15
1 MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF KECIL B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH A&B DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 FHENYIUS DUASIN (920521-12-5127) SIMON BIN GIHOL ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu mengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan. Walaupun permasalahan ini kelihatan seperti kesilapan kecil dalam pembelajaran di sekolah, namun perkara ini harus dibetulkan kerana pembentukan kata haruslah menepati dengan etika tatabahasa berdasarkan aspek morfologi dan sintaksis. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran seramai empat orang responden tahun 4 iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah Tuaran yang mengalami masalah dalam membezakan penulisan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah A&B iaitu A merujuk kepada Atas manakala B pula merujuk kepada Bawah. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Data yang diperoleh juga dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, semua responden berjaya membezakan penggunaan huruf kecil b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa kaedah A&B berkesan dalam membantu murid-murid untuk membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan. Kata kunci: huruf kecil b dan p, kaedah A&B 1.0 PENDAHULUAN Merujuk Kamus Dewan (2005), maksud pendidikan ialah perihal mendidik dan pengetahuan mendidik. Makna prasekolah pula ialah sebelum memasuki sekolah, tabika dan tadika. Justeru itu, pendidikan prasekolah ialah mendidik murid-murid

Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENYELIDIKAN TINDAKAN

Citation preview

Page 1: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

1

MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF KECIL B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH A&B DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

FHENYIUS DUASIN(920521-12-5127)

SIMON BIN GIHOL

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu mengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan. Walaupun permasalahan ini kelihatan seperti kesilapan kecil dalam pembelajaran di sekolah, namun perkara ini harus dibetulkan kerana pembentukan kata haruslah menepati dengan etika tatabahasa berdasarkan aspek morfologi dan sintaksis. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran seramai empat orang responden tahun 4 iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah Tuaran yang mengalami masalah dalam membezakan penulisan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah A&B iaitu A merujuk kepada Atas manakala B pula merujuk kepada Bawah. Data dikumpul melalui pemerhatian, soal selidik, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Data yang diperoleh juga dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, semua responden berjaya membezakan penggunaan huruf kecil b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa kaedah A&B berkesan dalam membantu murid-murid untuk membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis sesuatu perkataan.

Kata kunci: huruf kecil b dan p, kaedah A&B

1.0PENDAHULUAN

Merujuk Kamus Dewan (2005), maksud pendidikan ialah perihal mendidik dan

pengetahuan mendidik. Makna prasekolah pula ialah sebelum memasuki sekolah,

tabika dan tadika. Justeru itu, pendidikan prasekolah ialah mendidik murid-murid

Page 2: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

2

sebelum mereka memasuki alam persekolahan dewasa atau persekolahan secara

formal.

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling

melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis

merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan

secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan

bahasa,   audiens   dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan

menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di

sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan

menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa

Melayu dan mata pelajaran tertentu.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai

kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka

menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid ialah seperti

keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan

perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja

serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal

membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya

menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan

tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang

terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. 

2.0FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami dalam

kalangan murid Tahun 4. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang

tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan

Page 3: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

3

penggunaan huruf kecil b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat

tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.

Hasil perbincangan dengan guru kelas Tahun 4 ini, antara masalah utama

dalam kalangan murid Tahun 4 ini ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan

huruf kecil b dan p ketika membina perkataan. Ini jelas kelihatan apabila pengkaji

membuat semakan buku tulis dan karangan mereka. Terdapat kesilapan yang

dilakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p dalam perkataan.

Oleh itu, pengkaji memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 yang

berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam penulisan Kertas Bahasa

Melayu 2 bahagian B. Realitinya, murid sebenarnya mampu membaca dengan baik

tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf kecil b dan p yang

akhirnya menyumbang ke arah kesalahan dalam ejaan, murid-murid ini sukar untuk

mendapatkan markah yang baik dalam penulisan. Justeru itu secara tidak langsung

prestasi murid-murid ini semakin merundum.

Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi

masalah bagi mereka. Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang

baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini. Justeru

itu, permasalahan dalam pembelajaran ini perlu diselesaikan dengan segera

sebelum mereka melonjak ke peringkat menengah agar mereka tidak menghadapi

masalah yang lebih besar lagi dalam penulisan tahap yang lebih tinggi.

3.0OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif UmumMengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan penggunaan huruf kecil b dan p

ketika menulis sesuatu perkataan.

3.2Objektif Khususa. Meningkatkan penggunaan huruf kecil b dan p yang betul ketika menulis

sesuatu perkataan dengan menggunakan kaedah A&B bagi murid Tahun 4.

Page 4: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

4

b. Meningkatkan prestasi murid Tahun 4 dalam aspek penggunaan huruf kecil b

dan p yang betul ketika menulis sesuatu perkataan.

3.3Persoalan KajianBerdasarkan objektif kajian, maka dua persoalan kajian telah dibina seperti yang

berikut:

a. Adakah kaedah A&B mampu meningkatkan penggunaan huruf kecil b dan p

yang betul ketika menulis sesuatu perkataan bagi murid Tahun 4?

b. Adakah kaedah A&B berkesan dalam meningkatkan prestasi murid Tahun 4

dalam aspek penggunaan huruf kecil b dan p yang betul ketika menulis

sesuatu perkataan?

4.0KUMPULAN SASARAN

Bil. Kod Responden Tahun Jantina Catatan

1. SUBJEK KAJIAN 1 (S1) 4 L

Mengalami

kekeliruan dalam

membezakan

penggunaan huruf

kecil b dan p

Page 5: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

5

ketika menulis

sesuatu perkataan

dengan

menggunakan

kaedah A&B

2. SUBJEK KAJIAN 2 (S2) 4 L

3. SUBJEK KAJIAN 3 (S3) 4 L

4. SUBJEK KAJIAN 4 (S4) 4 P

Jadual 1: Kumpulan sasaran

5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1Model Kajian Tindakan

5.2 Prosedur Penyelidikan Tindakan

Page 6: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

6

Rajah 2: Prosedur Penyelidikan Tindakan

Rajah 3: Intervensi Kaedah A&B (Kaedah Atas dan Bawah)a) Peringkat Pertama (1)

Langkah 1Untuk langkah pertama ini, pengkaji menjalankan pemerhatian sebelum

intervensi untuk mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap

penggunaan huruf b dan p. Pemerhatian dilakukan dengan pengkaji membuat

pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis, lembaran kerja dan

kertas ujian mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah dimana murid

sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan.

Selain itu, pengkaji juga membuat ujian diagnostik terhadap murid-murid.

Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan

Page 7: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

7

sesuatu perkataan itu terutama sekali perkataan yang mempunyai huruf b dan p. Ini

kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini

akan memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan murid.

Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada

kelemahan murid tersebut.

Dalam langkah ini juga pengkaji menjalankan soal selidik sebelum intervensi

kepada murid-murid. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan

sebenar murid-murid dalam kalangan Tahun 4 ini. Dalam soal selidik ini pelbagai

soalan akan ditanya dan fokus soal selidik ini adalah untuk menentukan tahap

seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara huruf b dan p.

Langkah 2Setelah mendapat hasil keputusan pemerhatian, ujian diagnostik dan juga

soal selidik, analisis hasil dapatan tersebut dilakukan dan tindakan diambil bagi

mengenalpasti subjek kajian yang memerlukan bimbingan. Tindakan selanjutnya

adalah dengan memulakan intervensi melalui sesi penerangan dan pengajaran

teknik mengenal huruf b dan p. Pengkaji memberikan pengetahuan asas terlebih

dahulu kepada subjek kajian.

