Author
nurmaziah-mohd-alias
View
159
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
keberkesanan kaedah
PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH (PIM 3103)| 21
4.0 DAPATAN KAJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN RASM UTHMANI DIAPLIKASI DI SEKOLAH RENDAH
PENGENALAN
Amalan pengajaran Tilawah Al-Quran telah menjadi sesuatu yang sebati dalam sistem pendidikan di Malaysia sejak Islam mula tersebar di Malaysia (Ahmad 1997). Kaedah halaqah di hadapan guru merupakan kaedah pembelajaran terawal yang dijalankan di Malaysia (Abdullah 1995). Proses pendidikan yang menekankan pembelajaran Al-Quran diteruskan walaupun pada zaman penjajah. Ini menunjukkan keprihatinan masyarakat Islam kepada ajaran agama (Mohd Salleh 1992). Berdasarkan kepada Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961, mata pelajaran Agama Islam diajar di semua sekolah yang didaftarkan dan terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid beragama Islam (Abdullah 1995). Maka pengajaran Tilawah Al-Quran tidak terkecuali daripada diajar kepada pelajar sekolah yang termasuk dalam peruntukan 180 minit seminggu. Sejak dahulu, amalan pengajaran al-Quran merupakan suatu yang sebati dalam sistem pendidikan di Malaysia. Guru berperanan membentuk pelajar agar menjiwai al-Quran yang bermula dengan mengajar kemahiran membaca al-Quran. Justeru, guru Pendidikan Islam mestilah mengetahui kaedah yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai tilawah al-Quran dengan berkesan.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang mengkaji tentang persepsi guru Pendidikan Islam, guru J-Qaf dan guru Kafa terhadap keberkesanan kaedah pengajaran rasm uthmani dapat diaplikasikan di sekolah rendah.
Kajian ini dijalankan degan menggunakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji. Keseluruhan item yang ialah 15 item. Item-item ini digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pengajaran rasm uthmani yang digunakan oleh guru semasa sesi pembelajaran bidang tilawah al-Quran.
DAPATAN KAJIAN
Responden kajian terdiri daripada 14 orang guru iaitu 13 orang guru wanita dan 1 orang guru lelaki. Kebanyakan responden terdiri daripada guru j-Qaf.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, dapatan kajian menunjukkan kaedah yang sering digunakan oleh guru Pendidikan Islam ketika mengajar tilawah al-Quran ialah kaedah talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmi.
Menurut salah seorang responden yang ditemu bual, beliau menyatakan kaedah-kaedah tersebut berkaitan antara satu sama lain. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran, guru sering menggunakan kaedah-kaedah tersebut untuk memastikan hasil pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Menurut beliau lagi, kaedah talaqqi musyafahah digunakan semasa memulakan pengajaran. Antara langkah yang dijalankan ialah guru akan membaca ayat dan murid akan dengar dan lihat mulut guru. Kemudian, guru baca dan murid akan ikut.
Kaedah tikrar pula digunakan apabila guru menyuruh murid mengulang-ulang ayat yang dibaca. Murid akan mengulang-ulang ayat sehingga dapat membaca dengan fasih dan betul.
Manakala kaedah tasmi pula digunakan apabila guru ingin membuat pengukuhan bacaan murid-murid. Murid-murid akan diminta secara individu untuk memperdengarkan bacaan ayat di hadapan guru. Guru akan mengelaskan murid-murid kepada tahap penguasaan bacaan ayat setelah mendengar bacaan murid secara individu.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kaedah talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmi merupakan kedah yang berkean digunakan untuk pengajaran tilawah al-Quran atau rasm Uthmani.
Berkenaan dengan kaedah lain iaitu iqra, qiraati, tadarus, imlai, hattawiah dan baghdadi, ia lebih menjurus kepada teknik pengajaran tilawah al-Quran.
Berdasarkan salah seorang responden yang ditemu bual, beliau menyatakan 6 kaedah tersebut digunakan mengikut tahap murid. Antara perbandingan yang jelas dinyatakan oleh beliau ialah kaedah iqra dan baghdadi. Menurut beliau, kaedah iqra sesuai digunakan untuk murid-murid yang celik akal. Mereka terus membunyikan bacaan tanpa mengeja terlebih dahulu. Untuk pelajar yang celik akal, kaedah ini mudah untuk dijalankan. Namun kaedah ini sukar untuk dilaksanakan kepada murid yang lemah. Menurut beliau lagi, kaedah baghdadi adalah lebih berkesan digunakan berbanding kaedah iqra. Murid akan diperkenalkan huruf terlebih dahulu sebelum membunyikan huruf. Hal ini lebih memudahkan murid untuk membaca ayat. Sebahagian murid tidak mengenal huruf hijaiyah apabila kaedah iqra dipraktikkan.
