Author
musica88aurora
View
134
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Kajian Tindakan Kaedah Mental Rehearsal
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Nama saya Mohd Firdaus bin Ibrahim dan saya telah menjalani Praktikum 3
selama tiga bulan dan juga Internship selama sebulan di Sekolah Kebangsaan
Clifford yang terletak di Kuala Kangsar. Saya telah diminta oleh pihak sekolah
untuk membantu jurulatih sedia ada iaitu En. Ahmad Shafei bin Yusoff bagi
melatih murid tahun lima yang mewakili sekolah dalam pertandingan bola
tampar. Latihan bola tampar pasukan tersebut dijalankan pada hari selasa dan
hari rabu setiap minggu. Pasukan bola tampar sekolah ini terdiri daripada murid
tahun lima dan tahun enam. Murid tahun lima dalam pasukan ini merupakan
murid yang masih baru dalam permainan bola tampar dan memiliki kelemahan
dalam beberapa kemahiran dalam permainan bola tampar. Sekolah ini
merupakan sekolah gred B, oleh itu tidak ramai murid yang betul-betul
berkemahiran boleh dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola
tampar. Terdapat beberapa kemahiran asas yang penting untuk dikuasai
seseorang individu dalam permainan bola tampar iaitu kemahiran menyangga,
servis, mengumpan, merejam dan mengadang.
1.2 Refleksi Pengalaman Yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur
Sewaktu saya melatih pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Clifford,
masalah utama yang saya perhatikan adalah dalam kemahiran menyangga.
2
Berikut merupakan antara kesilapan semasa menyangga yang selalu dilakukan
oleh pemain-pemain pasukan bola tampar sekolah ini :
1. Kaki yang tidak dibuka seluas bahu.
2. Lutut tidak dibengkokkan ketika kontak dengan bola.
3. Lengan dibengkokkan semasa kontak dengan bola.
4. Tiada perlakuan menyerap bola semasa lengan kontak dengan bola.
5. Tiada perlakuan ikut lajak selepas lengan kontak dengan bola.
6. Murid menyangga bola terlalu tinggi.
7. Murid melakukan kontak dengan bola pada bahagian antara pergelangan
tangan hingga jari.
Masalah ini berlaku kerana mereka kurang didedahkan dengan latihan
kemahiran dan latihan psikologi bagi meningkatkan keyakinan diri (self-
confidence) dalam diri mereka. Melalui pemerhatian saya semasa sesi latihan
pasukan ini, ada antara murid-murid ini gagal untuk melakukan aktiviti
menyangga lebih daripada lima kali kerana mereka kurang yakin dapat
melakukannya. Mereka juga kelihatan sedikit gugup apabila saya meminta
mereka untuk melakukan aktiviti menyangga sebanyak lima kali secara individu.
Menurut Bandura, 1977; Feltz, 1992; Hardy, Jones Gould, 1997; Weinberg dan
Gould, 1999 (seperti mana yang dicatatkan oleh Mohd Sofian Omar Fauzee,
3
2002) keyakinan diri merupakan salah satu faktor pengaruh yang paling penting
untuk meningkatkan persembahan atlet.
Masalah ini juga berpunca daripada kelemahan saya semasa sesi latihan
sebelum ini kerana tidak meminta mereka menarik nafas, tenangkan diri dan
yakin pada diri terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti menyangga. Oleh
sebab itu, saya telah memasukkan elemen psikologi dalam latihan bola tampar
pasukan sekolah ini iaitu penggunaan teknik Mental Rehearsal dalam kajian
tindakan yang telah saya jalankan.
Subjek saya dalam kajian tindakan ini adalah terdiri daripada murid lelaki
tahun lima yang mempunyai kemahiran menyangga pada tahap paling rendah
dalam pasukan. Saya menjadikan mereka sebagai kumpulan kawalan (kumpulan
yang menggunakan latihan Mental Rehearsal). Bagi mengumpul data kajian,
saya telah menjalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra), temu bual dengan
jurulatih dan enam orang subjek kajian serta ujian post. Borang senarai semak
telah digunakan bagi mengumpul data ujian pra serta ujian post kajian tindakan
saya ini.
4
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
2.1 Tinjauan Masalah
Daripada refleksi dalam bab 1.2, didapati murid tidak dapat menguasai dan
melakukan kemahiran menyangga dengan baik mengikut teknik dan cara yang
betul kerana mereka kekurangan keyakinan diri (self-confidence) dalam diri
mereka. Keyakinan diri adalah sangat penting dalam semua jenis sukan. Pemain-
pemain dan atlet-atlet memerlukan keyakinan diri yang secukupnya untuk
melakukan yang terbaik dalam sukan yang diceburi mereka. Menurut Bandura
(1977), definisi keyakinan diri adalah darjah kepercayaan seseorang individu
mempersembahkan sesuatu perlakuan untuk mencapai matlamat tertentu. Feltz
(1994), menyatakan bahawa keyakinan diri adalah satu kepercayaan dan
kepastian terhadap kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk mencapai sesuatu
yang diharapkan. Menurut Marcus dan Owen, 1992; Morris, 1995 (seperti mana
yang dicatatkan oleh Mohd Sofian Omar Fauzee, 2003) dalam sukan, keyakinan
diri merujuk kepada tahap kepercayaan seseorang individu mengenai kebolehan
mereka untuk mempersembahkan sesuatu persembahan yang spesifik berkaitan
dengan sukan dan sikap senaman yang ingin mereka baiki.
Jika masalah keyakinan diri ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih
teruk. Murid akan terus berasa kurang yakin dengan diri mereka sendiri
seterusnya masih gagal untuk melakukan aktiviti menyangga dengan baik. Hal
ini akan merugikan pasukan bola tampar sekolah kerana jika pemain selalu
melakukan kesalahan semasa menyangga, pasukan lawan akan mendapat mata
5
secara mudah. Menurut Ahmad Sazli (2002), keyakinan diri dalam sukan adalah
faktor psikologikal yang penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan
seseorang atlet. Dalam erti kata lain, kejayaan atau kegagalan seseorang atlet
ditentukan oleh faktor keyakinan yang ada dalam dirinya sendiri. Tidak dinafikan
bahawa kemahiran menyangga adalah salah satu kemahiran yang paling sukar
untuk dikuasai dalam permainan bola tampar tidak mengira peringkat umur.
Akan tetapi melalui latihan yang betul dan dimasukkan juga elemen psikologi
semasa latihan untuk meningkatkan keyakinan diri pemain, pemain mampu
untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka dalam menyangga.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memasukkan elemen psikologi
iaitu Mental Rehearsal (raptai minda) semasa sesi latihan pasukan bola tampar
sekolah ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan kaedah Mental Rehearsal
bagi meningkatkan keyakinan diri pemain semasa menyangga. Deborah L. Feltz
(1988) telah menjalankan kajian ke atas seramai 27 orang peserta daripada
Persatuan Figure Skating Amerika Syarikat yang berumur antara 10 hingga 18
tahun. Beliau mendapati bahawa dua kumpulan yang menjalani kaedah latihan
mental, telah berupaya meningkatkan prestasi mereka dari segi melakukan
latihan lompatan dan pusingan. Mereka juga telah dapat meningkatkan
keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan jika dibandingkan dengan
sekumpulan peserta kawalan yang hanya menjalani aktiviti regangan.
Anne Isaac pada 1992 (seperti yang dicatatkan oleh Annie Plessinger)
telah melakukan satu kajian yang mengkaji pengaruh latihan mental pada
6
kemahiran sukan. Beliau telah menggunakan 78 subjek untuk latihan kemahiran
dalam sukan dan membahagikan mereka kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
kawalan (menggunakan latihan mental) dan kumpulan yang tidak menggunakan
latihan mental. Kumpulan yang tidak menggunakan latihan mental akan
langsung tidak didedahkan dengan latihan tersebut manakala kumpulan kawalan
akan menjalankan latihan mental selama 5 minit selepas latihan kemahiran.
Selepas ujian dilakukan, dilihat kumpulan kawalan telah menunjukkan
peningkatan signifikan berbanding kumpulan yang tidak menggunakan latihan
mental dalam perkembangan kemahiran mereka. Tidak menghairankan
kumpulan kawalan telah mengalami peningkatan signifikan berbanding
kumpulan yang tidak menggunakan latihan mental disebabkan oleh latihan
mental yang dijalani mereka.
Keyakinan diri juga merupakan faktor yang sangat mustahak kepada
seseorang ahli sukan sama ada semasa menjalani latihan mahupun semasa
menghadapi pertandingan. Oleh itu, ahli sukan atau atlet sering melakukan
latihan mental apabila semakin hampir tiba kejohanan yang akan mereka sertai.
Pada 1990, Craig R. Hall, Wendy M. Rodgers dan Kathryn A. Barr (seperti yang
dicatatkan oleh Ahmad Sazli, 2002) telah membuat kajian ke atas 381 peserta
lelaki dan perempuan yang melibatkan diri dalam enam jenis sukan iaitu bola
sepak, hoki ais, skuasy, gimnastik dan luncur ais di Amerika. Hasil kajian
mereka mendapati bahawa atlet-atlet ini menggunakan lebih banyak latihan
berunsur persediaan mental untuk mendapatkan keyakinan diri apabila hampir
tiba pertandingan berbanding pada waktu latihan.
7
Berikut merupakan beberapa jenis latihan Mental Rehearsal yang saya
dapati daripada laman web www.articlesbase.com/ hasil penulisan Darren Hiller
(2009) :
1. Pernyataan objektif
Sebelum anda mulai latihan mental anda, tuliskan tujuan anda. Khususnya,
bagaimana anda ingin bermain atau melakukan dalam sukan yang anda
pilih. Apa rintangan yang akan anda harus mengatasi untuk mencapai tujuan
anda?
2. Pusatkan diri (teknik visualization)
Dengan mata tertutup, luangkan masa untuk pusat diri dengan mengambil
nafas dalam-dalam beberapa saat menyedari pernafasan anda. Kemudian
menjadi sedar ruang di sekitar anda, apa suara yang anda dengar? Apa
sensasi yang anda rasakan?
3. Mulai latihan mental anda
Fikirkan tentang diri anda sedang berlatih sukan khusus anda. Ini adalah di
mana anda akan memulakan filem mental anda (pastikan berlatih dengan
kelajuan dan intensiti yang sama semasa bermain dalam permainan atau
pertandingan).
8
4. Mencipta imej kejayaan (teknik imagery)
Sekarang buat gambaran kejayaan anda mencapai prestasi puncak ketika
bermain atau bersaing dalam sukan anda. (Satu ayunan golf yang sempurna,
proses semasa menjaringkan gol atau ketangguhan mental dan kepercayaan
diri).
