23
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 25 Mei 2010

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

25 Mei 2010

Page 2: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru,

Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan

penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana

Muda Perguruan.

2.0 KERTAS

2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN

3.1 Jenis Huruf: „Times New Roman‟ bersaiz 12 yang ditaip „justify‟

3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau „double spacing‟ bagi teks am.

Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan

Terjemahan Abstrak dan Rujukan

3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

Atas : 2.5 cm daripada jidai atas

Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah

Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan

Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan

tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.

Page 3: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah

menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 ……. Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.

4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.

5.0 PENJILIDAN

5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit „keras‟ jenis biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.

Page 4: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).

6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun

mengikut urutan berikut:

Judul lengkap penyelidikan

Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan

Penyataan tujuan penyelidikan

Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar

Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan „Tajuk Penyelidikan‟ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan „Tahun‟ 5.0 cm daripada birai bawah.

Sila lihat contoh di Lampiran A.

6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang „tulang laporan penyelidikan‟ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:

Nama IPG (singkatan) Nama Calon Ijazah Tahun Contoh:

5.0 cm IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010

5.0 cm

Page 5: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun

mengikut format Penyelidikan Tindakan.

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:

8.1 Kertas Kosong

8.2 Pengesahan Penyelia

Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan

penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih

dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.

8.3 Halaman Pengakuan Penulis

Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian

penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat

contoh pada Lampiran C.

8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)

Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada

satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta

atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.

8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)

Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.

Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau

organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam

penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.

8.6 Abstrak

Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu

dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang

digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.

Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak

melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia

hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan,

kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang

Page 6: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila

lihat contoh pada Lampiran F dan G.

8.7 Halaman Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan

mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada

tajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada

Lampiran H.

8.8 Halaman Senarai Jadual

Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam

penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.

8.9 Halaman Senarai Rajah

Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan

peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang

memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.

8.10 Halaman Senarai Lampiran

Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan

penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi

lampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,

jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang

terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang

tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara

yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke

dalam lampiran.

b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B

dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya

bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga

boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada

Lampiran K.

Page 7: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

8.11 Teks

a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah

mengandungi tajuk/judul yang membayangkan

kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan

Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub

tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.

b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan

menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan

sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang

ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.

c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan

Penyelidikan Tindakan.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN

Page 8: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Tajuk Alternatif

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Apakah Isu Kajian Saya? 2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya?

3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?

5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?

7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?

10.0 SENARAI RUJUKAN

[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

8.12 Sistem Rujukan

8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks

Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber,

penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.

Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis

mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang

terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

Page 9: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang: Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan… Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006). (b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang: Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan… Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005). (c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang: Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan … Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan… (d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder: Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990). Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan

Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline. (b) Jurnal Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.

Page 10: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

(c) Surat khabar Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15. (d) Tesis tidak diterbitkan Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. (e) Media elektronik Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/ (f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang) GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks Pengarang Melayu Pengarang Cina Pengarang India Dalam Senarai Rujukan Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga.

Mohd. Ali (2005) menyatakan … Lim (2006) menyokong … Krishnan (2003) menerangkan… Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).

Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd. Krishnan a/l Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.

Page 11: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

9.0 Had Maksimum

Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak

melebihi 10 000 patah perkataan.

Page 12: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN A

Contoh halaman judul

KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR-MENTEE DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID MENGHAFAL STRUKTUR JANTUNG MANUSIA

ALI BIN ABU

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

.............................................................

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ...............................................................................

SEPTEMBER 2010

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm 4 cm

2.5 cm

X

X

Y

Y

2.5 cm

Page 13: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN B

Contoh Pengesahan Penyelia

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

............................................................................................”

Tandatangan :

...............................................................

Nama Penyelia :

...............................................................

Tarikh : ................................

Page 14: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN C

Contoh halaman pengakuan

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

.......................................................

......

Nama Penulis :

.......................................................

......

Tarikh :

.......................................................

......

Page 15: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN D

Contoh halaman dedikasi

Untuk ayah dan ibu tersayang

Page 16: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN E

Contoh halaman penghargaan

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas

kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Fauzi bin

Muhammad atas bimbingan dan dorongan yang diberi

sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran

Selangor, melalui Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm 4 cm

2.5 cm

4 baris

1.27 cm (0.5 inci)

baris

Page 17: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN F

Contoh abstrak dalam Bahasa Melayu

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan program mentor-mentee dalam menyelesaikan masalah murid lemah dalam melabel serta menghafal struktur jantung manusia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dari Tingkatan 3 Kreatif yang memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian semester yang lalu. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai 13 responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Terdapat 2 orang responden telah memperoleh markah penuh dengan menunjukkan jumlah peningkatan markah yang sangat tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa program mentor-mentee sangat berkesan dalam membantu murid lemah melabel serta menghafal struktur jantung manusia.

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

4 baris

4 cm

Page 18: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN G

Contoh abstrak dalam Bahasa Inggeris

ABSTRACT

The purpose of the study was to determine the extent to which a mentor-mentee programme could be effective in helping resolve the problem of weak students‟ poor ability in labeling and memorising the structure of the human heart. The respondents consisted of 16 students from Form 3 Kreatif who obtained the lowest marks for Science in the previous semester examination. The data for this study was collected using pre- and post-tests. The results showed that 13 students achieved significantly higher marks in the post-test as compared to the pre-test. There were two respondents who obtained full marks, showing tremendous improvement in their performance in the post-test. The results of the study showed that the mentor-mentee programme is effective to a large extent in aiding weak students label and memorize the structure of the human heart.

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

4 baris

4 cm

Page 19: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN H Contoh halaman kandungan

KANDUNGAN

Muka

Surat

ABSTRAK i ABSTRACT ii PENGESAHAN PENYELIA iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi SENARAI LAMPIRAN vii SENARAI JADUAL viii SENARAI RAJAH ix

1.0 PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan 1 1.2 Refleksi Pengajaran dan

Pembelajaran 2

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 2

2.0 FOKUS KAJIAN

3

2.1 Isu kajian 3 2.2 Tinjauan Literatur berkaitan

dengan Isu Kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 7.0 KEPUTUSAN KAJIAN 8.0 RUMUSAN 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

4 baris

4 cm

Page 20: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN-LAMPIRAN

Perhatian: Kandungan di atas hanya contoh sahaja

Page 21: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN I

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

1 Perbandingan Skor Ujian Pra dan Pasca 15 2

3

Page 22: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN J

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

1 Kedudukan Murid semasa Program Mentor-Mentee 12 2 3

Page 23: PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN K

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Ujian Pra 25 B Ujian Pasca 26 C