of 23 /23
1.0 Pengenalan Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain. Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika dan Arab, bergantung kepada teori yang kami percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang - pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak

HBEF2703 CONGKAK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

congkak

Citation preview

Page 1: HBEF2703 CONGKAK

1.0 Pengenalan

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap

daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana

hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini

termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus

diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang

demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh

nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah

sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk

nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di

antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong,

dan lain-lain.

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika dan Arab, bergantung kepada teori yang

kami percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh

Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari

bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini

tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang - pedagang Arab. Di Asia Tenggara,

congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat

perdagangan pada waktu dahulu. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak.

Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali

sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama Congklak, di Filipina,

Sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang

berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang

di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan

diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet segalanya tentang

permainan tradisional congkak.

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak.

Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara

biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.

Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi

14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.

Page 2: HBEF2703 CONGKAK

Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan

lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan

sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan

sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

Page 3: HBEF2703 CONGKAK

2.0 PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN

2.1 CADANGAN

i. Tarikh : 28 Februari 2012

ii. Jumlah Peserta : 22 orang ( 5/6 orang wakil setiap kumpulan )

iii. Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

iv. Tempat : Kantin Sekolah

v. Guru Terlibat : 4 orang ( termasuk guru kelas )

vi. Dif Jemputan : Guru Besar SAIR

vii. Tentatif program ( seperti lampiran 2 )

2.2 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

Bil Perkara Amount

1 Peralatan

Papan Congkak

Buah guli

RM 50 X 4

RM 10 X 4 bungkus

RM 200

RM 40

2. Hadiah dan saguhati

Hadia kepada pemenang

dan saguhati berupa

hamper

Cenderahati kepada guru

adalah sehelai sejadah

Johan = RM 35

Kedua = RM 25

Ketiga = RM 20

Saguhati = RM 15 x 4

Cenderahari = RM 15 x 4

RM 200

3. Tapak Pertandingan

Menggunakan kawasan kantan

sekolah

4. Promosi

Kain rentang

Poster

Cat warna

Rm 10 RM 10

RM 450

Page 4: HBEF2703 CONGKAK

2.3 Sumber Pendapatan

2.4 AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Induk

Penaung : Tuan Pengarah

Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Ya’cob bin

Pengerusi : Azaizuddin bin Ismail

Naib Pengerusi : Mohd. Zaki Bin Hamidun

Setiausaha : Raslamiah binti Othman

Penasihat-penasihat

Setiausaha Agung : Encik Razani bin

Bendahari Agung : Masliza binti Mohamed

AJK Urusetia : Sharifah Ajar binti Syed Endut

: Siti Syafiqah binti Ismail

AJK Pengadil : Kang Yin Hui ( Ketua )

: Chew Sook Wei

AJK makanan dan minuman : Nor Azwa binti Zainal Abidin ( Ketua )

: Zuhaila binti Rubani

AJK Juri : Aliff bin Omar ( Ketua )

: Mohd. Hafiezu bin Zainal Abidin

AJK Sambutan : Anis Huda binti Amir Hamzah ( Ketua )

Page 5: HBEF2703 CONGKAK

: Fatin Nadzurah binti Mohamad

AJK Teknik dan Pertandingan : Siti Aisyah binti Ismail ( Ketua )

: Noor Syahieda binti Mohamad

AJK Pendaftaran : Shahrulnor bin Sulaiman ( Ketua )

: Hamka bin Ilyas

: Khairul Fadhly bin Zulkiflie

AJK Pengurus Peserta : Fara Azira binti Md. Kassim ( Ketua )

: Aqilah Nadhirah binti Mazhanash

AJK Serantau dan Publisiti : Hafiz bin Chemiran ( Ketua )

: Goh En Hoe

: Murugadas a/l Kuhan

AJK Keselamatan : Muhammad Fitri bin Ramli ( Ketua )

: Iza Khairunnisa binti Kasmijan

: Noor Liyana binti Abdullah

AJK Hadiah dan Cenderamata : Fatin Azreen binti Ponajan ( Ketua )

: Izzati binti Jamaluddin

AJK Kewangan : Siti Hajar binti Kasim ( Ketua )

: Mohd. Luqman bin Ramli

Page 6: HBEF2703 CONGKAK

LAMPIRAN 3

PERATURAN PERMAINAN CONGKAK

ANJURAN

______________________________________________________________

1 KELAYAKAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahun 3,4,dan 5 Sekolah Rendah Islam Al-

Islahiyah .

2 YURAN PENYERTAAN

Yuran akan dikenakan ke atas setiap pasukan. Jumlah yuran adalah sebanyak RM10 setiap

pasukan.

Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama borang penyertaan dan diserahkan sebelum

tarikh tutup penyertaan. Tarikh tutup akan ditentukan oleh Jawatankuasa Karnival.

Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran penyertaan akan ditolak.

3 PENDAFTARAN DAN BILANGAN PEMAIN

Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 5 orang peserta dan seorang peserta

simpanan.

Bagi setiap perlawanan, setiap apsukan dibenarkan menurunkan seramai 4 orang pemain dan

seorang pemain simpanan.

4 PENGADIL

Pihak penganjur akan menyediakan empat orang pengadil dan seorang ketua pengadil dalam

setiap perlawanan.

Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.

Page 7: HBEF2703 CONGKAK

5 PERATURAN PERTANDINGAN

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-

dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi

satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung

lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung

kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau

mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan

kampungnya iaitu mengaut kesemua buah ( jika ada ) di dalam kampung tersebut, hanya selepas

membuat satu pusingan.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah

terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil

buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung

pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan

seterusnya hingga mati.

Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada di

pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah

congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak

boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan pusingan penentuan.

Page 8: HBEF2703 CONGKAK

6 SISTEM PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.

6.1 Pusingan Awal

6.1.1 Setiap unit akan menurunkan empat orang pemain sebagai satu pasukan di

mana akan menentang dengan pasukan lawan yang terdiri daripada empat

orang anggota juga. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 2 buah

kumpulan iaitu Kumpulan A terdiri daripada 5 pasukan dan Kumpulan B terdiri

daripada 6 pasukan.

6.1.2 Setiap pasukan akan diundi untuk menentukan giliran dalam kumpulan. Salah

satu pasukan dalam kumpulan A akan mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama

apabila melalui undian nanti.

6.1.3 Pemenang akan ditentukan apabila terdapat hanya dua pasukan dalam setiap

kumpulan. Dua pasukan dalam kumpulan tersebut akan ke peringkat separuh

akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan dalam kumpulan.

6.1.4 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana – mana kumpulan dengan hanya

dua (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam pasukan berkenaan,

maka pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu secara automatik

dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.

Page 9: HBEF2703 CONGKAK

6.2 Pusingan Separuh Akhir

6.2.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam

dua kumpulan iaitu kumpulan X dan Y seperti berikut:

6.2.3

KUMPULAN X KUMPULAN Y

Johan Kumpulan A

Naib Johan Kumpulan B

Johan Kumpulan B

Naib Johan Kumpulan A

6.2.4 Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati

6.3 Pusingan Akhir

6.3.1 Pemenang kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y

untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

Page 10: HBEF2703 CONGKAK

Carta aliran pertandingan

Johan

Johan A

Johan B

Pasukan F

Pasukan E

Pasukan D

Pasukan C

Pasukan B

Pasukan A

Pasukan E

Pasukan D

Pasukan C

Pasukan B

Pasukan A

Page 11: HBEF2703 CONGKAK

7 TEMPOH PERLAWANAN

7.1 Perlawanan akan dilangsungkan selama 15 minit dengan 7 minit untuk setiap

separuh masa ( 7 x 1 x 7 ) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

7.2 Perlawanan separuh akhir dan akhir di peruntukan masa perlawanan selama 10

minit pada setiap separuh masa ( 10 x 1 x 10 ) dan 1 minit untuk pertukaran tempat.

8 BANTAHAN

8.1 Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewat-lewatnya 5 minit

selepas perlawanan tersebut tamat.

8.2 Setiap bantahan mestilah disertakan dengan borang bantahan rasmi yang

disediakan oleh urusetia.

8.3 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

9 PAKAIAN PEMAIN

9.1 Setiap pasukan diwajibkan memakai pakaian sukan.

9.2 Setiap pemain hendaklah memakai kain batik sebagai tema pakaian pada hari itu.

10 KECEDERAAN

10.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang

kecederaan dan kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung.

11 PERINGATAN

11.1 Jawatankuasa pengelola pertandingan adalah berhak dan berkuasa menambah,

meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam

peraturan di atas.

Page 12: HBEF2703 CONGKAK

11.2 Setiap pasukan dan pemain DILARANG merusuh atau melakukan perkara yang

bertentangan dengan undang-undang semasa berlangsungnya kejohanan.

Page 13: HBEF2703 CONGKAK

Nama Pasukan : _____________________________________________________

Kelas : ________________________________________

Tahun : 3 / 4 / 5

Bil Nama No.K/p Catatan

Ketua Kumpulan

Nama Guru Kelas :

No. H/P :

Tarikh :

Tandatangan :

Borang Penyertaan

Pertandingan Sukan Rakyat (Congkak)

Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah)

Lampiran 2

Page 14: HBEF2703 CONGKAK

PERLAKSANAAN SEBENAR PERTANDINGAN

Page 15: HBEF2703 CONGKAK

REFLEKSI KENDIRI SELEPAS PERTANDINGAN

PENGENALAN

Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar darjah 4 dan 5 Sekolah Rendah Islahiyah (Rendah) telah diadakan pada 3 dan 4 Februari 2014 di Sekolah Rendah Islahiyah (Rendah), Bohor Mali, Perlis secara tertutup. Sebanyak empat buah kelas telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan pertandingan ini.

Pelajar-pelajar dari kelas kami seramai 20 orang telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli dimana setiap satu kumpulan dikehendaki menganjurkan satu jenis permainan seperti yang dinyatakan diatas. Kumpulan saya terdiri daripada diri saya sendiri, Nurulain Fazillah, Nurul Hidayah Ismail, Nur hafiza Rumli serta Muhamad Irrwan Zakaria dan kami telah memilih permainan tarik upih untuk dianjurkan.

Page 16: HBEF2703 CONGKAK

Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan di kawasan padang bola jaring IPG Kampus Darulaman, yang bertentangan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Kafeteria Sri Lawang. Tujuannya ialah kerana permukaan padang yang berumput lembut dan adalah amat sesuai bagi peserta untuk menarik upih selain faktor keselamatan kepada peserta.

Kami telah menyediakan lima buah lorong yang panjangnya 10 meter bagi lima buah pasukan dimana setiap pasukan adalah terdiri daripada 6 orang peserta. Disebabkan permainan ini memerlukan dua orang pemain pada satu masa iaitu seorang pemain akan bertindak sebagai penarik dan seorang lagi akan duduk di atas upih untuk ditarik maka kami telah meminta supaya setiap pasukan menyediakan tiga pasangan. Pasangan yang pertama akan bergerak dari kawasan permulaan ke kawasan pertukaran dan mereka akan bertukar peranan daripada penarik kepada orang yang ditarik dan sebaliknya sehinggalah kepada pasangan kedua diikuti oleh pasangan yang ketiga. Pemenang akan ditentukan melalui bendera yang diangkat oleh pengadil lorong sebaik pasangan ketiga tersebut sampai ke garisan penamat.

Tempoh yang telah ditetapkan bagi permainan ini adalah selama 45 minit dan ia menggunakan sistem pertandingan menyerupai sistem kalah mati. Ini kerana permainan ini tidak sesuai dijalankan secara liga kerana ia merupakan sejenis permainan yang melibatkan stamina serta kerahan kekuatan fizikal dari peserta. Disebabkan bilangan peserta adalah sebanyak 10 pasukan, maka kami telah pecahkan kumpulan tersebut kepada dua buah kumpulan yang sama banyak iaitu kumpulan A dan kumpulan B dimana kumpulan A terdiri daripada lima buah pasukan, begitu juga dengan kumpulan B. Mengikut kesesuaian, jadual perlawanan pun diatur dimana hanya akan terdapat tiga perlawanan sahaja bagi permainan tarik upih ini termasuk perlawanan akhir. Lima pasukan dari kumpulan A akan memulakan perlawanan pertama, diikuti lima pasukan daripada kumpulan B sebagai perlawanan kedua. Kemudian, dua buah pasukan dari kumpulan A dan kumpulan B iaitu johan dan naib johan kumpulan akan dipilih sebagai empat pasukan yang layak ke perlawanan akhir dan merupakan perlawanan ketiga. Melalui jadual ini, keputusan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dapat ditentukan dengan mudah dan cepat.

KEKUATAN/ KELEBIHAN

Semasa menganjurkan permainan tradisional tarik upih ini, antara kelebihan yang kami dapati ialah cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan pelajar-pelajar PISMP semester lima. Justeru, ia akan memudahkan kami dari segi penerangan cara bermain dimana kami hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk menjadikan permainan ini lebih menarik. selain itu, kami dapat menjimatkan masa tanpa perlu memberikan penerangan panjang lebar tentang cara bermain kepada para peserta.

Kelebihan kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah para peserta berasa seronok semasa bermain permainan tradisional tarik upih ini. Ini amat penting kerana permainan kami merupakan acara yang terakhir bagi sesi pagi Pertandingan Permainan Tradisional PISMP semester 5 dimana pada waktu tersebut, semua peserta telah pun keletihan, malah terdapat peserta yang jatuh pengsan. Namun, para peserta masih mampu berseronok semasa bermain permainan tarik upih ini selain memberikan penuh kerjasama kepada kami pihak penganjur. Melihatkan peserta berasa seronok, matlamat kami boleh dikatakan 80% tercapai walaupun dari aspek afektif.

Page 17: HBEF2703 CONGKAK

Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan permainan tarik upih ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Antara alatan yang kami gunakan ialah skitel dan tepung sebagai penanda kawasan permainan dan lorong peserta, bendera bagi menentukan kemenangan dan juga upih. Bagi peralatan seperti skitel, dan bendera, kami mendapatkannya di setor alatan Pendidikan jasmani dan tepung pula kami beli di kedai manakala upih pula kami dapatkannya secara percuma hasil bantuan daripada bapa angkat ahli kumpulan kami iaitu Nurainfazillah yang merupakan penduduk dari kampong berdekatan IPG Kampus Darulaman. Selain itu, kawasan gelanggang bagi permainan ini adalah di atas padang rumput yang lembut sekaligus mampu mengurangkan risiko kecederaan dan memudahkan peserta untuk menarik pasangannya di atas upih.

Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangat singkat dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadual perlawanan yang banyak.

KELEMAHAN

Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul. Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat segelintir pelajar yang datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pihak urusetia, malahan kepada peserta-peserta lain juga. Akibatnya, perjalanan pertandingan pada pagi 3 Mei terganggu dan menjejaskan para peserta sendiri dimana peserta tidak mendapat rehat yang mencukupi dan terpaksa bermain sehingga ke tengahari dan waktu permainan bagi trik upih ini juga terpaksa disingkatkan.

Kelemahan kedua yang kami dapati daripada pemilihan permainan ini ialah masalah dalam kumpulan. Maksudnya, bilangan ahli perempuan dan lelaki tidak seimbang diantara setiap kumpulan. Bagi permainan yang memerlukan kudrat dan tahap kecergasan yang tinggi, masalah akan timbul apabila ahli perempuan terpaksa menarik ahli lelaki untuk mencukupkan pasangan bermain seperti yang dinyatakan di atas. Begitu juga apabila terdapat kumpulan yang kesemua ahlinya merupakan lelaki ataupun sebaliknya, maka keputusan permainan akan menjadi tidak adil. Selain daripada masalah di atas, masalah saiz badan turut mempengaruhi dan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peserta. Memang mudah bagi ahli yang besaiz badan besar untuk menarik ahli yang bersaiz badan kecil, tetapi apabila tiba waktu untuk brtukar peranan maka masalah mula timbul.

Kelemahan yang ketiga pula ialah dari segi kawasan gelanggang. Disebabkan permainan tarik upih dijadualkan sebagai permainan penutup untuk sesi pagi, 3 Mei 2010 maka kami sekumpulan telah berpakat pada hari sebelumnya untuk menandakan dahulu kawasan gelanggang dengan menggunakan batu dan tali. Kawasan gelanggang sepatutnya ditandakan dengan skitel dan tepung namun setelah mengambil kira banyak faktor dan risiko contohhya, apabila hujan turun dan

Page 18: HBEF2703 CONGKAK

kawasan padang menjadi becak, maka akan sia-sialah usaha kami menyiapkan kawasan gelanggang tersebut. masalah timbul pada hari pertandingan dimana para peserta dengan sengaja memasuki atau melintasi kawasan gelanggang kami yang telah ditanda dengan tali dan batu tadi lalu menyebabkan ukuran yang telah dibuat sebelum ini menjadi kucar-kacir. Setiap kali peserta bergerak untuk bermain permainan tradisional yang lain, mereka akan melintasi kawasan yang sama sehingga ahli kumpulan kami terpaksa membetulkan semula ukuran yang telah dibuat.

CADANGAN

Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang disebutkan daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa hadapan iaitu, yang pertama hal berkaitan pengurusan masa. Pihak peserta mungkin datang lewat pada awal pagi kerana bersarapan, maka pihak pengelola harus melihat kepada perkara ini dan melakukan sesuatu mengenainya. Sebagai cadangan, pihak pengelola boleh memberitahu dan menyediakan sarapan kepada peserta di tempat pertandingan. Bagi peserta yang sengaja datang lewat pula, wujudkan satu peraturan tegas dan nyatakan di dalam borang peserta bahawa peserta yang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan penyertaan kumpulannya. Ini akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggungjawab tentang kumpulan dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.

Cadangan kedua ialah berkenaan dengan masalah dalam kumpulan. Pihak pengelola sepatutnya sedar dan harus mengambilkira akan faktor perbezaan individu seperti jantina, saiz dan bentuk badan peserta. Mungkin peserta tidak patut ditentukan kumpulannnya dan dibiarkan bertanding mengikut kelas mereka. dengan ini, peserta akan memilih calon yang sesuai dari segi jantina dan saiz badan sebagai wakil bagi permainan seperti tarik upih ini. Selain itu, pastikan bilangan ahli wanita dan lelaki adalah seimbang bagi mengelakkan sebarang bentuk bantahan samada sebelum, semasa dan selepas pertandingan dijalankan.

Cadangan seterusnya ialah berkenaan dengan kawasan gelanggang. Bagi mengelakkan kawasan permainan dilintasi atau dirosakkan oleh peserta, tandakan pita keselamatan disekeliling kawasan gelanggang dan letakkan notis atau tanda peringatan yang bertindak sebagai amaran kepada para peserta melainkan pihak penganjur sahaja

kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.

###################################################################################