of 25 /25
PENGENALAN Perkembangan dan perubahan semasa dalam dunia pendidikan menuntut keperluan untuk menyediakan guru-guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, spiritual dan intelek. Kandungan topik ini membolehkan anda mengenal pasti ciri-ciri seorang guru yang baik di samping menyedari peranan anda dalam membentuk masa depan negara. Sebagai seorang guru, kita diharapkan dapat membuat persepsi yang menyeluruh dalam memahami diri dengan meningkatkan potensi diri sebagai insan dan guru yang berakhlak mulia. Di dalam melaksanakan peranan sebagai guru, kita terdedah kepada persekitaran yang amat mencabar dan harus kita tempuhi dan lalui. Pengisian topik ini diharapkan dapat menyediakan anda dengan daya tahan yang tinggi dan menerima hakikat bahawa profesion ini adalah satu ibadat. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan maksud konsep guru profesional; 2. Menghuraikan ciri-ciri guru profesional; 3. Menyenaraikan faktor-faktor yang menaikkan martabat guru di mata masyarakat; 4. Mengenal pasti peranan guru sebagai pembentuk masa depan negara; 5. Mengkategorikan ciri-ciri guru yang baik dan yang tidak baik; dan 6. Mengamalkan ciri-ciri seorang guru yang baik. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 2 2 Guru Profesional

06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� PENGENALAN

Perkembangan dan perubahan semasa dalam dunia pendidikan menuntut keperluan untuk menyediakan guru-guru yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, spiritual dan intelek. Kandungan topik ini membolehkan anda mengenal pasti ciri-ciri seorang guru yang baik di samping menyedari peranan anda dalam membentuk masa depan negara. Sebagai seorang guru, kita diharapkan dapat membuat persepsi yang menyeluruh dalam memahami diri dengan meningkatkan potensi diri sebagai insan dan guru yang berakhlak mulia. Di dalam melaksanakan peranan sebagai guru, kita terdedah kepada persekitaran yang amat mencabar dan harus kita tempuhi dan lalui. Pengisian topik ini diharapkan dapat menyediakan anda dengan daya tahan yang tinggi dan menerima hakikat bahawa profesion ini adalah satu ibadat.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan maksud konsep guru profesional;

2. Menghuraikan ciri-ciri guru profesional;

3. Menyenaraikan faktor-faktor yang menaikkan martabat guru di mata masyarakat;

4. Mengenal pasti peranan guru sebagai pembentuk masa depan negara;

5. Mengkategorikan ciri-ciri guru yang baik dan yang tidak baik; dan

6. Mengamalkan ciri-ciri seorang guru yang baik.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

22 � Guru

Profesional

Page 2: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

34

Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang guru sebagai profesion yang mulia. Ini meliputi bagaimana menjadikan guru dihormati masyarakat, menjadikan tugas guru sebagai satu ibadat dan menjadikan guru sebagai pakar rujuk. Guru dikatakan sebagai pembentuk masa depan negara. Oleh itu, nilai-nilai murni perlu diamalkan supaya guru boleh menjadi role model kepada pelajar.

KONSEP: GURU PROFESION MULIA

Guru bertanggungjawab dalam usaha memperkembangkan potensi pelajar. Setiap individu pasti pernah melalui sejarah hidup sebagai seorang pelajar. Dalam melayari pengalaman tersebut pastinya terselit kenangan manis tentang salah seorang daripada guru-gurunya. Mengapakah kita masih mengenang guru-guru itu? Hal ini pastinya kerana pengalaman positif yang pernah kita lalui bersamanya ketika itu. Seorang guru yang telah mendorong kita sehingga berjaya di dalam pelajaran dan menjadikan siapa diri kita hari ini tentulah merupakan seorang insan yang mulia. Sila baca contoh ini. Seorang kawan anda hampir putus asa kerana gagal di dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya. Seorang guru yang begitu prihatin telah membimbingnya dan mendorongnya secara berterusan. Akhirnya beliau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar.

2.1.1 Konsep Kemahiran Profesional Keguruan

Guru adalah golongan yang mempunyai kemahiran profesional. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kemahiran profesional itu? Kemahiran profesional adalah sekumpulan kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kemahiran tersebut merupakan satu keperluan untuk menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna. Ciri-ciri profesional yang terdapat dalam bidang perguruan adalah seperti berikut: (a) Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;

(b) Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;

2.1

Page 3: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

35

(c) Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;

(d) Perkhidmatan adalah penting kepada negara; dan

(e) Guru adalah pakar dalam pendidikan. Rajah 2.1 menunjukkan sifat dan kualiti profesional keguruan.

