16
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) 35 4.1 Sinopsis Tajuk ini menerangkan definisi dan konsep, kepentingan penyelidikan tindakan, ciri-ciri penyelidikan tindakan dan kepelbagaian model-model Penyelidikan Tindakan. 4.2 Hasil Pembelajaran Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan 2. Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan 3. Membanding beza model penyelidikan tindakan 4.3 Kerangka Tajuk 4 DEFINISI DAN KONSEP TAJUK 4 PENYELIDIKAN TINDAKAN: DEFINISI DAN KONSEP MODEL PENYELIDIKAN KEPENTINGAN PENYELIDIKAN CIRI-CIRI PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

  • Upload
    lyphuc

  • View
    240

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

35

4.1 Sinopsis

Tajuk ini menerangkan definisi dan konsep, kepentingan penyelidikan tindakan, ciri-ciri penyelidikan

tindakan dan kepelbagaian model-model Penyelidikan Tindakan.

4.2 Hasil Pembelajaran

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan

2. Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan

3. Membanding beza model penyelidikan tindakan

4.3 Kerangka Tajuk 4

DEFINISI DAN

KONSEP

TAJUK 4 PENYELIDIKAN TINDAKAN: DEFINISI DAN KONSEP

MODEL

PENYELIDIKAN

KEPENTINGAN

PENYELIDIKAN

CIRI-CIRI

PENYELIDIKAN

PENYELIDIKAN

TINDAKAN

Page 2: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

36

4.4 Penyelidikan Tindakan

4.4.1 Sejarah Awal

• Diperkenalkan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946.

• Mendapat perhatian rakan-rakan sekerja seperti Stephen Corey, Kenneth,

Benne dan Hilda Taba (Teachers College, Columbia) bagi menjalankan penyelidikan

pendidikan mengenai penggubalan kurikulum dan peningkatan profesionalisme Pensyarah.

• Idea ini berkembang luas sehingga akhir tahun 1950-an.

• Pada tahun 1970-an, penyelidikan tindakan mula mendapat perhatian antarabangsa.

• Di UK, idea penyelidikan tindakan timbul semula melalui usaha Lawrence Stenhouse (1975)

yang memperkenalkan konsep Pensyarah sebagai penyelidik dan melihat penyelidikan

tindakan sebagai satu elemen penting dalam perkembangan kurikulum.

• Menurut Stenhouse, penglibatan aktif Pensyarah dalam proses penyelidikan adalah suatu

faktor penting yang boleh membawa kepada pembaharuan kurikulum.

• Contoh PT: Ford Teaching Project (John Elliott, 1974-1976), menyiasat penggunaan kaedah

pengajaran pembelajaran inkuiri.

• Elliott seterusnya mengasaskan Classroom Research Network (CARN) untuk menyokong

Pensyarah-Pensyarah yang terlibat dalam Ford Teaching Project.

• Konsep PT kemudian mula meresap ke dalam sistem pendidikan Malaysia.

• Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisme perpensyarahan ialah dengan

menjalankan penyelidikan tindakan terhadap amalan-amalan pengajaran pembelajaran

• “Research is systematic self-critical inquiry” atau penyelidikan adalah suatu inkuiri kendiri

yang kritis yang sistematik (British Journal of Educational Studies, 29(2) Jun 1981.

• PT pula adalah inkuiri berbentuk renungan kendiri yang dilakukan dalam situasi sosial,

bertujuan untuk memperbaiki amalan-amalan dalam konteks sosial dan pendidikan.

4.4.2 Definisi Penyelidikan Tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif;

dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan

Page 3: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

37

kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping

meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu

dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam

satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan

refleksi.

Penyelidikan Tindakan adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan

melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-penyelidik seperti pensyarah,

guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang

diselidik) untuk memperbaiki dari segi amalan sosial dan pendidikan kendiri, kefahaman terhadap

amalan kendiri, situasi di mana amalan tersebut dijalankan.

Definisi yang lain:

Mengikut Kurt Lewin (1947)

Mengikut Stephen Corey (1953)

Mengikut Carl Glickman (1992)

Mengikut Emily Calhoun (1994)

“Action Research is a three-step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2)

taking actions; and (3) fact-finding about the result of a action”

“Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically

in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions”.

“Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of

their activities to improve instruction”

“Action Research is a fancy way of saying let’s study what’s happening at our school and decide

how to make it a better place.”

