of 36 /36
PENGENALAN Pada 22 Ogos 2006 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan hal ehwal Istitusi Pengajian Tinggi (IPT), telah melancarkan sebuah dokumen berkaitan dengan pembangunan diri guru di IPTA yang dikenali dengan nama Kemahiran Insaniah (KI) atau pun dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai soft skills. Dokumen ini memberikan garis panduan kepada semua IPTA untuk menerapkan KI dalam kalangan diri setiap graduan. KI ini diharapkan akan dapat memberikan impak kepada perkembangan sahsiah, jati diri dan sebagai kesinambungan kepada inti pati T T o o p p i i k k 6 6 Kemahiran Insaniah dan Kokurikulum HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan bentuk-bentuk, etika dan halangan di dalam kemahiran komunikasi serta syarat-syarat dan peraturan di dalam kemahiran kerja berpasukan; 2. Mengenal pasti prinsip-prinsip dan kepentingan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat; 3. Menerangkan definisi, tugas-tugas dan ciri-ciri kemahiran kepimpinan; 4. Membincangkan tahap, matlamat, langkah-langkah dan kebaikan kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya; dan 5. Membincangkan ciri-ciri etika dan nilai profesional.

HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

  • Upload
    lamdang

  • View
    273

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� PENGENALAN

Pada 22 Ogos 2006 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan hal ehwal Istitusi Pengajian Tinggi (IPT), telah melancarkan sebuah dokumen berkaitan dengan pembangunan diri guru di IPTA yang dikenali dengan nama Kemahiran Insaniah (KI) atau pun dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai soft skills. Dokumen ini memberikan garis panduan kepada semua IPTA untuk menerapkan KI dalam kalangan diri setiap graduan. KI ini diharapkan akan dapat memberikan impak kepada perkembangan sahsiah, jati diri dan sebagai kesinambungan kepada inti pati

TTooppiikk

66

�Kemahiran Insaniah dan Kokurikulum

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan bentuk-bentuk, etika dan halangan di dalam kemahiran komunikasi serta syarat-syarat dan peraturan di dalam kemahiran kerja berpasukan;

2. Mengenal pasti prinsip-prinsip dan kepentingan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat;

3. Menerangkan definisi, tugas-tugas dan ciri-ciri kemahiran kepimpinan;

4. Membincangkan tahap, matlamat, langkah-langkah dan kebaikan kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya; dan

5. Membincangkan ciri-ciri etika dan nilai profesional.

Page 2: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 114

yang tercatat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengamalan penerapan KI ini juga akan menghindarkan daripada tanggapan bahawa sistem pendidikan yang diamalkan pada masa kini hanya menumpukan kepada kemahiran kognitif sahaja. Pendekatan KI yang lebih menekankan kepada perkembangan modal insan secara holistik akan dapat melahirkan insan khususnya para graduan yang mempunyai keterampilan diri serta kemapanan dan kompetensi diri yang menyeluruh. Mereka bukan sahaja akan dapat melaksanakan tugas mengikut bidang kepakaran, tetapi juga akan berupaya menterjemah serta berfikiran secara terbuka menghadapi pelbagai isu yang mendatang. Dengan persediaan diri yang kukuh dan berwibawa sahajalah setiap graduan akan berupaya bersaing dalam dunia pekerjaan atau pun di dunia luar daripada pembelajaran yang telah mereka peroleh. Dengan itu, hasrat kerajaan untuk meningkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain lagi di peringkat global akan tercapai. Terdapat tujuh kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh setiap graduan. Antaranya ialah:

� Kemahiran komunikasi;

� Kemahiran kerja berpasukan;

� Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat;

� Kemahiran kepimpinan;

� Kemahiran kritis;

� Kemahiran keusahawanan; dan

� Kemahiran etika dan nilai profesional. Kemahiran-kemahiran ini akan dibincangkan di dalam subtopik-subtopik berikut dengan lebih lanjut.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kemahiran komunikasi merupakan aset utama kepada setiap bakal guru. Sebilangan masa guru berkomunikasi dengan murid, pentadbir sekolah, sesama rakan dan juga ibu bapa. Kebolehan guru berkomunikasi dengan baik akan memberikan kesan yang mendalam khususnya dalam menyampaikan mesej pembelajaran. Bayangkanlah apa yang akan berlaku sekiranya seseorang guru yang diberikan kepercayaan dan amanah untuk mendidik dan menyampaikan mesej tidak mampu berkomunikasi dengan berkesan. Sudah pasti ia akan berlaku

6.1

Page 3: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

115

kekecelaruan dalam sistem pembelajaran kelak. Sebenarnya, dalam komunikasi yang berkesan setiap mesej atau kandungan maklumat yang hendak disampaikan perlulah tepat dan menepati kehendak asalnya.

Komunikasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: (a) KKomunikasi lisan Komunikasi lisan ialah komunikasi yang menggunakan perkataan atau pun

tutur kata dalam penyampaian maklumat atau mesej. Sebagai seorang guru, kita sepatutnya perlu menguasai kemahiran komunikasi lisan ini dengan baik agar setiap mesej pembelajaran dapat disampaikan dengan baik dan jelas. Banyak aktiviti kokurikulum yang dapat dikaitkan dengan kemahiran kominikasi lisan, antaranya ialah kemahiran berkaitan dengan menyampaikan pidato, perbahasan, berdialog dan lain-lain lagi. Kesemua kemahiran ini sememangnya patut dikuasai oleh para guru untuk memastikan mereka benar-benar berketerampilan dan kompeten. Komunikasi lisan juga boleh mempengaruhi orang lain. Maksudnya, jika seseorang guru pandai menggunakan kemahiran komunikasi lisan yang baik, sudah pasti akan dapat memerangkap kesanggupan pihak lain untuk terus mendengar setiap mesej pembelajaran yang disampaikan.

Komunikasi lisan yang baik boleh mempengaruhi orang lain. Dalam konteks

seorang guru, mereka perlulah mempunyai kemahiran menggunakan intonasi, jeda, hentian dan suara yang jelas dalam bilik darjah. Malahan dengan menggunakan kemahiran lisan yang bersesuaian dan secara berhemah juga seseorang itu dapat diukur keperibadiannya. Berkomunikasi dengan orang yang lebih tua mungkin ada cara tertentu dan begitu jugalah jika berkomunikasi dengan sesama rakan sebaya juga ada cara yang tertentu. Seseorang guru yang pandai memanipulasikan kemahiran lisan semasa pengajaran dan pembelajaran sudah pasti akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih ceria dan berkesan.

Selain daripada komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan (nonverbal) juga

boleh mempengaruhi orang lain. Komunikasi bukan lisan ini ialah pergerakan badan, riak atau memek muka, karektor dan tingkah laku dan juga kostum atau pakaian yang digunakan. Bayangkanlah jika seorang guru yang menampilkan pakaian tradisi pahlawan Melayu di dalam bilik darjah berserta dengan iringan perkataan yang sesuai sebagai pahlawan dalam satu sesi pengajaran sejarah atau bahasa Melayu pasti setiap murid akan terpegun dan memudahkan untuk dilaksanakan perbincangan yang berkaitan. Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa sebagai seorang individu dan tugas guru di dalam bilik darjah, penggunaan komunikasi

Page 4: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 116

lisan dan bukan lisan yang baik serta bermesej sudah pasti akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik.

KKomunikasi yang berkesan Untuk mencapai kemahiran komunikasi yang berkesan, terdapat beberapa

elemen yang perlu difikirkan dan diaplikasikan kepada setiap individu. Elemen-elemen ini sebenarnya mempengaruhi kehidupan setiap individu dan kerap dipraktikan dalam komunikasi seharian oleh seseorang guru. Antara elemen-elemen tersebut ialah:

(a) Kesediaan untuk mendengar apa yang akan dituturkan oleh penutur.

(b) Kesediaan untuk melihat gerak laku atau karektor penyampai sebagai tambahan kefahaman kepada perkara yang disampaikan.

(c) Kesediaan untuk memberikan teguran semasa proses berkomunikasi berlaku.

(d) Kesediaan untuk menerima teguran.

(e) Kesediaan untuk mendiamkan diri sambil menghayati dan memahami mesej dalam komunikasi.

(f) Kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.

(g) Kesediaan untuk merendahkan diri dan tidak sombong serta hipokrit. Elemen-elemen yang dinyatakan sebelum ini, sebenarnya adalah bersepadu

yang kerap diamalkan oleh seseorang guru ketika menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru, kita dilatih dengan pelbagai pedagogi atau kaedah yang akan dapat memberikan impak positif proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen ini boleh diterjemahkan dalam bentuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 6.1.

Page 5: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

117

Jadual 6.1: Elemen Komunikasi dan Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran

Elemen Komunikasi Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran

Kesediaan untuk mendengar apa yang akan dituturkan oleh penutur

Pada peringkat awal pengajaran, guru menyediakan set induksi yang bertujuan untuk mempengaruhi dan memerangkap pemikiran murid-murid terhadap apa yang akan disamnpaikan (tajuk pengajaran). Banyak teknik digunakan termasuklah secara lisan, lakonan, dan lain-lain-lain.