Dapatan kajian menunjukkan kaedah qiraati, tadarrus, dan imlai tidak sesuai digunakan untuk murid sekolah rendah. Manakala kaedah hattawiah hanya sesuai digunakan untuk pelajar yang betul-betul lemah dalam membaca al-Quran. Guru akan menulis semula ayat al-Quran dalam tulisan rumi dan menyuruh murid membacanya.
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilakukan jelas menunjukkan bahawa kaedah yang paling berkesan untuk pengajaran rasm Uthmani ialah talaqqi musyafahah, tikrar dan tasmi. Kaedah-kaedah lain hanya sesuai dilaksanakan untuk murid-murid tertentu sahaja.
5.0 HURAIAN SURAH PILIHANSURAH AL-ADIYAT
PENDAHULUAN
Surah Al-'Adiyatterdiri atas 11 ayat dan tergolong surah makkiyah, surat ini berada dalam urutan 100 dari urutan surat dalam Al-Quran, dan diturunkan setelah surat Al-asr. NamaAl 'Aadiyatdiambil dari kataAl 'Aadiyaatyang ertinya berlari kencang yang terdapat pada ayat pertama surat ini.KANDUNGAN SURAH Surah ini menjelaskan tentang qasam yang dilakukan Allah untuk menegaskan pentingnya perkara yang disebutkan (1-7) Cerita tentang tabiat manusia yang terpedaya oleh dunia dan cinta kepadanya (8) Motivasi manusia untuk sentiasa berbuat baik sehingga dirinya bersedia untuk kembali kepada Allah dan menerima balasan yang baik pula. Bahawa setiap manusia akan dibangkitkan dari kubur dan ketika isi dada mereka ditampakkan (9-11).HUBUNGAN SURAH
Hubungan Surah Al-'Adiyat dengan surah sebelumnya: Bahawa surat ini Allah SWT mencela mereka orang-orang yang telah mencintai kehidupan dunia dan mengabaikan kehidupan akhirat dan tidak mempersiapkan diri mereka untuk kehidupan akhirat itu dengan amal kebajikan sementara surah sebelumnya bercerita tentang balasan atas perbuatan yang baik dan yang buruk. Hubungan Surah Al-'Adiyat dengan surah selepasnya: Bahawa pada surah ini menerangkan tentang kejadian bahawa manusia akan dibangkit dari kuburnya, sementara pada surah Al-Qari'ah menjelaskan tentang hari kiamat yang merupakan aplikasi dari hari berbangkit. Sebagaimana pada akhir surah dijelaskan bahawa segala tingkah laku manusia akan diceritakan oleh Allah dan pada surah selepasnya. Allah memberikan balasan bagi masing-masing perbuatan tersebut.
Al-adiyat Ayat 1 1.Demi [kuda] yang berlari kencang dengan termengah-mengah Al-'Adiyat berasal dari kata kerja' ada yang bererti 'berlari, berderap, lari cepat-cepat atau berlumba cepat'. Dhabhan bererti 'dengusan, suara termengah-mengah kerana berlari terlalu cepat'. Kuda-kuda berlari kencang seolah-olah menyerbu musuh. Hal ini juga berkenaan dengan serbuan kekuatan musuh terhadap kaum muslim atau, jika tidak, serbuan kekuatan iman. Sebahagian orang soleh menganggap ayat ini berkenaan dengan serangan nafs pada saat berada di alam zikir yang tinggi. Ayat pertama ini menjelaskan akan keistimewaan kuda itu dalam penyerbuan mengejar musuh yang hebat dahsyat itu kelihatan bagaimana pentingnya kenderaan atau angkatan berkuda (cavalerie).
Kuda-kuda itu dipacu dengan penuh semangat oleh yang menunggangnya, sehingga dia berlari kencang sampai mendua, ertinya sudah sama derap kedua kaki muka dan kedua-dua kaki belakang, bukan lagi menderap. Sehingga berpadulah semangat yang menunggangnya dengan semangat kuda itu sendiri; kedengaran dari sangat kencang dan jauh larinya, nafasnya jadi termengah, namun dia tidak menyatakan susah, bahkan masih mahu dihalau lagi.
Pada ayat pertama ini juga mengandungi al-qasam (sumpah) Allah pada salah satu makhluknya iaitu seekor kuda.
Di dalam Al-Quran ada kata yang mengandungi erti sumpah yang disebut Qasam.
Qasam (sumpah) dalam perkataan termasuk salah satu cara memperkuatkan ungkapan kalimat yang diiringi dengan bukti nyata, sehingga lawan boleh mengakui apa yang semula diingkarinya.
Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk memantapkan dan mengukuhkan kebenaran sesuatu di dalam jiwa.
Qasam digunakan dalam kalamullah untuk menghilangkan keraguan, melenyapkan salah faham, membina hujah, menguatkan khabar dan menetapkan undang-undang dengan cara yang paling sempurna.
Qasam dalam Al-Quran
Aqsam adalah bentuk jamak dari qasam yang bererti al-hilf dan al-yamin, yakni sumpah. Shighat asli qasam ialah fi'il atau kata kerja "aqsama" atau "ahlafa" yang di muta'addi (transitif) kan dengan "ba" menjadi muqsam bih (sesuatu yang digunakan untuk bersumpah) kemudian muqsam alaih, yang dinamakan dengan jawab Qasam. Misalnya firman Allah dalam:
"Mereka bersumpah dengan nama Allah, dengan sumpah yang sungguh-sungguh, bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati" (An-Nahl: 38)
Ada tiga unsur dalam shighat qasam (sumpah) fi'il yang ditransitifkan dengan "ba" muqsam bih dan muqsam alaih. Oleh kerana qasam itu sering digunakan dalam perbualan maka ia ringkas, iaitu fi'il qasam dihilangkan dan dicukupkan dengan "ba" kemudian "ba" pun diganti dengan "wawu" pada isim zahir, seperti:
"Demi malam, apabila menutupi (cahaya siang)," (Al-Lail: 1)
Dan diganti dengan "ta" pada lafaz jalalah, misalnya:
"Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhala," (Surah Al-Anbiya ': 57)
Namun qasam dengan "ta" ini jarang digunakan, sedang yang banyak digunakan ialah "wawu".
Qasam dan yamin mempunyai makna yang sama. Qasam didefenisikan sebagai "mengikat jiwa (hati) agar tidak melakukan atau melakukan sesuatu, dengan suatu makna yang dipandang besar, agung, baik secara hakiki mahupun secara I'tiqadi, oleh orang yang bersumpah itu, sumpah dinamakan juga dengan yamin (tangan kanan), kerana orang Arab ketika sedang bersumpah memegang tangan kanan orang yang diajak bersumpah.
Faedah Qasam dalam Al-Quran
Bahasa Arab mempunyai keistimewaan tersendiri berupa kelembutan ungkapan dan beraneka ragam uslubnya sesuai dengan pelbagai tujuannya.
Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk memantapkan dan mengukuhkan kebenaran sesuatu di dalam jiwa. Al-Quran Al-Karim diturunkan untuk seluruh manusia dan manusia mempunyai sikap yang bermacam-macam terhadapnya. Diantaranya ada yang meragukan, ada yang mengingkari dan ada pula yang amat memusuhi, kerana itu dipakailah Qasam dalam kalamullah guna menghilangkan keraguan, melenyapkan salah faham, membina hujah, menguatkan khabar dan menetapkan undang-undang dengan cara yang paling sempurna.
Jenis-Jenis Sumpah
Qasam ada yang nampak jelas, tegas dan adakalanya tidak jelas (tersirat)
1) Zahir, ialah sumpah yang didalamnya disebutkan Fi'il qasam dan muqsam bih dan diantaranya ada yang dihilangkan fi'il qasamnya, sebagaimana pada umumnya, kerana disempurnakan dengan huruf berupa "ba", "wawu" dan "ta".
Dan ada juga yang didahului "la nafy", seperti:
"Tidak sekali-sekali, aku bersumpah dengan hari kiamat. Dan tidak sekali-kali aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (Al-Qiyamah: 1-2)
2) Mudhmar, iaitu yang di dalamnya tidak dijelaskan fi'il qasam dan tidak pula muqsam bih, tetapi ia ditunjukkan oleh "lam taukid" yang masuk kedalam jawab qasam.
Dengan demikian .. Ayat 1 hingga ayat 5 surah al-adiyat Allah bersumpah untuk meyakinkan manusia tentang hakikat kerugian besar yang pasti akan dialami oleh mereka yang ingkar dan tidak bersyukur nikmat Allah.
Allah berhak bersumpah dengan apa sahaja dari salah satu makhluk-Nya, namun manusia tidak boleh bersumpah kecuali dengan nama Allah SWT.
Al-adiyat Ayat 2
2.Dan yang memercikkan bunga apiIni gambaran lain tentang serbuan. Sambaran percikan api boleh jadi merupakan habuk nafs yang kering ketika percikan 'irfan (pengetahuan langsung) menyalakannya.
Hal itu menunjukkan daya, kekuatan dan petunjuk. Kita dapat merasakan dalam ayat ini suatu situasi perjuangan dan pertempuran, pertembungan antara dua kekuatan yang berlawanan, pertembungan antara iman (kepercayaan, keyakinan) dan kufur (penafian realiti).
Al-adiyat Ayat 3
3.Dan yang menyerang tiba-tiba di waktu pagi
Kata shubh, yang bermaksud 'fajar, pagi', di sini bererti membuka wilayah musuh, membuka kegelapan dengan cahaya pagi, membuka kegelapan batin kita dengan cahaya Allah.
Al-adiyat Ayat 4
4. Lalu menerbangkan debu
Para penyerang-yang menimbulkan percikan-percikan-mengaduk-aduk debu yang sudah ada, kerana debu adalah adim (lapisan kerak bumi) yang pertama, yang paling rendah, dan asal kejadian Adam. Penyucian jiwa mirip dengan peluruhan debu dari tubuh, yakni, peralihan tubuh di dunia ini dan di dunia akan datang.
Al-adiyat Ayat 5
5.Lalu kuda-kuda itu menyerbu ke tengah kerumunan musuh Tiba-tiba para penyerang ini mendapati dirinya di tengah-tengah musuh, di tengah kerumunan. Seseorang boleh tiba-tiba berada di tengah wahm (ilusi)-nya sendiri, bisikan hati dan nafs-nya. Ia boleh tiba-tiba mendapati dirinya berada di tengah kerumunan orang-orang yang dianggapnya kufur. Tiba-tiba dunia subyektifnya runtuh tanpa ada peringatan lebih dahulu.
Dinamisme dari apa yang digambarkan dalam ayat-ayat pertama ini merupakan sesuatu yang boleh kita semua saksikan. Gambaran tersebut menggambarkan serangan bersemangat yang mempunyai suatu tujuan, suatu misi, di mana unsur-unsur pokok muncul, yakni percikan api dan debu, kemudian pergerakan ke tengah-tengah, dan pelepasan nafas yang penghabisan, kerana termengah-mengah dan sesak nafas, yang disebabkan oleh semangat. Tiba-tiba kita diberikan suatu pandangan kaleidoskopis (yang berubah-ubah dengan cepat) tentang apa yang dapat kita saksikan dari pelbagai peristiwa luar di dalam hati kita. Panorama dari pelbagai peristiwa dan perbuatan di dunia lahir merupakan cermin dari apa yang berlaku dalam batin.
Lalu tiba-tiba kita sampai pada alam manusia, sifat dasarnya yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat yang boleh kita selidiki, perhatikan, dan renungkan agar kita dapat melampaui apa yang terdekat kepada kita, yakni, di luar kecenderungan-kecenderungan kita yang semula jadi dan rendah.
Allah menggunakan sumpah dengan menyebut binatang kuda, kerana ia memiliki sifat-sifat terpuji berbanding binatang lain, kerana kuda merupakan kemudahan perang terbaik ketika itu, dan bahkan merupakan corong suatu sikap terpuji seperti cekap, cepat dan tangkas. Kerana itu juga merupakan pelajaran bagi orang beriman untuk memperhatikan sisi tarbiyahnya dan melatih diri sentiasa berjihad di jalan Allah, membiasakan diri terhadap urusan yang penting dan mempunyai kesungguhan, inovasi dan ketangkasan dalam berbuat.
Al-adiyat Ayat 6
6.Sesungguhnya manusia tidak bersyukur kepada Tuhannya!
Kecenderungan yang paling lazim pada manusia adalah kunud, yang bermaksud 'tidak ada rasa syukur'. Manusia mengingkari rahmat, kasih sayang, dan nikmat Allah. Itu memang sifatnya kerana dalam dirinya ada benih ketidak-bergantungan yang menggemakan sifat Allah, Yang Sama Sekali Tidak Bergantung. Dalam kesombongannya manusia menganggap dirinya bebas, suatu pemikiran yang sesat mengenai aspek Ilahiah.
Al-adiyat Ayat 7
7.Dan sesungguhnya ia menjadi saksi langsung atas hal itu.
