51
1.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH TAMIL DI ZON TANJUNG KARANG BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kepesatan pembangunan negara member kesan kepada rakyat terutamanya pekerja. Malaysia memerlukan tenaga pekerja yang berdaya usaha tinggi, cekap, cergas dalam usaha melahirkan sebuah Negara maju maju bagi merealisasikan Wawasan 2020. Dalam usaha menuju ke arah kecemerlangan dalam organisasi, pekerja terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Oleh sebab itu, stress dalam kalangan pekerja merupakan satu halangan kepada produktiviti kerya yang baik dan sistematik. Sistem pendidikan juga tidak keinggalan, tugas seorang guru juga tidak lari daripada mengalami stress. Stres biasa dialami oleh individu apabila berada dalam keadaan yang tidak selesa. Justeru itu, stres dalam kalangan guru di sekolah juga boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negative seperti marah, bimbang, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek persekitaran kerja terutamanya bagi seorang guru sekolah rendah tamil. Selain beban tugas yang banyak, guru juga perlu berhadapan dengan sikap pelajar yang pelbagai ragam. Jelaslah bahawa terdapat

Penyelidikan Kuantitatif Dan Kualitatif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jurnal

Citation preview

1.0FAKTOR-FAKTOR STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH TAMIL DI ZON TANJUNG KARANG

BAB 1 PENGENALAN

1.1Pendahuluan

Kepesatan pembangunan negara member kesan kepada rakyat terutamanya pekerja. Malaysia memerlukan tenaga pekerja yang berdaya usaha tinggi, cekap, cergas dalam usaha melahirkan sebuah Negara maju maju bagi merealisasikan Wawasan 2020. Dalam usaha menuju ke arah kecemerlangan dalam organisasi, pekerja terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Oleh sebab itu, stress dalam kalangan pekerja merupakan satu halangan kepada produktiviti kerya yang baik dan sistematik. Sistem pendidikan juga tidak keinggalan, tugas seorang guru juga tidak lari daripada mengalami stress. Stres biasa dialami oleh individu apabila berada dalam keadaan yang tidak selesa. Justeru itu, stres dalam kalangan guru di sekolah juga boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negative seperti marah, bimbang, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek persekitaran kerja terutamanya bagi seorang guru sekolah rendah tamil. Selain beban tugas yang banyak, guru juga perlu berhadapan dengan sikap pelajar yang pelbagai ragam. Jelaslah bahawa terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada stress bagi guru sekolah rendah tamil.Stres atau tekanan bukanlah suatu perkara yang asing lagi bagi masyarakat ini. Stres ini adalah satu tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Perkataan stress berasal daripada perkataan Latin iaitu stringere yang bermaksud untuk mengetatkan. Perkataan tersebut digunakan untukk menggambarkan kesempitan dan juga kesusahan. Selain itu, stress juga dikaitkan dengan tekanan, ketegangan atau kemampuan yang kuat. Secara keseluruhanya, stress yang terlalu banyak atau terlalu sedikit meninggalkan kesan kepada manusia.

