Author
zamri-bin-abdul-hamid
View
3.259
Download
14
Embed Size (px)
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid-murid down sindrom bermasalah pembelajaran.Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang murid dowm sindrom bermasalah pembelajaran disebuah sekolah di Seberang Perai Utara.Pengkaji menggunakan rekabentuk kajian tindakan tak berkumpulan –kawalan dimana ujian pra diadakan diadakan sebelum rawatan dan ujian pos dijalankan selepas rawatan diberikan.Disamping itu pemerhatian dan soal selidik juga digunakan sebagai instrument untuk memperoleh maklumat yang dikehendaki. Hasil analisis data kajian mendapati kaedah penggunaan abjad dan sukukata dapat amat berkesan dalam membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca.Beberapa cadangan telah dikemukan untuk memperbaiki lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaeadah abjad dan sukukata ini.
1
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.1 PENDAHULUAN
Zaman ini ialah zaman perledakan pengetahuan yang begitu pesat. Setiap individu sentiasa
berhadapan dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Kehidupan seharian kini memerlukan
manusia membaca . Membaca buku, membaca akhbar, surat, iklan ataupun membaca untuk
mengisi borang permohonan pekerjaan dan pelbagai jenis keperluan lagi. Untuk menghadapi
cabaran seumpama ini, seharusnyalah seseorang individu itu mesti boleh membaca dengan
berkesan, iaitu membaca dengan pantas,cekap dan matang. Seseorang yang cekap dan mahir
membaca dapat meluaskan pandangan, pengalaman dan pemikiran. Individu yang banyak
membaca akan memperolehi ilmu pengetahuan serta mengetahui banyak perkara seperti
memahami pengalaman kehidupan serta unsur-unsur budaya kelompok sendiri dan juga
kelompok lain di dunia ini.
Seluruh proses pembudayaan menjadi lebih mudah dan dipercepatkan sekiranya ahli
masyarakat banyak membaca. Tanpa pembacaan yang meluas, seseorang individu tidak
dapat menambah pengetahuan dan pengalaman mereka. Membaca dengan sendirinya dapat
menolong untuk meningkatkan keupayaan seseorang itu untuk berfikir. Menurut Stauffer
(1969), Aktiviti membaca tidak lain dan tidak bukan adalah kreativiti berfikir. Masyarakat
yang tidak membaca dengan meluas bahan-bahan bacaan termasuk bahan-bahan
2
kesusasteraan menyukarkan cita-cita untuk mewujudkan suatu masyarakat kebangsaan yang
mempunyai nilai keilmuan.
Kerajaan memang menyedari hakikat kepentingan membaca dan menerusi Kementerian
Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program untuk memaksimumkan peratusan
murid-murid yang boleh membaca.Justeru itu para guru pendidikan khas hendaklah
membantu seoptima mungkin agar kanak-kanak berkeperluan khas diberikan peluang yang
sama untuk memperkembangkan akademik mereka.
Berdasarkan Surat Pekeliling Bahagian Sekolah KPM Bil. KP (BS) 8594/JLD 11/32
bertarikh 22 Januari 1985, menegaskan bahawa tugas guru pendidikan khas di sekolah
adalah untuk mengendalikan program pemulihan kepada murid-murid yang lemah di
sekolah rendah. Dalam memastikan pelajar berkeperluan khas menguasai akademik,
kemahiran membaca amat dipentingkan terlebih dahulu. Proses membaca memerlukan
seseorang itu menterjemahkan lambang-lambang bertulis kepada lambang bunyi bahasa,
menurut Kamaruddin Hj. Hussin (1995). Bagi kanak-kanak berkeperluan khas pencapaian
penguasaan kemahiran membaca mereka amat lemah kerana disebabkan ketidakupayaan
dalam kognitif mereka.
Proses pengajaran dan pembelajaran negara kita dewasa ini semakin hari semakin mencabar.
Ianya merupakan suatu pendekatan kepada ilmu pengetahuan dan kehidupan yang menitik
beratkan inovatif manusia. Ini melibatkan kebolehan dan sumber di mana manusia dapat
mencari kaedah-kaedah, kemahiran-kemahiran dan tanggapan yang terkini serta nilai-nilai
untuk membina manusia dalam suatu kehidupan yang penuh dengan pengubahsuaian dalam
dunia moden. Pelajar pendidikan khas juga berhak untuk menerima pendidikan percuma dan
tidak dibezakan dengan pendidikan yang diterima oleh pelajar yang normal ( Podmeski et.
Al. 1995).
3
Dalam menguasai kemahiran membaca ini, pelbagai kaedah telah disyorkan. Namun
ketiadaan kaedah yang benar-benar sesuai untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini belajar
membaca menyebabkan guru pendidikan khas kehilangan panduan untuk memilih dan
menggunakan kaedah yang sesuai. Justeru itu jalan penyelesaian yang terbaik untuk
membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini membaca, dua kaedah telah digabungkan iaitu
kaedah abjad dan suku kata.
Menurut Isahak Haron (1980), dalam kaedah abjad ini kanak-kanak diperkenalkan bentuk
dan nama huruf dahulu. Menurut Durkin (1972) , kaedah suku kata pula ialah kaedah di
mana murid diajar melihat simbol (huruf) dengan bunyinya. Keberkesanan kaedah ini akan
dijadikan kayu pengukur dalam membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca
pada peringkat permulaan. Membaca ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mendapatkan
maklumat visual dari muka surat dan seterusnya memahami kandungan yang dibaca,
(Rayner &Pollatsek).
Salah satu sebab murid-murid tidak boleh membaca adalah kerana mereka belum menguasai
kemahiran asas bacaan permulaan, yakni mengenal huruf abjad. Sama ada bentuk
huruf,nama huruf atau bunyi huruf. Berdasarkan kepada masalah tersebut, penggunaan
modul gabungan kaedah abjad dan suku kata kepada murid bermasalah pembelajaran Tahap
satu untuk diajar menguasai kemahiran membaca. Laporan kajian tindakan ini dicadangkan
untuk dikemukakan kepada pihak penyelaras pendidikan khas dan panitia Bahasa Melayu.