RRajah 2.1: Sifat dan kualiti profesional keguruan

Perbincangan seterusnya adalah berdasarkan tulisan Parkay & Stanford (1995, ms. 443-447). Menurut beliau, terdapat empat ciri guru yang profesional: (a) TTingkah Laku Profesional

(i) Reflection-in-action: Menjalankan refleksi atas tindakan diri yang boleh menyebabkan kegagalan pelajar.

(ii) Kesanggupan menjadi mentor kepada sekumpulan pelajar. (b) PPembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)

(i) Dedikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan mata pelajaran yang diajar.

(ii) Menyahut peluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran baru.

(iii) Kesediaan belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 4: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

36

(c) PPenurunan Kuasa Guru (Teacher Empowerment)

(i) Membuat keputusan berkenaan dengan kurikulum yang akan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pelajar.

(ii) Mengalu-alukan peluang untuk membuat keputusan yang secara langsung memberi kesan ke atas kerja mereka.

(iii) Peluang memilih buku teks untuk kegunaan sekolah dan membangunkan kurikulum.

(d) PPenglibatan di dalam Profesion

(i) Dipamerkan menerusi tingkah laku yang profesional.

(ii) Menyedari peranan mereka sangat penting di dalam bidang pendidikan.

Guru mempunyai beberapa kemahiran keguruan yang tidak dipunyai oleh orang biasa, seperti kemahiran:

Mari kita melihat dengan terperinci tentang kemahiran belajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

(a) Belajar;

(b) Berfikir secara kritis dan kreatif;

(c) Merancang dan mengurus;

(d) Menilai dan menyoal;

(e) Membuat kajian;

(f) Berkomunikasi;

(g) Mengendalikan aktiviti luar bilik darjah;

(h) Menjalin hubungan sesama manusia; dan

(i) Menyelesaikan masalah.

Page 5: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

37

(a) Kemahiran Belajar Kemahiran belajar ialah suatu kecekapan atau keupayaan seseorang untuk

mengumpul, memproses dan merumus maklumat. Kombinasi pelbagai kaedah digunakan agar pembelajarannya berkesan. Kemahiran belajar meliputi kemahiran:

(i) Membaca;

(ii) Mencatat nota;

(iii) Mengingat;

(iv) Mendengar;

(v) Menginterpretasi bahan; dan

(vi) Mengurus masa. (b) Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Kemahiran berfikir sangat penting kepada setiap profesional. Ia digunakan

untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bijaksana. Terdapat beberapa jenis pemikiran. Antaranya adalah:

(i) Konvergen Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Jawapan terbaik bagi soalan

atau masalah yang diberi telah dikenal pasti. Contoh:

� Menjawab soalan Matematik; dan

� Mencari jawapan kepada satu uji kaji Sains. (ii) Divergen Banyak jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu penyelesaian

masalah. Contoh: Berikan kegunaan kertas kepada manusia.

� Menulis, melukis, menutup makanan, membungkus; dan

� Sumber ekonomi (kitar semula: jual surat khabar lama).

Page 6: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

38

(iii) Induktif Satu bentuk penaakulan yang dimulakan dengan contoh yang khusus

kemudian membuat generalisasi. Contoh:

(iv) Deduktif Bermula dengan generalisasi kemudian menuju kepada contoh- contoh yang spesifik.

(v) Kreatif Kebolehan menyusun maklumat untuk menghasilkan yang baru dan

asli. Contoh:

� Mencipta puisi dari satu gambaran kehidupan yang diberi;

� Melukis suatu pemandangan daripada satu bahan bacaan; dan

� Memberikan satu idea baru untuk penyelesaian masalah.

Page 7: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

39

(vi) Membina Keupayaan menghasilkan sesuatu benda maujud. Contoh:

� Mereka cipta satu pelan kedudukan sebuah bangunan. (vii) Kritis Dapat menilai sesuatu objek atau situasi dengan bernas. Contoh:

� Menghujah;

� Memberikan pendapat; dan

� Membuat pertimbangan. (viii) Celik Akal Kebolehan mengamati atau menilai sesuatu masalah dan

mengaitkannnya dengan situasi lain. (ix) Penaakulan Proses mental yang paling tinggi merangkumi:

� Mengingat;

� Memproses;

� Mengurus maklumat; dan

� Membuat rumusan.