5. Bawakan semua pancaindera anda
Meningkatkan prestasi puncak latihan mental dengan membawanya lebih
mendalam ke dalam filem mental anda. (Mana anda? Apa yang anda
lakukan? Apa suara yang anda dengar? Apa emosi perasaan anda? Apa yang
anda bau dan rasa?)
6. Bicara kendiri (self-talk) yang positif
Semasa anda mengalami gambaran kejayaan anda, berikan diri anda maklum
balas positif sepanjang filem mental anda. (Saya seorang pemain bola
keranjang yang percaya pada keupayaan diri dan sentiasa tenang).
7. Gambaran ganjaran
Lengkapi latihan mental anda dengan mencipta sebuah hadiah atau ganjaran
yang mewakili anda menang dan sedang menikmati hadiah anda. Bayangkan
anda meraikan kejayaan anda dengan pasukan anda, jurulatih, keluarga, dan
teman-teman.
9
Hal ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis latihan dalam
kaedah Mental Rehearsal. Jenis latihan mental yang saya fokuskan adalah
latihan teknik pernafasan, latihan self-talk (bicara kendiri), konsentrasi,
latihan visualization (visualisasi) dan latihan imagery (imejan).
Teknik pernafasan adalah salah satu jenis latihan mental yang sangat
penting. Berikut merupakan teknik pernafasan yang telah saya jalankan kepada
subjek kajian tindakan saya :
Teknik Pernafasan Sambil Berdiri :
1. Berdiri tegak dan buka kaki seluas bahu.
2. Bengkokkan lutut sedikit mengikut keselesaan untuk merendahkan pusat
graviti.
3. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan naikkan bahagian abdomen.
4. Buang nafas tersebut melalui hidung dan mulut.
Teknik Pernafasan Sambil Duduk :
1. Duduk dalam posisi badan yang selesa, kaki dibuka seluas bahu dengan
kedua-dua tapak kaki rapat ke lantai.
2. Tangan diletakkan di atas riba secara relaks.
3. Badan tegak dan buka dada anda.
10
4. Kepala terletak ringan di atas tengkuk.
5. Pastikan kepala, tengkuk dan badan anda lurus dan berada dalam keadaan
seimbang.
6. Tarik nafas melalui hidung dengan ritma yang dalam, panjang serta
perlahan.
7. Hembuskan nafas melalui hidung dan mulut secara perlahan, panjang dan
dalam.
Self-talk ataupun bicara kendiri adalah dialog yang berlangsung
dalam pemikiran kita secara dalaman (monolog dalaman) apabila berhadapan
dengan cabaran atau konflik. Manusia kadang kala pasti melakukan dialog
dalaman dalam dirinya. Contohnya, apabila seorang pemain dalam pasukan bola
tampar selalu berfikir bahawa dia merupakan pemain yang paling lemah dari segi
kemahiran dalam pasukan dan berasa dirinya hanya merosakkan pasukan. Tetapi
sebelum dia menyalahkan dirinya yang dianggap merosakkan pasukan itu, dia
perlu berdialog dengan dirinya sendiri dan berfikir dari sudut lain. Mungkin
tanpa kehadirannya dalam pasukan, posisi yang ditinggalkannya tidak dapat diisi
oleh pemain yang benar-benar layak. Ataupun dia boleh meyakinkan dirinya
bahawa dia masih mempunyai kemahiran yang tidak dimiliki oleh pemain lain
yang membolehkannya terus berada dalam pasukan. Hal ini akan meningkat
sudut pandangan positif pemain tersebut seterusnya meningkatkan keyakinan
11
dirinya. Berikut merupakan skrip self-talk (bicara kendiri) yang telah saya
berikan kepada subjek saya untuk mereka gunakan semasa latihan Mental
Rehearsal :
Saya memiliki keupayaan yang sama dengan pemain yang lain. Saya
yakin saya dapat melakukan kemahiran menyangga dengan baik tanpa
sebarang masalah.
Kemahiran menyangga bukanlah susah dilakukan seperti yang saya
fikirkan dahulu. Saya pasti saya akan dapat menguasainya pada masa
akan datang.
Saya yakin saya boleh melakukan teknik menyangga dengan cara yang
betul. Hanya beberapa langkah saja untuk melakukannya, saya pasti
boleh!
Pasukan ini memerlukan khidmat saya, oleh itu saya akan berlatih
bersungguh-sungguh supaya dapat menguasai kemahiran menyangga ke
tahap yang lebih baik.
Konsentrasi menurut Albinson dan Bull (seperti mana yang dicatatkan
oleh Mohd Sofian Omar Fauzee, 2008) merupakan proses pemilihan perhatian
yang melibatkan memberi perhatian kepada apa yang berlaku, darjah keupayaan
12
memberi perhatian kepada apa yang berlaku, darjah keupayaan memberi
perhatian dan berapa lama untuk memberi perhatian. Sebagai contoh, pemain-
pemain sebuah pasukan bola tampar sedang berada dalam keadaan tertekan
kerana sedang bermain di tempat yang terdapat ramai penyokong pasukan lawan.
Pasukan lawan pula mengasak mereka dengan melakukan servis-servis laju dan
tajam. Keupayaan pemain-pemain tersebut yang dapat memberikan konsentrasi
yang baik terhadap permainan dapat membantu mereka menghilangkan tekanan
yang ada seterusnya membantu mereka memberikan persembahan yang baik
dalam permainan.
Aktiviti-aktiviti konsentrasi yang telah saya jalankan adalah seperti
berikut :
1. Fokus kepada objektif sukan
Untuk latihan ini, pemain perlu mempunyai objektif spesifik dalam
sukan yang berkaitan. Konsepnya adalah untuk memastikan pemain
menilai objektifnya secara terperinci dan pada masa yang sama
memastikan gangguan daripada persekitaran dan pemikiran luar tidak
mengganggu konsentrasinya. Saya telah meminta setiap subjek untuk
menyatakan objektif mereka menyertai pasukan bola tampar sekolah.
Kemudian, mereka perlu sentiasa ingat dan berusaha untuk mencapai
objektif tersebut dengan cara berlatih bersungguh-sungguh tanpa
menghiraukan pemikiran negatif yang lahir daripada diri sendiri
seperti perasaan kurang yakin terhadap kebolehan diri.
13
2. Pemusatan
Pemusatan merupakan satu bentuk pengalihan perhatian atau
penumpuan semula. Contohnya apabila seorang pemain bola tampar
hendak menerima bola daripada pihak lawan. Pemain tersebut akan
memberi tumpuan kepada postur badannya semasa menerima bola.
Seterusnya pemain tersebut akan menumpukan kepada perlakuan
menyangga bola tersebut pula. Saya telah meminta subjek saya
berada dalam keadaan berpasangan (enam murid, tiga pasangan).
Kemudian mereka perlu berlatih menyangga secara berpasangan di
mana seorang murid akan bertindak sebagai server yang akan
melambung bola kepada pasangannya. Pasangannya pula akan
memberi tumpuan akan postur badannya semasa menerima bola
dengan cara sedar akan perlakuannya kemudian mengubah tumpuan
kepada menyangga bola tersebut.
Teknik visualization adalah sejenis teknik yang bersifat seperti
tayangan beberapa slaid gambar dalam minda individu. Apa yang dikatakan
teknik visualization sebagai tayangan beberapa slaid gambar adalah kerana ia
merupakan bayangan yang dibuat mengenai sesuatu situasi yang boleh berubah-
ubah. Penulisan Beverly Oden dalam laman web www.about.com menyatakan
bahawa visualisasi adalah perbuatan membayangkan diri anda melaksanakan
kemahiran dengan bentuk sempurna dan pelaksanaan yang sempurna. Terdapat
14
banyak cara yang berbeza untuk melaksanakannya dan tidak ada cara yang salah.
Anda boleh melakukan visualisasi di dalam bilik yang tenang atau dengan
bermain muzik. Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring. Anda boleh
melakukan visualisasi selama satu minit atau satu jam. Berkaitan dengan tajuk
kajian yang saya lakukan, skrip teknik visualization yang telah saya jalankan
kepada murid seperti berikut :
Dapatkan posisi yang selesa dan sedari pernafasan anda.
Pejamkan mata dan bayangkan diri anda dalam situasi hendak melakukan
aktiviti menyangga bola.
Tarik nafas dan lepaskan.
Tarik nafas dan sewaktu anda lepaskan nafas, rasakan tekanan mulai
keluar dari badan anda.
Tumpukan perhatian hanya pada pernafasan anda, tarik nafas dan
lepaskan.
Jika ada sesuatu yang difikirkan, biarkan dan kemudian lepaskannya
bersama hembusan nafas anda. Jangan ditentang, teruskan pernafasan
anda.
Awasi pernafasan anda, tarik nafas dan lepaskan. Rasakan diri anda
semakin relaks.
15
Bayangkan diri anda sedang menghulurkan tangan untuk melakukan
kontek pada bola yang sedang jatuh, cuba sangga bola tersebut dengan
tenang.
Tarik nafas, kemudian lepaskan tekanan yang ada.
Bayangkan pula bola jatuh dari ketinggian yang lebih daripada tadi,
tenangkan diri anda kemudian bengkokkan lutut, sangga bola dengan
tangan yang lurus dan dikunci
Tarik nafas, kemudian lepaskan dan rasakan ketenangan yang dibawa.
Bayangkan anda berjaya menyangga bola tersebut dan bola tersebut
sampai kepada rakan pasukan anda dalam keadaan yang baik.
Relakskan muka anda dan sentiasa pastikan diri dalam keadaan yang
tenang.
Tarik nafas dalam-dalam, pastikan anda sedar yang anda sedang menarik
nafas.
Kemudian lepaskan, pernafasan anda sudah semakin perlahan.
Tarik nafas, anda sedar akan diri anda.
Lepaskan, anda sedar badan anda sedang relaks.
Teruskan pernafasan anda.
(Berhenti sejenak)
16
Bila anda sudah bersedia, tarik nafas dalam-dalam, relaks, buka mata
anda, dan kembali ke situasi nyata.
Teknik imagery (imejan) pula bersifat seperti tayangan video dalam
minda individu. Teknik imagery dikatakan sebagai tayangan video kerana
seseorang individu dapat membayangkan sesuatu turutan proses tertentu melalui
teknik ini. Menurut Richardson, 1967; Weinberg dan Gould, 1999 (seperti mana
yang dicatatkan oleh Mohd Sofian Omar Fauzee, 2001) definisi imagery adalah
ia merupakan satu proses raptai penggambaran sesuatu aktiviti fizikal secara
simbolik dalam minda.