4
1.1 Latar Belakang kajian
Berdasarkan penyelidikan Bahagian Kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia (1999) 10% hingga 15% dari kalangan murid bermasalah pembelajaran gagal
untuk menguasai asas membaca. Kebolehan dalam menguasai kemahiran membaca sangat
penting dan ia merupakan satu ukuran bagi pencapaian kejayaan pelajar-pelajar dalam semua
bidang di sekolah rendah. Dalam Kurikulum Baru Baru Sekolah Rendah aspek bacaaan
sering diutamakan. Kemahiran membaca diberi pemberatan dan penekanan sejak peringkat
awal pendidikan lagi. Para pendidik, termasuk daripada bidang pendidikan khas menyatakan
bahawa keupayaan membaca yang baik merupakan punca utama dalam pencapaian di bidang
akademik bagi pelajar bermasalah pembelajaran, mengikut (Wallace & Kauffman, 1996).
Walau bagaimanapun pelajar bermasalah pembelajaran sering tercicir dalam kemahiran
membaca.
Bagi menangani pemasalahan ini dua gabungan kaedah iaitu kaedah abjad dan sukukata
dilihat mampu untuk membantu para guru dalam peringkat permulaan pengajaran membaca.
Justeru itu satu modul pengajaran berdasarkan gabungan kaedah abjad dan kaedah sukukata
telah dibina. Buku modul pengajaran konsonan “k” dan “m” yang dipilih kerana rasionalnya
kebanyakan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu terbina daripada huruf-huruf tersebut.
Selain itu juga tempoh pengajaran yang singkat selama 5 minggu menyebabkan pihak
pengkaji hanya memilih 2 huruf konsonan untuk digabungkan dengan huruf vokal. Dengan
gabungan huruf konsonan “k” dan “m” serta vokal (a,i,e,o,u) para pelajar dapat juga
diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang akan terbentuk daripada gabungan suku
kata-suku kata tersebut (ka, ki, ku, ke, ko, ma, mi, mu, me, mo), contohnya menjadi “muka”,
“kaki” dan “kami”.
5
1.2 Soalan Kajian
Berdasarkan tujuan kajian ini, antara persoalan kajian yang boleh dikemukakan adalah seperti
berikut:
1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca di
kalangan murid-murid down sindrom?
2. Sejauhmanakah tahap penguasaan kemahiran asas murid dari aspek kemahiran
membaca?
3. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk kemahiran membaca bagi murid
down sindrom ?
1.3 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ialah:
1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan asas
membaca di kalangan murid-murid down sindrom.
2. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas membaca melalui kaedah abjad dan
sukukata.
3. Mengenal pasti bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid .
1.4 Batasan kajian
Kajian ini hanya melibatkan murid-murid down sindrom seramai 6 orang orang yang belajar
di sebuah sekolah rendah di Kepala Batas, Seberang Perai. Sampel kajian pula terdiri daripada
4 orang murid . 2 orang murid tidak dipilih untuk dikaji kerana mereka mengalami masalah
kesihatan . Kumpulan ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka yang tidak melepasi ujian
penilaian satu yang dijalankan pada pertengahan sesi persekolahan lagi. Kajian ini bukanlah
satu kajian yang menyeluruh terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran di Seberang
Perai. Oleh itu hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada populasi lain
kerana sampel yang akan digunakan adalah terbatas kepada sebuah sekolah di Seberang Perai.
Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik yang
diambil dan diubahsuai daripada pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Justeru itu
kebolehpercayaan dapatan ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, kejujuran dan
keikhlasan dari responden yang menjawab soalan-soalan kajian yang diberikan.
6
Tempoh kajian akan dijalankan dalam jangka masa 5 minggu. Dalam jangka masa yang
pendek ini, pengkaji akan menggunakan hanya 2 abjad sahaja iaitu k dan m. Pengkaji memilih
abjad ini kerana abjad-abjad ini merupakan abjad yang sering digunakan dalam pembentukan
perkataan dalam Bahasa Melayu.
Kaedah yang bakal digunakan ialah:
1. Kaedah abjad huruf yang dipilih, vokal (a, e, i, o, u) dan konsonan k dan m sahaja.
2. Kaedah sukukata, murid akan membunyikan simbol huruf-huruf konsonan dan
digabungkan dengan huruf-huruf vokal bagi menjadi sukukata. Contoh: ma, mi, ka
dan ki.
3. Gabungan-gabungan sukukata tersebut akan membentuk perkataan KV + KV.
Contohnya: mama, muka, maka
1.5 DEFINISI /ISTILAH
Berikut dijelaskan makna istilah-istilah dalam kajian ini.
1.5.1 Pengajaran
Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983; Teuku
Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau
proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan mendengar,
menggalakkan sesuatu dan beibagai-bagai skativiti lain akan berlaku.Sharifah Alwiah juga
menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti
pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley berpendapat,
pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi
kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang
melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.
Selain itu, pengajaran juga boleh dimaksudkan sebagai perbuatan mengajar atau apaapa yang
diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar
atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya.Konsep pengajaran dalam konteks kajian ini
merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983), Teuku Iskandar
7
(1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran melibatkan aktiviti mengajar yang dilakukan oleh guru
semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran pada hari yang berkenaan.
1.5.2 Kaedah abjad
Merupakan kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada
peringkat permulaan. Berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada
beberapa huruf. Kaedah ini memerlukan penghafalan setiap lambang abjad. Setelah murid-
murid mengenali kumpulan abjad a hingga z, guru akan menarik keluar bunyi-bunyi vokal
daripada kumpulan ini. Suku kata akan dibina menerusi proses penggabungan bunyi-bunyi
vokal dan bunyi-bunyi konsonan.
1.5.3 Membaca
Robert Lado (1964) mengatakan, “membaca itu bermaksud mengungkap pola-pola bahasa
daripada bentuk tulisannya.” Sminth (dalam Simanjuntak, 1985:3) pula mengatakan,
membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang membentuk
semula di dalam pemikirannya (dengan sebaik mungkin) erti yang telah diterbitkan oleh
seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian dibaca oleh si pembaca tadi.
Menurut Atan Long (1978) telah menghuraikan proses membaca sebagai satu proses yang
melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu
semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan
oleh tulisan itu.
1.6.4 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran:
Kategori masalah pembelajaran adalah kategori rencam dengan pelbagai jenis kecacatan,
termasuk terncat akal, down sindrom, autisme, cerebal palsy, masalah dalam komunikasi dan
perkembangan bahasa, bermasalah emosi dan tingkah laku, , kecacatan anggota , hipoaktif,
keupayaan mental yanh rendah dan pintar cerdas.
