KAJIAN TINDAKAN

Embed Size (px)

Citation preview

KAJIAN TINDAKAN P51992 WAN NOORAINI WAN MUHAMMAD

WELCOME

Powered by Widgia.com TINGKATKAN ILMU

THURSDAY, MAY 20, 2010

TUGASAN TAMBAHAN : REFLEKSI REFLEKSI

Sepanjang 10 bulan saya menjalani program DPLI UKM banyak yang telah saya pelajari dan perolehi. Terutama dalam 2 aspek utama iaitu kurikulum dan ko-kurikulum. Kedua-dua aspek ini amat penting untuk menjadi seorang pendidik yang mampu membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam semua bidang yang ingin diceburi, INSYAALLAH.

KURIKULUM

Merupakan satu aspek yang penting untuk menjadi seorang guru yang berilmu dan berpengetahuan. Dalam aspek kurikulum, pengintegrasian ilmu secara terpisah-pisah membolehkan saya mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan secara lebih meluas. Perkaitan di antara isi-isi pengajaran yang diberikan dapat membantu saya mengaplikasikan ilmu yang diperolehi secara sepenuhnya mengikut kesesuaian dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Sebagai contohnya, sepanjang 10 bulan dalam DPLI UKM banyak kaedah-kaedah pedagogi yang dicurahkan oleh pensyarah dan ilmu itu amat

berguna semasa saya menjalani latihan mengajar. Pelbagai kaedah dapat saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya dapat membantu dan dapat menarik minat pelajar. Melalui tugasan yang diberikan oleh pensyarah juga mampu membantu saya mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di dalam kuliah. Ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah sepanjang 10 bulan saya menjalani program DPLI UKM juga banyak membantu saya semasa menjalani latihan mengajar dan ianya merupakan persediaan awal yang sememangnya diperlukan oleh seorang bakal pendidik seperti saya. Kaedah-kaedah pendidikan yang dipelajari menjadikan saya lebih yakin semasa menjalani latihan mengajar. Saya berharap ilmu yang saya perolehi sepanjang 10 bulan itu akan menjadikan saya seorang guru yang berdedikasi.

KOKURIKULUM

Aspek kedua yang saya perolehi sepanjang 10 bulan ialah kokurikulum. Kebanyakan pelajar menganggapkan aktiviti kokurikulum ini tidak penting berbanding kurikulum. Seperti juga saya yang sebelum ini tidak terlalu mengambil berat tentang aktiviti kokurikulum. Namun selepas 10 bulan di UKM dan banyak aktiviti kokurikulum yang telah dijalankan saya mendapati pendedahan terhadap aktiviti ini amat penting dan ianya perlu seiring dengan aktiviti kokurikulum. Daripada aktiviti kokurikulum yang saya jalankan banyak perkara yang dapat saya pelajari dan perolehi. Melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum ini juga membantu merapatkan dan mengeratkan perhubungan kami semua bakal-bakal guru dalam program DPLI, UKM.Di antara program yang banyak membantu saya ialah Bina Insan Pendidik (BIP). Di dalam program ini banyak yang saya perolehi daripada aktiviti yang dilakukan terutama dalam aspek JASMANI, emosi, rohani dan sosial yang banyak membantu saya membentuk personaliti sahsiah seorang guru. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program banyak menguji kekuatan fizikal dan mental saya. Ianya memberi impak yang besar kepada saya kerana dalam setiap aktiviti yang dilakukan banyak mengajar saya bagaimana cara untuk mengawal emosi dan menjadi pendidik yang cekal. Ini adalah kerana bidang pendidikan merupaka satu bidang yang sangat mencabar dan ianya memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Melalui aktiviti kokurikulum yang dilakukan juga menjadikan saya lebih bertanggungjawab terhadap jawatan yang diberikan. Membentuk sikap kerjasama di antara saya dan rakan-rakan lain dalam menjalankan sesuatu aktiviti atau program. Kepada pensyarah2, terutama Dr. Siti terima kasih untuk semua ilmu yang telah dicurahkan... JASAMU DIKENANG sehingga akhir hayat... Kepada semua rakan2, miss u all.. DPLI UKM sentiasa dalam ingatan... GUD LUCK POSTED BY WAN NOORAINI AT 5:26 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

MONDAY, DECEMBER 7, 2009

Aktiviti 13: Teori, Strategi dan Kaedah Pembelajaran PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL

Pembelajaran konstektual merujuk kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan isi pengajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Dalam pembelajaran konstektual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang lebih dikenali sebagai REACT yang terdiri daripada R (relating / menghubungkait), E (experiencing / mengalami), A(applying / mengaplikasikan), C (cooperating / bekerjasama), dan T (transfering / memindahkan) applying/mengaplikasiakan).

KAEDAH TUNJUK CARA/ DEMONSTRASI

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, jimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

Ciri-ciri penting 1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan 2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah 3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen 4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti 5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL BELAJAR

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan

Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa 2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak 3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal. 4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna 5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain 6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah

KAEDAH INKUIRI

Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

KAEDAH PERBINCANGAN

Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, muridmurid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh.

Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas.

Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

KAEDAH MAIN PERANAN

Teknik main peranan adalah satu teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Melalui teknik ini, muridmurid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Teknik ini melibatkan gambarangambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran yang diajar oleh guru.

KERANGKA TEORITIKAL / KONSEPTUAL/ OPERASIONAL KAJIAN

Kerangka Teoritikal

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.

Kepentingan kerangka teoritikal Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu: #Pemboleh ubah bersandar iaitu; minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar. #Pemboleh ubah tidak bersandar contoh; kaedah demonstrasi

Kajian ini melihat kaedah demonstrasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Konseptual dan Operasional kajian

Definisi konsep dirujuk sebagai definisi teori yang harus berdasarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.

Definisi operasional ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

Kerangka Konseptual Demonstrasi - Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

Simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987). Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997)

POSTED BY WAN NOORAINI AT 9:09 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

FRIDAY, DECEMBER 4, 2009

Aktiviti 12 : Pemurnian Matlamat

Meningkatkan penglibatan dan penguasaan pelajar terhadap subjek Kemahiran Hidup/ Bahasa Melayu dan ICT dengan penggunaan Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) bagi pelajar masalah pembelajaran.

Objektif # Pelajar dapat menunjukkan objek melalui kad imbasan bergambar yang disoal oleh guru # Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar

# Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan # Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan # Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer # Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran hidup.

Persoalan kajian 1) Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran dengan penggunaan kad imbasan dan perisian komputer? 2) Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran? 3) Adakah melalui kaedah demonstrasi, penggunaan kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyampaikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan? 4)Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup?

