Click here to load reader

TAMADUN MELAYU- Versi

  • View
    120

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tamadun Melayu, TITAS, slides

Text of TAMADUN MELAYU- Versi

TAMADUN MELAYU: TERAS TAMADUN MALAYSIA

KULIAH 3TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIAHASIL PEMBELAJARANObjektif:Di akhir bab ini, pelajar diharap dapat:Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu.Membincangkan tentang pengertian dan konsep tamadun Melayu.Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia.Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia.Membincangkan tentang kegemilangan Tanah Melayu dan sumbangan hasil.TAKRIF TAMADUN MELAYUMenurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tamadun bermaksud kemajuan atau dalam tingkat penghidupan atau peradaban.Maksud tamadun Melayu pula ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara.KONSEP MELAYURingkasnya, kedatangan Islam di Kepulauan Melayu tidak dinafikan telah banyak membawa pembaharuan kepada:

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYUTamadun Melayu merujuk kepada masyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, golongan ulama, pembesar, pedagang dan petani.Kemunculannya secara langsung boleh dikaitkan juga dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu.

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYUMasyarakat Melayu mempunyai sejarah tamadun yang tersendiri.Sejak zaman dahulu, orang Melayu telah membina asas tradisi kebudayaan yang maju setanding dengan peradaban yang lahir di India, China, Mesir dan Mesopotamia.Bermula sejak zaman prasejarah yakni dengan kewujudan manusia pada Zaman Paleolitik.Bukti terpenting kewujudan manusia adalah penemuan fosil manusia di Jawa pada tahun 1890 M.

9ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYUZaman Neolitik menyaksikan kedatangan kumpulan manusia dari Tanah Besar ke Kepulauan Melayu.Menjelang zaman ini, berlaku perkembangan pesat dengan kemunculan kegiatan pertanian, menternak binatang dan membuat peralatan tembikar dan logam.Pada akhir zaman prasejarah muncul Zaman Logam yang dilambangkan dengan penemuan gendang gangsa di Dong Son, Vietnam Utara, Sungai Lang (Selangor) dan Batu Buruk (Terengganu).Juga berlaku perkembangan dari segi kepercayaan iaitu tradisi Megalitik yakni membina batu-batu besar bagi pemujaan nenek moyang.Merupakan serpihan gendang Dongson yang ditemui di Bukit Jati, Klang. Gendang gangsa Heger 1 ini merupakan artifak purba yang termasyhur di Asia Tenggara.

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYUSelepas zaman prasejarah, muncul satu tahap baru dalam sejarah Nusantara yang dikenali sebagai zaman proto-sejarah.Zaman ini bermula dengan kedatangan pengaruh budaya India.Proses Indianisasi berlaku dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Buddha pada zaman Maurya dan Kushan.ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYUPada tahap ini juga muncul beberapa Kerajaan Hindu-Buddha seperti Kerajaan Funan, Chenia dan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara, manakala kerajaankerajaan seperti Langkasuka, Tambralinga, Tan-tan, Kedah Tua dan Gangga Nagara di Semenanjung Tanah Melayu.

ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYUMenjelang abad ke-7 Masihi, Srivijaya muncul sebagai empayar yang kuat di Asia Tenggara.Ia berjaya menguasai laluan perdagangan timur-barat dan menjadi pusat pengajian agama Buddha yang terulung di Nusantara.Mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit.Melaka juga berperanan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.

PANDANGAN SEMESTA MELAYUBerpusatkan kepada manusia (man-centerred), bertitik tolak kepada tanggapan masyarakat Melayu terhadap alam dan kehidupan mereka.Interaksi dengan alam melahirkan satu konsep penting yang mendasari kehidupan mereka, iaitu peng+alam+an (pengalaman).PANDANGAN SEMESTA MELAYUKedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu.Walau bagaimanapun masih terdapat unsur-unsur pandangan semesta Hindu-Buddha-hyang yang diwarisi.Umpamanya di Melaka, berlaku sinkretisme antara Islam dan kepercayaan Hindu-Buddha yang dapat dilihat pada salasilah kesultanan Melaka.

