37
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK TUGASAN: KO KURIKULUM NAMA: ALEINA BINTI MOHD SALLEH NO. MATRIK:720123015778001 SEMESTER: JANUARI 2012 1

epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

HBEF2703

PENDIDIKAN KO KURIKULUM

TAJUK TUGASAN: KO KURIKULUM

NAMA: ALEINA BINTI MOHD SALLEH

NO. MATRIK:720123015778001

SEMESTER: JANUARI 2012

1

Page 2: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

KANDUNGAN HALAMAN

1. Prakaata 3

2. Pengenalan Kokurikulum 4-9

-Konsep

-Matlamat

-Objektif

-Pelaksanaan

3. Merancang Aktiviti Kokurikulum

Pemilihan aktiviti 10

4. Perancangan Aktiviti

A. Peringkat Awal 11-15

B. Peringkat Semasa 16-23

C. Peringkat Selepas 23-26

5. Refleksi 27

6. Kesimpulan 28

2

Page 3: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

PRAKATA

Syukur kehadrat llahi dengan keizinanNYA dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan

sempurna. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas buat pensyarah subjek ko-

kurikulum iaitu En. Shaifol Bahary bin Sulaiman yang teah banyak memberi bimbingan dan

tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.Penghargaan ini juga saya tujukan

kepada Open Universiti Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberi

peluang kepada saya untuk menimba ilmu.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah menyumbangkan pendapat, masa dan

tenaga dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Buat ahli keluarga sekalung ucapan terima

kasih di atas segala sokongan, dorongan dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Akhir kata segala yang baik itu datangnya dari Ilahi dan segala kekurangan itu datangnya

dari kelemahan diri saya sendiri.

3

Page 4: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

1.0 PENGENALAN KOKURIKULUM

1.1 KONSEP

Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah demi untuk

membangunkan modal insan. Sistem pendidikan negara kita yang global ini menganggap

kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua

sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek. Kokurikulum berperanan secara tidak langsung atau langsung dalam

pembangunan sahsiah individu. Namun begitu, dewasa ini selalu berlaku kepentingan

kokurikulum diketepikan secara disengajakan atau tidak disengajakan. Walhal peranan dan

kepentingan kokurikulum amat luas. Justeru itu, sewajarnyalah kokurikulum diletakkan di

tempat yang istimewa dalam sistem pendidikan Malaysia

Menurut Kamus Dewan (2000) kokurikulum ialah merupakan sebahagian daripada

kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti. Selain mata pelajaran yang diajar di

dalam bilik darjah, kokurikulum juga dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan

(misalnya kegiatan dalam persatuanpersatuan dan kegiatan sukan). Zaimi Abu Bakar (1996) pula

menerangkan kokurikulum, “A co-curricular activity is an activity which conducted after school

hours. The term may be used interchangeably with extracurricular activities, co-curricular

activities, extra class activities, pupil activities, socializing activities, allied activities, students

activities and school activities.”

Kreps (2002) merumuskan terdapat banyak aktiviti berkaitan kokurikulum, antaranya

ialah projek penyelidikan luar, peluang belajar ke luar negara, internship, projek khidmat

masyarakat, penglibatan dalam persatuan, pembentukan organisasi, terlibat sebagai atlet,

menghadiri sesuatu program atau pertandingan dan bekerja semasa di kampus.

Ab. Alim Abdul Rahim (1999), mendefinisikan kokurikulum sebagai aktiviti yang berbentuk

pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan menyediakan pengalaman-pengalaman

pengajaran. Komponen kokurikulum termasuklah badan beruniform, persatuan. Antaranya ialah

membina negara menerusi pemupukan integrasi nasional di kalangan pelajar, membantu

perkembangan hidup masyarakat dan pembentukan pembangunan diri individu melalui pelbagai

kemahiran yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran kokurikulum itu sendiri.

4

Page 5: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Kreps (2002) merumuskan terdapat banyak aktiviti berkaitan kokurikulum, antaranya

ialah projek penyelidikan luar, peluang belajar ke luar negara, internship, projek khidmat

masyarakat, penglibatan dalam persatuan, pembentukan organisasi, terlibat sebagai atlet,

menghadiri sesuatu program atau pertandingan dan bekerja semasa di kampus.

1.2 MATLAMAT

Matlamat kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga guru dan masyarakat

untuk:

i. Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan

formal.

ii. Menyemai perasaan muhibbah, integrasi nasional, perpaduan dikalangan generasi

muda dan peningkatan disiplin pelajar.

iii. Menyemai nilai pendidikan.

iv. Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar

yang menarik dan menyeronokkan.

v. Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.

vi. Mengisi masa lapang dengan berfaedah.