Kesediaan untuk melihat gerak laku atau karektor penyampai sebagai tambahan kefahaman kepada perkara yang disampaikan

Sebagai seorang guru, seharusnyalah berkebolehan memaparkan komunikasi nonverbal yang baik. Contohnya untuk menunjukkan simpati kita seharusnya memberikan perhatian dalam bentuk pelakuan simpati dan pergerakan ibu jari ke atas menunjukkan sesuatu yang dilakukan oleh murid-murid adalah baik. Banyak lagi contoh pergerakan badan yang boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesediaan untuk memberikan teguran semasa proses berkomunikasi berlaku

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik dajah, guru seharusnya peka dengan segala tindak tanduk murid-murid. Guru sepatutnya bersedia memberikan teguran kepada murid yang melakukan kesalahan atau kesilapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Ini akan mewujudkan suasana sentiasa bersedia dalam kalangan diri setiap murid.

Kesediaan untuk menerima teguran

Bagi murid-murid pula harus ditanamkan sikap sedia menerima teguran daripada orang lain. Sifat teguran yang membina haruslah difikirkan oleh guru untuk memastikan terguran yang diberikan membina dan bukan mendatangkan kemudaratan.

Kesediaan untuk mendiamkan diri sambil menghayati dan memahami mesej dalam komunikasi

Dalam konteks bilik darjah, tiga kitaran komunikasi patut diwujudkan iaitu antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid. Kitaran ini akan memastikan setiap murid mempunyai peluang yang sama berkomunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Page 6: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 118

Kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan

Pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk memastikan setiap orang murid mengambil bahagian dalam perbincangan atau sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik mencungkil dan soalan yang bersifat terarah akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Selain itu, guru juga seharusnya menggunakan pelbagai teknik lain yang akan dapat memberikan impak penyertaan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kesediaan untuk merendahkan diri dan tidak sombong serta hipokrit

Sifat rendah diri dan tidak hipokrit juga sepatutnya ditanamkan dalam diri murid-murid. Berfikiran secara rasional semasa menghujahkan sesuatu juga diharapkan akan memastikan setiap maklumat yang disampaikan berkesan.

(b) KKomunikasi tulisan dan grafik Hamid Awang (2004), menjelaskan bahawa komunikasi tulisan adalah

salah satu format yang boleh diguna pakai dalam menyampaikan atau menyatakan maklumat. Secara tulisan, maklumat berupaya disebarkan dengan luas. Dalam konteks ini, tulisan yang dimaksudkan akan membawa kepada dua dimensi iaitu tulisan yang dipaparkan secara elektronik dan bukan elektronik. Penggunaan kertas cetak adalah salah satu daripada cara maklumat boleh disebarluaskan. Buku, nota, risalah, brosur, pamplet, papan tanda, pemakluman, grafik dan lain-lain lagi adalah contoh komunikasi tulisan yang boleh dijadikan sumber penyampaian maklumat. Penggunaan bahan-bahan ini sebagai bahan bantu mengajar amat sesuai dan berkesan. Contoh bahan kumunikasi tulisan bercetak dan grafik boleh dilihat di dalam Rajah 6.1.

Page 7: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

119

Rajah 6.1: Contoh-contoh bahan kumunikasi tulisan bercetak dan grafik

Sumber: www.jkr.gov.my

Rajah 6.1 di atas adalah merupakan antara contoh komunikasi tulisan (grafik) yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun sebagi seorang guru kita seharusnyalah peka dengan sifat penggunaan bahan tersebut dan perlu membuat sedikit penyelidikan sama ada bahan tersebut sesuai atau tidak. Ada beberapa ciri yang memungkinkan bahan grafik tersebut boleh digunakan. Antaranya ialah:

(i) Pastikan tajuk atau perkara yang ingin kita gunakan sebagai bahan bantu sesuai dan berkaitan.

(ii) Pastikan setiap murid akan memperoleh manfaat daripada penggunaan bahan tersebut.

(iii) Pastikan bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap umur dan tahap pembelajaran murid-murid.

(iv) Pastikan setiap pernyataan dan fakta yang diberikan adalah sesuai dan tepat.

(v) Pastikan wujudnya nilai kebersamaan dalam bahan tersebut.

(vi) Pastikan bahan boleh digunakan dalam bentuk kumpulan yang besar atau kecil.

(vii) Pastikan bahan tidak ada unsur bias atau pun mempunyai unsur perkauman.

Page 8: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 120

(viii) Pastikan soalan atau percambahan pemikiran boleh diwujudkan daripada bahan tersebut.

(ix) Pastikan media atau alatan sokongan yang membolehkan bahan tersebut dipaparkan sama ada secara elektronik atau pun cetakan.

(x) Pastikan bahan tersebut boleh disimpan dan digunakan kembali oleh murid untuk tujuan pengayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(c) KKomunikasi bukan lisan (nonverbal) Komunikasi bukan lisan ialah komunikasi yang melibatkan gerak laku atau

pun gerak badan seseorang. Dalam konteks ini, seseorang guru sememangnya banyak melakukan aktiviti komunikasi bukan lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan gerak laku atau pun pergerakan anggota yang dilakukan semasa proses pengajaran akan mempengaruhi dan menambahkan pengukuhan penyampaian yang dilakukan oleh guru tersebut. Contohnya, untuk memperlihatkan rasa simpati dan mendorong seseorang murid untuk meneruskan penerangan atau kata-katanya seseorang guru boleh menggunakan pergerakan tangan dan memek muka yang mengiyakan atau menerima pandangan atau keterangan murid tersebut. Dengan cara ini, murid tersebut akan rasa dihargai dan akan terus memberikan penerangan tanpa rasa bimbang atau takut.

Begitu juga sekiranya seseorang murid yang berjaya menjawab sesuatu

soalan yang diberikan oleh guru, dengan mengangkat ibu jari ke atas serta bertepuk tangan dan memek muka yang ceria secara tidak langsung akan memberikan kesan peneguhan kepada murid tersebut. Gerak anggota badan dan memek muka sememangnya penting dikuasai oleh seseorang guru sebagai sebahagian daripada peneguhan dan rangsangan dalam proses pengajaran. Dengan itu, pasti penyampaian isi kandungan serta bahasa-bahasa nonverbal yang digunakan oleh guru akan memberikan impak positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Etika Semasa Berkomunikasi Kemahiran komunikasi boleh dicapai secara optimum jika etika komunikasi diikuti sepenuhnya oleh setiap yang sedang berkomunikasi. Antara etika komunikasi yang perlu diberikan perhatian oleh mereka yang sedang berkomunikasi ialah:

(a) Setiap orang yang sedang berkomunikasi perlulah mempunyai niat yang baik.

(b) Setiap apa yang diperkatan perlulah sama dengan apa yang akan dilakukan.

Page 9: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

121

(c) Bagi pendengar, perlulah mendengar apa yang disampaikan secara aktif dan teliti.

(d) Semasa berkomunikasi perlulah ada keserasian dan tidak membesarkan perkara-perkara yang remeh atau pun terlalu kecil.

(e) Seelok-eloknya sekiranya kita kurang pasti dengan apa yang didengar kita perlulah mendiamkan diri dan kemungkinan mendapatkan penjelasan apabila selesai penerangan dilaksanakan.

(f) Semasa berkomunikasi terdapat dua pihak, iaitu yang mendengar dan yang menyampaikan komunikasi. Sekiranya komunikasi dalam bentuk perbincangan, maka sikap menerima kritikan dan memberikan kritikan positif perlulah diamalkan. Anggap kritikan yang positif sebagai penambahbaikan dan bukan sebagai suatu kelemahan.

(g) Seelok-eloknya sekiranya dalam situasi komunikasi yang bersifat perbincangan, belajarlah menentang atau mengkritik dengan cara yang berhemah dan baik.

(h) Sentiasa berpandangan positif dan membina semasa proses komunikasi.

(i) Seelok-eloknya amalkan sikap berunding sebelum mengambil sesuatu tindakan.

(j) Secara falsafahnya, semua pihak perlulah akur dan menerima kenyataan bahawa semasa berkomunikasi juga kita perlulah mempunyai sikap toleransi dan berfikir bahawa fikiran kita juga adalah fikiran mereka semua.

Halangan-halangan Komunikasi Yang Berkesan Semasa proses komunikasi, banyak halangan yang berlaku. Halangan komunikasi ini boleh berlaku sama ada yang bersifat semula jadi, serta-merta atau pun kekal. Dalam keadaan tempat berkomunikasi berhampiran dengan lapangan terbang contohnya sudah pasti bunyi bising pesawat yang hendak mendarat atau berlepas akan mengganggu proses komunikasi. Sebagai seorang guru, kita haruslah peka dan cuba mengelakkan daripada menyampaikan sesuatu maklumat atau berkomunikasi dalam keadaan seperti ini. Begitu juga dengan bunyi bising murid-murid yang tidak terkawal di dalam bilik darjah atau sekolah juga boleh menjadi halangan kepada komunikasi yang berkesan. Terdapat beberapa lagi halangan komunikasi, antaranya ialah:

(a) Penggunaan bahasa yang mempunyai makna yang berbeza-beza di antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Contohnya perkataan „kacak‰ bagi orang di Perlis juga ditujukan kepada orang perempuan sedangkan dalam keadaan sebenar kata sifat untuk menunjukkan seseorang perempuan yang anggun ialah „cantik‰.