Kanak-kanak dengan bermasalah pembelajaran menghadapi kesulitan dalam interaksi dengan
persekitaran , itiu situasi yang menghalang kemampuan belajar dan pembentukan pemahaman
dunia sekitar mereka.Kesulitan ini bukan sahaja akibat perkembangan yang lewat tetapi juga
berkaitan dengan kecacatan yang kompleks, dari segi psikiatri, neurologi, psikologi dan
fisiologi yang memberi kesan ke atas fungsi kanak-kanak.
8
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Dapatan daripada kajian yang dijalankan diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai
keberkesanan penggunaan kaedah abjad dan sukukata dalam kemahiran membaca di kalangan
murid-murid bermasalah pembelajaran .
Di samping itu dengan adanya kajian seperti ini akan dapat membantu pihak guru malah
ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah dalam menguasai kemahiran membaca
supaya mengenalpasti dan mengetahui masalah yang dihadapi serta mengatasinya dengan
kaedah yang terbaik. Secara tidak langsung ianya memberikan peluang kepada pihak guru
untuk merangka satu pendekatan yang lebih efektif untuk murid-muridnya dan sebagai garis
panduan kepada ibu bapa, guru dan pihak pentadbir pendidikan khas untuk menyediakan
peluang pendidikan yang lebih baik dan berkesan kepada murid-murid yang bermasalah
pembelajaran ini.
Oleh yang demikian, maklumat yang akan diperolehi ini akan dapat membantu pihak-pihak
tertentu yang cuba untuk mempertingkatkan serta memantapkan lagi pendekatan yang terbaru
dalam menguasai kemahiran membaca kepada murid-murid bermasalah pembelajaran di
Malaysia.
Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan pemerhatian dan borang kaji selidik yang
diambil dan diubahsuai daripada pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Justeru itu
kebolehpercayaan dapatan ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama, kejujuran dan
keikhlasan dari responden yang menjawab soalan-soalan kajian yang diberikan.
1.6 RINGKASAN
Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan takrifan istilah. Kajian ini
melibatkan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah abjad dan sukukata iaitu
huruf vokal dan huruf konsonan ‘k’ dan ‘m’ .
9
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Kajian-kajian berhubung dengan meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-
murid bermasalah pembelajaran telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu.Kaedah abjad dan suku kata bukannya sesuatu yang baru pernah dikaji di Malaysia.
Sudah ramai pengkaji bahasa yang membuat kajian terhadap kaedah-kaedah yang sesuai
untuk menguasai kemahiran membaca.
2.2 KAJIAN-KAJIAN YANG BERKAITAN
Menurut kajian Cik Sofiah Hamid (1980), dalam kajian yang dijalankan olehnya untuk
melihat keberkesanan perbandingan antara dua kaedah, iaitu pendekatan terus membaca
(pendekatan A) dan pendekatan abjad suku kata (pendekatan B) terhadap pencapaian
membaca dalam kalangan pelajar tahun 1. Kajian telah dijalankan pada 79 orang murid di
SK. Bangsar, Wilayah Persekutuan. Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu
42 orang murid telah diajar dengan pendekatan A dan 37 orang murid dengan pendekatan B.
Melalui ujian pra dan pos yang telah dibuat terhadap kedua-dua pendekatan tersebut didapati
peratus pencapaian meningkat dengan cepat dalam menguasai kemahiran membaca apabila
guru menggunakan kaedah abjad suku kata. Ini dibuktikan melalui markat yang lebih tinggi
dan kadar kemajuan yang ditunjukkan oleh kumpulan B berbanding dengan kumpulan A.
Kajian Yahya Othman (2004), mendapati pendekatan mengajar bacaan peringkat awal terdiri
daripada:
a. Pendekatan binaan kaedah abjad dan sukukata.
b. Pendekatan cerakinan kaedah perkataan dan kaedah ayat.
10
Begitu juga dengan kajian yang telah dijalankan oleh Isahak Haron (1980) mengenai kaedah
gabungan bunyi sukukata. Kaedah ini cuba menggabungkan ciri-ciri dalam kaedah fonik
dengan kaedah seluruh perkataan.Ini adalah kerana mengambil kira bahawa sistem ejaan
Bahasa Melayu adalah fonemik di mana satu huruf boleh dikatakan melambangkan satu
bunyi. Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah lebih fonemik dan lebih sistematik berbanding
dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris.
Menurut Isahak Haron lagi, kebanyakan perkataan Melayu adalah jelas sukukatanya. Tiap-
tiap perkataan Bahasa Melayu dengan mudah ditentukan sukukata yang membentuk sesuatu
perkataan. Beliau mencadangkan kaedah ini digunakan untuk mengajar membaca terutama
kepada kanak-kanak yang sudah boleh bercakap Bahasa Melayu . Kaedah yang dicadangkan
ini menegaskan guru boleh terus mengajar murid-murid membaca dengan memperkenalkan
beberapa bunyi huruf vokal dan konsonan, menggabungkannya menjadi sukukata dan
kemudiannya terus membentuk perkataan,supaya murid boleh membaca perkataan-perkataan
dan frasa yang bermakna. Sebagai permulaan, guru boleh memperkenalkan bunyi beberapa
vokal yang mudah seperti a, i, u. Kemudian memperkenalkan bunyi huruf konsonan seperti k,
seterusnya menggabungkan bunyi konsonan k dengan bunyi vokal menjadi sukukata ka, ki,
ku dan mencantumkan sukukata-sukukata itu menjadi perkataan yang bermakna seperti kuku,
kaki dan frasa seperti kuku kaki Aki.
Menurut Zulkifley (1990), terdapat dua paradigma utama dalam disiplin linguistik , mentalis
dan behavioris. Kewujudan dua paradigma ini telah memberi implikasi besar kepada pelbagai
bidang linguistik termasuk pengajaran membaca. Pendekatan pengajaran membaca bagi
golongan behavioris adalah berasaskan prinsip pembelajaran sintesis atau membina.
Pendekatan ini berpegang kepada konsep bahawa pembelajaran mesti bermula daripada
unsur-unsur bahasa yang kecil kepada unsur-unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran
bacaan permulaan, murid-murid akan diperkenalkan dengan bentuk-bentuk abjad atau
11
sukukata terlebih dahulu sebelum diajar membaca perkataan-perkataan yang tidak bermakna.
Menurut Zulkifley lagi antara kaedah-kaedah pengajaran yang berpegang kepada pendekatan
ini antaranya ialah Kaedah Abjad dan Kaedah Sukukata.