Page 4: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

38

Mengikut Blum

Mengikut Stenhouse (1975)

Mengikut McNiff (1988)

Mengikut Somekh (1989)

4.4.3 Konsep Penyelidikan Tindakan

Satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang

berada dalam sesuatu situasi sosial.

Penyelidikan tindakan mempunyai dua peringkat iaitu peringkat diagnostik di mana permasalahan

dikaji dan membentuk hipotesis, dan peringkat terapeutik yang digunakan untuk menguji hipotesis.

“Penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi

kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh diakses oleh guru-guru lain.”

“Penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti

pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang

amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk

mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan

guru-guru lain secara bersama”.

“Penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam

situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-

masing.”

Page 5: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

39

Tujuan:

i. meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan

dan pendidikan mereka sendiri

ii. meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi

di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988)

Penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat iaitu

tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

4.5 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan

Membuat refleksi dan memperbaiki kerja sendiri

Menghubungkaitkan refleksi dengan tindakan

Menyebarkan dan berkongsi pengalaman kepada peserta dan

mereka yang berminat.

Penglibatan dalam pengumpulan data dan empowerment.

Kolaborasi dengan mewujudkan suatu komuniti berfikiran kritis -

dilakukan oleh guru dalam konteks harian.

Penilaian dan refleksi kendiri dan berkomitmen utk meningkatkan

kefahaman praktis untuk memperbaiki amalan pendidikan.

Pembelajaran progresif secara berterusan dalam suatu lingkaran.

4.6 Kepentingan penyelidikan tindakan

• Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan

pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

• Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan;

• Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian

objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;

• Dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan

efektif;

Page 6: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

40

• Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru,

sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan

kokurikulum;

• Dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang

perancangan untuk tindakan ; dan

• Dapat merapatkan tali silaturrahim dalam kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama

secara kolaboratif.

4.7 Model Penyelidikan Tindakan

Terdapat beberapa model kajian tindakan yang dikemukakan oleh para penyelidik yang boleh

membantu guru untuk menjalankan kajian dalam bilik darjah.

• Proses kajian tindakan Kemmis bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-

satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

• Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya.

• Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya

guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

4.7.1 Model Stephen Kemmis

Peran-

cangan

KITARAN 1

Pemerhatian

Refleksi

Page 7: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

41

4.7.1.1 Fasa Perancangan

Fasa pertama ini merupakan fasa perancangan tindakan untuk memperbaiki amalan setelah

guru memperolehi maklumat dan kritikan tentang tindakan amalan yang kurang berkesan atau

bermasalah. Peninjauan (reconnaisance) dan kritikan rakan sekerja boleh membantu guru memberi

focus kepada sesuatu isu yang menjadi masalah. Setelah mendapatkan isu, guru perlu merancang

bagaimana hendak menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina perlu bersifat fleksibel untuk

membolehkan adaptasi dilakukan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat. Perancangan

ini akan membantu guru memperhalusi apa yang ingin diberikan perhatian. Antara soalan utama yang

boleh ditanya kepada diri sendiri ialah:

1. Ada atau tidak orang yang boleh membantu memberikan maklumat atau data

yang relevan untuk dibuat inkuiri?

2. Kepada siapakah dan apakah yang perlu dirujuk?

3. Adakah cara untuk mendapatkan maklumat ini boleh dilaksanakan?

4. Berapa banyak waktu yang anda ada?

5. Bagaimanakah masa yang ada akan dibahagi-bahagikan?

Tinda

kan

Tindakan

Semakan

semula

peran-

cangan KITARAN 2

Pemerhatian

Refleksi

Page 8: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

42

4.7.1.2 Fasa Tindakan

Setelah guru dapat menjawab kesemua soalan ini, guru perlu membuat keputusan tentang

apakah tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru tidak

seharusnya khuatir tentang tindakan yang akan diambil sama ada dapat menyelesaikan masalah

dengan kadar segera atau sebaliknya. Sekiranya guru cuba menyelesaikan dengan kadar segera, ada

kemungkinan guru akan menjadi kaku dan gagal untuk bertindak selanjutnya. Perkara yang lebih

penting ialah guru akan melakukan sesuatu yang mungkin akan dapat membantunya menyelesaikan

masalah. Tindakan yang diambil perlu bersifat tindakan strategik yang akan menghasilkan sesuatu

perubahan amalan. Mungkin akan timbul pada isu seterusnya yang memerlukan kitaran kedua kajian

dibuat.