Sebagai contoh, seorang pemain bola tampar yang akan bermain dalam
perlawanan penting pada keesokan harinya akan menggambarkan dalam
mindanya turutan proses untuknya melakukan rejaman bola (spike) kepada pihak
lawan. Pemain tersebut terlebih dahulu akan membayangkan dirinya sedang
melihat bola servis yang dipukul oleh pihak lawan masuk ke dalam kawasan
gelanggang pasukannya. Pemain tersebut akan membayangkan rakan
sepasukannya, A1 menyangga bola tersebut kepada seorang lagi rakan
sepasukannya, A2. Seterusnya pemain tersebut akan membayangkan pemain A2
menyangga bola kepadanya. Pemain tersebut yang telah berada dalam keadaan
bersedia pun melompat tinggi kemudian merejam bola tersebut sekuat hati ke
dalam kawasan gelanggang pihak lawan. Latihan ini dapat membantu pemain
17
tersebut bersedia untuk menghadapi situasi sebenar keesokan hari seterusnya
meningkatkan keyakinan dirinya.
Semasa latihan imagery, saya telah meminta subjek saya duduk di
kawasan lapang dan tenang di luar bilik darjah. Tempat yang saya pilih adalah
tempat duduk di bawah pohon yang rendang dalam kawasan sekolah serta di atas
gelanggang bola tampar. Saya meminta setiap subjek saya supaya memejamkan
mata dan mula membayangkan perlakuan mereka melakukan kemahiran
menyangga mengikut turutan perlakuan yang telah saya ajarkan kepada mereka
mengikut teknik perlakuan yang betul.
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Dalam bab ini, saya akan membincangkan mengenai analisis yang telah saya
buat terhadap cara-cara mendapatkan data awal selepas melakukan tinjauan
masalah. Cara untuk mendapatkan data awal dalam kajian ini adalah melalui
temu bual dengan jurulatih pasukan, ujian pemerhatian awal dan juga temu bual
dengan subjek kajian.
2.2.1 Temu Bual Jurulatih Pasukan
Bagi mendapatkan data awal, saya telah menjalankan temu bual dengan jurulatih
pasukan, En. Ahmad Shafei bin Yusoff bagi mengetahui kaedah pengajaran yang
pernah digunakan beliau semasa melatih pasukan bola tampar sekolah khususnya
berkaitan teknik menyangga. Skrip temu bual tersebut boleh didapati pada
18
Lampiran 1. Daripada data temu bual yang diperoleh semasa temu bual dengan
jurulatih pasukan, saya dapati jurulatih pernah menggunakan kaedah pengajaran
demonstrasi serta latih tubi kepada pemain-pemainnya. Beliau juga telah
menyatakan bahawa kurangnya keyakinan diri (self-confidence) dalam diri
pemain-pemain menyebabkan mereka sukar untuk melakukan kemahiran
menyangga mengikut cara yang betul. Menurut beliau, cara menyangga murid
yang salah telah menyebabkan tangan mereka berasa sakit, seterusnya mereka
hilang keyakinan untuk melakukan kemahiran tersebut. Purata pemain pasukan
bola tampar pasukan sekolah tersebut dapat melakukan kemahiran menyangga
secara individu adalah sebanyak lima kali. Walau bagaimanapun, teknik
menyangga perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum bilangan kali
menyangga dapat dipertingkatkan.
2.2.2 Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)
Selain itu, saya telah menjalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra) terhadap
lima belas orang murid tahun lima yang merupakan pemain bola tampar sekolah
semasa sesi latihan pasukan bola tampar tersebut. Sebelum ujian tersebut
dijalankan, saya telah perhatikan bahawa beberapa orang murid mempunyai
kemahiran yang rendah dalam menyangga dan mereka hanya dapat menyangga
lebih kurang dua hingga tiga kali sahaja semasa latihan menyangga secara
individu.
19
Ujian pemerhatian awal yang saya jalankan itu adalah tertumpu kepada
bilangan perlakuan menyangga dan lima teknik menyangga (rujuk Lampiran 3)
yang mampu dilakukan oleh tiap-tiap 15 orang pemain bola tampar sekolah
tersebut dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan penanda
(marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Murid perlu melakukan aktiviti
menyangga dengan ketinggian lambungan bola adalah lebih kurang 2 meter
selepas kontak dengan lengan. Murid hanya diberikan sekali sahaja percubaan.
Saya bertindak selaku server iaitu melambung bola kepada murid untuk
disangga. Saya telah menetapkan markah bagi ujian yang dijalankan ini.
Markah tersebut ditentukan berdasarkan dua kriteria pemarkahan iaitu markah
bilangan kali boleh menyangga serta markah teknik menyangga. Kriteria
pemarkahan ujian yang saya jalankan adalah seperti Jadual 1 di halaman
sebelah :
20
Jadual 1
Kriteria Pemarkahan Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)
Markah bilangan kali
menyangga
Markah teknik menyangga
1 kali = 10 markah
2 kali = 20 markah
3 kali = 30 markah
4 kali = 40 markah
5 kali atau lebih = 50
markah
Berdiri tegak, kaki dibuka seluas
bahu = 10 markah
Lutut direndahkan sedikit
mengikut keselesaan = 10
markah
Lengan diluruskan dan siku
dikunci semasa kontak dengan
bola = 10 markah
Menyerap bola semasa lengan
kontak dengan bola = 10 markah
Ikut lajak selepas lengan kontak
dengan bola = 10 markah
Markah bilangan kali menyangga dan markah teknik menyangga
dicampurkan untuk mendapatkan markah penuh ujian. Markah penuh bilangan
kali menyangga adalah 50 manakala markah penuh teknik menyangga juga 50
21
menjadikan markah penuh ujian ini adalah 100. Enam orang murid yang
mendapat markah paling rendah telah dijadikan subjek kajian tindakan saya.
Data ujian pemerhatian awal saya dicatatkan di dalam borang senarai semak dan
boleh dirujuk pada Lampiran 3. Analisis data ujian pemerhatian awal yang telah
dijalankan ditunjukkan dalam Rajah 1 berikut :
Rajah 1. Graf Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)
Berdasarkan data dalam Rajah 1, dapat diperhatikan bahawa markah
keseluruhan tertinggi adalah 90/100 manakala markah keseluruhan terendah
adalah 30/100. Selain itu dapat diperhatikan juga bahawa sembilan orang murid
telah melepasi separuh daripada markah keseluruhan ujian (50 markah) manakala
baki enam orang murid mendapat markah di bawah separuh daripada markah
keseluruhan. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil enam orang murid
20
40
22
untuk dijadikan subjek kajian tindakan saya. Dalam rajah di atas, enam murid
yang dipilih adalah murid 2, murid 3, murid 7, murid 10, murid 12 dan murid 13.
Bagi memudahkan saya membandingkan data ujian pra dan ujian post, murid 2
diberi nama Subjek 1 (S1), murid 3 sebagai Subjek 2 (S2), murid 7 sebagai
Subjek 3 (S3), murid 10 sebagai Subjek 4 (S4), murid 12 sebagai Subjek 5 (S5)
dan murid 13 sebagai Subjek 6 (S6). Enam orang subjek kajian tersebut
diberikan latihan Mental Rehearsal dalam sesi latihan yang seterusnya. Setelah
enam orang subjek kajian saya dipilih, saya memasukkan data ujian pra mereka
ke dalam jadual yang boleh dirujuk dalam Lampiran 4.
Daripada Rajah 1 juga, dapat dibuat analisis bahawa dua belas orang
murid tidak mendapat markah penuh dalam kriteria bilangan menyangga bola.
Hanya tiga orang murid sahaja mendapat markah penuh dalam kriteria bilangan
menyangga bola. Dalam kriteria teknik menyangga pula, kesemua lima belas
orang murid tidak mendapat markah penuh. Oleh hal yang demikian, dapat
dibuat kesimpulan bahawa masalah utama murid dalam menyangga adalah
teknik perlakuan yang salah. Hal ini seterusnya menyebabkan murid sukar untuk
mencapai bilangan menyangga bola yang banyak.
2.2.3 Temu Bual Subjek Kajian
Setelah ujian pemerhatian awal (ujian pra) dilaksanakan dan enam orang subjek
kajian saya dipilih, saya menemu bual enam orang subjek kajian tersebut bagi
mendapatkan maklumat berkaitan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam
23
teknik menyangga. Skrip penuh temu bual tersebut boleh didapati pada
Lampiran 2. Daripada temu bual yang dijalankan, subjek kajian saya ataupun
responden berasakan bahawa teknik menyangga merupakan satu teknik yang
susah dilakukan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui sedutan temu bual berikut :
G : Adakah kamu rasa teknik menyangga ataupun digging adalah satu teknik yang susah dilakukan?
S1 : Susah.
S2 : Susah.
S3 : Susah.
S4 : Susah.
S5 : Ya.
S6 : Susah.
Hal ini mungkin terjadi kerana mereka mempunyai masalah kekurangan
keyakinan diri (self-confidence) dalam melakukan kemahiran menyangga.
Masalah keyakinan diri yang rendah mungkin merupakan faktor utama terhadap
kesukaran responden untuk menguasai kemahiran menyangga mengikut
perlakuan teknik yang betul. Dapatan ini diperoleh melalui sedutan temu bual
berikut :
24
G : Adakah kamu mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah menyebabkan kamu sukar melakukan teknik menyangga dengan cara yang betul?
S1 : Ya.
S2 : Ada.
S3 : Ya.
S4 : Ya.
S5 : Ya.
S6 : Ya.
Kemungkinan juga selain daripada masalah keyakinan diri murid dalam
melakukan kemahiran menyangga, murid turut mempunyai kesalahan kefahaman
terhadap teknik perlakuan menyangga yang sebenarnya. Murid kelihatan masih
lagi kabur tentang teknik melakukan kemahiran menyangga yang betul melalui
jawapan yang diberikan mereka. Dapatan ini diperoleh melalui sedutan temu
bual berikut :
G: Terangkan cara kamu menyangga.
S1 : ..renggangkan tangan, rapatkan tangan dan pukul.
S2 : Tak tahu.
S3 : Renggang, tutup, rapat, pukul.
S4 : Tutup, rapatkan tangan.
S5 : Angkat tangan, tutup, rapat, pukul.
S6 : Renggangkan tangan, rapatkan tangan, pukul.
25
Saya dapati, masalah menyangga responden tetap berlaku walaupun
mereka selalu bermain bola tampar dan kali terakhir mereka bermain adalah
dalam lingkungan seminggu yang lepas.
