of 22 /22
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEM 5 / 2012 HBEF2703 KOKURIKULUM

Hbef2703 780601025431001

Embed Size (px)

DESCRIPTION

assignment

Citation preview

Page 1: Hbef2703 780601025431001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEM 5 / 2012

HBEF2703

KOKURIKULUM

MATRICULATION NO : 780601025431001

IDENTITY CARD NO. : 780601025431

TELEPHONE NO. : +60127171650

Page 2: Hbef2703 780601025431001

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU

KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 Prakata 3

2 Merancang Aktiviti Kokurikulum 4

3 Perlaksanaan Aktiviti 8

4 Pelaporan Aktiviti 9

5 Bukti / Dokumentasi 14

Page 3: Hbef2703 780601025431001

PRAKATA

Pengelolaan kokurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa

keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan

negara.Secara tidak langsung ini akan menimbulkan minat pelajar menyertai bidang

kokurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap

aktiviti yang dijalankan contohnya seperti perkhemahan sememangnya membolehkan

pelajar menimba pengalaman dan menerapkan nilai nialai murni seperti berdikari,

bekerjasama dan sebagainya.Ini juga mendorong mereka menghadapi dunia sebenar

apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

Ko-kurikulum menggunakan teori pembangunan yang mencadangkan bahawa

murid-murid bergerak dari satu pandangan yang agak sempit diri sendiri dan dunia.

Sebagai hasil daripada pengalaman mereka dan pembelajaran yang berlaku kedua-dua

dalam dan di luar bilik darjah mereka akan berkembang menjadi individu yang

mempunyai identiti yang lebih ditakrifkan dan pandangan dunia yang majmuk.

Khususnya, sebagai pelajar bergerak di sepanjang kontinum ini perkembangan kognitif

dan peribadi seperti membangunkan rasa tujuan di mana mereka mampu untuk

merumuskan peribadi, intelektual, dan matlamat kerjaya, membangunkan kecekapan dan

pertumbuhan pengalaman dalam kemahiran intelek, interpersonal, dan fizikal,

membangunkan identiti peribadi mereka dengan menyedari jantina, orientasi seksual

mereka, penerimaan diri, dan keyakinan diri.

Terdapat 3 cabang utama pergerakan ko kurikulum disekolah iaitu kelab dan

persatuan yang mengumpulkan pelajar pelajar dengan minat yang sama sebagai

contohnya kelab Bahasa Melayu atau Kelab seni budaya, Yang kedua badan beruniform

dimana sebuah organisasi yang terlibat oleh orang-orang yang memakai pakaian seragam

yang sama. Seragam ini menunjukkan identiti mereka. Biasanya pelajar - pelajar yang

terlibat dalam organisasi akan menjalani program – program untuk mendisiplinkan diri.

Page 4: Hbef2703 780601025431001

Sebagai contoh Pergerakan Pengakap Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,

Tunas Puteri dan Pergerakan Puteri Islam yang merupakan badan uniform utama pelajar -

pelajar sekolah kebangsaan. Cabang yang ketiga pula, diklasifikasikan sebagai aktiviti

sukan dan permainan contohnya kelab bola sepak, kelab olahraga dan sebagainya

1. MERANCANG AKTIVITI KOKURIKULUM

Dalam bab ini kita akan menyelami secara terperinci perancangan yang perlu dibuat oleh seorang guru penasihat Persekutuan Pengakap Malaysia Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah 1 dalam perancangan penggal pertama persekolah untuk murid tahap 2 sekolah kebangsaan yang dikategorikan sebagai Pengakap Kanak - Kanak. Aktiviti yang dirancang melibatkan pelbagai disiplin kemahiran yang telah disusun untuk memberikan pendedahan pembelajaran luar bilik darjah yang lebih menarik serta mampu memberikan impak yang positif dan harmoni.