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Chall (1987) beliau telah membuat kajian
membandingkan antara kaedah fonik dan kaedah pandang sebut, ia memperlihatkan bahawa
pendekatan fonik pada peringkat awal telah menghasilkan kefahaman dan kadar kecepatan
yang tinggi pada peringkat permulaan gred 1 berbanding dengan kaedah pandang sebut,
tetapi mereka ini mencapai kefahaman bacaan yang lebih baik pada penghujung gred 2.
Hipotesis yang dibuat olehnya, jika diberikan masa secukupnya, pendekatan fonik lebih
menguntungkan bukan sahaja untuk mengenal perkataan tetapi juga untuk memberi
kefahaman kepada murid.
Dolores Durkin (1982) mengkaji cara menyampaikan pengajaran bacaan berdasarkan Kaedah
Fonik dan teori linguistik berjodol Phonics and the Teaching of Reading. Hasil kajian
mendapati langkah-langkah lebih praktikal mengajar bacaan berdasarkan Kaedah Fonik. Ia
juga menekankan kepada latih tubi bunyi suku kata yang terdiri daripada perkataan. Di
samping perhatian murid ditumpukan kepada hubungan huruf – bunyi.
Gray (1989) dan Venezky (1986) dalam kajian mereka menyatakan, beberapa kaedah
pengajaran membaca pada peringkat permulaan yang boleh digunakan untuk mengajar
membaca Bahasa Melayu kepada kanak-kanak berumur di antara 4 hingga 7 tahun antaranya
ialah kaedah abjad dan kaedah gabungan bunyi sukukata.
Kajian oleh Gates (1928) dan Steinberg pada tahun (1978) (dalam Steinberg, 1982:197) jelas
menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat membaca dengan lebih cepat jika pengajaran
dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna berbanding dengan pengajaran yang bermula
dengan unsur-unsur yang tidak bermakna.
12
Soderbergh (1971) dan Weeks (1981) (dalam Steinberg, 1982:199) mendapati bahawa nilai
bunyi bagi setiap huruf dapat dipelajari tanpa diajar tetapi cuma melalui pembelajaran
perkataan-perkataan utuh sahaja. Huruf-huruf abjad tidak perlu diperkenalkan satu persatu
menurut urutan yang tetap tetapi dipelajari serentak dengan pengenalan bentuk-bentuk
perkataan yang utuh.
Bukti yang paling kukuh datangnya daripada kajian yang dilakukan oleh Steinberg dan
Yamada (dalam Steinberg, 1982:197). Dalam kajian ini Steinberg dan Yamada
membandingkan kecepatan pembelajaran mengenali lambang terlebih dahulu dikalangan
kanak-kanak Jepun. Mereka cuba mengenal pasti yang mana lebih cepat dipelajari, tulisan
kana (bermakna) atau tulisan kanji (tidak bermakna). Hasil daripada kajian mereka
menunjukkan kanak-kanak yang belajar membaca dengan menggunakan tulisan kana dapat
membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang belajar membaca dengan
menggunakan tulisan kanji. Kajian ini telah membuktikan bahawa pengajaran yang bermula
dengan unsur-unsur yang bermakna (huruf dan sukukata) adalah lebih efektif berbanding
dengan pengajaran yang bermula dengan unsur yang tidak bermakna.
Haslina (2004), dalam kajiannya telah meninjau beberapa aspek kelemahan murid pemulihan
seperti ingatan murid terhadap huruf abjad, ingatan murid terhadap bunyi vokal dan ingatan
murid terhadap bunyi sukukata.
Menerusi program yang dijalankan itu, jelas dapat membantu murid-murid pemulihan
menguasai kemahiran membaca petikan mudah sukukata KVKVK sebanyak 66% dalam
tempoh 3 bulan P& P dijalankan. Murid yang bersikap pasif telah berusaha memperbaiki diri
kearah memiliki konsep kendiri yang positif.Dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang
relevan dengan perkembangan semasa seperti penggunaan ICT di samping penggunaan
13
bahan-bahan maujud telah berjaya merubah sikap pelajar-pelajar pemulihan kearah bersikap
inovatif dan kreatif.
2.3 Ringkasan
Daripada tinjauan literatur telah dibuat, keberkesanan kaedah membaca secara abjad dan
sukukata memang baik. Didapati bahawa kajian yang dilakukan oleh pengkaji ada sedikit
persamaan dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji sebelumnya. Dengan ini
diharapkan tinjauan hasil kajian yang lepas akan membantu pengkaji melaksanakan kajian di
sekolah nanti.
14
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan.
Bab ini akan membincangkan beberapa strategi,kaedah dan langkah-langkah yang diambil
sewaktu melaksanakan kajian seperti rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian,
pemilihan lokasi, prosedur analisis data serta pengumpulan dan pemprosesan data.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini adalah satu kajian tindakan berasaskan sekolah yang menggunakan pengujian
kertas dan pensel dan senarai semak. Dalam rekabentuk ini subjek kajian ini diberi ujian pra
sebelum rawatan dan ujian pos selepas rawatan.Untuk mendapatkan maklum balas
keberrkesanan terhadap pendekatan yang digunakan satu set soal selidik mudah diberikan
untuk dijawab oleh subjek kajian. Rekabentuk dan prosedur kajian dijelaskan melalui rajah
berikut:
15
Rekabentuk kaji
Rajah: 1
Rajah menunjukkan rekabentuk kajian eksprimen Tak Berkumpulan Kawalan-ujian pra-ujian
pos-satu kumpulan
16
Rekabentuk kajian
Kumpulan yang dipilih
( 1kumpulan subjek kajian)
Ujian Pra
Rawatan
(pendekatan secara terus)
Ujian pos
Soal selidik
3.2 Populasi dan Sample Kajian
Murid yang difokuskan ialah murid –murid down sindrom di kelas Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sebuah sekolah di Seberang Perai. Responden kajian
dengan bilangan seramai 6 orang. Murid yang dipilih secara rawak adalah murid yang tidak
boleh menguasai kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan
konsonan dan vokal sahaja.
3.3 Instrumen
Pengutipan data kajian memerlukan instrumen kajian yang sesuai untuk menjawab
persoalan kajian. Bagi tujuan perlaksanaan kajian ini, pengkaji menggunakan borang
maklumat murid, borang soal selidik , ujian pra dan ujian pos.
