Author
azmir-adenor
View
143
Download
1
Embed Size (px)
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
1.0 PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN
1.1 KONSEP PENYELIDIKAN
Penyelidikan adalah satu proses sistematik yang dijalankan untuk mengumpul, menganalisis,
mentafsir maklumat atau data. Proses ini dikaukan dengan tujuan untuk mendapatkan kefahaman
tentang fenomena yang diminati ataupun dikehendaki, (Leedy and Ormrod 2010). Ramai antara kita
yang menggunakan pendekatan sistematik semasa mengumpul data dan mentafsir maklumat untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, dalam sebuah penyelidikan yang
formal, ia haruslah dirancang dan dilaksanakan untuk membantu memahami dengan lebih baik
fenomena dan hasil penyelidikan juga adalah dimaksudkan untuk dikongsi bersama dengan komuniti
yang lebih besar.
Walaupun terdapat pelbagai jenis projek penyelidikan yang berbeza tahap kerumitan dan
tempoh masa kajian, sesebuah penyelidikan yang formal itu biasanya berdiri atas lapan ciri-ciri yang
utama. Iaitu:
1. Penyelidikan bermula dengan pernyataan soalan atau pernyataan masalah
2. Tujuan dan matlamat penyelidikan dijalankan dinyatakan secara jelas
3. Penyelidikan memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang spesifik
4. Penyelidikan akan membahagikan masalah pokok yang dikaji, kepada beberapa sub-masalah
yang lebih kecil dan mudah diurus
5. Penyelidikan dipandu dengan masalah penyelidikan yang spesifik, soalan-soalan, ataupun
hipotesis
6. Penyelidikan haruslah menerima sesetengah andaian yang penting
7. Penyelidikan akan melibatkan pengumpulan dan penafsiran data dalam cubaan untuk
menyelesaikan masalah yang telah memulakan penyelidikan itu sendiri
8. Penyelidikan itu sendiri bersifat kitaran atau lebih tepat lagi mempunyai kesinambungan
2
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
i. Penyelidikan bermula dengan pernyataan soalan atau pernyataan masalah
Dalam kehidupan seharian, kita tidak dapat lari daripada bertanyakan tentang persoalan bagi fenomena
yang berlaku. Setiap persoalan mudah yang timbul boleh menjadi kepada pencetus kepada penyelidikan
yang rumit dan kompleks. Bagaimana?Di mana?Bila?Siapa? dan Apa?. Dengan adanya soalan-soalan
tadi, maka bermulalah satu penyelidikan
ii. Tujuan dan matlamat penyelidikan dijalankan dinyatakan secara jelas
Satu penyataan masalah yang jelas dan nyata adalah sangat kritikal dalam penyelidikan. Matlamat
penyelidikan haruslah dibuat sejak dari awal, secara teratur dan kemas tatabahasanya yang mana ia
haruslah menjawab kepada persoalan pokok yang menunjangi penyelidikan yang dijalankan.
iii. Penyelidikan memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang spesifik
Menjalankan penyelidikan bukanlah satu proses yang dilakukan begitu sahaja dan berharap yang data
yang diterima akan mampu menjawab pernyataan masalah. Sebaliknya, penyelidikan adalah satu proses
berjadual yang teliti dengan fokus untuk mencapai tujuan kajian.
iv. Penyelidikan akan membahagikan masalah pokok yang dikaji, kepada beberapa sub-masalah
yang lebih kecil dan mudah diurus
Memperincikan masalah utama kepada beberapa sub-masalah dapat membantu mencapai penyelesaian
dengan lebih baik. Sub-sub masalah ini, jika diselesaikan, akan membawa kepada penyelesaian kepada
masalah utama seterusnya mencapai tujuan pokok penyelidikan dijalankan.
v. Penyelidikan dipandu dengan masalah penyelidikan yang spesifik, soalan-soalan, ataupun
hipotesis
Semua yang tersebut, akan membekalkan satu piawaian khusus untuk para penyelidik menjalankan
kajian mereka. Ia mampu memimpin minda penyelidik untuk memikirkan apakah dan di manakah
sumber-sumber maklumat perlu digali, teknik-teknik perlu dilaksanakan, kaedah dan pendekatan yang
diaplikasikan, bagi maksud mencapai tujuan kajian dijalankan.