Page 8: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

40

2.1.2 Dihormati Masyarakat

Rajah 2.2: Mengapa kita harus menghormati cikgu

Cuba anda lihat Rajah 2.2 di atas. Anda telah melihat beberapa sebab yang diberi oleh pelajar mengapa mereka menghormati guru mereka. Golongan guru harus dihormati bukan sahaja oleh pelajar malah seluruh masyarakat. Merekalah pembentuk bakal pemimpin-pemimpin negara kita.

Bincangkan bagaimanakah kemahiran berikut membantu guru menjadi seorang profesional. (a) Kemahiran merancang dan mengurus;

(b) Kemahiran menilai dan menyoal;

(c) Kemahiran membuat kajian;

(d) Kemahiran berkomunikasi;

(e) Kemahiran mengendalikan aktiviti luar bilik darjah;

(f) Kemahiran menjalin hubungan sesama manusia; dan

(g) Kemahiran menyelesaikan masalah.

AKTIVITI 2.1

Page 9: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

41

Para guru akan lebih dihormati oleh masyarakat sekiranya melakukan perkara-perkara yang disebutkan di bawah: (a) Melibatkan diri dengan aktiviti setempat (aktiviti masjid/keagamaan,

gotong-royong, ziarah yang sakit atau kematian, perkahwinan dan lain-lain).

(b) Menjalinkan hubungan rapat dengan pelajar � Mengenali ibu bapa mereka dan menghubungi keluarga untuk berkenalan secara lebih rapat.

(c) Sensitif dengan budaya setempat dan adat resam.

(d) Mengalakkan ibu bapa pelajar menghubungi guru untuk mendapatkan maklumat berkenaan anak mereka.

(e) Ikhlas sama ada bila memuji ataupun menegur tingkah laku pelajar.

(f) Empati dengan latar belakang pelajar.

(g) Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.

2.1.3 Tugas Guru sebagai Ibadat

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. ‰Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikat-Nya begitu juga penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramaiÊ. Apakah perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Kita harus ingat akan mulianya kerja sebagai seorang guru. Tugas utama guru adalah menyampaikan ilmu. Guru bertanggungjawab mengubah seseorang individu daripada tidak tahu kepada tahu dari segi ilmu, kemahiran dan sikap. Bukankah ini suatu ibadat?

Latihan sumbang saran: Bincangkan langkah-langkah yang boleh menaikkan martabat guru di mata masyarakat.

AKTIVITI 2.2

Page 10: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

42

Guru mendidik kita dengan sabar, tanpa menghiraukan rupa, bangsa dan agama. Di mana pun mereka berada, tugas mendidik ini tidak pernah ditinggalkan. Matlamat utamanya menjadikan kita manusia yang berilmu, boleh berdikari dan mempunyai masa depan yang cemerlang. Di samping menyampaikan ilmu, guru juga membentuk sikap dan sahsiah pelajar. Kita diminta mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan positif, bukan tingkah laku yang anti sosial. Pelbagai teknik pengurusan tingkah laku digunakan untuk memastikan tingkah laku yang diingini diikuti oleh pelajar. Kita diajar memberi salam apabila berjumpa, mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu, mengetuk pintu sebelum masuk dan meminta izin apabila ingin keluar dari kelas. Semua tindakan guru ini adalah untuk menjadikan kita insan yang baik. Bukankah ini satu ibadat?

2.1.4 Masa Depan Negara

(a) AAgen Perubahan Agen perubahan dalam konteks ini adalah sumber ilmu kemahiran dan

pendirian. Sekolah (Rendah, Menengah, Teknik dan Vokasional), universiti dan kolej berperanan sebagai agen perubahan yang menawarkan asas-asas ilmu (UPSR, PMR, SPM, STPM) dan juga pelbagai kursus (perguruan, teknologi maklumat, perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya).

Guru dianggap sebagai agen perubahan. Pusat Perkembangan Kurikulum

bertanggungjawab dalam menggubal kurikulum baru tetapi siapakah yang melaksanakannya kalau bukan guru?

(b) MMobiliti Sosial Anjakan sosial boleh berlaku disebabkan tahap ilmu yang dimiliki

seseorang individu (Rajah 2.3). Pernahkah anda mendengar seorang anak nelayan menjadi doktor? Seorang anak buruh kasar menjadi peguam? Seorang anak penoreh getah menjadi jutawan? Itulah yang dimaksudkan sebagai mobiliti sosial.

Mobiliti sosial meningkatkan gaya hidup.

Guru adalah pencorak masa depan negara. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

AKTIVITI 2.3

Page 11: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

43

Rajah 2.3: Anjakan sosial disebabkan oleh tahap ilmu akan meningkatkan gaya hidup

Kedua-dua faktor ini iaitu ilmu dan mobiliti sosial menyumbang kepada peningkatan gaya hidup. Peranan guru sebagai agen perubahan membantu pelajar untuk mencapai tahap sosio-ekonomi yang baik melalui mobiliti sosial. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

2.1.5 Guru sebagai Pakar Rujuk

Mari kita renung sejenak pengalaman kita sebagai pelajar dahulu. Kepada siapakah kita pergi untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi masalah dalam bidang akademik, terutamanya jika ibu bapa tidak mampu membantu menyelesaikannya? Pelajar sering kali merujuk guru untuk menyelesaikannya (Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Peranan guru sebagai pakar rujuk

Page 12: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

44

(a) DDisiplin Ilmu Pelajar merujuk kepada guru untuk mendapatkan bantuan di dalam

perkara-perkara berikut:

(i) Cara belajar yang berkesan;

(ii) Masalah akademik;

(iii) Masalah pembelajaran;

(iv) Masalah dalam komunikasi/bahasa; dan

(v) Memilih mata pelajaran yang sesuai untuk diambil. (b) KKemahiran Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran amali,

guru menjadi pakar rujuk yang utama. Contohnya, di dalam mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Vokasional dan Teknikal dan lain-lain lagi. Guru juga dirujuk untuk meningkatkan kemahiran belajar yang merangkumi kemahiran berikut:

(i) Kemahiran mencatat nota � membuat peta minda;

(ii) Kemahiran membaca; dan

(iii) Kemahiran mengingat. (c) KKaunseling dan Kerjaya Kita sering kali berjumpa dengan guru untuk mendapatkan khidmat

kaunseling terutamanya bila menghadapi masalah peribadi seperti pertelingkahan dalam keluarga, masalah kecelaruan personaliti, masalah dalam hubungan dengan rakan sebaya dan seumpamanya. Apakah yang kita harapkan daripada guru-guru ini? Guru-guru kaunseling membantu kita membuat keputusan yang tepat supaya dapat mengurangkan stres dan meminimumkan dilema.

Apabila hampir meninggalkan alam persekolahan, sekali lagi kita

menghadapi dilema untuk memilih bidang yang sesuai dengan cita-cita dan kelayakan yang kita perolehi. Kali ini guru pakar di dalam bidang ini sangat diperlukan sebagai pakar rujuk.

Page 13: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

45

(d) PPengurusan Diri Bantuan guru diperlukan dalam pengurusan diri. Kebanyakan pelajar

didapati kurang mahir di dalam aspek ini yang meliputi:

(i) Jadual belajar;

(ii) Teknik belajar berkesan;

(iii) Pengurusan masa; dan

(iv) Meningkatkan daya ingatan.

CIRI-CIRI GURU YANG BAIK

Sekarang, mari kita lihat ciri-ciri guru yang baik. Guru yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut: (a) BBerpengetahuan dan Mahir dengan Apa yang Diajar

(i) Pakar mata pelajaran yang diajarkan.

(ii) Bersedia untuk menerima ilmu baru/terkini.

(iii) Mahir dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran.

(iv) Kemahiran menerangkan, menyoal dan menguruskan bilik darjah. (b) HHarapan yang Tinggi terhadap Pencapaian Pelajar

(i) Mengekalkan jangkaan baik terhadap sosial dan pencapaian pelajar.

(ii) Bertanggungjawab dan boleh berdikari. (c) TTingkah Laku Positif terhadap Pelajar

(i) Menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran.

(ii) Pelajar seronok belajar.

(iii) Mengenali pelajar melalui interaksi di dalam kelas.

2.2

Page 14: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

46

(d) BBerurusan Secara Adil

(i) Memberi panduan yang jelas untuk setiap tugasan yang diberi.

(ii) Membimbing secara lembut untuk membantu pelajar mencapai tingkah laku yang dikehendaki.

(iii) Konsisten apabila menguruskan tingkah laku pelajar. (e) PPujian yang Diberi Menampakkan Keikhlasan

(i) Tekal dalam menilai tugasan pelajar.

(ii) Menegur kesilapan pelajar dengan cara memberi motivasi. (f) HHormat dan Bertolak Ansur dengan Pelajar

(i) Elakkan daripada menengking atau memalukan pelajar.

(ii) Unsur paralinguistik digunakan untuk mendapatkan perhatian pelajar.

(iii) Menyelidik/menerima alasan yang diberi. (g) KKesedaran terhadap Objektif Pengajaran

(i) Bertanggungjawab terhadap pencapaian objektif.

(ii) Tahu apa yang hendak dicapai di akhir pengajaran. (h) RRancangan Pengajaran yang Berstruktur

(i) Pengajaran dari senang kepada susah.

(ii) Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. (i) MMempunyai Objektif Jangka Panjang

(i) Membimbing pelajar yang memerlukan bantuan.

(ii) Merangka program yang membantu mengembangkan kemahiran pelajar.

(iii) Menjelaskan apa yang seterusnya akan dipelajari.

Effective teachers know their goals and try to achieve these goals (Hedges and Papritan, 1987; OÊBrien and Pulliam, 1984; and Tobin and Fraser, 1984).

Page 15: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

47

(j) MMenggunakan Pelbagai Strategi Pengajaran

(i) Strategi pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan.

(ii) Unsur-unsur kecindan dan hiburan diselitkan semasa mengajar.

(iii) Libatkan pelajar-pelajar yang berbakat untuk sesi tunjuk cara atau mengajar rakan sebaya.

(iv) Ambil kira mood semasa pelajar untuk memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.

(k) BBersemangat Teachers show enthusiasm through movement, gesture and voice

inflections (Rosenshine and Furst, 1971).

(i) Betul-betul bersemangat � bukan dibuat-buat.

(ii) Bertujuan untuk pelajar seronok dan turut bersemangat untuk belajar.

(iii) Memberi galakan atau motivasi kepada pelajar untuk berjaya.

(iv) Tunjukkan guru berminat dengan pencapaian pelajar. (l) KKesedaran terhadap Perkembangan Individu

(i) Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan individu seperti:

� Pengaruh genetik;

� Perbezaan fizikal;

� Perbezaan kognitif;

� Perbezaan emosi;

� Pengaruh keluarga;

� Pengaruh rakan sebaya;

� Kebudayaan dan kepercayaan;

� Sumber dan teknologi; dan

� Guru dan sekolah.

(ii) Guru perlu mempunyai kesedaran terhadap kualiti pelajar. Sebahagian besar pelajar amat memerlukan bimbingan yang lebih daripada guru berbanding dengan yang lain.

Page 16: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

48

(iii) Perancangan aktiviti perlu mengambil kira keupayaan pelajar.

(iv) Cuba mempengaruhi pelajar secara positif dengan menggalakkan setiap individu ke arah mencapai kejayaan.

(m) SStrategi Melayan Pelajar Berdasarkan Perbezaan Individu „Effective teachers have been found to tailor teaching to studentsÊ needs by

using techniques which suit the learner‰ (Demmon-Berger, 1986)

„These techniques include using different instructional modes, providing extra works for the more able pupils and doing remediation out of class time thus allowing students to work at their own rate‰

(Tobin and Fraser, 1984)

(i) Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.

(ii) Setiap pelajar berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat dan bakat.

(iii) Kadar kebolehan menerima pendidikan berbeza antara individu.

(iv) Pelbagai strategi dan pendidikan digunakan dalam melaksanakan proses pemulihan dan pengayaan.

(v) Pengajaran secara individu, kumpulan kecil, berpasangan atau kelas. (n) PPengurusan Berkesan

(i) Guru mengamalkan pengurusan diri yang baik.

(ii) Pelajar sentiasa diingatkan semasa pengajaran pembelajaran berkenaan tugasan mereka.

(iii) Pastikan semua pelajar dilibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan masalah disiplin.

(iv) Menggunakan pemantauan secara berkesan ke atas pencapaian pelajar.

(v) Menyediakan maklum balas.

Page 17: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

49

(vi) Menggunakan teknik pengurusan tingkah laku yang berkesan:

� Memuji tingkah laku baik yang dipamerkan.

� Pelajar bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri.

� Tindakan guru sentiasa konsisten dan demokratik.

� Uruskan tingkah laku bukan pelajar. Apa yang dibincangkan di atas dirumuskan di dalam Jadual 2.1 berikut.

Jadual 2.1: Rumusan Berkaitan Ciri-ciri Guru yang Baik

Kategori EElemen

Atribut Personal � Mahir dengan apa yang diajar

� Sikap positif terhadap pelajar

� Adil bila berurusan dengan pelajar

� Menghormati pelajar

� Bersemangat

Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran

� Galakan positif atas kerja-kerja pelajar

� Strukturkan rancangan pengajaran

� Pelbagaikan strategi pengajaran

� Pengurusan berkesan

Jangkaan Guru � Jangkaan tinggi terhadap pelajar

� Berhati-hati dengan objektif pengajaran

� Objektif jangka panjang

Mengambil Kira Perbezaan Individu

� Mengambil kira perkembangan individu

� Melayan keperluan individu

2.2.1 Guru Seorang yang Penyayang

Menurut Ibn Khaldun, kanak-kanak harus dididik dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa. Mereka tidak harus dilayan dengan cara kekerasan. Kekerasan akan membentuk kanak-kanak mereka menjadi pemalas, pembohong, tidak berperikemanusiaan dan berlagak. Kesannya mereka akan mula menyembunyikan perkara sebenar sebagai langkah menyelamatkan diri dan amalan mencipta tipu helah akan menjadi kebiasaan.

Page 18: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

50

Hubungan baik antara guru dan murid adalah perkara yang sangat penting diberikan keutamaan. Hubungan yang wujud perlu berasaskan rasa hormat menghormati, sayang menyayangi dan mengambil berat antara satu dan lain. Guru perlu menunjukkan kasih sayang dan hormat terhadap pelajar untuk memastikan mereka berupaya: (a) Membina perhubungan yang sihat berasaskan kepercayaan bersama serta

menghormati orang dewasa, rakan sebaya, seterusnya boleh mematuhi peraturan dalam kumpulan;

(b) Memahami dan menghormati perbezaan budaya bangsa; dan

(c) Mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial dalam pergaulan.

2.2.2 Guru Seorang yang Penyabar

Bidang perguruan adalah bidang tugas yang amat mencabar. Semasa menjalankan tugas kita bukan sahaja akan berhadapan dengan pelajar malahan juga banyak pihak lain yang turut terlibat. Penglibatan banyak pihak dalam pengurusan melaksanakan tugas hakiki seorang guru sangat menuntut nilai kesabaran.

Arahan: Tambahkan ruangkan debit dan kredit ke dalam Akaun Bank Emosi Guru Penyayang.

Bil Debit Kredit

1. Membelai Menengking

2. Memujuk Membeliakkan mata

3. Mesra Menjerit

4.

5.

6.

7.

8.

9.

AKTIVITI 2.4

Page 19: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

51

Kerjaya perguruan ini melibatkan interaksi dengan: (a) Pelajar;

(b) Ibu bapa atau penjaga;

(c) Rakan sejawat;

(d) Pentadbir sekolah;

(e) Pentadbir di peringkat daerah dan negeri;

(f) Pentadbir di peringkat pusat; dan

(g) Kementerian Pelajaran Malaysia. Di dalam bilik darjah kita berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Pelajar kita ini datangnya dari pelbagai latar belakang, berbeza dari segi fizikal, emosi, pengalaman dan sebagainya. Keperluan mereka juga berbeza. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebagai guru kita perlu menggunakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza itu. Pelbagai aktiviti hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar dan proses tersebut menjadi lebih berkesan. Seandainya strategi ataupun kaedah pertama gagal menarik perhatian pelajar, kita tidak harus cepat berputus asa. Guru boleh mengaplikasi pelbagai lagi strategi pengajaran yang lain. Melayani perbezaan individu pelajar: (a) Menyelaraskan kurikulum sesuai dengan keperluan dan minat;

(b) Menyediakan alat bantu mengajar yang dapat membantu pembelajaran; dan

(c) Menyediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan potensi. Kesabaran kita adakalanya diuji dengan masalah disiplin atau masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah yang mungkin timbul secara tidak diduga. (rujuk Rajah 2.5).

Page 20: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

52

Rajah 2.5: Masalah-masalah tingkah laku pelajar

2.2.3 Guru Seorang yang Komited

Guru adalah agen keberkesanan pendidikan. Sebaik manapun sistem pendidikan dibina dan dicipta namun sekiranya agen tidak dapat melaksanakannya dengan efektif atau tidak komited, maka matlamat asal sistem pendidikan tersebut tidak akan dapat dicapai. Kejayaan dan keberkesanan setiap dasar pendidikan yang digubal sangat bergantung kepada bagaimana sistem tersebut dilaksanakan. Ia Kejayaan ini pula berkait rapat dengan rasa tanggungjawab, komitmen, kemahiran dan keikhlasan pelaksana itu iaitu guru. Sebelum memulakan pengajaran, kita tentunya akan membuat perancangan dari segi kandungan, objektif pengajaran, strategi dan kaedah, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai. Kita juga akan membantu pelajar yang bermasalah bukan sahaja dari segi akademik malah emosi hinggalah kadang-kadang dari segi ekonomi juga.

Renungkan sejenak bagaimana guru anda dahulu menangani masalah tingkah laku di dalam bilik darjah anda. (a) Apakah kesan tindakan itu terhadap pelajarnya? (b) Adakah anda rasa tindakan guru anda itu betul?

AKTIVITI 2.5

Page 21: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

53

Seorang guru yang komited akan merancang dan mengurus pengajarannya dengan berkesan. Ciri-ciri guru yang komited adalah seperti berikut: (a) MMerancang Pengajaran Anda merancang untuk menentukan hasil pembelajaran, pemeringkatan isi

pelajaran, penentuan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pemilihan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran.

(b) MMelaksanakan Pengajaran di dalam Bilik Darjah dengan Berkesan Anda akan menyusun langkah-langkah yang bermula dari set induksi yang

menarik dan pelbagai. Langkah-langkah pengajaran mesti sesuai dengan objektif pembelajaran. Langkah tersebut perlu dimasukkan elemen nilai tambah seperti berikut:

(i) Pelbagai kecerdasan;

(ii) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif;

(iii) Kemahiran meramal masa depan;

(iv) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif; dan

(v) Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. (c) MMenggunakan Pelbagai Strategi untuk Menarik Minat Pelajar Dalam menangani perbezaan individu yang pelbagai, guru perlu memilih

strategi yang bersesuaian dengan kehendak pelajar seperti:

(i) Berpusatkan pelajar � Contoh: aktiviti kumpulan, individu, penerokaan

(ii) Berpusatkan bahan � Contoh: penggunaan bahan multimedia, penggunaan komputer, persekitaran, makmal dan sebagainya.

(iii) Berpusatkan guru � Contoh: kuliah, tunjuk cara. (d) MMenilai Semula Pengajaran Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian formatif perlu

dilaksanakan untuk membolehkan guru menilai sama ada objektif yang dirancang tercapai atau tidak. Ini juga membantu guru membuat penilaian kendiri.

Page 22: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

54

(e) MMemberikan Bimbingan Akademik dan Sahsiah kepada Pelajar Selepas membuat penilaian, sekiranya didapati masih terdapat pelajar yang

tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar atau pelajar lembam maka bimbingan secara berterusan perlu dilaksanakan. Aktiviti pemulihan perlu disediakan, sesuai dengan aras pencapaian mereka. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang pintar cerdas, mereka memerlukan pengayaan supaya tidak bosan dengan aktiviti pengajaran guru.

(f) MMenjalin Hubungan Baik dengan Ibu Bapa Pelajar Selain daripada hubungan yang terjalin menerusi Persatuan Ibu Bapa Guru

(PIBG), setiap guru patut cuba menjalin hubungan secara profesional dengan ibu bapa setiap pelajar. Dengan ini kita dapat mengenali latar belakang pelajar kita secara lebih tepat. Perbincangan yang menjurus ke arah peningkatan prestasi dan sahsiah pelajar dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

(g) MMengenali Setiap Pelajar dari Segi Latar Belakang dan Tahap Pencapaian Sebagai guru kita perlu mengenali setiap orang pelajar di bawah jagaan

kita. Seorang guru yang tidak mengambil berat berkenaan kebajikan pelajar mungkin akan menjadi guru yang kurang didekati oleh pelajarnya. Mengingati nama pelajar dalam kelas merupakan satu prasyarat untuk guru mendekatkan diri dengan pelajarnya.

(h) MMematuhi dan Melaksanakan Arahan-arahan Pihak Sekolah Setiap sekolah mempunyai peraturannya sendiri yang wajib dipatuhi oleh

setiap warganya daripada guru hinggalah kepada pelajarnya. Di sini guru memainkan peranan penting memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap pelajar. Guru akan dijadikan contoh oleh pelajar di dalam mematuhi peraturan ini.

1. Secara berpasangan bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa „jika guru kencing berdiri murid kencing berlari‰.

2. Apakah implikasinya kepada masyarakat?

AKTIVITI 2.6

Page 23: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

55

(i) MMengurus dan Melaksanakan Aktiviti Kokurikulum Seperti yang Diarahkan Pelajar kita bukan sahaja didedahkan dengan mata pelajaran akademik di sekolah, mereka juga diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti permainan, persatuan dan unit beruniform. Jadual 2.2 menunjukkan contoh-contoh aktiviti kokurikulum di sekolah.

Jadual 2.2: Contoh Aktiviti Kokurikulum di Sekolah

Permainan Bola Sepak Badminton Karum (Carrom)

Persatuan atau Kelab Persatuan Bahasa Persatuan Seni

Budaya Kelab Koir

Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Tunas Kadet Remaja Pengakap Muda

Siapakah yang akan membimbing mereka di dalam aktiviti kokurikulum ini kalau bukan guru?

Jadi adalah menjadi sebahagian daripada tugas kita untuk mengurus dan

melaksanakan aktiviti kokurikulum ini. (j) BBerkolaborasi dengan Rakan Sejawat Setiap orang guru akan berkolaborasi dengan rakan sejawat dalam panitia

masing-masing. Pelbagai cara kolaborasi dijalankan seperti menyediakan rancangan tahunan, agihan tugasan dari segi penggubalan soalan begitu juga dengan penyediaan bahan-bahan bantu mengajar.

Kolaborasi juga dapat dilaksanakan dengan rakan sejawat jika seorang

guru merancang untuk membuat kajian berkenaan masalah yang dihadapinya yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dan lain-lain lagi.

(k) KKesediaan Membuat Refleksi Guru yang komited akan membuat refleksi setiap kali berakhirnya

pengajaran di bilik darjah. Guru perlu memikirkan apakah kelemahan yang perlu diperbaiki dan kelebihan yang perlukan penambahbaikan.

(l) KKesediaan MMengikuti Kursus-kursus Peningkatan Ilmu Ilmu adalah sesuatu yang dinamik. Seorang guru yang komited terhadap

tugasnya sentiasa bersedia untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan perkembangan semasa.

Terdapat banyak kursus-kursus peningkatan profesionalisme anjuran

sekolah yang dilaksanakan secara dalaman, kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri atau pun bahagian-bahagian lain dalam Kementerian

Page 24: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

� TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

56

Pelajaran. Guru-guru yang menghadiri kursus ini patut melaksanakannya di dalam tugas mereka.

Bagi kursus peningkatan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh

kementerian, guru-guru yang terpilih akan mengikutinya dalam tempoh yang tertentu sama ada selama beberapa minggu ataupun setahun. Contohnya: (i) Kursus dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP 14 Minggu) kerjasama

antara Kementerian Pelajaran dengan OUM; dan (ii) Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) � satu tahun.

� Ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru profesional adalah:

� Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;

� Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;

� Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;

� Menyedari perkhidmatannya adalah penting kepada negara; dan

� Merupakan guru pakar dalam pendidikan. � Seorang guru harus menunjukkan sikap-sikap profesional seperti berilmu,

berdedikasi, kreatif, beretika, berketerampilan, integriti, kejujuran. � Guru-guru haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

(gotong-royong); kerap berkomunikasi dengan ibu bapa, menjaga kebajikan murid-murid supaya mereka dihormati oleh masyarakat.

� Guru berperanan sebagai agen perubahan dalam proses membentuk masa

depan negara kerana gurulah yang bertanggungjawab mencurahkan ilmu kepada pelajar yang akan membantu mereka meningkatkan gaya hidup mereka.

� Antara ciri-ciri guru yang baik adalah merancang pengajaran, melaksanakan

pengajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan, melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan, menjalin hubungan baik dengan ibu bapa pelajar dan sebagainya.

Page 25: 06. HBEF2803 Topik 2 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150628... · dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL �

57

Autonomi

Kemahiran Interpersonal Potensi

Keperluan asas

Mentor

Role model

Unsur paralinguistik

Profesion perguruan hari ini banyak cabarannya, guru bukan sahaja diminta memenuhi ekpektasi masyarakat iaitu ibu bapa malah juga memenuhi kehendak sekolah di samping menguruskan disiplin pelajar. 1. Bincangkan LIMA cabaran yang dihadapi oleh guru hari ini.

(5 markah) 2. Berikan contoh yang sesuai.

(5 markah) 3. Berikan cadangan anda bagaimana cabaran-cabaran itu harus ditangani.

(10 markah)