1.3 OBJEKTIF

Objektif pendidikan kokurikulum ialah:

i. Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan.

ii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan antara murid.

iii. Meningkatkan disiplin, membina minat dan bakat murid dalam aktiviti diceburi.

iv. Menyumbang perkembangan JERIS.

v. Mewujudkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.

vi. Mewujudkan budaya sekolah yang seronok dan menarik.

vii. Menyediakan murid untuk program khidmat Negara.

5

Page 6: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

1.4 STRATEGI

Beberapa strategi pelaksanaannya perlulah di ambil perhatian. Antaranya ialah:

i. Memberikan keutamaan dan wajaran yang sesuai kepada pelaksanaan aktiviti

kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam

proses pendidikan di sekolah.

ii. Menanbah bilangan pasukan beruniform, persatuan/kelab, sukan/permainan dan

aktiviti lain yang memberikan faedah kepada perkembangan sahsiah, keperibadian

dan kemahiran serta pengetahuan murid-murid.

iii. Mempelbagaikan lagi aktiviti yang berkaitan dengan unit beruniform,

persatuan/kelab, sukan /permainan agar semua murid dapat melibatkan diri secara

optimum dalam aktiviti yang diminati.

iv. Melibatkan semua murid pelbagai kaum dan menyediakan aktivitiyang bersesuaian

dalam penyatuan bangsa 1 Malaysia.

v. Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan antara pihak sekolah, masyarakat dan

murid.

1.4 PELAKSANAAN

Warta kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 Jilid 41,No 26, Tambahan 94, Perundangan

A.P.U(A) 531 Akta Pendidikan 1996 Peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) menyatakan

kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah untuk member murid peluang menambah, mengukuh dan

mengamalkan pengetahuan, kemahitran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.

6

Page 7: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

SK SERI PUTERITAKWIM DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2012

BULAN TARIKH HARI MASA AKTIVITI

JANUARI 04.01.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Taklimat Kokurikulum        11.01.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Mesyuarat Agung Semua Persatuan/Kelab Kokurikulum

  14.01.2012 SABTU 8.00 pg - 2.00 ptg Kursus Kepimpinan AJK Persatuan/Kelab      

FEBRUARI 01.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 1- Ko-Akedamik 1    

  08.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 2- Unit Berunifom 1    

  15.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 3- Kelab Permainan 1    

  22.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 4- Unit Berunifom 2    

  29.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 5- Ko-Akedamik 2    

MAC 07.03.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 6- Unit Berunifom 3    

  21.03.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 7- Kelab Permainan 2    

  28.03.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 8- Unit Berunifom 4    

APRIL 04.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 9- Ko-Akedamik 2 (Persatuan Sains & Matematik)

  11.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 10- Unit Berunifom 5    

  18.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 11- Kelab Permainan 3    

  25.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 12- Unit Berunifom 6    

MEI 02.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 13- Ko-Akedamik 3 (Persatuan Bahasa Inggeris)

  09.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 14- Unit Berunifom 7    

  16.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 15- Ko-Akedamik 4    

  23.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 16- Unit Berunifom 8    

JUN 12.06.2012 SELASA 01.50 ptg - 2.50 ptg Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 2    

  20.06.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 17- Kelab Permainan 4    

  27.06.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 18- Unit Berunifom 9    

7

Page 8: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PUTERI83000 BATU PAHATjOHOR

                                                          No. Tel.   : 07-4164584

                         No. Fax   : 07-4164584

                 Ruj. Tuan  :   Ruj. Kami : JBA0024/700-1/3/2012(1)

                                Tarikh       : 4 Januari 2012

Puan Aleina Mohd SallehSK Seri Puteri83600 Batu Pahat.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Pemimpin Pergerakan Pengakap SK Seri Pengkalan

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persekutuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan menjadi Ketua Guru Penasihat/Pemimpin kepada Pergerakan Pengakap SK Seri Puteri berkuatkuasa mulai tarikh ini.

2. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasminya bertanggungjawab atas perjalanan dan kegiatan Pergerakan Pengakap SK Seri Puteri dan di beri kuasa menasihati, menegur dan mengarahkan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan semua ahli PERSATUAN DEMI MEMASTIKAN Pergerakan Pengakap sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan matlamat penubuhannya. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti Pergerakan Pengakap sekolah ini mematuhi sepenuhnya peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

3. Seterusnya tuan juga dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Pergerakan Pengakap SK

8

Page 9: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Seri Puteri semasa menyertai aktiviti-aktiviti atau program-program yang dianjurkan oleh persatuan di dalam dan di luar kawasan sekolah.

4. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan.

5. Kesediaan dan kesanggupan Tuan menerima perlantikan ini amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………..(RUBIAH BINTI MELAN)Guru Besar,SK Seri Puteri,Batu Pahat, JOHOR.

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2. Fail Pergerakan Pengakap SKSP

9

Page 10: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

2.0 MERANCANG AKTIVITI KO-KURIKULUM

2.1 PEMILIHAN AKTIVITI

Bagi menyiapkan tugasan kokurikulum ini saya telah memilih Unit Beruniform

Pengakap Sk. Seri Puteri Batu Pahat sebagai bahan portfolio. Sk. Seri Puteri merupakan sebuah

sekolah baru di daerah Batu Pahat. Sk. Seri Puteri mempunyai bilangan murid seramai 281 orang

dari pra sekolah hingga ke darjah 6. Oleh itu hanya tiga unit beruniform sahaja yang

diperkenalkan kepada murid-murid tahap 2. Antara unit beruniform tersebut ialah persatuan

pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bilangan ahli pengakap di sekolah

saya lebih kurang 30 orang.Unsur kepimpinan dan kejurulatihan yang ada di dalam unit

beruniform pengakap dapat membentuk modal insan yang berketerampilan, berkeyakinan dan

saling berganding bahu dalam usaha membina warga 1 Malaysia.

Sebagai memenuhi kehendak tugasan kokurikulum pada kali ini yang meminta saya

menyiapkan portfolio yang mengandungi keseluruhan aktiviti selama satu penggal saya telah

memilih aktiviti kokurikulum pasukan beruniform pengakap sekolah saya. Unit beruniform ini

merupakan salah unit beruniform yang agak aktif di sekolah. Pemilihan ahli unit beruniform ini

adalah berdasarkan kecenderaungan, minat dan bakat murid serta mengikut pembahagian di

antara badan-badan beruniform yang lain Objektif penubuhan unit beruniform ini adalah untuk:

a. Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan

dan jati diri yang tinggi.

b. Melahirkan pemimpin muda yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi.

c. Melatih dan melengkapkan diri murid-murid dengan ilmu unit beruniform yang dapat

digunakan untuk panduan hidup.

d. Memupuk nilai-nilai murni yang dapat digunakan untuk kehidupan seharian melalui

aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

e. Membentuk murid-murid yang mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab

terhadap diri sendiri dan rakan-rakan.

10

Page 11: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Menanam semangat kerjasama sesama murid dalam segala aktiviti yang dilakukan.

2.2 PERANCANGAN AKTIVITI

A. PERINGKAT AWAL

MESYUARAT AGUNG

Bagi Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Seri Puteri perancangan awal telah dilakukan

semasa mesyuarat agung yang dijalankan pada awal tahun persekolahan. Pada mesyuarat ini

semua pemimpin yang akan menerajui persatuan ini akan dipilih secara undian mengikut

cadangan yang dicadangkan oleh ahlinya dan dipersetujui oleh ahli yang lain. Keputusan undian

adalah muktamad. Setelah undian untuk memilih ahli jawatankuasa dijalankan, murid-murid

yang telah dilantik itu tadi menjalankan mesyuarat untuk membincangkan aktiviti yang akan

dijalankan sepanjang tahun sambil dibimbing oleh guru penasihat.

Setelah mesyuarat agung dijalankan maka carta organisasi persatuan ini dibentuk.

Berdasarkan kepada carta organisasi, dinyatakan bidang tugas yang akan dijalankan oleh ahli

jawatankuasa tersebut:

a. Penaung

Penaung persatuan berperanan sebagai pemantau terhadap semua aktiviti yang akan

dijalankan. Beliau juga bertindak sebagai penasihat terhadap perjalanan persatuan ini.

b. Guru penasihat

Berperanan untuk membantu murid-murid melaksanakan semua program dalam

persatuan dengan sempurna dan sebagai guru penasihat.

c. Pengerusi

Berperanan sebagai ketua kepada semua ahli persatuan. Bertanggungjawab kepada semua

ahli dalam persatuan dari segi keselamatan, disiplin dan aktiviti persatuan ini. Pengerusi

juga bertindak sebagai penyalur maklumat kepada semua ahli persatuan.

d. Setiausaha

11

Page 12: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Membantu pengerusi mentadbir persatuan serta melakukan dokumentasi segala aktiviti

yang dijalankan.

e. Bendahari

Bertanggungjawab menguruskan kewangan persatuan dan mencatat segala urusan keluar

masuk wang.

f. Ahli Jawatankuasa

Berperanan untuk membantu persatuan melaksanakan segala aktiviti yang telah

dirancang.