Page 10: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 122

(b) Persepsi pendengar terhadap penyampai dan jenis maklumat yang disampaikan juga boleh menjadi sebagai penghalang kepada komunikasi yang berkesan. Jika orang yang benar-benar berwibawa dalam bidangnya menyampaikan sesuatu perkara, sudah pasti akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pendengar. Berlaku sebaliknya, sekiranya penyampai bukan ahli dalam bidang yang diperkatakan.

(c) Interpretasi bahasa bukan lisan (nonverbal) juga boleh menjadi penghalang kepada komunikasi yang berkesan. Sebab itulah, sebagai seorang guru, perlulah mendalami bidang pedagogi pengajaran yang mana sekiranya diperhatikan lenggok atau peragaan diri juga adalah sebahagian daripada pedagogi yang berkesan dalam menyampaikan pengajaran.

(d) Bagi mereka yang sememangnya mengalami masalah pendengaran juga berkemungkinan akan menjadi salah satu punca kepada halangan komunikasi yang berkesan. Sebagai contoh, kemungkinan perkataan „bapak‰ akan menjadi „kapak‰.

(e) Suasana persekitaran dan emosi sama ada penyampai atau pendengar komunikasi juga akan mempengaruhi komunikasi yang berkesan. Bagi mereka yang dalam keletihan, berkemungkinan besar tidak selesa untuk mendengar perkara yang sedang diucapkan oleh seseorang penyampai.

Pernyataan di atas adalah antara beberapa contoh halangan kepada komunikasi yang berkesan. Sebab itulah, sekiranya kita inginkan setiap maklumat yang kita sampaikan atau dibincangkan, perlulah dalam keadaan yang benar-benar selesa. Kita sepatutnya menghentikan seketika setiap penyampaian kita sekiranya ada gangguan tertentu yang boleh menyebabkan komunikasi kita kurang atau tidak berkesan. Pengukuran Kemahiran Komunikasi Dalam konteks ini, setiap orang guru perlulah peka terhadap bentuk komunikasi yang disempurnakan. Kita boleh membuat beberapa andaian atau catatan terhadap setiap komukasi yang berlaku sama ada ia menepati keperluan atau pun tidak. Di antara perkara yang perlu difikirkan ialah:

(a) Adakah kita sebagai penyampai atau guru berkebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan, dan dengan penuh keyakinan ?

(b) Adakah kita berkebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan bersedia memberikan maklum balas?

(c) Adakah kita berkebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar?

Page 11: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

123

(d) Adakah kita berkebolehan menggunakan teknolgi sebagai bahan sokongan kepada setiap pembentangan yang kita lakukan?

(e) Adakah kita berkebolehan berunding dan berusaha untuk mencapai persetujuan bersama dalam sesuatu hal?

(f) Adakah kita berkeboehan atau mampu berkomunikasi dengan khalayak atau guru yang mempunyai budaya serta tahap yang berbeza-beza?

(g) Adakah kita berkebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi berseorangan?

(h) Adakah kita berkebolehan menggunakan kemahiran komunikasi bukan lisan?

Kesemua persoalan di atas perlulah dijadikan pedoman atau panduan untuk memastikan setiap komunikasi yang kita lakukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kegagalan kita memenuhi keperluan yang dinyatakan di atas akan menjadikan kemahiran komunikasi kita tidak berkesan.

KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

Kemahiran kerja secara berpasukan adalah salah satu ciri yang patut dipupuk dan dikuasai oleh seseorang guru. Kemahiran ini bukan sahaja akan dapat mewujudkan suasana atau pun keadaan yang positif, tetapi juga akan menghasilkan sesuatu yang lebih berkesan dan cemerlang. Peribahasa Melayu ada menyebut bahawa „kerja sepakat membawa berkat‰ dan „bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat‰. Kedua-dua peribahasa ini menunjukkan betapa pentingnya kerja-kerja secara berpasukan. Selain mendapatkan hasil yang positif, kerja berpasukan juga akan melatih minda setiap individu melalui pertukaran idea dan perbincangan bersama rakan dalam pasukan. Untuk memastikan setiap kemahiran bekerja secara berpasukan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, ada beberapa syarat dan peraturan yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah: (a) Semua ahli dalam kumpulan perlulah mempunyai niat yang ikhlas untuk

berdebat dan berbincang tentang sesuatu topik.

(i) Setiap ahli perlulah mempunyai niat yang ikhlas untuk melakukan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan secara kumpulan.

(ii) Niat yang ikhlas akan mendorong setiap ahli untuk melakukan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh komitmen.

6.2

Page 12: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 124

(iii) Keikhlasan yang wujud dalam diri setiap ahli akan dapat membantu dan memperbaiki setiap kelemahan yang wujud dalam kalangan ahli-ahli yang terlibat di dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

(iv) Keikhlasan juga akan menjamin setiap ahli untuk bekerja keras menghasilkan sesuatu yang terbaik demi kepentingan ahli dalam kumpulan.

(b) SSaiz kumpulan

(i) Jumlah ahli dalam kumpulan seelok-eloknya dalam kumpulan yang kecil.

(ii) Jumlah ahli 3 � 5 orang adalah memadai untuk tujuan perbincangan dan percambahan idea.

(iii) Jumlah ahli 3 � 5 orang mampu untuk menjana idea dan pandangan yang baik bagi sesuatu isu yang dibincangkan dalam kumpulan.

(c) MMasa dan tempat perbincangan

(i) Masa yang sesuai perlulah dikenal pasti oleh setiap ahli dalam kumpulan tersebut.

(ii) Waktu yang dipilih perlulah mendapat persetujuan bersama setiap ahli dalam kumpulan.

(iii) Persetujuan masa penting untuk memastikan setiap ahli memberikan komitmen sepenuhnya dalam perbincangan.

(iv) Kesesuaian tempat juga perlu diambil kira oleh ahli kumpulan untuk memastikan tiada gangguan semasa sesi perbincangan dilaksanakan.

(v) Tempat yang difikirkan sesuai untuk perbincangan kumpulan adalah perpustakaan, bilik bacaan, wakaf-wakaf, bilik seminar, bilik perbincangan dan lain-lain lagi.

(d) SSistem pembahagian tugasan

(i) Pembahagian tugas perlu dilaksanakan agar setiap ahli mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan.

(ii) Pembahagian tugas perlulah adil.

(iii) Sifat toleransi dan persefahaman penting semasa pengagihan tugas.

(iv) Setiap tugas yang diagihkan perlulah dilaksanakan oleh ahli dengan penuh rasa tanggungjawab.

Page 13: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

125

(v) Penentuan masa amat penting agar setiap tugas yang diberikan berjaya dilaksanakan berdasarkan had masa yang ditetapkan.

(vi) Sudah menjadi satu keperluan penting penetapan masa untuk setiap tugas agar ia mencapai matlamat dan objektif perbincangan.

(e) PPersediaan sebelum perbincangan

(i) Setiap ahli kumpulan perlulah melakukan sesuatu yang terbaik untuk kumpulannya. Persediaan awal akan memberikan kesan positif kepada perbincangan.

(ii) Setiap ahli perlulah menyediakan nota ringkas dan bahan rujukan tambahan mengenai perkara yang akan dibincangkan.

(iii) Nota ringkas dan rumusan perlulah diteliti dan dibaca berulang kali agar tidak terdapat sebarang kesilapan serta memberikan impak positif dalam perbincangan.

(iv) Tanpa pemahaman yang baik, perbincangan akan menjadi hambar dan akan mengalami kesulitan.

(f) PPerbincangan perlu dilakukan dalam keadaan harmoni

(i) Perbincangan perlulah dilakukan dalam keadaan yang harmoni dan mesra.

(ii) Setiap ahli kumpulan perlulah berasa gembira dan bersedia untuk berbincang.

(iii) Perasaan ingin melihat kejayaan secara bersama perlu disemai dalam diri setiap ahli.

(iv) Perbincangan dilakukan secara bercapah dan tidak dimonopoli oleh seorang ahli sahaja.

(v) Setiap ahli bebas menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.

(vi) Setiap rumusan dan keputusan adalah secara total dan dibuat secara bersama. Tidak ada percanggahan selepas kesimpulan atau rumusan dibuat.

(vii) Nota atau bahan perbincangan dikongsi dan diguna secara bersama untuk memberikan impak dalam pembelajaran.