Dalam langkah ini, pengkaji menerangkan kepada murid teknik menulis huruf

b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih

dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan pensil bermula dari pangkalnya

dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam

tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul.

b) Peringkat Kedua (2)

Langkah 3Langkah seterusnya, pengkaji memperkenalkan kaedah A&B (Atas dan

Bawah) kepada subjek kajian. Pengkaji melatih kefahaman subjek kajian tentang

huruf kecil b dan p menggunakan bahan bantu mengajar. Kaedah A&B ini akan

dipraktikkan oleh murid dalam latihan menulis perkataan yang mempunyai huruf

kecil b dan p. Setelah itu, pengkaji memberikan ujian pertama kepada subjek kajian

yang mana mereka dikehendaki untuk mengenal pasti dan menyenaraikan huruf

Page 8: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

8

kecil b dan p yang tidak betul dalam petikan yang diberikan. Cara ini bertujuan untuk

membiasakan mereka dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu

perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada mereka tentang penggunaan

huruf b dan p yang betul dalam sesuatu perkataan itu.

Langkah 4Pada langkah keempat ini, pengkaji akan melaksanakan intervensi latihan

dan pengukuhan berbentuk imlak. Guru membacakan petikan teks yang mempunyai

penggunaan huruf kecil b dan p dalam sesuatu perkataan itu kemudian murid perlu

menyalin semula setiap patah perkataan yang dibaca oleh guru. Intervensi latihan ini

untuk menguji sama ada mereka telah dapat mengenalpasti perbezaan antara huruf

kecil b dan p dengan betul melalui aplikasi kaedah A&B. Pada peringkat ini, guru

berperanan sebagai pemudahcara dan pembimbing. Guru akan membimbing subjek

kajian melalui kaedah A&B untuk menyalin semula perkataan yang telah dibaca.

Cara sebegini akan membantu mereka mengenal dan mengecam ejaan yang betul

bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu, mereka juga dapat melatih diri mereka dalam

menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul.

c) Peringkat Ketiga (3)

Langkah 5Pada langkah ini, ujian pencapaian dilaksanakan ke atas subjek kajian. Ujian

ini dijalankan untuk menguji tahap prestasi mereka setelah menjalani intervensi

sama ada menunjukkan peningkatan dan dapat menyelesaikan masalah dalam

pembelajaran mereka sebelum ini ataupun sebaliknya. Setelah melaksanakan ujian,

pengkaji membuat penilaian terhadap hasil kerja subjek kajian dan menganalisis

setiap hasil dapatan tersebut. Refleksi dibuat oleh pengkaji terhadap keputusan

analisis hasil dapatan yang telah diperolehi untuk membuat kesimpulan.

6.0KAEDAH PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA6.1 Kaedah Pengumpulan DataPengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data iaitu instrumen

pemerhatian, soal selidik dan ujian.

i. Pemerhatian

ii. Soal selidik

Page 9: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

9

iii. Ujian (Diagnostik dan Pencapaian)

Bil. Kaedah Tujuan Catatan

1. Pemerhatian

- Mengenal pasti secara tidak langsung tentang

kekeliruan terhadap penggunaan huruf b

dan p dalam kalangan subjek kajian.

- Terdapat lima item yang disenaraikan- Skala ‘YA’ atau

‘TIDAK’- Dilaksana sebelum

dan selepas intervensi

2. Soal selidik

- Mengenalpasti kaedah A&B mampu

meningkatkan penggunaan huruf kecil

b dan p yang betul ketika menulis sesuatu

perkataan selepas intervensi.

- Terdapat lapan item yang disenaraikan

- Dilaksana sebelum dan selepas intervensi

3. Ujian

- Memperolehi dapatan mengenai

keberkesanan intervensi dalam mencapai objektif

yang telah dirancang.- Ujian diagnostik dan

ujian pencapaian- Dilaksana sebelum

dan selepas intervensi

Page 10: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

10

7.0DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI DATA

Data yang diperoleh dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Kesemua hasil

dapatan pemerhatian, soal selidik dan ujian dianalisis secara satu persatu. Tujuan

analisis adalah untuk mencari dan menandakan idea-idea di dalam data sekali gus

membuktikan hasil dapatan kajian. Berikut merupakan subjek kajian yang terlibat

dalam kajian:

