Upload
illalila
View
146
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kokurikulum
Citation preview
KOD KURSUS : HBEF2703
TAJUK KURSUS : KO-KURIKULUM
TAJUK TUGASAN : PERMAINAN TRADISIONAL (CONGKAK)
NAMA :
NO. MATRIK :
SEMESTER : JANUARI 2014
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Prakata iii
Pengenalan 1
Definisi Permainan Tradisional 1
Pengenalan Kepada Permainan Tradisional 2
Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional 2
Kebaikan Permainan Tradisional 3
Jenis Permainan Tradisional 3
Pengenalan Congkak 4
Gambarajah 1 4
Asal-usul Congkak 4
Cara Bermain 5
Persediaan Sebelum Pertandingan 6
Pemililhan Aktiviti 6
Komponen Gerak Kerja Kokurikulum 7
Sukan (Olahraga dan Permainan) 7
Kertas Kerja
Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak)
SK Padang Garong 2 8
Pengenalan 8
Matlamat 8
Objektif 9
Perincian Program 9
Penyertaan 9
Ahli Jawatankuasa Induk & Kerja
Ahli Jawatankuasa Induk 10
Ahli Jawatankuasa Kerja 10
Perincian Tugas Ahli Jawatan Kuasa 12
Tentatif Program 15
Anggaran Perbelanjaan 15
i
Penutup 16
Peraturan Permainan Congkak
Kelayakan 17
Yuran Pendaftaran 17
Pendaftaran dan Bilangan Pemain 17
Pengadil 17
Peraturan Pertandingan 17
Sistem Pertandingan 18
Tempoh Perlawanan 19
Bantahan 19
Pakaian Pemain 19
Kecederaan 20
Peringatan 20
Pelaksanaan Sebenar Pertandingan
Laporan Aktiviti
Pertandingan Congkak 21
Gambarajah 2 22
Gambarajah 3 22
Gambarajah 4 23
Gambarajah 5 23
Refleksi Kendiri Selepas Pertandingan 24
ii
PRAKATA
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dengan rendah diri , saya mengucapkan
syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka dapat saya melakukan
kata-kata pembuka bicara di dalam kerja berfortfolio ini, iaitu sebagai kerja kursus kokurikulum
bagi semester ini
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Terutama sekali
kepada rakan-rakan SK Padang Garong 2 dan pansyarah yang banyak memberi tunjuk ajar
dan semangat kepada saya untuk membuat tugasan ini.
Pada peringkat awal kerja kursus ini diberi saya beranggapan bahawa, saya tidak mampu
untuk melakukan kerja berfortfolio ini. Namun setelah meneliti, bertanya dan menyelidik
tentang kaedah perlaksanaannya, maka akhirnya saya berjaya melaksanakannya.Segala
rintangan dan dugaan yang saya lalui semasa membuat projek ini, saya menjadikan ia sebagai
satu dorongan untuk berjaya.
Akhir bicara, semoga kerja kursus ini akan menjadi dorongan kepada saya iaitu sebagai
guru untuk mencari pengalaman dan seterusnya pengalaman itu akan saya serapkan pada
murid-murid saya nanti. Sekian , terima kasih.
iii
Pengenalan
Kebudayaan Malaysia yang unik lahir daripada kebudayaan masyarakat berbilang kaum
telah melahirkan pelbagai jenis kebudayaan tersendiri. Sejak zaman nenek moyang kita
terdahulu lagi, masyarakat majmuk Malaysia sering bekerjasama. Acara-acara diraikan
bersama selain berhibur dengan pelbagai permainan seperti gasing, congkak, wau dan lain-lain
yang kini dikenali sebagai permainan tradisional. Terdapat permainan tradisional yang masih
terus kekal dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa sehingga ke hari ini.
Namun, kebelakangan ini permainan tradisional kurang popular. Merujuk kepada
tugasan individu HBEF2703 saya telah memilih permainan congkak. Pada tugasan ini kita
dapat melihat bagaimana guru merancang aktiviti aktiviti sepanjang tahun. Aktiviti 20 minggu
pada penggal yang pertama telah dipilih iaitu mengadakan Pertandingan Congkak peringkat
Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2. Guru haruslah merancang aktiviti sebelum, semasa
dan selepas Pertandingan Congkak berlangsung.