POSTED BY WAN NOORAINI AT 9:40 PM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

THURSDAY, DECEMBER 3, 2009

Aktiviti 11 : Ulasan Jurnal Impact of an Action Research Instructional Model:Student Teachers as Reflective Thinkers

Penyataan Masalah

Dilakukan kerana pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran. Kekurangan inisiatif oleh guru baru untuk menyediakan model

pengajaran yang tersendiri. Guru baru merasakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan model pengajaran yang mengikut kefahamannya.

Bagaimana Pengkaji Melapor Penyataan Masalah

Pengkaji melihat kepada perkembangan semasa sektor pendidikan melalui pemerhatian di mana kebanyakan guru baru tidak menyediakan model pengajaran yang tersendiri sebaliknya lebih suka mengikuti trend sedia ada. Pengkaji cuba untuk mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Pengkaji mendapatkan maklumat awal melalui kitaran proses sedia kajian penyelidikan paradigma. Data dalam kajian ini termasuk penyelidikan reflektif terhadap jurnal pengajaran, bersama dengan tugasantugasan pelajar dan teks daripada perbincangan dalam talian.

Minute Math: An Action Research Study Of StudentSelf-Assessment

Pelajar kurang dapat menguasai sifir matematik. Menghafal sifir dan jadual matematik merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Maka pengkaji ingin melihat penilaian kendiri pelajar, samaada kegiatan menghafal akan menambah hasil pembelajaran disamping pengetahuan biasa fakta-fakta matematik.

Bagaimana Pengkaji Melapor Penyataan Masalah

Pengkaji mendapat kebanyakan pelajar sekarang lemah dalam matapelajaran matematik. Data diperolehi dengan melihat pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Pelajar didapati menghadapi kesukaran dalam menghafal sifir matematik. Pengkaji melaporkan penyataan masalah berdasarkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar iaitu menghafal. Pengkaji cuba menyelesaikan masalah ini dengan mengadakan satu program yang di harap dapat membantu pelajar.

Raising School Attendance: a case study of good practice in monitoring and raising standard.

Peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemontengan pelajar ke sekolah. Pengkaji merasakan ianya merupakan masalah yang besar dan memerlukan langkah pencegahan segera. Pengkaji mengkaji punca-

punca yang menyebabkan pelajar tidak hadir dan ponteng bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang sesuai.

Bagaimana Pengkaji Melapor Penyataan Masalah

Pengkaji mengumpul data dengan melihat markah yang diperolehi oleh pelajar sepanjang ujian yang dijalankan. Data daripada setiap kelas di analisis secara berasingan kerana persekitaran penilaian bilik darjah adalah berbeza. Data daripada kedua-dua kelas digabungkan untuk digunakan dalam mengutarakan persoalan mengenai kepentingan penglibatan pelajar.

POSTED BY WAN NOORAINI AT 9:07 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

WEDNESDAY, DECEMBER 2, 2009

Aktiviti 10 : Ulasan Buku Mengenalpasti masalah kajian tindakan

BUKU 1 : Action Research in the Classroom Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall # Mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah aspek utama yang perlu dilakukan bagi pembentukan sesuatu kajian tindakan. # Masalah kajian tindakan dikenalpasti melalui pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik. # Penyelidik mengenalpasti fokus utama yang hendak dikaji. Sebelum penyataan masalah ditetapkan pengkaji melakukan penilitian terhadap persoalan yang bakal dinyatakan adakah boleh diuruskan dan dijawab. # Mengenalpasti perubahan penambahbaikan yang ingin dilakukan. Pengumpulan dan penganalisisan data

1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual. 2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian. Dalam sains sosial peyelidik cenderung untuk memilih jenis data yang diperlukan dan dirasakan sesuai. Beberapa penyelidik mungkin berkata mereka lebih yakin terhadap data kuantitatif kerana kepentingan statistik dapat dilihat. Manakala yang lain mungkin berhujah di mana data berdasarkan nombor ini tidak memberikan perincian sepertimana penerangan terperinci yang diberikan melalui data kualitatif. # Data kuantitatif memberitahu tentang apa yang berlaku pada masa-masa yang tertentu.

# Data kualitatif menjelajah mengapa mengapa perkara tersebut berlaku. Perolehan Sumber Data

Banyak sumber dan kaedah yang dapat digunakan untuk mendapatkan data penyelidikan di dalam persekitaran bilik darjah atau sekolah. Membantu guru atau pengkaji dalam melaksanakan kajian tindakan.

1) Kaedah-kaedah kajian tradisional Kategori ini termasuk temubual, soal selidik dan pemerhatian. Kesemuanya adalah sangat berguna dalam kedua-dua strategi penyelidikan kuantitatif atau kualitatif.

2) Data terkumpul di sekolah Sekolah adalah persekitaran yang kaya dengan data. Data dapat dikumpulkan sepanjang masa pada peringkat pelajar atau guru, pada peringkat kelas atau peringkat sekolah. Sebagai contoh, rakaman Rancangan Pengajaran Individu (RPH), kehadiran, dan markah ujian. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik dapat membuat pernyataan atau menerangkan mengenai bilik darjah, individu ataupun kumpulan individu tersebut.

3) Data diambil daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Guru biasanya menjalankan aktiviti yang berbeza di sekolah yang mana melibatkan individu yang berbeza terutamanya pelajar. Hasil-hasil P&P yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang dilakukan boleh dijadikan data dalam melaksanakan kajian yang berkaitan.

4) Pengumpulan data yang boleh digabungkan ke dalam rutin sekolah. Kebertanggungjawaban dan penilaian kendiri adalah faktor utama dalam pendidikan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dibina daripada rangka kerja ini dan ianya boleh jadi sebahagian daripada penyelidikan guru atau pengkaji. Sebagai contoh, pemerhatian rakan sebaya boleh difokuskan melalui jadual penyelidikan berdasarkan pemerhatian dan majlis badan pelajar dapat digunakan untuk mendapatkan tinjauan pendapat pelajar. 5) Pemerhatian termasuklah Audio dan video #Pemerhatian perlu dijalankan/dianalisis diawal permulaan kajian yang akan dijalankan. #Pengkaji perlu terlebih dahulu mengenalpasti apa aspek yang hendak dilihat dan yang tidak perlu dilihat. #Ianya meliputi persoalan : siapa, apa, bila, dengan siapa, banyak mana, berapa kerap, berapa lama dan banyak lagi persoalan untuk menentukan matlamat persoalan pengkaji. #Bagi rakaman audio dan video, pengkaji perlu mengikut protokol dalam membuat pengiraan, melalui penggunaan teknologi, yang melibatkan ucapan yang panjang dan interaksi bukan secara lisan menjadi lebih mudah untuk diteroka. Analisis Data Kualitatif 1) Menguruskan # Pengkaji mengumpulkan data-data daripada temubual dan pemerhatian yang dilakukan terhadap responden. # Temubual dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur. # Pengkaji melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah.