vi. Penyelidikan haruslah menerima sesetengah andaian yang penting
Andaian di sini membawa maksud perkara-perkara yang diyakini oleh para penyelidik sebagai ‘benar’
dalam kajian yang dijalankan. Sebagai contoh, jika seorang penyelidik menjalankan kajian tentang waktu
3
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
belajar yang paling baik bagi pelajar yang menjadi sampel. Adakah waktu pagi, tengahari, petang,
malam, mahupun awal pagi. Pengkaji haruslah mengandaikan bahawa setiap daripada sampel
mempunyai taraf IQ dan kecerdikan yang sama. Hanya yang membezakan ialah waktu belajar yang
berbeza. Jadi taraf IQ dan kecerdikan yang sama adalah ‘benar’ bagi kajian tersebut.
vii. Penyelidikan akan melibatkan pengumpulan dan penafsiran data dalam cubaan untuk
menyelesaikan masalah yang telah memulakan penyelidikan itu sendiri
Setelah semua persediaan dijalankan, tibalah masa penyelidikan itu ditadbir atau dijalankan. Setiap
data, pemerhatian, input, dan lain-lain dapatan kajian akan dikumoulkan bersama. Seterusnya, semua
dapatan tadi akan dianalisis, dan ditafsir akan makna disebalik kajian tersebut.
viii. Penyelidikan itu sendiri bersifat kitaran atau lebih tepat lagi mempunyai kesinambungan
Kitaran dan kesinambungan di sini bermaksud penyelidikan itu dilakukan secara berperingkat secara
sistematik. Setiap satu langkah yang selesai akan disambung oleh langkah yang seterusnya.
1.2 PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
1.2.1 Falsafah Penyelidikan Pendidikan
Penyelidikan pendidikan boleh ditakrifkan sebagai cara teratur untuk memperolehi
pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha
memperolehi dan menganalisis maklumat untuk menegnalpasti dan menyelesaikan masalah pendidikan
(Mohd Majid Konting, 2004).
Dalam pendidikan, proses penyelidikan yang dijalankan pastinya akan ditunjangi oleh
permasalahan yang timbul dalam dunia pendidikan. Setiap masalah yang timbul akan mengkehendaki
pihak-pihak yang terlibat untuk membuat keputusan yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Sebagai contoh, masalah yang timbul untuk memansuhkan projek Pengajaran & Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengan (KSSM) memerlukan pihak Kerajaan untuk membuat
4
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
satu keputusan yang sangat penting. Ini kerana, ia bukan sahaja akan melibatkan perbelanjaan yang
besar, malah juga ia bakal merubah landskap dan senario pendidikan Negara.
Oleh yang demikian, satu penyelidikan yang mengumpul, menganalisis, dan mentafsirkan bukti
untuk membuat keputusan tersebut merupakan satu penyelidikan. Disebabkan penyelidikan yang
dijalankan itu berteraskan dan bakal member impak pada dunia pendidikan secara khusus, maka
penyelidikan ini adalah penyelidikan pendidikan.
1.2.2 Sejarah Awal Penyelidikan Pendidikan
Penyelidikan pendidikan telah bermula sejak bermulanya tamadun manusia (Mohd Majid
Konting, 2004). Antara perkara pokok yang menunjangi penyelidikan pendidikan adalah bagaimana
untuk memperolehi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sesuai dari masa ke
semasa. Boleh dikatakan, penyelidikan pendidikan ini telah berkembang selari dengan perkembangan
tamadun manusia. Dengan bertambahnya sumber pengetahuan, manusia dapat menyelidiki sesuatu
masalah yang dihadapi seterusnya memperbaiki kehidupan mereka.
Bermula pada tahun 1945, penyelidikan pendidikan telah berkembang dengan secara lebih
teratur. Pada dekad itu, penyelidikan pendidikan yang dijalankan menumpukan kepada usaha-usaha
untuk menilai semula penyelidikan pendidikan yang lebih awal daripada itu. Teras kepada penyelidikan
pendidikan era pasca Perang Dunia Kedua itu adalah untuk mengukuh dan menambahbaik kaedah dan
rekabentuk untuk menghasilkan maklumat penyelidikan yang lebih dipercayai (Mohd. Majid
Konting,1990).