1.1. Pemilihan Aktiviti

i. Persetiaan dan undang – undang Pengakap

ii. Nyayian lagu lagu pengakap

iii. Cerita Hutan

iv. Ikatan

v. Aktiviti ikatan dan memanjat bangunan dengan tali

vi. Skim perlencanaan, Lencana berbasikal

vii. Ceramah kesihatan dan keselamatan

viii. Latihan kawad kaki

ix. Perkhemahan

x. Lawatan

Page 5: Hbef2703 780601025431001

1.2. Penulisan Kertas Kerja

i. Nama Program

Program Latihan Kepengakapan Fasa 1 2012

ii. Pengenalan

Program dan perancangan kepengakapan pada fasa pertama ini menitik beratkan perkara perkara asas yang perlu ada pada seorang murid sebagai seorang ahli persekutuan pengakap Malaysia. Perancangan ini merangkumi perlencanaan asas, perlencanaan kemahiran serta aplikasi kemahiran. Semoga dengan adanya perancangan yang teliti oleh guru – guru penasihat ini mampu memberikan impak yang baik terhadap kemajuan Pengakap kanak kanak SK Taman Tun Aminah 1 ini. Manakala perancangan lanjutan untuk Fasa 2 2012 pula akan menekankan pentyertaan program kepengakapan anjuran daerah, negeri dan kebangsaan.

iii. Matlamat

a) Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;

b) Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;

c) Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;

d) Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;

Page 6: Hbef2703 780601025431001

e) Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;

f) Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan

g) Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

iv. Kumpulan sasaran

Anggota pengakap berumur antara 10 hingga 12 tahun

v. Penganjur

Persekutuan Pengakap Malaysia

SK Taman Tun Aminah 1

Page 7: Hbef2703 780601025431001

vi. Jawatankuasa Induk

Page 8: Hbef2703 780601025431001

PENGERUSIPN S HANIM BINTI A RAHMAN

GURU BESAR

NAIB PENGERUSIPN HANISAH BINTI ISMAIL

GPK KOKURIKULUM

PENYELARASPN KALTHOM BINTI ATAN

PEMIMPIN PKKCIK SITI AISAH BINTI SAWIN

PEMIMPIN PENGAKAP KHASCIK NORZILA BT MD ESA

PEN PEMIMPINEN AZMAN BIN ABDULLAH

PEN PEMIMPINPN NORIAH BINTI IDRIS

PEN PEMIMPINPN KALTHOM BINTI ATAN

PEN PEMIMPINAHMAD SHAHIR B

MOHAMAD

PEN PEMIMPINPN ROZIAH BINTI DERAMAN

PEN PEMIMPINPN ERWENNA BT PAIMAN

PEN PEMIMPINPN NORYATI BT HUSSEIN

PEN PEMIMPINPN ROZILAH BT YAAKUB

PEN PEMIMPINCIK ILLIYANA BT HAMIDUN

PEN PEMIMPINPN ZALIHA BT LAMIM

PEN PEMIMPINEN MOHD HISHAM A RAHIM

Page 9: Hbef2703 780601025431001

1.3. Structur dan Organisasi Kertas Cadangan

Page 10: Hbef2703 780601025431001

1.4. Sumber Sokongan

Persekutuan Pengakap Malaysia Johor Bahru

Persekutuan Pengakap Malaysia Johor

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

PENGERUSIPN S HANIM BINTI A RAHMAN

GURU BESAR

PEMIMPIN PENGAKAP KHASCIK NORZILA BT MD ESA

(PERLENCANAAN)

PEN PEMIMPINPN ERWENNA BT PAIMAN

(KEBUDAYAAN)

PEN PEMIMPINPN NORYATI BT HUSSEIN

(MODUL)

PEN PEMIMPINPN ROZILAH BT YAAKUB

(CERAMAH)

PEN PEMIMPINCIK ILLIYANA BT HAMIDUN

(LAWATAN)

PEN PEMIMPINPN ZALIHA BT LAMIM

(AKTIVITI)

PEN PEMIMPINEN MOHD HISHAM A RAHIM

(LAPORAN DAN DOKUMENTASI)

SETIAUSAHAPN KALTHOM BT ATAN

PENDAFTARAN

Page 11: Hbef2703 780601025431001

PIBG SK Taman Tun Aminah 1

2. PERLAKSANAAN AKTIVITI

Perlaksanaan aktiviti akan merujuk kepada carta berikut

Bil Aktiviti

M1

Jan

M2

Jan

M1

Feb

M2

Feb

M!

