Interaksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Santhe

  • View
    71

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TITAS sem 1 PISMP

Text of Interaksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Santhe

Interaksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Dunia

Nama Ahli Kumpulan :Santhekumar SekarSanthiskumar SivalingamTamilcelvaa BalakrishnanPreshant SathasivamInteraksi Tamadun Asia Dan Relevansinya Di Malaysia Dan Dunia

PENDAHULUANTamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia yang menciptakan sistemtulisannyayang tersendiri. Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan).Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture dan The Black Pottery Culture.Mempunyai ciri budaya, kepercayaan, keadaan sosial, politik dan sejarah tersendiri yang menarik.Latar belakang tamadun China : - Zaman Permulaan, Zaman Pertengahan/keagungan, Zaman Peralihan,Zaman Moden

Tamadun China dalam Pemantapan Tamadun Malaysia dan Dunia Hubungan antara China dan Nusantara tidak pernah putus. ( Menurut rumusan sekumpulan pengkaji Cina ketua: W.P.Groeneveldt,1880 ).

Semasa pemerintahan Empayar Wu (222-280) :

- Rajanya, Shu Quan menghantar dua orang pengutus , Zhu Ying & Kang Tai ke puluhan empayar dan kerajaan di Asia Tenggara termasuk Tantam (sekitar Kota Bharu), Pu Luo Zhong (sekitar Johor) dan Wu Wen di Semenanjung Malaysia.

SEBABNYA ? : Utusan Muhibah

Hubungan China Asia Tenggara penting bagi mengekalkan kuasa pentadbiran dan ketenteraannya.

Kesan yang memberikan implikasi terhadap landskap demografi penduduk dan perhubungan antara etnik Cina, India dan Melayu di Nusantara :

- Kemasukan banyak kaum Cina dan India ke wilayah Nusantara menjelang abad ke-18.

- Akibatnya, sehingga tahun 1891, hampir separuh penduduk negeri Selangor, Perak & Sg.Ujong berbangsa Cina.

- 1921-1957 : 2/3 orang cina daripada jumlah penduduk bandar Semenanjung Malaysia.

- Peningkatan kaum cina turut di Sarawak, Sabah, Singapura & Indonesia

Dengan ini, pengaruh kebudayaan antara China dan tamadun lain (Melayu) berlaku kerana terdapat bukti-bukti interaksi dan asimilasi antara tamadun-tamadun tersebut. Interaksi ini berlaku kerana China mempunyai sifat terbuka dengan tamadun dunia lain.

KEPERCAYAANKepercayaan Masyarakat ChinaMenganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.Mengutamakan amalan dan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan, kebahagiaan dan kekayaan.Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan pegajaran ahli falsafah seperti Buddha, Confucious dan Lao Tze.Agama & kepercayaan tamadun china : - Konfusianisme, Buddhisme cina, Daoisme, Moisme, Legalisme yang mengarahkan penganutnya hidup bermoral dan berbudi baik terhadap diri sendiri, keluarga & masyarakat

mempercayai kewujudan pengaruh roh

mementingkan aspek yang memberikan kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan

Cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia.Dewa-dewi dan kuasa ghaib

Tidak bercanggah dengan adat dan budaya. (cth:mementingkan keamanan)

Tuhan orang Cina banyak digambarkan dalam bentuk dewa-dewi

mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan hubungan manusia dengan kebaikan dunia danakhirat.

Pandangan Semesta Animisme

Pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina yang memuja binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman Neolitik dengan bangsa Yangshao dan Longshan..

Konsep Tian ( langit sebagai makhluk unggul supreme being )

Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.

Makna dalam konteks kepercayaan konfusianisme : prinsip tertinggi dalam alam semesta.

Kitab Daoisme dan Yijing menceritakan Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.

Konsep Yin dan Yang [ Pencipta : Dong Zhongshu (179SM-104 SM ]

insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu, wujud satu pertalian antara insan dengan Tian.

Kesalahan yang dilakukan oleh duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai manifestasi amarannya.

Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki aktif, panas, cerah,kering, keras.

Dalam bentuk fizikal : Yang langit dan Yin bumi.

Di/Ti

Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara.

Kepercayaan Berdasarkan Ahli Falsafah Agama Buddha dan falsafahnya

Agama Dao dan Falsafahnya

Konfusianisme dan Falsafahnya

Taoisme / Daoisme dan Falsafahnya

Agama Buddha dan falsafahnyaDiasaskan oleh Siddhartha Gautama.

Seorang sami bernama Fa Hsien dikatakan bertanggungjawab membawa ajaran buddha ke China dari India.

Agama buddha berkembang pesat setelah kitab ajaran atau falsafah buddha diterjemahkan ke dalam bahasa cina dan lebih dikenali sebagai buddhaisme Cina

Agama Dao dan Falsafahnya Agama Dao adalah agama yang sedia ada dalam warisan China.