1.2Pernyataan masalah

Kajian mengenai tekanan atau stres dalam kalangan guru-guru telah dilakukansejak dua dekad yang lalu, contohnya, kajian yang dijalankan oleh Kyriacou dan Sutcliffe(1978). Terdapat banyak kajian lepas yang dijalankan bagi mengenal pasti tahap dan punca-punca stres dalam kalangan guru. Antaranya, kajian oleh Van Dick dan Wagner(2001) terhadap 557 orang guru mendapati faktor beban kerja merupakan penyumbangyang utama terhadap stres guru. Kajian mereka juga menunjukkan bahawa, stres yangdialami oleh guru akan memberi kesan negatif bukan sahaja dari segi fisiologi sepertitekanan darah tinggi, malahan, turut memberi kesan kepada tingkah laku guru. Begitujuga dengan Tang dan Yeung (1999) dalam kajian terhadap 259 guru sekolah menengahdi Hong Kong juga mendapati, faktor beban tugas telah menyebabkan stres kepada guruhingga boleh mengundang burnout.Oleh kerana terdapat perubahan demi perubahan dalam sistem pendidikan, maka,ini telah memberi kesukaran kepada sebahagian guru untuk menyesuaikan diri denganperubahan hingga wujudnya tekanan dalam menjalankan tugas. Tekanan yang dihadapiitu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikomatik dan fizikal guru (Nobiledan McCormick, 2005). Justeru itu, NUTP telah mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas sosialterhadap pelajar yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guru-guru sendiri (UtusanMalaysia, 22 Jun 2009). Langkah yang diambil ini adalah bertujuan bagi memastikanguru-guru dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugas-tugas mengajar. Sehubunganitu, guru-guru tidak terbeban lagi dengan tugas-tugas luar seperti menguruskan hal-halsosial pelajar yang merangkumi aktiviti ko-kurikulum, urusan dokumen pelajar dan aspekluar kelas. Ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.Ekoran dari cadangan agar diwujudkan jawatan pembantu guru, jawatankuasakhas yang ditubuhkan oleh KPM bagi mengkaji masalah beban tugas guru telah mengusulkan 40 cadangan dan salah satunya adalah menghadkan bilangan murid kepadahanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan sekolah menengah (Berita Harian,18 Mei 2010). Pihak Kementerian juga bercadang mengkaji semula bilangan peperiksaandan ujian yang menjadi punca pertambahan beban tugas guru dan menyusun semula tugasperkeranian di sekolah.Jelas menunjukkan bahawa, guru-guru sememangnya terbeban dengan tugas yangberlebihan. Kajian tentang stres terhadap 267 guru sekolah rendah di Utara dan TimurEngland mendapati bahawa, 23 peratus responden berasa sangat stres dan stres yangekstrim (Chaplain, 1995). Ini disebabkan oleh tugasan yang diberi kian bertambah danmemberi kesan negatif ke atas guru yang mana didapati hanya satu pertiga daripada guruyang berpuas hati dengan kerja mereka. Apabila guru tidak berasa kepuasan dalam pekerjaan, ini akan mempengaruhi sistem pendidikan yang mana guru-guru tidak bermotivasi, tidak komited dengan kerja dan tidak profesional, dan sekaligus memberiimpak yang negatif dalam bidang pendidikan. Kajian yang sama oleh Borg dan Riding(1993), menunjukkan 21.3 peratus daripada 150 responden sekolah rendah dan sekolahmenengah di Malta mengalami stres pada tahap yang tinggi. Selain faktor beban tugas, faktor salah laku dan karenah pelajar juga turut menyumbang terhadap stres guru. Tingkah laku pelajar di dalam kelas seperti kurangmenghormati guru, kurang penumpuan di dalam kelas, masalah disiplin, kurang bermotivasi dan tidak menyiapkan kerja sekolah didapati telah menyebabkan guru berasatertekan setiap kali memasuki kelas (Fun, 2008; Kim, 2006; Tang dan Yeung, 1999;Montgomery dan Rupp, 2005). Akibat karenah pelajar, guru sering keletihan dan tidakbersemangat untuk mengajar. Kesukaran yang dihadapi oleh guru dalam berhadapandengan pelbagai karenah pelajar telah menyebabkan sebahagian guru mengalami burnout(Wai dan Kwok, 1995).Kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru (Troman,2000), harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar (Center dan Steventon, 2001) danberurusan dengan ibu bapa pelajar (Rieg, Paquatte dan Chen, 2007) merupakan satu lagicabaran yang harus ditempuh oleh guru. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anakanakmereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistic (Center dan Steventon, 2001) hingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaanstres.Kajian Kyriacou dan Chien (2004) terhadap 203 guru-guru dari 22 buah sekolahrendah di Taiwan mendapati 26 peratus daripada guru yang mengalami stres yang ekstrimadalah berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, faktor perubahan polisipendidikan, kerja-kerja tambahan berkaitan pengurusan, tingkahlaku negatif pelajar,tekanan daripada ibu bapa pelajar, kekangan masa dan tanggapan negatif masyarakat.Faktor-faktor stres yang sama turut dilaporkan dalam kajian Kokkinos (2007), namun,selain faktor-faktor yang dinyatakan, beliau juga mendapati hubungan dengan rakan setugas, kesamaran peranan, pembahagian tugas, membuat keputusan dan kurang bahanbantu mengajar turut mengundang stres dalam kalangan guru.Di samping itu, kajian-kajian luar dan dalam negara mendapati kekangan masaturut menyebabkan guru stres (Boyer, 2009; Chaplain, 1995; Ages, 2011; Tang & Yeung1999; Kim, 2006; Fun, 2008). Kajian stres oleh Huisman (2009), melaporkan bahawa,kesemua responden percaya bahawa stres yang dialami telah memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif. Dapatan beliauturut mendapati tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gredpelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas mengajar. Seringkali guru mengalami stres berpunca dari tugasan luar dari pengajaran (Sheppard, 2008), penyediaan kertas kerja, menghadiri pelbagai mesyuarat (Center dan Steventon, 2001; Jo-Ida dan Brandon, 2003) dan tugas berkaitan pengurusan bilik darjah (Center dan Steventon, 2001). Namun, tidak dapat dinafikan tugas utama guru yang perludilaksanakan sebagai memenuhi tanggungjawab utama adalah menyediakan rancanganmengajar, mengajar, menyediakan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran danmenanda buku (Rieg, Paquatte dan Chen, 2007).Kajian terhadap guru-guru di sekolah rendah swasta (Weidner, 2002)menunjukkan guru-guru yang mendapat sokongan daripada pihak pentadbir didapatikurang berasa stres dalam melaksanakan tugasnya. Pentadbir bukan sahaja harus bijakdalam mengemudi pengurusan sekolah, malahan, sentiasa menjaga hubungan denganguru-gurunya. Sokongan pentadbir haruslah meliputi empat dimensi, iaitu emosi, pengajaran, informasi dan penghargaan (Littrell, Billingsley dan Cross 1994). Pentadbiryang menunjukkan rasa hormat dan sentiasa menghargai orang bawahannya, sememangnya amat disenangi oleh guru-guru. Pengagihan tugas yang sama rata dan jelas oleh pihak pentadbir amat penting bagi mengelakkan kesamaran tugas. Kajian ke atas 165 pensyarah politeknik di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berkenaan punca stres, mendapati kesamaran peranan merupakan salah satu punca stres (Wan Mohamad Nasir, 2002). Kesamaran peranan yang dimaksudkan adalah pembahagian tugas kepada pensyarah yang kurang jelas dan tidak adil. Kajian Pauley (2009) pula yang dilakukan terhadap 40 orang guru juga menunjukkan dapatan yang sama. Pengajaran dan pembelajaran yang efektif bukan sahaja terletak pada guru dan strategi pengajaran malahan bergantung kepada bahan bantu mengajar yang digunakan.Kekurangan atau sukar mendapatkan bahan bantu mengajar telah dikenal pasti menjadi salah satu punca stres guru. Ini dibuktikan oleh banyak kajian yang menyatakankekurangan sumber sama ada sumber untuk bahan pengajaran mahupun sumber rujukanyang diperlukan oleh guru telah menyebabkan stres (Burchielli dan Bartram, 2006; Borg& Riding, 1993; Ages, 2011). Walau bagaimanapun, didapati kebanyakan kajian tempatan berkaitan stres dalam kalangan guru banyak tertumpu kepada guru-guru sekolah menengah sahaja. Antaranya, adalah kajian oleh Mohd Fitri (2001) yang mengkaji tahap beban tugas guru di sekolah menengah di daerah Skudai, Johor. Muhammad Hanapi (2004), Leh (2004) dan Sevakame (2003) yang menjalankan kajian yang sama terhadap stres pekerjaan dalam kalangan guru hanya memfokuskan kepada guru-guru sekolah menengah di Malaysia.Manakala, kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan di Perlis pula bertujuan mengkaji tahap, punca-punca dan pengurusan stres guru (Abdul Halim, 2001). Satu lagi kajian yang sama dijalankan oleh Wan Mohamad Nasir (2002), memfokuskan hanya kepada pensyarah politeknik. Begitu juga kajian stres kerja di kalangan guru aliran teknik di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan (Kim, 2006) yang mana responden terdiri daripada guru-guru sekolah menengah. Kajian-kajian stres yang melibatkan guru-guru sekolah rendah adalah sangat kurang khususnya bagi sekolah mubaligh yang belum terdapat satu kajian pun dilakukan. Justeru, penyelidik mengambil peluang untuk menjalankan kajian bagi mengetahui faktor-faktor penentu stres dalam kalangan guruguru sekolah rendah mubaligh di Kuala Lumpur.Sebagaimana yang dilaporkan dalam kajian Jepson dan Forrest (2006) terhadap95 orang guru dari sekolah rendah dan menengah di United Kingdom mendapati gurusekolah rendah mempunyai tahap stres yang tinggi berbanding guru sekolah menengah.Maka, kajian stres dalam kalangan guru sekolah rendah haruslah diperbanyakkan lagi.

1.3 Pernyataan Masalah

Daripada latar belakang kajian yang dihuraikan di atas, jelas menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan guru-guru berasa stres. Antaranya adalah faktor beban kerja, kekangan masa, karenah pelajar, hubungan dengan rakan sekerja, ibu bapa pelajar dan pentadbir, bahan bantu mengajar, kurang sokongan dari pihak pentadbir, kesamaran peranan, mengurus aktiviti-aktiviti pelajar dan harapan tinggi daripada ibu bapa pelajar. Memandangkan guru-guru merupakan aset penting yang diperlukan oleh negara, maka golongan guru perlu diberi perhatian khususnya dalam menghadapi stres.Dengan wujudnya stres dalam kalangan guru, akan memberi impak terhadap guru dalam memberi komitmen semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Lantaran itu, penyelidik ingin mengambil peluang ini untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai masalah stres dalam kalangan guru-guru. Fokus akan diberikan kepada guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang. Penyelidikmempunyai sebab tersendiri untuk memilih guru-guru di Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang sebagai kajian. Penyelidik sendiri yang mengajar di salah sebuah Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang telah sempat melakukan pemerhatian dalam beberapa tahun terhadap guru-guru di samping mendengar luahan perasaan mereka, merasakan guru-guru amat stres semasa menjalankan tugas akibat dari pelbagai faktor.Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dengan memberi tumpuan kepada tujuh pembolehubah tak bersandar iaitu, bebanan tugas, karenah pelajar, kekangan masa, penghargaan dan sokongan dari pentadbir, kekurangan sumber, hubungan sesama rakansekerja, dan hubungan dengan ibu bapa pelajar yang menyumbang kepada stres guru. Penyelidik juga ingin melihat hubungan faktor demografi seperti jantina, umur, bangsa, kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan status perkahwinan terhadap tahap stresguru. Akhirnya, penyelidik ingin menentukan peramal utama stres dalam kalangan guruSekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang.1.4Objektif Kajian

Obkektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap stres dalam kalangan guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang ii. Mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan tahap stres dalam kalangan guru yang mengajar di Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang disebabkan oleh faktor-fakor berikut:a. jantina,b. umur,c. bangsa,d. status perkahwinan,e. kelulusan akademik, danf. pengalaman mengajar.iii. Mengenal pasti peramal utama terhadap stres dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang

1.5 Persoalan KajianBerdasarkan objektif-objektif kajian yang telah disenaraikan, persoalan kajianyang berkaitan dikemukakan seperti berikut:i. Apakah tahap stres dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang?ii. Adakah terdapat perbezaan tahap stres dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dalam aspek berikut:a. jantina,b. umur,c. bangsa,d. kelulusan akademik,e. status perkahwinan, danf. pengalaman mengajar.iii. Adakah faktor berikut merupakan peramal yang signifikan terhadap stres dalamkalangan guru-guru di Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang:a. bebanan tugas,b. karenah pelajar,c. kekangan masa,d. penghargaan dan sokongan,e. kekurangan sumber,f. hubungan sesama rakan sekerja, dang. hubungan dengan ibu bapa pelajar.