MINIT MESYUARAT AGUNG

LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PUTERI

BATU PAHAT

Tarikh : 14 Januari 2012

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Guru Penasihat : En. Mansor bin Mohd Said

12

Page 13: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

En. Abdul Rashid bin Abdul Hamid

Pn. Aleina binti Mohd Salleh

Pn. Rafidah binti Abdul Rahman

Kehadiran ahli : 30 orang

AGENDA MESYUARAT TINDAKAN

1.Ucapan alu-aluan:

1.1 En. Mansor selaku guru penasihat mengucapkan selamat datang

kepada semua ahli pengakap kerana sudi menghadirkan diri pada

mesyuarat agung kali ini.

1.2 En. Mansor menyatakan tujuan diadakan mesyuarat pada kali ini

adalah untuk melantik AJK bagi tahun 2012.

1.3 Membincangkan tentang aktiviti sepanjang tahun.

Ahli pengakap

2. Perlantikan AJK Persatuan Pengakap bagi tahun 2012

Pengerusi : Mohamad Naqib bin Selamat

Naib Pengerusi : Muhammad Harith Asyraf bin Norhizam

Setiausaha : Hannah Sofia binti Mansor

Bendahari : Irdina Huda binti Kasman

AJK : 1. Muhammad Al-Amin bin Haslan (Tahun 6)

2. Muhammad Alif bin Johari (Tahun 5)

3. Afiq Hakim bin Abdul Razak (Tahun 4)

Ahli pengakap

3. Cadangan Aktiviti Tahunan

3.1 Guru penasihat memberitahu ahli bahawa aktiviti tahunan yang

akan dilaksanakan sepanjang tahun mengikut takwim yang telah

ditetapkan oleh Persatuan Pengakap Malaysia.

Semua ahli

13

Page 14: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

3.2 Guru penasihat akan membantu AJK menentukan aktiviti yang

akan dijalankan berdasarkan takwim yang telah ditetapkan.

4. Hal-hal lain

4.1 Guru penasihat berharap agar AJK dan ahli-ahli dapat mematuhi

semua undang-undang yang telah ditetapkan serta bekerjasama dalam

menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang.

Semua ahli

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh:

……………………………..

(Hannah Sofea binti Mansor)

Setiausaha,

Persatuan Pengakap Malaysia,

Sk. Seri Puteri Batu Pahat.

14

Page 15: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

CARTA ORGANISASI

Carta organisasi dibentuk setelah Mesyuarat Agung Pengakap dijalankan.

CARTA ORGANISASI

PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA

SK. SERI PUTERI BATU PAHAT

15

PENAUNGPN. RUBIAH BINTI MELAN

GURU BESAR SK. SERI PUTERI

GURU PEMBIMBINGEN. MANSOR BIN MOHD SAID

EN. ABDUL RASHID BIN ABDUL HAMIDPN. ALEINA BINTI MOHD SALLEH

PN. RAFIDAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENGERUSIMOHAMAD NAQIB BIN SELAMAT

NAIB PENGERUSIMUHAMMAD HARITH ASYRAF

BIN NORHIZAM

SETIAUSAHA HANNAH SOFIA BINTI MANSOR 

BENDAHARI IRDINA HUDA BINTI KASMAN

AJKMUHAMMAD AL-AMIN BIN

HASLAN (TAHUN 6)MUHAMMAD ALIF BIN JOHARI

(TAHUN 5) AFIQ HAKIM BIN ABDUL RAZAK

(TAHUN 4)

Page 16: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

B. PERINGKAT SEMASA

PERANCANGAN AKTIVITI

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung Pengakap, Guru Penasihat telah merangka satu

takwim menunjukkan perjalanan aktiviti pengakap selama 20 minggu.