G : Adakah kamu selalu bermain bola tampar? Bilakah kali terakhir kamu bermain bola tampar?
S1 : Selalu juga. Hari khamis lepas.
S2 : Selalu. Semalam.
S3 : Selalu masa latihan. Selasa, minggu lepas.
S4 : Selalu juga. Hari ahad lepas.
S5 : Petang selasa dan rabu. Minggu lepas.
S6 : Selalu. Semalam.
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada temu bual dengan responden
yang telah saya jalankan ialah responden menanamkan kepercayaan dalam diri
mereka bahawa kemahiran menyangga merupakan satu kemahiran yang sukar
untuk dilakukan disebabkan kurang keyakinan (self-confidence) dalam diri setiap
responden tersebut. Faktor lain ialah mereka tidak mempunyai pengetahuan yang
cukup mengenai cara perlakuan teknik menyangga yang betul, mungkin akibat
tidak diberikan penerangan yang terperinci oleh jurulatih walaupun mereka
sering bermain bola tampar terutamanya semasa sesi latihan pasukan.
26
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Am
Secara amnya diharap kajian tindakan yang saya jalankan akan dapat membantu
pengajaran dan program latihan jurulatih atau sesiapa sahaja yang menjalankan
program latihan sukan agar lebih efisien dan bermutu.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya diharap :
1. Murid akan dapat meningkatkan tahap kemahiran menyangga mereka.
2. Murid dapat meningkatkan keyakinan diri (self-confidence) dalam diri
mereka.
3. Murid akan menerapkan penggunaan teknik psikologi (Mental Rehearsal)
untuk meningkatkan kemahiran menyangga.
4. Guru dapat meningkatkan keberkesanan program latihan mereka agar
mendatangkan kesan yang positif terhadap kemahiran murid dan juga
psikologi mereka.
27
3.3 Soalan Kajian
Adakah kaedah Mental Rehearsal dapat membantu menaikkan keyakinan diri
(self-confidence) murid seterusnya meningkatkan kemahiran menyangga murid?
28
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan enam orang murid lelaki tahun 5 daripada pasukan bola
tampar Sekolah Kebangsaan Clifford. Enam orang murid ini merupakan subjek
dalam kajian tindakan saya dan mereka telah mencatatkan markah bawah
separuh daripada markah keseluruhan ujian pemerhatian awal (ujian pra) yang
dijalankan terhadap 15 orang pemain bola tampar tahun 5 sekolah tersebut. Saya
telah memilih enam murid ini sebagai kumpulan kawalan (menggunakan latihan
Mental Rehearsal). Saya sangat berharap dapat meningkatkan tahap keyakinan
diri setiap pelajar dalam kumpulan kawalan ini seterusnya meningkatkan tahap
kemahiran menyangga murid-murid tersebut menggunakan pendekatan psikologi
iaitu kaedah Mental Rehearsal.
Saya memilih subjek yang tidak terlalu ramai bagi memudahkan saya
memberi fokus terhadap usaha membantu mereka meningkatkan tahap kemahiran
menyangga dengan menggunakan kaedah Mental Rehearsal. Murid-murid ini
merupakan pemain yang mewakili sekolah dalam permainan bola tampar dan
masih berpeluang mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar pada tahun
hadapannya kerana masih berada pada tahun lima. Oleh itu, saya sangat berharap
agar mereka dapat menggunakan segala input yang telah saya berikan semasa
latihan agar dapat diaplikasikan dalam pertandingan pada masa akan datang.
Melalui pemerhatian saya ketika sesi latihan terdahulu iaitu sebelum
mempraktikkan kaedah Mental Rehearsal, terdapat beberapa orang murid masih
tidak dapat meningkatkan kemahiran menyangga mereka walaupun sudah
29
menjalani sesi latihan pasukan untuk kali yang ke empat di bawah tunjuk ajar
jurulatih pasukan, En. Ahmad Shafei bin Yusoff. Mereka dilihat masih lagi gagal
untuk melakukan kemahiran menyangga mengikut teknik dan cara yang betul dan
sering mengulangi kesalahan yang sama. Oleh sebab itu, saya telah menjalankan
kajian tindakan dengan memberi tumpuan kepada enam orang murid sahaja untuk
dimasukkan dalam kumpulan kawalan dan saya akan lihat sama ada mereka dapat
untuk meningkatkan kemahiran menyangga dari semasa ke semasa melalui ujian
yang telah saya jalankan ataupun sebaliknya.
30
5.0 TINDAKAN
5.1 Prosedur Tindakan
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan model kajian
tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang saya peroleh daripada penulisan blog
bertajuk Tugasan Kelas: Model Kajian Tindakan oleh Aini (2009) sebagai
panduan prosedur perlaksanaan. Terdapat lima langkah penting dalam model ini
untuk menjalankan sesebuah kajian tindakan. Langkah-langkah tersebut adalah
plan (merancang), action (bertindak), observe (memerhati), reflect
(membuat refleksi) dan revised plan (merancang semula). Saya perlu
menjalankan kajian tindakan ini mengikut urutan-urutan prosedur yang terdapat
dalam model tersebut. Turutan langkah-langkah yang terdapat dalam model
Kemmis & McTaggert (1988) ditunjukkan dalam Rajah 2 berikut :
Rajah 2. Langkah-langkah Model Kemmis & McTaggart (1988)
31
5.1.1 Langkah Plan (Merancang)
Semasa langkah plan, saya telah merancang suatu kaedah yang boleh digunakan
bagi mengatasi masalah yang dihadapi murid saya dalam pasukan bola tampar
sekolah. Saya dapati masalah utama mereka adalah dalam kemahiran menyangga
bola. Setelah diperhatikan mimik muka dan perlakuan menyangga mereka yang
kelihatan seakan-akan tiada keyakinan serta hasil temu bual yang telah saya
jalankan, saya membuat kesimpulan bahawa murid-murid tersebut mempunyai
masalah keyakinan diri (self-confidence) yang rendah untuk melakukan
kemahiran menyangga bola menyebabkan mereka tidak dapat menyangga dengan
teknik yang betul. Oleh hal yang demikian, saya telah merancang untuk
menggunakan kaedah Mental Rehearsal bagi meningkatkan kemahiran
menyangga murid yang saya latih. Saya telah mengambil 6 orang murid lelaki
tahun 5 daripada pasukan bola tampar sekolah untuk dijadikan subjek dalam
kajian tindakan saya. Mereka merupakan murid yang gagal mendapat markah
melepasi separuh daripada markah penuh ujian (bawah 50 markah) selepas
dijalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra). Semasa langkah pelan ini, saya
merancang untuk memberikan latihan-latihan yang terdapat dalam kaedah
Mental Rehearsal iaitu latihan teknik pernafasan, latihan self-talk (bicara
kendiri), latihan konsentrasi, latihan visualization (visualisasi) dan latihan
imagery (imejan). Mengikut perancangan yang telah saya buat, latihan teknik
pernafasan dijalankan terlebih dahulu semasa sesi latihan subjek kajian, diikuti
latihan self-talk pada sesi latihan berikutnya, dan seterusnya latihan konsentrasi,
latihan visualization dan juga latihan imagery.
32
5.1.2 Langkah Action (Bertindak)
Semasa langkah action pula, saya telah menjalankan lima jenis latihan yang
terdapat dalam kaedah Mental Rehearsal kepada enam orang subjek kajian saya
yang dipilih hasil daripada ujian pemerhatian awal mengikut perancangan yang
telah dibuat. Saya telah menjalankan latihan kaedah Mental Rehearsal selepas
setiap sesi latihan pasukan bola tampar kepada enam orang subjek tersebut. Setiap
sesi latihan Mental Rehearsal dijalankan selama 30 minit selepas latihan
pasukan selama dua jam. Latihan pasukan bola tampar sekolah tersebut adalah
pada hari selasa dan rabu setiap minggu. Melalui sebuah jurnal yang saya dapati
daripada laman web yang ditulis oleh J. Driskell, C. Copper, & A. Moran (1994)
dalam Mental Practice Enhance Performance? yang diterbitkan oleh The
American Psychological Association, Inc., tempoh masa untuk menjalankan
sesuatu latihan mental adalah berubah-ubah antara 30 saat (Weinberg & Jackson,
1985) hingga 80 minit (Kelly, 1965).
Bagi latihan yang pertama iaitu latihan pernafasan, saya menjalankan
dua cara latihan pernafasan iaitu latihan pernafasan sambil duduk dan latihan
pernafasan sambil berdiri. Tempat saya menjalankan latihan ini adalah di dalam
bilik yang ditutup dan di kawasan yang tenang berhampiran taman bunga sekolah.
Cara perlakuan latihan tersebut adalah seperti berikut :
Teknik Pernafasan Sambil Berdiri :
1. Berdiri tegak dan buka kaki seluas bahu.
33
2. Bengkokkan lutut sedikit mengikut keselesaan untuk merendahkan pusat
graviti.
3. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan naikkan bahagian abdomen.
4. Buang nafas tersebut melalui hidung dan mulut.
Teknik Pernafasan Sambil Duduk :
1. Duduk dalam posisi badan yang selesa, kaki dibuka seluas bahu dengan
kedua-dua tapak kaki rapat ke lantai.
2. Tangan diletakkan di atas riba secara relaks.
3. Badan tegak dan buka dada anda.
4. Kepala terletak ringan di atas tengkuk.
5. Pastikan kepala, tengkuk dan badan anda lurus dan berada dalam keadaan
seimbang.
6. Tarik nafas melalui hidung dengan ritma yang dalam, panjang serta
perlahan.
7. Hembuskan nafas melalui hidung dan mulut secara perlahan, panjang dan
dalam.
34
Kemudian, bagi sesi latihan seterusnya saya telah menggunakan latihan
self-talk (bicara kendiri) pula. Latihan self-talk adalah latihan yang
memerlukan dialog dalaman subjek kajian. Oleh itu, saya meminta setiap subjek
kajian saya supaya berdialog ataupun bercakap dengan diri mereka sendiri tanpa
mengeluarkan suara. Latihan ini juga dijalankan di dalam bilik yang tertutup dan
di kawasan yang berdekatan dengan taman bunga sekolah. Saya membacakan
skrip self-talk ketika mereka duduk dan mereka hanya perlu memejamkan mata
dan bersoal jawab dengan diri sendiri menerusi skrip yang diberikan. Saya telah
menetapkan skrip self-talk seperti berikut :
Saya memiliki keupayaan yang sama dengan pemain yang lain. Saya
yakin saya dapat melakukan kemahiran menyangga dengan baik tanpa
sebarang masalah.
Kemahiran menyangga bukanlah susah dilakukan seperti yang saya
fikirkan dahulu. Saya pasti saya akan dapat menguasainya pada masa
akan datang.
Saya yakin saya boleh melakukan teknik menyangga dengan cara yang
betul. Hanya beberapa langkah saja untuk melakukannya, saya pasti
boleh!
Pasukan ini memerlukan khidmat saya, oleh itu saya akan berlatih
bersungguh-sungguh supaya dapat menguasai kemahiran menyangga ke
tahap yang lebih baik.
35
Dalam latihan yang seterusnya iaitu latihan konsentrasi, saya telah
menjalankan aktiviti-aktiviti berikut iaitu :
1. Fokus kepada objektif sukan
Saya telah meminta setiap subjek untuk menyatakan objektif mereka
menyertai pasukan bola tampar sekolah. Kemudian, mereka perlu
sentiasa ingat dan berusaha untuk mencapai objektif tersebut dengan
cara berlatih bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan pemikiran
negatif yang lahir daripada diri sendiri seperti perasaan kurang yakin
terhadap kebolehan diri.
2. Pemusatan
Saya telah meminta subjek saya berada dalam keadaan berpasangan
(enam murid, tiga pasangan). Kemudian mereka perlu berlatih
menyangga secara berpasangan di mana seorang murid akan bertindak
sebagai server yang akan melambung bola kepada pasangannya.
Pasangannya pula akan memberi tumpuan akan postur badannya
semasa menerima bola dengan cara sedar akan perlakuannya kemudian
mengubah tumpuan kepada menyangga bola tersebut. Latihan ini
dijalankan secara ansur maju iaitu dimulakan tanpa bola terlebih
dahulu kemudian dijalankan secara dengan bola.
36
Kemudian, saya menjalankan latihan visualization kepada subjek
kajian. Latihan visualization adalah bayangan yang dibuat mengenai situasi
yang berubah-ubah. Skrip teknik visualization yang telah saya jalankan kepada
subjek kajian saya seperti berikut :
Dapatkan posisi yang selesa dan sedari pernafasan anda.
Pejamkan mata dan bayangkan diri anda dalam situasi hendak melakukan
aktiviti menyangga bola.
Tarik nafas dan lepaskan.
Tarik nafas dan sewaktu anda lepaskan nafas, rasakan tekanan mulai
keluar dari badan anda.
Tumpukan perhatian hanya pada pernafasan anda, tarik nafas dan
lepaskan.
Jika ada sesuatu yang difikirkan, biarkan dan kemudian lepaskannya
bersama hembusan nafas anda. Jangan ditentang, teruskan pernafasan
anda.
Awasi pernafasan anda, tarik nafas dan lepaskan. Rasakan diri anda
semakin relaks.
Bayangkan diri anda sedang menghulurkan tangan untuk melakukan
kontak pada bola yang sedang jatuh, cuba sangga bola tersebut dengan
tenang.
37
Tarik nafas, kemudian lepaskan tekanan yang ada.
Bayangkan pula bola jatuh dari ketinggian yang lebih daripada tadi,
tenangkan diri anda kemudian bengkokkan lutut, sangga bola dengan
tangan yang lurus dan dikunci
Tarik nafas, kemudian lepaskan dan rasakan ketenangan yang dibawa.
Bayangkan anda berjaya menyangga bola tersebut dan bola tersebut
sampai kepada rakan pasukan anda dalam keadaan yang baik.
Relakskan muka anda dan sentiasa pastikan diri dalam keadaan yang
tenang.
Tarik nafas dalam-dalam, pastikan anda sedar yang anda sedang menarik
nafas.
Kemudian lepaskan, pernafasan anda sudah semakin perlahan.
Tarik nafas, anda sedar akan diri anda.
Lepaskan, anda sedar badan anda sedang relaks.
Teruskan pernafasan anda.
(Berhenti sejenak)
Bila anda sudah bersedia, tarik nafas dalam-dalam, relaks, buka mata
anda, dan kembali ke situasi nyata.
38
Latihan yang berikutnya adalah latihan imagery. Semasa latihan
imagery, saya telah meminta subjek saya duduk di kawasan lapang dan tenang
di luar bilik darjah. Tempat yang saya pilih adalah tempat duduk di bawah pohon
yang rendang dalam kawasan sekolah serta di atas gelanggang bola tampar. Saya
meminta setiap subjek saya supaya memejamkan mata dan mula membayangkan
perlakuan mereka melakukan kemahiran menyangga mengikut turutan perlakuan
yang telah saya ajarkan kepada mengikut teknik yang betul. Latihan ini
dijalankan secara ansur maju di mana murid perlu membayangkan dalam minda
mereka tentang perlakuan menyangga bola tanpa perlakuan fizikal kemudian
pada tahap seterusnya, mereka perlu membayangkan dalam minda mereka
tentang perlakuan menyangga bola dengan perlakuan fizikal.
5.1.3 Langkah Observe (Memerhati)
Semasa langkah observe saya telah menjalankan ujian pos terhadap enam orang
subjek kajian saya. Ujian pos yang saya jalankan adalah ujian yang sama seperti
ujian pra yang terdahulu iaitu untuk menguji bilangan perlakuan menyangga
yang mampu dilakukan murid dan lima teknik menyangga yang sepatutnya
dilakukan mereka dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan
penanda (marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Murid perlu melakukan aktiviti
menyangga dengan ketinggian lambungan bola adalah lebih kurang 2 meter
selepas kontak dengan lengan. Murid hanya diberikan sekali sahaja percubaan.
Saya bertindak selaku server iaitu melambung bola kepada murid untuk
39
disangga. Saya telah menetapkan markah bagi ujian yang dijalankan ini. Markah
tersebut ditentukan berdasarkan dua kriteria pemarkahan iaitu markah bilangan
kali boleh menyangga serta markah teknik menyangga. Data ujian pos dicatatkan
di dalam borang senarai semak.
5.1.4 Langkah Reflect (Membuat Refleksi)
Selepas menjalankan ujian post, saya telah membuat refleksi sama ada kajian
yang saya jalankan berjaya ataupun tidak. Refleksi yang dibuat menjelaskan
aspek-aspek merangkumi kekuatan serta kelemahan kajian yang telah saya
jalankan ini. Sekiranya kajian saya tidak mencapai kejayaan, saya perlu
melakukan refleksi mengapa kajian tersebut tidak berjaya serta menyatakan
cadangan penambahbaikannya. Sekiranya kajian saya berjaya, saya boleh
mengutarakan kajian saya ini sebagai panduan pengkaji-pengkaji atau guru-guru
untuk mereka gunakan dalam kajian mereka kelak atau untuk dipraktikkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
5.1.5 Langkah Revised Plan (Merancang Semula)
Sekiranya selepas dijalankan ujian pos, subjek kajian saya mencatatkan markah
yang lebih rendah berbanding semasa ujian pra, atau tiada peningkatan ataupun
mencatatkan markah bawah separuh daripada markah penuh (bawah 50 markah),
saya akan menjalankan langkah revised plan iaitu merancang semula sebuah
40
kaedah baru yang boleh digunakan sebagai alternatif lain bagi meningkatkan
kemahiran menyangga subjek yang masih gagal mencatatkan pencapaian
melepasi 50 markah dalam ujian pos. Langkah revised plan merupakan sebuah
langkah yang terdapat dalam gelungan kedua Model Kemmis. Pengkaji perlu
menjalankan semula ujian pos yang baru setelah melaksanakan kaedah baru ke
atas subjek yang gagal dalam ujian pos sebelum itu. Kaedah baru yang saya
rancang adalah penggunaan tayangan video bagi meningkat keyakinan diri
murid seterusnya membantu mereka melakukan kemahiran menyangga
bola tampar dengan cara yang betul. Menurut Robert W. Christina, Jamie V.
Barresi dan Paul Shaffner (seperti mana yang dicatatkan oleh Suhaimi, 2003),
latihan menggunakan tayangan video yang menggambarkan permainan sebenar
seperti yang dilihat di dalam pertandingan, dipercayai merupakan suatu kaedah
yang sangat berkesan untuk meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya dapat
membantu meningkatkan ketepatan persepsi.
Setelah dijalankan ujian pos, sememangnya terdapat subjek yang gagal
mendapat markah melepasi separuh daripada markah penuh ujian. Terdapat dua
orang subjek yang gagal dalam ujian pos; salah seorang mencatatkan
peningkatan dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra tetapi markahnya
masih bawah 50 markah manakala seorang lagi tidak mencatatkan sebarang
peningkatan. Kedua-dua orang subjek tersebut diberikan kaedah tayangan video
mengenai cara-cara untuk melakukan kemahiran menyangga dengan cara yang
betul selain tayangan pemain-pemain bola tampar profesional melakukan
kemahiran menyangga semasa pertandingan. Setelah ditunjukkan tayangan
41
video, dua orang subjek tersebut diminta melakukan semula kemahiran
menyangga seperti yang dilihat dalam video.
Secara ringkasnya, turutan langkah dalam gelung kedua model Kemmis
adalah revised plan (merancang semula), action (bertindak), observe
(memerhati), dan reflect (membuat refleksi). Setelah dirancang kaedah yang
baru, pengkaji perlu menjalankan prosedur pelaksanaan kaedah tersebut, diikuti
melakukan pemerhatian atau ujian, seterusnya melakukan refleksi.
5.2 Cara Mengumpul Data
Dalam bab ini saya akan menghuraikan kaedah mengumpul data mengikut
turutan kajian seperti berikut :
5.2.1 Temu Bual Jurulatih Pasukan
Temu bual telah saya jalankan temu bual dengan jurulatih pasukan, En. Ahmad
Shafei bin Yusoff bagi mengetahui kaedah pengajaran yang pernah digunakan
beliau semasa melatih pasukan bola tampar sekolah khususnya berkaitan teknik
menyangga. Cara mengumpul data temu bual dengan jurulatih pasukan telah
saya terangkan dalam bab 2.2 iaitu Analisis Tinjauan Masalah.
42
5.2.2 Ujian Pemerhatian Awal (Ujian Pra)
Selain itu, saya telah menjalankan ujian pemerhatian awal (ujian pra) terhadap
lima belas orang murid tahun 5 yang merupakan pemain bola tampar sekolah
semasa sesi latihan pasukan bola tampar tersebut. Ujian pemerhatian awal yang
saya jalankan itu adalah tertumpu kepada bilangan perlakuan menyangga dan
lima teknik menyangga yang mampu dilakukan oleh tiap-tiap lima belas orang
pemain bola tampar sekolah tersebut dalam grid segi empat sama yang dibentuk
menggunakan penanda (marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Markah bilangan
perlakuan menyangga yang mampu dilakukan dan markah lima teknik
menyangga yang betul dikumpulkan untuk mendapatkan markah akhir. Setelah
data ujian diperoleh, enam orang murid yang mendapat markah terendah dipilih
sebagai subjek dalam kajian tindakan saya. Cara mengumpul data ujian
pemerhatian awal telah saya terangkan dalam bab 2.2 iaitu Analisis Tinjauan
Masalah.
5.2.3 Temu Bual Subjek Kajian
Setelah ujian pemerhatian awal (ujian pra) dilaksanakan dan enam orang subjek
kajian saya dipilih, saya menemu bual enam orang subjek kajian tersebut bagi
mendapatkan maklumat berkaitan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam
teknik menyangga. Cara mengumpul data temu bual subjek kajian telah saya
terangkan dalam bab 2.2 iaitu Analisis Tinjauan Masalah.
43
5.2.4 Ujian Pos
Saya menjalankan ujian pos bagi mendapatkan data selepas latihan kaedah
Mental Rehearsal diberikan kepada enam orang subjek kajian saya. Ujian pos
yang saya jalankan adalah bagi menguji bilangan perlakuan menyangga yang
mampu dilakukan murid dan lima teknik menyangga yang sepatutnya dilakukan
mereka dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan penanda
(marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Tinggi lambungan bola selepas kontak
dengan lengan adalah lebih kurang 2 meter. Saya bertindak selaku server iaitu
melambung bola kepada murid untuk disangga. Saya telah menetapkan markah
bagi ujian yang dijalankan ini. Markah tersebut ditentukan berdasarkan dua
kriteria pemarkahan iaitu markah bilangan kali boleh menyangga serta markah
teknik menyangga. Kriteria pemarkahan ujian ini adalah seperti dalam Jadual 2
halaman sebelah :
44
Jadual 2
Kriteria Pemarkahan Ujian Pos
Markah bilangan kali
menyangga
Markah teknik menyangga
1 kali = 10 markah
2 kali = 20 markah
3 kali = 30 markah
4 kali = 40 markah
5 kali atau lebih = 50
markah
Berdiri tegak, kaki dibuka seluas
bahu = 10 markah
Lutut direndahkan sedikit
mengikut keselesaan = 10
markah
Lengan diluruskan dan siku
dikunci semasa kontak dengan
bola = 10 markah
Menyerap bola semasa lengan
kontak dengan bola = 10 markah
Ikut lajak selepas lengan kontak
dengan bola = 10 markah
Markah bilangan kali menyangga dan markah teknik menyangga
dicampurkan untuk mendapatkan markah penuh ujian. Markah penuh bilangan
kali menyangga adalah 50 manakala markah penuh teknik menyangga juga 50
45
menjadikan markah penuh ujian ini adalah 100. Saya mengumpulkan data ujian
pos kajian saya dalam borang senarai semak. Borang senarai semak ujian pos
kajian saya boleh didapati dalam Lampiran 5. Analisis data ujian pemerhatian
awal yang telah dijalankan ditunjukkan dalam Rajah 3 berikut :
Rajah 3. Graf Ujian Pos Subjek Kajian
Berdasarkan data dalam Rajah 3, dapat diperhatikan bahawa markah
keseluruhan tertinggi yang dicatatkan subjek kajian adalah 80/100 manakala
markah keseluruhan terendah subjek kajian adalah 40/100. Selain itu dapat
diperhatikan juga bahawa empat orang subjek kajian telah melepasi separuh
daripada markah keseluruhan ujian (50 markah) manakala baki dua orang murid
mendapat markah di bawah separuh daripada markah keseluruhan.
46
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Dalam bab ini saya akan membincangkan mengenai cara saya menganalisis dan
menginterpretasikan data ujian pos yang telah saya jalankan kepada enam orang
subjek kajian. Saya juga akan membandingkan peratus pencapaian markah
subjek kajian secara individu dan keseluruhan.
6.1 Analisis Data Individu
Dalam bahagian ini, saya akan menganalisis data setiap subjek kajian dengan
cara membandingkan pencapaian ujian pos dengan ujian pra dan mendapatkan
peratusannya.
6.1.1 Analisis Data Subjek 1 (S1)
Bagi subjek kajian pertama, S1 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos
ditunjukkan dalam Rajah 4 berikut :
Rajah 4. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 1
47
Berdasarkan Rajah 4, dapat dilihat bahawa S1 telah mencapai
peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah
penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).
Markah akhir S1 dalam ujian pra adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus.
Markah akhir S1 dalam ujian pos pula adalah 70 menjadikannya 70 peratus. Ini
menunjukkan bahawa S1 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 30
markah bersamaan peningkatan sebanyak 30 peratus.
Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S1 telah
mendapat 30 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 50
markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S1 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti
berikut :
Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S1 = 30 100
= 60%
Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S1 = 50 100
= 100%
Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S1 = 100% - 60%
= 40%
50
50
48
Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S1 telah
mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20
markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S1 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah teknik menyangga ujian pra S1 = 10 100
= 20%
Peratus markah teknik menyangga ujian pos S1 = 20 100
= 40%
Peratus peningkatan markah teknik menyangga S1 = 40% - 20%
= 20%
50
50
49
6.1.2 Analisis Data Subjek 2 (S2)
Bagi subjek kajian kedua, S2 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos
ditunjukkan dalam Rajah 5 berikut :
Rajah 5. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 2
Berdasarkan Rajah 5, dapat dilihat bahawa S2 telah mencapai
peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah
penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).
Markah akhir S2 dalam ujian pra adalah 30 markah menjadikannya 30 peratus.
Markah akhir S2 dalam ujian pos pula adalah 40 menjadikannya 40 peratus. Ini
menunjukkan bahawa S2 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 10
markah bersamaan peningkatan sebanyak 10 peratus.
50
Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S2 telah
mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20
markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S2 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti
berikut :
Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S2 = 10 100
= 20%
Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S2 = 20 100
= 40%
Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S2 = 40% - 20%
= 20%
50
50
51
Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S2 telah
mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20
markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus perubahan
markah S2 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah teknik menyangga ujian pra S2 = 20 100
= 40%
Peratus markah teknik menyangga ujian pos S2 = 20 100
= 40%
Peratus peningkatan markah teknik menyangga S2 = 40% - 40%
= 0% (Tiada perubahan)
50
50
52
6.1.3 Analisis Data Subjek 3 (S3)
Bagi subjek kajian ketiga, S3 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos
ditunjukkan dalam Rajah 6 berikut :
Rajah 6. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 3
Berdasarkan Rajah 6, dapat dilihat bahawa S3 telah mencapai
peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah
penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).
Markah akhir S3 dalam ujian pra adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus.
Markah akhir S3 dalam ujian pos pula adalah 80 menjadikannya 80 peratus. Ini
menunjukkan bahawa S3 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 40
markah bersamaan peningkatan sebanyak 40 peratus.
53
Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S3 telah
mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 40
markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S3 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti
berikut :
Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S3 = 20 100
= 40%
Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S3 = 40 100
= 80%
Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S3 = 80% - 40%
= 40%
50
50
54
Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S3 telah
mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 40
markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S3 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah teknik menyangga ujian pra S3 = 20 100
= 40%
Peratus markah teknik menyangga ujian pos S3 = 40 100
= 80%
Peratus peningkatan markah teknik menyangga S3 = 80% - 40%
= 40%
50
50
55
6.1.4 Analisis Data Subjek 4 (S4)
Bagi subjek kajian keempat, S4 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos
ditunjukkan dalam Rajah 7 berikut :
Rajah 7. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 4
Berdasarkan Rajah 7, dapat dilihat bahawa S4 telah mencapai
peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah
penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).
Markah akhir S4 dalam ujian pra adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus.
Markah akhir S4 dalam ujian pos pula adalah 60 menjadikannya 60 peratus. Ini
menunjukkan bahawa S4 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 20
markah bersamaan peningkatan sebanyak 20 peratus.
56
Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S4 telah
mendapat 30 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 40
markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S4 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti
berikut :
Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S4 = 30 100
= 60%
Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S4 = 40 100
= 80%
Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S4 = 80% - 60%
= 20%
50
50
57
Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S4 telah
mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20
markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S4 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah teknik menyangga ujian pra S4 = 10 100
= 20%
Peratus markah teknik menyangga ujian pos S4 = 20 100
= 40%
Peratus peningkatan markah teknik menyangga S4 = 40% - 20%
= 20%
50
50
58
6.1.5 Analisis Data Subjek 5 (S5)
Bagi subjek kajian kelima, S5 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos
ditunjukkan dalam Rajah 8 berikut :
Rajah 8. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 5
Berdasarkan Rajah 8, dapat dilihat bahawa S5 telah mencapai
peningkatan markah dalam ujian pos berbanding semasa ujian pra. Markah
penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan ujian pos adalah 100 markah (100 peratus).
Markah akhir S5 dalam ujian pra adalah 30 markah menjadikannya 30 peratus.
Markah akhir S5 dalam ujian pos pula adalah 50 menjadikannya 50 peratus. Ini
menunjukkan bahawa S5 telah mencapai peningkatan markah sebanyak 20
markah bersamaan peningkatan sebanyak 20 peratus.
59
Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S5 telah
mendapat 20 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 20
markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus
perubahan markah S5 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S5 = 20 100
= 40%
Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S5 = 20 100
= 40%
Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S5 = 40% - 40%
= 0% (Tiada perubahan)
50
50
60
Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S5 telah
mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 30
markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S5 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah teknik menyangga ujian pra S5 = 10 100
= 20%
Peratus markah teknik menyangga ujian pos S5 = 30 100
= 60%
Peratus peningkatan markah teknik menyangga S5 = 60% - 20%
= 40%
50
50
61
6.1.6 Analisis Data Subjek 6 (S6)
Bagi subjek kajian keenam, S6 pencapaiannya semasa ujian pra dan ujian pos
ditunjukkan dalam Rajah 9 berikut :
Rajah 9. Graf Pencapaian Pra-Pos Subjek 6
Berdasarkan Rajah 9, dapat dilihat bahawa markah S6 adalah sekata
antara ujian pos dengan ujian pra. Markah penuh bagi tiap-tiap ujian pra dan
ujian pos adalah 100 markah (100 peratus). Markah akhir S6 dalam ujian pra
adalah 40 markah menjadikannya 40 peratus. Markah akhir S6 dalam ujian pos
pula adalah 40 menjadikannya 40 peratus. Ini menunjukkan bahawa S6 tidak
mencatatkan perubahan markah keseluruhan.
62
Bagi markah bilangan kali menyangga, dalam ujian pra S6 telah
mendapat 30 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 30
markah. Markah penuh kriteria bilangan menyangga adalah 50. Peratus
perubahan markah S6 dalam kriteria bilangan menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah bilangan menyangga ujian pra S6 = 30 100
= 60%
Peratus markah bilangan menyangga ujian pos S6 = 30 100
= 60%
Peratus peningkatan markah bilangan menyangga S6 = 60% - 60%
= 0% (Tiada perubahan)
50
50
63
Bagi markah teknik menyangga pula, dalam ujian pra S6 telah
mendapat 10 markah manakala dalam ujian pos, subjek telah mendapat 10
markah. Markah penuh kriteria teknik menyangga adalah 50. Peratus
peningkatan markah S6 dalam kriteria teknik menyangga adalah seperti berikut :
Peratus markah teknik menyangga ujian pra S6 = 10 100
= 20%
Peratus markah teknik menyangga ujian pos S6 = 10 100
= 20%
Peratus peningkatan markah teknik menyangga S6 = 20% - 20%
= 0% (Tiada perubahan)
50
50
64
6.2 Analisis Data Keseluruhan
Dalam bahagian ini, saya akan menganalisis data keseluruhan subjek kajian
dengan cara membandingkan pencapaian ujian pos dengan ujian pra dan
mendapatkan peratusannya. Jadual 3 berikut menunjukkan pencapaian subjek
dalam ujian pra berserta peratusannya :
Jadual 3
Pencapaian Subjek Bagi Ujian Pra
SUBJEK JUMLAH MARKAH PERATUS (%)
Subjek 1 40 40
Subjek 2 30 30
Subjek 3 40 40
Subjek 4 40 40
Subjek 5 30 30
Subjek 6 40 40
65
Jadual 4 berikut pula menunjukkan pencapaian subjek dalam ujian pos
berserta peratusannya :
Jadual 4
Pencapaian Subjek Bagi Ujian Pos
SUBJEK JUMLAH MARKAH PERATUS (%)
Subjek 1 70 70
Subjek 2 40 40
Subjek 3 80 80
Subjek 4 60 60
Subjek 5 50 50
Subjek 6 40 40
Dalam Jadual 4 tersebut, menunjukkan peratus pencapaian enam orang
subjek kajian dalam ujian pos yang telah dijalankan. Markah terendah subjek
kajian dalam ujian pos adalah 40 manakala markah tertinggi subjek kajian dalam
ujian pos adalah 80. Terdapat dua orang subjek kajian yang mendapat markah
40, seorang mendapat markah 50, seorang mendapat markah 60, seorang
mendapat markah 70 dan seorang juga mendapat markah 80. Empat orang subjek
berjaya melepasi separuh daripada markah penuh ujian (50), manakala dua yang
66
lain mencatatkan bawah daripada separuh markah penuh ujian. Kedua-dua murid
yang mencatatkan markah bawah separuh daripada markah penuh ujian tersebut
mencatatkan 40 markah.
Jadual 5 berikut menunjukkan peningkatan pencapaian responden dalam
ujian pra-pos serta peratusannya :
Jadual 5
Peratus Peningkatan Subjek Kajian Dalam Ujian Pra-Pos
SUBJEK
KAJIAN
MARKAH
UJIAN PRA UJIAN POS
PERATUS
PENINGKATAN
(%)
Subjek 1 40 70 30
Subjek 2 30 40 10
Subjek 3 40 80 40
Subjek 4 40 60 20
Subjek 5 30 50 20
Subjek 6 40 40 0
67
Data dalam Rajah 10 berikut dapat mewakili data perbandingan markah
yang dicatatkan kesemua subjek dalam ujian pra-pos yang terdapat dalam Jadual
5 tadi:
Rajah 10. Graf Peningkatan Pencapaian Subjek Dalam Ujian Pra-Pos
Bilangan subjek yang meningkat pencapaian = 5 orang
Peratus subjek yang meningkat pencapaian = 5 100
= 83.33%
6
68
Bilangan subjek yang tidak meningkat pencapaian (sama) = 1 orang
Peratus subjek yang tidak meningkat pencapaian (sama) = 1 100
= 16.67%
Data dalam Jadual 5 dan Rajah 10 telah menunjukkan perbandingan
peratus pencapaian subjek antara ujian pra dengan ujian pos yang telah
dijalankan. Berdasarkan jadual berkenaan, didapati bahawa kadar peningkatan
pencapaian adalah antara 0% hingga 40%. Terdapat dua orang subjek yang
pencapaiannya bawah 50% daripada markah penuh ujian dan salah seorang
subjek tersebut tidak mengalami sebarang peningkatan (0%) dalam ujian pos
yang dijalankan. Seorang subjek mencatat peningkatan pencapaian markah
sebanyak 10%, dua orang mencatat pencapaian peningkatan markah sebanyak
20%, seorang mencatat peningkatan pencapaian markah sebanyak 30% dan
seorang mencatat peningkatan pencapaian markah yang tertinggi keseluruhan
iaitu sebanyak 40%.
Secara keseluruhannya, seramai 5 orang subjek iaitu 83.33% daripada
jumlah keseluruhan subjek menunjukkan peningkatan dalam kemahiran
menyangga bola tampar menerusi latihan kaedah Mental Rehearsal manakala
seorang subjek mewakili 16.67% daripada jumlah keseluruhan subjek tidak
menunjukkan sebarang peningkatan menerusi latihan kaedah Mental Rehearsal
ini. Data ini boleh diwakili oleh carta pai dalam Rajah 11 berikut :
6
69
`
Rajah 11. Peratusan Peningkatan Pencapaian Subjek
Majoriti subjek iaitu seramai lima orang subjek menunjukkan
peningkatan dalam ujian menyangga bola tampar. Hanya dua orang murid sahaja
masih tidak berjaya mencatatkan markah melepasi separuh daripada markah
keseluruhan ujian (50 markah) dan salah seorang daripadanya tidak mencatatkan
peningkatan markah ujiannya. Secara keseluruhannya, kaedah Mental
Rehearsal yang dijalankan berjaya meningkatkan tahap keyakinan diri pemain
70
bola tampar lelaki tahun 5 Sekolah Kebangsaan Clifford dalam kemahiran
menyangga bola. Perbincangan selanjutnya adalah dalam bab 7.0.
6.3 Analisis Data Revised Plan
Berdasarkan data yang direkodkan dalam ujian pos, dua orang subjek telah gagal
untuk mencapai keputusan 50 markah dan ke atas. Salah seorang mencatatkan
peningkatan markah ujian pos berbanding semasa ujian pra tetapi masih lagi di
bawah 50 markah manakala seorang lagi tidak mencatatkan sebarang
peningkatan. Oleh hal itu, saya telah mengecilkan jumlah subjek kepada dua
orang sahaja untuk dilaksanakan kaedah yang baru bagi mengatasi masalah
tersebut. Subjek 2 dan Subjek 6 yang memperoleh 40 markah dalam ujian pos
terdahulu telah dipilih sebagai subjek dalam penggunaan kaedah baru yang saya
gunakan. Kaedah baru yang saya jalankan adalah penggunaan tayangan video
bagi meningkat keyakinan diri murid seterusnya membantu mereka melakukan
kemahiran menyangga bola tampar dengan cara yang betul.
Prosedur ujian pos Revised Plan yang saya jalankan untuk kaedah ini
adalah sama seperti prosedur ujian pos yang terdahulu. Keputusan ujian pos
Revised Plan bagi dua orang subjek kajian tersebut dapat dirujuk dalam
Lampiran 6. Data hasil ujian pos Revised Plan yang saya jalankan ditunjukkan
dalam Jadual 6 di halaman sebelah :
71
Jadual 6
Pencapaian Subjek Bagi Ujian Pos Revised Plan
SUB
JEK
MA
RK
AH
B
ILA
NG
AN
M
EN
YA
NG
GA
MA
RK
AH
T
EK
NIK
M
EN
YA
NG
GA
JUM
LA
H
MA
RK
AH
PEN
ING
KA
TA
N
(%)
Subjek 2 30 20 50 10
Subjek 6 30 30 60 20
Daripada Jadual 6 tersebut, dapat dilihat bahawa Subjek 2 dan Subjek 6
telah berjaya mencapai keputusan melepasi 50 markah setelah dijalankan ujian
pos Revised Plan. Markah keseluruhan Subjek 2 dalam ujian pos Revised
Plan adalah 50 berbanding markahnya semasa ujian pos terdahulu. Markah
keseluruhan Subjek 6 pula dalam ujian pos Revised Plan adalah 60 berbanding
semasa ujian pos yang terdahulu. Subjek 2 telah mencatatkan peningkatan
markah sebanyak 10% manakala Subjek 6 mencatat peningkatan markah
sebanyak 20%. Hal ini membuktikan bahawa kaedah tayangan video sedikit
sebanyak dapat membantu meningkatkan keyakinan diri murid untuk melakukan
kemahiran menyangga bola tampar dengan cara yang betul di samping
penggunaan kaedah Mental Rehearsal.
72
7.0 DAPATAN
Dalam bab ini, saya akan membincangkan mengenai dapatan daripada hasil
keputusan dan penganalisisan data yang telah diperoleh daripada bab 6.0
(Analisis dan Interpretasi Data). Setiap persoalan akan dijawab secara terperinci
dengan merujuk dan menghubungkaitkan kajian-kajian lepas yang bersesuaian.
7.1 Perbincangan Dapatan Kajian
Persoalan kajian ini ialah adakah kaedah Mental Rehearsal dapat membantu
meningkatkan keyakinan diri (self-confident) murid seterusnya meningkatkan
kemahiran menyangga murid. Jadual 3 (rujuk bab 6.2 iaitu Analisis Data
Keseluruhan) menunjukkan jumlah markah dan peratus pencapaian keseluruhan
subjek semasa ujian pra. Kesemua mereka dipilih daripada 15 orang pemain bola
tampar lelaki Sekolah Kebangsaan Clifford tahun 5. 15 orang pemain tersebut
telah menjalani ujian pemerhatian awal (ujian pra). Mereka diuji dengan cara
menyangga dalam grid segi empat sama yang dibentuk menggunakan penanda
(marker) berukuran 2 meter x 2 meter. Markah keseluruhan ujian ditentukan
berdasarkan dua kriteria pemarkahan iaitu markah bilangan kali boleh
menyangga serta markah teknik menyangga. Dalam ujian pra ini, keenam-enam
murid tersebut mencatatkan markah kurang separuh daripada markah penuh iaitu
bawah 50 markah. Oleh hal yang demikian, mereka telah dipilih sebagai subjek
kajian ini. Markah tertinggi yang dicatatkan oleh subjek kajian dalam ujian pra
adalah 40 markah dan markah terendah pula adalah 30 markah. Kesemua enam
subjek tersebut telah diberikan latihan kaedah Mental Rehearsal selepas dipilih.