3.3.1 Borang Maklumat Diri Murid
Pengkaji membina soalan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar
belakang murid seperti jantina, pencapaian akademik, tahap kebolehan murid dari
aspek bacaan.Soal selidik ini mengandungi 10 soalan.
3.3.2 Soal selidik
Satu set soal selidik yang mudah diberikan kepada subjek kajian untuk mendapatkan
maklumat tentang amalan pembacaan murid dirumah.Item soal selidik juga dibina
untuk menilai sejauhmana penerimaan murid terhadap pendekatan pengajaran kaedah
abjad dan sukukata. Item soal selidik juga dibina untuk mendapatkan maklumat
tentang kemungkinan faktor lain dirumah(seperti kelas tuisyen) mempengaruhi
penguasaan bacaan murid atau tidak.
17
3.3.3 Ujian pra dan ujian pos
Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan kepada sampel kajian. Selepas kajian
dijalankan untuk suatu tempoh masa yang ditetapkan maka ujian pos pula menyusul
untuk mengenalpasti sejauh mana kaijian yang dijalankan menepati objektif dan
sasaran.
Ujian pra dan Ujian pos terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian A (20%)
Bahagian ini mengandungi 5 soalan berhubung dengan kemahiran mengenal huruf
vokal berpandukan gambar.
Bahagian B (40%)
Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Murid diminta memadan sukukata dan menulis
perkataan yang bermakna.
Bahagian C (40%)
Bahagian ini merupakan ujian bacaan keatas 10 perkataan yang mengabungkan huruf
vokal dengan konsonan K danM.
3.4 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan sebelum kajian sebenar bertujuan untuk menguji kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen. Menurut Mohd. Najib (2003), kajian rintis ialah satu aktiviti
yang penting bagi setiap kajian tinjauan. Selain daripada menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik mengenal
sampel dan kesesuian kaedah analisis.
18
Kajian rintis bertujuan untuk:
1. Mengetahui sejauh mana kesesuaian sesuatu penggunaan instrumen kepada
responden kajian. Ianya merujuk kepada penggunaan istilah, struktur ayat dan
penyusunan serta gubahan pada soalan soal selidik yang diedarkan responden.
2. Memastikan responden memahami setiap pernyataan dan soalan kajian yang
digunakan di dalam soal selidik yang diedarkan.
Dalam kajian ini, pengkaji tidak melaksanakan kajian rintis kerana pengkaji telah
menggunakan instrumen soal selidik dan ujian yang dijalankan oleh kelas PKBP disekolah
yang dikaji. Pengkaji telah melakukan sedikit pengubahsuaian mengikut latar belakang
responden.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Setelah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, pengkaji akan bertemu dengan guru besar sekolah yang
dipilih untuk kebenaran menjalankan kajian. Pengkaji akan bertemu dengan guru
pendidikan khas bagi membincangkan masa untuk menjalankan kajian. Pengkaji juga
telah menetapkan beberapa langkah yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan
penyelidikan kajian ini. Disini dinyatakan langkah-langkah yang perlu dijalankan iaitu:
1. Pengkaji membuat penetapan tentang tempat penyelidikan yang hendak dijalankan dan
mengenal pasti populasi dan sampel kajian.
2. Mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah untuk melaksanakan kajian tersebut
disekolah yang dipilih.
3. Mengedar dan seterusnya menjalankan kaji selidik serta ujian pra dan pos kepada
responden-responden yang terlibat.
19
4. Data yang diperolehi dari kaji selidik dan ujian akan dianalisis berdasarkan item yang
terdapat di dalamnya.
5. Pengkaji membuat penulisan laporan mengenai kajian yang dijalankan dengan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
3.6 Cara Penganalisa Data
Data-data yang telah diperolehi akan dianalisis. Pengkaji menggunakan kaedah statistik
diskriptif yang menggunakan peratusan untuk menentukan beberapa perkara seperti:
1. Tahap penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid dowm sindrom.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan asas membaca secara
kaedah abjad dan sukukata.
3. Masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam usaha untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis.
4. Skop kelemahan murid-murid dalam kemahiran membaca.
3.7 Ringkasan
Bab ini telah menghuraikan tentang metodologi termasukalah rekabentuk kajian, populasi
dan sampel, prosedur atau perjalanan kajian, bagaimana data dikutip, instrumen dan
tatacara penganalisa data. Diharapkan data-data yang diperolehi akan dapat membantu
pengkaji meninjau sejauh mana murid-murid bermasalah pembelajaran khususnya murid
down sindrom dapat menguasai kemahiran membaca melalui pendekatan pengajaran
secara kaedah abjad dan sukukata.
20
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan
Bab ini akan menjelaskan tentang profail responden kajian dan juga huraian daripada
data-data yang terkumpul melalui soal selidik, ujian pra dan juga ujian pos. Maklumat
daripada data-data ini akan dianalisis berdasarkan perkara-perkara yang berikut.
4.1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca di kalangan
murid-murid down sindrom.
a.Latar belakang responden
1. Tempat tinggal murid
2. Kedudukan dalam keluarga
3. Bilangan adik-beradik
4. Penjaga murid
21
b.Latar belakang ibubapa/penjaga
1. Taraf pendidikan
2. Pekerjaan
3. Jumlah pendapatan keluarga
4. Umur
5. Kekerapan membeli bahan bacaan
4.1.2 Tahap penguasaan kemahiran asas murid dari aspek kemahiran membaca.
4.1.3 Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid.
4.2 PROFIL RESPONDEN
Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah Kebangsaan Hashim Awang di Kepala
Batas, Seberang Perai. Ia melibatkan 6 orang murid down sindrom bermasalah
pembelajaran yang berusia diantara 10 tahun dan 12 tahun. Murid-murid ini terdiri
daripada 3 orang murid perempuan dan 3 orang murid lelaki.
Kategori Lelaki Perempuan
Down Sindrom 4 2
Jadual 4.1: Kategori profail responden
22
4.3 Laporan Dapatan Kajian
Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian kemahiran membaca di kalangan
murid-murid down Sindrom.
4.3.1 Latar Belakang Responden
Bilangan Adik Beradik Kekerapan
(f)
Peratus
%
1 hingga 2 orang - -
3 hingga 4 orang 2 33,3
5 hingga 6 orang 3 50
Melebihi 7 orang 1 16.7
Jadual 4.2: Bilangan adik-beradik
Jadual diatas menunjukkan bilangan adik beradik responden keluarga. Didapati
33.3% respondon mempunyai bilangan adik beradik seramai 3 hingga 4 orang.