2) Menerangkan # Pengkaji kategorikan data mengikut istilah-istilah yang bersesuaian contohnya bagaimana kehadiran pelajar di dalam kelas dan bagaimana penglibatan pelajar terhadap proses P&P.

3) Membuat Interprestasi # Daripada data yang diperolehi pengkaji dapat membuat pentaksiran ke atas data-data dan membuat kesimpulan terhadap penambahbaikan yang perlu dilakukan. BUKU 2 : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher:

Dalam kajian tindakan, guru perlu mengenalpasti masalah yang dihadapi bagi menentukan tahap pencapaian kepuasan hasil dari kajian tersebut. Melalui masalah ini juga, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.

Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.

Guru mencari strategi pengajaran yang baru melalui pemantauan terhadap pelajar, bersoal jawab dengan guru-guru dan terlibat dalam aktiviti profesionalisme dan mengenalpasti kajian lepas untuk dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan strategi baru dan diaplikasikan di dalam kelas dalam proses P&P

Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian

Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi. POSTED BY WAN NOORAINI AT 9:10 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

FRIDAY, NOVEMBER 20, 2009

Aktiviti 9 : Mini Kajian Tindakan - Matlamat, Objektif, Persoalan kajian Matlamat

Meningkatkan insrtumen penilaian bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang disampaikan oleh guru.

Pernyataan Masalah #Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan? #Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran? #Adakah melalui kaedah demonstrasi, kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyampaikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?

Objektif #Pelajar dapat menunjukkan objek melalui kad imbasan bergambar yang disoal oleh guru #Pelajar dapat menyebut nama objek yang ditunjukkan oleh guru melalui kad imbasan bergambar #Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan perkataan yang sepadan #Pelajar dapat menyesuaikan kad imbasan bergambar dan fungsi gambar yang sepadan #Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru menggunakan komputer

POSTED BY WAN NOORAINI AT 9:14 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

Aktiviti 8 : Mini Kajian Tindakan - Cadangan Cadangan

Kemahiran Hidup Pengalaman / refleksi secara individu

Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) bagi pelajar masalah pembelajaran. Melalui kaedah yang dilaksanakan ianya mampu untuk mengatasi masalah pelajar dalam memahami subjek kemahiran hidup.Ini dapat dilaksanakan dengan:-

# Kaedah demonstrasi dapat memberi pendedahan kepada pelajar terhadap topik pembelajaran. # Memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu topik di mana guru menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran itu dapat dilakukan. # Melalui penggunaan kad imbasan guru boleh memaparkan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik serta perkataan agar membolehkan pelajar mengecam gambar dan perkataan yang sesuai. # Melalui penggunaan perisian komputer pula guru boleh menunjukkan kepada pelajar untuk mengenal bahan atau peralatan yang ditunjukkan. # Guru juga boleh menggunakan perisian komputer untuk mengajar teori untuk mengelakkan pelajar bosan.

Cadangan saya dalam usaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kajian ialah dengan memberi pendedahan awal kepada pelajar bermasalah pembelajaran tentang penggunaan komputer. Ianya boleh dilakukan dengan membentuk satu subjek khusus tentang pengajaran komputer tanpa melibatkan subjek lain. Bagi penggunaan kad imbasan pula, guru perlu meyediakan kad imbasan yang pelbagai bentuk dan warna supaya pelajar tidak cepat bosan. Guru juga boleh mempelbagaikan teknik penyampaian agar pelajar tidak cepat bosan dan melibatkan diri semasa proses P&P dijalankan.

Pengalaman pasukan # Bagi mengatasi masalah kekangan masa guru dikehendaki merancang dengan teliti setiap aktiviti yang hendak dilakukan. Kaedah demonstrasi yang dilakukan hendaklah mudah dan ringkas agar pelajar tidak keliru.

# Penggunaan kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan berkemungkinan bagi pelajar bermasalah pembelajaran yang hanya mengenal gambar tetapi tidak tahu mengeja, oleh itu pelajar mungkin dapat diuji kefahaman mereka terhadap topik melalui gambar kad imbasan sahaja. Oleh itu guru dicadangkan untuk menyebut perkataan di kad imbasan dan hanya menyuruh pelajar menyuaikan kad imbasan mengandungi perkataan yang dibaca oleh guru dengan kad imbasan bergambar

# Bagi masalah dari segi pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam penggunaan komputer, guru dicadangkan sentiasa melakukan proses orientasi pengenalan komponen dan penggunaan komputer sebelum aktiviti melibatkan perisian komputer digunakan

Cadangan mini kajian tindakan refleksi dari kumpulan lain :

Berdasarkan refleksi bersama ahli kumpulan yang lain, mereka menyatakan bahawa tajuk mini kajian tindakan kami mampu menarik minat pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang di ajar oleh guru. Mereka memberikan beberapa cadangan-cadangan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran; # Kaedah demonstrasi yang dilakukan mestilah menarik dan pelbagai agar pelajar memberi tumpuan. # Penyediaan kad imbasan yang disediakan kepada pelajar perlulah lebih menarik dari segi pemilihan gambar, warna dan perkataan supaya pelajar lebih suka. # Guru perlu menghadkan penggunaan kad imbasan berbentuk gambar dan lebihkan kepada kad imbasan berbentuk perkataan kerana pelajar bermasalah pembelajaran memang kebanyakannya telah mengenali gambar tetapi mereka tidak tahu membaca. Apabila guru menunjukkan perkataan dan pelajar tidak dapat membaca barulah guru perlu menunjukkan gambar yang bersesuaian. Dengan cara ini pelajar akan lebih cepat dapat membaca. # Perisian komputer juga boleh dijadikan medium untuk membantu pelajar mengenali gambar yang ditunjukkan. Guru boleh menyuruh pelajar menaip semula perkataan berdasarkan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru. Melalui cara ini pelajar dapat didedahkan dengan kemahiran pengunaan teknologi. # Melalui perisian komputer juga guru boleh menunjukkan gambar-gambar seperti di dalam kad imbasan tetapi ditunjukkana dalam pelbagai bentuk yang berbeza.

POSTED BY WAN NOORAINI AT 9:05 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

Aktiviti 7 : Mini Kajian Tindakan - Kelemahan Kelemahan tajuk mini kajian tindakan :

Kemahiran Hidup

Pengalaman / refleksi secara individu # Kebanyakan pelajar tidak dapat mengenal objek atau peralatan yang diterangkan oleh guru. # Pelajar sukar untuk mengecam peralatan berdasarkan perkataan yang guru tunjukkan atau sebutkan. # Pelajar kurang berminat dengan proses P&P di dalam kelas kerana sukar untuk memahami topik yang di ajar oleh guru.

Pengalaman pasukan # Kekangan masa bagi pelaksanaan pembelajaran secara praktikal. # Pengetahuan dan kemahiran pelajar bermasalah pembelajaran dalam subjek kemahiran hidup terhad. # Pelajar bermasalah pembelajaran kurang memberi perhatian dan cepat bosan bagi setiap sesi pengajaran.