Namun, pada manusia ada sesuatu yang lebih dalam dari rasa tak bersyukur, yakni kesedaran akan kesedaran, dan hal ini menjadikan dia sebagai saksi atas dirinya sendiri dalam situasi tersebut. Manusia sendiri adalah saksi untuk dirinya sendiri ketika dalam keadaan tidak bersyukur. Penyaksian ini tidak boleh berlaku kalau tidak ada sesuatu yang sudah ada dalam dirinya yang bahkan lebih tinggi dari nafs, atau dengan kata lain, kalau nafs yang tinggi tidak menerangi nafs yang rendah. Nafs yang rendah menyangkal, meragukan, bermuka dua, dan berubah warna sesuai dengan keadaan, sedangkan kesedaran yang tinggi menerangi kesedaran yang rendah. Cahaya ilmu pengetahuan sudah ada dalam diri manusia, tapi ia harus membiarkannya memantul dalam mata batinnya, agar ia dapat melihat dengan jelas. Yang dilihat manusia bergantung pada mata yang digunakannya untuk melihat, apakah menggunakan mata nafs yang rendah atau menggunakan mata batinnya yang tinggi. Ayat 6 dan 7 menegaskan bahawa: Sesungguhnya jenis manusia secara umum, dan lebih-lebih yang derhaka, sangat kikir, dan ingkar terhadap Tuhan yang memelihara dan sentiasa berbuat baik kepadanya; dan sesungguhnya manusia itu secara peribadi menjadi saksi atau menyedari dirinya bahawa dia memang demikian, yakni kikir dan derhaka. Dia kikir dan derhaka Al-adiyat Ayat 8 8.Dan sesungguhnya ia sangat teguh dalam kecintaannya terhadap harta. Sifat manusia memang ingin 'terikat' pada hal yang baik-syadid (kukuh, kuat) berasal dari syadda, yang bermaksud 'mengetatkan, mengikat'. Ia mencintai hal yang dianggapnya baik, walaupun yang kelihatan baik bagi dia saat ini mungkin tidak baik baginya kerana cintanya kepada al-Khair (harta) *) meluap-luap dan berlebih-lebihan.
Harta dinamakan khair (baik)-oleh ayat di atas-untuk mengisyaratkan bahawa ia harus diperolehi dengan cara yang baik dan digunakan untuk tujuan kebaikan. Ia juga mengisyaratkan bahawa harta benda adalah sesuatu yang baik; semakin banyak ia semakin baik. Yang menjadikan harta tidak baik adalah kecintaan yang berlebihan terhadapnya yang menghantar seseorang bersifat kikir, atau menggunakannya bukan pada tempatnya. Al-adiyat Ayat 9 9.Apakah ia tidak mengetahui, tatkala apa yang ada dalam kubur dibangkitkan Manusia selalu mencari perlindungan dan kesenangan, dan juga ingin dibiarkan sendiri dengan nilai-nilainya. Ayat ini bertanya kepada kita, 'Apakah manusia tidak menyedari bahawa apa yang tersembunyi dalam hati, apa yang tersembunyi dalam kubur, akhirnya akan keluar?' Akhirnya kita semua akan dikeluarkan dari kubur-kubur kita, dan yang sekarang tersembunyi dalam hati akan didedahkan dalam kehidupan mendatang. Apa pun yang ditanam atau disembunyikan akhirnya akan terungkap. Al-adiyat Ayat 10 10.Dan apa yang ada dalam dada akan ditampakkan.
Hashala bererti 'disamping, jelas'. Apa yang tersembunyi dalam dada akan ditampakkan dan menjadi jelas. Penampakkan ini boleh terjadi sekarang jika kita sungguh-sungguh ingin mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Tujuan kewujudan ini adalah mencapai kesatuan, menyatukan yang ada dalam hati kita dengan perbuatan kita, melalui kejelasan dan kesedaran. Ayat 9 dan 10 meneruskan kecaman surah ini melalui satu soalan, iaitu: "Maka jika demikian itu halnya manusia yang kikir dan durhaka, apakah dia tidak mengetahui apa yang akan dialaminya apabila dibongkar dengan mudah apa yang ada di dalam kubur dan dilahirkan serta dipisahkan apa yang ada di dalam dada dari kebaikan dan keburukan? " Al-adiyat Ayat 11 11.Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itn akan benar-benar mengetahui mereka.
Hari ketika penyatuan atau pembukaan itu berlaku akan menjadi hari polisi Tuhan kita. Ketuhanan adalah hal yang mengiringi kita kepada tauhid, kepada keesaan. Untuk mendapatkan hikmah dari pengalaman kita dalam kehidupan ini kita harus yakin bahawa apa pun yang ditakdirkan juga akan terungkap dan terang dalam pengetahuan sempurna Tuhan kita.
Penutup surah ini menegaskan hakikat yang tidak boleh dilupakan oleh sesiapa pun iaitu: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sikap dan aktiviti seluruh makhluk. Pengetahuan-Nya itu akan jelas kelihatan oleh semua makhluk termasuk mereka yang kikir dan derhaka itu, lebih-lebih pada hari dibongkarnya segala sesuatu di dalam kubur.
Pengajaran yang dapat dipetik
1. Kekikiran adalah sifat buruk yang diakibatkan oleh cinta yang berlebihan terhadap harta.
2. Kesaksian manusia terhadap kekikirannya boleh terjadi di dunia, pada saat dia disentuh oleh kesedaran tentang buruknya kekikiran, kerana kadar tentang keburukan kekikiran adalah fitrah manusia dan bersifat universal. Namun, yang pasti kesaksian tersebut berlaku selepas kematiannya pada saat dia menyedari bahawa harta yang ditinggalkannya tidak berguna baginya lagi dan kedurhakaan telah menghantarnya kepada siksa.