73
Kesemua enam subjek telah menjalani ujian pos setelah diberikan latihan
kaedah Mental Rehearsal. Jadual 4 (rujuk bab 6.2 iaitu Analisis Data
Keseluruhan) menunjukkan jumlah markah dan peratus pencapaian keseluruhan
subjek semasa ujian pos. Dilihat, kesemua subjek kecuali seorang, telah
mencatatkan peningkatan dalam ujian pos yang dijalankan. Subjek yang tidak
mencatatkan peningkatan markah tersebut mencatatkan markah yang sama
seperti semasa ujian pra iaitu 40 markah. Walau bagaimanapun, subjek tersebut
bersama seorang lagi subjek yang mencatatkan peningkatan markah, masih lagi
gagal untuk mencapai markah 50 dan ke atas.
Berdasarkan data yang dikemukakan, jelas menunjukkan pada peringkat
awal sebelum kaedah Mental Rehearsal diberikan, hampir semua subjek
mencatatkan pencapaian markah yang rendah berbanding selepas kaedah tersebut
diperkenalkan kepada mereka. Hal ini dibuktikan oleh kejayaan 5 orang subjek
(83.33% daripada jumlah keseluruhan) yang berjaya meningkatkan pencapaian
markah masing-masing dalam ujian pos yang telah dijalankan. Oleh yang
demikian, secara langsung kajian ini membuktikan bahawa latihan kaedah
Mental Rehearsal telah berjaya meningkatkan keyakinan diri murid-murid.
Berdasarkan kenyataan tersebut, nyata kini bahawa aspek persediaan
mental adalah sangat signifikan bagi menzahirkan keyakinan diri dalam diri atlet.
Feltz (1994), menyatakan bahawa keyakinan diri adalah satu kepercayaan dan
kepastian terhadap kebolehan diri sendiri dalam usaha untuk mencapai sesuatu
yang diharapkan.
74
Kenyataan ini turut dipersetujui oleh Mohd Sofian (2001), yang
menyatakan bahawa faktor keyakinan diri ini dapat memberi dorongan kepada
seseorang murid itu untuk mencapai prestasi yang lebih baik jika dibandingkan
dengan murid yang tidak mempunyai keyakinan diri.
Meskipun rata-rata 83.33% daripada jumlah keseluruhan subjek
mencatatkan peningkatan dari segi pencapaian markah dalam ujian pos, namun
begitu dapatan yang diperoleh menunjukkan jumlah peningkatan yang
direkodkan tidak berskala besar kecuali dua orang subjek sahaja yang
mencatatkan peningkatan yang agak besar iaitu 30% dan 40%. Lain-lain subjek
mencatatkan peningkatan markah julat antara 10% hingga 20% sahaja. Ini secara
tidak langsung menunjukkan bahawa kaedah Mental Rehearsal ini mempunyai
upaya bagi meningkatkan tahap keyakinan diri individu namun begitu masih
terdapat beberapa faktor lain yang mampu menyekat keefisienan teknik ini.
Selain daripada itu, jumlah julat peningkatan pencapaian ujian pra dan
pos yang agak kecil bagi kebanyakan subjek serta kegagalan sebahagian kecil
subjek (16.67 daripada keseluruhan subjek ataupun 1 daripada 6 orang) untuk
mencatatkan peningkatan dalam ujian pos mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor berikut :
75
1. Masa
Kajian ini dijalankan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan masa ini dirasakan agak kurang sesuai dan
mengganggu tumpuan dan prestasi murid. Kajian ini
kebiasaannya dimulakan sekitar pukul 5.00 petang (2 jam selepas
latihan pasukan bola tampar) yang mana pada ketika itu subjek
sudah pun mengalami keletihan mental serta fizikal ditambah juga
dengan keadaan cuaca yang agak panas dan tidak selesa pada
waktu tersebut.
Ujian pra dan pos yang dijalankan tatkala cuaca panas terik
sedikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan kepada subjek
untuk beraksi baik.
Masa yang diperuntukkan bagi program Internship iaitu hanya
sebulan tidak cukup bagi memberikan kesemua teknik dalam
kaedah Mental Rehearsal secara 100 peratus kepada subjek.
2. Kesediaan / Kemampuan Subjek
Subjek yang boleh dianggap masih kecil (11 tahun) dilihat masih
belum mampu untuk menganalisis maklumat yang dibekalkan
mengenai latihan Mental Rehearsal. Ada antara mereka tidak
benar-benar mengerti tujuan sebenar dan apa yang akan mereka
76
peroleh daripada latihan Mental Rehearsal yang diberikan
kepada mereka.
Subjek melakukan latihan kaedah Mental Rehearsal secara
bersahaja tanpa bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan
pengalaman daripada latihan Mental Rehearsal sebagai pedoman
yang dapat digunakan dalam ujian atau situasi sebenar.
Subjek juga tidak mampu mengingati semua teknik serta kaedah
yang terdapat dalam latihan-latihan Mental Rehearsal yang
banyak bagi digunakan semasa situasi sebenar. Latihan yang
mengambil masa yang agak lama diperlukan bagi membolehkan
murid mengingati semua teknik serta kaedah yang terdapat dalam
latihan-latihan Mental Rehearsal.
3. Emosi
Emosi merupakan satu aspek penting yang tidak dapat dikawal
dalam kajian ini. Sepanjang kajian dijalankan, terdapat segelintir
subjek yang kelihatan muram serta menjauhkan diri dari
kelompok subjek lain.
Terdapat juga subjek yang dilihat kurang memberi motivasi
kepada rakan serta mengejek subjek lain yang sedang melakukan
perlakuan menyangga bola ketika ujian pos. Ini merupakan
77
limitasi atau batasan yang tidak dapat dikawal tetapi dilihat
mampu memberikan kesan kepada mutu persembahan dan
pencapaian subjek.
7.2 Implikasi Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini dijangka akan dapat memberi manfaat dan panduan kepada
beberapa pihak. Ini termasuklah pihak sekolah khususnya guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi jurulatih pasukan
amnya kepada pelajar-pelajar, murid-murid serta pihak berkuasa yang
berperanan menggubal sukatan pendidikan yang diamalkan di Malaysia. Selain
itu, organisasi sukan juga dapat menjadikan hasil kajian ini sebagai panduan
dalam menentu dan merancangkan sesuatu program latihan sukan sama ada
dalam tempoh jangka panjang, sederhana atau pendek.
1. Murid-murid
Melalui kajian ini, murid-murid telah menerima sesi latihan yang
baru iaitu Mental Rehearsal selepas dijalankan sesi latihan bola
tampar berbanding sesi latihan bola tampar biasa yang selalu
dijalankan sebelum ini. Ini kerana latihan Mental Rehearsal
banyak memfokuskan kepada ketenangan minda serta
penggunaan kaedah tersebut bersifat lebih relaks.
78
2. Guru / Jurulatih Pasukan Sekolah
Kajian ini dapat menjadi panduan di samping memberikan idea
baru kepada guru-guru khususnya yang mengajar subjek mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan melatih pasukan sekolah. Guru
dapat mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran mereka supaya
murid-murid terus berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan juga bermotivasi serta mempunyai keyakinan diri
yang tinggi untuk mewakili sekolah.
3. Pihak Penggubal Dasar Sukan
Pihak Kementerian Pelajaran perlu memberikan perhatian dalam
merangka semula struktur pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan di sekolah-sekolah dengan menyerapkan kaedah atau
teknik yang melibatkan latihan minda ataupun Mental Rehearsal
ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ada sekarang.
Kaedah Mental Rehearsal ini berupaya meningkatkan keyakinan
diri dalam diri setiap murid seterusnya dapat mengatasi masalah
kurang motivasi serta kurang percaya akan kebolehan diri mereka
sendiri.
79
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian yang telah dijalankan adalah merupakan satu kajian kecil yang
dilaksanakan dalam tempoh masa yang agak singkat. Sampel kajian yang
digunakan juga kecil. Oleh sebab bidang kajian yang kecil, terdapat beberapa
pemboleh ubah yang signifikan terhadap kajian ini yang telah diabaikan. Setelah
saya meneliti kajian yang telah dijalankan, saya dapati terdapat limitasi yang
mempengaruhi dapatan kajian. Maka, hal ini perlu diberikan keutamaan agar
dapat memastikan kelancaran dalam menganalisis data secara keseluruhan.
Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan boleh dikemukakan bagi
membolehkan proses penambahbaikan dilakukan dalam kajian lanjutan akan
datang. Cadangan-cadangan penambahbaikan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Bilangan subjek hendaklah ditambah supaya dapatan kajian yang
diperoleh dapat digeneralisasikan kepada populasi yang mencukupi.
Ini bertujuan bagi memastikan hasil dapatan yang diperoleh adalah
efektif dan tepat.
2. Pemilihan subjek perlu dijalankan dengan lebih sistematik. Kajian
haruslah dipelbagaikan pada setiap peringkat umur ataupun
kumpulan, mengandungi murid yang terdiri daripada pelbagai tahap
80
kecerdasan minda serta kecergasan tubuh. Hal ini adalah bagi
mendapatkan dapatan kajian yang lebih relevan dan jitu.
3. Kajian lanjutan hendaklah dilaksanakan bagi melihat tahap keyakinan
diri dalam sukan yang mempunyai subjek yang berbeza daripada segi
bangsa, umur, peringkat pencapaian serta pengalaman dalam sukan.
4. Tempoh masa kajian boleh ditambah atau dipanjangkan lagi bagi
membolehkan kesan pengaplikasian kaedah Mental Rehearsal ini
dapat dilihat dengan lebih jelas.
5. Pembahagian masa merupakan aspek yang sangat penting semasa
menjalankan kajian. Penyelidik perlu bijak membahagikan masa
terutamanya sebelum, semasa dan selepas menjalankan kajian,
merancang pelaksanaan instrumen kajian serta menganalisis data.
6. Instrumen atau metodologi kajian yang digunakan hendaklah
mempunyai kesahan kandungan serta kebolehpercayaan yang tinggi
dan juga diperakui oleh pakar dalam bidang tersebut.