1.6 Hipotesis Kajian

a. Soalan kajian (ii)H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dari aspek jantina.H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dari aspek umur.H03Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dari aspek bangsa.H04 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dari aspek kelulusan akademik.H05 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dari aspek status perkahwinan.H06 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang dari aspek pengalaman mengajar.

b. Soalan kajian (iii)H07 Tidak terdapat satu pun pembolehubah tak bersandar yang signifikan sebagai peramal terhadap stres guru-guru Sekolah Rendah Tamil di Zon Tanjong Karang.

1.7 Kerangka Teori

Kajian yang dijalankan ini berpandukan kepada teori dan model stres yang boleh dijadikan asas bagi kajian yang berkaitan dengan stres. Teori dan model yang dipilih, adalah berdasarkan kepada kepentingan di dalam pembinaan instrumen dan modul oleh pengkaji. Berdasarkan kepentingan inilah maka beberapa model yang berkaitan dengan teori asas stres, stres kehidupan, proses mengawal stres dan stres pekerjaan guru dinyatakan di dalam bab ini. Lantaran itu, Teori Stres oleh Selye (1975), Model Proses Stres Greenberg (1999), Model Integrasi Kehidupan Sihat Secara Spiritual Seaward (2006), Model Stres Guru Kyriacou dan Sutcliffe (1978a) dan Stress Zone Melgosa (2001) digunakan sebagai teori dan model yang penting untuk membina instrumen dan menghasilkan modul (rujuk rajah 1.1) Teori asas kajian ini adalah bersandarkan kepada Teori Stres Selye (1975). Teori ini dipilih kerana ia boleh menjelaskan secara keseluruhan tentang fenomena stres terhadap manusia. Ia juga boleh memberikan penjelasan tentang stres yang terjadi melalui proses aliran stres yang lengkap. Tahap aliran ini merangkumi reaksi amaran kepada tubuh badan manusia, tahap penolakan atau penentangan dan tahap keletihan. Bagi mendapatkan punca-punca stres yang merangkumi keseluruhan kehidupan guru, maka Model Proses Greenberg (1999) dipilih untuk mendapatkan penjelasan tentang punca stres dari aspek gaya hidup, peristiwa dan persekitaran. Selain dari itu Model Integrasi Kehidupan Sihat Secara Spiritual Seaward (2006) mewakili model yang melihat faktor spiritual dan kewangan menyumbang kepada punca stres kepada manusia. Bagi mengukuhkan punca stres dalam kalangan guru secara lebih spesifik, maka Model Stres Guru Kyriacou dan Sutcliffe (1978a) digunakan sebagai kerangka teori kajian ini. Antara punca stres yang digunakan mengikut model ini ialah faktor bebanan kerja, hubungan sesame rakan sebaya, kekangan masa, karenah pelajar dan lain-lain. Simptom stres juga merupakan elemen stres yang perlu diambil perhatian bagi melengkapkan proses tinjauan stres dalam kalangan guru. Namun begitu pandangan Melgosa (2001) telah diguna pakai secara efektif bagi menilai tahap, punca dan simptom stres guru. Penilaian keberkesanan modul bergantung kepada bagaimana latihan yang diberikan boleh menurunkan kadar tahap, punca dan simptom stres. Menurut Melgosa (2001), tahap stres terbahagi kepada lima zon. Pertama adalah zon 1 yang ditafsirkan tahap stres sangat rendah, zon 2 adalah rendah, zon 3 adalah normal, zon 4 adalah tinggi dan zon 5 adalah sangat tinggi. Berdasarkan tahap-tahap zon stres yang ditetapkan oleh Melgosa (2001), maka proses menilai keberkesanan modul adalah berlandaskan latihan kepada responden yang berada di zon 4 dan 5. Matlamat keberkesanan adalah membawa responden dari zon 4 dan 5 kepada zon 3. Jika matlamat ini tercapai maka, Modul Latihan Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan Guru dianggap berkesan menurunkan tahap stres responden. Prinsip-prinsip penilaian tahap, punca dan simptom stres yang digunakan oleh penulis ini dijadikan teras untuk menyokong kajian tinjauan dan kes yang dilakukan.

Teori Asas Stres(GAS: General Adoption Syndrome), Home Selye (1975)

Faktor StresModel Proses Stress Greenberg(1999)(Gaya hidup, Peristiwa, Persekitaran)Model Integrasi Kehidupan Sihat secara Spiritual Seaward(2006)(Spiritual, Kewangan)Model Stress Guru Kyriacou dan Sutciffe (1978a)(Pekerjaan, Personaliti, Perhubungan)

Tahap Stres(Stress Zone Melgosa(2001)