3. Mencintai harta adalah naluri manusia sehingga dibenarkan agama. Yang dikecamnya adalah cinta yang meluap-luap terhadap harta, kerana itu berpotensi menjadikan seseorang lupa daratan sehingga mengabaikan nilai-nilai agama dan budaya.
4. Segala yang dirahsiakan akan tebongkar di Hari Kemudian. Itu diilustrasikan seperti keadaan seorang yang membuka peti ketika mencari sesuatu dengan tergesa-gesa. Keadaan serupa dalam bentuk yang lebih besar dan serius kelak akan berlaku di dalam kubur. Di sana, dibongkar dan dicari segala sesuatu disertai dengan tergesa-gesa membongkar serta kegelisahan siapa yang dibongkar isi hatinya untuk ditemui detik-detik jantungnya serta apa yang terdapat dalam bawah sedarnya.SURAH AL-TAKASUR
1. Bermegah-megahan Telah melalaikan kamu, 2. Sampai kamu masuk ke dalam
kubur. 3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), 4. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. 5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, 6. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, 7. Dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin. 8. Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu) . 1 QS. Al-Takatsur: 1-8Firman Allah swt:
(Bermegah-megahan telah melalaikan kamu)
Ibnu Katsir berkata: Allah swt menegaskan bahawa cinta dunia, kenikmatan yang
ada padanya dan kemegahannya telah menyibukkan kamu dari berusaha menggapai bekal di akhirat. Dunia ini begitu melalaikanmu sehingga maut menjemputmu lalu engkau berada dalam liang kubur dan menjadi penghuninya. 2 Tafsir Ibnu Katsir: 4/44Dari Mutharrif dari bapanya dari Abdullah bin Syikhir ra berkata: Aku mendatangi Nabi saw dan beliau sedang membaca:
Beliau bersabda: Anak Adam berkata: Hartaku, hartaku, maka Allah berkata
kepadanya: Wahai anak Adam apakah engkau mempunyai dari hartamu kecuali apa
yang telah engkau makan lalu habiskan, atau apa yang telah engkau pakai lalu
menjadi rosak dan apa yang telah engkau sedekahkan lalu diberikan balasan
dengannya. Pada sebuah riwayat disebutkan: Dan apa-apa yang selain itu, maka
dia pergi dan meninggalkannya untuk orang lain ". 3 Shahih Muslim: 4/2273 no: 2958
Dan firman Allah yang mengatakan:
(Sampai kamu masuk ke dalam kubur). Ibnu Qoyyim berkata: Dan menjadikan
destinasi terakhir perjalanan hidup manusia adalah melalui alam kubur bukan
kematian, hal ini menunjukkan bahawa manusia tidak tinggal selamanya dan
menetap di dalam kubur. Manusia (di alam kubur) sebagai orang yang datang
menziarahinya, sama orang yang datang melawat sebuah tempat lalu pergi
berganjak darinya, sebagaimana kewujudan mereka di dunia sebagai tetamu,
orang yang tidak menetap di dalamnya. Dan tempat menetap ialah syurga atau
neraka ".4 Tafsir Ibnul Qoyyim: laman: 513
Dan firman Allah swt yang mengatakan:
(3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), 4.
Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.).
Maksudnya adalah janganlah memperbanyak harta tersebut melalaikanmu dari mentaati Allah, dan kamu pasti akan mengetahui akibat kelalaian kamu akibat berlumba-lumba dalam mengumpulkan dunia. Perkataan yang sama diulang-ulang bagi mengukuhkan penegasan. Sebagaimana yang dikatakan oleh para ulama tafsir.
Ibn Qayyim berkata: Dikatakan pengulangan di atas bukanlah sebuah penegasan, akan tetapi pengetahuan yang pertama pada saat seseorang melihat kematian secara nyata ketika maut datang menjemput, sementara pengetahuan yang kedua pada saat seseorang dimasukkan ke dalam kubur. Ini adalah perkataan yang diketengahkan oleh Al-Hasan dan Muqotil, serta diriwayatkan oleh Atho dari Ibnu Abbas. 5 Tafsir Ibnul Qoyyim: laman: 515
Dan firman Allah swt yang mengatakan:
(Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin).
Maksudnya seandainya engkau mengetahui apa yang akan terjadi di hadapan
kalian dengan pengetahuan yang terhunjam di dalam akal dan hati kalian
nescaya tidak mungkin bagi kamu dilalaikan oleh bermegah-megah mengejar
dunia ini. Justeru kamu akan berlumba-lumba dalam beramal soleh, namun
kerana kamu tidak mengetahui dengan pengetahuan yang sebenarnya akhirnya
kamu terjerumus ke dalam keadaan kamu sekarang ini.
Firman Allah swt:
6. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, 7. Dan Sesungguhnya
kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin.
Ini adalah sumpah dari Allah Ta'ala bahawa para hambaNya baik yang beriman
dan yang kafir akan menyaksikan api neraka dengan mata kepala mereka sendiri, kemudian Allah mempertegas realiti tersebut dengan menyatakan berita tersebut benar dan akan terjadi, dan mereka akan melihat neraka dengan sebenarnya sehingga saat itulah mereka benar-benar yakin dengannya dan tidak diragui lagi,akan tetapi Allah akan menyelamatkan orang-orang yang beriman dari kepedihan seksanya dan Allah swt menjadikan orang-orang beriman melihat neraka tersebut agar mereka mengetahui kurnia Allah yang telah menyelamatkan mereka dari azab neraka. Allah swt berfirman:
71. Dan tidak ada seorang pun dari padamu, melainkan mendatangi Neraka itu.
hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. 72. Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. QS. Maryam: 71-72
Kemudian firman Allah yang mengatakan:
Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang
kamu megah-megahkan di dunia itu).
Maksudnya adalah Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat tentang
nikmat-nikmat yang telah dikurniakannya kepada kalian, seperti rasa aman, kesihatan, diberikan pendengaran dan penglihatan serta afiat dan apa yang makan oleh manusia juaga apa yang diminumnya, apakah kalian telah mensyukurinya dan menunaikan hak Allah padanya, dan tidak menjadikan kenikmatan tersebut sebagai saranan untuk bermaksiat kepada Allah atau kamu terpedaya dengan nikmat tersebut dan tidak mensyukurinya sehingga Allah menyeksa kamu dengannya.
Dari Abu Hurairah ra berkata: suatu hari atau suatu malam Rasulullah saw keluar menuju suatu tempat, dan tiba-tiba beliau bertemu dengan Abu Bakr dan Umar, lalu beliau bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu keluar dari rumah kalian pada saat seperti ini. Mereka berdua menjawab: Kami keluar kerana lapar wahai Rasulullah. Maka Rasulullah saw bersabda: Demi yang jiwaku berada di tanganNya sesungguhnya aku keluar dengan sesuatu yang menyebabkan kamu keluar dari rumah kalian berdua, marilah pergi bersamaku. Maka mereka pun bangkit pergi bersama Rasulullah saw lalu mendatangi rumah seorang dari kaum Ansar, namun dia tidak berada di dalam rumahnya, lalu ketika isterinya melihat kedatangan Nabi saw bersama sahabatnya dia berkata: Selamat datang, maka Rasulullah saw berkata kepadanya: Di manakah si fulan?. "Dia pergi mencarikan kita air bersih". Kata sang isteri. Tiba-tiba sahabat dari suku Ansar yang ditunggu-tunggu itu pun datang, lalu dia melihat Rasulullah saw dan kedua-dua sahabat beliau sedang bertamu di rumahnya lalu dia berkata: "Al-Hamdulullah, pada hari ini tidak seorang pun yang mendapatkan tetamu yang lebih mulia dari tetamuku. Perawi berkata: Maka dia pun datang membawakan untuk mereka setangkai kurma yang di dalamnya terdapat kurma yang matang dan ada yang muda. Lalu sahabat Ansar tadi menawarkan: Makanlah ini, lalu tuan rumah itu mengambil pisau (untuk menyembelih kambing). Maka Rasulullah saw bersabda: "Berikanlah kita kambing yang sudah tidak diperah susunya ". Maka dia menyembelih kambing tersebut dan mereka pun makan dagingnya, kemudian mereka minum, pada apabila mereka sudah kenyang dan dahaga telah hilang, maka Rasulullah saw berkata kepada Abu Bakr dan Umar ra: Demi yang jiwaku berada di tanganNya, kamu pasti akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat. Kalian keluar dari rumah kalian dalam keadaan lapar lalu selepas kalian tidak pulang kembali kecuali setelah mendapat nikmat ini ".6 Shahih Muslim: 3/1609 no: 2938
Imam Nawawi berkata ketika menjelaskan hadis ini: Soalan-soalan tentang nikmat di sini maksudnya adalah soalan yang bersifat pengiraan terhadap nikmat dan notis akan besarnya kurniaan, menampakkan sifat kedermawanan dan sempurnanya pemberian Allah, bukan soalan untuk mencela, mengecam dan menghisab. 7 Syarhun Nawawi: 5/214
Adapun terhadap orang-orang kafir, maka soalan tersebut sebagai celaan, kecaman dan pengiraan nikmat Allah atas mereka. Dari Abi Barzah Al Aslami ra bahawa Nabi saw bersabda: Tidak akan melangkah kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia akan ditanya tentang umurnya pada apakah dia habiskan, tentang ilmunya apakah yang telah diusahakan dengan ilmu tersebut, tentang hartanya dari manakah dia dapatkan dan ke manakah disalurkan dan tentang badannya pada apakah dipergunakan ".8 Sunan Tirmizi: 4/612 no: 2416 dan dia berkata: hadis hasan sahih.