Pengukuran Kemahiran Berpasukan Dalam konteks ini, setiap orang guru perlulah peka terhadap bentuk kerja berpasukan yang disempurnakan. Kita boleh membuat beberapa andaian atau

Page 14: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 126

catatan terhadap setiap komukasi yang berlaku sama ada ia menepati keperluan atau pun tidak. Di antara perkara yang perlu difikirkan ialah:

(a) Adakah setiap ahli berkebolehan dalam membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif untuk mencapai objektif yang sama?

(b) Adakah setiap ahli kumpulan berkebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan?

(c) Adakah setiap ahli kumpulan berkebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain?

(d) Adakah setiap ahli kumpulan berkebolehan memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan?

(e) Adakah setiap ahli kumpulan bersedia bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan?

Kesemua persoalan di atas akan menjadi kayu ukur kepada setiap individu untuk melihat keberkesanan peranan mereka dalam kumpulan. Perkara ini amat penting kerana setiap ahli dalam kumpulan seharusnya membangun secara bersama ke arah peningkatan keilmuan atau apa sahaja perkara yang dibincangkan. Setiap perkara jika melalui proses perundingan dan percambahan pemikiran yang positif sudah tentu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan sesuai mengikut keperluan semasa. Sebagai seorang guru setiap perkara yang dibincangkan sudah tentu dapat digunakan atau dijadikan panduan khususnya dalam melaksanakan tugas mengajar di sekolah. Kewibawaan seseorang guru hanya dapat diukur dari segi keupayaannya menjana pemikiran guru dan hasil pembelajaran yang positif yang diterima oleh setiap murid.

KEMAHIRAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) ialah suatu proses di mana setiap individu akan melalui proses pembelajaran mereka sepanjang masa atau pun sepanjang hayat. Kehidupan setiap manusia sebenarnya memang sentiasa meneroka dan memburu sesuatu yang baru dalam kehidupan. Pembelajaran sepanjang hayat juga adalah suatu usaha pembelajaran berterusan dan belajar berdikari dalam pemerolehan dan pengetahuan yang baru. Pembelajaran sepanjang hayat sebenarnya tidak mempunyai batasan. Ia merangkumi semua bangsa dan agama. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa tuntutlah ilmu walau sehingga ke negari Cina sekalipun. Ini membuktikan bahawa pencarian dan pemerolehan ilmu itu tiada batasannya. Terdapat tiga tahap pembelajaran sepanjang hayat. Antaranya ialah:

6.3

Page 15: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

127

(a) Kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai bidang;

(b) Kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran secara autonomi; dan

(c) Kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan sifat sentiasa dahagakan ilmu.

Prinsip-Prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat Motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran sepanjang hayat. Motivasi khususnya yang bersifat dalaman akan menggalakkan kita melaksanakan proses inkuri (ingin tahu) serta mewujudkan inisiatif ke arah mencapai apa yang perlu diketahui. Selain itu, pengalaman seseorang dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada akan membantu proses inkuri di atas sehingga terlerai atau mendapat sesuatu keputusan yang boleh diterima secara logik. Inilah yang membuatkan seseorang itu terus mencapai dan menyelongkar idea atau ilmu-ilmu yang berkaitan demi untuk memberikan kepuasan kepada diri mereka. Pembelajaran sepanjang hayat berdasarkan kepada prinsip bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan akal (kognitif) untuk membuat pemilihan terhadap maklumat yang diperlukan dan mengubahsuaikannya tanpa mengira umur, bangsa, budaya atau persekitaran. Dari segi kepentingannya juga pembelajaran sepanjang hayat boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang bersifat formal dan tidak formal. Secara formal bermaksud seseorang itu akan mendapat pendidikan yang diiktiraf serta mempunyai penjadualan yang teratur dan kurikulumnya serta mempunyai batasan masa serta pengiktirafan sama ada dengan memperoleh sijil diploma atau sebagainya. Manakalan secara tidak formal pula ialah pembelajaran melalui suatu proses pengalaman yang membolehkan kemahiran dicapai tanpa ada kurikulum atau jangka masa pengiktirafannya. Kepentingan Pembelajaran Sepanjang Hayat Pembelajaran sepanjang hayat ialah suatu proses yang berpanjangan bagi setiap makhluk yang hidup. Dalam kehidupan seharian, kita sebenarnya melalui suatu proses pembelajaran yang membolehkan kita untuk terus mematangkan diri serta kehidupan. Anak-anak kecil yang baru pandai berjalan akan terus mencuba dan belajar untuk mendapatkan kemahiran berjalan dengan bantuan perkembangan serta persekitaran. Pembelajaran sepanjang hayat itu amat penting atas beberapa alasan seperti berikut:

(a) Menuntut ilmu sebenarnya sudah menjadi tanggungjawab setiap insan tanpa mengira apa agama sekalipun.

Page 16: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 128

(b) Ilmu yang kita miliki perlulah selari dan sesuai dengan perubahan yang berlaku mengikut zaman.

(c) Ilmu yang pelbagai dan terkini pada masa kini boleh dimanfaatkan dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian.

(d) Kemajuan dan pembangunan diri setiap individu banyak bergantung kepada ilmu yang dimiliki sama ada sebelumnya, semasa dan masa depan.

(e) Peningkatan ilmu akan dapat mengubah serta mempertingkatkan taraf kehidupan seseorang melalui proses kenaikan pangkat atau peluang pekerjaan yang baru.

(f) Peningkatan ilmu akan dapat memberikan keyakinan serta harga diri yang lebih tinggi kepada seseorang individu.

(g) Dalam peribahasa Melayu ada menyebut bahawa 'tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat'. Ini bermakna setiap detik dan helaan nafas kita, kita adalah dituntut untuk menuntut ilmu.

Kaedah Pembelajaran Berterusan Seperti yang kita maklum bahawa pembelajaran sepanjang hayat adalah suatu proses pembelajaran yang berterusan. Ini bermakna terdapat beberapa kaedah yang sesuai untuk mempraktikkannya. Antara kaedah yang sesuai ialah: (a) KKaedah Penglibatan Kaedah ini adalah suatu cara di mana setiap individu diberikan tugasan,

topik atau konsep, persoalan dan pemupukan minat untuk diselesaikan. Memang sudah menjadi kelaziman kepada setiap manusia mempunyai perasaan ingin tahu dan jika diatur melalui suatu proses yang bersistematik sudah pasti mereka akan dapat menyelesaikan tugasan atau kerja tersebut. Dalam proses pencarian serta penyelesaian seperti inilah konsep pembelajaran sepanjang hayat akan dapat diterapkan.

(b) KKaedah Penjelajajahan Kaedah ini juga amat sesuai untuk proses pembelajaran sepanjang hayat

kerana setiap individu yang sudah sedia tersimpan perasaan ingin tahu akan cuba memuaskan perasaan mereka melalui pendekatan inkuri dengan melaksanakan penyiasatan, penjelajahan, membuat eksperimen dan lain-lain yang berkaitan hinggalah terlerai atau suatu keputusan dapat dibuat. Ketika proses ini berjalan, setiap individu akan meneroka dan bekerjasama ke arah pencapaian matklamat yang telah ditetapkan terdahulu. Proses yang memakan masa ini akan mewujudkan kesedaran dan kematangan berfikir secara lebih mendalam kepada setiap individu.

Page 17: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

129

(c) KKaedah Penerangan Kaedah ini melibatkan konsep pernyataan dan penjelasan terhadap sesuatu

perkara. Melalui penerangan dan penjelasan yang disampaikan oleh orang lain kepada individu akan menimbulkan kefahaman serta penambahan kepada pengetahuan setiap individu berkaitan. Ini juga akan memberikan impak kepada setiap individu dalam membuat sesuatu pertimbangan yang bersangkutan dengan penambahan kefahaman dan pengetahuan.

(d) KKaedah Penghuraian Kaedah penghuraian ialah suatu konsep di mana setiap individu yang telah

mendapat maklumat serta pengetahuan terdahulu cuba membuat perkaitan dan membina suatu pengetahuan baru terhadap sesuatu pengalaman atau pengetahuan yang diperolehinya. Ini juga secara tidak langsung akan memberikan peluang kepada seseorang individu untuk mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman kepada konteks situasi semasa. Penambahan pengetahuan dan pengalaman ini memberikan impak kepada pengalaman pembelajaran sepanjang hayat.

(e) KKaedah Penilaian Kaedah penilaian dalam konteks pendidikan sepanjang hayat ialah

keupayaan seseorang individu dalam menterjemah pengetahuan serta pengalaman yang diperolehinya kepada suatu konsep penilaian yang berterusan. Perlu diingat bahawa kehidupan kita yang berasaskan pengalaman serta pengetahuan memerlukan kita sentiasa membuat penilaian sama ada sesuatu maklumat atau pengetahuan itu bersesuaian atau tidak dengan diri kita. Penilaian yang positif membolehkan individu memangkin diri mereka untuk terus meneroka dan memburu sesuatu yang baharu.

Beberapa Pendekatan Untuk Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Berikut adalah beberapa pendekatan untuk meningkatkan keupayaan pembelajaran sepanjang hayat:

(a) Sentiasa memotivasikan diri dan bersemengat untuk belajar.