16.7% menunjukkan responden mempunyai adik beradik melebihi dari 7
orang.Manakala 3orang iaiatu 50% mempunyai 5 hingga 6 adik-beradik.
23
Penjaga Responden Kekerapan Peratus %
Ibubapa 4 66.6
Datuk/Nenek 1 16.6
Ibu/Bapa saudara 1 16.6
Lain-lain - -
Jadual 4.3 : Penjaga Responden
Jadual 4.3 menunjukkan taburan dan peratus penjaga responden. Hasil kajian mendapati 4
orang murid tinggal dengan ibubapa. Manakala 16.6% pula tingggal dengan datuk/nenek
atau ibu/bapa saudara.
24
Tempat Tinggal Kekerapan Peratus %
Kampung 5 83.3
Bandar - -
Pekan 1 16.6
Jadual 4.4 : Tempat tinggal Responden
Jadual 4.4 menunjukkan tempat tinggal responden. Daripada data didapati 5 responden
dengan 83.3% tinggal di kawasan kampung. Seorang responden dengan peratus 16.6% tinggal
di kawasan pekan.
25
4.3.2 Latar belakang Keluarga
Umur Ibu Peratus
%
Bapa Peratus
%
Datuk/
Nenek/
Penjaga
Peratus
%
20 - 30 tahun 2 33.3 2 33.3 - -
31 – 40 tahun 1 16.6 1 16.6 - -
41 – 50 tahun 3 50 1 16.6 - -
Lebih daripada 50 tahun - - 2 33.3 1 16.6
Jadual 4.5 : Umur Ibubapa/Penjaga
Jadual 4.5 jelas menunjukkan umur ibubapa responden. Didapati 33.3 % atau 2 orang ibu
responden berumur dari 20 - 30 tahun. Seorang ibu responden atau 16.6% berusia dalam
lingkungan 31- 40 tahun. Data juga menunjukkan seorang responden tinggal bersama
datuk/nenek yang berusia sudah lebih daripada 50 tahun.Dua orang bapa responden berusia
dalam lingkungan 20 – 30 tahun. Baki 33.3% lagi bapa responden berusia lebih daripada 50
tahun. Seorang bapa responden berusia dalam lingkungan 31 – 40 tahun dan 16,6% bapa
responden berusia dalam lingkungan 41 – 50 tahun.
26
Taraf pendidikan Bapa Peratus Ibu Peratus Datuk/
nenek/
Penjaga
Peratus
Tidak bersekolah 1 16.6 - 16.6 1 -
Sekolah Rendah 3 50 3 75 - -
Sekolah menengah 2 33.3 3
Institut Pengajian
Tinggi
- - - - - -
Lain-lain - - - - - -
Jadual 4.6: Taraf Pendidikan Ibubapa/Penjaga
Jadual 4.6 menunjukkan taraf pendidikan ibubapa/penjaga. Daripada data didapati 3 orang
bapa responden hanya menerima pendidikan rendah atau 50% manakala 2 orang bapa
responden menerima pendidikan diperingkat menengah. Manakala seorang saja waris
responden tidak pernah bersekolah. Di dapati 3 orang ibu responden menerima pendidikan di
peringkat sekolah rendah iaitu kira-kira 50% dan 3 orang ibu responden menerima
pendidikan sehingga sekolah menengah. Seorang datuk responden tidak pernah menjejakkan
kaki dibangku sekolah.
27
Jadual 4.7 : pekerjaan Ibu/bapa/Penjaga
Pekerjaan Bapa Peratus Ibu Peratus Datuk/Nenek
Penjaga
Peratus
Kakitangan
kerajaan
1 16.6 - - - -
Kakitangan
swasta
2 33.3 3 50 - -
Bekerja
sendiri
2 33.3 1 16.6 1 16,6
Tidak
bekerja
1 16.6 2 33,3 - -
Jadual 4.7 menunjukkan pekerjaan ibubapa responden.Data menunjukkan seorang bapa
responden bekerja sebagai kakitangan kerajaan iaitu 16.6%. 2 orang bapa responden juga
bertugas sebagai kaki tangan swasta. Seterusnya 2 orang bapa responden bekerja sendiri iaitu
kira-kira 33.3%. Seorang bapa responden tidak bekerja.Data juga menunjukkan 3 orang ibu
responden bekerja sebagai kakitangan swasta iaitu kira-kira 50%. Seorang ibu responden
bekerja sendiri. Manakala dua orang ibu responden tidak bekerja iaitu kira-kira 33.3%..
Seterusnya datuk/ nenek seorang responden bekerja sendiri iaitu kira-kira 16.6%.
28
Jadual 4.8: Membeli Bahan Bacaan di Rumah
Membeli Bahan Bacaan kekerapan Peratus
Sangat kerap - -
Kerap - -
Sederhana kerap 1 16.6
Sekali-sekala 2 33.3
Tidak pernah 3 50
Jadual 4.8: Membeli Bahan Bacaan Di Rumah.
Jadual 4.8 menunjukkan kekerapan ibubapa membeli bahan bacaan . Didapati seorang
ibubapa responden membeli bahan bacaaan dirumah dalam kadar sederhana kerap iaitu
16.6%. Manakala 3 orang ibubapa responden iaitu 50% tidak pernah membeli bahan bacaan
untuk anak-anak mereka di rumah. Data juga menunjukkan 2 orang ibubapa responden iaitu
33.3% sekali sekala membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka.
29
4.3.3 Tahap penguasaan kemahiran asas murid dari aspek kemahiran membaca
Jadual 4.9: Tahap Penguasaan kemahiran Asas membaca ujian pra
Perkara yang
dinilai
Mengenal dan
membunyikan
huruf vokal
Mengenal dan
membunyikan
sukukata
(konsonan k)
Mengenal dan
membunyikan
sukukata
(konsonan m)
Menyusun dan
menulis
sukukata
Bilangan 4 3 2 1
Peratus
% 66.6 50 33.3 16.6
Jadual 4.10: Tahap PenguasaanKemahiran Asas Membaca Ujian pos
Perkara yang
dinilai
Mengenal dan
membunyikan
huruf vokal
Mengenal dan
membunyikan
sukukata
(Konsonan k)
Mengenal dan
membunyikan
sukukata
(konsonan m)
Menyusun dan
menulis
sukukata
Bilangan 6 6 6 4
Peratus
% 100 100 100 66.6
Dapatan daripada analisis yang dijalankan , didapati bilangan peratus penguasaan membaca
selepas ujian pos mencapai sehingga 100% dengan bilangan 6 orang murid dalam dua
kemahiran yang dinilai. Mereka telah dapat mengenal dan huruf vokal dengan baik serta
dapat mengenal dan membunyikan sukukata konsonan k dan m dengan baik. Dalam kaedah
30
abjad dan sukukata mendapat 100% dari segi mengenal dan membunyikan huruf. murid telah
menguasai aspek mengenal dan membunyikan sukukata . Sementara itu, dari aspek menyusun
dan menulis sukukata pula, kaedah eksprimen menunjukkan peratus sebanyak dengan
seorang murid telah menguasai kemahiran ini.