Dari Abi Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala akan berkata kepada hambaNya pada hari kiamat: Tidakkah aku telah memuliakanmu dan menjadikanmu sebagai pemimpin atas orang lain?, tidakkah Aku menikahkanmu dan menundukkan bagimu kuda dan unta sebagai kemudahan hidup dan membiarkan hidup sebagai pemimpin dan memanfaatkan segala kemudahan hidup ". Maka hamba tersebut mengatakan: Benar!, Lalu Allah kembali bertanya kepadanya: Adakah engkau pernah berfikir bahawa engkau akan menghadap kepada diriKu?. Hambd tersebut menjawab; Tidak!, Maka Allah kembali bertanya kepadanya: Sungguh Aku melupakanmu sebagaimana engkau melupakan Aku ".9 Bagian dari hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitab shahihnya: 4/2279 no: 2968
Dari Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah terhadap seorang hamba, iaitu dia akan ditanya tidakkah aku telah menjadikan badanmu sihat dan menjadikan kamu kenyang dengan air yang sejuk ".10 Mustadrokul hakim: 4/154 no:7203 dishahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab silsilah ash-shihah: 2/76 no:539
Ibnu Qoyyim berkata: Sungguh dia adalah surah Al-Qur'an yang sangat agung, nasihat dan peringatan yang sangat tepat, kalimat yang yang terdapat dalam kalam tersebut sangat kuat dalam mengarahkan seseorang untuk berorientasikan akhirat dan hidup zuhud di dunia dengan kalimah yang begitu singkat, lafaz yang lugas dan susunan kalam yang indah. Sungguh Maka Tinggi Zat yang berbicara dengan kalam tersebut dan RasulNya telah menyampaikannya sebagai wahyu ".11 Al-Tafsir al-Qoyyim: halaman: 523PENGAJARAN DARI SURAH AT-TAKASUR
1. Mengecam manusia yang berlumba-lumba membanyakkan harta kekayaan dengan tujuan bermegah-megah.
2. Menerangkan bahawa setiap nikmat yang dikurniakan kepada manusia itu akan ditanya pada hari Qiamat6.0 PERSEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
: 19 2012 : : 5.20 6.20 : 3 . :25
: :. - .. - .. .. .. .
: . : . : :1. - .2. .3. .4. - .5. .
. -.
. - . .
. . . .
.
1
5
. .
- .
.
.
.
.
- . 1.
- .
.
.
1.15
. .
.
.
.
.
.
.
.
.
. .
.
. 220
.
. .
- .
-. .
.
.
.
.
- - . . 315
. -. - .5
REFLEKSI
Pada bulan Julai yang lalu, semua pelajar unit K 19 telah diberi satu tugasan berkaitan dengan Pendidikan Al-Quran Sekolah Rendah. Tugasan tersebut merupakan tugasan individu. Antara tugasan yang perlu dilaksanakan ialah menyediakan adab-adab membaca al-Quran mengunakan peta minda, menerangkan kaedah-kaedah penulisan ayat al-Quran Rasm Othmani secara grafik, menjelaskan keberkesanan kaedah pengajaran Rasm Othmani dapat diaplikasikan di sekolah rendah, menghuraikan dua surah yang dipilih dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan menghasilkan persediaan mengajar harian mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.
Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan dengan Pendidikan Al-Quran Sekolah Rendah. Selain itu, saya dapat mengetahui kaedah yang berkesan yang perlu digunakan untuk mengajar bidang tilawah al-Quran. Di samping itu, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai surah Al-Adiyat dan surah At-Takasur. Melalui tugasan ini, saya dapat mendidik diri saya supaya lebih beradab dengan al-Quran.
Saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua orang. InsyaAllah. BIBLIOGRAFI
Aimi bin Hamzah, Z. b. (2004). Pendidikan Islam Tahun 3. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Qutb. (1986). Tafsir Fi Zilalil Quran. Kelantan: Dewan Darul Naim Sdn Bhd.
Abdul Qadir Leong (2009). Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.Ahmad Mohd Salleh (2011). Kurikukulum, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan Islam, Edisi Kedua, KPLI Pengajian Islam & j-Qaf. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.