(b) Semaikan kecintaan terhadap ilmu pengetahuan.

(c) Sentiasa memupuk serta memankinkan diri bahawa setiap apa yang kita lakukan pada hari ini adalah lebih baik daripada hari sebelumnya.

(d) Sentiasa terus berusaha dan sekiranya gagal bukan bererti gagal untuk selama-lamanya.

Page 18: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 130

(e) Sentiasa berfikiran positif bahawa kegagalan pada hari ini adalah penawar untuk kecemerlangan.

(f) Tanamkan sikap di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

(g) Amalkan sikap tidak mudah berputus asa demi untuk mencapai cita-cita.

(h) Sentiasa ingat bahawa ilmu adalah pelita yang akan menerangi kehidupan kita.

(i) Sentiasa ingat bahawa ilmu itu akan membawa kebahagiaan dan ketenangan hati.

Secara kesimpulannya, dapatlah kita rumuskan bahawa kemahiran pembelajaran sepanjang hayat sebenarnya adalah sesuatu yang dituntut dalam kehidupan kita. Sudah menjadi fitrah dalam kehidupan kita untuk terus meneroka serta cuba memperoleh sesuatu yang bersifat baharu dalam kehidupan. Sepanjang kehidupan kita akan belajar dan cuba memperoleh sesuatu untuk kepentingan kelangsungan kehidupan kita. Ini juga amat bersesuaian dengan kata-kata yang berbunyi „tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahat‰. Selagi kita bernafas dan diberikan fikiran yang waras, maka kita akan terus belajar untuk kesejahteraan hidup.

KEMAHIRAN KEPIMPINAN

Kehidupan sebagai seorang guru sebenarnya juga adalah sebagai seorang pemimpin. Tugas guru bukan sahaja mengajar di dalam bilik darjah, tetapi juga sebagai pemimpin kepada guru, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Keupayaan dan kebolehan yang ada dalam diri seseorang guru patut dipuji kerana mereka bukan sahaja sebagai pemudahcara dalam pembelajaran namun juga sebagai penggerak kepada pembangunan sahsiah, bakat, kemahiran, keterampilan dan tahap keprofesionalisme individu. Peribahasa yang berbunyi „kalau guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari‰ meletakkan kemoralan dan gaya kepimpinan seseorang guru itu akan menjadi anutan atau ikutan. Inilah yang patut kita fahami dan kita renungkan agar tugas profesion keguruan yang kita ceburi akan dapat membina masyarakat yang madhani, mapan dan sejahtera. Definisi Pemimpin Definisi pemimpin sebenarnya adalah berbeza-beza bergantung pada faktor sifat kepimpinan, lokasi, masa dan jenis organisasi yang dipimpin. Definisi pemimpin juga dapat dianalogikan sebagai pemilik kecantikan yang ternyata bergantung pada siapa, bila, masyarakat pemiliknya dan di mana atau lokasi ia berlaku.

6.4

Page 19: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

131

Walau bagaimanapun, secara umumnya pemimpin dapatlah ditakrifkan sebagai individu atau seseorang yang mempunyai kemampuan, kemahiran dan karisma tersendiri untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan atau idea untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan. Zenger (1985), menjelaskan bahawa pemimpin adalah seorang pemandu yang memandu setiap pengikutnya ke arah satu destinasi. Martin (1999), pula melihat bahawa pemimpin itu sebagai seorang komunikator, pemberi ganjaran yang seimbang dan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Modern Dictionary of Sociology (1996), menjelaskan bahawa pemimpin (leader) adalah seseorang yang mempunyai peranan sebagai pengantara atau posisi dominan untuk mempengaruhi kelompok yang dia berada di dalamnya. Walaupun terdapat pelbagai definisi berkaitan dengan pemimpin, dapatlah kita rumuskan bahawa pemimpin itu adalah seseorang yang mempunyai karisma, berkeperibadian mulia serta berkemahiran dalam komunikasi untuk merangsang dan menarik perhatian orang lain agar bersama-sama memacu hala tuju serta haluan secara bersama. Hala tuju yang dimaksudkan ialah yang bersifat positif ke arah pembangunan serta keterampilan diri. Perkara yang sama juga mungkin akan berlaku kepada seseorang guru yang mengajar di sekolah kerana mereka juga adalah pengajar dan pemimpin yang akan memacu hala tuju pembangunan diri serta sahsiah diri setiap guru ke arah yang bermatlamat dan positif. Tugas dan Peranan Pemimpin Berikut adalah beberapa tugas dan peranan seorang pemimpin: (a) PPemimpin bekerja dengan orang lain Seorang pemimpin bertanggung jawab untuk bekerja dengan orang lain,

antaranya dengan orang atasannya, staf, teman sekerja atau jabatan lain di dalam dan di luar organisasi.

(b) PPemimpin adalah tanggung jawab dan mempertanggungjawabkan

(akauntabiliti) Seorang pemimpin bertanggungjawab untuk menyusun dan menjalankan

tugas, dan mengadakan penilaian untuk mencapai hasil yang terbaik. Pemimpin bertanggung jawab untuk kejayaan stafnya tanpa kegagalan.

(c) PPemimpin menyeimbangkan pencapaian tujuan dan keutamaannya Proses kepemimpinan dibatasi oleh sumber, jadi pemimpin harus dapat

menyusun tugas dengan mendahulukan keutamaannya. Untuk mencapai sesuatu tujuan, pemimpin harus dapat mendelegasikan atau mengagihkan

Page 20: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 132

tugas-tugasnya kepada staf. Pemimpin juga harus dapat mengatur waktu dan menyelesaikan masalah secara efektif.

(d) PPemimpin harus berpikir secara analitis dan konseptual Seorang pemimpin harus menjadi seorang pemikir yang analitis dan

konseptual. Selanjutnya dapat mengenal pasti masalah dengan tepat. Pemimpin harus dapat menghuraikan seluruh pekerjaan menjadi lebih jelas dan kaitannya dengan pekerjaan lain.

(e) PPengurus adalah seorang mediator Konflik selalu terjadi pada setiap pasukan dan organisasi. Oleh kerana itu,

pemimpin harus dapat menjadi seorang mediator (pengantara). (f) PPemimpin adalah seorang diplomat Seorang pemimpin harus mampu mengajak dan melakukan kompromi

apabila sesuatu isu atau perkara timbul. Sebagai seorang diplomat, seorang pemimpin harus dapat mewakili kumpulan atau organisasinya.

(g) PPemimpin bijak membuat keputusan dalam keadaan yang sukar

Seorang pemimpin harus dapat menyelesaikan masalah didalam keadaan yang sukar atau apabila menghadapi situasi yang mencabar.

Ciri-ciri Utama Pemimpin yang Hebat Berikut adalah beberapa ciri utama pemimpin yang hebat:

� Mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi;

� Sentiasa bekerja keras;

� Mampu untuk menjadi contoh dan teladan kepada orang lain;

� Bersedia untuk berkorban untuk kepentingan ahli dalam kumpulan;

� Bersikap adil;

� Peramah;

� Mempunyai pegangan agama dan akidah yang kuat;

� Suka dan senang hati untuk bekerja dalam kumpulan;

� Menghormati orang lain;

� Mempunyai taraf pendidikan yang baik;

� Kreatif dan inovatif;

� Berkemahiran dalam berkomunikasi dengan orang lain;

Page 21: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

133

� Sentiasa berfikiran terbuka;

� Boleh dipercayai;

� Bermotivasi tinggi;

� Adil dan bertanggungjawab; dan

� Sentiasa aktif dan bertenaga. Tips atau Panduan Untuk menjadi Seorang Pemimpin Yang Baik Jadual 6.2 menjelaskan beberapa tips untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.

Jadual 6.2: Tips Seorang Pemimpin yang Baik

Tips Penerangan

Kemahiran kognitif

� Mempunyai keputusan akademik yang cemerlang

� Mampu berfikir secara jelas dan nyata

� Mampu menganalisis permasalahan dan penyelesaian

� Berpengetahuan yang luas dan global

Kemahiran kepakaran

� Mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang tertentu

� Mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dan relevan

� Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

Kemahiran tindakan

� Berkebolehan melakukan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna

� Berkebolehan mengagihkan tugas kepada orang lain dengan sempurna

� Bermotivasi

� Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik

� Lebih banyak bertindak dan bekerja daripada bercakap

Kemahiran perhubungan

� Mampu untuk membina kepercayaan ahli dalam kelompok yang terlibat

� Mempunyai kemahiran bersosialisasi yang baik

� Gemar dan berminat untuk bekerja dalam satu kumpulan

� Sentiasa menjadi contoh dan teladan kepada setiap ahli dalam kumpulan

Page 22: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 134

Rumusan Setiap individu yang lahir di muka bumi ini adalah seorang pemimpin sama ada pemimimpin kepada keluarga, masyarakat ataupun kepada dirinya sendiri. Ini juga amat bersesuaian dengan pandangan Islam yang menganjurkan bahawa setiap individu yang lahir dan berada di muka bumi ini adalah khalifah kepada dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat. Oleh itu, kita perlulah sentiasa berusaha memapankan diri kita untuk menjadi pemimpin yang baik, berwawasan, berinovatif dan bermoral ke arah membentuk kesatuan ummah yang mantap dan sentiasa hidup dalam lingkungan kemoralan agama yang positif. Tidak ketinggalan juga kita sebagai seorang guru, perlulah menghayati kepimpinan yang ada di dalam diri kita agar dapat diteladani oleh setiap anak didik kita agar mereka menjadi insan serta warganegara yang baik dan berinovatif serta bekerja ke arah pembangunan diri, bangsa, agama dan negara yang positif serta gemilang.