Van Dalen (1962) seperti yang diterjemahkan oleh Abdul Fatah Abdul Malik dan Mohd. Majid
Konting (1993) telah memperincikan kaedah mendapatkan ilmu terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama ialah ‘Kaedah Lama’ dan bahagian kedua ialah ‘Kaedah Baru’.
a. Kaedah Lama Mendapatkan Pengetahuan
Terdapat empat kaedah dalam kaedah lama ini yang digunapakai oleh para penyelidik
terdahulu. Kaedah tersebut ialah:
5
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
i. Autoriti
ii. Pengalaman persendirian
iii. Deduksi
iv. Induksi
Walaubagaimanapun, telah diakui bahawa kebanyakan kajian awal dalam penyelidikan
pendidikan ini mempunyai beberapa kelemahan dari segi rekabentuk dan kaedah yang digunakan.
Akibatnya, kajian-kajian awal kurang member sumbangan kepada peningkatan pengetahuan pendidikan
(Mohd. Majid Konting,1990).
b. Kaedah Baru Mendapatkan Pengetahuan
Kaedah Saintifik adalah kaedah yang digunapakai oleh para penyelidik masakini dalam
menjalankan penyelidikan. Kaedah ini adalah gabungan antara pendekatan deduktif dan induktif serta
pemikiran reflektif. Kaedah saintifik ini memberikan gambaran tentang prosedur yang terlibat dalam
menjalankan sesuatu penyelidikan.
1.2.3 Jenis Penyelidikan Pendidikan
Mohd. Majid Konting (1990) dalam buku beliau “Kaedah Penyelidikan Pendidikan” menyatakan bahawa
kebanyakan pakar penyelidikan pendidikan berpendapat bahawa bidang penyelidikan boleh dikelaskan
kepada dua kategori utama iaitu penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan.
a. Penyelidikan Asas
Penyelidikian asas merupakan penyelidikan yang menekankan tentang penemuan pengetahuan
semata-mata untuk pengetahuan. Penyelidikan asas biasanya lebih menumpukan kajian teori-
teori yang wujud di dalam bidang pendidikan dengan lebih mendalam. Kajian mendalam tentang
teori ketegangan saraf oleh ahli psikologi merupakan satu jenis penyelidikan asas, (Mohd. Majid
Konting,1990).
Penyelidikan asas juga ditakrifkan sebagai satu penyelidikan yang bertujuan semata-mata untuk
menambah ilmu pengetahuan manusia tentang alam sekeliling tanpa tujuan khusus untuk
menyelesaikan sesuatu masalah mendesak, (Sidek Mohd Noah, 2002)
6
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
b. Penyelidikan Gunaan
Berbeza dengan penyelidikan asas, penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan
masalah praktis yang dihadapi. Penyelidikan gunaan dilakukan secara langsung ke atas masalah
sebenar dan dilakukan di dalam situasi di mana masalah ditemui. Misalnya, di dalam stadium
yang dipenuhi penonton dan keadaan yang tegang disebabkan perlawanan akhir bolasepak Piala
Malaysia, sebuah pasukan yang bertanding tidak dapat mempamerkan corak permainan yang
sepatutnya. Penyelidikan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut, (Mohd. Majid
Konting,1990).
Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mendapatkan
maklumat baru. Pengetahuan baru yang diperoleh boleh digunakan untuk memperbaiki
kehidupan manusia, (Sidek Mohd Noah, 2002).
7
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
2.0 REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk sesuatu kajian adalah satu rangka yang membentuk dan menentukan bagaimana
sesuatu penyelidikan itu dijalankan. Ranjit Kumar (2005) dalam buku beliau, Research Methodology : A
Step-By-Step Guide For Beginners mentakrifkan rekabentuk kajian sebagai satu pelan prosedur yang
diambil oleh penyelidik untuk menjawab soalan secara sah, berobjektif, tepat dan bersifat ekonomik.
Beliau menambah, menurut Seltze (1962), definisi bagi rekabentuk kajian ialah satu susunan kaedah
mengumpul dan menganalisis data secara berhemah dengan tujuan untuk mencapai maksud kajian itu
dijalankan melalui prosedur yang ekonomik.
Berdasarkan definisi rekabentuk kajian di atas, terdapat dua tujuan utama pemilihan rekabentuk
itu dalam sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Pertama, ia berkait dengan perkembangan dan juga
isu susunan logistik atau langkah-langkah yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan. Kedua, ia
menekankan tentang kepentingan kualiti dalam setiap prosedur penyelidikan untuk memastikan
kesahan, keobjektifan, dan ketepatan data penyelidikan.
Terdapat dua jenis rekabentuk kajian. Kedua-duanya mempunyai pendekatan dan kaedah yang
berbeza bagi mencapai objektif kajian. Rekabentuk yang dimaksudkan adalah:
I. Kuantitatif
II. Kualitatif
Kepentingan Rekabentuk Kajian
Rekabentuk yang terbaik bagi sesebuah penyelidikan adalah rekabentuk yang mempunyai
susunan prosedur yang boleh mendapatkan maklumat berguna, dengan kos yang minimum.
Pengumpulan data melibatkan proses yang rumit dan mahal. Kegagalan menggunakan kaedah
mengumpul data yang berkesan berdasarkan rekabentuk yang dipilih boleh mengakibatkan kepada
dapatan maklumat yang tidak tepat, kabur, dan juga menyebabkan beban maklumat.
Kegagalan memilih rekabentuk yang berkesan boleh meninggikan perbelanjaan penyelidikan.
Kadang-kadang penyelidik juga berasa kecewa dan seterusnya gagal menyempurnakan sesuatu
penyelidikan disebabkan pemilihan dan penggunaan rekabentuk yang tidak sesuai dengan tujuan kajian,
(Mohd. Majid Konting,1990).
8
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
2.1 KONSEP KUANTITATIF DAN KUALITATIF
Kedua-dua rekabentuk penyelidikan ini melibatkan proses yang sama iaitu pembinaan satu atau
lebih hipotesis, pernyataan tentang kajian masa lau, pengumpulan dan juga analisis data.
Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang besar antara dua rekabentuk penyelidikan ini dari segi
kaedah pelaksanaan proses-proses yang dinyatakan tadi.
2.1.1 Rekabentuk Kuantitatif
Quantitative researchers usually start with a specific hypothesis to be tested, isolate the
variables they want to study, control for extraneous variables, use a standardized
procedure to collect some form of numerical data, and use statistical procedures to
analyse and draw conclusions from the data. (Leedy, P. D. , Ormrod, J. E. 2010)
Para penyelidik kuantitatif biasanya memulakan penyelidikan mereka dengan hipotesis yang spesifik
untuk diuji, mengasingkan semua pembolehubah yang ingin dikaji, mengawal pembolehubah luaran,
menggunakan prosedur piawai untuk mengumpul data numerik, dan menggunakan prosedur statistik
untuk menganalisis seterusnya merumuskan dapatan kajian daripada data tersebut.
Dalam rekabentuk kuantitatif, terdapat beberapa jenis penyelidikan yang boleh digunakan
sebagai instrumen kajian. Antaranya termasuklah:
i. Kajian Deskriptif
ii. Kajian Korelasi
iii. Kajian Sebab-Akibat
iv. Kajian Eksperimental
v. Kajian Perkembangan
2.1.2 Rekabentuk Kualitatif
Qualitative researchers often start with general research questions rather than specific
hypotheses, collect an extensive amount of verbal data from a small number of participants,
9
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
organise those data into some form that gives them coherence, and use verbal descriptions to
portray the situation they have studied. (Leedy, P. D. , Ormrod, J. E. 2010)
Para penyelidik kualitatif biasa memulakan penyelidikan mereka dengan soalan-soalan kajian,
berbanding hipotesis yang spesifik. Mereka akan mengumpul data verbal secara meluas iaitu data
berbentuk maklumat daripada temubual dalam jumlah peserta yang kecil. Seterusnya mereka akan
menyusun data dalam bentuk yang koheren, dan menggunakan pernyataan secara verbal untuk
menggambarkan situasi yang mereka kaji.
Dalam rekabentuk kajian kualitatif, terdapat beberapa jenis penyelidikan yang menjadi tunjang
kepada pelaksanaannya. Antaranya:
i. Phenomology
ii. Etnografi
iii. Grounded Theory
iv. Kajian Kes dan Lapangan
2.1.3 Rumusan Rekabentuk Penyelidikan
Jadual 1 di bawah merumuskan ciri-ciri kuantitatif dan kualitatif.
PERSOALAN KUANTITATIF KUALITATIF
TUJUAN
PENYELIDIKAN
Untuk menerangkan dan
membuat jangkaan
Untuk mengesahkan dan
membenarkan
Untuk menguji teori
Untuk mencirikan dan
menerangkan
Untuk meneroka dan
mentafsir
Untuk membina teori
CIRI PROSES
PENYELIDIKAN
Berfokus
Pembolehubah yang diketahui
Garis panduan yang tetap
Kaedah ditentukan dahulu
Holistik
Pembolehubah yang tidak
diketahui
Garis panduan yang fleksibel
10
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Konteks bebas
Pandangan yang terpisah
Kaedah ditentukan kemudian
Konteks yang terikat
Pandangan peribadi
JENIS DAN
KAEDAH
PENGUMPULAN
DATA
Data numerik (bernombor)
Mewakili sampel yang besar
Instrumen yang piawai
Data teks ataupun bergambar
Bermaklumat dari sampel yang
kecil
Tiada instrument piawai tetap
KAEDAH ANALISIS
DATA
Statistik
Menekankan ketepatan
Rumusan bersifat deduktif
Berdasarkan tema dan
kategori
Analisis secara subjektif
Rumusan bersifat Induktif
DAPATAN KAJIAN
Nombor
Berstatistik dan saling berkait
Kaedah saintifik yang formal
Perkataan
Naratif berdasarkan pendapat
individu
Kaedah individu bersifat
perbahasan
Jadual 1 Rumusan Ciri-Ciri Kuantitatif Dan Kualitatif
2.2 PENYELIDIKAN KUANTITATIF
Seperti yang telah dinyatakan awal tadi, rekabentuk penyelidikan yang berasaskan kuantitatif
mempunyai beberapa jenis kajian di dalamnya. Kajian deskriptif, Korelasi, Sebab-Akibat, Eksperimental,
dan Perkembangan adalah jenis-jenis kajian yang dimaksudkan.
2.2.1 Kajian Deskriptif
Sidek Mohd Noah (2002) menyatakan bahawa kajian deskriptif dilakukan dengan tujuan untuk
memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang
diminati secara fakta dan tepat. Misalnya:
11
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Satu kajian tinjauan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sektor
korporat.
Satu laporan tentang keputusan peperiksaan PMR di seluruh Negara oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mohd. Majid Konting (1993) pula menyatakan bahawa penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan
yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Sebagai contoh, apakah
faktor-faktor yang menentukan kejayaan KBSM? Faaktor-faktor tersebut boleh dikenalpasti melalui
kaedah kajian deskriptif.
2.2.2 Kajian Korelasi
A correlational study examines the extent to which differences in one characteristic or
variable are related to differences in one or more other characteristics or variables. A
correlation exists if, when one variable increases, another variable either increases or
decreases in a somewhat predictable fashion. (Leedy, P. D. , Ormrod, J. E. 2010)
Kajian korelasi bertujuan untuk menyiasat sejauh mana variasi dalam satu faktor seimbang
dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan pekali korelasi, (Sidek Mohd Noah
2002). Sebagai contoh:
Kajian tentang hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik
Kajian tentang keselarasan kerjaya dan hubungan dengan kepuasan kerja
Dengan kata lain, kajian korelasi akan mengkaji perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah
yang wujud dalam sesuatu masalah. Memandangkan terdapat banyak pembolehubah dalam dunia
pendidikan, kajian korelasi adalah sangat popular bagi menjelaskan fenomena dan masalah dalam
bidang pendidikan.
2.2.3 Kajian Sebab-Akibat
12
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Seperti namanya, kajian sebab-akibat menekankan aspek komparatif untuk mengkaji perkaitan
yang mungkin antara sebab dan akibat dengan cara memerhati beberapa kesan yang wujud serta
menyemak semula data-data sedia ada bagi mencari faktor-faktor sebab-akibat. Sebagai contoh:
Mengkaji faktor-faktor yang mencirikan individu-individu sebagai berisiko tinggi untuk mengidap
sakit jantung dengan menggunakan data-data dari sebuah syarikat insurans.
Mengkaji faktor-faktor yang menjadi sebab utama berlaku kemalangan jalan raya dengan
melihat rekod di Jabatan Pengangkutan Jalan, atau Jabatan Trafik, Polis Diraja Malaysia.
2.2.4 Kajian Eksperimental
Kajian eksperimen merupakan satu rancangan penyelidikan yang dijalankan untuk menentukan
kesan sesuatu olahan. Penyelidik secara sengaja dan sistematik memperkenalkan olahan ke dalam
fenomena semulajadi dan mengamati rentetan perubahan yang berlaku ke atas fenomena tersebut,
(Mohd. Majid Konting, 1993). Sebagai contoh:
Apakah kesan suhu bilik darjah ke atas pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM?
Apakah kesan program pemberian susu percuma kepada kecerdasan pelajar sekolah rendah?
Penyelidikan eksperimen biasa digunakan dalam penyelidikan pendidikan, terutama bagi maksud
menguji hipotetsis. Ia juga boleh digunakan untuk menyiasat hubungan sebab dan kesan dengan
mendedahkan satu atau lebih kumpulan percubaan kepada satu atau lebih rawatan dan
membandingkan keputusan kepada satu atau lebih kumpulan kawalan yang tidak menerima sebarang
rawatan. Misalnya, satu kajian pernah dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk menguji
sejauh mana keberkesanan Kurikulum Asli Peribumi (KAP) dalam meningkatkan pencapaian anak-anak
orang asli dan peribumi. Beberapa buah sekolah yang yang berada dalam kumpulan perintis kepada
modul kurikulum baru ini telah diuji menggunakan satu instrumen ujian dan data ujian tersebut
direkodkan. Seterusnya, satu kumpulan kawalan yang tidak pernah terlibat dengan pelaksanaan KAP
juga turut diuji dengan instrumen yang sama. Keputusan ujian antara dua kumpulan ini dianalisis dan
dibandingkan pencapaiannya.
2.2.5 Kajian Perkembangan
13
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Kajian perkembangan dijalankan bertujuan untuk menyiasat corak dan rentetan-rentetan
pertumbuhan atau perubahan sebagai fungsi masa, (Sidek Mohd Noah 2002)
Kajian perkembangan merupakan kajian yang dilakukan bagi mengenalpasti dan mentafsir
perkembangan sesuatu unit sosial. Dalam konteks pendidikan, kajian jenis ini mengkaji perkembangan
proses atau sistem pendidikan bagi tempoh yang panjang, (Mohd. Majid Konting, 1993).
Para penyelidik bersetuju menggariskan kajian perkembangan ini kepada dua bahagian iaitu:
Kaedah Longitudinal
Kaedah Silang (Cross Sectional)
i. Kaedah Longitudinal
Ciri utama kaedah ini ialah ia menggunakan sampel yang sama, dalam tempoh masa yang lama.
Sebagai contoh, penyelidik menilai bagaimana proses dan sistem pendidikan berkembang. Selain itu,
penyelidik juga boleh mengkaji tentang bagaimana kemahiran dan tingkahlaku pelajar berkembang dari
semasa ke semasa. Penyelidik akan menilai perkembangan kemahiran mengira pelajar-pelajar KSSR
dengan memerhati dan mengkaji pelajar-pelajar yang sama dari darjah satu sehingga darjah enam.
ii. Kaedah Silang
Kaedah ini menggunakan sampel yang berlainan, tetapi kajian yang dijalankan pada masa yang
sama. Contohnya, kajian berkenaan perkembangan kemahiran mengira pelajar KSSR boleh dilakukan
dengan mengukur kemahiran ini kepada semua murid yang terlibat dengan KSSR dari tahun satu
sehingga enam (tahun tiga setakat tahun 2013) dan pengukuran ini dilakukan pada masa yang sama.
2.3 PENYELIDIKAN KUALITATIF
Dalam rekabentuk penyelidikan kualitatif, terdapat beberapa jenis kajian yang berada di
dalamnya. Antaranya ialah Phenomology, Etnografi, Grounded Theory, dan Kajian Kes dan Lapangan.
2.3.1 Kajian Phenomology
14
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Phenomenology adalah kajian yang menjelaskan pengalaman individu mengalami sesuatu
fenomena. Contohnya bagaimana seseorang remaja berhadapan dengan fenomena sebagai anak
angkat, atau bagaimana individu berhadapan dengan penyakit maut seperti kanser yang tiada harapan
untuk hidup lama. Kebiasaannya, kajian ini menggunakan pendekatan in-depth interview.
Kajian ini juga memfokuskan cubaan untuk memahami persepsi manusia, perspektif pandangan,
dan kefahaman terhadap sesuatu isu yang khusus. Leedy P. D., dan Ormrod J. E (1993) menyatakan
bahawa penyelidik phenomology bergantung secara eksklusif kepada tempoh masa temubual. Biasanya
sesi temubual berlangsung selama 1 atau 2 jam dan sampel kajian berada dalam lingkungan 5 hingga 25
orang individu.
2.3.2 Etnografi
Kajian ethnography adalah kajian yang menjelaskan hal2 budaya suatu kelompok etnik (sebab
itu ada perkataan ethno) mengikut sesuatu sempadan geografi. Misalnya kajian terhadap cara kaum
Penan di Sarawak menjaga keluarga.
Pendekatan yang lazim digunakan adalah participant observation atau pemerhatian ke atas
peserta yang terlibat dalam budaya tersebut bagi memahami sedalam-dalamnya segala aspek budaya
yang dikaji seperti kepercayaan bersama, nilai dipegang, amalan, bahasa, ritual. Aspek-aspek yang dikaji
ini menyebabkan ia mustahil dijalankan menggunakan kaedah lain selain daripada etnografi ini, (Leedy
P. D., dan Ormrod J. E, 1993)
Pada awal terciptanya kaedah kajian ini, ia digunapakai oleh ahli antropologi budaya. Namun
seiring perubahan waktu, kaedah ini turut digunakan oleh penyelidik bidang lain seperti sosiologi,
psikologi, dan juga pendidikan.
2.3.3 Grounded Theory
15
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Grounded theory bertujuan membina teori terhadap fenomena yang ingin dikaji. Kajian ini sering
dijalankan bagi mendapatkan teori yang dapat menjelaskan mengapa berlakunya sesuatu fenomena
dalam masyarakat. Sebagai contoh teori tentang gejala ponteng sekolah, isu buang bayi dan sebagainya.
Kajian lazimnya dilakukan dengan in-depth interview dan membaca berulang kali transkrip temubual
tersebut sehingga terbongkar teori yang “tertanam” (grounded) yang mendasari fenomena yang dikaji.
Antara kajian lain yang menggunakan kaedah ini adalah kajian berkenaan tabiat makan kanak-
kanak, Tanggapan dan perasaan pelajar kolej terhadap perbincangan dakam kumpulan, dan tahap
tekanan bagi pekerja agensi swasta.
2.3.4 Kajian Kes dan Lapangan
Kajian Kes dan Lapangan atau Case study adalah satu kajian intensif dan mendalam bagi
menjelaskan satu atau beberapa kes yang spesifik. Case study adalah sebahagian daripada kajian
ethnografi tetapi reka bentuk kajian kes adalah kajian intensif dan ekslusif.
Berikut adalah beberapa contoh kajian kes dan lapangan:
Kejayaan luar biasa sebuah sekolah pendalaman Sabah
Kajian mendalam terhadap dua siswazah PhD Malaysia di UK yang berjaya menghabiskan
pengajian dalam tempuh 2 tahun
Kajian tentang sifat, ciri-ciri, dan rawatan sesuatu penyakit yang jarang dijumpai
Kajian boleh dijalankan secara unstructured interviewing, direct observation, dan interview. Ia biasa
digunakan untuk menyiasat dengan lebih lanjut tentang isu yang kurang diketahui atau kurang difahami
oleh masyarakat. Ia juga berguna untuk mengetahui bagaimana seseorang individu atau sesebuah
organisasi itu berubah dengan masa.
