25
JABATAN PELAJARAN PERAK PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH 2007 PEMANTAPAN VOKAL DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH STESEN PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS OLEH EN.TARMIZI BIN CHE MAT SEKOLAH KEBANGSAAN ULU SEPETANG 34010 TAIPING KELOLAAN UNIT KURIKULUM JABATAN PELAJARAN PERAK ISI KANDUNGAN. MUKA SURAT Sekilas Bicara i Abstrak. 1 1. Refleksi Dan Pengajaran Lalu 2 -3 2. Isu Keprihatinan dan Fokus Kajian 4 3. Objektif Kajian 5 3.1. Objektif Am 3.2. Objektif Khusus 4. Kumpulan Sasaran 6 5. Pelaksanaan Kajian 6 5.1. Tinjauan Masalah 6 5.2. Analisis Tinjauan Masalah 7 5.3. Tindakan Yang Dijalankan. 9 5.4. Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian. 12 5.4.1. Pelaksanaan Aktiviti 1 13 -Pemerhatian -Refleksi 5.4.2. Pelaksanaan Aktiviti 2 13 -Pemerhatian - Refleksi 5.4.3. Pelaksanaan Aktiviti 3 14 -Pemerhatian -Refleksi

KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

JABATAN PELAJARAN PERAKPROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAKPERINGKAT SEKOLAH2007PEMANTAPAN VOKAL DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH STESENPENDIDIKAN PEMULIHAN KHASOLEHEN.TARMIZI BIN CHE MATSEKOLAH KEBANGSAAN ULU SEPETANG34010 TAIPINGKELOLAAN

UNIT KURIKULUMJABATAN PELAJARAN PERAKISI KANDUNGAN. MUKA SURATSekilas Bicara iAbstrak. 11. Refleksi Dan Pengajaran Lalu 2 -32. Isu Keprihatinan dan Fokus Kajian 43. Objektif Kajian 53.1. Objektif Am3.2. Objektif Khusus4. Kumpulan Sasaran 65. Pelaksanaan Kajian 65.1. Tinjauan Masalah 65.2. Analisis Tinjauan Masalah 75.3. Tindakan Yang Dijalankan. 95.4. Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian. 125.4.1. Pelaksanaan Aktiviti 1 13-Pemerhatian-Refleksi5.4.2. Pelaksanaan Aktiviti 2 13-Pemerhatian- Refleksi5.4.3. Pelaksanaan Aktiviti 3 14-Pemerhatian-Refleksi5.4.4. Pelaksanaan Aktiviti 4 14-Pemerhatian- Refleksi5.4.5. Pelaksanaan Aktiviti 5 15-Pemerhatian-Refleksi5.5.Refleksi Kajian. 15-206.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya 21

Page 2: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

7.0. Kesimpulan 238.0. Bibliografi. 24

SEKILAS BICARAAssalamualaikum w.b.t.Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi keranadengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyempurnakan Kajian Tindakan ini.Sesungguhnya peluang yang diberikan ini,banyak mematangkan diri dan minda saya untukmembina keyakinan yang lebih tinggi dalam meningkatkan prestasi anak didik sayaterutamanya yang masih mentah dalam alam persekolahan.Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar SK.Ulu Sepetang,guru-guru dan staffsokongan yang memberikan sokongan moral dan idea secara langsung mahupun tidaklangsung.Dengan garapan idea ,sokongan ,tenaga dan pengalaman mereka,maka dapatlah sayamenyiapkan kertas kerja kajian tindakan iniUntuk keluargaku terima kasih kerana waktu yang diluangkan untuk kamu semua terpaksaaku korbankan bagi menyiapkan tugasan ini.Tarmizi bin Che Mat.SK.Ulu Sepetang.JUN 2007iAbstrak.Kajian ini dijalankan untuk menanggani masalah kesukaran murid bagi memantapkanpenggunaan huruf vokal a,e,i,o,dan u di dalam pembelajaran murid seharian.Melaluitinjauan masalah yang dijalankan ,didapati ramai murid tidak dapat menguasai kefungsianpenggunaan vokal berkenaan.Murid-murid yang dipilih ini merupakan murid-murid yangmempunyai masalah di dalam menulis dan membaca iaitu Masalah 2M.Pengkaji mendapati murid Tahap Satu seramai 17 orang yang berada di dalam kelasPendidikan Pemulihan Khas mengalami masalah di dalam menguasai kemahiran yangmempunyai huruf vokal terutama dari segi pengetahuan konsonan vokal(KV).konsonanvokal konsonan (KVK),Konsonan vokal Konsonan Vokal (KVKV) dan sebagainya.Justeru ,setelah meneliti pelbagai faktor pengkaji berpendapat teknik yang berkesanbagi memantapkan murid menguasai vokal ialah menggunakan satu Kaedah yang diberinama Kaedah Stesen Vokal.Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini merupakan satukaedah pembelajaran luar bilik darjah.Kaedah ini dapat mengelakkan murid daripada bosankerana terlalu lama berada di dalam bilik darjah dan mereka dapat beriadah dan dapatmemupuk semangat setiakawan,bantu-membantu ,perkongsian idea dan rakan sebagaipembimbing serta guru sebagai pemudah cara.Pengajaran berkonsepkan stesen ini dijalankan dengan pelbagai aktiviti yangdirancang dengan teliti supaya setiap ahli kumpulan mempunyai peranannya.Melaluiaktiviti-aktiviti yang dirancangkan sedikit sebanyak akan dapat membantu muridmemantapkan pengguasaan mereka di dalam menggunakan huruf vokal di dalam prosesmembatang,membina ayat dan membaca ayat yang mudah.1

Page 3: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

1.Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu.Berdasarkan pemerhatian pengkaji,didapati murid-murid yang menghadapi masalah iniselalunya menghadapi pelbagai masalah yang agak kritikal.Mereka ini tidak disenangi dandipedulikan oleh pihak guru dan pentadbir sekolah,tidak disukai oleh rakan-rakan dankadang-kadang dianggap sebagai sampah sekolah kerana tidak memberikan sebarangkeuntungan kepada pihak sekolah.Mereka jarang diberikan perhatian oleh guru di dalambilik darjah .Justeru,saya sebagai guru terpanggil untuk merealisasikan harapan mereka keranamereka juga ada hak untuk belajar dan ada hak untuk menikmati pembelajaran sepertimurid yang lain.Pengkaji juga mendapati terdapat lain-lain faktor yang menyebabkanmereka ini tidak menguasai 2M.Antara faktor-faktornya ialah: Masalah mentaliti yang rendah Kurang sokongan di sekolah dan di rumah Persepsi pihak sekolah tentang kebolehan mereka. Masalah Keluarga Masalah Fizikal Tidak boleh membaca Tidak tahu apa yang dibaca Tertinggal pembelajaran sewaktu di PRA Sekolah,Tahun Satu. Tidak tahu bunyi-bunyi huruf yang dibaca dan.dipamer .2Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang saya berikan kepada mereka,sayaberpendapat murid-murid ini boleh dimajukan lagi sekiranya terdapat kaedah-kaedah lainyang dapat meransang minda mereka.Satu alternatifnya ialah mencari satu pembelajaranyang menyeronokkan kepada mereka dengan pelbagai pendekatan tetapi mempunyai satumatlamat iaitu mereka dapat membaca dengan baik bagi membebaskan diri merekadaripada cengkaman buta huruf atau buta menulis dan membaca.Saya berharap sekiranya kajian saya berjaya,saya akan mengubah cara ataustrategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping dapatmenyeronokkan murid-murid yang tidak mempunyai minat untuk belajar akan terusbelajar,tanpa segan silu bertanya kepada gurunya.Dengan demikian akan terbuktilah katakatayang berbunyi .pecahkan ruyung dapatkan sagunya..32. Isu Keprihatinan/Fokus Kajian.Kajian yang dilakukan ini berfokus kepada pemantapan pengunaan vokal didalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah stesen.Setiap stesen diberikansatu vokal iaitu stesen 1 untuk vokal a,stesen 2 untuk vokal e,stesen 3 untuk vokal i,stesen4 untuk vokal o dan stesen 5 untuk vokal u.Di setiap stesen guru boleh meminta bantuanseorang guru bagi membantu mengadakan aktiviti yang dirancangkan dan memantapkanmurid bagi setiap vokal berkenaan.Perancangan aktiviti disetiap stesen berdasarkan kepadametadologi pengajaran yang telah dirancangkan .Perancangan aktiviti ini dijalankan didalam dan di luar bilik darjah.

Page 4: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

Di samping itu, kajian ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan dayaingatan murid terhadap penggunaan huruf vokal dan fonetiknya supaya mereka dapatmembatang,membaca dan membunyikan perkataan-perkataan dengan lancar dan betul.Padahakikatnya,ramai murid telah menguasai kemahiran membaca suku kata tetapimemandangkan ada ketikanya mereka tidak berjaya memantapkannya apabila disambunglagi dengan suku kata yang lain menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lamabagi membacakan sesuatu perkataan.Permasalahan yang amat ketara ialah mereka tidak dapat membunyikan hurufapabila digabungkan dengan huruf konsonan yang lain.Contohnya b + a ,murid .muridtidak mengetahui dan tidak tahu menyebutnya dan membunyikannya tetapi merekamengenali huruf yang berkenaan.Begitulah seterusnya apabila digabungkan dengan vokalvokal yang lain seperti vokal e,vokal i,vokal o dan vokal u.Kemahiran ini amat penting kepada setiap individu yang ingin membacaperkataan-perkataan seterusnya.Kesukaran mereka untuk memantapkan pengggunaan vokalmenyebabkan mereka akan terlalu lama dan mengambil masa yang lama untuk membacasesuatu perkataan.Di sinilah punca masalah membaca yang harus kita bersama-samamembantu menangganinya.4Di samping itu juga ,sebagai guru kita perlu komited dan sentiasamemotivasikan murid supaya sentiasa rajin membaca pelbagai bahan seperti bukucerita,majalah kanak-kanak dan sebagainya.Guru juga perlu mengadakan pelbagai alatanaudiovisual seperti penggunaan ICT,gambar,kad imbasan,kad gambar dan pelbagai bahaninteraktif supaya murid lebih tertarik untuk terus belajar.3.0. Objektif Kajian.3.1 .Objektif Am.Membantu meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran yang melibatkan penggunaanvokal a,e,i,o dan u dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan.3.2. Objektif Khusus. Meningkatkan moral murid-murid yang mempunyai masalah di dalammenguasai kemahiran 2M Menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu Membina keyakinan murid untuk menjawab soalan Bahasa Malaysia Meningkatkan kesedaran guru bahawa murid-murid perlu dibimbing dandiberikan kesedaran tentang pentingnya penguasaan kemahiran membaca danmenulis. Membolehkan murid melihat pencapaian kendirinya. Dapat mengukur pencapaian objektif pengajaran guru. Murid dapat muhasabah dirinya tentang kebolehan dan pencapaiannya. Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mewujudkansuasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.54.0.Kumpulan SasaranKumpulan sasaran saya terdiri daripada 17 orang murid Tahap Satu yang mempunyaimasalah di dalam penguasaan membaca dan menulis iaitu 2M

Page 5: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

5.0 .Pelaksanaan Kajian.5.1. Tinjauan Masalah.5.1.1. Pemerhatian.Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini.Pemerhatian dibuatsemasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,melalui respon kepadasoalan-soalan yang diajukan ,semakan kerja rumah,latihan menulis dan ujian pra.5.1.2. TemubualKaedah lain yang saya gunakan adalah temubual yang mana dilakukan secara tidakformal.Temubual ini secara tidak langsung dapat mencari punca sebenar murid tidakmenguasai kemahiran berkenaan.5.1.3.Soal SelidikBorang soal selidik disediakan kepada murid untuk mengetahui maklumat yangberkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan kemahiran yang hendak dikuasai.Borang ini diisi oleh murid-murid secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumatyang tepat.Guru membimbing murid bagi mengisi borang berkenaan.65.1.4.Ujian Pra.Ujian Pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid didalamkemahiran yang hendak diuji.5.1.5. Ujian PosUjian ini dijalankan selepas semua aktiviti dijalankan bagi mengetahui pencapaiansebenar murid.5.2. Analisa Tinjauan Masalah.5.2.1. Pemerhatian.Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahirankonsonan vokal kv/kvk/kvkv sebilangan murid tidak dapat menguasai pengajaranberkenaan.Pelbagai teknik dijalankan seperti latihtubi,bacaan individu dan berkumpulantetapi murid berkenaan tidak dapat memantapkan penguasaan kemahiran berkenaan.Padapendapat saya,saya perlu mencari satu kaedah lain yang bertujuan pengajaranmenyeronokkan kepada mereka supaya mereka dapat mencapai sasaran pencapaian objektifpengajaran .Saya juga berpendapat setiap murid berbeza kebolehan mereka,ini berdasarkankepada Teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard Gardner(1983).5.2.2. TemubualHasil daripada temubual,saya dapat merumuskan bahawa murid-murid berkenaanmemerlukan bantuan dan sokongan daripada guru dan rakan mereka.Di dalam bilik darjahaliran perdana mereka tidak dipedulikan.Guru-guru hanya menumpukan kepada muridyang dapat menguasai sahaja.Mereka juga tidak dapat menguasai kemahiran asas yangdiajarkan oleh guru mereka sewaktu mereka berada di Pra Sekolah dan di TahunSatu.Malah mereka tidak tahu langsung membunyikan suku kata yang mudah-mudah.7\5.2.3.Soalselidik.

Page 6: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

Berikut adalah dapatan daripada soal selidik yang telah saya jalankan.BILANGAN KUMPULANSASARANPERKARASetuju Tidak Setuju1.Minat Mata pelajaran Bahasa Malaysia 17 02.Minat Kemahiran yang diajar sukukata kv/kvk/kvkv 17 03.Tidak membuat kerja rumah 9 74. Boleh membatang sukukata 12 55 Boleh membunyikan sukukata 13 46.Boleh membaca ayat ringkas 10 77.Mudah lupa ajaran guru 8 98.Selalu dimarahi guru 10 79.Tidak faham pengajaran guru 9 810.Selalu kena denda dengan guru 17 011.Tidak dihargai 17 085.2.4. Ujian Pra.Hasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual beriku:GRED BILANGANA 0B 2C 6D 4E 5JUMLAH MURID 17Berdasarkan ujian pra di atas di dapati seramai 9 orang yang tidak dapat menguasaikemahiran kv,kvk dan kvkv yang mudah.Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi bolehdianggap serius jika tidak diambil tindakan segera memandangkan ketidakbolehan merekamenguasai kemahiran berkenaan.5.3.Tindakan yang dijalankan.5.3.1. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Sebanyak 5 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran denganmenggunakan Kaedah Stesen Vokal ini.Pada setiap minggu murid akan didedahkan kepadakaedah stesen ini sehinggalah aktiviti ini selesai. .Masa yang diperuntukkan bagimenjayakan program ini ialah setiap aktiviti selama 90 minit.Aktiviti ini akan dijalankandi dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah mengikut kesesuaian perancangan aktiviti.9AKTIVITI 1.1. Aktiviti .PULIH JAYA. - Vokal .a.2. Aktiviti dijalankan bagi stesen 13. Rujuk kepada lampiran yang disediakan.AKTIVITI 21. Aktiviti.TEROKA. . Vokal .e.

Page 7: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

2. Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 23. Rujuk kepada lampiran yang disediakan.AKTIVITI 31.Aktiviti .IDENTITI. - Vokal . i..2. Aktiviti ini dijalanlan bagi stesen 33. Rujuk kepada lampiran yang disediakan.AKTIVITI 4.1.Aktiviti.JELAJAH. .Vokal . o.2.Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 43.Rujuk kepada lampiran yang disediakan.AKTIVITI 5.1.Aktiviti.JELAJAH. .Vokal . u.2.Aktiviti ini dijalankan bagi stesen 53.Rujuk kepada lampiran yang disediakan10Bahan .bahan yang digunakan dalam kajian ini adalahBil Nama Aktiviti Bahan1. Pulih Jaya-Vokal a Kad perkataanKad gambarLembaran kerja2. Teroka- Vokal e PenselManila KadKad gambarLembaran Kerja3. Identiti . Vokal i Kad gambarLembaran KerjaBenda konkritKertas majungKad manilaPita PelekatLembaran Kerja4. Jelajah . Vokal o Kad gambarKad perkataanBenda Mauju5 Kunci Khazanah Kad suku kataBenda-benda Maujud.Lembaran Kerja115.3.3. Instrument dan langkah-langkah pemerhatian.a. Kajian ini dijalankan selama 7 Minggu mulai April 2007 hingga Jun 2007b. Saya memperuntukkan masa selama 90 Minit setiap pengajaran.c. Pengkaji sebagai guru mata pelajaran melaksanakan tindakan bersama-samadengan bantuan guru-guru pembantu.d. Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankanoleh guru pada waktu aktiviti dijalankan.e. Soalselidik dijalankan terhadap kumpulan sasaran.Borang soalselidik diedarkan

Page 8: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

kepada murid-muriddan mereka menjawab secara jujur dan tertutup.Tujuandijalankan sesi soal selidik agar murid lebih bebas dan berani menjawabberbanding mendapatkan maklumat secara temubual.f.Proses temubual dijalankan secara spontan.g.Ujian pra dijalankan di peringkat awal kajian manakala ujian pos dijalankanselepas akhir tempoh kajian.Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisa bagimengetahui perubahan prestasi murid.5.4.PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN.Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut.Minggu Hari TARIKHPELAKSANAANMASA AKTIVITI1 Isnin 16 April 2007 90 minit Ujian Pra2 Isnin 23 April 2007 90 minit Pulih Jaya(Vokal a)3 Isnin 30 April 2007 90 minit Teroka (Vokal e)4 Isnin 7 April 2007 90 minit Identiti (Vokal i)5 Isnin 14 April 2007 90 minit Jelajah (Vokal o)6 Isnin 21 April 2007 90 minit Kunci Khazanah(Vokal u)7 Isnin 11 Jun 2007 90 Minit Ujian Pos12Perincian aktiviti.Bil Aktiviti Masa1 Penerangan guru 10 Minit2 Aktiviti guru 30 Minit3 Aktiviti kumpulan 20 Minit4 Aktiviti individu 30 MinitJUMLAH 90 minit5.4.1.Aktiviti 1.Rujuk kepada lampiran yang disediakan.i. Pemerhatian.Berdasarkan kepada pemerhatian guru ,murid amat berminat mempelajari aktiviti.Pulih Jaya . Vokal a ini kerana mereka boleh belajar sambil bermain.Guru menggunakanmetodologi seperti sumbangsaran,tunjuk ajar,pelajaran koperatif,latihtubi dan permainankecil.Murid dapat menjawab dengan bimbingan guru dan rakan mereka.Merekamenunjukkan komitmen dari segi kerjasama,keyakinan dalam menguasai vokal a.ii. Refleksi.Saya merasakan pendekatan belajar kaedah stesen ini amat digemari oleh mereka.Disamping itu guru berjaya mewujud suasana, keceriaan,harmonis,keseronokanKepada murid untuk terus menguasai kemahiran seterusnya.Setelah penerangan diberikanguru mereka dapat melaksanakan dengan jayanya.Perubahan ini begitu menggembirakansaya.5.4.2.Aktiviti 2Rujuk kepada lampiran yang disediakani. Pemerhatian.Aktiviti Stesen Kedua iaitu Aktiviti Teroka Vokal e ini menggalakkan murid

Page 9: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

berbincang sesama mereka bagi menyelesaikan arahan yang diberikan oleh guru.Semangatbantu-membantu dapat dilihat dan mereka sentiasa riang dan rasa tidak sabar melakukanaktiviti yag diteruskan.Di dalam aktiviti individu murid-murid dapat membulatkanperkataan berdasarkan perkataan dan gambar berdasarkan vokal e.13ii.Refleksi.Sebagai seorang pendidik saya merasakan setiap murid memerlukan bimbingan dansokongan daripada guru,rakan dan keluarga.Aktiviti berkumpulan akan membolehkanmereka lebih faham tentang pencapaian kendiri mereka.5.4.3. Aktiviti 3Rujuk kepada lampiran yang disediakan.Aktiviti 3 iaitu Aktiviti .Identiti-Vokal ii. Pemerhatian.Guru memberikan penerangan kepada murid-murid mengenai tugasan yang mereka akanlakukan.Penggunaaan kad perkataan,kad gambar dan lembaran kerja yang dilakukan secaraindividu dan kumpulan banyak mencabar kebolehan mereka.Murid dapat menyesuaikan gambar dengan memadankan perkataan berdasarkan gambaryang diberikan.ii. Refleksi.Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi bimbingandi jalankan.Terdapat perubahan yang ketara di mana mereka mampu menjawab soalandengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan.5.4.4.Aktiviti 4Aktiviti .Jelajah. . Vokal o.Rujuk kepada lampiran yang disediakan.i. Pemerhatian.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,murid-murid kumpulan sasaran dapat menyiapkantugasan yang diberikan dan mereka memberikan respon yang baik sewaktu gurumemberikan penerangan mengenai aktiviti Jelajah . Vokal o .Murid dapat mencapaiobjektif pembelajaran mereka . Guru juga dapat menilai objektif pengajaran merekatercapai melalui jawapan yang diberikan oleh murid.14ii.Refleksi.Pencapaian murid bertambah baik.Mereka dapat mengenal dan menguasai vokal oberdasarkan suku kata yang diberikan dan cantuman sukukata kv,kvk dan kvkv.Contohnya o + boro + tako + renAktiviti Permainan Jelajah mencari harta karun amat disukai oleh murid.5.4.5.Aktiviti 5Aktiviti .Kunci Khazanah.- Vokal u.Rujuk kepada lampiran yang disediakan.i.Pemerhatian.

Page 10: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

Murid dapat mengenal dan menguasai vokal u.Metodologi yang digunakan guruialah kaedah sumbangsaran,tunjukcara,pengajaran koperatif dan permainan amat mudahdifahami murid.Aktiviti mewarna gambar,mewarnakan huruf dan membina perkataanbersesuaian dengan pengajaran guru.ii. Refleksi.Penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dapat menambahkan minat murid untukbelajar.Seterusnya murid akan dapat memahami penggunaan vokal di dalam prosesmembina ayat.5.5.Refleksi Kajian.5.5.1. Penilaian Pencapaian Murid.Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos,didapati kajian tindakan yang dijalankanini telah memberikan impak yang cukup baik di dalam membantu murid-muridmeningkatkan kemahiran pencapaian murid.Kaedah stesen merupakan satu kaedah yangberkesan dan harmonis.Kaedah ini juga membolehkan murid berinteraksi dalam suasanayang berkesan.Di samping itu juga membolehkan murid berasa gembira danberminat untuk belajar di stesen yang telah ditetapkan.Aktiviti ini dapat memupukkeyakinan dan minat murid di dalam pengajaran Bahasa Melayu.15Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid .murid dalam penilaian individu sewaktu aktiviti dijalankan.a) Aktiviti Pulih Jaya - Vokal "a"Gred Bil %A 4 23.50B 6 35.30C 2 11.70D 2 11.70E 3 17.60JUMLAH 17 100%Peratus lulus ABC = 70.5 %16b) Aktiviti Teroka - Vokal "e"Gred Bil %A 5 29.40B 5 29.40C 3 17.60D 1 0.06E 3 17.60JUMLAH 17 100%Peratus lulus ABC = 76.5 %17c) Aktiviti Identiti Vokal iGred Bil %A 5 29.40B 4 23.50C 3 17.60D 3 17.60

Page 11: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

E 2 11.70JUMLAH 17 100%Peratus lulus ABC = 70.5 %18d) Aktiviti Jelajah Vokal " o "Gred Bil %A 5 29.40B 5 29.40C 3 17.60D 2 11.70E 2 11.70JUMLAH 17 100%Peratus lulus ABC = 76.5 %19e) Aktiviti Kunci Khazanah - Vokal "u"Gred Bil %A 8 47.00B 2 11.70C 2 11.70D 2 11.70E 3 17.60JUMLAH 17 100%Peratus lulus ABC = 76.5 %20Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra Dan Ujian PosBilangan Murid Kumpulan SasaranGREDUjian Pra Ujian PosA 0 8B 2 3C 6 1D 4 2E 5 3JUMLAH 17 17UJIAN GREDA B C D EPOS 8 3 1 2 3PRA 0 2 6 4 5BILGRED A GRED B GRED C GRED D GRED E21Peratus lulus ABC di dalam ujian Pra ialah 47 %Peratus lulus ABC di dalam ujian Pos ialah 70.5 %Kesimpulan yang didapati daripada kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan pemahamanmurid memantapkan penggunaan vokal di dalam pembelajaran mereka.6.0.Cadangan untuk kajian seterusnya.

Page 12: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

Hasil daripada kajian dan refleksi kajian ,saya cadangkan aktiviti di dalam kajian iniperlu dilaksanakan diperingkat awal topik kemahiran kerana sebelum murid berkenaanmenghadapi pembelajaran yang lebih tinggi lagi.Kebolehan murid memahamkan sesuatutajuk kemahiran dapat ditingkatkan sekiranya murid itu membina pembelajarannya hasildaripada pengalaman pembelajarannya di masa lampau. Sewaktu di peringkat asasnya,guruperlu memahirkan pengajaran yang asas sebelum murid meneroka pembelajaran yangseterusnya.Cadangan kajian seterusnya aktiviti penerokaan dengan penggunaan bahaninteraktif dan ICT dapat digabungjalinkan di dalam kaedah stesen ini.7. KesimpulanHasil daripada kajian ini dapatlah saya rumuskan bahawa kaedah pengajaran ini dapatmembantu guru: Menilai prestasi murid dengan jelas dan tepat. Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran yan berkesan. Kaedah ini membolehkan murid berinteraksi di dalam suasana yang lebih aktif Pembelajaran murid lebih bermakna dengan penggunaan pelbagai bahan untukbelajar. Murid berpeluang menggunakan masa belajar yang lebih maksima.22Selain itu,guru dapat membina satu pengajaran yang berterusan dan menggalakkan mobilitimurid berdasarkan peranan dan tugas murid sendiri.Guru dapat melihat penglibatan muridsecara pemerhatian dan guru juga sebagai pemudah cara bagi murid yang dahagakan ilmupengetahuan.Tanpa kerjasama,bantuan dan sokongan daripada pihak guru dan pihak pentadbiransekolah sesuatu aktiviti atau perancangan tidak akan berjaya.Pengkaji akan tersekatkajiannya tanpa sokongan idea,kewangan dan bahan material.Yang pasti,kejayaan anakdidik kita bergantung kepada keikhlasan kita mengajarnya.23Bibliografi.1. Jabatan Pendidikan Khas (2003).Stesen Pengajaran Bermasalah PembelajaranSekolah Rendah dan Menengah.2. Philip.S.C.,Kamaliah Muhammad dan Rahim Razak (2003),Pelaksanaan KaedahStesen Pembelajaran Dalam Pembelajaran Sekolah Rendah . Implikasi danKeberkesanannya.3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KementerianPendidikan Kementerian Pendidikan ,Buku Manual Kajian Tindakan ,UnitPenyelidikan (2003)4. Haji Kamaruddin Bin Hussin,Haji Hazil B. Abdul Hamid (1991) Kurikulum DanPengajaran ,Skudai Johor: Unit Penerbitan Akademik UTM.5. Morrison,K.R.B. (1993).Planning an Accomplishing School-Centered EvaluationNorfolk: Peter Francis Publishers.6. Ary Donald.Lucy Cheser Jacobs and Asghar Razaveih (2002).Introduction toResearch in Education,Sixth ed. Belmont CA: Wadsworth.24

Page 13: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

LAMPIRAN 11. Nama Program : Pulih Jaya Vokal a2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikanmemberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilikdarjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekananpengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapatsebahagian murid-murid belum dapat menguasaikemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokalini satu program Kaedah Stesen diadakan bagimemantapkan kemahiran ini.Di samping itu,muridmurid dapat berinteraksi di antara satu sama lain danbertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran danpembelajaran mereka.3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akandapat :3.1. menguasai vokal a3.2. memantapkan penggunaan vokal a3.3. bekerjasama di antara satu sama lain.3.4. menanamkan keyakinan serta minat untuk terusbelajar.3.5. berinteraksi antata satu sama lain secara harmonis.4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.5.Bilangan Peserta : 17 orang.6.Stesen : 17.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran7.2.Tunjuksebab7.3.Pengajaran koperatif7.4.Latihtubi7.5. Permaianan.8. Aktiviti : 8.1. Set induksi8.2. Latih tubi8.3. Permainan8.4. Menjawab soalan.9.Bahan Bantu Mengajar : 8.1.Kad Perkataan.8.2.Kad Gambar8.3.Lembaran Kerja.10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu10.2. Pemerhatian.LAMPIRAN 21. Nama Program : Teroka Vokal e2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikanmemberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilikdarjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekananbengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapatsebahagian murid-murid belum dapat menguasaikemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokal

Page 14: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

ini satu program Kaedah Stesen diadakan bagimemantapkan kemahiran ini.Di samping itu,muridmurid dapat berinteraksi di antara satu sama lain danbertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran danbembelajaran mereka.3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akandapat :3.1 menguasai vokal e3.2.memantapkan penggunaan vokal e3.3.bekerjasama di antara satu sama lain.3.4.menanamkan keyakinan serta minat untuk terus belajar.3.5.berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.5.Bilangan Peserta : 17 orang.6.Stesen : 27.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran7.2.Tunjuksebab7.3.Pengajaran koperatif7.4.Latihtubi7.5. Permaianan.8. Aktiviti : 8.1. Set induksi8.2. Latih tubi8.3. Permainan8.4. Menjawab soalan.9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Manila kad9.2.Kad Gambar9.3.Lembaran Kerja.9.4.Kad Perkataan.10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu10.2. Pemerhatian.11. Masa : 90 Minit.LAMPIRAN 3.1. Nama Program : Aktiviti Program Identiti Vokal i.2. Matlamat : Pada dasarnya, guru Pemulihan Khas telah memberikanmemberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilikdarjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekananpengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapatsebahagian murid-murid belum dapat menguasaikemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokalini satu program Kaedah Stesen diadakan bagimemantapkan kemahiran ini.Di samping itu,muridmurid dapat berinteraksi di antara satu sama lain danbertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran danpembelajaran mereka.3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akan

Page 15: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

dapat :3.6. menguasai vokal i3.7. memantapkan penggunaan vokal i3.8. bekerjasama di antara satu sama lain.3.9. menanamkan keyakinan serta minat untuk terusbelajar.3.10. berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.5.Bilangan Peserta : 17 orang.6.Stesen : 37.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran7.2.Tunjuk cara7.3.Pengajaran koperatif7.4.Latihtubi7.5. Permaianan kecil8. Aktiviti : 8.1. Set induksi8.2. Latih tubi8.3. Permainan8.4. Menjawab soalan.9.Bahan Bantu Mengajar : 8.1.Kad Perkataan.8.2.Kad Gambar8.3.Lembaran Kerja.10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu10.2. Pemerhatian.11. Masa : 90 MinitLAMPIRAN 41. Nama Program : Kunci Khazanah Vokal o2. Matlamat : Pada dasarnya guru Pemulihan Khas telah memberikanmemberikan pengajaran yang terbaik didalam bilikdarjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekananpengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapatsebahagian murid-murid belum dapat menguasaikemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokalini satu program Kaedah Stesen diadakan bagimemantapkan kemahiran ini.Di samping itu,muridmurid dapat berinteraksi di antara satu sama lain danbertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran danpembelajaran mereka.3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akandapat :3.1.menguasai dan mengenal vokal o3.2.memantapkan penggunaan vokal o3.3.bekerjasama di antara satu sama lain.3.4.membina perkataan yang mempunyai vokal o3.5.berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.

Page 16: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

5.Bilangan Peserta : 17 orang.6.Stesen : 47.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran7.2.Tunjuksebab7.3.Pengajaran koperatif7.4.Latihtubi7.5. Permaianan.8. Aktiviti : 8.1. Set induksi8.2. Latih tubi8.3. Permainan8.4. Menjawab soalan.8.5. Mewarna gambar8.5. Membina perkataan9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Kad Perkataan.9.2.Kad Gambar9.3.Lembaran Kerja.9.4.Benda-benda maujud/konkrit.10.Penialaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu10.2. Pemerhatian.11. Masa : 90 MinitLAMPIRAN 51. Nama Program : Jelajah Vokal u2. Matlamat : Pada dasarnya guru Pemulihan Khas telah memberikanmemberikan pengajaran yang terbaik di dalam bilikdarjah.Kemahiran huruf vokal telah diberi penekananpengajaran dan pembelajaran tetapi masih terdapatsebahagian murid-murid belum dapat menguasaikemahiran ini.Sehubungan itu,bagi memantapkan vokalni satu program Kaedah Stesen diadakan bagikemantapkan kemahiran ini.Di samping itu,muridmurid dapat berinteraksi di antara satu sama lain danbertukar-rukar idea di dalam proses pengajaran danpembelajaran mereka.3.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini,murid akandapat :3.1. menguasai dan membina perkataan yangmempunyai vokal u3.2. memantapkan penggunaan vokal u3.3. bekerjasama di antara satu sama lain.3.4. membunyikan vokal u.3.5. berinteraksi antara satu sama lain secara harmonis.4.Sasaran Murid : Murid Tahap Satu Kelas Pemulihan Khas.5.Bilangan Peserta : 17 orang.6.Stesen : 57.Metadologi : 7.1.Sumbangsaran7.2.Tunjuksebab

Page 17: KAJIAN TINDAKAN KAEDAH STESEN.doc

7.3.Pengajaran koperatif7.4.Latihtubi7.5. Permaianan.8. Aktiviti : 8.1. Set induksi8.2. Latih tubi8.3. Permainan8.4. Menjawab soalan.8.5. Mewarna9.Bahan Bantu Mengajar : 9.1.Kad Perkataan.9.2.Kad Gambar9.3.Lembaran Kerja.9.4.Benda maujud.10.Penilaian Aktiviti : 10.1. Penilaian individu10.2. Pemerhatian.11. Masa : 90 Minit.NAMA : ................................TAHUN : ...............................NAMA : ................................TAHUN : .............................NAMA : ........................TAHUN : ........................NAMA : ..........................TAHUN : ..........................NAMA : ...............................TAHUN : ..............................

LAMPIRAN