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS

Pengenalan Kemahiran pemikiran kritis amat penting dimiliki oleh setiap guru. Kemahiran ini akan membolehkan setiap guru berupaya dan cekap untuk menggunakan minda atau pemikiran dalam menilai kemunasabah atau kewajaran sesuatu idea yang disampaikan. Ia juga melibatkan kebolehan individu untuk membuat penakulan dan kebernasan, membuat pertimbangan perkara yang baik dan buruk dan akhirnya mengemukakan sesuatu dapatan atau kesimpulan berasaskan alasan dan bukti yang kukuh serta munasabah. Kemahiran kognitif dan penyusunan intelektual untuk mengenal pasti, menganalisis, menilai hujahan dan kesahihan, mengatasi prasangka dan bias tersendiri mengungkapkan dan membuat keputusan yang bijak tentang apa perlu dipercayai dan apa sepatutnya dibuat. Pemikiran kritis ialah disiplin pemikiran yang dikawal oleh tahap intelektual. Tahap intelektual termasuklah bagaimana membuat penjelasan, ketelitian, ketepatan, penyesuaian, konsistensi, kesahihan yang logikal, kesempurnaan dan keadilan. Pemikiran kritis akan membantu seseorang guru melaksanakan sesuatu kerja yang bersifat praktikal, konsisten dan membolehkan mereka berfikir secara rasional, logik dan bertanggungjawab.

6.5

Page 23: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

135

Tahap-tahap Intelektual Berikut adalah beberapa tahap-tahap intelektual:

� Penjelasan;

� Ketelitian;

� Ketepatan;

� Kesahihan yang logikal;

� Kesempurnaan;

� Keadilan;

� Penyesuaian; dan

� Konsisten. Selain itu, pemikiran kritis juga merupakan suatu aplikasi yang aktif di mana ia dapat:

� Mengeluarkan pandangan sendiri;

� Membuat pengadilan;

� Menganalisis pandangan atau pendapat;

� Membuat tanggapan;

� Mencapai pemahaman yang baik;

� Mendekati kebenaran; dan

� Mencari idea baru. Matlamat Pemikiran Kritis Berikut adalah beberapa matlamat pemikiran kritis:

(a) Menjadikan seseorang guru lebih terbuka dalam menerima sesuatu, mempertimbangkannya semula, menganalisis secara kritis dengan mengambil kira pelbagai aspek. Ia juga membolehkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru.

(b) Pemikiran kritis juga menjadikan guru lebih kritis dan peka dalam mengkaji hujah ataupun menyedarkan pernyataan yang dikeluarkan secara pengucapan atau penulisan dapat menyedarkan guru bahawa sesebuah pernyataan tidak semestinya benar walaupun konteks pernyataan adalah betul.

(c) Pemikiran kritis juga mampu membuka minda guru agar lebih menerima sesuatu perkara yang dibincangkan daripada terus menolaknya bulat-

Page 24: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 136

bulat. Guru akan lebih berkeyakinan dalam menangani sesutau permasalahan dalam melihat sesuatu fenomena.

Langkah-langkah Memupuk Pemikiran Kritis dalam Kalangan Guru Jadual 6.3 menerangkan enam langkah memupuk pemikiran kritis di kalangan guru. Jadual 6.3: Langkah-langkah Memupuk Pemikiran Kritis di Kalangan Guru

Langkah-langkah Penerangan

1: Mencari dan menyelongkar informasi

� Tahap pertama ialah mencari fakta atau penemuan informasi data.

� Seseorang guru akan menyimpan informasi di dalam otak. Semakin banyak informasi yang diperolehi, nilai pasaran dalam bentuk maklumat semakin banyak dan menjadi lebih tinggi.

� Asas informasi ini akan memberikan imapak kepada kita dalam menangani isu atau persoalan yang dihadapi kelak.

2: Memahami Informasi

� Memahami setiap informasi amat penting untuk kita membuat perkaitan dengan sesuatu bidang lain.

� Semakin banyak maklumat dan perkaitan yang dibuat akan menjadikan kita lebih matang dan menambahkan lagi pemahaman yang sedia ada.

3: Mengaplikasikan Informasi

Aplikasi melibatkan beberapa cara seperti berikut:

� Mengilustrasi;

� Memberikan contoh;

� Membuat persediaan;

� Membuat ramalan;

� Membuktikan kebenaran; dan

� Mendramakan atau mempraktikan.

4 : Menganalisis � Analisis melibatkan pemecahan apa yang telah kita baca atau mendengar kepada beberapa bahagian supaya idea itu menjadi semakin jelas.

� Sebagai contoh, pemikiran kritis dapat mengkategorikan informasi yang diperolehi dan bertindak balas pada situasi yang berlaku berdasarkan logik dan pengamatan yang diberikan.

Page 25: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

137

Langkah-langkah Penerangan

5 : Sintesis Sintesis ialah meletakkan bersama idea yang telah kita analisis dengan informasi baru untuk mencipta sesuatu yang tulen. Sintesis melibatkan beberapa cara, iaitu

� Mengubah;

� Mencipta; dan

� Mengimaginasi. Setiap cara tersebut merupakan kemahiran sintesis yang boleh diaplikasikan dalam bidang komunikasi ataupun pembelajaran.

6 : Penilaian � Penilaian dilakukan untuk menilai mutu setiap penghujahan yang digunakan untuk menyokong kesimpulan yang dibuat serta menilai kesahihan bukti-bukti yang dikemukakan.

� Seseorang guru yang mempunyai pemikiran kritis sentiasa bersedia untuk mempertahankan bukti sahih itu melalui hujah-hujah yang logik serta bernas.

Kebaikan Pemikiran Kritis Berikut adalah beberapa kebaikan pemikiran kritis:

(a) Membantu guru mengeluarkan pendapat dan idea tanpa rasa takut, membangunkan keyakinan diri, melahirkan guru yang berkualiti, berinformasi dan berani berhujah serta memberikan pendapat yang bernas.

(b) Mampu melahirkan guru yang bermaklumat, terdedah kepada kemahiran maklumat dan merangsang pemikiran yang lebih kritis.

(c) Berpandangan terbuka dan boleh menerima pandangan orang lain serta memberikan pandangan secara kritikal.

(d) Membekalkan kepada setiap guru dengan pelbagai strategi dan kemahiran yang akan dapat memperbaiki keupayaan diri berkomunikasi dengan lebih mapan, jelas dan berkesan.

(e) Mengelakkan guru daripada membuat keputusan yang tidak tepat dan merugikan diri sendiri.

Page 26: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 138

Kepentingan Kemahiran Penyelesaian Masalah kepada Guru Berikut adalah beberapa kepentingan kemahiran penyelesaian masalah kepada guru:

(a) Penyelesaian masalah adalah suatu tindakan yang memberikan respons atau reaksi kepada sesuatu masalah yang berlaku dengan meminimumkan keburukan dan memaksimumkan kebaikan.

(b) Penyelesaian masalah memerlukan standard dan kualiti.

(c) Penyelesaian masalah juga merupakan satu proses bagaiamana individu menggunakan pengetahuan yang sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti sesuatu keadaan yang berbeza dan luar biasa daripada keadaan yang lazim berlaku.

(d) Penyelesaian masalah perlu menggunakan strategi tertentu untuk menyelesaikan sesuatu isu atau permasalahan.

(e) Penyelesaian masalah juga akan dapat menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep dan menyemak sesuatu perkara secara logik.

Proses Penyelesaian Masalah Proses penyelesaian masalah dinyatakan di dalam Rajah 6.2.

Page 27: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

139

Rajah 6.2: Proses-proses penyelesaian masalah

Mari kita bincang proses-proses tersebut dengan lebih lanjut. (a) MMenyedari masalah Setiap guru perlu memahami bahawa setiap masalah yang dihadapi akan

membawa kepada permasalahan dan menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai matlamat atau objektif yang telah ditetapkan.

(b) MMemahami masalah Seseorang guru juga perlulah memahami setiap permasalahan yang

dihadapinya. Dengan cara ini sahajalah mereka akan dapat membuat pilihan serta mencari alternatif tertentu dalam mengahadpi dan menyelesaikan masalah tersebut.