Rajah 1.1 : Kerangka teori kajian1.8 Kerangka Konsep

Proses menilai tahap dan faktor stres dalam kalangan guru adalah sesuatu yang amat diperlukan bagi mencari kepastian profil stres kehidupan guru pada masa kini. Dapatan ini akan dapat memberi gambaran yang tepat tentang kehidupan guru yang sebenar. Proses ini perlu dilakukan kerana guru adalah agen yang bertanggungjawab membawa perubahan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam sistem pendidikan. Ia selaras dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang membawa maksud guru adalah orang yang bertanggungjawab membawa inovasi dan menzahirkannya secara berkesan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan keberhasilan murid (Berita Harian, 23 Julai 2010). Oleh sebab itu data tentang kesihatan mental dari aspek stres sangatlah diperlukan. Data yang diperolehi ini akan dapat membantu pihak kementerian menilai kekuatan dan kelemahan golongan guru di dalam memantapkan pembentukan modal insan yang berdaya saing. Selain dari itu data tentang guru yang mengalami stres pada tahap tinggi adalah diperlukan bagi melatih mereka mengawal stres supaya dapat dikembalikan ke tahap normal. Justeru itu satu modul yang berkesan dan sistematik adalah amat diperlukan. Berdasarkan kepentingan inilah satu modul mengawal stres secara holistik perlu dibangunkan. Modul ini merupakan modul yang telah dibina dengan teliti bersandarkan teori dan model yang kukuh. Pemantapan ini dilakukan dengan menilai aspek kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesannnya secara sistematik dan memenuhi kehendak sebuah modul yang baik. Kajian-kajian luar negara menunjukkan modul latihan mengawal stres telah banyak membantu di dalam memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada responden yang mempunyai masalah melibatkan stres. Ia selaras dengan kajian oleh Trotter (2004) terhadap pesakit kanser di sebuah hospital di New Jersey, Amerika Syarikat. Dapatan kajian mendapati program latihan mengurus stres telah berkesan menurunkan skor keseluruhan tahap stres dan depresi responden yang terdiri dari pesakit kanser. Kajian oleh Biberstein (2006) juga mendapati program pengurusan stres selama lapan minggu berjaya membawa perubahan kepada responden dengan menggunakan teknik visual imagery dan tingkah laku. Dapatan ini juga bertepatan dengan kajian Aarin (2007) yang menunjukkan latihan pengawal stres boleh membantu mengurangkan tahap stres. Untuk kajian ini, tumpuan diberi secara khusus bagi mengenal pasti tahapdan faktor stres kehidupan guru berdasarkan faktor demografi. Secara khusus, kajian ini mengenal pasti tentang tahap stres guru yang telah dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahap sangat rendah, rendah, normal, tinggi dan sangat tinggi. Tahap stres guru dilihat sebagai pemboleh ubah bersandar kepada faktor punca dan simptom stres. Pemboleh ubah bersandar punca stres juga memainkan peranan yang penting bagi melihat profil stres dari faktor gaya hidup, kewangan, personaliti, spiritual, peristiwa hidup, persekitaran, perhubungan dan pekerjaan. Selain dari itu pemboleh ubah ketiga adalah simptom stres yang dikesan bergantung kepada faktor fizikal, emosi, tingkah laku, kognitif, sosial dan spiritual. Pengukuran profil tahap, punca dan simptom stres kehidupan guru juga dinilai dari aspek pemboleh ubah tidak bersandar iaitu faktor-faktor demografi. Ciri-ciri faktor yang diambil kira di dalam kajian ini ialah umur, kelulusan akademik, jantina, taraf perkahwinan, pengalaman mengajar, pendapatan, lokasi sekolah dan bangsa. Hasil dari terbentuknya kedua-dua pemboleh ubah itu tadi, maka penilaian untuk melihat keberkesanan modul juga dilakukan. Modul yang telah dibentuk dinilai dari aspek kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanannya. Modul yang dibina bertujuan untuk memberi latihan kepada responden yang mengalami tahap stres yang tinggi dan sangat tinggi. Keberkesanan modul dinilai dengan melihat sama ada berlaku perubahan penurunan skor pada pemboleh ubah bersandar iaitu tahap, punca dan simptom stres. Kerangka konsep yang ditunjukkan (Rajah 1.2) menjelaskan dua gambaran proses kajian yang melibatkan pengesanan tahap dan faktor stres serta penilaian keberkesanan Modul Latihan Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan Guru.

1 Rendah2Sangat Rendah

Faktor StresHubungan dengan ibu bapaHubungan bersama rakan sekerjaBebanan kerjaKekangan masaKarenah pelajarPenghargaan dan sokonganKekurangan sumber

Proses Penentu Stres3Normal

Tahap Stres

BERKESAN

4Tinggi5SangatTinggi

Modul Latihan Kemahiran MengawalStres Kehidupan Guru

Fasa 1 Fasa 2

Rajah 1.2: Kerangka Kajian

Berdasarkan kerangka konsep kajian yang ditunjukkan (Rajah 1.2), proses mengesan tahap, dan faktor stres adalah amat perlu di dalam menentukan profil stres kehidupan guru. Langkah ini amat penting bagi menentukan guru-guru yang berperanan untuk mendidik dan melahirkan modal insan yang berkualiti benar-benar sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar, KPM, 2006). Seterusnya guru-guru yang mempunyai tahap stres yang tinggi dan sangat tinggi perlulah diberi latihan bagi membantu mengurangkan tahap stres mereka. Kajian ini berperanan untuk menilai keberkesanan Modul Latihan Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan Guru di dalam membantu mengurangkan tahap, punca dan simptom stres guru.

1.9 Kerangka Kajian Fenomena kebimbangan yang melampau, gila, bunuh diri dan cubaan membunuh diri kerap dikaitkan dengan stres (Gillett, 1997). Oleh sebab itu proses pencegahan dan pengawalan stres merupakan elemen penting bagi mengecapi kesejahteraan hidup. Seseorang individu perlu mengetahui bahawa banyak perkara yang boleh membuatkan seseorang itu stres. Menurut Makin dan Lindley (1996), sesetengah stres boleh merangsang tahap kesihatan yang baik. Namun aras stres yang terlalu tinggi boleh mengundang stres negatif yang pastinya berkadar terus dengan pelbagai jenis penyakit (Girdano, Dusek dan Everly, 2009). Berapa banyak stres yang dirasai adalah bergantung kepada diri seseorang dan bagaimana mereka memperspesikan sesuatu keadaan (Andrews, 2005). Natijah dari itu, seseorang individu perlulah memahami tahap stres dirinya yang boleh mengundang kerosakan dari semua aspek kehidupan. Menurut Melgosa (2001), manusia yang sihat mempunyai elemen aras stres pada tahap normal. Individu itu dianggap berada pada tahap normal apabila kadang-kadang ia mengalami stres dan kadang-kadang berada pada tahap kerehatan. Pengujian tahap stres individu perlu dilakukan supaya seseorang itu dapat mengetahui tahap stres mereka. Kajian ini begitu penting kepada guru kerana ia dapat membantu mengesan tahap stres sebenar yang dialami oleh guru. Jika mereka berada pada tahap stres tinggi dan sangat tinggi, maka rawatan yang sistematik perlulah dijalankan (R. Ravichandran & R. Rajendran, 2007). Namun demikian, jika tahap stres rendah dan terlalu rendah maka guru perlu meningkatkan tahap kesungguhan bekerja dan menyemarakkan kehidupan supaya menuju ke arah stres tahap normal (Melgosa, 2001). Selain itu, seorang guru perlulah memahami kenapa mereka mengalami stres. Tahap stres yang tidak produktif berkemungkinan akan merosakkan guru dari aspek pengajaran, kehidupan peribadi dan yang paling penting pelajar mereka (Girdano, Dusek dan Everly, 2009). Persoalan ini membawa kepada rentetan bagaimana seseorang itu berfikir untuk melihat betapa perlunya secara rasional kajian ini dilakukan. Ini disebabkan tanpa melalui penilaian seseorang itu sukar untuk melihat punca stres yang paling dominan dalam dirinya. Kajian ini akan dapat membantu guru mengetahui apakah yang menyebabkan mereka stres. Greenberg (1999), melihat punca stres secara umum berkaitan dengan situasi kehidupan seseorang. Kajian ini melihat punca stres dari sudut yang lebih spesifik iaitu melibatkan faktor gaya hidup, kewangan, personaliti, spiritual, peristiwa, persekitaran, perhubungan dan pekerjaan. Faktor ini merupakan punca stres utama guru yang disokong oleh beberapa pendapat yang terdiri daripada Kyriacou dan Sutcliffe (1978a) dan Seaward (2006). Selain dari rasional di atas, proses pengesanan simptom stres terhadap guru juga perlu dilakukan. Model Rangka Kerja Dalam Organisasi Matterson dan Ivancevich (1987) dijadikan sandaran asas kerangka kajian berkaitan dengan simptom stres guru. Pendapat ini diperkemaskan oleh Andrews (2005) yang melihat terdapat enam simptom stres yang biasa dihadapi oleh seorang manusia. Ia merangkumi aspek fizikal, emosi, tingkah laku, kognitif, sosial dan spiritual. Kesemua elemen mengesan tahap dan faktor stres amat diperlukan bagi mendapatkan guru-guru yang mengalami stres supaya rawatan yang diberikan hanya berfokus kepada orang yang betul-betul memerlukannya. Andrews (2005) menjelaskan, jika tahap, punca dan simptom stres tidak dapat dikawal maka seseorang itu mengalami masalah kesihatan yang boleh mengancam kesejahteraan hidup dan menyebabkan penurunan prestasi kerja. Justeru itu sebuah modul yang lengkap secara ilmiah perlu dibangunkan bagi membantu guru-guru yang menerima ancaman fenomena stres ini. Diharap dengan adanya modul yang telah dinilai kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanannya akan dapat membantu memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran mengawal stres terhadap guru yang dikesan mengalami tahap stres yang tinggi. Oleh sebab itu kajian ini begitu rasional untuk dijalankan bagi menjawab tentang pentingnya sebuah modul untuk memberi latihan dan pentingnya instrumen untuk mengesan tahap stres kehidupan guru.