Mac

M2

Mac

M1

Apr

il

M2

Apr

il

M1

Mei

M2

Mei

M1

Jun

M2

Jun

1 Pendaftaran dan mesyuarat2 Persetiaan dan undang

undang pengakap3 Cerita hutan4 Lagu lagu pengakap5 Kawat kaki6 Ceramah7 Skim perlencanaan8 Ikatan9 Perkhemahan10 Lawatan

2.1. Unsur Kesukanan / Permainan

Unsur kesukanan atau permainan dalam aktiviti yang telah dirancang ini boleh kita perhatikan dan terapkan semasa menjalankan semua aktiviti tersebut namun begitu untuk lebih jelas saya akan merujuk kepada aktiviti penggunaan tali untuk memanjat bangunan. Semasa perlaksanaan peserta pengakap kanak – kanak ini dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil bertanding sesama sendiri memanjat bangunan dengan menggunakan tali. Semasa perlaksanaan aktiviti ini, dapat kita terapkan bagaimana setiap ahli kumpulan bekerjasama membantu sesame sendiri untuk mencapai kemenangan tanpa melibatkan penipuan.

2.2. Unsur Kejurulatihan

Page 12: Hbef2703 780601025431001

Unsur kejurulatihan dapat kita terapkan semasa aktivti berkawat, pelajar diberikan peluang memberikan arahan dan pelajar yang lain mendengar dengan teliti dan melaksanakannya dengan baik. Unsur ini membantu pelajar tentang kepimpinan yang perlu dihayati dalam kehidupan serta mengaplikasikannya dengan baik

2.3. Unsur Pembangunan Sahsiah

Unsur pembangunan sahsiah dapat diterapkan dalam semua aktiviti yang telah dijalankan. Pendekatan yang berkesan semasa perlaksanaan aktivti akan membentuk kerjasa, hormat menghormati serta tolong menolong semasa melakukan aktivti. Selain itu dengan mengikuti aktiviti yang dirancang murid dapat membentuk keyakinan kendiri yang juga amat penting untuk murid itu maju dalam kehidupan. Penambahbaikan terhadap tingkah laku yang lebih baik dari terdahulu melalui aktiviti aktiviti yang boleh mendisiplinkan pelajar.

2.4. Unsur Nilai Murni

Unsur nilai murni diterapkan dengan pelbagai cara dalam memupuk peningkatan nilai dalam diri pelajar seperti mendengar arahan guru, amanah dalam menjalankan tugas, jujur serta prihatin terhadap rakan – rakan. Nilai – nilai ini membentuk pelajar yang lebih bertamadun.

2.5. Unsur Kerjasama

Page 13: Hbef2703 780601025431001

Unsur kerjasama dipupuk dalam menjalankan aktivti berkumpulan seperti dijalankan dalam perkhemahan. Pelbagai aktivti boleh memupuk unsur kerjasama apabila aktiviti tersebut dilakukan dalam kumpulan. Contohnya semasa aktiviti mendirikan khemah. Kerjasama amat perlu untuk pelajar tersebut Berjaya mendirikan khemah untuk dihuni bersama.

3. PELAPORAN AKTIVITI

3.1. Latar Belakang Aktiviti

Sebanyak 10 aktiviti telah dibariskankan untuk dilaksanakan dalam penggal pertama persekolah. Aktiviti aktiviti tersebut disusun mengikut keutamaan perlaksanaan berdasarkan matlamat dan objektif yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pada penggal pertama persekolahan secara keseluruhannya terdapat 21 minggu sehingga bulan Mei. Justeru itu saya mengambil pendekatan perancangan yang boleh dilaksanankan di dalam persekitaran sekolah. Ini berikutan dengan system pendidikan di Malaysia menggariskan hanya 2 kali sabtu sahaja boleh dijadikan waktu bekerja oleh pihak pentadbiran untuk memberikan ruang kepada guru bersama keluarga masing masing.