4.7.1.3 Fasa Pemerhatian

Pemerhatian akan dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan bukti-

bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang dan catatan jurnal dibuat untuk

tujuan dokumentasi dan rujukan semula. Proses tindakan dan kesannya dalam konteks situasi perlu

dibuat pemerhatian secara individu atau kelompok. Guru perlu menggunakan lebih daripada satu cara

mengumpulkan data untuk membolehkan dibuat triangulasi. Triangulasi merupakan kekuatan untuk

memperolehi data dalam sesuatu kajian.

4.7.2 Grundy dan Kemmis (1981)

Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan

strategik yang boleh diperbaiki.

Mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti

merancang, bertindak, memerhati dan merefleks.

Dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti

Page 9: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

43

tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang

kawalan ke atas proses penyelidikan.

4.7.3 Henry dan Henry (1982)

Berbentuk kolaboratif di antara guru dengan guru, guru dengan pelajar atau guru dengan ibu

bapa

Berbentuk kitaran aktiviti - merancang, bertindak, memantau dan merefleks serta menjana

pusingan yang berikutnya (lebih daripada satu pusingan – Elliot (1991) berkata sekurang-

kurangnya 3 pusingan atau satu tahun pengkajian

Menyumbang ke atas memajukan proses pengajaran pembelajaran

4.7.4 Model John Elliott

John Elliott telah mengemukakan satu model seperti berikut:

Mengenal pasti idea umum

Mencari atau mendapatkan persetujuan

Peninjauan (reconnaissance) iaitu meneliti amalan dengan lebih terperin

Kitaran Tindakan 1

Perancangan umum

Memantau pelaksanaan kesan pelaksanaan tersebut

Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

Kitaran Tindakan 2

Menyemak semula perancangan

Memantau pelaksanaan dan kesannya

Peninjauan (meneliti pelaksanaan dan kesannya)

4.7.4.1 Model John Elliot digambarkan seperti gambar rajah di bawah

Kitaran pertama

Page 10: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

44

Pelan Umum

Langkah Tindakan 1

Langkah Tindakan 2

Langkah Tindakan 3

“Reconnaissance”

Kenalpasti dan analisis data

Kenalpasti idea permulaan

Melaksana Pelan Tindakan 1

Memantau pelaksanaan dan

kesan

“Reconnaissance”

(Menerangkan sebarang

kegagalan untuk Pelaksanaan &

Kesan)

Pengkajian semula

idea umum

Pelan Diubahsuai

Langkah Tindakan 1

Langkah Tindakan 2

Langkah Tindakan 3

Memantau Pelaksanaan &

Kesan

“Reconnaissance” (Menerangkan sebarang

kegagalan untuk

Pelaksanaan & Kesan)

Melaksana Pelan

Tindakan 1

Ke Kitaran ketiga

Model Penyelidikan Tindakan John Elliot (dalam Ebbutt, 1985)

Page 11: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

45

4.7.5 Model Dave Ebutt

Model Ebbutt bermula dengan idea umum sebagai langkah pertama. Idea umum itu dibuat

tinjauan literatur untuk menghasilkan untuk menghasilkan persoalan kajian. Perancangan keseluruhan

dibuat dan diikuti dengan persoalan kajian. Tinjauan dan pemantauan dibuat untuk seterusnya diambil

tindakan kedua atau semakan dibuat semula untuk kembali ke langkah perancangan keseluruhan.

Pilihan ketiga boleh dibuat dengan mengubah perancangan dan kembali kepada idea umum. Proses

akan berulang untuk tindakan selanjutnya.

Idea umum Perancangan umum

yang diubahsuai

Tinjauan

Perancangan

umum yang

diubahsuai

TINDAKAN 2

Dan seterusnya

Perancangan

keseluruhan

TINDAKAN 1

Tinjauan dan

pemantauan

Sama ada

TINDAKAN 2

Dan

seterusnya

Semakan

semula Perancangan

keseluruhan

atau

Tinjauan

Perancangan

Keseluruhan baru

Dan seterusnya

Semakan semula Perancangan

keseluruhan

TINDAKAN 2

atau

Penyelidikan Tindakan menurut Ebbutt (dalam Hopkins, 1985)