Ketua agama Dao : Lao Zi

Agama ini diperdewakan Lao Zi dan Zhuang Zhi.

Sejarah tertumbuhnya mempunyai masa yang panjang sejak dari Han Timur dan Dinasti Wei Jan selatan dan utara.

Agama Dao mengganggap Dao melahirkan nasfas dan nafas melahirkan segala benda.

Aliran falsafah Dao ;

Dao melahirkan satu (kasih sayang), satu melahirkan dua (jimat cermat), dua melahirkan tiga (tidak berani berlumba-lumba) dan tiga melahirkan jutaan benda.

Budaya agama Dao bersumber pada :

- Lao Zi bicara tentang konsep Dao dan ini juga merupakan pegangan yang paling tinggi dalam agama Dao

- Zhuang Zi mengemukakan konsep Zhen Ren ( orang tulen). Zhi Ren (nabi/pendeta) & Sheng Ren(orang dewa)

Kebudayaan Kewujudan jalinan hubungan / interaksi Melayu-China : - melalui perdagangan

Kehadiran orang China mempelihatkan ciri-ciri masyarakat pluralistik Alam Melayu dan wujud unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik di Alam Melayu.

Kesan Pengaruh budaya China ke dalam peradaban Melayu : kewujudan Masyarakat Baba & Nyonya.

Asal usul masyarakat baba & nyonya bermula dengan hubungan dan sejarah awal dengan penduduk tempatan (orang melayu), Indonesia dan masyarakat Thai.

Proses akulturasi menjadi mudah melalui perkahwinan campur pada zaman pembinaan komuniti peranakan Cina.

Masyarakat baba dan Nyonya mengalami proses asimilasi dalam sosio budaya Melayu tetapi agama dan kepercayaan asal mereka tetap dikekalkan & diamalkan.

Proses asimilasi kaum Baba dan Nyonya dari aspek :

MaterialBukan MaterialpemakaianfalsafahmakananAdat resammasakanPemikiran dan agamaBahasa ( Bahasa Melayu)

Proses pembudayaan Melayu berlaku terhadap orang Cina kerana interaksi positif dan perkahwinan campur.

Perkahwinan campur ( orang China melayu tempatan ) melahirkan budaya kacukan cina-melayu yang unik yang dikenali sebagai budaya baba dan nyonya.

Hasil daripada penyerapan budaya Baba & Nyonya juga memberikan kesan terhadap ragam bahasa yang membentuk dialek komuniti mereka sebagai bahasa pertuturan yang dikenali sebagai bahasa Melayu Baba.

Dialek Melayu baba Melaka diasaskan kepada ragam bahasa melayu pasar yang menjadi lingua franca dalam perdagangan dalam kalangan pelbagai bangsa.

Dialek melayu baba juga mempunyai beberapa perkataan pinjaman bahasa cina, Indonesia & Inggeris & ia agak berbaza dengan bahasa melayu baku dalam beberapa perkara.

Cth : kata pinjaman daripada bahasa cina ( hokkien) diserapkan dalam bahasa melayu dengan mengalami proses penyesuain dari segi sebutan dan makna.

> lau-teng = loteng, put-co = Datuk Uco (nama satu dewa buddha) - perkataan melayu juga mengalami perubahan makna dan bunyi.

> kawan = kawan (suami), malaikat = malikat (roh nenek moyang)

Pertuturan Melayu Baba agak ringas kerana hanya menggunakan kata dasar sahaja.

Sosial

Sistem sosial masyarakat Cina berkaitan dengan susunan hierarki, penyatuan, keharmonian sosial, kebaikan moral, tanggungjawab secara kolektif dan kumpulan.

Asas utama hubungan sosial ini ialah konsep jen-ching tanggungjawab seseorang kepada keluarga dan masyarakat.

Konsep-konsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat CinaKonsep Ren / Jen

- Kasih sayang yang merangkumi keseluruhan hidup masyarakat meliputi diri sendiri, anak-anak, suami isteri dan sesama rakan serta ibu bapa. - Confucious menjelaskan Jen love man ( kasih sayang terhadap manusia)- Mencius menjelaskan Jen kebaikan dalaman manusia.- Neo-Confucianisme menganggap Jen mendisplinkan diri seseorang.- Glongan ortodoks menganggap Jen kunci sebuah kerajaan yang baik. Moral yang tinggi perlu ada pada setiap pemerintah.

b. Konsep Junzi

- Memberikan penekanan kepada sifat kebaikan yang harus diamalkan sesama manusia- Junzi membawa maksud personality yang ideal berbudi bahasa, bermurah hati, berpengetahuan, berkebolehan

Lima aspek dalam konsep lima hubungan ( Konsep Wu Lun ) :

Hubungan antara suami dengan isteri Hubungan bapa dengan anak Hubungan adik beradik Hubungan pemerintah dan rakyat Hubungan antara kawan-kawanc. Konsep lima hubungan (kekeluargaan) terkandung dalam falsafah konfusianisme