3.2. Objektif Aktiviti

i. Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;

ii. Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;

iii. Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;

Page 14: Hbef2703 780601025431001

iv. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;

v. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;

vi. Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan

vii. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

3.3. Perbincangan Perlaksanaa Aktiviti

Perlaksanaan aktiviti yang telah di senaraikan memerlukan komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak. Kita akan membincangkan tatacara perlaksanaan aktiviti yang dirancang secara ringkas bagi mendapatkan gambaran sebenar perlaksanaan kokurikulum yang akan dijalankan untuk penggal pertama 2012. Bermula dengan pendaftaran pelajar dan mesyuarat awal tahun persatuan melibatkan perlantikan jawatankuasa pelajar sebagai pelaksana perancangan yang telah dirancang oleh pemimpin dan penolong peminpin pengakap. Pada peringkat ini, penetapan tarikh akan dibuat oleh pentadbir sekolah dengan tarikh yang sama bersama sama persatuan persatuan lain. Penetapan yuran penyertaan yang kebiasaannya dibawah Ringgit Malaysia lima sebagai dana penggerak persatuan di sekolah. Anggaran penyertaan pelajar pada setiap tahun untuk persatuan pengakap menjangkau 80 pelajar. Bilangan ini merupakan bilangan yang amat sesuai untuk menggerakkan persatuan di peringkat sekolah kebangsaan.

Aktiviti kedua yang dijalankan aktiviti wajib yang dijalan oleh setiap persekutuan pengakap yang diwujudkan di sekolah sekolah di Malaysia. Persetiaan dan undang undan pengakap dijadikan sebagai garis panduan pemodenan pengakap kini agar menjadi relavan sepanjang zaman. Persekutuan pengakap merupakan badan uniform yang disertaikan oleh setiap lapisan dan umur masyarakat dengan motto sekali berpengakap terus berpengakap.

Setelah itu, cerita hutan dijadikan rencah aktiviti yang ketiga memberikan gambaran awal penubuhan pengakap di mana akela merupakan guru kepada

Page 15: Hbef2703 780601025431001

yang lain seperti mowgli. Cerita cerita hutan sebegini dijadikan sebagai asas kecintaan terhadap alam sekitar dimana kita belajar memperbaiki diri menerusi alam sekeliling.

Seterusnya aktiviti yang paling digemari oleh semua ahli pengakap iaitu menyanyi lagu – lagu pengakap seperti Jinglin Nona, Kelana, Kodok Ngorok, Sahibul Hikayat, Kookaburra sini sana, Kumbaya, Lin Chi Kang, Loy Krathong dan banyak lagi. Lagu – lagu pengakap ini merupakan lagu – lagu yang mampu memberikan penghayatan yang baik kepada pengakap kanak – kanak kerana ianya dinyanyikan dengan pergerakan serta lagu – lagu ini merupakan lagu – lagu warisan yang memberikan nasihat yang berguna kepada mereka.

Latihan kawad kaki pula merupakan latihan untuk memamtapkan kerjasama antara semua ahli pengakap. Latihan ini mampu meningkatkan tahap disiplin serta mendidik semua ahli pengakap menurut arahan yang betul semasa menyertai latihan. Keberkehasilan latihan kawad kaki dalam membentuk disiplin dapat kita lihat dari pasukan keselamatan Negara seperti Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Tentera Di Raja Malaysia yang tiada kecacatan dalam pembentukan disiplin menerusi kaedah ini.

Seterusnya pengakap kanak – kanak akan disajikan dengan ceramah kesihatan dan keselamatan yang akan disampaikan oleh jurulatih khas dari Persekutuan Pengakap Negeri. Ceramah ini memberikan pedoman hidup agar pengakap kanak kanak yang mendengar ceramah ini mampu menjaga kesihatan dan keselamatan diri ketika menjalani kehidupan harian.