Definisi Permainan Tradisional
Permainan Tradisional bermaksud permainan yang ditubuhkan oleh melayu dari dulu
lagi. Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan
kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan
peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati
dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan.
Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung
terutamanya sejak dahulu hingga hari ini.
1
Pengenalan Kepada Permainan Tradisional
Permainan tradisional telah membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang kita bagi membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang
sama. Tempoh antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta yang
turut dikenali sebagai permainan rakyat serta merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi.
Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau
tekanan. Konsep permainan tradisional adalah untuk berlibur dan memenuhi masa lapang
pemainnya. Permainan tradisional dimainkan bertujuan untuk mendapatkan keseronokan,
ketenangan minda dan merehatkan badan.
Biasanya tiada peraturan atau piawaian tertentu dalam aktiviti permainan tradisional.
Selain daripada itu, permainan tradisional juga ada berkaitan dengan adat resam dan
kebudayaan sesuatu bangsa. Permainan tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan
memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi dan rohani serta intelektual.
Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional
Terdapat pelbagai tujuan permainan tradisional antaranya ialah untuk mengisi masa
lapang, mendorong pemainnya menngunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah seperti
permainan dam dan congkak, membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti seperti
membina wau dan dapat membantu membina kecergasan berasaskan kesihatan dan
kemahiran.
2
Kebaikan Permainan Tradisional
Permainan tradisional bersifat sebagai permainan untuk beriadah, ia dilihat berupaya
menangani masalah tekanan hidup harian pengamalnya dan membentuk kehidupan yang
bermotivasi. Permainan tradisional juga merupakan medan yang baik untuk membentuk
komunikasi yang berkesan antara pemain sepasukan dan pemain lawan yang seterusnya akan
merangsang ukhuwah. Selain daripada itu ia juga dapat memudahkan individu untuk
menerapkan kebudayaan, nilai, sikap dan sahsiah sesuatu bangsa atau masyarakat serta dapat
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.
Jenis Permainan Tradisional
Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional yang dimainkan di setiap pelusuk negeri
di Tanah Melayu sejak dulu lagi. Kebanyakan permainan adalah hampir sama dan disebabkan
dialek negeri yang berlainan , maka nama permainan juga sedikit mengalami perubahan.
Tetapi, cara permainan yang dijalankan adalah masih sama dari segi teknik dan cara
dimainkan. Antara jenis-jenis permainan tradisional ialah Galah Panjang, Batu Seremban,
Gasing, Congkak, Wau, Teng-teng, Sepak Raga, Konda-kondi dan lain-lain. Permainan yang
dipilih bagi tugasan ini ialah Congkak.
3
Pengenalan Congkak
Gambarajah 1 : Bentuk Papan Congkak
Permainan congkan ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh
kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Alatan yang
digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang
sebagai ganti papan congkak, lubang-lubang dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak
pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan
congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampung”. Terdapat dua
lubang besar disetiap hujung papan congkak yang dipanggil “rumah”.
Asal-usul Congkak
Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba
4
yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang
mempunyai dua liang selari.
Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di
Kepulauan Carribean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia,
congkak dikenali dengan nama ‘Congklak’, dan di Filipina ialah ‘Sungka’.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan
dengan mengorek lubang di dalam tanah.
Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan
diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam
lelaman-lelaman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan
bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit hari ini.
CARA BERMAIN:
Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa.
Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut
diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di
salah satu lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji
pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula.
Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut
daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil
‘rumah’. Setiap pemain akan memilih ‘rumah’ mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka
melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.
5
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang
kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti. Pemain itu boleh
menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika
ada) didalam kampung tersebut dan meletakkannya di ‘rumah’ mereka.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah
habis diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri.
Sekiranya biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di
situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang ‘pemenang’ itu
mengambil kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke
dalam ‘rumahnya’. Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.
PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN
Pemilihan Aktiviti
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) Dewan Bahasa Dan Pustaka (2002), kokurikulum
adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah tetapi yang
dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya
kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan dan lain-lain)
Definisi kokurikulum menurut Warta Kerajaan No.5652 Jld. 11/Bil. 27 bth. 28.12.1967
(Peraturan Kursus Pengajian sekolah 1956) pula ialah kegiatan kumpulan. Manakala Peraturan
2 dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 mentakrifkan
kokurikulum adalah sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh,
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
6
Komponen Gerak Kerja KoKurikulum
Komponen atau bidang gerak kerja kokurikulum sekolah-sekolah telah diperuntukkan di
dalam Peraturan 4, Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan
sebagai Warta Kerajaan Jld. 42 / No 11 (Tambahan No 41), Perundangan (A), P.U.(A) 196
bertarikh 21 Mei 1998.
Peraturan 4 tersebut memperuntukkan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah
dibahagikan kepada tiga komponen iaitu Sukan (Olahraga dan Permainan), Persatuan atau
Kelab dan Unit Beruniform.
Sukan (Olahraga dan Permainan)
Terdapat banyak aktiviti sukan dan permainan yang dilaksanakan di sekolah, sama ada
terdiri daripada sukan olahraga dan permainan. Permainan di sini termasuklah permainan
seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar badminton, hoki, renang dan sukaneka. Selain itu
terdapat juga permainan tambahan dan tradisional seperti sepak raga, gasing, congkak,
seremban, catur, karom, sahiba dan sebagainya. Biasanya permainan tradisional ini dimainkan di
dalam bilik darjah. Namun begitu, ia berubah selaras dengan perubahan zaman dan permainan
tradisional ini tidak lagi popular di sekolah-sekolah pada hari ini.
Dengan hal demikian, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan congkak bagi
memperkenalkan permainan tradisional di kalangan pelajar.
7
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (CONGKAK)
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GARONG 2
1.0 PENGENALAN
Aktiviti Permaiana Tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan
Silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua pelajar Sekolah Kebangsaan Padang
Garong 2. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai
murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni
dan dinamik. Penganjuran permainan tradisional ini juga merupakan salah satu wadah untuk
untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang
akan dijalankan semasa permainan tradisional ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu
platform semangat setiakawan dan muhibbah antara pelajar. Antara pengisian dalam
permainan tradisional ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi
harapan, sambutan aktiviti permainan tradisional ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta
berjaya mencapai objektifnya.
2.0 MATLAMAT
a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa
lapang.
b) Permainan tradisional seperti permainan congkak adalah permainan yang meminta
pemainnya untuk berfikir. Oleh itu, mendorong pemainnya menggunakan fikiran
dalam menyelesaikan masalah.
8
3.0 OBJEKTIF
a) Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim
di kalangan pelajar-pelajar SK Padang Garong 2.
b) Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai
murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
c) Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar SK
Padang Garong 2 sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
d) Menyelami dan menghayati semangat dan suasana sebenar permainan tradisional
pada zaman dahulu.
4.0 PERINCIAN PROGRAM
5.1 Tajuk : Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak)
5.2 Tarikh : 13 Februari 2014
5.3 Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
5.4 Tempat : Dewan SK Padang Garong 2
5.5 Anggaran Bilangan Peserta : 16 orang.
5.0 PENYERTAAN
Pelajar-pelajar Tahap 2 sahaja.
9
6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA
Ahli Jawatankuasa Induk
Penaung : ENCIK ISA BIN MAHAT
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2
Penasihat 1 : ENCIK MD NOH BIN MAHMUD
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Penasihat 2 : PUAN ROHAYA BINTI AHMAD
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Penasihat 3 : ENCIK DAUD BIN MAHMUD
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pengerusi : SAUDARA SHAHRIZAN BIN BORHAN
Naib Pengerusi : SAUDARI SITI NORBAIZURA BINTI BASIR
Setiausaha : SAUDARI NOR AZILAH BINTI MD AFFENDIE
Bendahari : SAUDARA MOHD ISWARDY BIN ABDUL RAZAK
Naib Bendahari : TEOH HEE LOON
Ahli Jawatankuasa Kerja
Protokol dan Sambutan : SAUDARA RAZIMI BIN RAMLI
SAUDARA WAN BASRI BIN WAN ZALI
Keselamatan dan Kebersihan : SAUDARA KHAIRUDDIN BIN HASSAN
10
SAUDARA AMIR BIN WAHID
Pendaftaran dan Statistik : SAUDARI ZURAIDAH BINTI ABDULLAH
SAUDARI ZAITON BIN MD AMIN
Hakim Pertandingan : SAUDARA ROZAIMI BIN MD DALI
SAUDARA ZULKEFLI BIN LATIF
Penyelaras Pertandingan : SAUDARI NORIDAYU BINTI JALIL
SAUDARA ADNAN BIN ZAHID
SAUDARI NORIZAH BINTI MD NOR
SAUDARA MOHD RAHMAN BIN KHALID
SAUDARA SOLEHIN BIN OSMAN
SAUDARI HASLIZAH BINTI MD JAIS
Publisiti dan Dokumentasi : SAUDARI SUHAILAN BIN JAMAL
SAUDARI ARNEY BINTI ALIAS
Buku Program : SAUDARI ZUYANI BIN RAHIM
SAUDARI NOR AKMA BINTI MUHAMMAD
Persiapan Tempat : SAUDARA MOHD ZAKI BIN FIRMAN
SAUDARA JALANI BIN HAFIZI
SAUDARA MD ASRI BIN MD JOHAR
SAUDARI NOR SAADAH BINTI MOHAMEN
SAUDARI HERDAWATI BINTIH ISHAK
Teknikal dan Peralatan : SAUDARA MOHD TAHIR BIN HARUN
SAUDARA KAMARUL BIN JALIL
SAUDARA MOHIDEN BIN KHAMIS
Pengacara Majlis : SAUDARI NURUL HAIDA BINTI BASIR
Hadiah dan Cenderahati : SAUDARI HANISAH BINTI AZIZ
11
SAUDARI ZALEHA BINTI BUJANG
SAUDARI NURUL AIN BINTI BAHARUDDIN
Makanan dan minuman : SAUDARI AINIZA BINTI JAMAL
SAUDARI ZAITON BINTI ABDULLAH
Siaraya : SAUDARA SULUNG BIN SALLEH
SAUDARA SYAIFUL BIN LOKMAN
Bacaan Doa : SAUDARA ASRUL NIZAM BIN JOMARI
Perincian Tugas Ahli Jawatankuasa
AJK BIDANG TUGAS
Pengerusi
Bertanggungjawab merancang, mengurus dan memastikan
program berjalan lancar.
Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
induk.
Memberi tunjuk ajar dan panduan kepada jawatankuasa.
Bertanggungjawab sepenuhnya atas kejayaan program
Naib Pengerusi
Membantu tugas-tugas pengerusi
Membantu pengerusi dalam pembahagian tugas dan paduan
kepada jawatankuasa.
Setiausaha Menguruskan tempat mesyuarat, mencatat minit dan
mengedarkan minit kepada ajk.
Membantu membuat draf kertas kerja program.
Menyediakan surat-menyurat yang diperlukan.
Memastikan edaran-edaran berkaitan diterima oleh semua ajk.
Membantu menguruskan perjalanan program , acara dan
aturcara.
Mengedarkan borang-borang berkaitan kepada penyelaras-
12
penyelaras permainan .
Bendahari
Mengendalikan kewangan
Mengedarkan surat sumbangan dan menerima sumbangan
penderma.
Menyediakan penyata kewangan untuk diteliti oleh semua ajk.
Persiapan Tempat
Menyediakan gelanggang untuk semua acara permainan
tradisional yang dipertandingkan sekurang-kurangnya
seminggu sebelum tarikh karnival.
Mendirikan khemah, menyediakan kerusi dan meja serta
segala kemudahan yang diperlukan semasa karnival
berlangsung.
Memasang papan tanda acara, bunting sebelum hari karnival.
Protokol dan SambutanMenyambut dan mengalu-alukan ketibaan tetamu
kehormat,VIP, VVIP
Siaraya
Menyediakan, memasang dan memastikan siaraya dapat
berfungsi dengan baik sepanjang karnival berlangsung.
Mengemas dan memastikan alatan siaraya disimpan semula
dengan baik setelah digunakan.
Membuat hebahan lisan dari semasa ke semasa ketika
karnival berlangsung.
Pendaftaran dan Statistik
Menguruskan pendaftaran peserta.
Memastikan segala keputusan pertandingan direkod dan
disimpan dengan baik.