Pengalaman Pasukan Luar # Guru terikat dengan silibus yang perlu dihabiskan dalam masa yang terhad. # Peralatan dan BBM yang tidak mencukupi di sekolah. # Guru tidak kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Literature Review

POSTED BY WAN NOORAINI AT 8:17 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

Aktiviti 6 : Mini Kajian Tindakan - Kekuatan Kekuatan tajuk mini kajian tindakan:

Kemahiran Hidup

Pengalaman individu

# Melibatkan penggunaan kemahiran tertentu bergantung kepada topik yang diajar oleh guru semasa proses P&P. # Pelajar lebih mudah memahami topik kerana kebanyakan proses P&P dijalankan secara praktikal berbanding teori. # Kebanyakan topik tidak mempunyai kesinambungan dengan topik-topik lain. Ini memudahkan guru untuk menjalankan proses P&P mengikut kesesuaian masa. # Tidak hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata kerana ianya turut merangkumi kemahiran-kemahiran yang tertentu yang dapat digunakan oleh pelajar.

Perbincangan dalam pasukan

# Merupakan satu subjek yang menarik kerana setiap topik memerlukan pengaplikasian kemahirankemahiran tertentu. # Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar berkeperluan khas.

Pengalaman Pasukan Luar # Kemahiran yang diajar di sekolah dapat digunakan oleh pelajar untuk meneruskan kehidupan pada masa hadapan. # Guru dapat mendedahkan pelajar kepada kemahiran-kemahiran yang tidak pernah dilakukan oleh pelajar di rumah.

Literatur Review

POSTED BY WAN NOORAINI AT 8:14 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

FRIDAY, NOVEMBER 13, 2009

Aktiviti 5 : Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan) 1. MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan

# Untuk melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah diamalkan. # Untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik. # Sebagai satu langkah kepada guru untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan dan dapat membantu pelajar untuk lebih mudah memahami topik yang diajar. # Mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang melibatkan prestasi guru dan pencapaian pelajar. # Proses untuk menjana idea-idea baru bagi meningkatkan taraf pendidikan. # Untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar untuk lebih melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. MENGAPA anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda

Tajuk Mini Kajian Tindakan :

Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P)

Ahli Kumpulan : Huda Suhaily Binti Adam Norafifah Binti Yaacob Wan Nooraini Binti Wan Muhammad

Pengenalan:

Kaedah Demonstrasi juga dikenali sebagai kaedah tunjuk cara. Demonstrasi merupakan kaedah menunjukkan cara pengaplikasian tentang topik yang diajar oleh guru. Kaedah ini adalah begitu berkesan apabila digabungkan dengan kad imbasan dan perisisan komputer sebagai peneguhan terhadap pemahaman sampel kajian tindakan iaitu pelajar bermasalah pembelajaran. Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan digunakan untuk menguji sejauhmana pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang dipilih. Kad imbasan ini boleh digunakan oleh guru ketika peringkat set induksi, perkembangan atau penutup ketika proses P&P dijalankan. Penggabungan kad imbasan dan perisisan komputer seperti Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point akan dapat mempertingkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar ketika P&P dilaksanakan. Perisian komputer boleh digunakan oleh guru dalam perlaksaaan menyampaikan isi pengajran dan aktiviti yang melibatkan pelajar.

Persoalan kajian tindakan

1) Bagaimanakah guru menguji tahap kefahaman pelajar bermasalah pembelajaran selain dari penggunaan perkataan? 2) Bagaimanakah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan penglibatan pelajar bermasalah pembelajaran?

3) Adakah melalui penggunaan kad imbasan yang pelbagai dan perisian komputer dapat membantu pelajar bermasalah pembelajaran dalam penyamapikan kefahaman mereka terhadap isi pengajaran yang disampaikan?

Relevan: # Kaedah demonstrasi akan memudahkan pelajar dalam memahami topik yang di ajar oleh guru. # Guru dapat menunjukkan isi kandungan topik pembelajaran secara praktikal. # Kad imbasan yang mengandungi gambar dan perkataan dapat membantu pelajar mengenali mengenali objek dalam topik yang disampaikan sepanjang proses P&P. # Melalui kad imbasan, sekurang-kurangnya dapat menguji kefahaman pelajar tentang isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. # Perisian komputer yang pelbagai seperti gabungan Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah P&P # Perisisan komputer juga boleh digunakan oleh guru dalam membuat aktiviti pelajar dengan bertujuan menguji kefahaman mereka secara interaktif

POSTED BY WAN NOORAINI AT 10:34 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

Aktiviti 4 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan Cadangan mini kajian tindakan kumpulan kami ialah:

Kaedah Demonstrasi, Kad Imbasan dan Perisian Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P)

Sampel: Pelajar bermasalah pembelajaran

Tempat kajian tindakan dilakukan: Bilik darjah

POSTED BY WAN NOORAINI AT 10:14 AM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

THURSDAY, NOVEMBER 12, 2009

TUGASAN 2 : JURNAL HURAIAN JURNAL

JURNAL 1 Impact of an Action Research Instructional Model: Student Teachers as Reflective Thinkers

Oleh : Alcione N. Ostorga Ver6nica L6pez Estrada University of Texas-Pan American JURNAL 2 Minute Math: An Action Research Study Of Student Self-Assessment Oleh : Susan M. Brookhart, Marissa Andolina, Megan Zuza dan Rosalie Furman JURNAL 3 Raising School Attendance: a case study of good practice in monitoring and raising standard. Oleh :

Ken Reid Swansea Institute of Higher Education, Swansea, UK Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik Jurnal ini mengkaji tentang satu usaha bagi menggalakkan satu pendirian yang reflektif oleh guru-guru baru. Menerangkan tentang kajian terhadap satu model pengajaran untuk guru-guru praperkhidmatan di peringkat prasiswazah. Kajian ini dikembangkan melalui pendekatan kajian tindakan untuk membangunkan model pengajaran. Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk melihat pencapaian kendiri pelajar melalui satu perlaksanaan projek iaitu Minit matematik. Projek ini dijalankan dengan melibatkan pelajarpelajar meramal dan melihat graf skor pencapaian mereka dalam tempoh masa satu minggu sekali semasa ujian dilakukan yang merangkumi 0-9 fakta pendaraban yang melibatkan sifir matematik. Pelajar juga dapat melihat kemajuan dan kejayaan mereka menghafal tugasan pembelajaran dan strategistrategi dalam menyelesaikan masalah. Penilaian kendiri pelajar di anggap berjaya pada pusingan di mana pelajar dapat memantau pengajian metematik mereka sendiri. Satu kajian kes yang membincangkan isu pengurusan dan pemantauan bagi mengurangkan kadar ketidakhadiran dan ponteng di sekolah Apakah Masalah yang dijadikan kajian 1) Dilakukan kerana pengkaji melihat persekitaran pendidikan berlaku percanggahan ideologi di antara guru-guru terhadap model pengajaran. 2) Kekurangan inisiatif oleh guru baru untuk menyediakan model pengajaran yang tersendiri. 3) Guru baru merasakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan model pengajaran yang mengikut kefahamannya. Pelajar kurang dapat menguasai sifir matematik. Menghafal sifir dan jadual matematik merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Maka pengkaji ingin melihat penilaian kendiri pelajar, samaada kegiatan menghafal akan menambah hasil pembelajaran disamping pengetahuan biasa fakta-fakta matematik. 1) Peningkatan kadar ketidakhadiran dan pemontengan pelajar ke sekolah. 2) Punca-punca yang menyebabkan pelajar tidak hadir dan ponteng Sample dan Setting Kajian Sampelnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang merupakan bakal-bakal guru yang mengambil kursus seminar pengajaran pada semester akhir semasa mereka dalam proses kerja kursus mahasiswa.