Page 28: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 140

(c) MMeneroka pilihan penyelesaian masalah Guru perlulah membuat pilihan terhadap strategi atau cara penyelesaian

masalah yang terbaik. Banyak pilihan atau alternatif akan mematangkan lagi pemikiran guru dalam mengendalikan atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

(d) MMeninjau kesan akibat Setiap pemilihan penyelesaian masalah sebenarnya akan memberikan

kesan tertentu. Dengan meneroka setiap kesan dan akibat yang bakal dihadapi seseorang guru sudah pasti akan dapat membuat pilihan yang terbaik terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi.

(e) MMembuat pilihan dan keputusan Langkah yang terakhir yang bakal dihadapi oleh guru dalam proses

penyelesaian masalah ialah membuat pilihan yang terbaik serta membuat keputusan. Dalam konteks ini seseorang guru boleh menggunakan kemahiran analisis SWOT (Strength, Weaknesses/ Limitations, Opportunities and Threats) ataupun pendekatan perkiraan keadaan yang mana satukah di antara pilihan penyelesaian masalah kurang risiko tetapi banyak memberikan manfaat. Inilah proses terakhir menggabungkan keseluruhan proses penyelesaian masalah.

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Pengenalan Sebagai seorang guru, kemahiran ini juga perlu ada kerana guru juga bertindak sebagai seorang jurujual atau pemasar produk. Apa yang penting ialah pemindahan setiap ilmu keusahawanan yang ada dan dipupuk oleh guru kepada pelajar agar mereka bakal menjadi usahawan yang berjaya kelak. Negara-negara maju seperti Korea, Jepun, Singapura dan lain-lain menjadikan bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai suatu bidang yang perlu dipupuk dan dipelopori oleh semua rakyatnya. Penggunaan e-ekonomi, ideologi lebaralisasi dan cabaran globalisasi menjadikan bidang keusahawanan dan perniagaan sebagi suatu bidang yang amat mencabar dan memerlukan daya saing serta inovasi dalam pengisiannya. Oleh itu, langkah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya perlulah ditanam pada peringkat awal lagi. Setiap orang guru perlulah mengambil peluang dalam apa juga bidang perniagaan yang wujud dan mempelajari teknik-teknik menjadi usahawan yang betul dan berkesan. Keserasian guru dalam keusahawanan juga boleh dilihat berdasarkan enam paradigma keserasian

6.6

Page 29: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

141

kerjaya Teori Kerjaya Holland yang meletakkan guru dalam tiga segi paradigma sosial, artistik dan berdaya usaha. Tips untuk Menjadi Usahawan Berjaya Berikut adalah beberapa tips untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya: (a) SSemangat Untuk berjaya dalam bidang keusahawanan, seseorang guru perlulah

mempunyai semangat yang tinggi dalam mengatasi semua krisis yang bakal dihadapi. Jika sifat ini tidak ada pada seseorang usahawan, ia boleh membantutkan usaha untuk mempertahankan bidang perniagaannya serta berusaha untuk bersaing dengan perniagaan lain yang mempunyai perkhidmatan yang sama dengannya.

(b) KKomited atau iltizam Seorang usahawan juga perlu komited terhadap kerja-kerja yang dipikul

olehnya. Sifat ini boleh memberikan gambaran yang positif kepada hasil usaha yang dilakukan dan akan menjadi pendorong kepada kejayaan seterusnya.

(c) MMenyelesaikan masalah Seorang usahawan yang berjaya juga perlu bijak menyelesaikan masalah yang

dihadapinya. Semua urusan yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan yang dilakukan adalah amat berkait rapat dengan keputusan yang dibuat sama ada secara positif atau pun negatif.

(d) BBerdisiplin dan kosisten Sifat berdisiplin dan konsisten dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik

kepada pengguna adalah juga merupakan salah satu kunci kejayaan kepada seseorang usahawan. Ia juga amat berkait rapat dengan kesedaran untuk mengambil kira pendapat pihak lain tentang urusan perniagaan yang dilakukan.

(e) KKejujuran dan amanah Sifat ini penting untuk mewujudkan kepercayaan pengguna dan rakan niaga

kepada perniagaan yang dijalankan. Kewujudan syarikat akan lebih disanjungi kerana tujuannya adalah lebih mementingkan kepentingan masyarakat dan bukan semata-mata untuk diri sendiri.

(f) BBerkuasa Seseorang usahawan juga perlulah memahami tentang kuasa-kuasa yang ada

pada mereka khususnya dalam menentukan sesuatu fenomena yang berkaitan dengan perniagaan. Namun, harus diingat bahawa penggunaan kuasa yang

Page 30: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 142

berlebihan juga akan membawa kemudaratan. Oleh itu setiap usahawan perlulah memahami batas kuasa dan menggunakan kuasa demi untuk kebaikan dan bukan semata-mata kerana hawa nafsu.

(g) KKreatif dan inovatif Seseorang usahawan juga perlulah mempunyai sifat kreatif dan inovatif. Kedua-

dua kemahiran ini akan memberikan impak dan peluang percambahan perniagaan yang lebih bersifat positif. Pengenalan kepada suatu cara baru dalam memasarkan hasil keluaran contohnya akan dapat melonjakkan lagi setiap hasil jualan dan pengeluaran.

(h) MMengenal pasti peluang Sifat ini perlu ada kepada setiap usahawan kerana ia akan memberikan peluang

kepada setiap usahawan untuk sentiasa mencari peluang perniagaan yang menguntungkan. Dalam kontekis ini, setiap usahawan juga perlulah berusaha meminimumkan kos dan memaksimumkan pengeluaran.

(i) MMenitikberatkan mutu kerja Kualiti kerja adalah suatu imej perniagaan yang penting kepada pelanggan,

pelabur, masyarakat dan kerajaan. Pengawalan mutu produk atau perkhidmatan yang diberikan serta kepuasan pelanggan perlu dilakukan dengan teliti oleh setiap usahawan. Ini akan memastikan pelanggan terus berurusan dan menarik minat pelanggan lain pada masa hadapan.

(j) MMembuat perancangan bersistematik Perancangan yang sempurna dan bersistematik juga perlulah menjadi agenda

utama kepada setiap usahawan. Ini akan memberikan impak yang positif dalam merealisasikan setiap hala tuju perniagaan. Selain itu, matlamat dan jangkaan terhadap permasalahan yang mungkin dihadapi juga patut diteliti agar suatu tindak susul penyelesaian masalah dapat disediakan. Seperti kata bidalam Melayu „sediakan payung sebelum hujan‰.

(k) MMencari maklumat Maklumat adalah sumber penting dalam memastikan setiap perniagaan dapat

berjalan dengan baik atau pun sebaliknya. Dunia pada masa kini lebih tertumpu kepada penguasaan maklumat. Mereka yang berjaya menguasai maklumat akan dianggap lebih berjaya. Kebolehan setiap usahawan untuk mendapatkan maklumat yang bermutu juga adalah suatu agenda penting dalam memajukan perniagaannya. Ledakan maklumat dan sokongan teknologi maklumat seperti internet, laman sesawang, twitter dan lain-lain jaringan sosial patut digunakan sepenuhnya oleh setiap usahawan untuk menguasai dan melonjakkan perniagaan yang dilakukan oleh mereka.

Page 31: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

143

Jadual 6.4 menerangkan beberapa perbezaan di antara peniaga dan usahawan.

Jadual 6.4: Perbezaan di antara Peniaga dan Usahawan

Peniaga Usahawan

Sentiasa melibatkan diri dengan usaha urusan jual beli

Melibatkan diri dengan usaha mencipta barangan keluaran sendiri

Sentiasa berusaha untuk menambahkan keuntungan

Mementingkan kejayaan dan bukan keuntungan semata-mata

Tidak tertarik dengan perkembangan teknologi dan perubahan

Mengikuti segala pembaharuan untuk menambahkan kualiti dan kreativiti

Menjual barangan yang telah sedia ada di pasaran

Memperkenalkan barangan baru yang boleh menembusi pasaran

Menghadapi persaingan sebagai suatu cabaran yang biasa

Persaingan adalah suatu cabaran yang memerlukan penelitian rapi untuk terus hidup

Berfikir hanya untuk menyelesaikan masalah harian

Merenung jauh ke hadapan dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan kemajuan pada masa hadapan

Sebab-Sebab Kegagalan Menjadi Usahawan Berikut adalah beberapa penyebab kegagalan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya:

� Gagal atau tidak tahu merancang dengan baik;

� Gagal mengurus aliran tunai dengan baik;

� Mengambil mudah persaingan yang wujud di persekitaran;

� Sistem akaun yang tidak efisien;

� Strategi pemasaran yang tidak berkesan;

� Khidmat pelanggan yang tidak cekap;

� Pekerja yang tidak mahir dan amanah;

� Kemahiran yang terhad;

� Lokasi perniagaan yang kurang sesuai;

� Tidak mempunyai visi dan wawasan yang jelas;

� Kurang pengalaman; dan

� Perpecahan rakan kongsi.