SK SERI PUTERITAKWIM PELAKSANAAN KOKURIKULUM PENGAKAP 2012

SETIAP RABU, MASA : 12.50-1.50 PETANG

BIL BULAN TARIKH AKTIVITI1 JANUARI 4.1.2012 Mesyuarat Agong Pengakap

2 11.1.2012 Taklimat perlembagaan pasukan

3 18.1.202 Kursus Kepimpinan AJK Unit Uniform Pengakap4 FEBRUARI 1.2.2012 Pembahagian SekawanSejarah, logo,lencana Pengakap

5 8.2.2012 Persetiaan pengakapLagu Pengakap , buku log pengakap

6 15.2.2012 Kawad asas

7 21.2.2012 Sejarah pengakap

8 28.2.2012 Hormat pengakap9 MAC 7.3.2012 Undang-undang pengakap

10 21.3.2012 Perbarisan dan laung agung

11 28.3.2012 Kawad asas12 APRIL 4.4.2012 Kawad kaki protokol, kawad kaki formasi

13 11.4.2012 Ikatan & simpulan14 18.4.2012 Lagu-lagu pengakap15 25.4.2012 Bendera negeri-negeri16 MEI 9.5.2012 Ikatan & simpulan

17 16.5.2012 Mendirikan khemah18 23.5.2012 Mendirikan gedjet19 30.5.2012 Lawatan sambil belajar20 JUN 15-

17.6.2012Perkhemahan pengakap

PEMBAHAGIAN JAWATANKUASA AKTIVITI

16

Page 17: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Untuk melicinkan perjalanan program, satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada guru

penasihat telah dibentuk bertujuannya untuk membahagikan tugasan aktiviti mengikut kemahiran

guru tersebut. Oleh itu guru berjaya memberikan input semaksima mungkin kepada murid.

BIL BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA CATATAN1. Pendaftaran Pn. Aleina Mohd Salleh Mencatat kehadiran ahli.

Memungut yuran pendaftaran.2 Penempatan

perkhemahanPn. Rosma Jamil Pn. Maizatul Hartini KhalilPn. Salwiah Jaafar

Menguruskan penempatan perkhemahan murid.Memastikan proses penempatan berjalan lancar.

3 Keselamatan dan disiplin

Pn. Rifah AbdullahEn. Mansor Mohd Said

Membuat rondaan malam.Memastikan disiplin murid terkawal.

4 Makanan Pn. Sabariah A. RahmanPn. Latifah KiatPn. Rahamah RaniPn. Rohani Shamsi

Memastikan bekalan makanan mencukupi.Memastikan pengagihan makanan berjalan lancar.

5 Kebersihan Pn. Rafidah Abdul RahmanPn. Noraini Malek

Memastikan kebersihan kantin,surau dan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih sepanjang perkhemahan.

6 Sijil Pn. Norhayati Yusoff Menaip nama pelajar dengan betul.Menguruskan majlis penyampaian sijil

7 Buku program En. Rahim Othman Menyediakan buku program8 Aktiviti En. Abdul Rashid Abdul Hamid

En. Azizan Musa Pn. Rohayu Mohamad

Memastikan setiap aktiviti ada jurulatih.Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

PENULISAN KERTAS CADANGAN

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP

17

Page 18: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

SK SERI PUTERI, BATU PAHATJOHOR DARUL TAKZIM

TEMPAT : PADANG SK SERI PUTERI, BATU PAHAT. TARIKH : 15-17 JUN 2012ANJURAN : UNIT UNIFORM, PERSATUAN PENGAKAP SK SERI PUTERI

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan pengakap ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, SK Seri Puteri, Batu Pahat. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli persatuan pengakap SK Seri Puteri , Batu Pahat. Ia akan diadakan di Padang SK Seri Puteri pada 15 hingga 17 Jun 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan. 

27 FEBRUARI 200

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.

3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas

semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan

diri sendiri.

18

Page 19: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 15, 16 dan 17 Jun 2012 iaitu pada hari Jumaat sehingga hari Ahad.

4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. 4.4 Tentatif program

adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 PERASMIAN

Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh Guru Besar, Hjh Rubiah bt Melan daj Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Bersepadu akan berlangsung di perkarangan dewan terbuka SK Seri Puteri. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana Pn Hjh Rubiah bt Melan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Jumlah peserta : 100 orang ( pelajar Tahap 2 – 20orang setiap unit ) (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

6.2 Pengurusana: Melibatkan semua guru.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Hjh Rubiah bt Melan (Guru Besar) Naib Pengerusi : En Rahim bin Othman (GPK KK)Ketua Perkhemahan : En. Azizan bin Musa (Pengakap)Setiausaha : Pn Maizatul Hartini bt Khalil (TKRS)Bendahari : Pn Hjh Latifah bt Kiat (Puteri Islam)Kem Komandan : En Mansor bin Hj Mohd Said (BSMM)