PANDANGAN SEMESTA MELAYUPENCAPAIAN TAMADUN MELAYUKemunculan pusat-pusat tamadun sebelum Islam Kerajaankerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam adalah berasaskan ciri agaria dan juga maritim.Kerajaan Funan, Angkor, Kedah Tua (Lembah Bujang), Srivijaya dan Majapahit.Pembinaan negara-negara kota ini adalah asas pembentukan Tamadun Melayu di Nusantara.Bandar-bandar pelabuhan yang menjadi pusat ketamadunan termasuklah ekonomi, sosial, politik, pendidikan, kebudayaan dan hubungan antarabangsa.

Kerajaan-kerajaan Islam

Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar persuratan.Peranan penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera (seperti Pasai, Acheh dan Riau) dan Semenanjung Tanah Melayu (seperti Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan dan Pattani).

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYUPENCAPAIAN TAMADUN MELAYU: PEMERINTAHAN BERAJASistem politik di Alam Melayu amnya adalah berasaskan kepada konsepsi kosmologis.Berasaskan konsepsi ini, lahir konsep dewaraja.Oleh yang demikian, raja dianggap mempunyai kuasa suci dan berdaulat.Selepas kedatangan Islam, konsep dewaraja disesuaikan dengan ajaran Islam yang mengatakan raja adalah Amirul Mukminin (ketua orang-orang Mukmin) di muka bumi.Sehubungan itu, rakyat dikehendaki menjalankan segala titah dan perintah raja.

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:PENDIDIKANIlmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan sahaja dalam zaman Hindu/Buddha, tetapi disebarkan di kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan pesantren.

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Pentadbiran Melayu

Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit politik yang terbesar adalah negeri.Pemerintah tertinggi sesebuah negeri adalah sultan, raja atau Yang Dipertuan Besar.Raja dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu seperti bendahara, bendahari, temenggung dan syahbandar.

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Pembangunan ekonomi Melayu

Pada abad ke-15, Melaka mengambil alih peranan Srivijaya sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara.Ia meneruskan tradisi perdagangan masyarakat pribumi yang berjalan sejak zaman Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya.PENCAPAIAN TAMADUN MELAYUPeraturan-peraturan dan tatatertib berniaga dengan sistem yang tetap diperkenalkan.Gudang telah disediakan .Sistem undang-undang digubalkan.Mata wang logam, sistem ukuran dan timbangan juga digunakan dalam transaksi perdagangan.

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYUIntelektual-Falsafah MelayuPerubatan MelayuUndang-undangKepercayaan dan agamaKewujudan Sinkretisme- pemujaan dewarajaKesusasteraanMuzik dan Drama MelayuSeni BinaSeni Ukir

PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Kesusasteraan Melayu

KESIMPULANPemahaman mengenai kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu seharusnya merangkumi tahap-tahap sebelum dan selepas kedatangan Islam.Pengaruh dari luar ke atas kehidupan masyarakat dan perkembangan tamadun Alam Melayu berlaku melalui proses Indianisasi dan kedatangan agama Islam.Kesan-kesan ini memberi pengaruh yang amat besar dari segi sistem politik, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu, yang akhirnya membawa kepada kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu yang penting di rantau ini.SOALAN-SOALAN SEMINARBincangkan kedudukan Melaka sebagai pusat tamadun yang penting di Alam Melayu.Apakah yang dimaksudkan dengan Pandangan Semesta Melayu?Analisiskan peranan Raja dan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara.Galurkan ciri-ciri kebudayaan dan kesenian Melayu.RUJUKANOsman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur.Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, Siti Halimah Putung (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudah Ali, Mohd Hilmi Rozali, Mahdi Shuid (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.Azhar Hj.Mad Ros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.Nadiah Abdul Rahman & Priscilla Law (2008). Tamadun Islam dan Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.Sazelin Arif et al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan (1999). Tamadun Dunia. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.