Author
lanita7471
View
948
Download
3
Embed Size (px)
BAB 1
PENYELIDIKAN MASALAH
1.1
Pengenalan Pada dasarnya Kajian ini dijalankan bagi tujuan mencadangkan keberkesanan
kaedah konstruktivisme di kalangan murid tahun 6 sekolah rendah dalam pengajaran pembelajaran penulisan UPSR. Pembelajaran secara konstruktivisme diharapkan akan membantu memotivasikan dan menambah minat belajar berbanding dengan kaedah konvensional yang digunakan pada masa kini. Kajian ini meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, signifikan kajian, batasan kajian, definisi dan juga tajuk kajian yang telah dipilih.
1.2
Latar Belakang Kajian Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunapakai oleh guru di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran penulisan tahun 6 UPSR. Antara kaedah yang sesuai ialah kaedah konstruktivisme yang dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar-pelajar. rendah. Terdapat pelbagai teori dan kajian yang telah dibuat menyatakan bahawa pembelajaran konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran penulisan dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri, konsep dan pengetahuan menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif. pelajar membina sendiri kemahiran-kemahiran Kaedah ini lebih menekankan yang perlu dikuasai menerusi Kaedah konstruktivisme memainkan peranan yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya di sekolah
1
pembelajaran yang bermakna. Di dalam kaedah konstruktivisme ini terdapat banyak kelebihannya seperti dapat menggalakkan pelajar untuk lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial, dan lebih menyeronokkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 1.3 Pernyataan Masalah Pengajaran yang lazimnya berpusatkan guru, dan pelaksanaan aktiviti penulisan yang sangat berkurangan dilakukan oleh murid tahun enam merupakan punca utama kemerosotan mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan bagi pelajar UPSR. Ini telah dibuktikan di dalam kajian Rohani (1996). Kebanyakan guru hanya memindahkan ilmu pengetahuan mereka kepada pelajar dengan menyalin apa sahaja yang disampaikan oleh guru tanpa menjalankan aktiviti susulan. Situasi ini mengakibatkan para pelajar menjadi kaku, pasif dan tidak kreatif dalam memberi pandangan mereka akibat daripada sistem pembelajaran yang dijalankan telah mengabaikan nilai pengalaman. Hasil yang sama juga didapati daripada kajian oleh Sulaiman Ngah Razali et al. (1996). Daripada kajian tersebut mereka mendapati kebanyakan pelajar menyatakan bahawa guru mereka setiap kali atau banyak kali menggunakan kaedah kuliah semasa mengajar. . Oleh itu kajian ini dibuat untuk mengenalpasti kaedah pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dapat menentukan keberkesanan dan kejayaan seseorang pelajar dalam menguasai konsep-konsep penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
1.4 Kerangka Konsep Kajian Bagi memastikan kajian yang dijalankan dapat membuktikan keberkesanan
penguasaan konsep-konsep dalam penulisan melalui pembelajaran konstruktivisme bagi tajuk faedah-faedah mempelajari komputer oleh pelajar dapat dicapai ataupun tidak, terdapat dua kaedah pembelajaran yang berbeza akan digunakan oleh guru. Kaedahkaedah tersebut ialah pembelajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran secara tradisional (pembelajaran berpusatkan kepada guru). Dua kaedah yang berbeza ini nanti akan dapat membantu guru membuat perbandingan dari segi hasil yang ingin diperolehi
2
telah dapat dicapai ataupun tidak. Kerangka konsep kajian yang akan digunakan boleh dilihat pada rajah 1 berikut. Kajian ini akan dijalankan dengan cara membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan pertama akan menggunakan kaedah konstruktivisme dan satu kumpulan lagi menggunakan kaedah tradisional. Kumpulan pertama akan berada di dalam kumpulan kecil masing-masing dan mencari isi-isi penting bersama-sama rakan manakala kumpulan kedua pula menggunakan kaedah tradisional untuk mencari isi-isi penting melalui penerangan dan demonstrasi guru. Sekiranya kumpulan ini menulis karangan yang lebih berpusatkan kepada guru yang mana guru memainkan peranan yang lebih dalam memberi penerangan dan menyusun aktiviti. Bagi menentukan kaedah konstruktivisme adalah lebih baik daripada kaedah tradisional di dalam membantu pelajar menguasai konsep-konsep penting penulisan, terdapat beberapa hasil yang dapat dilihat seperti pelajar lebih seronok untuk belajar, lebih bermotivasi, ingatan yang lebih kukuh, lebih yakin, dan lebih berkemahiran sosial. Semua hasil ini adalah ciri-ciri yang terdapat di dalam pembelajaran menggunakan kaedah konstruktivisme. Bagi memastikan kaedah konstruktivisme ini dapat membantu pelajar menguasai konsep-konsep penulisan bagi tajuk yang dipilih, pelajar akan diberikan aktiviti-aktiviti hands on dan minds on yang dapat membantu mencungkil idea-idea atau pandangan tentang sesuatu konsep. Pelajar diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain, pelajar akan dibekalkan tajuk yang berkaitan untuk mencari isi-isi penting, kajian spesifik dan sebagainya.