4.3.3 Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid.
Bil Jenis
1. Kad gambar
2. Kad huruf
3. Kad sukukata
4. ICT (Power point)
Jadual 4.11: Bahan bantu mengajar
Berdasarkan jadual 4.11 guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai .Dengan menggunakan kaedah yang
pelbagai akan dapat membantu murid dapat menguasai abjad vokal dan konsonan dengan baik
dan sempurna
4.4 Ringkasan
Daripada data dan analisis yang dijalankan dapat dinyatan bahawa kaedah abjad dan sukukata
akan dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam bacaan Bahasa Melayu.
31
BAB 5
RUMUSAN,PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 PENDAHULUAN
Bab ini mengandungi empat bahagian yang berhubung dengan rumusan hasil kajian,
perbincangan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Pengkaji
telah mengumpul data dan maklumat serta menumpukan terhadap kajian yang dilakukan
berdasarkan konsep kajian bacaan secara abjad dan sukukata. Dengan menggunakan kaedah
ini, pengkaji telah dapat melihat keberkesanan kaedah pembelajaran ini di mana ia telah
memberi satu kesan yang besar terhadap prestasi akademik dan sikap murid tersebut. Dalam
kajian ini, ia telah berjaya membuktikan bahawa pembelajaran kaedah abjad dan sukukata
dapat meningkatkan prestasi dan juga minat murid-murid.
32
5.1 RUMUSAN HASIL KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa perkara untuk
meningkatkan lagi kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran.
Ia juga bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi
kelemahan membaca dikalangan murid-murid tersebut.
a.Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan asas membaca?.
b.Apakah faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran asas membaca di kalangan
murid-murid melalui kaedah abjad dan sukukata?
c. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai untuk murid down sindrom?
Kajian ini telah dijalankan secara membuat tinjaun kepada guru dan juga murid itu sendiri.
Kajian ini dijalankan kepada 6 orang murid bermasalah pembelajaran dengan kerjasama guru
pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak ini. Maklumat daripada hasil kajian didapati
daripada responden, guru , temubual, soal selidik serta melalui ujian pra dan ujian pos. Data
yang diperolehi diproses secara deskriptif dengan menggunakan kaedah peratusan.
Dapatan daripada hasil kajian mendapati terdapat beberapa sebab yang mempengaruhi tahap
pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid-murid bermasalah ini. Faktor individu dan
juga keluarga merupakan faktor utama kearah masalah ini. Diantara faktor-faktor individu
ialah bilangan adik beradik, kedudukan dalam keluarga, penjaga murid dan kedudukan tempat
tinggal murid.
Hasil kajian mendapati anak-anak yang mempunyai adik-beradik yang ramai selalu
menghadapi masalah di dalam pembelajaran , kerana kurangnya tumpuan ibubapa kepadanya.
Dia kurang mendapat bimbingan belajar yang sempurna. Ibubapa akan lebih memberi
tumpuan kepada anak pertama , kedua dan ketiga sahaja.
Dari kajian ini juga mendapati bagi anak-anak yang tinggal bersama nenek , juga mengalami
masalah dalam membaca. Tiada langsung perhatian dari ibu bapa menyebabkan prestasi
mereka semakin menurun dan lemah.
33
Seterusnya dapatan kajian juga mendapati faktor keluarga seperti umur, taraf pendidikan,
jenis pekerjaan, jumlah pendapatan ibubapa/penjaga .Bagi ibubapa yang tua kurang memberi
tumpuan kepada anak-anak untuk membaca dengan baik.
Selain dari itu, taraf pendidikan ibubapa yang rendah juga menyumbang kearah pemasalahan
ini. Kebanyakan ibubapa yang bekerja tidak mempunyai banyak masa ’untuk bersama anak-
anak. Disamping itu dengan jumlah pendapatan yang kecil mereka tidak mampu untuk men
yediakan bahan bacaan yang sempurna kepada anak-anak dirumah.Anak-anak Cuma
mengharap kepada buku-buku di sekolah atau dipinjam dari perpustakaan.
Daripada hasil kajian, jelas menunjukkan murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran
utama dalam kemahiran membaca seperti kemahiran mengenal dan membunyikan sukukata ,
huruf vokal ,membunyikan sukukata dan kemahiran menyusun dan menulis sukukata atau
perkataan yang bermakna.
Seterusnya kajian juga mendapati penggunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dapat
menarik minat murid-murid terutama sekali kanak-kanak down sindrom semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan ICT misalnya telah dapat merangsang
murid-murid untuk lebih memahami kaedah abjad dan sukukata dengan lebih baik.
5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Perbincangan kajian ini dibuat adalah berasaskan objektif iaitu mengenal pasti faktor-faktor
yang mempengaruhi tahap pencapaian kemahiran membaca di kalangan murid-murid down
sindrom. Antara penyebab utama berlakunya permasalahan ini ialah faktor individu sendiri,
dan juga keluarga .
5.2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan asas membaca
dikalangan murid-murid down sindrom.
Kajian ini mendapati terdapat beberapa faktor yang memberi kesan kepada tahap
penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid bemasalah
pembelajaran down sindrom ini. Selain dari itu masalah kesihatan juga
dikenalpasti merupakan punca kepada permasalahan ini.
34
Dapatan daripada kajian ini menyokong pendapat Gulliford (1996), yang
mengatakan gamgguan organik (faktor kesihatan) adalah satu faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran. Kajian ini juga turut bersetuju
dengan kajian yang dijalankan oleh aorlando da Lynch yang menyebut bahawa
persekitaran juga menyumbang kerah masalah pembelajaran.