AHLI JAWATANKUASA

BIL BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA1. Pendaftaran Pn. Aleina Mohd Salleh2 Penempatan

perkhemahanPn. Rosma Jamil Pn. Maizatul Hartini KhalilPn. Salwiah Jaafar

3 Keselamatan dan disiplin

Pn. Rifah AbdullahEn. Mansor Mohd Said

19

Page 20: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

4 Makanan Pn. Sabariah A. RahmanPn. Latifah KiatPn. Rahamah RaniPn. Rohani Shamsi

5 Kebersihan Pn. Rafidah Abdul RahmanPn. Noraini Malek

6 Sijil Pn. Norhayati Yusoff

7 Buku program En. Rahim Othman8 Aktiviti En. Abdul Rashid Abdul Hamid

En. Azizan Musa Pn. Rohayu Mohamad

8.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA JUMLAH1 Makan 80 orang X RM 2.20 X 3 kali

Minum pagi 80 orang X RM 1.00 X 2Minum malam 80 orang X RM 1.00 X 2

RM 528.00 RM 160.00RM 160.00

2 Keperluan lain Shelltox (2tin) Plastik sampah Ubat (panadol, balut luka, minyak angin) Belerang/garam Kayu arang

RM 13.80RM 5.90RM 16.70RM 6.00RM 9.60

JUMLAH RM 900.00

9.0 PUNCA KEWANGAN9.1 Sumber Kewangan Kerajaan ( Wang Kokurikulum) = RM 900.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan / puan untuk menjayakan perkhemahan bersepadu ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

20

Page 21: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………

PELAKSANAAN AKTIVITI

TENTATIF PROGRAM

Jumaat : 15 JUN 2012

Masa Aktiviti

3.00 petang Pendaftaran : ahli-ahli pengakap mendaftarkan diri.

3.30 petang Aktiviti 1: mendirikan dan menghias khemah

6.00 petang Pengurusan diri: solat dan bacaan yasin

9.00 malam Aktiviti 2: Cipta logo kumpulan

11.00 malam Tidur

Sabtu : 16 JUN 2012

Masa Aktiviti

5.45 pagi Solat subuh/ tazkirah

6.15 pagi Kecergasan/ riadah/ sarapan

9.00 pagi Aktiviti 3: Ceramah Motivasi

12.30 t/hari Pengurusan diri

2.00 petang Aktiviti 4: Ikatan/ simpulan

4.00 petang Aktiviti 5: Pertandingan Memasak

5.30 petang Riadah/ pengurusan diri/ solat/bacaan Yassin

9.00 malam Aktiviti 6: Malam Kebudayaan

21

Page 22: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

11.00 malam Tidur

Ahad : 17 JUN 2012

Masa Aktiviti

5.45 pagi Solat subuh/tazkirah

6.15 pagi Kecergasan/ riadah/sarapan

8.00 pagi Aktiviti 7: Harta Karun

10.00 pagi Membuka khemah/ mengemas/ makan

11.30 pagi Majlis penutupan

12.00 tgh Bersurai

LAPORAN AKTIVITI

Setelah sesuatu aktiviti selesai dijalankan maka laporan aktiviti hendaklah disediakan oleh

setiausaha. Tujuan laporan ini adalah untuk membantu mencari kekuatan dan kelemahan sesuatu

aktiviti tersebut. Hasilnya satu penambahbaikan akan terbentuk . Selain itu juga laporan aktiviti

menjadi penanda aras kejayaan dan penunjuk prestasi AJK Pengakap pada tahun itu.

PengakapSK Seri Puteri

AKTIVITI Perkhemahan PengakapOBJEKTIF Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan.

Menyemai dan memupuk nilai murni.Meningkatkan disiplin murid.

TARIKH 15-17 Jun 2012HARI Jumaat-AhadKEHADIRAN 30/30PEMIMPIN En. Mansor mohd Said

22

Page 23: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

En. Abdul Rashid Abdul Hamid

KOS RM900.00PEMANTAUAN Dilakukan oleh Guru Besar dan semua Penolong KananPENILAIAN Aktiviti berjalan dengan lancerKEKUATAN Penyertaan murid memuaskan dan murid seronok melakukan

aktivitiKELEMAHAN Kekangan masaPENAMBAHBAIKAN Murid perlu diberi pendedahan awal tujuan sebenar perkhemahanDISEDIAKAN OLEH

Hanah Sofia Mansor

DISAHKAN OLEH

En. Mansor Mohd Said

C. PERINGKAT SELEPAS

PELAPORAN AKTIVITI

Latar Belakang Aktiviti

Aktiviti kokurikulum bermaksud apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk

menambahkan, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

dipelajari di bilik darjah. Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan) 1977 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41)

Perundangan P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.Berunsurkan kejurulatihan, aktiviti

perkhemahan yang dijalankan oleh unit beruniform pengakap di Sekolah Seri Puteri

dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat dan tujuan yang tertentu.

