Author
zaidi-said
View
225
Download
6
Embed Size (px)
PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROSES PENYELIDIKAN TINDAKANDISEDIAKAN OLEH:SUZILA BINTI IRWANMASTURA BINTI ABDUL HALIMPENYELIDIKAN TINDAKAN ( PSV 3113)PENGENALAN Penyelidikan tindakan telah dimulakan oleh Kurt Lewin pada tahun 1946.Penyelidikan awal beliau menitikberatkan perubahan terhadap sikap dan perilaku manusia dalam bidang sosial seperti pemakanan dan hasil pengeluaran kilang.Penyelidikan beliau bermula setelah tamat perang dunia kedua tentang prasangka dan perhubungan antara kumpulan sosial.
Mengenal Pasti Aspek AmalanMenurut Lewin (1946:1948), kajian tindakan bermula dengan pewujudan idea dan data dipungut untuk menjelaskan sesuatu situasi.Satu idea berfokus perlu ada untuk memulakan proses penyelidikan.Pengkaji perlu mengumpul data awal bagi mengesahkan isu atau masalah sebenar.Pengkaji perlu mengetahui tujuan dan sasaran fokus kajian tindakan. MERANCANG TINDAKAN Bagi menentukan tindakan intervensi berjalan dengan lancar, beberapa perkara perlu dititikberatkan:Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian. Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti.Menetapkan kaedah pemantauan dan kaedah penilaian bagi menentukan keberkesanan tindakan intervensi (ujian, soal selidik, temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya). Meletakkan penanda aras pencapaian minimum tindakan intervensi untuk mengesahkan keberkesanannya. Proses Merancang KajianMelakukan proses refleksi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP).Mereflek tindakan mencerminkan diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan amalan kendiri di dalam pengajaran dan pembelajaran.Mengenal pasti fokus kajian.Penyelidik memfokuskan kepada satu daripada beberapa masalah yang dinyatakan. Mengenal pasti objektif kajian.Objektif umum - mengikut apa yang dipilih dalam tajuk.Objektif khusus boleh diukur, dilaksanakan atau memberi perubahan kepada sikap murid, sikap guru, dan amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Menentukan kumpulan sasaran.Kumpulan guru atau murid yang terlibat di dalam kajian yang akan dijalankan. MELAKSANAKAN TINDAKANDalam peringkat melaksanakan tindakan bagi mengatasi isu atau masalah yang menjadi fokus, penyelidik perlu melaksanakan aktiviti intervensi mengikut rancangan tindakan.Rancangan tindakan boleh diubah mengikut situasi tertentu.
PENGUMPULAN DATASumber data yang dikumpul dikategorikan kepada:Data yang dijana sendiri oleh penyelidik seperti data pemerhatian, penulisan jurnal, diari, catatan lapangan dan sebagainya.Data yang dikumpul melalui pihak-pihak tertentu seperti data temu bual, soal selidik, artifak (filem, kaset, video, dokumen, surat pekeliling, minit mesyuarat, sukatan pelajaran).REFLEKSIRefleksi adalah proses menganalisis dan menilai kesan, membaiki serta merancang dengan mengubahsuai untuk digunakan pada masa hadapan dalam kajian tindakan dan penyelidikan yang seterusnya. Terdapat tiga peringkat refleksi iaitu:Peringkat awalSemasa kajianSelepas kajianRefleksi peringkat awalDilakukan sebelum memulakan sesuatu kajian. Antara langkah ynag boleh dijalankan adalah:Membuat analisis situasi serta menjelaskan isu, fenomena atau masalah pedagogi.Menganalisis kefahaman kendiri terhadap isu,fenomena atau masalah pedagogi.Menentukan isu/bidang keprihatinan dan mengenalpasti tindakan intervensi yang bersesuaian.Refleksi semasa kajianDilakukan semasa kajian sedang dijalankan iaitu:Membuat keputusan awal terhadap perjalanan proses tindakan.Menerima komen dan teguran spontan semasa menjalankan tindakan.Mengatasi rintangan dengan penambahbaikan yang sewajarnya.Menilai keberkesanan tindakan intervensi.Refleksi selepas kajianDilakukan selepas menjalankan kajian iaitu:Mensintesis perubahan dan peningkatan diri.Menilai kembali kesan tindakan yang telah diambil serta kefahaman baharu yang diperoleh.Menentukan rumusan yang boleh dilaksanakan dan merancang tindakan susulan.TINDAKAN SUSULANTindakan yang diambil selepas membuat refleksi.Sekiranya objektif tercapai, penyelidik akan meneruskan kaedah tersebut dan sebaliknya.Penyelidik juga boleh meneruskan kajian dengan mengambil tindakan susulan yang lain seperti merancang tindakan kedua.
SEKIANTERIMA KASIH