Bil. Kod Responden Tahun Jantina Catatan

1. SUBJEK KAJIAN 1 (S1) 4 L

Analisis data :Pemerhatian, soal

selidik dan ujian

diagnostik serta

ujian pencapaian

2. SUBJEK KAJIAN 2 (S2) 4 L

3. SUBJEK KAJIAN 3 (S3) 4 L

4. SUBJEK KAJIAN 4 (S4) 4 P

Jadual 2: Subjek kajian yang terlibat

Page 11: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

11

7.1 Analisis Perbandingan Keputusan Pemerhatian Sebelum Dan Selepas IntervensiBerikut merupakan analisis perbandingan graf bar menegak keputusan pemerhatian

sebelum dan selepas intervensi:

Graf 1: Perbandingan kekerapan subjek kajian terhadap item yang

diperhatikan sebelum dan selepas intervensi

Berdasarkan graf bar 1 di atas, menerangkan tentang dapatan pengkaji

berkaitan dengan perbandingan kekerapan subjek kajian terhadap item yang

diperhatikan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Graf bar 1 di atas

membuktikan bahawa terdapatnya peningkatan kekerapan ‘Ya’ dalam setiap item

yang diperhatikan pada sebelum dan selepas intervensi.

Kesimpulannya, hampir kesemua subjek kajian menunjukkan peningkatan

dalam semua aspek yang diperhatikan. Lantas, hal ini membuktikan bahawa

intervensi yang dijalankan oleh pengkaji sesuai digunakan untuk mengatasi masalah

kekeliruan dalam menulis huruf kecil b dan p dalam sesuatu perkataan dengan betul.

7.2 Analisis Perbandingan Dapatan Soal SelidikAnalisis perbandingan dapatan soal selidik dibuat berdasarkan item-item yang

terdapat dalam instrumen soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji. Berikut

merupakan hasil dapatan penuh mengenai perbandingan dari segi peratus dapatan

soal selidik sebelum dan selepas intervensi berdasarkan skala pilihan yang terdapat

dalam instrumen soal selidik:

ItemSangat tidak

setuju (1)

Tidak

setuju (2)

Tidak pasti

(3) Setuju (4)

Sangat

setuju (5)

Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas

Item 1 0% 0% 50% 0% 0% 0% 50% 25% 0% 75%

Item 2 0% 0% 50% 0% 0% 0% 50% 25% 0% 75%

Item 3 0% 0% 0% 0% 75% 0% 25% 25% 0% 75%

Page 12: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

12

Item 4 0% 0% 75% 0% 25% 0% 0% 25% 0% 75%

Item 5 0% 0% 75% 0% 25% 0% 0% 50% 0% 50%

Item 6 25% 0% 50% 0% 0% 0% 25% 75% 0% 25%

Item 7 75% 0% 0% 0% 25% 0% 0% 75% 0% 25%

Item 8 0% 100% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 100% 0%

Jadual 3: Perbandingan dari segi peratus dapatan soal selidik sebelum dan selepas intervensi

7.3 Analisis Perbandingan Dapatan Ujian Diagnostik dan Pencapaian

Berikut merupakan analisis perbandingan markah ujian diagnostik dan ujian

pencapaian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji ke atas subjek kajian:

Subjek Kajian Ujian Diagnostik Ujian Pencapaian Peningkatan

Markah (%)

Jumlah

betul

Markah

(%)

Jumlah

betul

Peratus

(%)

S1 3/5 60% 4/5 80% 20%

S2 2/5 40% 5/5 100% 60%

S3 3/5 60% 5/5 100% 40%

S4 2/5 40% 5/5 100% 60%

Jadual 4: Analisis perbandingan markah ujian diagnostik dan pencapaian

Graf 2: Perbandingan markah ujian diagnostik dan pencapaian

Page 13: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

13

Berdasarkan jadual 4 dan graf bar 2 di atas, menerangkan tentang

perbandingan peratusan markah ujian diagnostik dan ujian pencapaian bagi empat

orang subjek kajian. Bagi ujian diagnostik iaitu ujian yang dijalankan sebelum sesi

intervensi dilakukan, mencatatkan peratusan markah yang rendah iaitu antara 40%

sehingga 60% dalam kalangan subjek kajian.

Ujian pencapaian pula dijalankan setelah sesi intervensi dilakukan.