3
Kaedah Konstruktivisme
Kaedah Tradisional
HASIL 1 Tindakbalas daripada pelajar 2 Ingatan yang lebih kukuh 3 Lebih bermotivasi 4 Sikap dan nilai murni 5 Kaedah terpilih
Penguasaan konsep-konsep dalam Penulisan
Rajah 1 : Kerangka Konsep Kajian konstruktivisme
1.5 Objektif Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauhmana keberkesanan dan minat murid dapat ditanam melalui kaedah Konstruktivisme yang merupakan salah satu struktur yang terdapat dalam pembelajaran konstruktivisme. Pembolehubah sikap yang dikaji ialah minat dan pencapaian pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. dijalankan adalah bertujuan :a) Mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme bagi membantu pelajar menguasai isi-isi penting Bahasa Melayu Penulisan bagi tajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer. b) konsep. c) Mengenalpasti sama ada ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme seperti pelajar lebih seronok, lebih yakin, lebih ingat dan sebagainya dapat diwujudkan bagi membantu mereka untuk mencari isi-isi penting bagi matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Mengenalpasti keberkesanan pembelajaran konstruktivisme dibandingkan dengan kaedah ynag biasa digunakan iaitu kaedah tradisional di dalam pembelajaran Objektif kajian ini
4
1.6 Persoalan Kajian Kajian ini ingin mengetahui sama ada kaedah pembelajaran konstruktivisme boleh menghasilkan sikap yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan dari segi persoalan-persoalan berikut: (a) (b) (c) Adakah kaedah Konstruktivisme dapat meningkatkan penguasaan pelajar-pelajar terhadap konsep penulisan? Adakah terdapat peningkatan prestasi pelajar dengan menggunakan kaedah konstruktivisme lebih baik daripada kaedah tradisional? Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar sebelum dan selepas mengunakan kaedah pembelajaran konstruktivime. 1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini sangat penting kepada guru, pelajar dan pengkaji pendidikan kerana: Ia dapat menyedarkan para guru tentang kaedah-kaedah yang dapat memudahkan pemahaman pelajar untuk menguasai konsep dalam penulisan. Oleh itu guru dapat menerapkan kaedah ini dalam setiap pengajarannya disamping dapat menambahkan keseronokan dan minat murid untuk belajar. Melalui kaedah ini juga pelajar berpeluang meneroka sendiri dan tidak terlalu mengharap pergantungan pada guru semata-mata. Ini dapat melahirkan murid yang cerdas, berdikari dan aktif. 1.8 Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut: 1.8.1 Kajian ini akan menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada sekolah ini sahaja. Mereka bukan merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar tahun 6. 1.8.2 Tumpuan kajian ini bertumpu kepada mencari isi-isi penting untuk dibuat peta minda, kaedah ini mungkin tidak sesuai kepada beberapa tajuk yang tertentu.