Merekod dan mencatatkan semua keputusan yang diperoleh
dari pegawai pertandingan.
Membuat kiraan dan mengemaskini statistik kedudukan mata /
yang diperoleh setiap kumpulan dari masa kesemasa.
Memastikan rekod pemenang diberikan kepada pengacara
majlis.
Penyelaras Pertandingan Menerangkan cara permainan , peraturan dan pemarkahan
untuk setiap permainan yang dikendalikan
Menyediakan borang penyertaan dan borang pemarkahan
untuk setiap permainan yang dikendalikan
13
Mengelolakan pertandingan untuk permainan yang
dikendalikan sehingga selesai.
Teknikal dan Peralatan
Menyediakan semua peralatan yang diperlukan semasa
karnival berlansung
Membantu penyelaras pertandingan mengelolakan
pertandingan
Mengemas dan menyimpan peralatan sebaik selesai karnival
Makanan dan Minuman
Menentukan menu mengikut kadar kewangan yang ditetapkan.
Menempah dan memastikan makanan/minuman mencukupi.
Menyedia dan mengemas semula alatan yang digunakan.
Hadiah dan Cenderahati
Membuat anggaran perbelanjaan untuk hadiah mengikut kadar
kewangan yang ditetapkan.
Menempah dan memastikan hadiah disusun pada kedudukan
yang betul semasa karnival.
Memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan lancar.
Menyedia dan mengemas semula alatan yang digunakan.
Buku Program
Mendapatkan kertas kerja program daripada setiausaha
program.
Menyiapkan buku program.
Memastikan buku program diedarkan kepada peserta dan
tetamu.
Pengacara Majlis Mengacarakan majlis sepanjang kejohanan berlangsung.
Membuat hebahan dari masa kesemasa
Keselamatan dan
Kebersihan
Memastikan keselamatan dan disiplin peserta terjaga
sepanjang karnival berlangsung.
Menyediakan tempat membuang sampah yang mencukupi
untuk digunakan sewaktu karnival
Memastikan kawasan yang digunakan dibersihkan sebaik
sahaja karnival tamat.
Bacaan Doa Menyediakan teks doa dan membaca doa semasa majlis
penutup berlansung.
Publisiti dan Dokumentasi Mengambil gambar/video sepanjang karnival berlangsung.
Menyediakan dokumentasi dalam masa 2 minggu selepas
14
karnival.
Menempah dan menyediakan bunting karnival mengikut kadar
kewangan yang ditetapkan
Hakim pertandingan Mengesahkan keputusan setiap pertandingan.
Menetukan pemenang setiap pertandingan.
7.0 TENTATIF PROGRAM
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta
Taklimat
8.30 pagi : Kehadiran Para Pentadbir
8.45 pagi : Pertandingan Congkak dimulakan
12.30 tghari : Majlis Perasmian Penutupan
Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum
Ucapan Guru Besar
Penyampaian Hadiah
Penyampaian Cenderahati
2.00 petang : Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sumber Kewangan : Peruntukan daripada Kokurikulum
BIL PERKARA
ANGGARAN
HARGA SEUNIT
(RM)
KUANTITI JUMLAH
1 Banting RM30.00 1 RM30.00
2 Makanan RM4.00 50 RM200.00
3 Hadiah(Hamper) RM30.00 4 RM120.00
15
4 Cenderahati RM10.00 5 RM50.00
5 Air Mineral RM12.00 4 KOTAK RM48.00
6 Pelbagai RM50.00
JUMLAH RM498.00
9.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya Pertandinangan Permainan Tradisional (Congkak) pelajar Tahap
2 Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturahim dan muhibbah di kalangan pelajar-pelajar, dapat mewujudkan persefahaman dan
semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti kerja dan mencapai objektif pendidikan jasmani untuk mencapai kesan yang optima
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Kerjasama dari semua pihak
amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih
16
PERATURAN PERMAINAN CONGKAK
1 Kelayakan
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 SK Padang Garong 2
2 Yuran Pendaftaran
Yuran tidak dikenakan ke atas setiap pasukan.
3 Pendaftaran dan Bilangan Pemain
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 3 orang pesrta dan seorang peserta
simpanan. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan dibenarkan menurunkan seramai 3
pemain dan seorang pemain simpanan.