5.2.2 Tahap penguasaan kemahiran asas membaca melalui kaedah abjad dan sukukata.
Kajian ini mendapati teknik bacaan secara abjad dan sukukata lebih memberi
kesan positif kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid menun
jukkan pencapaian sehingga 100% dari aspek mengenal huruf vokal dan
membunyikan huruf vokal dan konsonan. Begitu juga berlaku peningkatan dari
aspek mengenal dan membunyikan sukukata .
Dapatan kajian ini menyokong pendapat Prof,.Isahak Harun, yang mendapati
Bahawa kebolehan murid-murid mengenal huruf vokal dan konsonan,
membunyikan sukukata dan seterusnya membaca perkataan yang bermakna akan
membantu murid dapat membaca dengan lebih cepat.Oleh yang demikian teknik
membaca secara abjad dan sukukata amat sesuai dilaksanakan kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran.
5.2.3 Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid.
Kajian ini mendapati jika guru menggunakan bahan bantu mengajar pada setiap
kali sesi pengajarran, kefahaman murid semakin bertambah.Dengan ini akan
mempecepatkan lagi penguasaan murid dalam aspek membaca.Kad-kad bacaan
yang berwarna warni, dengan gambar dan huruf yang besar akan dapat
merangsang minda murid dalam menguasai pelajaran.Begitu juga dengan
penggunaan ICT akan memberikan satu impak yang lebih berkesan, kerana alat-
alat dan bahan ini dapat dipelbagaikan dengan bermacam cara yang menarik.
35
5.3 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Menerusi kajian ini juga didapati terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi murid- murid
bermasalah di dalam menguasai kemahiran membaca .Antaranya ialah faktor keluarga,
persekitaran dan juga genetik. Faktor keluarga seperti sikap ibubapa, umur, taraf pendidikan
pekerjaan telah menyebabkan berlakunya masalah membaca di kalangan murid-murid.
Seterusnya dari hasil kajian juga mendapati pengaruh persekitaran samada di sekolah maupun
rumah turut mempengaruhi tahap kemajuan murid. Dirumah penyediaan bahan bacaan yang
menarik dapat menarik minat murid untuk membaca. Begitu juga dengan kawasan bilik darjah
sekolah sentiasa ceria.
Demikian juga jika dilihat faktor genetik. Baka yang sihat akan melahirkan zuriat yang
cergas dan cerdas. Ibubapa yang sihat dari segi fizikal, mental dan emosi akan melahirkan
anak yang sempurna dan cerdas. Jika ibubapa bermasalah maka anak juga turut sama
menerima akibatnya secara tidak langsung.Oleh yang demikian boleh dikatakan bahawa
masalah kesihatan juga menyumbang kearah permasalahan pembelajaran kepada kanak-
kanak.
Peranan guru juga amat penting dalam murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca
dengan baik.Pelbagai kaedah penyampaian guru didapati berjaya menarik minat murid untuk
terus menguasi kemahiran membaca dengan baik.
Selain dari itu, kajian ini juga mendapati kaedah pengajaran dan pembelajaran secara abjad
dan sukukata berjaya mengatasi masalah membaca di kalangan murid-murid down sindrom.
Melalui kaedah ini murid berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di kalangan
murid-murid bermasalah pembelajaran ini dalam tempoh yang singkat. Ini kerana kaedah
tradisi menghafal dan mengenal kesemua huruf abjad dahulu sebelum boleh membaca,
membuang masa dan menyekat minat murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca.
36
Dapatan-dapatan daripada kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat beberapa masalah
yang menggangu murid-murid bermasalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran
membaca.Dengan ini dicadangkan beberapa isu yang boleh dilaksanakan dalam mengatasi
masalah ini.
1. Peranan murid bermasalah pembelajaran (Down Sindrom)
Murid dapat dapat membina konsep yakin dengan diri sendiri dan selalu membaca
Bahasa Melayu.
2. Peranan ibubapa /Penjaga
Ibubapa perlu sentiasa memberi bimbingan kepada murid mengikut kemampuan
mereka. Selalu memberi sokongan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak
sekolah.
3. Peranan guru
Guru perlu bijak mempelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Memastikan
murid menguasai sepenuhnya kemahiran membaca.
4. Peranan Pentadbir
Dapat menyediakan satu prasarna dan kelengkapan yang sesuai. Merancang aktiviti
atau program yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
5. Peranan Masyarakat
Masyarakat perlu mengubah tanggapan terhadap murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran. Memberi peluang kepada murid-murid ini menunjukkan
kebolehan dan kemampuan mereka.
6. Peranan kerajaan
37
Dapat memberi peluang kepada guru , pentadbir dan murid menambah pengetahuan
dan kemahiran.Memberi perkhidmatan nasihat dan kaunseling.Memberi ganjaran atau
intensif kepada guru yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran.
5.4 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Hasil dapatan data-data dan juga maklumat mungkin kurang tepat apabila kajian dijalankan
kerana kekangan masa dan perkara-perkara yang lain.Adalah perlu jika kajian lanjutan dapat
dijalankan bagi mendapatkan satu hasil yang lebih baik dan meyeluruh. Biasanya, kajian yang
dapat dilaksanakan secara berterusan dan meliputi pelbagai perkara akan dapat memberikan
input yang bernas dan lebih telus.
Di dapati bahawa kajian mengenai masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan
murid-murid bermasalah pembelajaran (down sindrom) masih kurang dijalankan. Justeru itu,
beberapa kajian lanjutan dicadangkan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang
ini. Antaranya termasuklah:
1. Konsep kendiri atau sikap murid-murid bermasalah pembelajaran (down sindrom)
yang dihadapi.
2. Pandangan, perhatian dan tanggungjawab ibubapa atau penjaga dalam usaha
membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dalam menguasai kemahiran
membaca.
3. Sumbangan dan peranan masyarakat terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
4. Meningkatkan jumlah sample sekolah bagi mendapatkan kesahan yang tinggi.
5.7 PENUTUP
Murid-murid bermasalah pembelajaran (down sindrom) juga perlu diberi peluang dan ruang
untuk mereka menimba ilmu pengetahuan. Ini kerana mereka juga merupakan modal insan
yang perlu diterokai dari segi potensi dan bakat yang ada pada mereka. Justeru itu sokongan
daripada semua pihak amat diperlukan agar murid-murid bermasalah pembelajaran ini berjaya
menuju ke arah kecemerlangan.
38
perhubungkaitan diantara kemahiram secara biasa
39
40