Tamadun Melayu

  • View
    51

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Its about the Malay's community in Malaysia. It's in Malay languange.

Text of Tamadun Melayu

PowerPoint Presentation

TAMADUN MELAYU

1Peta Nusantara

2Tamadun Melayu telah melalui beberapa fasa perkembangan sejarah:Fasa kedatangan serta pertapakan masyarakat yang dikenali sebagai Melayu.Fasa orang Melayu menerima pengaruh India dalam agama dan kebudayaan.Fasa orang Melayu menerima Islam.Fasa penjajahan.Fasa kewujudan negara-negara merdeka.

Perak Man

Rangka lengkap manusia tertua, panjang 157cm berusia kira-kira 11 000 tahunIni menolak hujah yg mengatakan Melayu datang dari Yunan kerana migrasi dr Yunan berlaku 5000 tahun dulu.Ditemui 1991 di Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, LenggongHidup dalam zaman Paleolitik dan berusia sekitar 40-50 tahun ketika mati.Dikebumikan seperti janin bersama cengkerang, tulang haiwan, alat batuMenunjukkan dia ada kedudukan dlm masyrk-bukti sudah ada sistem hierakiTamadun Melayu

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUDimiliki oleh bangsa Melayu di rantau yang dikenali sebagai Alam Melayu, Kepulauan Melayu, Nusantara ataupun Asia Tenggara.Tamadun Melayu muncul sebelum kedatangan Islam.Setelah kedatangan Islam, hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat dan Islam menjadi identiti bagi bangsa Melayu.Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand, selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masyarakat Melayu PraIslamPeringkat awal, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme.Fahaman animisme percaya adanya jiwa, roh dan semangat, pantang larang (taboo), adat (rite de passage).Animisme menjurus kepada amalan beragama, pemujaan, perhambaan diri kepada sesuatu kuasa.Seterusnya masyarakat Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.Pengaruh Hindu tidak membawa pengaruh yang menyeluruh kpd msyrkt; menonjol di kalangan glgan istana dan menjurus kepada munculnya kerajaan Hindu seperti Srivijaya dan Majapahit.

PolitikMasyarakat Melayu mengamalkan sistem feudal yang hampir mutlak.Raja diberi ketaatan mutlak dan sumber undang-undang yang mesti dilaksanakan.

Budaya KeilmuanSebelum kedatangan Islam, kurang mengutamakan ilmu.Tokoh ilmuan tidak menjadi golongan penting berbanding pawang, bomoh dan ahli nujum yang menjadi penasihat istana.Institusi pengajian tidak berkembang dan masyarakat Melayu hidup dalam kejahilan dan khurafat.

Stratifikasi SosialTerbahagi kepada dua kelas.(i) Kelas pertama raja dan golongan atasan.(ii) Kelas kedua hamba atau rakyat.Beza kedua kelas ini berdasarkan penguatkuasaan undang-undang, pemilikan harta dan sebagainya.Mengamalkan budaya Hindu-Buddha dan menampilkan semangat diskriminasi melampau antara kedua kelas.Agama dan kepercayaan sedia ada tidak membela nasib golongan lemah bahkan digunakan untuk mengukuhkan golongan atasan.

Teori Kedatangan Islam Ke Alam MelayuTarikh sebenar kedatangan Islam di Tanah Melayu masih dipertikaikan.Terdapat empat teori kedatangan Islam ke alam Melayu, iaitu melalui Arab, India, Cina dan Champa.

Islam Dari ArabHubungan perdagangan antara Alam Melayu dan Tanah Arab terjalin sejak zaman pra Islam. Penyebaran Islam di Asia Tenggara diterajui oleh pemerintahan Bani Umayyah.Namun, terdapat teori yang mendakwa Islam telah datang lebih awal daripada itu.

Teori Kedatangan Islam di Alam Melayui. Catatan sejarah, bangsa Arab adalah yang pertama mengharungi lautan Hindi sebelum lahirnya Islam di Tanah Arab lagi.ii. Telah menjadi orang tengah antara saudagar Eropah dan Asia.iii. Peranan tersebut telah diambil alih oleh Rom dan Parsi pada kurun ke-5 hingga ke-7 M.iv.Kembali memainkan peranan sebagai orang tengah pada kurun ke-9M sebelum kedatangan Portugis pada kurun ke-15M.Hubungan perdagangan Tanah Arab dan Tanah Melayu berlaku sebelum lahirnya Islam.Penyebaran Islam di Tanah Arab begitu meluas ke Yaman, perlabuhan perdagangan penting.Menurut sumber China, orang Arab berada di Asia Tenggara pada kurun ke-7 M lagi.Usaha penyebaran Islam oleh golongan Syiah.Teori Kedatangan Islam di Alam MelayuDakwah oleh Ulama, Syeikh Ismail yang mengembangkan Islam ke Barus, Lamri, Aru, Perlak dan Pasai.Peingislaman Maharaja Derbar iaitu Raja Kedah pada 1136M.Pengislaman Raja Melaka.Penggunaan nama Sultan selepas memeluk Islam.

Islam Dari IndiaDikemukakan oleh orientalis barat Snauck Hurgronje dan Brian Harisson.Masyarakat Melayu merujuk kepada India untuk mendapatkan nasihat termasuk persoalan agama.Persamaan mazhab Shafie.Persamaan rekabentuk batu nesan.Namun, terdapat kelemahan berkaitan teori kedatangan Islam dari India.

Islam dari China dan ChampaHubungan perdagangan Arab-China wujud sebelum kelahiran Islam.Secara tidak langsung terbina hubungan China-Kepulauan Melayu.Sejarah China, Islam Arab telah tiba di China kurun ke-7 M.Terdapat catatan bahawa Saad Bin Abi Waqas telah sampai ke China menyebarkan Islam.

Islam dari China dan ChampaKebenaran menetap di China setelah tentera Islam membantu kerajaan China mengekang pemberontakan panglima 755 M.Asimilasi Muslim dan masyarakat China selepas diberi kewarganegaraan pada zaman Choong (841-847M).

Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Brang Hulu Terengganu adalah bukti Islam telah bertapak di daerah ini sejak dahulu lagi.

Faktor Perkembangan Islam di Alam MelayuPenekanan aspek tertentu:PerdaganganPerkahwinanPersaingan Islam/KristianPolitikPenghargaan nilai Islam(Syed Muhammad Naquib Al-Attas)Peranan Golongan Penyebar IslamPeranan mubaligh Islam, ulama, ahli sufiPeranan golongan istana, bangsawanPeranan pedagang IslamUsaha penyebaran Islam yang berlipat ganda akibat persaingan ketat dengan KristianPerkahwinan antara pendakwah Islam dengan masyarakat tempatanPolitik dan lingkungan penguasaan kerajaan Islam

Faktor Keindahan Ajaran IslamAgama yang sesuai dengan fitrah manusia.Persamaan taraf dalam Islam.Lebih rasional berbanding agama sebelumnya yang mengandungi banyak unsur khayalan.Penekankan akhlak, kehalusan budi bahasa.Amalan masyarakat Melayu yang sudah sebati diasimilasikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Pengaruh Islam Terhadap Tamadun MelayuMenjadikan masyarakat Melayu bertamadun.Melayu baru, perubahan dalaman dan luaran.Memperoleh kuasa politik pada kurun ke-13M.Penggantian kerajaan Melayu, Jawa-Hindu kepada kerajaan Islam.Mengikis amalan dan fahaman agama sebelumnya seperti amalan jahiliyyah, animisme, Hindu dan Buddha.

Aspek SosialFungsi dan Status SosialSemua manusia adalah hamba Allah dan sama taraf.Konsep dan Budaya IlmuMenjadikan Nusantara sebagai pusat ilmu dan melahirkan ulama.Seni, Sastera, BahasaPengkayaan bahasa Melayu dengan perbendaharaan Arab, tulisan jawi dan sebagainya.Nilai Sosial Berasaskan IslamJujur, bercakap benar, menutup aurat dan sebagainya.

Aspek EkonomiPenubuhan institusi kewangan Islam yang berkembang pesat.Penghapusan sistem riba dalam Bank yang berkonsepkan Islam seperti Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).Penubuhan sistem muamalat Islam.Sambutan hangat masyarakat Melayu Islam dan juga bukan Islam terhadap sistem perbankan Islam.

PolitikPertukaran gelaran Raja kepada Sultan dan disamakan dengan peranan khalifah.Sultan diamanahkan dengan tanggungjawab penting mewujudkan pemerintahan berlandaskan syarak.Tidak mendewakan raja, sebaliknya ketaatan kepada Sultan yang berperanan sebagai khalifah.Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka tidak mengecualikan golongan bangsawan daripada hukuman.

Kolonialisme dan Sekularisme di Alam MelayuPenaklukan empayar Melayu Melaka selama 130 tahun oleh Portugis pada 1511 M hingga 1641 M diikuti oleh Belanda dan British.Memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan perkembangan Islam di Alam Melayu.

Definisi KolonialismeKonsep penguasaan politik secara menyeluruh oleh penjajah.Menekankan sebuah pihak menguasai pihak lain melalui pelbagai cara dan matlamat.Juga merujuk kepada kehadiran secara langsung kuasa barat ke tanah jajahan.British berusaha keras mengubah acuan masyarakat Melayu agar berfikir, bersikap dab bertindak sepertimana mereka.

26Definisi SekularismeSekular/(dunia)= yang bermaksud suatu sistem, prinsip-prinsip dan penerapan yang menolak segala bentuk keimanan dan ibadah keagamaan.Merupakan prinsip dan praktik yang menolak apa-apa bentuk iman dan ibadah.Memisahkan agama dari urusan negara dan membataskan ruang lingkup agama kepada ibadah khusus sahaja.Bertentangan dengan Islam kerana Islam adalah menyeluruh.Sekularisme di Alam MelayuRata-rata umat Islam di Malaysia terikat dengan konsep religon oleh barat bukannya al-Din.Sekularisme telah menyerap dalam masyarakat Melayu di era penjajahan.Sekularisme bermula pada 1824 (Perjanjian Inggeris-Belanda) dan 1874 (Perjanjian Pangkor), di mana kuasa Raja-raja Melayu dibataskan.Pelbagai sistem sekular telah diperkenalkan di merangkumi undang-undang dan pendidikan.

Kesan Kolonialisme dan SekularismePolitikNilai KeagamaanPendidikanSosial dan Falsafah HidupEkonomiPolitikMenjadikan negara barat sebagai kayu pengukur kemajuan.Akibatnya, agama disingkirkan dari pemerintahan bagi mencapai kemodenan dan kemajuan seperti mana barat.Idea pemisahan agama dari kehidupan telah melahirkan sistem politik yang bertentangan dengan prinsip Islam. Era penjajahan barat, kuasa raja dibataskan dan dasar sekular diterapkan dalam pentadbiran penjajah di Tanah Melayu.

Nilai KeagamaanKejayaan penjajah menguasai Tanah Melayu selama ratusan tahun tidak mampu merubah Islam sebagai pegangan masyarakat Melayu.Bahkan umat Islam semakin berpegang kepada agama Islam dan jati diri mereka semakin meningkat. Menyerapkan dasar sekularisme secara halus bagi menyekat pengaruh Islam di Tanah Melayu.Dunia moden, sekularisme dianggap serba maju, kemajuan memerlukan kepada perubahan.Segala yang tidak berubah akan dicemuh, dikecam, dilabel sebagai jumud, kolot dan sebagainya.Perubahan cara berpakaian, pandangan hidup, moral dan sebagainya.

PendidikanPendidikan di Tanah Melayu sebelum penjajahan adalah secara tidak formal.Era kedatangan Islam, sekolah pondo