Terdiri daripada empat puluh satu orang pelajar di dalam dua kelas-kelas tangga ketiga, termasuk pelajar pendidikan khas. Projek kajian tindakan dikendalikan bersama oleh dua penyelia Universiti, tiga orang guru dan tiga bakal guru. Sample Kajian Sekolah di England Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur) 1) Pengkaji mengenalpasti masalah yang berlaku. 2) Kajian semula 3) Pengkaji merancang tindakan yang hendak dilakukan. 4) Pengaji mengumpul datan dan menganalisis data yang telah diperolehi. 5) Penutup Terdapat 2 kaedah yang digunakan 1) Konteks sekolah dan para peserta - Kajian dilakukan dalam 2 kelas dan setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza. - Guru memainkan peranan dalam memastiakan pelajar terlibat dalam kajian yang dilakukan. 2) Prosedur dan peralatan - Bagi setiap kelas diperuntukkan 5 minit bagi setiap ujian yang diberikan yang dilakukan sekali seminggu dalam 10 minggu. - Melihat kepada kemampuan pelajar menyelesaikan permasaalahan mengikut strategi pembelajaran mereka. - Bagi membantu pelajar melakukan tugasan berbanding menghafal, ujian dan latihan dijalankan sekali dalam seminggu bagi setiap kelas. - Markah dari setiap ujian yang dilakukan pelajar akan menjangkakan markan bagi ujian yang seterusnya. 1)Pengkaji memilih sample yang terlibat iaitu sekolah-sekolah di England. 2)Kumpul data melalui mesyuarat 3) Senaraikan sebab-sebab pelajar ponteng . 4)Langkah-langkah nak mengatasinya. 5) Memasukkan peratus kehadiran pelajar bagi setiap tindakan yang diambil ke dalam bentuk jadual.

Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data 1) Pengkaji mendapatkan maklumat awal melalui kitaran proses sedia kajian penyelidikan paradigma. 2) Data dalam kajian ini termasuk penyelidikan reflektif terhadap jurnal pengajaran, bersama dengan tugasan-tugasan pelajar dan teks daripada perbincangan dalam talian. 3) Perbincangan akhir dilakukan dengan menjalankan sesi temubual bersama dengan pelajar yang dijemput untuk membincangkan tentang bahagian-bahagian kursus yang membantu dan yang tidak mempengaruhi. 4) Analisis data dilakukan dengan pengkaji menjalankan kajian tindakan dengan mengubah amalanamalan pengajaran dalam kursus berikutnya. 5) Kitaran ini telah diulang tiga kali sebelum model pengajaran yang disampaikan dalam bahagian terdahulu itu timbul.

1) Pengkaji mengumpul data dengan melihat markah yang diperolehi oleh pelajar sepanjang ujian yang dijalankan.

2) Data daripada setiap kelas di analisis secara berasingan kerana persekitaran penilaian bilik darjah adalah berbeza.

3) Data daripada kedua-dua kelas digabungkan untuk digunakan dalam mengutarakan persoalan mengenai kepentingan penglibatan pelajar.

1) Untuk mengenalpasti tahap kehadiran pelajar pengkaji mengadakan mesyuarat terancang selama 2 hari dengan semua sekolah. 2) Melibatkan ketua-ketua guru, kakitangan sekolah kanan, pegawai-pegawai kebajikan pendidikan dan kakitangan sokongan LEA. 3)Menyenaraikan sebab-sebab pelajar ponteng dan tidak hadir. 4) Guru mempelbagaikan pendekatan untuk mengurangkan ketidakhadiran iaitu secara lembut dan tegas.

Lihat perbezaan kehadiran pelajar melalui pendekatan yang berbeza. Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian 1) Pengkaji memaparkan dapatan kajian berdasarkan dua kajian kes yang dijalankan oeh pelajar dengan membuat penilaian bagi kedua-dua hasil yang diperolehi. 2) Perbandingan hasil daripada kajian kes yang dilakukan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan pembuktian terhadap data yang digunakan. Pengkaji memaparkan dapatan kajian melalui 2 kriteria bagi kelas yang berbeza.

1) Ramalan dan markah pelajar bagi kelas kedua.

- Pengkaji memaparkan markah yang diperolehi oleh pelajar dan ramalan markah yang diperolehi melalui carta bar.

2) Refleksi Pelajar bagi kelas pertama.

- Bagi refleksi pelajar pengkaji memaparkan hasil dapatan melalui jadual yang merangkumi strategi yang digunakan dan tujuan dilakukan

1) Berdasarkan data yang diperolehi dari setiap sekolah. 2) Melalui pendekatan yang berbeza di mana setiap dapatan dinyatakan dalam bentuk jadual. Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal

Pengkaji melakukan kajian yang bertujuan untuk membantu guru-guru baru agar lebih yakin dalam menyediakan model pengajaran mereka.

Pengkaji fokus kepada masalah yang di hadapi oleh bakal guru dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar.

Pengkaji melakukan kajian dengan membantu pelajar menguasai subjek matematik.

Pengkaji lebih fokus kepada pencapaian pelajar melalui sesi ujian yang dilakukan untuk memperbaiki kelemahan pelajar dalam subjek matematik.

Pengkaji melakukan kajian untuk membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah peningkatan tahap ketidakhadiran pelajar ke sekolah.

Pengkaji lebih fokus kepada masalah tingkah laku pelajar.

Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian

Pengkaji melakukan kajian dengan melihat sejauhmana bakal guru boleh menyediakn model pengajarannya sendiri.

Dilakukan dengan menilai kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses penilaian di lakukan.

Pengkaji melakukan kajian dengan menyediakan ujian kepada pelajar untuk melihat pencapaian mereka dari semasa ke semasa.

Pengkaji melihat pencapaian pelajar berdasarkan markah yang diperolehi berbanding dengan ramalan awal.

Pengkaji melakukan ujian dengan melihat peratusan ketidakhadiran pelajar bagi setiap sekolah melalui mesyuarat yang dijalankan.

Pengkaji mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah tingkahlaku pelajar.

Apa yang dipelajarai daripada ketiga-tiga jurnal

Daripada ketiga-tiga jurnal dapatlah di pelajari bahawa terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul. Pelbagai permasaalahan boleh di selesaikan atau di kurangkan sekiranya pengkaji menggunakan kaedah dan prosedur yang betul untuk melaksanakan kajian tindakan.

RINGKASAN JURNAL LAIN:

Huda Suhaily Binti Adam

Jurnal 1

Qualitative Assessment Across Language Barriers : An Action Research Study By: Johannes C. Cronje Source = HW:Wilson

Jurnal ini menerangkan tentang pengkaji sebagai seorang guru berusaha untuk menyelesaikan masalah pelajarnya yang berlainan penggunaan bahasa dengan pengkaji. Pengkaji melihat pelajar berkenaan tidak dapat berkomunikasi dengan guru dengan baik dan pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran walaupun pengkaji menggunakan bahasa yang berbeza. Melalui kajian ini didapati bahawa guru boleh mengkaji peningkatan pemahaman pelajar bukan hanya melalui kefahaman terhadap penggunaan bahasa yang digunakan pelajar semata-mata, akan tetapi jika guru mempunyai masalah atau limitasi dari segi penggunaan bahasa yang berbeza dengan pelajar guru boleh melakukan pemerhatian melalui bahasa badan, konteks mata dan sebagainya selain dari penggunaan bahasa semata-mata.

Jurnal 2

An action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom By: Courtney Kosky Source = Science Direct

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar melalui penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dikalangan pelajar gred 6. Pengkaji ingin menilai sejauhmana penggunaan aktiviti seni dan kreativiti dalam P&P matapelajaran pendidikan sosial dapat menarik minat mereka dalam melakukan tugasan mereka dalam keadaan yang seronok. Melalui aktiviti seni guru juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar. Selain itu bagi matapelajaran yang berfokuskan kepada pengetahuan am dan fakta seperti matapelajaran sosial ini pengunaan aktiviti penerokaan merupakan aktiviti yang bersesuaian dalam membantu pelajar mendapatkan pemahaman yang baik terhadap isi pengajaran.

Jurnal 3

The Effects of Pictures and Prompts on the Writing of Students in Primary Grades : Action Research by Graduate Students at CaliforniaStates University, Northridge By: Marilyn Joshua Source = HW: Wilson

Jurnal ini menerangkan mengenai pengaruh gambar yang digunakan dalam P&P terhadap kemahiran penulisan pelajar. Hasil kajian tindakan ini memberikan gambaran bahawa apabila guru memilih tugasan menulis adalah penting bagi guru dalam mengkaji bahawa yang manakah berkesan samada penggunaan prompt yang digabungkan dengan gambar atau penggunaan prompt sahaja dalam meningkatkan kemahiran menulis dikalangan pelajar.

Nor Afifah Binti Yaacob

Jurnal 1: Action Research (Kajian Tindakan) By Eileen Ferrence

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan oleh pengkaji untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Langkah-langkah yang ditunjukkan merupakan prosedur yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih baik.

1) Mengenal pasti masalah yang berlaku 2) Mengumpulkan dan mengorganisasikan data 3) Pentafsiran data 4) Tindakan berasaskan data 5) Refleksi

Pengumpulan data pula dilakukan dengan cara temu duga, diari, portfolio, nota lapangan, gambar, perakam suara, soal selidik, jurnal, survei dan sampel dari projek pelajar. Analisis data dengan menggunakan soalan yang diperoleh daripada data kelas, data individu dan kumpulan.

Jurnal 2: How to Do Action Research in Your Classroom

(Bagaimana Untuk Menjalankan Kajian Tindakan Di Dalam Bilik Darjah Sendiri) By Frances Rust and Christopher Clark

Jurnal ini menerangkan tentang bagaimana menjalankan kajian tindakan di dalam bilik darjah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menjelaskan tentang langkah-langkah dan proses yang perlu dilakukan oleh seorang pengkaji untuk melakukan kajian tindakan. Langkah-langkah yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian tindakan yang dilakukan ialah :

1) Membuat persetujuan dipanggil inkuiri 2) Reka bentuk kajian soalan dan jawapan 3) Memahami pengalaman data dan analisis 4) Permulaan semula baru dan soalan lebih baik 5) Memperbaiki latihan pengajaran daripada pengalaman

Penggumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan soal selidik , pemerhatian, survei, sampel kerja pelajar, lukisan, gambar, temu bual, jurnal, peta bilik darjah dan rekod anekdot.

Pengkaji memaparkan hasil dapatan dalam bentuk graf

Jurnal 3: Teaching Action Research on the Web (Mengajar Kajian Tindakan dalam Laman Web) By Ian Hughes

Jurnal ini menerangkan tentang kajian yang dilakukan oleh pengkaji tentang kaedah mengajar kajian tindakan melalui laman web. Prosedur bagi kajian tindakan ini ialah melalui 5 peringkat yang merangkumi:

1) Kertas cadangan untuk projek pengajaran 2) Refleksi, perbincangan serta email komunikasi dan virtual atau bersemuka tentang set pengajaran 3) Menggunakan empat kitaran atau fasa iaitu merancang, tindakan, gambaran dan pemerhatian. 4) Reka bentuk untuk terbitan elektronik 5) Menulis dan menghantar laporan kajian tindakan

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian , menggunakan laman web, soalan dan kajian perpustakaan bagi melakukan pengumpulan data bagi permasalahan yang dikaji.

POSTED BY WAN NOORAINI AT 9:34 PM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

TUESDAY, NOVEMBER 10, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM LAPORAN 1

Tajuk Pembentangan : Meningkatkan Pemahaman dan Suasana pembelajaran Pelajar Bagi Subjek Biologi Tingkatan 4 Menggunakan Kaedah Peta Minda Secara Berkumpulan

Nama Pembentang : Hasmalina Binti Hamzah dan Hazwin Dalila Harris

Kajian yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan mewujudkan keseronokan dalam diri pelajar terhadap subjek biologi yang merujuk kepada topik nutrisi. Kajian ini bermula dengan pernyataan masalah yang dilakukan oleh guru untuk mengenalpasti punca sebenar dan kaedah yang sesuai untuk digunakan.

PERNYATAAN MASALAH

1. Melihat kepada tahap kesukaran pelajar untuk memahami isi kandungan subjek biologi. 2. Kebanyakan pelajar memandang subjek biologi sebagai satu subjek yang membosankan. 3. Mendorong guru untuk mencari jalan penyelesaian yang dapat membantu pelajar dalam memahami subjek biologi. 4. Kaedah peta minda secara berkumpulan di pilih kerana ianya dilihat sebagai satu kaedah yang paling berkesan dalam memahami subjek biologi.

METADOLOGI

Perancangan (2minggu) Pemerhatian guru terhadap tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru membuat perancangan instrumen yang akan digunakan. Tindakan (1 minggu) Guru memilih topik dalam subjek biologi dan aktiviti dilakukan dalam 3 waktu pengajaran Biologi. Pemerhatian(1 minggu) Guru membuat pemerhatian dan catatan sepanjang kerja kumpulan dilakukan. Refleksi (1 minggu)

Penilaian kendiri oleh guru hasil daripada pemerhatian, borang kaji selidik dan temubual. Di antara instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah:

1. Rancangan harian guru yang berdasarkan silibus subjek Biologi dalam topik nutrisi iaitu topik yang digunakan dalam pelaksanaan kajian. 2. Tontonan video-CD ROM yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar 3. Kertas mahjong untuk membuat peta minda 4. Crayon warna 5. Pemain MP3 (Perakam suara)

Kaedah pengumpulan dan penganalisian data:

1. Pemerhatian pengkaji ke atas sampel yang dikenalpasti 2. Borang kaji selidik untuk menilai tahap pencapaian pelajar. 3. Temubual berstruktur dan tidak berstruktur. Melalui ketiga-tiga kaedah tersebut penganalisian data dilaksanakan untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan kajian ke atas sampel pelajar. Penganalisian data dilakukan berpandukan ketiga-tiga kaedah yang digunakan. Berdasarkan analisis yang dilakukan pengkaji dapat mengenalpasti kriteriakriteria yang diperlukan dalam kajian.

SAMPEL KAJIAN

60 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 Al-Biruni dan Al-Farabi di Sek. Agama Men. Bestari.

IMPLIKASI KAJIAN

Setiap kajian yang dilakukan akan mempunyai implikasi-implikasi yang tertentu. Berdasarkan kajian yang dilakukan ini, terdapat implikasi yang dapat dikenalpasti. 1. Dari segi pemerhatian guru dapat melihat pelajar lebih aktif dan seronok dalam melakukan tugasan dimana mereka tidak kekok atau berasa malu untuk berinteraksi di dalam kumpulan. Hasilnya, tugasan yang dilakukan lebih kretif dan lengkap.

2. Dari segi borang kaji selidik di mana terdapat 3 tema yang dilakukan iaitu tema kefahaman, tema suasana keseronokan, dan tema komunikasi berkesan. Daripada tema-tema implikasi kajian yang dapat dikenalpasti menunjukkan perubahan yang ketara daripada sebelum dan selepas kajian dilakukan. Di mana pelajar lebih memahami topik dengan mudah, lebih seronok dan lebih yakin dalam komunikasi bersama guru dan rakan.

3. Dari segi temubual pula implikasi yang dapat dikenalpasti ialah terdapat perbezaan terhadap temubual yang dilakukan terhadap pelajar sebelum dan selepas pelaksanaan kajian. Kebanyakan pelajar seronok dengan kaedah peta minda. Kaedah ini dapat membantu mereka agar lebih bersifat interaktif dan dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN YANG DILAKUKAN

Daripada kajian yang telah dilakukan saya dapat memahami serba sedikit mengenai bagaimana perjalanan proses penyediaan sesuatu kajian tindakan dilakukan. Pengunaan kaedah peta minda yang dilakukan dilihat dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga merupakan satu kaedah yang perlu dipraktikkan oleh guru sebagai salah satu langkah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.

PENDAPAT

Pada pendapat saya berdasarkan kajian yang dilakukan ianya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Ini adalah kerana pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap peningkatan pemahaman dan suasana pembelajaran pelajar dengan menggunakan kaedah yang dipilih oleh pengkaji. Kajian ini dilaksanakan hasil daripada pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji yang mendapati pelajar sukar untuk memahami isi kandungan subjek biologi. Pelajar turut memandang subjek biologi sebagai satu subjek yang membosankan. Ekoran daripada itu pengkaji mengambil keputusan untuk melakukan kajian bagi menyelesaikan masalah ini. Langkah awal yang dilakukan oleh pengkaji menunjukkan kajian yang dilakukan adalah untuk melakukan penambahbaikan dan ianya menepati konsep kajian tindakan.

LAPORAN 2

Tajuk Pembentangan : Meningkatkan Penglibatan Pelajar Secara Aktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan Mempelbagaikan Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Nama Pembentang : Nurkhalisah Bt Mustapa, Nadiah Bt Yusof dan Hafizah Bt Mohamed

Kajian dilakukan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P).

PENYATAAN MASALAH

1. Pelajar kurang melibatkan diri dalam proses P & P yang dilakukan. 2. Guru mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar kurang melibatkan diri sewaktu proses P & P dilaksanakan. 3. Temubual terhadap guru-guru dan pelajar. 4. Kaedah pengajaran berbentuk syarahan tanpa penggunaan alat bantu mengajar (ABM) menjadi faktor utama pelajar tidak melubatkan diri. 5. Kaedah penggunaan ABM yang pelbagai digunakan untuk meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam P & P.

METADOLOGI

1. Mengenalpasti isu, masalah atau situasi yang hendak dikaji 2. Merancang penyelidikan 3. Melaksanakan tindakan i. Power point ii. Gambarajah yang menarik

iii. Permainan dan muzik iv. Bahan maujud 4. Memerhati dan mengumpul data atau maklumat dan menganalisis. 5. mereflek dan menilai kesan kajian tindakan

PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

1. Pemerhatian 2. Temubual 3. Keputusan Ujian

SAMPEL KAJIAN

Terdiri daripada 90 orang pelajar tingkatan 4 Arif, 4 Amanah, dan 4 Dinamik di Sekolah Menengah Seremban Jaya, Seremban.

IMPLIKASI KAJIAN

Pemerhatian Guru mendapati pelajar lebih seronok dan bersedia untuk untuk mengikuti proses P & P. Pelajar lebih mudah untuk memahami topik dengan penggunaan ABM yang menarik dan pelbagai. Penglibatan pelajar dalam proses P & P semakin meningkat.

Temubual Hasil temubual dengan pelajar guru mendapati hampir keseluruhan pelajar menyatakan lebih berminat dan seronok untuk belajar. Mereka mengatakan lebih yakin untuk mengemukakan soalan kepada guru.

Keputusan ujian Analisis keputusan ujian bulanan yang telah di jalankan oleh pihak sekolah, guru mendapati terdapat peningkatan dari segi kelulusan pelajar terhadap subjek yang diajar dengan menggunakan ABM yang pelbagai.