Perkhemahan yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini disertai oleh 30 orang ahli

pengakap. Seandainya aktiviti perkhemahan ini dilaksanakan dengan sempurna pasti

membuahkan hasil yang berguna untuk murid-murid sekolah ini. Bagi guru-guru ativiti ini amat

penting untuk memupuk dan menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan murid,

meningkatkan disiplin, memupuk dsn memperukuhkan semangat muhibah dan perpaduan,

menyemai dan memupuk nilai murni dan supa murid menjadi individu yang bijak menggunakan

masa lapang.

LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP

23

Page 24: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PUTERI BATU PAHAT

PADA 15 HINGGA17 JUN 2012

Pendahuluan

Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Seri Puteri telah menganjurkan pekhemahan

pengakap pada 15 hingga17 Jun 2012.Perkhemahan ini diterajui oleh En. Mansor bin Mohd Said

sebagai guru penyelaras pengakap dan En. Rahim bin Othman sebagai Penolong Kanan

kokurikulum. Perkhemahan ini bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan murid

yang seimbang dari segi sahsiah dan JERIS.

Rasional

Perkhemhan ini mendedahkan para peserta kepada cabaran fizikal dan mental yang

secara langsung akan memantapkan lagi semangat juang dan keyakinan serta jati diri peserta. Di

samping memberi kesempatan kepada peserta menzahirkan daya inovasi dan kreativiti

mereka.Perkhemahan ini juga dapat mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor

peserta.

Objektif Aktiviti Perkhemahan

Di antara objektif perkhemahan yang dilaksanakan ialah:

i. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman perkhemahan dan menyertai

program kepimpinan.

ii. Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan dalam setiap

situasi.

iii. Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai

alam sekitar.

iv. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang

disediakan.

v. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas

semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

24

Page 25: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

vi. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan

diri sendiri.

vii. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

Pelaksanaan

Perkhemahan ini dimulakan dengan pendaftaran pada hari Jumaat jam 3.00 petang.

Selepas pendaftaran para peserta diberikan taklimat tentang peraturan perkhemahan di dewan

terbuka SKSP. Taklimat disampaikan oleh kem komandan En. Azizan bin Musa. Selesai taklimat

dan pembahagian kumpulan peserta diminta mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-

masing.

Selepas solat Asar secara berjemaah dan makan malam, aktiviti pertama yang dilakukan

ialah mencipta logo kumpulan.Peserta telah dibantu oleh guru bertugas dalam menjayakan

aktiviti. Jam 11.00 para peserta diminta supaya berehat dan tidur dan bersedia untu aktiviti pada

esok hari.

Pada hari kedua aktiviti dimulakan dengan solat subuh dijalankan dengan tazkirah

ringkas.Seterusnya aktiviti senamrobik dijalankan supaya peserta sentiasa berasa cergas dan

cerdas. Slot seterusnya adalah motivasi, ikatan dan simpulan, pertandingan memasak dan malam

kebudayaan. Aktiviti malam kebudayaan telah mencuit hati para penonton dengan aktiviti yang

dipersembahkan oleh setiap kumpulan.

Pada hari terakhir perkhemahan, peserta menunaikan solat subuh bejemaah. Selepas

selesai sarapan pagi semua peserta dikehendaki menjalani gotong royong membersihkan

kawasan perkhemahan dan mengemas semula khemah-khemah yang telah digunakan. Majlis

penutupan rasmi diakhiri dengan ucapan guru besar dan penyampaian sijil. Majlis bersurai kira-

kira jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Perbincangan Pelaksanaan Aktiviti

25

Page 26: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Untuk melaksanakan perkhemahan pengakap ini berjalan dengan licin dan sempurna

serta mencapai tujuan yang diharapkan , Penolong Kanan kokurikulum bersama guru besar dan

penolong kanan yang lain serta guru-guru telah dipanggil untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat

tersebut pihak pendadbir dan guru-guru telah membincangkan tentang keperluan diadakan

perkhemahan serta memilih aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Kami juga berbincang tentang

anggaran belanjawan agar tidak berlaku sebarang pembaziran dari segi tenaga dan wang ringgit.

Kami juga telah berbincang tentang siapakah murid-murid yang terlibat serta guru-guru yang

dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan apa yang dirancang. Selain itu kami juga meminta

kerjasama dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menghulurkan sumbangan dalam

bentuk tenaga dan wang ringgit.Ahli jawatankuasa kerja perkhemahan juga telah dibentuk bagi

membincangkan dengan teliti tentang tugasan yang perlu dilakukan. Pembahagian tugas telah

diberikan kepada guru-guru mengikut kepakaran dan kemahiran guru.Taklimat ringkas juga telah

disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum kepada guru-guru pada hari perkhemahan

bermula. Ini supaya aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.Murid-murid juga diberikan

taklimat ringkas tentang tujuan, matlamat dan peranan ahli tentang tugasan yang diberi

sepanjang perkhemahan diadakan.

Hasilan Aktiviti

Program perkhemahan pengakap selama tiga hari dua malam yang telah dijalankan di

sekolah saya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid.- murid. Ibu bapa

juga telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan barang-barang

makanan. Segala aktiviti yang dirancang oleh jawatankkuasa dapat dilaksanakan dengan

sempurna mengikut seperti apa yang dirancang dan dijadualkan. Sebelum aktiviti dimulakan,

peserta diminta untuk mendaftar diri. Ini bertujuan untuk memastikan jumlah sebenar murid

yang menyertai perkhemahan ia dibuat bagi mengelakkan berlakunya sebarang keciciran peserta.

Apa yang dapat saya lihat murid-murid dapat bekerjasama dengan baik semasa melaksanakan

tugasan walaupun mereka dari tahun yang berlainan. Ini menunjukkan mereka mudah

menyesuaikan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik. Di dalam sesi pembentangan, dapat

dilihat murid berani ke depan mengutarakan pendapat mereka dan mempunyai keyakinan untuk

berhujah.

Refleksi

26

Page 27: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

Aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh Unit Beruniform Pengakap ini telah

mendapat sambutan yang amat baik sekali terutamanya dari warga Sk. Seri Puteri dan juga pihak

ibu bapa murid yang tanpa jemu sentiasa mengikuti program yang dirancang serta tidak lokek

menyumbangkan tenaga mahupun wang ringgit. Disepanjang perkhemahan ini dapat saya lihat

murid-murid sungguh bersemangat melakukan aktiviti yang telah diaturkan. Murid sentiasa

memberikan kerjasama dan sentiasa mematuhi peraturan perkhemahan. Murid juga mempunyai

keyakinan dalam melahirkan idea dan berkeyakinan yang tinggi. Perasaan malu di kalangan

murid sedikit sebanyak dapat dihakis.

Namun begitu disebalik kejayaan program perkhemahan ini terdapat juga beberapa

kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Antara kelemahan yang dapat dilihat

ialah factor masa. Masa yang diperuntuk dalam setiap progam sangat padat sehingga murid-

murid terpaksa berebut-rebut untuk menyiapkan diri mereka. Tapak perkhemahan juga agak

sempit dan terlalu panas pada waktu siang. Semoga pada perkhemahan yang lain nanti pihak

penganjur boleh mengadakan perkhemahn di luar kawasan sekolah seperti di tapak perkhemahn

Kem Pengkalan.

KESIMPULAN

Bagi mencapai Falsafah pendidikan Negara, kokurukulum dapat menyeimbangkan emosi,

rohani dan jasmani murid sekolah. Selain itu dapat meningkatkan disiplin, minat serta bakat

murid. Menyemai rasa yakin terhadap agama dan mengukuhkan pergaulan di dalam dan luar

sekolah.  Peri pentingnya kokurikulum dalam pembangunan diri individu dan melahirkan

individu yang seimbang turut disokong oleh Teng, Bon Tong (1984) dan Vasudevan T. Arosoo

(1988) yang menyatakan antara keunikan kokurikulum ialah di dalamnya terkandung

pembangunan psikomotor (fizikal), kognitif (intelek) dan afektif (emosi dan rohani). Yusoff

Ismail (1993) pula menyatakan pelajaran dalam bilik darjah ialah asas pengetahuan tetapi

perkembangan potensi diri individu adalah menerusi kokurikulum.

27

Page 28: epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF2703/2/aleina... · Web viewFAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA HBEF2703 PENDIDIKAN KO KURIKULUM TAJUK

28