5
1.8.3. Di antara beberapa perkara yang perlu diingatkan bahawa tumpuan kajian ini hanyalah untuk mencari isi-isi penting sahaja, kaedah konstruktivisme ini mungkin tidak sesuai untuk semua tajuk di dalam Bahasa Melayu. Oleh itu para guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tajuk yang sesuai kerana di dalam pengajaran Bahasa Melayu masih terdapat pelbagai kaedah lain yang bersesuaian mengikut tajuk tertentu. 1.8.4 Kajian ini juga menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada murid tahun enam Multimedia Sekolah Kebangsaan Tok Motong sahaja dan mereka bukanlah sampel perwakilan sebenar untuk suatu kawasan. Mungkin kawasan yang berlainan serta latar belakang pelajar yang berlainan memberikan kesan pengajaran yang berlainan. 1.9 Takrifan Kajian
Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini a) Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif di dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan.
b)
Pembelajaran Secara Tradisional
6
Kaedah tradisional atau dianggap juga sebagai stail pengajaran yang lama, kerana ia telah dipraktikkan untuk sekian lama di mana pengajaran lebih berpusatkan kepada guru atau lebih dikenali sebagai chalk and talk. c) Konsep Konsep merujuk kepada pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu.
d) Keberkesanan Kesan adalah sesuatu tindakan atau hasil tindakan yang menyebabkan sesuatu perubahan berlaku. Keberkesanan merujuk kepada keupayaan untuk mewujudkan sesuatu hasil atau perubahan yang diingini. Keberkesanan dalam kajian ini merupakan skor yang diperolehi pelajar berdasarkan ujian pra dan ujian pasca bermula dari 0 100 markah. 1.10 Ringkasan Bab ini menghuraikan rasional, objektif, hipotesis dan kepentingan kajian ini. Kajian ini diharapkan agar dapar membantu guru mencari pengajaran yang dapat memudahkan penyampaian isi pengajaran di samping memberi peluang penerokaan oleh murid untuk mencari konsep yang ingin dipelajari tanpa terlalu bergantung penuh pada guru. Secara tidak langsung ianya juga dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan sekaligus objektif sesuatu tajuk pelajaran akan dapat dicapai dengan lebih berkesan.
BAB 2 7
TINJAUAN LITERATUR
2.1
Pendahuluan Kementerian Pelajaran Malaysia dan pakar pendidikan telah merancang dan
berusaha dengan pelbagai cara dan kaedah bagi menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Mengikut kajian yang lepas, salah satu kaedah yang ditekankan ialah seseorang guru itu perlu melibatkan pelajar dalam pembelajaran secara kritis, kreatif dan inovatif yang dapat membawa pemahaman kepada diri pelajar. Guru digalakkan menggunakan kaedah yang sesuai untuk meluaskan pengalaman pembelajaran disamping mengukuhkan pemahaman pelajar. Mengikut kajian yang lepas, salah satu kaedah yang sesuai diketengahkan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan ialah kaedah konstruktivisme.
2.2
Teori Pembelajaran Konstruktivisme Konsruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan.
Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorisme yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental. Menurut kajian yang dijalankan oleh Bruner (1973) beliau telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, Mencari isi dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan. Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning).
8
Menurut Zuraini Abd. Rahman (2006) yang memetik kajian kes yang telah dijalankan oleh Bruner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Menurut Zuraini Abd. Rahman (2006) yang memetik kajian oleh Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Zuraini binti Abd. Rahman (2006) yang memetik Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan orang lain. Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991).
Secara
ringkasnya, teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman
bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui
9
proses metakognitif. Rajah 2 menunjukkan gambaran pengertian konstruktivisme secara ringkasnya.
Maklumat Pengetahuan Idea Konsep Kemahiran Maklumat
Pengetahuan sedia ada/ pengalaman lepas Proses metakognitif
Pengetahuan baru Idea baru
Secara aktif
Diubahsuai/ diselaraskan
Konsep baru
Persekitaran/ sosial/ individu
Rajah 2: Gambaran Pengertian Konstruktivisme Rajah 2 menunjukkan sebuah peta minda tentang pengertian konstruktivisme secara keseluruhannya iaitu dari segi implikasinya ke atas pengajaran dan pembelajaran, prinsipprinsip dan peranan guru dan pelajar.
10
Pembelajaran satu proses yang aktif BERPUSATKAN PELAJAR
Menerima autonomi pelajar Lebih bertumpu kepada pembelajaran Pelajar berwawasan dan bermatlamat Menggalakkan penemuan inkuiri Menggalakkan perasaan ingin tahu Menggalakkan inisiatif Pengalaman kepercayaan lepas, pengetahuan lepas, sikap sedia ada Pilih dan ubah maklumat Konstruk hipotesis Membuat pilihan
Motivasi-kunci pembelajaran
PRINSIP-PRINSIP KESELURUHAN
Pengalaman-peranan kritikal dalam pembelajaran CIRI-CIRI PEMBELAJARAN Cognitive pre-disposition manusia
reasoning Pemikiran kritikal Penyelesaian masalah retrieval, pemahaman dan penggunaan Fleksibiliti kognitif refleksi Agihan Kepakaran
konstektual Aktiviti sosial masa fokuskan
Berkaitan dengan kehidupan Berkaitan dengan prejudis Berkaitan dengan kebimbangan
Refleksi dan kematangan
Pemahaman dan prestasi Bertanggungjawabpembelajaran kendiri Double lesson Penggunaan teknologi Membelajari maklumat baru Cara belajar yang baru
Pembelajaran kooperatif Pembelajaran melibatkan bahasa Pembelajaran melibatkan situasi Pembelajaran melibatkan realiti dunia Pembelajaran melibatkan dialog
GOL PENGAJARAN
Organisasi kerja sendiri Trait yang diingini- ingin tahu, inisiatif dan persistent Perisian alat mencapai gol pembelajaran Pengaksesan Internetperkongsian maklumat, Simulasi, modelling dll sokong kajian
PERANAN PELAJAR
Fasilitator Pembimbing Berfikiran terbuka
Rancang dan urus
GURU & PELAJAR PERANAN GURU
Kaunseling dan arah tuju Learn along the way
Penyokong kognitif Akses pelajar individu Set limit
Rajah 3: Peta Minda Konstruktivisme Sumber: Ubahsuai dari http://uib.no/People/sinia/CSCL/HMM_Constructivismm.htm / 02/03/2008
Buat cadangan, Memperkenalkan,Cabara n kreativiti Galakkan berdikari
Kemungkinan, Kekuatan, Keperluan & perasaan.
11
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
2.3
Prinsip-Prinsip Pembelajaran Konstruktivisme Menurut kajian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu
implikasi pendekatan konstruktivisme yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat pelajar. Pengetahuan yang diterima adalah hasil daripada aktiviti tersebut dan bukannya yang diterima secara pasif. Ia menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan bukannya guru. Berdasarkan rajah 2, prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusat pelajar mempunyai ciri-ciri iaitu pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini guru perlu menerima autonomi pelajar. Ia lebih menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Pelajar diberi peluang untuk memilih gol, strategi pelajarannya. Keduanya ialah motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping itu, pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran. Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive dan penilaian
predisposition) maklumat akan dipilih dan diubahsuai.
Pelajar mengkonstruk
pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek/ kajian. (contoh; menguji hipotesis) dan membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudahcara ekstrapolasi dan memenuhi ruang (going beyond the information given) Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan kebimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar dengan situasi dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga menggalakkan dialog dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Satu lagi prinsip pembelajaran ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu diberikan masa yang
12
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia menekankan pemikiran refleksi dan proses kematangan. Pembelajaran konstruktivisme amat memfokus kepada pemahaman pelajar dan prestasinya. Mengikut Alessi & Trollip (2001) ia mempunyai asas dalam kognitif bersituasi dan perkaitan dengan pengajaran bertumpu.
2.4
Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dapat dibahagikan kepada lima
format iaitu: 1. 2. Penglibatan : Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan. Penjelajahan : Adalah bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat, melalui eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan menyoal. 3. Penerangan : Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan pernyataan. Pertanyaan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan penjelasan. 4. Penghuraian : Memperdalam lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain. Pelajar akan menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep atau topik dalam sudut kandungan yang lain dan membuat perkaitan dengan konsep /topik ke dalam situasi dunianya. 5. Penilaian : Menilai pemahaman pelajar melalui demonstrasi pemahaman dan kemahiran atau konsep pengetahuan. Mengakses pengetahuan pelajar dan kemahiran serta konsep. Mengemukakan soalan terbuka. Contoh: apa yang sedang anda fikirkan? ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Untuk mencapai gol pengajaran, beberapa pendekatan pengajaran secara konstruktivisme seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 iaitu mewujudkan aktiviti sebabmusabab (reasoning), melibatkan pemikiran yang kritikal dan KBKK serta aktiviti
13
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
penyelesaian masalah. Pelajar juga perlu berupaya mendapatkan kembali maklumat, memahami dan menggunakan maklumat. Pengajaran juga perlu menekankan kepada fleksibiliti kognitif, pemikiran refleksi dan pengagihan kepakaran di kalangan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru atau pelajar dengan pihak pakar.
2.5 2.5.1
Peranan Guru dan Pelajar dalam Pembelajaran Konstruktivisme Peranan Guru Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2, guru memainkan peranan sebagai
fasilitator yang akan merancang dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Guru merupakan pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru juga merupakan pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar membina pengetahuan baru. Guru sentiasa bersifat terbuka yang sentiasa menggalakkan pelajar menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Sebagai penyokong kognitif, guru akan menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Pelajar juga perlu digalakkan menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu pelajar juga digalakkan membuat penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan bersoal jawab antara satu sama lain. Masa yang secukupnya perlu diberikan agar pelajar dapat membuat perkaitan antara ideaidea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu tahu cara untuk melaksanakan pembelajaran konstruktivisme dalam menjalankan tugasan dan membimbing pelajar untuk mendapat jawapan yang tepat. 2.5.2 Peranan Pelajar Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivisme melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-
14
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
soalan dan isu serta membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau mengukuhkan ideaidea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina asas pengetahuan yang mereka faham. Selain itu, pelajar juga perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran penggunaan teknologi di mana mereka dapat menggunakan data dan bahanbahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada internet) bagi menolong mereka menjana idea dan pengetahuan baru.
2.6
Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Menurut kajian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran
secara konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis. Selain itu, ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru. Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
15
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Menurut kajian-kajian lepas, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivisme di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan. Konstruktivisme merupakan idea bahawa pembelajaran melibatkan pembinaan skema pengetahuan seseorang individu yang dicapai melalui proses keseimbangan (Reiber 1994). Keseimbangan ini dicapai melalui proses akomodasi dan asimilasi di mana skema pengetahuan baru dibentuk melalui penstrukturan semula skema pengetahuan baru dengan skema pengetahuan sedia ada. Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran induktif berdasarkan penemuan yang melibatkan penerokaan isi pelajaran dengan lebih lanjut, menguji idea, membina dan menguji hipotesis.
2.7
Ringkasan Daripada hasil tinjauan literature, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak
kajian dan teori mengatakan, bagi memastikan penguasaan konsep
dapat dikuasai
sepenuhnya oleh pelajar adalah bergantung kepada pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Kajian ini seterusnya akan mengkaji sejauh mana pembelajaran konsep menggunakan kaedah konstruktivisme ini boleh berjaya dijalankan kepada Tahun 6 Multimedia Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh, Terengganu..
16
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan bagi mencari keberkesanan kaedah Konstruktivisme di dalam membantu murid-murid menguasai pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan karangan yang berkonsepkan fakta iaitu karangan yang bertajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer. Berdasarkan tujuan di atas, bab ini membincangkan mengenai rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data. 3.2 Rekabentuk Kajian Pembolehubah kajian bebas ialah kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional. Manakala pembolehubah bersandar ialah sikap, demografi dan pencapaian. Ia dijalankan ke atas dua kumpulan iaitu kumpulan Saga dan Kumpulan Iswara. Kedua-dua kumpulan terdiri daripada murid-murid tahun 6 Multimedia yang sedia ada di dalam kelas masingmasing mengikut penyusunan yang telah dibuat oleh pihak Sekolah Kebangsaan Tok Motong iaitu cuma bilangannya ialah seramai 24 orang. Kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pra yang mempunyai soalan yang sama di mana pelajar telah diberitahu terlebih awal supaya membuat persediaan awal dan oleh kerana ini merupakan tajuk baru bagi mereka, maka nota juga diberikan bagi membantu murid-murid. Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk mengulangkaji dan memahami tajuk yang bakal diajar mengikut kefahaman mereka. Murid-murid dari kumpulan Saga kemudiannya diajar mengenai tajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer menggunakan kaedah konstruktivisme di mana murid-murid sendiri menyusun isi dan menjalankan aktiviti untuk membina pemahaman mereka. Sementara kumpulan Iswara diajar secara kaedah tradisional iaitu lebih kepada bentuk kuliah oleh guru.
17
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
Kemudian, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos bagi menguji tahap pemahaman murid bagi tajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer . Setiap ujian yang diberi dinilai dan dianalisa. Akhir sekali kumpulan Saga diberi soalan soal selidik bagi meninjau tahap kepuasan dan penerimaan mereka terhadap kaedah konstruktivisme. 3.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, instrumen kajian terdiri daripada borang maklumat pelajar, 2 kertas ujian iaitu kertas ujian pra dan kertas ujian pos dan satu soal selidik. Ujian pra digunakan untuk mengesan sejauh mana pengetahuan sedia ada murid tentang tajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer dan tahap pemahaman murid melalui pembacaan mereka dan untuk menguji kesan pengajaran secara kaedah konstruktivisme dalam membantu murid mencari isi-isi penting dan juga mengesan sejauh mana pemahaman murid bagi kumpulan yang belajar menggunakan kaedah tradisional. Manakala soal selidik pula untuk menentukan sikap murid terhadap keberkesanan penggunaan kaedah konstruktivisme dalam pembelajaran. 3.4 Prosedur Analisis Data Untuk memudahkan proses analisis data, setiap jawapan yang dipilih dalam ujian akan diberi skor tertentu serta gred. Dalam ujian pencapaian 20 item telah dibina untuk mengenal pasti penguasaan tajuk yang dipilih iaitu Faedah-Faedah Mempelajari Komputer. Jika responden berjaya menjawab dengan betul item-item yang dikemukakan, ini bermakna pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah konstruktivisme bagi pembelajaran yang bertajuk Faedah-Faedah Mempelajari Komputer adalah lebih berkesan. Tetapi jika jawapan adalah betul separa, atau salah ini bermakna kaedah pengajaran yang dipilih tidak dapat membantu pelajar menguasai tajuk yang dipilih iaitu Faedah-Faedah Mempelajari Komputer. Setiap skor yang diperoleh oleh pelajar ditukar kepada 100 markah.
18
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
Daripada jadual 3.2., skor minimum ialah 0. Skor maksimum pula ialah 100. Skor-skor yang akan diperolehi dikategorikan kepada gred seperti dalam jadual di bawah. Jadual 3.2 : Skor Markah dan Gred Skor 80 - 100 60 79 40 - 59 20 - 39 0 19 Gred A B C D E Kelulusan
lulus gagal
3.5
Skop Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh, iaitu salah
sebuah sekolah yang terletak di daerah Besut. Kajian ini melibatkan sebuah kelas sahaja daripada dua buah kelas yang terdapat di sekolah Kebangsaan Tok Motong, Jerteh dengan bilangan muridr seramai 24 orang daripada 52 calon UPSR 2009. Murid-muridr dalam kelas Tahun 6 Multimedia ini mempunyai aras kecerdasan yang hampir sama yang diukur berdasarkan tahap pencapaian akademik mereka. Setiap kelas terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Satu kumpulan telah dijadikan sebagai kumpulan kawalan yang diajar secara tradisional bagi tajuk yang sama. Manakala satu kumpulan lagi sebagai sampel kajian yang diajar menggunakan kaedah konstruktivisme. 3.6 Prosedur Kajian Kajian akan dijalankan oleh penyelidik di dalam kelas tahun 6 Multimedia yang telah dipilih. Oleh kerana kajian yang akan dijalankan ini berbentuk eksperimen, maka semua murid yang terdiri daripada kumpulan Saga dan kumpulan Iswara, diminta mengambil ujian pra terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran bagi tajuk yang dipilih. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada murid bagi tajuk
19
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
yang akan diajar. Kelas sampel kajian akan diajar menggunakan kaedah pembelajaran konstruktivisme sementara kelas Iswara akan diajar menggunakan kaedah tradisional. Pengkaji akan mengambil masa selama 10 jam untuk mengumpulkan data serta melihat keberkesanan bahan yang disediakan dalam kajian ini. Bagi kumpulan Saga, pengkaji memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan sesi pembelajaran ini diadakan dan bagaimana ia dijalankan. Pelajar diberikan masa 30 minit bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untuk mereka. Setelah selesai menjalankan sesi pengajaran selama 3 minggu, pengkaji akan meminta sampel kajian menyelesaikan masalah dalam ujian pos secara jujur dan ikhlas selama satu jam untuk menilai tahap penguasaan mereka mengenai tajuk yang diajar. Selepas itu, pengkaji akan meminta murid untuk memberi respon terhadap penggunaan kaedah pengajaran secara konstruktivisme bagi tajuk tersebut dengan cara mengisi borang soal selidik. Bagi kelas Iswara, mereka juga akan menjawab soalan pos seperti sampel kajian tetapi tidak perlu menjawab borang soal selidik.
3.7
Pengumpulan dan Pemprosesan Data Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif
dan inferens. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan untuk melihat tahap kefahaman murid serta membandingkan ujian pra dan ujian pos antara kumpulan Saga dan kumpulan Iswara. Manakala statistik inferens digunakan untuk mengira nilai t dalam menentukan hipotesis nol kajian diterima atau ditolak. Untuk menunjukkan persepsi murid terhadap keberkesanan kaedah konstruktivisme, pengkaji mentafsir datanya dalam bentuk peratusan dan min skor setiap item dalam soal selidik. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan penerimaan positif terhadap kaedah konstruktivisme dan sebaliknya purata min skor yang rendah bagi penerimaan yang negatif. Sebahagian analisis dalam kajian ini menggunakan program dari pakej SPSS dan perisian Excel.
20
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
3.8
Ringkasan Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra. Kumpulan eksperimen mengikuti
pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kumpulan belajar di dalam bilik darjah. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan murid menjalankan aktiviti secara penerokaan untuk memahami konsep. Selepas selesai sesi pengajaran, sampel kajian diminta mengambil ujian pos dan menjawab soalan-soalan di dalam borang soal selidik. Bagi kumpulan Iswara, mereka hanya mengikuti pembelajaran biasa iaitu kaedah tradisional dan turut menduduki ujian pos yang sama. Data yang diperolehi, dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens.
21
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
RUJUKAN Mohd Majid Konting (1991). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
National Council of Teachers of Science (1989). Curriculum and evaluation standards for school science. Reston, VA : Author.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Rohani Ahmad Tarmizi (1996). Pengukuran kemahiran saintifik di kalangan pelajar lepasan UPSR. Kertas kerja yang dibentangkan di seminar kebangsaan penilaian KBSR : Isu dan hala tuju strategik ke arah abad 21 di Genting Highlands pada 2-6 September 1996 Universiti Terbuka Malaysia.(2002). Prinsip teknologi pengajaran.Kuala Lumpur. UNITEM.
Ward Mitchell Cates.(1990) Panduan amali untuk penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur. Zuraini Abd Rahman. (2006), Keberkesanan kaedah pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran bahasa melayu , Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Peta Minda Konstruktivisme. Sumber. Dipeolehi Mac 02,2008 daripada http://uib.no/People/sinia/CSCL/HMM_Constructivism.htm
22
MOHD NASOBAR BIN HJ IBRAHIM HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
23