1.10 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini memberi kepentingan kepada dunia pendidikan di Malaysia terutama guru sekolah, kaunselor pentadbir dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.10.1 Guru Sekolah Melalui kajian yang dijalankan, diharap guru dapat menggunakan Inventori Profil Stres Kehidupan (IPSK) dalam mengesan tahap stres. Ini disebabkan setiap orang guru boleh mengesan tahap stres mereka berpandukan kepada IPSK yang digunakan di dalam asas penilaian profil stres guru. Kajian ini juga diharap dapat membantu warga guru yang mengalami stres untuk menjalani rawatan mengawal stres secara sistematik dan berjadual. Selain dari itu instrumen dan modul ini juga diharapkan dapat menunjukkan kepada guru proses untuk mengesan dan mengendali stres secara sistematik dan praktikal. Kajian ini juga boleh dijadikan alat untuk menyedarkan guru bahawa jika ia mengalami stres tahap tinggi dan sangat tinggi, terdapat cara rawatan yang boleh dilakukan. Secara tidak langsung ia akan menjadi penampan kepada penyakit yang lebih serius seperti kebimbingan yang kronik dan kemurungan (Tan, 1986). Jika tahap stres rendah dan terlalu rendah, maka guru itu perlu lebih aktif dan menyemarakkan kehidupan supaya lebih produktif (Melgosa, 2001).

1.10.2 Kaunselor Pentadbir Hasil dari terbentuknya instrumen untuk mengesan dan modul mengawal stres kehidupan, maka diharapkan dapat membantu kaunselor pentadbir untuk melaksanakan tugas mereka dengan efektif. IPSK boleh digunakan sebagai alat untuk mengesan profil tahap stres guru dibawah kendalian mereka. Dengan adanya data yang diperolehi dari IPSK juga akan dapat menjelaskan kepada kaunselor pentadbir tentang punca dan simptom stres guru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai struktur yang lengkap untuk melihat tahap stres guru secara menyeluruh. Ia merangkumi keseluruhan kehidupan guru dan bukannya hanya untuk mengesan tahap stres kerja guru sahaja. Alat mengesan yang dibina ini membolehkan kaunselor pentadbir mendapat maklumat individu guru yang mengalami stres dalam jangka masa yang singkat dan tepat. Ini disebabkan instrumen yang digunakan boleh digerakkan secara manual dan atas talian untuk mendapatkan tahap, punca dan simptom stres kehidupan guru. Ini semestinya akan mempercepatkan lagi proses mengesan yang boleh dilakukan oleh kaunselor pentadbir. Keadaan ini dipermudahkan lagi dengan sifat instrumen yang boleh diproses secara manual dan komputer untuk mendapatkan keputusan secara menyeluruh dan segera. Individu guru sendiri yang menjalankan instrumen ini dan memperolehi profil stres diri masing-masing sebaik sahaja selesai menjawab semua soalan di dalam inventori. Selain itu kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada kaunselor pentadbir untuk menjalankan rawatan stres yang boleh menjimatkan masa dan kos kerana ia lebih berfokus dan terarah selari dengan norma guru-guru di Malaysia. Keadaan ini pastinya akan memudahkan lagi kaunselor menjalankan proses mengawal stres tanpa memikirkan modul yang sesuai bagi melicinkan tugas mereka. Modul yang dibina oleh pengkaji ini boleh terus digunakan oleh kaunselor tanpa memikirkan tentang kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanannya.

1.10.3 Kementerian Pelajaran Malaysia Dengan mengambil kira fenomena krisis ekonomi, bebanan tugas guru yang semakin mencabar, krisis kemasyarakatan dan berbagai isu lain, maka dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi manafaat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengekalkan dan memelihara imej kesihatan mental dalam kalangan guru. Hasil kajian boleh memberikan gambaran tentang tahap, punca dan simptom stres kehidupan guru. Rentetan dari itu, maka kajian ini diharapkan dapat dijadikan kayu ukur bagi menilai guru-guru yang mengalami stres dan memerlukan rawatan segera. Selain dari itu modul ini boleh digunakan untuk melatih kaunselor pentadbir sebagai jurulatih yang berkesan bagi membantu mengesan dan merawat guru yang mengalami stres. Keadaan ini menyumbang kepada proses pencegahan yang sistematik bagi menjadikan guru sebagai modal insan yang sihat, cemerlang dan terbilang. Kehidupan guru yang sihat akan menyumbang kepada perlaksanaan falsafah pendidikan negara bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Seterusnya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Mok Soon Sang, 2002).

1.11 Batasan Kajian Kajian yang dijalankan ini melibatkan guru sekolah yang terlatih secara formal dan sedang berkhidmat di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan di Johor yang mempunyai batasan yang berikut:

1. Dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Berkhidmat secara sepenuh masa di sekolah. 3.Telah dilatih dan sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Perguruan dari Institut Pendidikan Guru. 4. Mengajar di sekolah harian biasa bantuan penuh kerajaan. 5. Hanya guru di sekolah menengah sahaja terlibat.

Kajian yang dijalankan ini memberi fokus kepada tahap stres yang boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu stres yang terlalu rendah, rendah, normal, tinggi dan sangat tinggi. Guru yang mengalami tahap stres tinggi dan sangat tinggi sahaja yang perlu diberi latihan mengwal stres dengan menggunakan Modul Latihan Kemahiran Mengawal Stres Kehidupan Guru. Selain itu, kajian juga tertumpu kepada lapan punca stres iaitu gaya hidup, kewangan, personaliti, spiritual, peristiwa hidup, persekitaran, perhubungan dan pekerjaan. Aspek lain seperti faktor guru yang hampir bersara, punca stres dari penyakit kronik dan stres akibat bekerja sambil melanjutkan pelajaran tidak diambil kira di dalam ujian punca stres. Skop kajian juga hanya memberi fokus kepada enam simptom iaitu fizikal, emosi, tingkah laku, kognitif, sosial dan spiritual. Jika terdapat simptom yang berkaitan dengan masalah mistik tidak akan diuji di dalam kajian ini. Akhir sekali pengujian tahap kefahaman bagaimana guru mengawal stres berkisar kepada enam elemen iaitu fizikal, emosi, tingkah laku, kognitif, sosial dan spiritual sahaja. Aspek yang diuji hanya tertumpu kepada elemen yang major sahaja tanpa menjelaskannya. Selain itu, soal selidik kajian ini hanya menggunakan soal selidik yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Keadaan ini tentunya menyumbang kepada kekurangan ketepatan dan pengikhtirafan oleh pengkaji lain. Begitu juga dengan kekuatan modul yang dibangunkan kerana pengkaji menggunakan modul yang dibina sendiri. Modul ini belum diuji oleh pengkaji lain tentang kesahan dan kebolehpercayaannya.

1.12 Definasi OperasionalDalam konteks kajian ini, beberapa istilah yang membawa makna khususditakrifkan seperti berikut:

a. StresMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tekanan didefinisikan sebagaiperbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan, keadaan menanggungbeban yang sukar ditanggung. Dalam kajian ini, stres merujuk kepada sebarang gangguansama ada dari segi fisiologi mahu pun psikologi kesan dari menjalankan tugas sebagaiseorang guru sekolah rendah. Gangguan fisiologi merupakan gangguan yang bolehmemberi kesan ke atas kesihatan diri seseorang seperti keletihan dan tekanan darahtinggi. Manakala bagi gangguan psikologi pula, melibatkan gangguan perasaan seperti,perasaan marah, kecewa, murung, resah dan rasa tidak puas hati. Gangguan-gangguan iniadalah disebabkan oleh ketidakupayaan guru memenuhi kehendak atau permintaan keatas dirinya dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah.

b. GuruDalam kajian ini, guru ditakrifkan sebagai seorang yang terlatih dalam bidangperguruan yang mempunyai kelayakan akademik yang berbeza sama ada guru bukanberijazah atau guru berijazah di bawah pentadbiran KPM. Tetapi kajian ini tidakmelibatkan guru-guru sandaran tidak terlatih, penolong-penolong kanan dan guru besar.Guru-guru adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di 14 buah Sekolah RendahMubaligh di Kuala Lumpur yang bukan sahaja terlibat dalam proses pengajaran danpembelajaran, tetapi juga bertanggungjawab menjalankan semua aktiviti yang berkaitandengan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

c. Faktor-faktor Penentu StresDalam kajian ini, penyelidik memfokuskan hanya tujuh pembolehubah takbersandar iaitu, bebanan tugas, karenah pelajar, kekangan masa, penghargaan dansokongan, kekurangan sumber, hubungan sesama rakan sekerja, dan hubungan denganibu bapa pelajar.

i. Beban TugasMerujuk kepada semua tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh guru sama adayang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ataupun di luar pengajaran danpembelajaran. Antaranya adalah seperti membuat rancangan mengajar, menyediakanbahan bantu mengajar, menghabiskan silibus, mengemaskini jadual kedatangan pelajar,mengganti guru yang tidak hadir, mengendalikan aktiviti ko-kurikulum, menggubalsoalan dan pelbagai tugas lain.

ii. Karenah PelajarKarenah pelajar merujuk kepada pelbagai tingkah laku dan salah laku yangditunjukkan oleh pelajar. Antaranya adalah, pelajar yang kurang sopan, membuat bising,bersikap negatif terhadap pelajaran dan tidak bermotivasi.

iii. Kekangan MasaKekangan masa ditakrifkan sebagai, masa yang tidak mencukupi untuk berehatdan menjalankan tugas berkaitan pengajaran dan pembelajaran (menghabiskan sukatanpelajaran, membuat persediaan mengajar, memberi tumpuan kepada pelajar secaraindividu, menanda buku) dan yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran(mengisi borang, menyediakan kertas kerja dan laporan dan mesyuarat).

iv. Kekurangan SumberDalam kajian ini, kekurangan sumber bukan sahaja terhad kepada sumber pengajaran, seperti, kurangnya peralatan dan kemudahan pembelajaran tetapi juga melibatkan keperluan harian guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah (kertas dan mesin pencetak). Kemudahan bilik guru yang tidak selesa dan sempit juga turut dikategorikan sebagai kekurangan sumber.

v. HubunganDalam konteks kajian ini, hubungan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, hubungan sesama rakan sekerja dan hubungan dengan ibu bapa pelajar. Rakan sekerja adalah individu atau kumpulan yang mempunyai tugas yang hampir sama iaitu merujukkepada guru-guru di sekolah yang sama. Manakala, ibu bapa pelajar merujuk kepadaorang tua (emak, ayah atau penjaga) yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelajardan mempunyai pertalian keluarga.

vi. Penghargaan dan SokonganPenghargaan adalah perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan dan penyanjungan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Manakala, sokongan adalah merujuk kepada sokongan yang berupa bantuan kebendaan dan juga sokongan yang dapat memberi perangang dan mengukuhkan semangat. Kajian ini memfokuskan kepada penghargaan dan sokongan yang ditunjuk dan diberi oleh pihak pentadbir kepada guruguru.

1.13 KesimpulanDalam bab ini, telah diperjelaskan satu persatu perkara-perkara yang menjadi asasdan hala tuju kajian ini. Penyelidik telah menetapkan beberapa matlamat yang ingindicapai di akhir kajian ini. Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan,penyelidik seterusnya membentuk beberapa hipotesis. Pada masa yang sama, penyelidikturut menyatakan kepentingan kajian dan batasan kajian. Di bahagian akhir bab ini,definisi operasional bagi beberapa istilah penting telah dihuraikan bagi memberikefahaman yang mendalam.

BAB 2TINJAUAN LITERATUR

2.1 Definisi Konsep

Stres:Istilah stres ini berasal daripada perkataan lain iatu strictus yang bermaksud bound tight atau diikat dengan ketat. Feldman (1999) dalam Tee Sook Kim (2006), mendefinisikan stress sebagai tindak balas terhadap peristiwa-peristiwa yang mengugat atau mencabar seseorang. Dengan itu, stress merupakan segala respon badan manusia secara fizikal atau mental terhadap sesuatu kejadian.Manakala. Lazarus (1993) pula menyatakan bahawa stress adalah penyimpangan daripada satu keadaan yang normal atau stabil. Hal ini adalah berdasarkan prinsip homeostasis yang telah diterangkan pada awalnya oleh Claude Bernad dan seterusnya diperkembangkan oleh Walter Cannon pada tahun 1939 dalam Siti Bazilah (2009). Prinsip homeostasis merupakan kecenderungan manusia untuk sentiasa mengekalkan suatu keadaan keseimbangan yang dapat memenuhi segala keperluan serta tanggungjawab sosialnya. Stres terhasil apabila keseimbangan ini tidak dapat dikekalkan. Apabila semua tuntutan ke atas dirinya tidak dapat ditangani dan semakin meningkat, stress akan memberi kesan terhadap prestasi, kesihatan dan penyesuaian psikososial (Boyte et al.,1995).Mengikut Hudd et al. (2000) dalam Siti Bazilah (2009), stress adalah suatu fenomena yang bersifat individu dan unik terhadap setiap orang dan situasi. Stres merupakan kesan sampingan (by-product) daripada kehidupan moden dan berkaitan dengan ketegangan kehidupan harian yang dialami secara berulangan, jadi sebarang peranan dan tanggungjawab yang baru atau perubahan gaya hidup yang boleh menimbulkan stress. (Johnson et al.2000 dalam Tee Sook Kim 2006).Morstt dan Frust (1979:7) dalam Tee Sook Kim (2006) juga menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan. Selain itu, tekanan juga sebagai satu tindak balas atau reaksi yang tidak spesifik tubuh terhadap sebarang rangsangan atau permintaan. Ini menunjukkan apabila semua permintaan melebihi daripada kemampuan badan, ia akan mengakibatkan ketegangan.Pendapat ini selari dengan pandangan yang diberikan oleh Marof Redzuan & Haslinda Andullah (2002:209) dalam Siti Bazilah (2009), yang turut menyatakan bahawa tekanan sebagai tindak balas seseorang terhadap sesuatu keadaan dan suasana yang menganggu serta memerlukan penyesuaian samada untuk system badan atau pun pemikiran. Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam mendefinisikan tekanan.

2.2 Kajian Literatur Dalam Negara

Terdapat beberapa kajian literatur dalam negara yang dirujuk oleh pengkaji. Antaranya adalah Siti Rohani (1991) telah mengkaji tahap stres kerja guru dan pengaruh faktor sekolah ke atas stres kerja dengan menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada soal selidik Kyriacou dan Sutcliffe(1979). Seramai 200 orang guru sekolah rendah telah dipilih secara rawak dari sepuluh buah sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil di Seremban. Hasil kajian beliau menujukkan guru mengalami stres berhubung dengan empat faktor, iaitu faktor murid, beban tugas, tekanan masa dan suasana kerja di sekolah. Faktor murid seperti sikap, minat dan kerja murid di dapati paling menyumbang stres kerja guru, terutamanya di kalangan guru wanita. Bilangan murid yang ramai dan kekurangan kemudahan dan peralatan mengajar juga dikenal pasti sebagai punca stres kerja di kalangan guru. Masalah disiplin, hukuman di sekolah serta peraturan-peraturan juga didapati amat menekan guru. Kajian beliau juga menunjukkan terdapat perbezaan stres guru di kalangan guru dari segi faktor demografi. Guru wanita didapati lebih tertekan erbanding dengan guru lelaki, guru yang berumur lebih dari 35 tahun lebih tertekan berbanding mereka yang berumur kurang dari 34 tahun, guru yang berkelulusan SPM dan belajar di Maktab Perguruan didapati mengahadapi lebih stres kerja berbanding dengan guru yang memperolehi lain-lain kelulusan serta guru yang lebih berpengalaman adalah lebih tertekan daripada guru yang kurang berpengalaman.Hasil kajian yang dijalankan oleh Tan (1996) mendapati bahawa terdapat sepuluh faktor utama yang menyumbang kepada stres kerja guru. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti terpaksa mengajar kelas yang besar, gaji yang kurang, sikap buruk pelajar terhadap kerja, kurang peluang untuk maju dalam kerjayanya, terpaksa mengendalikan pelajar yang buruk disiplinnya, terpaksa menggantikan tugas guru yang tidak hadir, banyak kerja perkeranian, kurang kerjasama dari ibu bapa dan kekurangan masa dan jadual waktu yang berat. Menutu Tan(1996), guru yang kurang berpengalaman yang lebih positif dalam menghadapi cabaran-cabaran baru dan bermotivasi tinggi untuk menangani cabaran tersebut.Manakala, Mokhtar(1998) pula telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti faktor-faktor stres di kalangan guru yang terlibat berdasarkan kepada lima faktor utama, iaitu salah laku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, perhubungan interpersonal dan penghargaan. Beliau telah memilih guru-guru sekolah menengah di Kulim, Kedah sebagai responden kajian. Dapatan kajian mendedahkan bahawa 17.5 peratus daripada 285 orang guru yang terlibat mengalami stres yang tinggi, diikuti oleh 188 orang responden yang mengalami stres pada tahap sederhana dan seramai 47 orang responden yang mengalami stres yang rendah.Seterunya, Ramli(2003) juga telah menjalankan kajian terhadap 53 orang guru-guru bengkel bersiswazah dan bukan siswazah sekolah-sekolah menengah di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk mengenal pasti tahap dan punca stres kerja guru. Dalam kajianya, 4 faktor guru telah dikaji, iaitu faktor salah laku pelajar, perhuungan interpersonal, penghargaan telah menyebabkan stres yang tinggi kepada responden. Manakala dua faktor yang lain telah menyumbang stres yang sederhana kepada responden. Di samping itu, faktor salah laku pelajar telah dikenal pasti merupakan punca stres guru yang paling ketara, diikuti oleh faktor penghargaan, hubungan interpersonal dan kekangan masa dan sumber.Kajian lepas tempatan yang dijalankan oleh Noor Hadayah(2003) turut membuktikan bahawa beban kerja dan kekangan masa merupakan punca utama dalam menyebabkan stres kerja di kalangan guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru dengan skor min tertinggi berbanding dengan faktor-faktor lain seperti salah laku pelajar, keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan dan ethos sekolah yang tidak menyenangkan.Akhir sekali, Zakiah (2003) turut mengkaji tahap dan punca stres di kalangan 78 orang guru Sekolah Rendah Zon Bandar di daerah Kota Tinggi, Johor. Beliau mendapati bahawa faktor kekangan masa dan sumber telah muncul sebagai faktor stres yang paling ketara, diikuti oleh faktor salah laku pelajar, beban tugas, penghargaan dan hubungan interpersonal. Seramai 48 orang responden mengalami stres yang sederhana, 20 orang responden tertekan pada tahap yang tinggi dan 10 orang responden mengalami stres yang rendah. Secara keseluruhanya, responden-responden telah mengalami stres pada tahap sederhana.

2.2 Kajian Literatur Luar Negara

Terdapat beberapa kajian literature luar Negara yang dirujuk oleh pengkaji. Antaranya adalah kajian yang dijalankan oleh Pratt(1978), seramai 124 orang guru di Sheffield telah diminta untuk melengkapkan Teacher-Event Stres Inventory yang telah diedarkan. Hasil kajian menunjukkan punca-punca stress yang mempunyai nilai min tertinggi termasuklah pelajar yang gelisah, pelajar yang tidak mengikut arahan dan kehadiran pelajar yang bermasalah dalam kelas. Kesemua item ini adalah berkaitan dengan tingkah laku pelajar. Analisisi selanjutnya menunjukkan stress kerja guru timbul akibat daripada lima factor, iaitu hubungan antara staf, pelajar yang agresif, ketidakupayaan dalam mengendalikan masalah mengajar, pelajar yang tidak bekerjasama dan perihal berkaitan pembelajaran pelajar.Manakala, Fletcher dan Payne(1982) telah menjalankan kajian terhadap 148 orang guru yang berkhidmat di seolah menengah, sekolah rendah dan sekolah tadika di United Kingdom. Hasil kajian menunjukkan bahawa 44 peratus responden mengalami stress yang banyak tetapi masih boleh mengendalikan stress tersebut, 23 peratus responden berasa tertekan tetapi asih seronok mengajar dan 25 peratus responden mengalami sedikit tekanan.Seterusnya, Smilansky(1984) telah melaksanakan satu kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap stress dan kepuasaan kerja di kalangan 36 orang guru perempuan yang mengajar di empat buah sekolah rendah di Israel. Hasil kajian memdedahkan bahawa 14 peratus responden mengalami stress yang tinggi atau amat tinggi. Faktor beban tugas telah ditentukan sebagai punca stres yang paling ketara, diikuti oleh tingkah laku pelajar dan proses pengajaran yang sebenar. Manakala hubungan guru dikenalpasti sebagai factor yang paling kurang menyumbang stress guru.Kyriacou dan Chien(2004) telah menjalankan kajian untuk mengkaji stress kerja di kalangan 203 orang guru sekolah rendah di Taiwan. Hasil kajian mereka mendedahkan bahawa 26 peratus responden tertekan atau amat tertekan. Perubahan dasar pendidikan yang kerap oleh kerajaan dan beban tugas yang banyak telah ditentukan sebagai punca stres yang utama.

2.3 Rumusan Pencarian kajian literatur bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, lebih-lebih lagi bagi penyelidik yang tidan berpengalaman. Bagi memudahkan proses pencarian, penyelidik perlu memilih tajuk-tajuk yang relevan. Seterusnya, penyelidik perlulah mencari kajian-kajian literatur yang mempunyai tajuk yang hampir sama dengan kajian sendiri. Kajian-kajian lepas ini meliputi kajian dalam dan luar negara. Berdasarkan kajian-kajian yang dimasukkan dalam kajian ini digunakan sebagai bahan sokongan kajian dan panduan yang digunakan oleh pengkaji dalam usaha menambahkan hasil penyelidikan ini. Dengan adanya kajian tentang stres dalam kalangan guru yang telah dijalankan akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pengkaji mengenai kajian yang akan dijalankan.Berdasarkan dapatan kajian yang telah dikemukakan oleh para pengkaji yang lepas, jelas menunjukkan stres kerja di kalangan guru merupakan suatu perkara yang harud diberi perhatian yang serius oleh semua pihak.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PendahuluanMetadologi kajian adalah merujuk kepada cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang sangat minimum, bagi mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia juga merupakan komponen yang penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif, jelas, tepat dan boleh dipercayai. Peranan bab ini adalah untuk membincangkan kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian. Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel dan populasi, kaedah pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah analisis yang diguna pakai.

3.2 Reka Bentuk KajianSimon (1978), menyatakan bahawa analisis data yang baik adalah analisis yang dapat menunjukkan data-data yang penting dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca. Kajian berbentuk diskriptif iaitu tinjauan. Kajian tinjauan ini adalah proses pengumpulan data dimana sekumpulan individu tertentu perlu menjawab soalan yang disediakan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi.Soal selidik dibina sebagai alat ukur untuk mendapatkan data. Soal selidik merangkumi aspek yang berhubung dengan latarbelakang responden, tahap stress (yang meliputi faktor-faktor stres) dan stres dari aspek personaliti. Menurut Mohd Najib (1998), kajian diskriptif hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah. Melalui kaedah soal selidik, semua maklumat yang diperolehi diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan seterusnya ditafsirkan secara kuantitatif.Marshall & Rossman (1995), analisis diskriptif digunakan untuk kajian yang hanya menjelaskan sesuatu fenomena yang hendak dikaji. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah korelasi yang menguji hubungan di antara stres dari aspek personaliti. Pengkaji juga mengkaji faktor stres yang mempengaruhi personaliti dengan melihat perkaitan/ hubungan.

3.3 Populasi dan Sampel KajianKajian dijalankan di sekolah rendah tamil di zon Tanjng Karang, Selangor. Jumlah populasi sebenar ialah 12 orang guru.Saiz sampel kajian seramai 12 orang yang dipilih secara rawak berstrata (kuota). Dimana sekolah yang mempunyai ramai guru maka pecahan sampel yang diambil adalah lebih ramai ini dapat menunjukkan bahawa semua guru mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian ini.Pecahan sampel adalah seperti berikut :

SJK(T) Zon Tanjong KarangSampel

SJK(T)Ghandiji12

Jumlah Responden12

Jadual 3.1 Pecahan Sampel Responden

Kaedah persempalan yang digunakan bagi kajian ini ialah kelompok atas kelompok.

3.4 Rekabentuk kajianAlat ukur tahap stres ialah Job Related Tension Index dibentuk oleh Khn, Wolfe dan Resenthel (1964) diterjemah oleh Lem Boon (1981) dengan menggunakan markat index. Ini telah dibuktikan oleh pengkaji yang lalu yang telah menggunakan alat ukur ini ialah :PengkajiTempatRespondenNilai aplha

Noriah(1994)UUM1800.8110

Anuar Md Som(1999)UTM460.8315

Halan Malaka & rakan-rakanUTM350.7781

Jadual 3.2 Nilai Alpha alat ukur pengkaji yang lalu

Alat ukur stress dari aspek personaliti pula dibentuk oleh Friedman, M dan Rosenman, R.H dan diterjemah oleh Malek Mukamat Said.

3.4 Instrumen KajianInstrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data. Kaedah yangdigunakan untuk mendapatkan data ialah

3.4.1 Bahagian A : Maklumat Peribadi / DemografiPada bahagian ini, ia mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi atau latarbelakang responden. Antaranya ialah jantina, umur, status perkahwinan dan pengalaman mengajar.

3.4.2 Bahagian B : Ujian Tahap StresSemua pengubahsuian item soalan adalah berdasarkan situasi guru di sekolah rendah yang mungkin berlaku. Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik. Skala yang digunakan ialah skala likert 5 mata seperti jadual di bawah:

KenyataanTidak Pernah(TP)Jarang(J)Kadang-kadang(KK)Agak kerap(AK)Kerap(K)

Skor12345

Jadual 3.3 Skala Likert 5 Mata

Secara keseluruhannya skala likert yang digunakan mempunyai peranannya sama ada ia bersifat positif atau negatif. Jika responden merasakan mereka mengalami stres yang rendah atau sedikit skor 4 atau 5 akan diberikan, tetapi sebaliknya jika responden merasakan mereka mengalami stres yang serius atau kuat skor 1 atau 2 akan diberikan dan ianya bersifat negatif. Skor 3 pula diberikan sekiranya mereka tidak pasti sama ada mereka mengalami stres atau tidak.

3.4.3 Bahagian C : Ujian Stres GuruSebanyak 41 item akan diguna pakai sebagai faktor yang menyebabkan stres. Tiada pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya dikhaskan untuk guru. Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik. Skala yangdigunakan pula telah ditetapkan seperti berikut :

KenyataanTiada Stress(T)Stres Rendah(SR)Stres Sederhana(SS)Stres Tinggi(ST)Stres Sangat Tinggi(SST)

Skor12345

Jadual 3.4 Skala Likert 5 mata

Secara keseluruhannya skala yang digunakan mempunyai peranannya. Responden perlu tahu keadaan yang mereka alami dan skor 1 akan diberikan sekiranya ia kerapkali berlaku (terlalu kerap), skor 2 jika dialami stres rendah, skor 3 jika jarang mengalami situasi yang diberikan dan skor 4 bagi mengalami stress tinggi dan skor untuk stress sangat tinggi. Cara pemarkatan indeks stres dari aspek personaliti telah ditetapkan seperti berikut :

3.5 Tatacara pemerolehan dataKajian yang dijalankan oleh pengkaji perlu mendapat kelulusan dari pihak tertentu supaya memudahkan lagi proses pengambilan data atau maklumat. Kajian ini melibatkan responden dari luar UPSI. Antara prosedur yang perlu diikuti ialah :(i) Mendapatkan kelulusan daripada pihak EPRD.(ii) Mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengarah Pendidikan NegeriSelangor dan guru besar sekolah-sekolah rendah yang terlibat.(iii) Membuat pemilihan sampel(iv) Membuat kajian rintis(v) Membuat kajian sebenar. Penyelidik mengedarkan soal selidik sendiri kepada responden (guru sekolah rendah) untuk dijawab dalam masa yang ditetapkan dan diawasi oleh penyelidik.(vi) Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window version 15.0.(vii) Menyiapkan laporan dan dihantar kepada penyelia.

3.8Kajian Rintis3.9Penganalisaan Data3.9Penutup3.9Rujukan

TAJUK KAJIAN:

FAKTOR-FAKTOR STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH TAMIL DI ZON TANJUNG KARANG

SOAL SELIDIKGuru-guru yang dihormati,Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang streskerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah mubaligh di Kuala Lumpur. Diharapguru-guru dapat menjawab soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumatyang diberikan akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan inisahaja.Kerjasama yang anda berikan didahului dengan ucapan terima kasih. Semogadengan kerjasama yang diberikan dapat mempertingkatkan lagi kesahihan kajian ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Disediakan oleh:PREMA A/P VIJAYAKUMARSarjana PendidikanUniversiti Pendidikan Sultan IdrisTanjong Malim, Perak.