23

Click here to load reader

Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

7. PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

4 JAM

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.

Hasil Pembelajaran

1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak disleksia.

2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia

3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guru yang dilantik khas.

7.1 Pengenalan

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksairan.

Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.

Page 2: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

7.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian

Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis kecatatan yang sesuai :

a. Koleksi (Collection)Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-punca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat latar belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan laporan guru.

b. Analisis (Annalysis)Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.

c. Penilaian (Evaluation)Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi, bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar.

d. Keazaman (Determination)Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori.

e. Syor/cadangan (Recommendation)Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi sekolah, guru dan penglibatan ibu bapa

Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :

a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification)b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement)d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)e. Penilaian (Evaluation)

7.2.1 Pengenalpastian masalah

Page 3: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran :

a. Murid-murid dikenalpasti oleh guru kelas atau guru subjek. Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan.

7.2.2 Penempatan

Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia dikenal pasti melalui :

a. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan.

b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia.

c. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan.

d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).

f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa.

g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya.

7.2.3 Pemilihan strategi pemulihan

Untuk melaksana P&P, guru-guru boleh mempelbagaikan strategi pemulihan.

Page 4: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

7.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan

Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM, UKM, UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.

Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:

a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan

b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai.

Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-pakar disleksia Antara Bangsa yang lain.

7.3.1 Ujian Pengamatan

Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. Selain itu, pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa pengamatan ditakrifkan sebagai kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah perlakuan proses mental. Selain itu juga, pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.

Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities “ telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses

Page 5: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Selain itu, Mohd Anuar Abdullah (2001), menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual, disleksia Auditori dan disleksia visual – Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan.

Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Dalam kata lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang pembalikan sesuatu objek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.

Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah membaca yang teruk mempunyai masalah dari aspek auditori, lingustik dan masalah phonological (Ball & Blachman, 1991,; Lyon, 1998,; dan Stahl & Murray, 1994). Antara aspek masalah pengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological, mengingat apa yang didengar, Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah pengamatan ini yang juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.

Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untuk menerima maklumat. Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh). Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan rasa keras dan lembut, mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh merupakan contoh pengamatan tactile.

Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot. Keupayaan posisi yang diperolehi daripada bahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot, tension dan kerehatan merupakan contoh kepada pengamatan koordinasi.

Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:

a. Pengurusan b. Penumpuan atau konsentrasi c. Bahasa d. Ingatan e. Emosi atau tingkah laku

Page 6: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Objektif Ujian Pengamatan

Antara lain, ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam :

a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu, guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam

b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain.

c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan

kanak-kanak khas.h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian.i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

Komponen Ujian Pengamatan

Antara lain, ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada :

a. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

b. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

c. Diskriminasi saiz (Discrimination of size)Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

d. Diskriminasi kedudukan (Position in space)

Page 7: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

e. Koordinasi Motor-mata-tanganTujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

f. Pertalian jarak (Spatial Relationship)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

g. MazingTujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

h. Turutan (Sequencing)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

i. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak.

j. Menyalin (Visual Copying)Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

7.3.2 Senarai Semak Disleksia

Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada tiga elemen iaitu :

a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulisb. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpastic. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. Sila rujuk lampiran mengenai Instrumen Senarai Semak disleksia.

7.3.3 Instrumen Saringan Disleksia (ISD)

Page 8: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan murid-murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid disleksia dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat.

Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri :

a. Kecerdasan mental yang normalb. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendahc. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan

menulis.d. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umume. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam

penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik.

Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah merujuk kepada :

a. Kriteria murid yang dinilai b. Kriteria Penilai c. Prosedur Penilaian

Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah :a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas b. Gagal lepasi IPP2M

Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada :

a. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau b. Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan.c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia.d. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkah-langkah dalam melaksana pentaksiran ISD.

Page 9: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

TMMD

KMMD

Tidak sah

Sah

Petunjuk :KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksiaTMMD : Tiada mengalami masalah disleksia

7.4 Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa

Pencalonan

Pengoperasian ISD P&P Kelas Biasa

Pelaporan

Pengesahan Pengamal Perubatan

Perumusan

Pelaporan

Page 10: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Melayu ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, maka guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.

7.4.1 Ujian-ujian Binaan Guru

Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

7.4.2 Ujian-ujian lain yang sesuai

Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalam melaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan.

Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pasti kategori masalahnya.

Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya.

Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

Page 11: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian A

BIODATA MURID

Arahan : Tandakan Ö atau tulis pada petak yang disediakan.

1. Nama Murid

1. Jantina 3. Mengikuti Program Pemulihan Khas

SedangTidak

6. Kedatangan ke sekolah 7. Pencapaian Akademik

LelakiPerempuan

MelayuCinaIndiaBumiputra SabahBumiputra SarawakBumiputra Orang AsliLain-lain

Tahun Nama Kelas

1 2 3 4 5 6

BaikMemuaskanSederhanaLemah

A B C D EBahasa MalaysiaBahasa InggerisMatematikSainsKajian TempatanKemahiran HidupPend.Islam/MoralP.Jasmani &KesMuzik

Page 12: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

8. Nama Sekolah

9. Lokasi Sekolah 10. Negeri

11. Daerah

12. Nama Penilai

13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai

Bahagian B

SENARAI SEMAK

BandarLuar Bandar

PerlisKedahPulau PinangPerakSelangorW.P.Kuala LumpurNegeri SembilanMelakaJohorPahangTerengganuKelantanSarawakSabahW.P.Labuan

Page 13: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Arahan : Tandakan Ö pada petak yang sesuai.

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis.

A. MengejaYa Tidak

1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1

2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. 2

3. Murid kerap melakukan kesalahan ;

i. menyusun abjad dalam perkataan 3

ii. menggabung suku kata terbalik 4

4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. 5

B. Membaca

5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya 6

6. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah ;i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; 7

ii. Menggugurkan perkataan; 8

iii. Menambah perkataan pada bacaannya; 9

iv. Melangkau baris; 10

v. Menggantikan perkataan. 11

Ya Tidak

7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12

Page 14: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Perkataan yang mempunyai vokal berganding, diftong.

8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13

C. Menulis

9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14

10. Murid sukar menyalin maklumat ;

iii. dari papan tulis 15

iv. yang diperdengarkan 16

11. Tulisan murid sukar dibaca 17

12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya 18

13. Murid menulis secara terbalik ;

vi. abjad-abjad tertentu ; 19

vii. perkataan 20

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

14. Murid boleh bertutur dengan baik 21

15. Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik.22

16. Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar ;i. Tunggal ; 23

ii. Bersiri 24 Ya Tidak

17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25

18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26

Page 15: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

dengan rakan sebaya.

19. Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-bidang tertentu. 27

20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapipencapaian akademiknya rendah. 28

21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29

22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagaluntuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30

23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapimengandungi banyak kesalahan bahasa. 31

24. Murid mempunyai pencapaian yang baikdalam subjek-subjek kemahiran berbandingdengan subjek-subjek akademik. 32

25. Murid boleh menjawab secara lisan soalankefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33

26. Murid boleh menceritakan semula petikan yangdiperdengarkan. 34

27. Murid yang kreatif. 35

28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36

29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37

30. Murid berkebolehan dalam membuat jangkaan 38

31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39

32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi. 40

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Ya Tidak

33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41

Page 16: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan

bacaan dan penulisan. 42

35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43

36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44

37. Murid keliru dengan konsep arah. 45

38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan.46

39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusanmasa 47

40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48

41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49

42. Murid sering cuai dalam pergerakan. 50

PEMARKAHAN

BAHAGIAN A(diisi oleh penilai)

Jumlah Jumlah Ya Tidak

Page 17: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

BAHAGIAN B(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

Kod

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

BAHAGIAN C(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

Rumusan

Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia

Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia

Page 18: Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

Tandatangan : ___________________________________

Nama : ___________________________________

Disahkan

T/T Guru Besar : ___________________________________ Cop Sekolah :

Nama : ___________________________________

Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri(U.P Unit Pendidikan Khas)