3.0 PENUTUP
16
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Kajian penyelidikan dalam pendidikan mempunyai banyak variasi dan bentuk. Setiap penyelidik
haruslah memahami dengan baik setiap satu jenis rekabentuk dalam penyelidikan. Ia adalah perlu bagi
mengelakkan kecelaruan dan kekeliruan yang boleh menyebabkan penyelidikan yang dijalankan
terbengkalai ataupun tidak berkualiti lalu ditolak. Setiap rekabentuk yang wujud dalam menjalankan
penyelidikan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Terpulang kepada penyelidik untuk
memilih rekabentuk yang mana harus digunakan agar hasrat dan matlamat kajian dijalankan dapat
dicapai.
Untuk menjalankan penyelidikan pendidikan, para penyelidik haruslah mengenali latar belakang
masalah yang dikaji dengan baik. Mengkaji kerelevanan usaha yang dilakukan pada masa kini boleh
meningkatkan kualiti penyelidikan tersebut. Setiap kajian yang dilakukan juga haruslah dipandu oleh
keinginan untuk menghebahkan hasil kajian kepada masyarakat awam. Ini akan menjadikan para
penyelidik lebih bermotivasi untuk menjalankan, dan seterusnya melengkapkan kajian mereka.
Penyelidikan pendidikan haruslah dijadikan sebagai satu keperluan pada masakini terutama
kepada warga pendidik itu sendiri. Ia penting bagi menaiktaraf dan meningkatkan lagi sistem pendidikan
Negara kita Malaysia. Jika dibandingkan dengan Negara-negara membangun yang lain, Malaysia berada
dikedudukan yang agak baik dari segi infrastruktur dan kualiti pendidikan. Walaubagaimanapun, tahap
dan aras pendidikan dunia juga turut berkembang seiring dengan masa. Oleh yang demikian,
penyelidikan dalam pendidikan adalah sangat penting bagi menjamin kelestarian sistem pendidikan
Malaysia.
Dalam usaha memartabatkan pendidikan Malaysia, semua pihak haruslah terlibat bersama
menggembleng tenaga kepakaran, masa, dan kewangan untuk merealisasikan impian berada di
kemuncak dunia. Tanpa kerjasama daripada pihak Kementerian Pelajaran, warga pendidik, guru-guru,
pelajar dan ibu bapa, pastinya kita tidak mampu mencapai kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Yakinlah bahawa melalui pendidikanlah kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
Negara-negara maju yang lain. Bersama kita gerakkan jentera bagi mencapai Wawasan 2020.
BIBLIOGRAFI
17
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISKSP 6063 : Research Method in Science Education
2012
Creswell, J.W (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches (2nd ed). USA, Sage Publications.
Ranjit Kumar (2005). Research Methodology: A Step-By-Step Guide For Beginners (2nd ed). London,Sage Publications Ltd
Thomas, R. M (2003). Blending Qualitative & Quantitative: Research Methods in Theses andDissertations. California, , Sage Publications
Mohd Majid Konting (1990) Cetakan Keenam (2006). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka
Leedy, P. D., Ormrod, J. E (1993) 9th Edition (2010). Practical Research: Planning and Design. New Jersey,Pearson
Sidek Mohd Noah (2002) Cetakan Keempat (2007). Rekabentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.Serdang, Universiti Putra Malaysia
Van Dalen, D.B (1969) Terjemahan olehAbdul Fatah Abdul Malik, Mohd Majid Konting (1993).Memahami Penyelidikan Pendidikan Edisi Keempat. Serdang, Universiti Pertanian Malaysia
# Kepada semua pembaca: Penulisan ini adalah salah satu tugasan yang dilaksanakan oleh seorang pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan (M. Ed). Diharapkan anda dapat mendapat manfaat melalui penulisan ini. Segala kekurangan harap dapat dimaafkan dan didahului dengan ucapan Terima Kasih