4 Pengadil
Pihak penganjur akan menyediakan tiga orang pengadil dan seorang ketua pengadil
dalam setiap perlawanan. Keputusan pengadil adalah miktamad.
5 Peraturan Pertandingan
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah kampung masing-masing dan memasukkan
buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri
hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri, pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika
ada) di dalam kampung tersebut hanya selepas membuat satu pusingan.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan
dengan mengambil buah yang masih banyak dimana-mana kampung sendiri. Sekiranya
buah terakhir jatuh di kampung pihak lawan, maka permainan itu mati disitu sahaja dan
pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya sehingga mati.
17
Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada
di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak
lawan.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika kampung tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak
boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan pusingan penentuan.
6 Sistem Pertandingan
Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.
6.1 Pusingan Awal
6.1.1 Setiap unit akan menurunkan tiga orang pemain sebagai satu pasukan di
mana akan menentang dengan pasukan lawan yang terdiri daripada tiga
orang anggota juga. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 2 buah
kumpulan iaitu Kumpulan A terdiri daripada 2 pasukan dan Kumpulan B
terdiri daripada 2 pasukan.
6.1.2 Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan giliran dalam kumpulan.
6.1.3 Pemenang akan ditentukan apabila terdapat hanya dua pasukan dalam
setiap kumpulan. Dua pasukan dalam kumpulan tersebut akan ke
peringkat separuh akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan dalam
kumpulan.
6.2 Pusingan Separuh Akhir
6.2.1 Johan dan Naib Johan Setiap Kumpulan akan ditempatkan dalam dua
kumpulan X dan Y seperti berikut :
KUMPULAN X KUMPULAN Y
JOHAN KUMPULAN A JOHAN KUMPULAN B
NAIB JOHAN KUMPULAN B NAIB JOHAN KUMPULAN A
18
.
6.2.2 Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati
6.3 Pusingan Akhir
6.3.1 Pemenang Kumpulan X akan melawan pemenang Kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
7 Tempoh Perlawanan
7.1 Perlawanan akan dilangsungkan selama 15 minit dengan 7 minit untuk setiap
separuh masa (7 x 1 x 7) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.
7.2 Perlawanan separun akhir dan akhir diperuntukan masa perlawanan selama 10
minit pada setiap separuh masa (10 x 1 x 10) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.
8 Bantahan
8.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya 5 minit selepas
perlawanan tersebut tamat.
8.2 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang disediakan
oleh urusetia.
8.3 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad
9 Pakaian Pemain
9.1 Setiap pasukan diwajibkan memakai pakaian sukan.
19
10 Kecederaan
10.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan
dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung.
11 Peringatan
11.1 Jawatankuasa pengelola pertandingan adalah berhak dan berkuasa menambah.
11.2 Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang
bertentangan dengan undang-undang semasa berlangsungnya kejohanan.
20
PELAKSANAAN SEBENAR PERTANDINGAN
LAPORAN AKTIVITI
Pertandingan Congkak
Tarikh : 13 Februari 2014
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Lokasi : Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2
Objektif
Melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan tradisional.
Aktiviti
Pertandingan ini diadakan secara kalah mati. Satu permainan adalah di antara 3 peserta
dari pasukan yang telah ditetapkan. Satu perlawanan adalah diantara 2 pasukan yang telah
ditetapkan. Permainan pertama dalam senarai A akan bermain dalam satu permainan dengan
pemain dari senarai B dan seterusnya.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
i) Tempat Pertama – Rumah Biru
ii) Tempat Kedua – Rumah Merah
iii) Tempat Ketiga – Rumah Hijau
iv) Tempat Keempat – Rumah Kuning
21
Gambarajah 2 : Pertandingan Congkak Bermula
Gambarajah 3: Peserta Pertandingan
22
Gambarajah 4 : Peserta Pertandingan
Gambarajah 5 : Pertandingan Congkak
23
REFLEKSI KENDIRI SELEPAS PERTANDINGAN
Pertandingan Permainan Tradisional (Congkak) Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2
telah diadakan pada hari Khamis, 13 Februari 2014. Ini adalah pertandingan sukan sekolah pertama
pada tahun ini. Sepanjang penglibatan saya dalam menjayakan pertandingan ini, saya dapati ada
kelebihan yang memberi kesan positif sama ada kepada warga sekolah atau masyarakat sekeliling.
