akan dilaksanakan untuk memastikan murid memahami konsep petukaran nilai tempat terlebih dahulu sebelum memahami proses pengumpulan semula. Melalui kajian ini saya menyediakan bahan bantu sebagai ransangan kepada murid dalam membantu murid untuk menguasai kemahiran yang diuji. Hal ini disokong oleh pendapat Robert Gagne (1970) yang mengatakan bahawa murid dicelikkan akalnya dengan maklumat dan ransangan berkaitan sebelum dapat menyempurnakan penguasaan secara kognitif.

2.3.3 Dapatan Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Ra Fiona Anak Raban (2008) yang bertajuk Penggunaan Garis Nombor Dalam Membantu Murid Pemulihan Memahami Penolakan Dalam Lingkungan 10 dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan garis nombor dalam menyelesaikan masalah operasi penolakan dalam lingkungan sepuluh bagi murid pemulihan Tahun 2. Kajian ini juga mendapati murid sukar untuk memahami konsep operasi penolakan. Seorang murid pemulihan Tahun 2 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah perbualan, senarai semak, pemerhatian dan buku lembaran kerja digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kefahaman murid terhadap operasi penolakan dalam lingkungan 10 semasa dan selepas kajian ini dijalankan. Sesungguhnya penggunaan garis nombor ini dapat membantu murid menguasai operasi tolak dengan lebih mudah dan senang. Selain daripada itu juga, kaedah ini dapat memberi kesedaran kepada guru dalam pemilihan kaedah dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian terutamanya terhadap murid pemulihan bagi meningkatkan kefahaman mereka. Dalam kajian ini juga telah membuktikan bahawa disamping kemahiran asas menambah dan menolak yang telah dikuasai, penggunaan bahan manipulatif sangat membantu dalam menangani masalah yang dihadapi oleh subjek kajian.Dalam kajian Norhanaa Hatta (2007) juga mendapati bahawa murid mempunyai miskonsepsi ketika menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula. Berdasarkan perbandingan antara kajian ini, saya membuat rumusan bahawa murid menganggap setiap nilai tempat dalam suatu nombor adalah operasi tolak yang berasingan. Dalam kajiannya, didapati murid tidak memahami konsep mengumpul semula kerana mereka tidak menganggap 453 sebagai satu nombor yang membawa nilai empat ratus lima puluh tiga, sebaliknya ia hanya dianggap sebagai empat, lima dan tiga. Maka, murid tidak dapat mengaplikasikan konsep 1 puluh dipinjam menjadi 10 sa. Menurut Alice Hansen (2005) kesilapan ini berlaku akibat murid tidak memahami konsep pertukaran nilai tempat, seperti 1 puluh sama dengan 10 sa atau 1 ratus sama dengan 10 puluh. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dua daripada tiga orang murid yang dikaji tidak akan dapat menguasai operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula tanpa bantuan bahan manipulatif iaitu blok asas sepuluh yang digunakan dalam kajian ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan manipulatif memberi kesan yang baik dalam membantu murid menguasai operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula ini. Kajian Tindakan yang dijalankan oleh Susie anak John yang bertajuk penggunaan PANT dalam kemahiran penolakan dengan mengumpul semula dalam kalangan murid pemulihan kelas tahun 3 (2012) juga mengetengahkan penggunan bahan manipulatif dalam kajian yang dijalankan. Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji memberi fokus kepada keprihatinan kepada penggunaan petak asas nilai tempat (PANT) dalam pengajaran penolakan yang melibatkan pengumpulan semula bagi murid pemulihan Tahun Tiga yang bermasalah dalam kemahiran tersebut. Melalui penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan dua jenis PANT iaitu PANT puluh dan PANT sa. Faktor pemilihan PANT puluh dan PANT sa adalah berdasarkan tahap murid dan kemahiran yang terdapat dalam sukatan pendidikan pemulihan iaitu tolak dibawah seratus. Menurut pengkaji masalah timbul apabila murid-murid mula mempelajari operasi tolak. Menurut pengkaji murid seringkali mencampur adukan atau keliru dengan operasi tolak dan operasi tambah. Kesalahan umum yang sering dilakukan oleh murid adalah mencari hasil tambah pada soalan penolakan ataupun murid hanya tahu menolak nilai kecil daripada nilai besar sahaja. Murid akan menggunakan nombor bahagian bawah yang nilainya lebih besar untuk menolak nombor di bahagian atas semasa menyelesaikan operasi tolak dalam bentuk lazim. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih alat bantu mengajar iaitu petak asas nilai tempat puluh dan sa untuk membantu murid mengatasi kemahiran penolakan yang melibatkan mengumpul semula. Hasil kajian menunjukkan bahawa petak asas nilai tempat ini berjaya membantu dua daripada tiga subjek kajiannya dalam menguasai kemahiran penolakan dengan mengumpul semula. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat mendalamkan ingatan murid dan menarik minat murid. Berdasarkan hasil kajian ini, saya telah memilih untuk menggunakan bahan bantu mengajar seperti Kaedah PANT ini dalam kajian yang dilaksanakan. Selain itu, melalui kajian yang dijalankan oleh Halimah Wahah (2012) ke atas seorang murid tahun tiga yang menghadapi masalah menguasai operasi tolak dalam linkungan 50 dengan mengumpul semula menunjukkan bahawa konsep operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula amat sukar difahami oleh murid. Kesukaran memahami konsep mengumpul semula akan mengakibatkan murid tidak dapat menjawab soalan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula dengan betul. Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasi kaedah yang melibatkan illustrasi nilai nombor dengan lukisan visual yang boleh dinampak dan dikira satu demi satu. Pengkaji berpendapat bahawa apabila nilai nombor diwakilkan dengan simbol atau gambar, ia memudahkan murid untuk memahami dan menguasai kemahiran mengumpul semula. Illustrasi nilai dengan simbol dapat membantu pengkaji menunjukkan pengiraan dengan jelas. Pengkaji turut menyatakan bahawa melalui perwakilan nombor dengan simbol dapat menarik minat murid untuk belajar kerana pembelajaran yang melibatkan visual adalah lebih menarik.Dalam kajian tindakan yang dijalankan oleh Tan Wui Gee (2008) yang bertajuk Penggunaan Kit Manipulatif Dalam Pemahaman Konsep Darab Murid Tahun 2 pula menyatakan bahawa kaedah penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran pemahaman konsep pendaraban dapat meningkatkan pemahaman matematik murid. Beliau memilih untuk menggunakan bahan manipulatif kerana bahan manipulatif ini akan meningkatkan pemahaman murid dan bermula bila digunakan untuk mengajar murid (Durmus & Karakirik, 2006). Beliau menyatakan terdapat juga peningkatan yang ketara dari segi masa murid menyiapkan tugasan matematik menggunakan manipulatif berstruktur. Dalam Kajiannya juga menyatakan bahawa penggunaan bahan manipulatif berupaya meningkatkan pemahaman murid yang menjadi subjek kajiannya. Selain kajian diatas, dalam kajian yang dijalankan oleh Shukri Berawi dan Victor Jibson (2006) yang bertajuk Kaedah Bahan Maujud dan Kaedah konvensional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Murid-Murid Tahap 1 juga mengkaji tentang keberkesanan Penggunaan Bahan Maujud atau bahan manipulatif berbanding Kaedah konvensional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kajian ini, pengkaji membuat kajian tentang keberkesanan penggunaan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar berbanding dengan kaedah konvesional (iaitu menggunakan papan hitam dan kapur). Kajian ini melibatkan dua kumpulan respondan yang terdiri daripada murid-murid Tahun Dua dan Tahun Tiga yang dipilih atas sebab mereka telah mempunyai pengalaman sedia ada tentang kemahiran menambah. Tahap kebolehan murid dalam setiap kumpulan mempunyai perbezaan yang signifikan. Walaupun kaedah konvensional memberikan kesan yang hampir sama dengan penggunaan bahan maujud namun pengkaji ini berpendapat bahawa penggunaan bahan maujud merupakan satu pilihan alternatif dan inovatif di dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah murid tahap I. Bagi murid tahap 1, mereka boleh berinteraksi dan berasa lebih seronok dengan bahan maujud yang digunakan. Sebagai rumusan dapatlah disimpulkan daripada kajian-kajian lepas melaporkan bahawa penggunaan kaedah yang sesuai dengan tahap kematangan murid dapat mempertingkatkan lagi tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran. Konsep dan maklumat yang disampaikan oleh guru secara tersusun, jelas dan menggunakan bahan yang sesuai dapat mempengaruhi murid dalam menerima maklumat dan menterjemah kefahaman mereka dalam kemahiran yang dipelajari. Selain itu minat dan keyakinan murid untuk menyelesaikan masalah juga dapat dipertingkatkan.Disamping penggunaan bahan maujud, cara dan teknik penyampaian yang betul juga dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu guru juga perlu mengambil kira tahap kesediaan dan juga motivasi diri murid sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan memberi impak yang positif kepada murid.Justeru itu dalam kajian ini, saya memilih untuk menggunakan bahan maujud yang saya namai 'TOnes Card' bagi membantu murid yang menjadi subjek kajian saya untuk menguasai kemahiran menolak nombor hingga 50 dengan mengumpul semula.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk :Mengkaji kesan penggunaan 'TOnes Card' dalam meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula di kalangan 3 orang murid tahun 1.

3.2 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula.

ii. Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula.

102

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah Segamat. Subjek kajian yang dipilih ialah tiga orang murid daripada 24 orang murid tahun 1. Subjek kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian semasa sesi pembelajaran dan pengajaran, buku latihan, lembaran kerja dan ujian diagnostik yang dijalankan. Daripada semakan buku latihan dan ujian diagnostik didapati subjek kajian telah melakukan kesalahan ketika menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan bentuk lazim.Walaupun subjek kajian ini membuat kesilapan dalam menyelesaikan operasi tolak namun ketiga-tiga subjek kajian telah mengenal nombor dan boleh melaksanakan operasi tambah dan tolak tanpa mengumpul semula. Subjek kajian ini terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Ketiga-tiga subjek kajian ini berbangsa melayu.

5.0 TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN

Dalam kajian ini saya menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart sebagai asas kepada pelaksanaan kajian. Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1988), kajian tindakan merupakan satu proses kitaran dan berterusan. Empat kitaran yang diperkenalkan oleh Kemmis dan Mc Taggart adalah seperti dalam rajah 4 dibawah.

Rajah 4: Model Kemmis & Mc Taggart (1988)5.1 Merancang

Berpandukan rajah 4, kajian tindakan perlu dimulakan dengan fasa merancang. Dalam fasa ini, saya telah merancang dan membina instrumen dan bahan yang berkaitan untuk kajian dan juga bahan 'TOnes Card' yang digunakan dalam sesi rawatan. 'TOnes Card dipilh kerana ia merupakan bahan maujud yang dibina berinspirasikan daripada set PANT dalam kajian Suzie anak John. Saya merancang untuk mengadakan 4 kali sesi rawatan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Saya juga telah merancang dan membina instrumen-instrumen yang akan digunakan dalam kajian saya. Instrumen-instrumen yang saya pilih adalah ujian pra, ujian pasca, lembaran latihan, borang pemerhatian dan soalan sesi temubual. Soalan ujian pra dan ujian pasca dibina berdasarkan kepada Dokumen Standard Matematik Tahun Satu.

5.2 Bertindak

5.2.1 Mengenalpasti Masalah

Operasi tolak merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid dalam matapelajaran Matematik. Namun begitu terdapat juga murid yang lemah dan tidak menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan proses pengumpulan semula. Hal ini lah yang menarik perhatian saya untuk menggunakan Kaedah 'TOnes Card' dalam usaha membantu subjek kajian untuk menguasai kemahiran operasi tolak dengan pengumpulan semula. Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, saya memulakan langkah dengan menyemak hasil kerja murid dalam buku latihan dan lembaran kerja yang diberi. Didapati terdapat sebilangan murid yang belum menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Setelah itu saya menjalankan ujian diagnostik bagi memilih murid untuk dijadikan subjek kajian. Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan, saya memilih 3 orang murid yang melakukan kesilapan yang sama sebagai subjek kajian. Seterusnya Ujian pra dilaksanakan kepada subjek kajian yang dipilih untuk mengesan daerah kelemahan mereka dan kesilapan yang dilakukan agar proses tindakan dan rawatan dapat dijalankan.

5.2.2 Pelaksanaan Sesi Rawatan

Bagi sesi rawatan pertama, saya terlebih dahulu memperkenalkan penggunaan 'TOnes Card' kepada subjek Kajian. Penerangan dan demonstrasi dilaksanakan oleh saya. Subjek kajian akan diberikan peluang untuk memanipulasikan bahan manipulatif tersebut agar mereka mengukuhkan pemahaman terhadap nilai tempat dan memahami proses pertukaran antara nilai tempat terlebih dahulu. Apabila subjek kajian telah mengenal nilai tempat dengan baik, 'TOnes Card' mula digunakan dalam proses menolak yang melibatkan proses mengumpul semula dalam bentuk lazim (menggunakan tapak bentuk lazim yang disediakan). Subjek kajian dibimbing menggunakan 'TOnes Card' untuk melakukan proses pengumpulan semula dari rumah puluh kepada rumah sa. Kemudian dalam lajur bentuk lazim, subjek kajian akan dibimbing mengumpul semula nilai nombor diatas sebelum menolak nombor dibawah. Murid dibimbing membuat beberapa latihan supaya mereka menguasai dan menjadikan penggunaan 'TOnes Card' ini sebagai asas dalam memahami konsep mengumpul semula. Jadual 1 menunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan 'TOnes Card'.

Jadual 1: Langkah Penggunaan 'TOnes Card'1. Tuliskan ayat matematik yang diberi ke dalam bentuk lazim pada 'TOnes Card Board' kemudian, Susun 'TOnes Card' berdasarkan soalan yang ditulis.

2. Melakukan proses pengumpulan semula dengan mengambil 1 'Tens Card' atau Kad Puluh dan meletakkan pada rumah sa.

3. Kira dan tuliskan nilai baru pada rumah sa.

4. Tolakkan bermula dari rumah sa dengan cara mengeluarkan kad nilai sa berdasarkan bilangan yang hendak ditolak. Tulis bilangan kad sa yang tinggal dalam ruangan nilai tempat sa.

5. Kemudian keluarkan pula kad lajur puluh yang ada mengikut bilangan yang ditolak. Tuliskan bilangan kad lajur puluh yang tinggal dalam ruangan nilai tempat puluh.

Melalui pendedahan dan pengulangan menggunakan 'TOnes Card' dalam melaksanakan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula, subjek kajian juga didedahkan dengan algorithma proses menolak yang melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Selepas memberi penerangan dan melaksanakan demonstrasi, subjek kajian akan diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan' TOnes Card'. Bagi sesi rawatan pertama , saya hanya memberikan latihan atau soalan aras rendah untuk memotivasikan subjek kajian dan membiasakan mereka dengan penggunaan "TOnes Card'. Hal ini dilakukan agar sesi rawatan selama 30 minit ini dapat menarik minat subjek kajian untuk menjalani sesi rawatan seterusnya. Setelah murid menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula menggunakan 'TOnes Cards', murid juga dibimbing untuk menolak dalam bentuk lazim dengan menggunakan perkataan ambil 1 rumah puluh dan masukkan nilai sepuluh ke rumah sa pada minggu ketiga. Saya juga memberi tunjuk ajar dan membimbing subjek kajian untuk menghubungkaitkan kaedah 'TOnes Cards' dengan proses mengumpul semula serta menitikberatkan kepentingan pertukaran antara nilai tempat.Selepas sesi rawatan pertama, rawatan sesi kedua pula dilaksanakan. Pada sesi ini soalan latihan yang diberikan mula melibatkan proses pengumpulan semula secara total. Pada sesi ini juga subjek kajian menyelesaikan soalan secara berkumpulan. Pembelajaran koperatif ini bertujuan untuk menggalakkan mereka berkomunikasi dan berkongsi pendapat di samping membantu mereka meningkatkan daya ingatan dalam proses menyelesaikan latihan yang diberi yang melibatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula. Proses rawatan ini diulang pada sesi rawatan ketiga untuk mengukuhkan tahap penguasaan subjek kajian dalam menyelesaikan soalan latihan yang diberi menggunakan 'TOnes Card'.Selesai sesi rawatan kedua dan ketiga, pada sesi rawatan keempat, saya meneruskan rawatan dengan mengadakan sesi rawatan secara individu. Subjek kajian akan melalui sesi rawatan secara individu. Hal ini bagi menguji setiap subjek kajian sama ada betul-betul telah menguasai penggunaan 'TOnes Card' dalam menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula atau tidak. Selain itu sesi ini juga untuk meningkatkan tahap keyakinan subjek kajian terhadap kemampuan diri sendiri. Pada hujung setiap sesi rawatan, subjek kajian akan diberikan satu latihan penilaian ringkas untuk mengesan tahap kemajuan mereka. Rekod kemajuan digunakan untuk mencatat tahap penguasaan subjek kajian. Semasa sesi rawatan, rakaman video dibuat untuk merakam interaksi subjek kajian bersama rakan serta saya dan segala tindak balas yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran rawatan dijalankan. Sepanjang sesi rawatan ini, peneguhan dan ganjaran diberikan kepada subjek kajian untuk menarik minat subjek kajian. Hal ini bertepatan dengan pendapat pengasas Teori Behaviorisme, Thorndike, yang menyatakan bahawa guru perlu memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti pujian dan hadiah apabila mereka memberi respon yang betul (Noriati,Boon dan Sharifah 2009). Dalam Kajian ini saya telah menggukan kata-kata pujian dan coklat sebagai ganjaran kepada subjek kajian.

5.3 Memerhati

Fasa pemerhatian merupakan merupakan fasa menganalisis data-data yang diperoleh daripada fasa tindakan. Data daripada ujian pra dan pasca dianalisis secara kuantitatif dengan bantuan jadual dan graf statistik untuk melihat adakah penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula. Ujian pasca diberikan kepada subjek kajian untuk menguji tahap penguasaan mereka dalam kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula dari rumah puluh ke rumah sa. Secara tidak langsung ujian ini akan memberikan gambaran tentang keberkesanan kaedah yang digunakan dan sesi rawatan yang dijalankan. Data daripada pemerhatian dan temubual pula dianalisis secara kualitatif untuk melihat tingkah laku , kebolehan dan tahap keyakinan subjek kajian sepanjang sesi rawatan dijalankan. Hasil analisis inilah yang akan menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan 'TOnes Card' dalam membantu subjek kajian menguasai kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula seterusnya membantu saya menjawab persoalan kajian.

5.4 Mereflek

Fasa terakhir dalam model ini, iaitu fasa mereflek memerlukan saya membuat penilaian sejauh mana kajian tindakan yang saya jalankan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan menjawab kedua-dua persoalan kajian. Fasa ini akan dibincangkan pada sub topik yang seterusnya.

6.0 CARA MENGUMPUL DATA

Menurut Othman Talib (2011), Triangulasi adalah keperluan dalam kajian kualitatif. Triangulasi bermaksud integrasi method yang berbeza bagi mendapatkan lebih daripada satu bentuk data. Chua (2009) menyatakan kaedah triangulasi ini dapat membina kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi kepada hasil kajian kualitatif. Saya menggunakan kertas ujian pra dan ujian pasca, rekod kemajuan murid, pemerhatian dan temubual separa berstruktur sebagai instrumen di dalam kajian ini. Penggunaan pelbagai teknik ini, adalah diharap dapat memberikan perspektif yang tepat dalam kajian ini.

6.1 Ujian pra dan Ujian pasca

Ujian pra diberi kepada subjek kajian sebelum tindakan pembelajaran menggunakan kaedah 'TOnes Cards' ini dilaksanakan. Dalam kajian ini saya telah memastikan kertas ujian bagi kedua-dua ujian (Ujian pradan Ujian pasca) adalah setara arasnya dari segi soalan, peruntukan masa dan situasi ujian. Ujian pra diberi kepada subjek kajian sebelum sesi rawatan dilaksanakan menakala ujian pasca dilaksanakan selepas sesi rawatan menggunakan kaedah 'TOnes Cards' selesai di jalankan. Rujuk lampiran A (Item ujian Pra) dan lampiran B (Item Ujian pasca) Pelaksanaan ujian pra bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap penguasaan subjek kajian didalam kemahiran yang diuji. Kertas soalan bagi ujian ini mengandungi 10 item soalan yang melibatkan operasi tolak dalam lingkungan 50 yang melibatkan pengumpulan semula. Data yang diperolehi dalam ujian ini kemudiannya dianalisis sebelum sesi rawatan dilaksanakan. Setelah tamat sesi rawatan, ujian pasca pula diberikan untuk melihat keberkesanan kaedah rawatan untuk mengatasi ketidakupayaan subjek kajian dalam kemahiran menolak yang melibatkan pengumpulan semula. Data daripada ujian ini juga di kumpul dan dianalisis untuk melihat adakah penggunaan bahan dan kaedah rawatan ini dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak dengan pengumpulan semula.

6.2 Pemerhatian.

Kaedah pemerhatian tertumpu kepada pemerhatian sepanjang proses rawatan berlangsung. Pemerhatian dilakukan melalui senarai semak dan rakaman foto serta video yang diambil. Pemerhatian berstruktur selalunya menggunakan senarai semak pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur biasanya menggunakan catatan nota lapangan. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Kaedah pemerhatian juga boleh digunakan dalam kajian untuk tujuan pengumpulan data sebagaimana yang dinyatakan oleh Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal first hand encounter tentang perkara yang hendak dikaji. Dalam kajian ini saya telah memilih untuk melakukan pemerhatian menggunakan senarai semak. Penggunaan senarai semak adalah untuk mengenalpasti perkembangan subjek kajian dari segi pengetahuan, sikap, dan kebolehan subjek kajian. Sepanjang aktiviti proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di dalam lokasi yang dipilih, respon subjek kajian dan hasil kerja mereka diperhatikan. Gambar diambil semasa mereka menyelesaikan soalan operasi tolak dengan mengumpul semula untuk di teliti. Senarai semak ditanda semasa dan selepas sesi rawatan berdasarkan rakaman foto dan video. Sepanjang sesi rawatan pemerhatian dilakukan oleh saya sendiri dan dengan bantuan rakan guru. Butiran pemerhatian dicatat di dalam borang catatan pemerhatian yang disediakan.

6.3 Temu bual murid

Menurut Chow dan Jaizah (2011), temubual adalah satu teknik yang amatberkesan untuk meninjau persepsi seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai, dan pendapatnya. Menurut Mohamad Najib (1999) , temu bual penting bagi mendapatkan maklum balas secara bersemuka dengan subjek. Merriam (2002) pula menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan analisis sebab atau punca yang mengakibatkan miskonsepsi berlaku. Ia adalah penting untuk mengetahui punca murid melakukan kesilapan tersebut supaya dapat merawat dengan kaedah yang paling sesuai. Untuk kajian ini, saya menggunakan temu bual berstuktur kerana saya ingin mendapatkan pendapat dan tahap penguasaan subjek kajian dalam masalah yang dihadapi. Soalan-soalan dalam sesi temu bual telah disediakan terlebih dahulu dengan merujuk kepada dua kajian yang lepas iaitu kajian Ra Fiona Anak Raban (2008) dan Susie anak John (2012). Temubual dijalankan sebelum dan selepas sesi rawatan dilaksanakan. Hasil daripada temu bual ini turut dijadikan sokongan untuk menunjukkan sama ada subjek kajian ini berminat terhadap bahan yang digunakan dan bagaimana penggunaan 'TOnes Card' membantu mereka menguasai kemahiran. Selain itu, saya juga menemubual seorang subjek kajian pada satu masa supaya subjek kajian tidak meniru jawapan seperti yang dijawab oleh subjek kajian yang lain. Objektif temubual adalah untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan kedua kajian iaitu bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula. Saya menggunakan rakaman foto, dan catatan nota tangan untuk merekod maklum balas daripada subjek kajian. Kandungan temubual ditranskripkan dan seterusnya dianalisis secara manual. Jawapan subjek kajian dijadikan data berhubung dengan persoalan kajian yang kedua tanpa menilai sama ada respon atau jawapan yang diberikan betul atau salah.

6.4 Rekod Kemajuan Murid

Kementerian Pendidikan Malaysia (2009) menyatakan dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Penekanan analisis kandungan dokumen adalah untuk menjawab persoalan kajian (Krippendorff,2004). Saya menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap ujian pra, lembaran kerja, dan ujian pasca daripada subjek kajian. Selain itu saya juga menilai kemajuan subjek kajian dan mengesan kesilapan mereka dalam menjawab soalan latihan yang diberi. Rekod ini adalah sebagai penanda aras sama ada subjek kajian telah mencapai objektif kajian dan sesi rawatan boleh ditamatkan.

7.0 KEPUTUSAN / ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

7.1 Persoalan Kajian 1Adakah penggunaan kaedah 'TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula.

Saya menjalankan kajian ini untuk melihat keberkesanan 'TOnes Card' dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menolak melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa dikalangan subjek kajian. Ujian pra ditadbir sebelum subjek kajian didedahkan dengan penggunaan 'TOnes Card' dalam menyelesaikan operasi tolak melibatkan pengumpulan semula dalam bentuk lazim. Selesai sesi rawatan, ujian pasca pula ditadbirkan untuk menguji tahap penguasaan subjek kajian dan keberkesanan penggunaan 'TOnes Card'.

7.1.1 Analisis Ujian pra dan Ujian pasca

Sebelum mengadakan sesi rawatan untuk subjek kajian, saya terlebih dahulu mengadakan ujian pra pada 27 Januari 2015. Dalam ujian pra dan ujian pasca, sebanyak sepuluh soalan disediakan untuk subjek kajian. Soalan-soalan dalam kedua-dua ujian ini mempunyai aras soalan yang sama. Hal ini bertujuan agar saya dapat melihat perkembangan penguasaan subjek kajian terhadap kemahiran yang diuji. Selepas tamat sesi rawatan, subjek kajian diberi ujian pasca untuk saya membuat perbandingan pencapaian mereka. Jadual 2 menunjukkan markah subjek kajian dalam ujian pra dan ujian pasca.

Subjek KajianUjian PraUjian pascaPerbezaan Markah(+ atau -)

Subjek 10%100 %+100%

Subjek 20%100%+100%

Subjek 30%90%+90%

Jadual 2 : Markah Ujian pra dan Ujian pasca serta Perbezaan Markah

Jadual 2 menunjukkan markah ujian pra dan ujian pasca daripada tiga orang subjek kajian. Subjek kajian merupakan dikalangan murid sederhana. Subjek kajian ini dipilh berdasarkan hasil semakan latihan, dan ujian diagnostik yang dijalankan. Ketiga-tiga subjek kajian ini telah menguasai kemahiran menolak tanpa mengumpul semula tetapi berhadapan dengan kesukaran menolak yang melibatkan pengumpulan semula. Dalam ujian pra Subjek 1, Subjek 2 dan subjek 3 mendapat 0 markah daripada 10 markah. Ketiga-tiga subjek kajian ini melakukan kesalahan yang sama. Selesai menduduki ujian pra, sesi rawatan telah dilaksanakan sebanyak empat kali, dimana setiap sesi mengambil masa selama 30 minit. Bedasarkan jadual 2, saya mendapati semua subjek kajian mempunyai kemajuan yang sangat ketara dalam menjawab soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Subjek 1 dan subjek 2 mendapat markah penuh 100% setelah berjaya menjawab semua soalan dengan betul manakala subjek 3 dapat menjawab dengan betul 9 daripada 10 soalan yang diberi dan mendapat markah 90%. Perbandingan markah dapat dilihat dengan lebih jelas melalui Rajah 5.

Rajah 5 : Graf Perbandingan markah ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan Rajah 5 diatas menunjukkan perbandingan pencapaian subjek kajian dalam ujian pra (sebelum sesi rawatan) dan ujian pasca (selepas sesi rawatan). Subjek kajian 1 dan 2 menunjukkan peningkatan 100% dalam ujian pasca manakala Subjek 3 menunjukkan peningkatan sebanyak 90%. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula dalam bentuk lazim.

7.2 Persoalan Kajian 2Bagaimanakah 'TOnes Cards' dapat membantu tiga orang murid Tahun 1 menguasai kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula.

Saya menjawab persoalan kedua ini dengan menggunakan analisis kandungan berdasarkan rekod kemajuan murid, borang pemerhatian dan transkrip temubual. Pemerhatian dijalankan sepanjang sesi rawatan, manakala sesi temubual dilaksanakan sebelum dan selepas sesi rawatan untuk mengenalpasti bagaimana penggunaan 'TOnes Card' ini dapat membantu subjek kajian meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula.

7.2.1 Analisis Rekod Kemajuan Murid

Rekod kemajuan murid digunakan untuk merekodkan markah subjek kajian dalam ujian pra, lembaran latihan, dan ujian pasca. Ujian Pra, ujian pasca dan lembaran latihan yang diberi adalah untuk melihat perkembangan subjek kajian sebelum, semasa dan selepas sesi rawatan dilaksanakan. Selain itu melalui rekod kemajuan murid ini dapat membantu saya untuk melihat perkembangan prestasi subjek kajian dalam setiap sesi rawatan yang dijalankan. Jadual 3 dan Rajah 6 menunjukkan data yang direkod dalam rekod kemajuan murid.

Jadual 3: Markah Subjek kajian dalam ujian pra, Lembaran sesi rawatan dan ujian pascaSubjek KajianPerkaraBilangan BetulMarkah (%)

Subjek Kajian 1

Ujian PraLembaran 1Lembaran 2Lembaran 3Ujian pasca0/104/108/1010/1010/1004080100100

Subjek Kajian 2

Ujian PraLembaran 1Lembaran 2Lembaran 3Ujian pasca0/105/109/1010/1010/1005090100100

Subjek Kajian 3

Ujian PraLembaran 1Lembaran 2Lembaran 3Ujian pasca0/102/105/108/109/10020508090

Rajah 6 : Graf Rekod Kemajuan MuridData rekod kemajuan murid daripada Jadual 3 dan Rajah 6 menunjukkan prestasi ketiga-tiga subjek kajian sepanjang sesi rawatan. Daripada data yang diperolehi, jelas menunjukkan bahawa dengan penggunaan 'TOnes Card' dapat membantu murid menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa dengan betul. Hal ini berlaku berdasarkan rekod kemajuan murid ini yang mana didapati ketiga-tiga subjek kajian mendapat markah 0 dalam ujian pra, telah menunjukkan peningkatan semasa dan selepas sesi rawatan dijalankan. Ini membuktikan bahawa ketiga-tiga subjek kajian yang langsung tidak menguasai kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula telah menunjukkan peningkatan prestasi sepanjang sesi rawatan dan selepas sesi rawatan dilaksanakan. Subjek Kajian 1 dan 2 didapati dapat menjawab soalan lembaran dengan menggunakan 'TOnes Card' dengan lebih cepat berbanding subjek kajian 3. Walau bagaimanapun masih berlakunya kecuaian semasa menjawab soalan.Selepas sesi rawatan selesai, ujian pasca diberikan dan hasilnya subjek kajian 1 dan 2 dapat menjawab semua soalan dengan betul manakala subjek kajian 3 salah satu soalan akibat kecuaian pengiraan. Justeru itu hal ini menjelaskan bahawa sesi rawatan dan lembaran latihan yang diberikan dan penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak nombor hingga 50 dengan pengumpulan semula. Rajah 7 dan rajah 8 menunjukkan contoh hasil ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan.

S 3S 2S 1

Rajah 7 : Contoh ujian pra subjek kajian

S 1

S 3S 2

Rajah 8 : Contoh ujian pasca subjek kajian

Dalam ujian pasca , ketiga- tiga subjek kajian telah menunjukkan jalan kerja yang betul dalam menjawab soalan yang diberikan kecuali bagi subjek kajian 3 telah melakukan kesalahan pada soalan 7, walau bagaimanapun kesalahan yang dilakukan adalah akibat dari kecuaian pengiraan bukan kesilapan mengumpul semula. Hal ini membuktikan bahawa dengan penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula bagi ketiga-tiga subjek kajian.

7.2.2 Analisis Pemerhatian

Saya menggunakan senarai semak sebagai instrumen pemerhatian untuk mengenalpasti perkembangan subjek kajian dari segi minat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan penguasaan sepanjang sesi rawatan berlangsung. Saya menandai senarai semak semasa dan selepas sesi rawatan berlangsung. Terdapat tujuh kriteria yang di ambil kira bagi mengesan perkembangan penguasaan subjek ketika menjalani sesi rawatan. Bagi sesi rawatan pertama, saya memperkenalkan dan memberi penerangan bagaimana menggunakan 'TOnes Card'. Lihat Rajah 9.

Rajah 9: Sesi rawatan pertama

Rajah 10 pula menunjukkan aktiviti dan tingkah laku subjek kajian sepanjang sesi rawatan dilaksanakan manakala Jadual 4, Jadual 5 dan Jadual 6 menunjukkan pemerhatian terhadap tingkah laku subjek kajian sepanjang empat sesi rawatan yang telah dilaksanakan.

Rajah 10: Tingkah laku subjek kajian sepanjang sesi rawatan

Jadual 4 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 1.BILKRITERIA TINGKAH LAKUSESI RAWATAN

1234

1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Kurang berminatMula berminatBerminat dan aktifBerminat dan aktif

2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'Belum menguasai sepenuhnyaSudah menguasai tetapi melakukan kecuaianSudah menguasai Sepenuhnya.Sudah menguasai sepenuhnya

3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

Tidak boleh, ada banyak kesilapanBoleh tetapi terdapat kecuaian.Boleh Boleh dengan lebih yakin.

4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.Belum. Masih keliru.Ya menjawab pertanyaan guru.Ya menjawab pertanyaan guruYa menjawab pertanyaan guru dengan yakin.

5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti berlangsung?

Ya. Murid kurang aktif kerana kurang memahamiYa. Murid sudah mula aktif.Ya. Murid semakin aktif.Ya. Murid sangat aktif

6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

Tidak YakinSudah mula yakinYakinYakin

7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.

TidakTidak. Masih keliruYa.Ya.

Jadual 5 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 2.BILKRITERIA TINGKAH LAKUSESI RAWATAN

1234

1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Kurang berminatMula berminatBerminat dan aktifBerminat dan aktif

2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'Belum menguasai sepenuhnyaSudah menguasai tetapi melakukan kecuaianSudah menguasai Sepenuhnya.Sudah menguasai sepenuhnya

3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Cards'

Tidak boleh, ada banyak kesilapanBoleh tetapi terdapat kecuaian.Boleh Boleh dengan lebih yakin.

4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.Belum. Masih keliru.Ya menjawab pertanyaan guru.Ya menjawab pertanyaan guruYa menjawab pertanyaan guru dengan yakin.

5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti berlangsung?

Ya. Murid kurang aktif kerana kurang memahamiYa. Murid sudah mula aktif.Ya. Murid semakin aktif.Ya. Murid sangat aktif

6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

Tidak YakinSudah mula yakinYakinYakin

7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.TidakTidak. Masih keliruYa.Ya.

Jadual 6 : Analisis Pemerhatian Terhadap Subjek Kajian Dengan Menggunakan Borang Pemerhatian Subjek Kajian 3.BILKRITERIA TINGKAH LAKUSESI RAWATAN

1234

1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Kurang berminatMula berminatBerminat Berminat dan aktif

2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'Belum menguasai sepenuhnyaBelum menguasai sepenuhnyaSudah menguasai tetapi melakukan kecuaianSudah menguasai sepenuhnya

3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

Tidak boleh, ada banyak kesilapanBoleh tetapi terdapat kecuaian.Boleh tetapi terdapat sedikit kecuaianBoleh dengan lebih yakin.

4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.Belum. Masih keliru.Ya menjawab pertanyaan guru.Ya menjawab pertanyaan guruYa menjawab pertanyaan guru dengan yakin.

5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti berlangsung?

Ya. Murid kurang aktif kerana kurang memahamiYa. Murid sudah mula aktif.Ya. Murid semakin aktif.Ya. Murid t aktif

6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

Tidak YakinSudah mula yakinYakinYakin

7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.TidakTidak. Masih keliruYa.Ya.

Berdasarkan Jadual 4, 5 dan 6, saya telah membuat analisis perbandingan tingkah laku ketiga-tiga subjek kajian dalam sesi rawatan kedua dan sesi rawatan keempat. (Rujuk Jadual 7 dan Jadual 8)Jadual 7 :Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 2BILKRITERIA TINGKAH LAKUSUBJEK KAJIAN

123

1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.Kurang Berminat

Kurang BerminatKurang Berminat

2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'

Belum menguasai sepenuhnyaBelum menguasai sepenuhnyaBelum menguasai sepenuhnya

3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

Tidak boleh, ada banyak kesilapanTidakboleh, ada banyak kesilapanTidak boleh, ada banyak kesilapan

4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.

Tidak. Kelihatan masih keliruYaYa

5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti berlangsung?

Tidak. Murid kurang aktif Tidak. Tidak.

6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Cards'

Tidak YakinTidak YakinTidak Yakin

7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.

TidakTidakTidak

Berdasarkan Jadual 7, hasil pemerhatian menunjukkan ketiga-tiga subjek kajian melakukan kecuaian dan kesilapan semasa menjawab soalan yang diberikan. Oleh kerana mereka ini belum mahir dengan penggunaan 'TOnes Card ' ini maka kesilapan masih lagi dilakukan, disamping itu, mereka juga menunjukkan tingkah laku yang tidak yakin semasa menjawab soalan. Selain itu, semua subjek kajian tidak dapat menjawab semua soalan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Rajah 11 menunjukkan antara tingkah laku subjek kajian semasa sesi rawatan kedua.

Rajah 11: Tingkah laku subjek kajian semasa sesi rawatan kedua dan ketiga

Setelah menjalani sesi rawatan sebanyak 2 kali subjek kajian mula menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih positif. Pada sesi rawatan keempat perubahan tingkah laku subjek kajian berlaku hampir 100%. Jadual 8 menunjukkan data pemerhatian semasa sesi rawatan keempat. Saya dapati tidak lagi berlakunya kesilapan dalam proses pengumpulan semula. Hal ini dibuktikan melalui keputusan semakan Lembaran 3. Jadual 8 juga menunjukkan tingkah laku ketiga-tiga subjek kajian setelah mereka mahir menggunakan 'TOnes Card' dalam menyelesaikan soalan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Saya dapati kesalahan dan kecuaian subjek kajian dalam menjawab soalan telah berkurang. Berdasarkan jadual 8 , didapati subjek kajian 3 telah melakukan kesilapan dalam melakukan operasi tolak (dari segi pengiraan), namun begitu subjek kajian 3 telah melakukan proses pengumpulan semula dengan betul. Setelah melakukan proses penyemakan, subjek kajian 3 telah sedar akan kesilapan yang dilakukan dan dia telah menyatakan bahawa di lain masa dia akan lebih berhati-hati semasa menjawab soalan. Semasa sesi rawatan ke empat ini juga saya dapati ketiga-tiga subjek kajian dapat melakukan jalan kerja mereka dengan yakin dan bersemangat. Saya juga mendapati ketiga-tiga subjek kajian boleh berkomunikasi dan berbincang bersama rakan sepanjang sesi rawatan berlangsung.

Jadual 8 :Analisis Pemerhatian Sesi Rawatan 4BILKRITERIA TINGKAH LAKUSUBJEK KAJIAN

123

1.Berminat dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Ya.

Ya. Sangat berminatYa. Sangat berminat

2Adakah murid memahami Penggunaan 'TOnes Card'

YaYaYa

3Adakah murid dapat menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

YaYaYa

4Meningkatkan kefahaman tentang proses mengumpul semula.

YaYaYa

5Adakah murid bekerjasama antara satu sama lain semasa aktiviti berlangsung?

YaYa.Ya.

6Adakah murid yakin semasa menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'TOnes Card'

YakinYakinYakin

7Menjawab semua soalan bersungguh-sungguh.

YaYaYa

Berdasarkan Jadual 8, didapati ketiga-tiga subjek kajian telah memberikan tindak balas yang positif dengan menunjukkan penglibatan diri yang aktif semasa sesi rawatan keempat dijalankan. Hal ini sangat berbeza dengan situasi semasa sesi rawatan pertama dilaksanakan di mana subjek kajian lebih suka berdiam dan pasif.Berdasarkan data dalam Jadual 8 juga, ketiga-tiga subjek kajian menunjukkan minat yang tinggi untuk melakukan aktiviti pembelajaran dan menjawab soalan. Penggunaan 'TOnes Card' telah berjaya menarik perhatian subjek kajian untuk kekal aktif dan bersungguh-sungguh semasa sesi pembelajaran dan membuat latihan. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan 'TOnes Card' telah dapat meningkatkan minat dan penguasaan kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula dari puluh ke sa dikalangan subjek kajian.

7.2.3 Analisis Temubual

Temubual merupakan salah satu cara yang saya gunakan dalam proses untuk mendapatkan data kajian bagi menjawab persoalan kedua kajian. Sesi temubual diadakan secara berasingan antara ketiga-tiga subjek kajian. Hal ini bagi mengelakkan mereka meniru jawapan. Temubual antara saya dan subjek kajian telah ditranskripkan untuk mengenalpasti bagaimana penggunaan 'TOnes Card' dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Hasil daripada temubual yang dijalankan terdapat tiga kriteria yang dikenalpasti untuk membantu saya menganalisis data yang di peroleh. Hasil analisis adalah berdasarkan kriteria seperti berikut:

1) Persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula sebelum dan selepas sesi rawatan.

Sebelum rawatan

Guru:Awak suka dengan operasi tolak ?Subjek 1:diam....menggeleng...diam...tak suka sangatGuru:Kenapa tak suka sangat?Subjek 1:emmm....diam... susah sikit..Guru: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?Subjek 1: Buang..senyum.Guru: Kalau 5 - 2 berapa?Subjek 1:...diam seketika... 3 cikgu....Guru: Kalau 2 - 5 pula berapa?Subjek 1 :...diam... mengangkat bahu.....

(Rujuk lampiran temubual sebelum rawatan subjek 1)

Guru:Awak suka dengan operasi tolak ?Subjek 2 :Suka jugak...sikit-sikit..Guru: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?Subjek2: Emmm....Nombor besar tolak nombor kecil....Guru: Kalau 5 - 2 berapa?Subjek 2:...diam seketika... 3Guru: Kalau 2 - 5 pula berapa?Subjek 2 :...diam (berfikir)... 3 juga...

(Rujuk lampiran temubual sebelum rawatan subjek 2 )

Untuk melihat perbandingan kefahaman dan tahap penguasaan subjek kajian sebelum dan selepas rawatan, saya telah menjalankan sesi temubual bersama ketiga-tiga subjek kajian sebelum sesi rawatan dan selepas sesi rawatan dijalankan. Melalui temubual bersama Subjek kajian 1 dan 2 sebelum sesi rawatan, saya dapati subjek kajian 1 dan 2 ini tidak menghadapi masalah berkaitan operasi tolak tanpa mengumpul semula. Namun begitu subjek kajian 2 memahami bahawa dalam operasi tolak, nombor besar mesti tolak nombor kecil. Hal inilah yang membuatkan subjek kajian 2 menyatakan jawapan dua tolak lima sama dengan tiga. Bagi subjek kajian 1 pula, kelihatan tidak yakin semasa menjawab namun masih boleh menolak tanpa mengumpul semula. Kesalahan ini juga dapat diperhatikan dalam ujian diagnostik dan ujian pra yang dijawab oleh subjek kajian 1 dan 2. Subjek kajian 2 telah membina kefahamannya sendiri, iaitu nombor besar mesti tolak nombor kecil dengan mengetepikan fungsi nilai tempat dalam soalan yang diberikan manakala subjek kajian 1 memahami operasi tolak sebagai buang namun tidak memahami proses pengumpulan semula.

Guru: Apa yang awak tahu tentang operasi tolak?Subjek 3: DiamGuru: Kalau 5 - 2 berapa?Subjek 3:...diam seketika... 3 (nada rendah)Guru: Kalau 2 - 5 pula berapa?Subjek 3 :...diam... mengangkat bahu.....

(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian 3)

Subjek kajian 3 pula agak pasif berbanding dengan subjek kajian 1 dan 2. Subjek kajian ini kurang memberi jawapan kepada soalan yang diajukan dan lebih banyak menggunakan bahasa tubuh. Melalui sesi temubual ini, subjek kajian 3 juga didapati boleh menolak tanpa mengumpul semula walaupun agak perlahan. Subjek kajian 3 ini juga tidak mempunyai idea dan kefahaman tentang proses pengumpulan semula.Selepas Rawatan:

Guru:Adakah awak suka operasi tolak?Subjek 1 :Suka....(senyum)Guru: Kenapa?Subjek 1: Sebab..(senyum)..... dah pandai buat....

(Rujuk lampiran temubual selepas sesi rawatan bagi subjek kajian 1)

Guru:Adakah awak suka operasi tolak?Subjek 2 :Suka....(yakin dan bersemangat)Guru:Kenapa?Subjek 2: Sebab dah faham....senang je...

(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian 3)

Guru:Adakah awak suka operasi tolak?Subjek 3 :Suka....(senyum)Guru:Kenapa?Subjek 3: Dah boleh jawab.... dah faham sikit...senyum...

(Rujuk lampiran temubual sebelum sesi rawatan bagi subjek kajian 3)

Melalui temubual selepas rawatan seperti di atas di dapati persepsi subjek kajian terhadap operasi tolak mula berubah ke arah yang lebih positif setelah sesi rawatan dijalankan dengan menggunakan 'TOnes Card'.

2) Kefahaman subjek kajian dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula selepas rawatan.

Untuk mengetahui tentang kefahaman subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula selepas selesai sesi rawatan yang dilaksanakan sebanyak empat kali, sesi temu bual selepas rawatan dijalankan. Melalui sesi temubual selepas sesi rawatan, didapati subjek kajian1, 2 dan 3 telah memahami proses pengumpulan semula dan mengetahui jalan penyelesaiannya. Hal ini dibuktikan melalui transkrip temubual seperti di bawah.

Guru: Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7 berapa?Subjek 1:Tak boleh cikgu...tak cukup.... kena ambil dari rumah puluh...Guru: Ambil berapa?Subjek 1: Ambil 1 je... letak dalam rumah sa....Guru: 1 puluh masuk rumah sa, jadi berapa?Subjek 1: jadi 10...Guru: Lepas tu?Subjek 1: 10 tambah 3...jadi 13... lepas tu tolakla...

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 1)

Guru: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya? Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7 berapa?Subjek 2 : Tak boleh... tak cukup cikgu... kena pinjam baru boleh tolak...Guru : Pinjam dari mana?Subjek 2 : rumah puluh...ambil 1...letak kat rumah sa...Guru : 1 kad puluh sama dengan....Subjek : 10 sa cikgu... tambah dengan 3...jadi bilangan rumah sa ada 13... baru tolak 7Subjek 3: jadi 13 cikgu... baru tolak dengan tujuh...

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)

Guru: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya? Baiklah... kalau 23 tolak 7 , dalam bentuk lazim, 3 tolak 7 berapa?Subjek 3 : Tak boleh... tak cukup cikgu... kena pinjam...Guru : Pinjam dari mana?Subjek 3 : rumah puluh...ambil 1...Guru: 1 puluh sama denganSubjek 3: 10 saGuru: lepas tu?Subjek 3: 10 tambah 3 cikgu.. emm.... baru tolak tujuh...

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 3)

Justeru itu secara kesimpulannya berdasarkan sesi temu bual yang dijalankan ini, didapati tahap kefahaman subjek kajian terhadap operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula telah meningkat.

3) Penggunaan 'TOnes Card' meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula.

Guru: Oh... dah boleh jawab soalan yang cikgu beri ya?Subjek : ya....guna 'TOnes Cards' tu..senyumGuru: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?Subjek 1: Suka... (senyum)Guru: Kenapa?Subjek 1 : Sebab senang nak kira...

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)

Guru : Faham? Faham macam mana tu.Subjek 2: Dah tahu buat la.....guna 'TOnes Card'...Guru: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?Subjek 2: Suka...( bersemangat )Guru: Kenapa?Subjek 2 : Sebab senang nak kira...seronok guna...

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 2)

Guru : Faham? Faham macam mana tu.Subjek 3: Dah tahu jawab cikgu.....guna 'TOnes Card' tu...Guru: Adakah kamu suka bahan 'TOnes Cards' ini?Subjek 3: Suka...(senyum )Guru: Kenapa?Subjek 3: Sebab senang kira... boleh cabut -cabut... cantik...(senyum)

(Rujuk lampiran temubual selepas rawatan subjek 3)

Ketiga-tiga subjek kajian suka menggunakan 'TOnes Card' untuk menyelesaikan soalan operasi tolak melibatkan pengumpulan semula. Mereka berpendapat bahawa dengan menggunakan 'TOnes Card' , dapat membantu mereka untuk mengira dengan betul terutama apabila melibatkan pengumpulan semula . 'TOnes Card' juga berjaya menarik perhatian subjek kajian untuk lebih memahami konsep pengumpulan semula. Mereka juga berpendapat dengan menggunakan'TOnes Card' dapat mengurangkan kecuaian dan kesilapan. Hal inilah yang menyebabkan ke