Berdasarkan jadual 16 dan graf bar 14 di atas, menunjukkan terdapat peningkatan

yang jelas apabila peratusan markah ujian pencapaian keempat-empat orang subjek

kajian meningkat berbanding sebelum sesi intervensi dilakukan. Peratusan

peningkatan markah bagi subjek kajian 1 (S1) ialah 20%, subjek kajian 2 (S2) ialah

60%, subjek kajian 3 (S3) ialah 40% dan subjek kajian 4 (S4) ialah 60%. Justeru itu,

hal ini membuktikan bahawa sesi intervensi yang dijalankan terbukti berkesan dan

membantu meningkatkan peratusan markah keempat-empat orang subjek kajian.

Secara keseluruhannya, hasil dapatan ujian ini telah menjawab kepada

persoalan kedua kajian ini iaitu, ‘Adakah kaedah A&B berkesan dalam meningkatkan

prestasi murid Tahun 4 dalam aspek penggunaan huruf kecil b dan p yang betul

ketika menulis sesuatu perkataan? Peningkatan peratusan markah murid setelah

sesi intervensi dijalankan telah membuktikan bahawa kaedah A&B yang digunakan

dalam sesi intervensi berkesan dalam meningkatkan prestasi murid Tahun 4 dalam

aspek penggunaan huruf kecil b dan p yang betul ketika menulis sesuatu perkataan.

8.0RUMUSAN DAN REFLEKSI DAPATAN KAJIAN

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah kemahiran menulis

huruf b dan p dalam kalangan murid tahun 4 sekolah rendah. Pengkaji telah

Page 14: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

14

menjalankan kajian ini di sebuah sekolah di daerah Tuaran dan seramai empat

orang murid yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang murid

perempuan telah menjadi subjek kajian. Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas

keempat-empat orang subjek kajian ini yang mengalami masalah pembelajaran iaitu

kekeliruan dalam membezakan penggunaan huruf kecil b dan p ketika menulis

sesuatu perkataan dengan menggunakan kaedah A&B dan kaedah pengumpulan

data bentuk pemerhatian, soal selidik dan ujian diagnostik serta ujian pencapaian.

Penyelidikan tindakan ini telah membantu pengkaji untuk mengenal masalah-

masalah murid-murid di sekolah dalam pembelajaran. Tambahan pula, melalui

kajian ini, pengkaji telah dapat mempelajari kaedah-kaedah yang boleh digunakan

untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran murid-murid di sekolah. Walaupun

isu kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji ibarat sebutir garam di padang pasir,

namun masalah pembelajaran ini seharusnya tidak dipandang enteng oleh guru-

guru.

Kesalahan huruf b dan p sememangnya sesuatu masalah kemahiran menulis

yang sangat minima impaknya kepada penulisan. Namun, sekiranya masalah ini

tidak diatasi dari peringkat akar umbi, maka murid-murid yang menghadapi masalah

seperti ini akan terus berpendapat bahawa tanggapan mereka mengenai huruf b dan

p yang sama kehadirannya di dalam sesuatu perkataan itu adalah betul. Tambahan

pula, masalah pembelajaran ini akan menimbulkan lebih banyak masalah

pembelajaran yang lain dalam penulisan mereka apabila mereka ke peringkat

pengajian yang lebih tinggi pada masa hadapan. Justeru itu, guru haruslah

memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini sebelum merebak menjadi

lebih kritikal.

9.0CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat cadangan ataupun

penambahbaikan yang boleh dilakukan agar kajian mengenai masalah pembelajaran

ini akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan lagi.

Page 15: Ringkasan Penyelidikan Tindakan (Pt)

15

Rajah 4: Cadangan kajian lanjutan

RUJUKAN

Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan (2011). Linguistik Am. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Asmah Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pusataka.Noriati A. Rashid et al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.

Bhd.Rosinah Edinin (2015). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & Penulisan. Bangi: Pelangi

Profesional Publishing Sdn. Bhd.Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.

Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan Teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.Zainal Ariffin & Hassan Noor. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Synergy

Media.

KamusKamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka