of 34/34
INTERVENSI AWAL DAN KAEDAH P & P UNTUK KANAK-KANAK DISLEKSIA

Intervensi Awal Untuk Kanak-kanak Disleksia

  • View
    2.361

  • Download
    14

Embed Size (px)

Text of Intervensi Awal Untuk Kanak-kanak Disleksia

INTERVENSI AWAL DAN KAEDAH P & P UNTUK KANAK-KANAK DISLEKSIA

INTERVENSI AWAL Lebih awal dikesan, lebih awal untuk di bantu. Pengajaran berasaskan sains dan dapatan kajian boleh boleh mengubah (re-wire) otak kanak-kanak tersebut. P & p perlu menggunakan pelbagai deria seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa, bau dan penglibatan badan sendiri.

P& P mestilah menyeronokkan dan bersifat permainan. Berbentuk latihan berulang-ulang yg bersifat lingkaran lagi menyeronokkan.

Pakar kajian mencadangkan intervensi awal untuk kanak-kanak disleksia perlu dikesan sebelum mereka mencapai umur 7 atau 8 tahun. Lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih berkesan usaha pemulihan yg dijalankan. Kemahiran perubahan fonologi adalah salah satu cara yg paling berkesan untuk perubahan dalam menulis dan membaca. (keupayaan dlm menyata dan memproses bunyi)

FONIK Fokus kepada 6 elemen: - Arahan pemahaman (ajar murid untuk mengetuai mereka tentang kefahaman sendiri semasa membaca). - Kelancaran arahan (sediakan murid dgn latihan membaca perkataan dgn tepat). - Kesedaran fonemik (bagaimana utk mengenalpasti dan menyatakan fonem (bunyi) di dlm sebutan perkataan.

- Panduan mengeja dan menulis (beri semngat kpd kanak-kanak utk m gabungkan huruf-huruf di dalam susunan utk m bentuk perktaan). - Panduan tatabahasa ( ajar kanak-kanak utk kenal pasti perkataan yg mereka baca sms membina dan memahami perkataan baru.)

Suasana pembelajaran spt The Letterland System membantu mewujudkan keseronokan dan keceriaan dlm pembelajaran kanak-kanak, termasuk kanak-kanak disleksia. Selain itu, guru boleh guna program spesifik spt: 1) Alpha to Omega, A-Z oleh B.Hornsby 2) Bangor dyslexia Teaching System 3) Kaedah Phono-Grafhix 4) Kaedah Orton-Gillingham

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KANAKKANAK DISLEKSIA

SUSUNAN FIZIKAL Kanak-kanak disleksia perlu ditempatkan di hadapan kelas. (eye contact guru murid) Guru dapat awasi apa yg dilakukan oleh murid. Tempatkan kanak-kanak disleksia disebelah murid cerdas yg m punyai sifat prihatin dan bersedia m bantu, namun kedudukan masih perlu di barisan hadapan.

PAPAN TULISGuru perlu beri edaran supaya kanak-kanak sempat menyalin nota . Jika kanak-kanak itu menyalin di papan tulis, guru perlu menyemaknya bagi memastikan tiada kesilapan dalam penulisan.

Jangan tahan pelajar daripada keluar rehat.

PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH Menentukan jumlah bahan yg terlibat. Mengurangkan tugasan ataupun latihan yg tidak perlu kpd kanak-kanak disleksia. Beri penghargaan dan peneguhan yg sesuai. Proses pembelajaran yg diselangi dengan rehat yg pendek.

LEMBARAN KERJA / KERTAS PEPERIKSAAN Rancang lembaran kerja dgn teliti (baris antara tulisan perlu dijarakkan sewajarnya) Membesarkan tulisan khusus utk kanak-kanak disleksia supaya kesilapan dikurangkan. Beri masa tambahan utk siapkan tugasan, ujian atau peperiksaan di semua peringkat.

TULISANLangkah 1: guru memulakan pelajaran dgn suatu bahan bertulis yg diambil drpd pelajaran di kelas. Murid diminta menulis bahan itu sambil diperhatikan oleh guru. Langkah 2: guru kenal pasti aspek kelemahan dlm tulisan murid. Rancang satu program individu khusus untuk murid itu. Minta murid menulis dengan mengambil kira semua saranan dlm satu tugasa tulisan

PANDUAN SEMASA LATIHAN TULISAN

KEDUDUKAN Lebih rendah usia murid, lebih mudah melakukan perubahan. Guru perlu beri tumpuan kepada bagaimana huruf-huruf dapat dibentuk.

CARA MEMEGANG PENSIL Cara penulisan yang paling lancar adalah menggunakan tulisan sambung, kerana hurufnya bersambung dan pen hanya diangkat daripada kertas setelah perkataan habis ditulis. Tulisan sambung memudahkan murid membezakan antara perkataan yang hampir sama seperti b dan d.

PENGAJARAN MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK DISLEKSIA Kebanyakan yg mengalami disleksia sebenarnya berfikir dgn cara yg berbeza, pelbagai dimensi dan mempunyai kecenderungan visual. Kebanyakan mereka bersifat intuitif, mempunyai kreativiti yg tinggi dan sgt sesuai dgn pembelajaran secara praktikal (hands-onlearning).

Guru perlu menggunakan sikap dan pendekatan yg berbeza ketika mengajar (Chin dan Ashcroft, 1999). Kanak-kanak disleksia mempunyai cara yg berbeza melakukan sesuatu. Cara pendekatan yg rigid kadang kala sukar diterima oleh mereka. Contohnya: dalam menyelesaikan masalah matematik 92-45-25 =

Pada peringkat awal pembelajaran matematik, seorang kanak-kanak perlu memahami nombor-nombor. Bimbing kanak-kanak mengira objek tertentu, spt org, haiwan peliharaan ataupun permainan. Libatkan kanak-kanak dlm pelbagai aktiviti yg mengandungi pengiraan spt menyusun pinggan, mengambil sudu dlm jumlah yg betul untuk pinggan di atas meja, ataupun mengambil brg2 dlm kuantiti tertentu.

ADDITION (PENAMBAHAN) Permainan spt Ludo dan dam ular adalah sgt sesuai. Permainan Solitaire ataupun Spider Solitaire dapat membantu kanak-kanak melakukan penyusunan bersiri, namun mestilah dengan pemantauan dan bimbingan ibu bapa atau guru.

Apabila seseorang kanak-kanak sudah menguasai yg dua mewakili dua benda, maka simbol 2 dapat diperkenalkan. Seterusnya, konsep dalam matematik perlu dibina.

BAHASA MATEMATIK

Buku fakta dan buku formula dapat disediakan. Untuk kanak-kanak yg lebih kecil, penulisan buku ini dapat dibimbing oleh guru ataupun ibu bapa bagi memastikan mereka menulis definisi yg betul dan tepat.

Ini perlu disalin ke dalam buku formula oleh kanak-kanak itu bagi dirujuk setiap kali berlaku kekeliruan semasa membuat latihan dan menyelesaikan masalah. Penting: guru memastikan buku formula itu dibuat sendiri oleh kanak-kanak yg dibimbing bagi digunakan sepanjang pembelajarannya.

- Kanak-kanak disleksia biasanya mengalami masalah apabila ingin menyelesaikan soalan yg diberikan dlm bentuk ayat yg panjang. - Satu cara bagi membantu kanak-kanak disleksia menyelesaikan masalah ini adalah guru meminta murid menetukan terlebih dahulu sama ada jawapan yg dijangkakan itu lebih banyak ataupun lebih sedikit.

Sediakan sekeping kad spt berikut yg mempunyai tanda tambah dan darab di satu bahagian dan tanda tolak dan bahagi di bahagian sebelahnya.

Apabila kanak-kanak itu menyebut jawapan adalah lebih banyak, mereka dapat pilih sama ada tambah atau darab. Dan sekiranya jawapan adalah kurang mereka dapat berfikir memilih sama ada tolak atau bahagi. Guru perlu nyatakan secara verbal Nyatakan juga proses pemikirannya secara verbal (cakap dengan kuat proses pengiraan yg difikirkannya).

MASALAH URUTAN Langkah pertama: tentukan susunan pembelajaran mereka. Contoh: sifir 10 lebih mudah diingati (gunakan duit syiling 10sen) Diikuti dgn sifir 5 kemudian sifir 2. Seterusnya sifir 3, 4 dan 9. sifir 9 dpt diajar sbg sifir yg menyeronokkan krn jawapannya dpt didapati dgn mudah menggunakan jari.

Ajar kanak-kanak sediakan sebuah jadual sifir. Guru boleh sediakan sebuah grid (garisan kotak-kotak) ataupun satu lembaran daripada buku tulis matematik.