Page 32: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 144

ETIKA DAN NILAI PROFESIONAL

Pengenalan Istilah etik atau etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ÂethosÊ yang membawa maksud perwatakan dan keperibadian. Gluck (1996), mendefinisikan etika sebagai suatu kajian filosofikal terhadap moraliti. Shea (1998), pula mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal individu dan sebagai satu standard tingkahlaku. Etika berkaitan dengan konsep yang dimiliki oleh individu atau pun kelompok untuk menilai tindakan yang dilakukan itu sama ada salah atau betul, buruk atau baik. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian guru. Keberkesanan prinsip etika terletak pada guru itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi, guru tidak akan dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki, sesuai dengan peribahasa Melayu yang menyatakan „kalau guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari‰ yang jelasnya membawa pengertian bahawa setiap keperibadian dan moraliti yang ada pada setiap guru akan dicontohi oleh setiap anak didik mereka. Etika merupakan ilmu tentang norma, nilai dan moral. Namun demikian, tanpa etika dan nilai yang betul akan menyebabkan pelbagai kepincangan dalam mengatur kehidupan seharian. Oleh itu, nilai dan etika adalah sangat penting bagi semua golongan masyarakat terutamanya kalangan guru. Kita sememangnya mempunyai hak kebebasan sebagai individu tetapi norma masyarakat dan nilai terhadap agama akan menentukan tahap kebebasan kita. Keadaan ini boleh kita rujuk melalui Rajah 6.3 yang mengaitkan diri kita, norma masyarakat dan agama (ketuhanan). Walaupun kita sebagai individu bebas melakukan sesuatu berdasarkan hak asasi manusia tetapi batasan tentang norma masyarakat, nilai dan agama akan menjadi penyaring kepada ketentuan perkara yang sepatutnya kita lakukan. Kekuatan etika, nilai dan moral inilah menjadi asas kepada penjelmaan diri individu yang benar-benar stabil dan positif.

Rajah 6.3: Kaitan antara diri dan norma masyarakat dan agama (ketuhanan)

6.7

Page 33: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

145

Nilai merupakan pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak. Ia merupakan rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku. Nilai dapat dikategorikan berasaskan agama, budaya, etika dan juga moral. Nilai murni yang sepatutnya dipegang oleh seseorang guru berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah:

� Baik hati;

� Berdikari;

� Hemah tinggi;

� Hormat-menghormati;

� Kasih sayang;

� Keadilan;

� Kebebasan;

� Keberanian;

� Kebersihan fizikal dan mental;

� Kejujuran;

� Kerajinan;

� Kerjasama;

� Kesederhanaan;

� Kesyukuran;

� Patriotisme;

� Rasional; dan

� Semangat bermasyarakat. Kesemua 17 nilai murni yang dinyatakan terdahulu perlulah kerap diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kekerapan para guru membudayakan penyerapan nilai ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada budaya mengahayati nilai yang positif dalam kalangan diri pelajar kelak. Oleh itu, semakin banyak penyerapan nilai yang diberikan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran maka lebih banyaklah nilai akan dipaparkan oleh setiap pelajar kelak. Ini amat sesuai dengan peribahasa Melayu „alah bisa tegal biasa‰ yang membawa maksud sesuatu perkara atau perlakuan jika diamalkan selalu akan menjadi kebiasaan dan akhirnya akan sebati di dalam diri setiap mereka yang menerima perlakuan tersebut.

Page 34: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 146

Ciri-ciri Etika dan Nilai Profesional Yang perlu Ada Pada Guru Berikut adalah beberapa ciri etika dan nilai profesional yang perlu ada pada seseorang guru untuk menjadi insan yang cemerlang dan berjaya. (a) CCemerlang Seseorang yang bekerja dengan cemerlang akan melaksanakan tugasnya

dengan bersungguh-sungguh dan tidak akan mengambil sikap sambil lewa sahaja. Prestasi tugasnya akan sentiasa tinggi. Jika seseorang guru menghadapi masalah semasa melaksanakannya, dia perlulah sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut dan menyelesaikannya sebaik mungkin tanpa mudah berputus asa. Untuk mencapai tahap kecemerlangan seseorang guru perlulah mempunyai disiplin diri yang kuat, mantap dan sentiasa berfikiran ke hadapan sesuai dengan tuntutan masa kini.

(b) SSikap Proaktif dan Inisiatif Sikap proaktif amat berbeza dengan sikap aktif kerana sikap proaktif

biasanya akan sentiasa berusaha melakukan sesuatu walaupun tanpa arahan. Seseorang guru yang sentiasa mengamalkan proaktif dan berinisiatif akan melakukan sesuatu tugasan atau kerja sebelum diarahkan oleh pihak pengurusan atasan. Setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan akan dilakukan dengan tekun, teliti dan penuh rasa tanggungjawab. Guru seperti ini juga dianggap sebagai seorang guru yang mempunyai keazaman untuk melakukan yang terbaik dan berusaha mengatasi kelemahan yang ada.

(c) NNiat Setiap guru juga perlu mempunyai niat yang betul dan ikhlas semasa

melaksanakan tugas pengajaran. Guru perlulah memberikan komitmen terhadap tugas agar dapat melahirkan generasi serta anak didik yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kesungguhan ini sebenarnya adalah didorong oleh kejujuran, keikhlasan dan rasa tanggungjawab dan bukannya kerana pujian atau ganjaran.

(d) BBertanggungjawab Terhadap Masyarakat Etika dan nilai profesional guru menekankan tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan kepada masyarakat. Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas atau janji yang mesti dilaksanakan. Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa memastikan apa yang diajarkannya itu akan dikembalikan semula kepada masyarakat dengan pelbagai bentuk perkhidmatan yang akan mampu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

Page 35: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM �

147

(e) AAmanah Seseorang guru juga perlulah mempunyai sikap amanah dalam

melaksanakan tugasnya. Sikap amanah ini akan membolehkan seseorang guru melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan akan memberikan impak terhadap penonjolan keperibadian serta identiti guru tersebut.

(f) KKomited Terhadap Profesion Walaupun tugas seseorang guru itu mengajar, namun banyak lagi tugas

sampingan lain yang berkait rapat dengan pengajaran dan pembangunan sahsiah diri. Keakraban seseorang guru dalam profesionnya akan menjadikan mereka lebih bersifat terbuka dan sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang terbaik kepada anak didiknya. Sifat komited juga akan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah yang terpuji.

(g) AAkhlak Akhlak mulia yang dimilikki oleh seseorang guru akan menjadi lambang

ketinggian peribadi dan kualiti diri. Tiada gunanya bagi seseorang yang berpendidikan tinggi dan kemudiannya menjawat jawatan yang baik tetapi mempunyai akhlak yang buruk seperti mengamalkan rasuah, pilih kasih dan tidak komited dalam kerja. Kesemua akhlak buruk ini akan merugikan diri guru itu sendiri dan kesannya juga akan diterima oleh masyarakat, agama dan negara.

(h) BBersyukur Bersyukur adalah salah satu sikap positif yang perlu ada di dalam diri

setiap guru. Kita patut rasa bersyukur dengan segala pemberian yang diberikan oleh Allah SWT. Sikap berterima kasih dan sering bersyukur dengan nikmat yang diberikan akan menjadikan diri kita sebagai insan yang mulia. Apatah lagi sebagai seorang guru yang sering menjadi modal peranan sudah pasti setiap perlakuan dan apa yang dilakukan akan menjadi turutan serta contohan kepada orang lain khususnya anak didik kita.

(i) PPengurusan Masa Pengurusan masa juga adalah sebahagian daripada etika dan moral yang

perlu ada dalam kalangan guru. Masa itu amat penting dikuasai dan diurus oleh setiap guru agar tiada sedikit masapun yang tidak berfaedah digunakan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab. Bijak mengurus masa, maka bijaklah diri kita mengaturkan kehidupan dan perjalanan hidup yang kita lalui.

Page 36: HBEF2703 Topik 6 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2703/201301110341... · kemahiran pemikiran kritis serta tips-tips untuk menjadi usahawan yang berjaya;

� TOPIK 6 KEMAHIRAN INSANIAH DAN KOKURIKULUM 148

(j) MMembuat Muhasabah Diri (penilaian kendiri) Sebagai manusia biasa kita sering juga melakukan kesilapan. Dengan membuat

muhasabah atau renung kembali diri sudah pasti kita dapat mengukur setiap apa yang telah kita lakukan sama ada baik atau sebaliknya. Penambahbaikan dan pembetulan boleh dilakukan selepas kita membuat muhasabah. Ini secara tidak alngsung akan memberikan impak dalam meningkatkan mutu atau kualiti kerja serta corak tugas yang dihadapi.

(k) SSabar Setiap orang guru juga perlu mempunyai sifat sabar di dalam diri. Islam

sendiri pun menggalakkan agar setiap umatnya sentiasa menekankan sifat sabar seperti mana hadis yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud „kesabaran itu adalah sebahagian daripada iman‰. Dengan adanya sifat sabar setiap apa yang kita lakukan sudah pasti diteliti dan dilaksanakan berasaskan penilaian yang betul tanpa membuta tuli atau tergesa-gesa. Ia juga akan dapat mengawal diri guru daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan.