3
APAKAH METOD YANG DIGUNAKAN OLEH PAKAR ARKEOLOGI DALAM MENGKAJI SESUATU TAMADUN TERDAHULU? BINCANGKAN. Arkeologi berasal daripada perkataan Greek iaitu Arkhailogia yang bermaksud barang- barang purba. Kajian arkeologi dijalankan oleh pakar-pakar yang tertentu untuk menyelidik dan mengetahui kehidupan manusia zaman dahulu sebelum wujudnya sistem tulisan. Pakar arkeologi bergantung kepada penyelidikan arkeologi dan penganalisisan dari setiap sudut sains untuk mendapat maklumat saintifik yang fasih. Arkeologi juga dikatakan bermula setelah penemuan artifak yang wujud di Afrika Timur dan penemuan penting seperti makam Tutankhamun di Mesir. Secara ringkasnya, arkeologi merupakan kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan terutama kebudayaan prasejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan- kesan tinggalannya. Salah satu metod yang digunakan oleh pakar arkeologi dalam mengkaji sesuatu tamadun terdahulu ialah melalui kaedah cari gali. Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak- tapak yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi. Kaedah cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper, penapis, berus, dan sebagainya. Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan tembikar, tulang binatang, rangka manusia, bangunan lama dan sebagainya. Bagi menentukan usia atau tempoh artifak sebagai bukti kewujudan tamadun, ahli arkeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau “C14”. Selain itu, pakar arkeologi juga membuktikan kewujudan sesuatu tamadun penemuan tinggalan-tinggalan arkeologi. Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu- satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifak , inskripsi dan monument. Artifak merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manik-manik , fosil-fosil , kapak batu dan lain-lain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu

Apakah Metod Yang Digunakan Oleh Pakar Arkeologi Dalam Mengkaji Sesuatu Tamadun Terdahulu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Metod Pakar Arkeologi

Citation preview

Page 1: Apakah Metod Yang Digunakan Oleh Pakar Arkeologi Dalam Mengkaji Sesuatu Tamadun Terdahulu

APAKAH METOD YANG DIGUNAKAN OLEH PAKAR ARKEOLOGI DALAM MENGKAJI SESUATU TAMADUN TERDAHULU? BINCANGKAN.

Arkeologi berasal daripada perkataan Greek iaitu Arkhailogia yang bermaksud barang- barang purba. Kajian arkeologi dijalankan oleh pakar-pakar yang tertentu untuk menyelidik dan mengetahui kehidupan manusia zaman dahulu sebelum wujudnya sistem tulisan. Pakar arkeologi bergantung kepada penyelidikan arkeologi dan penganalisisan dari setiap sudut sains untuk mendapat maklumat saintifik yang fasih. Arkeologi juga dikatakan bermula setelah penemuan  artifak yang wujud di Afrika Timur dan penemuan penting seperti makam Tutankhamun di Mesir. Secara ringkasnya, arkeologi merupakan kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan terutama kebudayaan prasejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan- kesan tinggalannya.

Salah satu metod yang digunakan oleh pakar arkeologi dalam mengkaji sesuatu tamadun terdahulu ialah melalui kaedah cari gali. Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak- tapak yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi. Kaedah cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2 meter , penggunaan alat seperti scraper, penapis, berus, dan sebagainya. Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan tembikar, tulang binatang, rangka manusia, bangunan lama dan sebagainya. Bagi menentukan usia atau tempoh artifak sebagai bukti kewujudan tamadun, ahli arkeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang dikenali sebagai radio carbon dating atau “C14”.

Selain itu, pakar arkeologi juga membuktikan kewujudan sesuatu tamadun penemuan tinggalan-tinggalan arkeologi. Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan di satu- satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti artifak , inskripsi dan monument. Artifak merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi seperti serpihan tembikar , manik-manik , fosil-fosil , kapak batu dan lain-lain . Inskripsi pula merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan sebagainya.Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifak dan monument purba seperti piramid , kuil – kuil , istana firaun , sphinx dan sebagainya.

Penemuan tapak-tapak kota atau bandar purba juga merupakan cara pakar arkeologi dalam mengkaji tamadun terdahulu. Dengan penemuan tapak-tapak kota atau bandar purba, ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan sesebuah tamadun pada zaman terdahulu. Antaranya seperti Istana, rumah ibadat, kubu pertahanan, bangunan pentadbiran, tugu peringatan dan sebagainya.Tapak- tapak kota ini adalah berbentuk monument yang lengkap. Mengikut ahli arkeologi, penemuan ini dapat diklasifikasikan sebagai lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir, Sumeria, Indus dan lain lain. Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm. Tamadun Sumeria melalui tapak kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

Penemuan sistem tulis juga meyumbangkan cara kepada pakar arkeologi dalam mengkaji tamadun terdahulu. Pakar arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui

Page 2: Apakah Metod Yang Digunakan Oleh Pakar Arkeologi Dalam Mengkaji Sesuatu Tamadun Terdahulu

penemuan sistem tulisan yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat, tugu peringatan, istana, kuil, surat perjanjian dan sebagainya. Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan manifestasi sesuatu bangsa. Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol-simbol atau lambang yang dicantumkan menjadi maksud tertentu. Antaranya tulisan yang terawal seperti hieroglif di Mesir, Cuneiform di Sumeria,  Ideogram di Hwang Ho, Phoenicia di Yunani dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu- batu bersurat, tugu peringatan, rumah -rumah ibadat, kubur, bangunan dan sebagainya .Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai “Rosetta Inscription” dan tulisan- tulisan yang terdapat pada dinding piramid.

Tambahan pula, pakar arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan-tinggalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba. Antaranya melalui sistem pertanian, perdagangan, mata wang, pengangkutan dan sebagainya Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata , kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali “chariot” , penggunaan kapal layar dan lain- lain. Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifak yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wang syiling emas dan perak dan sebagainya.

Pakar arkeologi membuktikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan. Ini kerana setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing -masing. Biasanya mereka juga akan meninggalkan kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun mereka. Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil, berhala, patung dewa atau tuhan, tempat pemujaan dan penyembahan, alat- alat penyembahan dan sebagainya. Kebanyakan bukti- bukti dijadikan bahan rujukan utama kepada pakar arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya, cara hidup, nilai sosial, adaptasi dan sebagainya. Contohnya Tamadun Sumeria dapat dikaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai “ziggurat” yang merupakan bangunan berbentuk piramid tujuh tingkat, tamadun Mesir melalui penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kernak dan Memphis dan sebagainya.

Kesimpulannya, kaedah-kaedah atau metod-metod diatas merupakan cara pakar arkeologi  dalam membuat kajian dan mentafsir sejarah tamadun. Biasanya, projek arkeologi memerlukan masa yang agak panjang untuk memperoleh maklumat yang fasih dan logik dalam peninggalan tamadun. Dengan usaha pakar arkeologi ini, kita juga dapat mengetahui sesuatu yang pernah wujud suatu ketika dahulu.