APA YANG DAPAT DIPELAJARI DARIPADA KAJIAN YANG DILAKUKAN

Melalui kajian yang dilakukan ini dapat menambahkan pengetahuan saya terhadap situasi sebenar alam persekolahan. Di sini dapat dilihat guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan pelajar. Saya juga dapat melihat betapa pentingnya kajian timdakan dilakukan di sekolah untuk membaiki polisi sedia ada dan melakukan penambahbaikan untuk kepentingan bersama. Penggunaan ABM yang pelbagai merupakan kaedah yang mesti dilaksanakan oleh semua guru di sekolah untuk memastikan pelajar member tumpuan sepenuhnya semasa proses P & P.

PENDAPAT

Pada pendapat saya berdasarkan kajian yang dilakukan ianya adalah bersesuaian dengan maksud kajian tindakan. Ini adalah kerana pengkaji melakukan kajian untuk melihat tahap peningkatan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM yang pelbagai dapat menggalakkan penglibatan pelajar dalam proses P&P. Pelaksanaan langkah-langkah yang dilakukan oleh pengkaji melalui pemerhatian, temubual, dan berdasarkan keputusan ujian merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan dalam kajian tindakan. Pengkaji cuba untuk melakukan penambahbaikan terhadap cara penglibatan pelajar yang agak kurang dalam proses P&P. Ini juga telah menunjukkan pengkaji melakukan kajian tindakan. KEKUATAN # Pengumpulan data dilakukan dalam pelbagai sumber dan teknik, dengan ini data yang diperolehi lebih tepat dan dapat membantu penyelidik melakukan kajian. KELEMAHAN #Pengkaji tidak menetapkan contoh ABM yang telah digunakan semasa melakukan kajian tindakan. PENAMBAHBAIKAN #Pengkaji perlu menetapkan alat ABM yang digunakan dan hasil yang diperolehi dari segi penglibatan pelajar dari semua ABM yang digunakan

POSTED BY WAN NOORAINI AT 10:52 PM 0 COMMENTS LINKS TO THIS POST

SATURDAY, NOVEMBER 7, 2009

TUGASAN 1 : ULASAN BUKU

Tajuk Buku : Action Research in the Classroom Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall

APA maksud KAJIAN TINDAKAN(KT)

Kajian Tindakan Merupakan satu kajian yang wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas. Hasil daripada permasaalahan yang dikemukakan kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)). Ianya melibatkan 2 proses iaitu persoalan dan hasil daripada persoalan yang dikemukakan pengkaji akan menjalankan proses kajian tindakan. Bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.

Struktur Utama Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.

MENGAPA guru melakukan KT?

1) Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran.

2) Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas.

3) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru melakukan kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran yang digunakan.

BILA guru melakukan KT

# Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaikai dan dilakukan penambahbaikan.

# Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan difikirkan sesuai terhadap topik yang di ajar.

DI MANA guru melakukan KT?

Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru dalam sistem pendidikan.

Kajian ini dilakukan di sekolah

BAGAIMANA guru melakukan KT?

( Kemmis and Mc Taggard (1988))

Melibatkan proses " plan- do- review. 1) Merancang 2) Melakukan 3) Mengkaji Semula

Model reka bentuk kajian tindakan

(Model dinamik kitaran kajian tindakan)

Prosedur 1) Cadangan pertanyaan atau persoalan

# "Agency"- cara tindakan melakukan sesuatu. Ianya merujuk kepada pengetahuan sedia ada penyelidik/guru terhadap kawalan fokus pertanyaan atau persoalan, kaedah dalam melakukan kajian, analisis dan tafsiran data dan cara di mana projek itu dilaksanakan.

# Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di ransang oleh sumbersumber yang berbeza, berpunca daripada guru, sekumpulan teman-teman, seluruh sekolah atau kumpulan sekolah.

2. Proses yang mana pertanyaan itu di teruskan

# Alatan - merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik, temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.

# Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.

3. Penonton/ peserta

# Suara

# Masyarakat kritikal

Pengumpulan dan penganalisisan data

1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.

2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.

2) Tajuk Buku : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher Pengarang : Richard D. Parsons, dan Kimberlee S. Brown

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

# Kajian tindakan ialah satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan refleksi terhadap tindakan yang dilakukannya dalam P&P (Tomlinson, 1995)

# Merupakan satu kajian yang melibatkan pelaksanaan sesuatu kajian yang dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan, dikenali sebagai pengkaji. Pengkaji menggunakan kajian untuk membuat refleksi amalan mereka untuk melakukan penambahbaikan.

# Dalam konteks guru, kajian tindakan terbentuk daripada pengetahuan sedia ada. Guru mengaplikasikan semua persoalan berkaitan pengalaman dan pengendalian bilik darjah untuk melakukan kajian tindakan. Bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

# Kajian tindakan dilakukan di bilik darjah dan bergantung kepada isu dan masalah dalam bilik darjah itu sendiri. Hasil dapatan kajian akan digunakan untuk melakukan penambahbaikan dalam P&P guru.

MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ? 1) Membaikpulih dan mempertingkatkan Perlaksanaan P&P Melalui pelaksanaan kajian tindakan guru dapat melakukan penambahbaikan dan mempertingkatkan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) yang dapat membantu pelajar.

2) Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru. Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Di samping dapat membentuk keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan melakukan kajian dan daya kreativiti yang unggul.

3) Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian digunakan untuk melakukan penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.

4) Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem sosial dan pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap sasaran yang dikenalpasti.

5) Mengambil kira Aspek Etika Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang pendidik yang unggul. Guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap keberkesanan amalan strategi P&P guru dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelajar.

BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

1) Apabila guru merasakan perlu melakukan penambahbaikan dari amalan P&P atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

2)Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

3)Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

4) Mengubah pendekatan dan strategi P&P

DIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

# Dalam dan luar kelas # Sekolah

BAGAIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?

PROSEDUR MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:

Mengenalpasti Masalah Pertama sekali, guru mengenalpasti masalah yang di hadapi bagi menentukan strategi kajian yang perlu dilaksanakan. Melalui permasaalahan ini, guru dapat melihat sama ada objektif kajian tersebut tercapai atau tidak.

Kajian Kepustakaan Sumber rujukan yang berkaitan dengan permasalahan kajian tindakan amat penting bagi seseorang guru pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan dan rujukan bagi menghasilkan kajian yang berkualiti.

Menyatakan hipotesis Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.

Membina dan Melakukan Reka Bentuk Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian Pengumpulan dan Penganalisian Data

Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Maklumat yang dikumpul oleh guru sebagai penyelidik terdapat dalam banyak bentuk iaitu skor markah ujian, kekerapan tingkah laku pelajar, laporan individu pelajar, artifak dan dokumen Sumber data dapat dikategorikan samada :

Kuantitatif: Berdasarkan pada nombor dan kekerapan

Kualitatif: Abstrak dan sesuatu ciri situasi atau peristiwa