Terdapat juga beberapa kelemahan yang berlaku dan perlu dibaiki untuk pertandingan congkak
pada tahun-tahun akan datang.
Antara kelebihannya adalah kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru SK Padang Garong
2, terutamanya pihak Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Sukan dan Ahli
Jawatankuasa Kerja yang telah bersatu mengembeling tenaga bagi menjayakan sukan pada tahun
ini. Persediaan awal seperti perancangan aktiviti, jadual latihan, buku program pertandingan
congkak dan sebagainya. Kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru dan pihak pentadbiran
sekolah mejadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan dalam suasana yang seronok.
Seterusnya menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang
kurang diingini dalam pembangunan masyarakat seperti diskriminasi, pengasingan dan
sebagainya.
Selain itu, melalui pertandingan congkak ini juga telah dapat membantu guru untuk
mengenalpasti murid yang berpotensi dalam acara congkak dan membantu murid berkenaan
untuk melangkah keperingkat yang lebih jauh, samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan
atau antarabangsa. Jadi, dengan adanya pertandingan ini, dapat memperkenalkan permainan
tradisional kepada murid-murid.
Disamping itu melalui aktiviti sukan, kemenangan dan kegagalan dapat diletakkan pada
perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan
keseimbangan emosi. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah. Oleh
itu, sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul juga dapat dilahirkan
24
kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan
yang kuat.
Selain itu, kegiatan sukan juga boleh membentuk tingkah laku disiplin dalam kalangan
individu terutamanya kepada murid-murid itu sendiri agar mereka dapat mengaplikasikannya
dalam sesi pembelajaran di sekolah. Ini adalah kerana setiap permainan mempunyai peraturan
tersendiri yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang terlibat. Demikian juga di sekolah
mempunyai peraturan-peraturan yang perlu diikuti sepanjang bergelar sebagai seorang murid
ataupun guru.
Tambahan pula, dengan adanya pertandinagn ini ia dapat membantu mengurangkan
tekanan. Seperti yang diketahui, jumlah orang yang menghadapi tekanan semakin meningkat.
Jadi, melalui aktiviti sukan ini membolehkan seseorang memperoleh tidur yang lebih lena.
Seseorang akan bersemangat sekiranya dapat tidur dengan baik. Pemikiran akan menjadi
tenang dan segar sekiranya dapat tidur dengan lena.
Sekiranya masyarakat terutamanya murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan, mereka
dapat menggunakan masa lapang mereka dengan bermanfaat. Mereka tidak akan
menghabiskan berjam-jam untuk menonton program TV, bermain permainan komputer dan
bergosip melalui telefon dengan rakan-rakan mereka. Sebaliknya, sekiranya mereka
menjalankan aktiviti sukan, mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Badan yang sihat membawa kepada fikiran yang sihat. Sukan juga boleh mengelakkan remaja
daripada melepak di kompleks membeli-belah tanpa tujuan.
Walaubagaimanapun, setiap majlis atau aktiviti yang berlangsung pasti mempunyai
kelemahan-kelemahan tersendiri. Kekurangan alatan pertandingan, memaksa pihak sekolah
untuk meminjam alatan-alatan pertandingan daripada sekolah-sekolah yang berhampiran.
Contohnya papan congkak tidak mencukupi.
25
Bagi masalah kekurangan dan kerosakan peralatan sukan, pihak sekolah perlu
memastikan peralatan mencukupi dan sentiasa dalam keadaan baik sebelum sesuatu aktiviti
berlangsung. Disamping itu, pihak pengurusan sekolah yang terlibat perlu meletakkan ahli
jawatankuasa pada kerja-kerja yang sesuai dan boleh dilakukan oleh mereka dengan baik. Ahli
jawantankuasa yang dilantik juga perlu bersedia dan sedar tugas masing-masing yang perlu
dilaksanakan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sungguhpun
begitu, sepanjang saya di tempatkan di sekolah ini, temasya sukan kali pertama ini cukup
membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk
masa-masa akan datang.
26