Page 12: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

46

4.7.6 Model Jack Whitehead

Whitehead (1989) telah merumuskan kitaran refleksi tindakan menggunakan penyataan-

penyataan seperti berikut:

o Amalan apakah yang perlu saya berikan perhatian/apakah yang ingin saya perbaiki

o Apakah yang akan saya lakukan mengenainya?

o Data apakah yang saya perlukan untuk membolehkan saya membuat justifikasi ke

atas keberkesanan amalan?

o Bertindak dan mengumpul data

o Penilaian keberkesanan

o Modifikasi amalan yang diberikan perhatian, idea dan tindakan

o Menyerahkan penerangan dan penjelasan tentang “Bagaimana saya perbaiki amalan

saya” yang dibuat kepada sekumpulan manusia yang akan mengesahkannya

4.7.7 Model Jean McNiff (1988)

Seperti Whitehead, McNiff mengambil langkah-langkah asas proses penyelidikan tindakan seperti

yang dinyatakan dalam penulisannya bersama Lomax dan Whitehead, 1996 sebagai berikut:

Melihat semula amalan semasa

Mengenalpasti aspek yang ingin dikaji

Membayangkan langkah-langkah maju ke hadapan

Mencuba langkah-langkah tersebut

Ambil perhatian apa yang berlaku

Membuat modifikasi amalan dan terus mencubanya (cuba lagi dengan yang lain sekiranya

cara baru itu tidak memberikan kesan positif)

Memantau apa yang dilakukan

Melihat semula dan membuat penilaian ke atas tindakan atau amalan yang telah dimodifikasi

Dan seterusnya masuk ke lingkaran kedua

Menurut McNiff lagi, terdapat dua proses yang berlaku iaitu tindakan sistematik penyelidik

semasa melalui langkah-langkah di atas dan proses pembelajaran. Tindakan merangkumi proses

pembelajaran yang berlaku dan pembelajaran itu pula diperolehi melalui amalan refleksi ke atas

tindakan tersebut. Oleh itu, semasa membuat laporan, kedua-dua proses itu perlu dilaporkan.

Page 13: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

47

Langkah-langkah di atas, telah dirumuskan oleh McNiff (2001) dalam modelnya seperti berikut:

Mengenalpasti bidang amalan yang ingin dibuat penyelidikan

Membayangkan langkah/jalan penyelesaian (solution)

Melaksanakan langkah-langkah penyelesaian

Menilai penyelesaian yang dibuat

Mengubah amalan berdasarkan maklumat penilaian

Kitaran penyelidikan tindakan ini akan membentuk kitaran kedua dan seterusnya apabila bidang

atau masalah baru mula ditemui pada masa yang sama. Pilin atau kitaran seterusnya terbentuk untuk

membolehkan penyelidik mengambil langkah-langkah penyelesaian yang baru. Proses ini

digambarkan dengan gambar rajah di bawah:

4.7.8 Model Kurt Lewin

Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti dengan tindakan

sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin atau kitaran itu mengandungi lagkah-

langkah perancangan, tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan

sesuatu tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:

Model Jean McNiff

Page 14: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

48

Mengenalpasti idea umum

atau idea awal

Merancang

Menilai

Tinjauan atau pencarian

fakta

Mengambil langkah

tindakan pertama

Pembetulan perancangan

Model Kurt Lewin (1948)

Mengambil langkah

tindakan kedua

Page 15: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

49

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu idea atau amalan. Ini

diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini

dapat dilakukan, perancangan keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai

langkah pertama sesuatu tindakan.

Langkah seterusnya mengandungi langkah-langkah perancangan, pelaksanaan dan tinjauan

atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini.

Seterusnya, asas untuk langkah ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan

atau modifikasi rancangan keseluruhan tadi.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini

dengan jayanya! .

LATIHAN

OLL

Buat banding beza model penyelidikan tindakan Model Stephen

Kemmis dengan Model John Elliot.

1. Huraikan definisi, konsep dan kepentingan penyelidikan tindakan

2. Bagaimana Menganalisis ciri- ciri penyelidikan tindakan

Page 16: PENYELIDIKAN TINDAKAN CIRI- MODEL PENYELIDIKANeduideas.weebly.com/.../4/4744396/...tindakan_definisi_dan_konsep.pdf · 4.4 Penyelidikan Tindakan 4.4.1 Sejarah Awal ... Penglibatan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

50