Skim Perlencanaan pula di bahagikan kepada beberapa kategori untuk pengakap kanak – kanak sebagai contoh lencana wajib, lencana kemahiran dan lencana kepakaran.

Seterusnya pengakap kanak – kanak sekolah ini akan diberikan teori serta amali teknik ikatan yang digunakan dalam pelbagai aktiviti pengakapan seperti ikatan buku sila, ikatan bunga geti, ikatan manuk dan pelbagai ikatan lain yang digunakan sepanjang hajat untuk pembinaan gajet gajet asas dalam kehidupan.

Aktiviti kemuncak yang dijalankan untuk penggal pertama merupakan 2 aktiviti lanjutan dalam latihan kepengakapan iaitu perkhemahan tahunan iaitu kolobori daerah johor baru yang menggabungkan beberapa sekolah dalan aktiviti kepengakapan. Pengisian dalam perkhemahan ini merupakan semua aktiviti yang telah dipelajri terdahulu seperti istiadat pengakap, ikatan, lagu – lagu pengakap, pertandingan kawad kaki, pertandigan mendirikan khemah serta pelbagai lagi

Page 16: Hbef2703 780601025431001

aktiviti sisipan yang memberikan input yang berguna kepada pengakap kanak – kanak yang menyertainya.

Aktiviti yang ter akhir akan memberikan pengakap kanak – kanak peluang mendapatkan ilmu tentang perlaksanaan kawalan keselamatan di persisiran pantai dimana mereka akan dibawa untuk melawati Pusat Operasi Merin cawangan selatan. Pangakap kanak – kanak ini akan diberikan peluang untuk melihat sendiri segala kemudahan serta peralatan yang digunakan semasa operasi kawalan keselamatan pantai Malaysia dijalankan.

Segala aktiviti yang dirancang mampu memberikan manfaat yang berguna kepada setiap ahli pengakap kanak – kanak yang menyertai secara langsung mahupun tidak langsung. Pengalaman yang diperolehi ini mampu memberikan kelebihan yang berguna kepada mereka dalam meneruskan kehidupan sepanjang hayat.

3.4. Hasilan Aktiviti

Apa yang pengakap kanak – kanak akan perolehi apabila menamatkan fasa 1 perancangan aktiviti kepengakapan tahun 2012 ialah set lengkap perlencanaan serta pengalaman yang tidak mampu diperolehi dalam pembelajaram harian di dalam kelas. Aktiviti – aktiviti yang telah disusun mampu memberikan keyakinan diri yang tinggi agar mereka lebih yakin dan berani serta mampu berusaha mencapai matlamat dengan cara yang lebih tersusun menerusi sifat kepimpinan yang telah diterapkan semasa menjalani aktiviti – aktiviti tersebut.

3.5. Refleksi

Setelah selesai melengkapkan segala aktiviti yang dirancang. Kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan terasa dalam diri. Apabila program yang telah dirancang berjaya satu persatu, perubahan etika pelajar yang menyertai aktiviti tersebut amat ketara sehinggakan tahap disiplin pengakap kanak – kanak sekolah ini paling minima berbanding pelajar – pelajar lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Page 17: Hbef2703 780601025431001

yang pada ketika ini kembali diperjuangkan kepentingannya dalam perlaksaan Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSK) yang tidak menitik beratkan kecemerlangan akademik semata – mata namun menitikberatkan perkembangan secara menyeluruh pelajar itu sendiri. Ini berbeza semasa perlaksanaan KBSR sebelum ini yang mana akademik menjadi focus utama sebagai kayu pengukur kecemerlangan sekolah. Keseimbangan aktiviti kurikulum dan aktiviti kokurikulum dalam pengisian pembelajaran pelajar masa sekarang amat diperlukan untuk membentuk sahsiah terpuji masyarakat masa akan datang.

3.6. Kesimpulan

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Selain itu, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang. pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

Page 18: Hbef2703 780601025431001